Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

92
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI OLEH NURDALILA BINTI MOHD DALIF DI PUTRAJAYA ENTERPRISE LOT 4157, BUKIT BERUANG, MELAKA TENGAH MELAKA Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Perdagangan sebagai memenuhi sebahagian dari syarat penganugerahan Diploma Pengurusan Peruncitan POLITEKNIK PREMIER UNGKU OMAR JUN 2013 i

description

Khas untuk pelajar Latihan Industri Politeknik (Pelajar Perdagangan). Semua yang bergelar pelajar LI boleh juga gunakan sebagai rujukan. *Doakan pemilik semoga sentiasa mendapat manfaatnya. Amin~

Transcript of Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Page 1: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH

NURDALILA BINTI MOHD DALIF

DI

PUTRAJAYA ENTERPRISE

LOT 4157, BUKIT BERUANG,

MELAKA TENGAH MELAKA

Buku laporan ini dikemukakan kepada

Jabatan Perdagangan

sebagai memenuhi sebahagian dari

syarat penganugerahan

Diploma Pengurusan Peruncitan

POLITEKNIK PREMIER UNGKU OMAR

JUN 2013

i

Page 2: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

PERAKUAN

PELAJAR

tiap-

Tandatangan : ....................................................

Nama pelajar : NURDALILA BINTI MOHD DALIF

No. Pendaftaran : 01DRM11F2001

Tarikh : 6 OKTOBER 2013

ii

Page 3: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya, dapat saya menamatkan

latihan industri selama empat (4) bulan lima belas (15) hari ini dengan jayanya di

Putrajaya Enterprise yang terletak di Bukit Beruang Melaka bermula pada 17 Jun hingga

1 November 2013. Pada masa yang sama berjaya menyempurnakan laporan latihan

industri ini sepertimana yang telah ditetapkan bagi memenuhi syarat utama

penganugerahan Diploma Pengurusan Peruncitan.

Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua ibubapa

saya yang banyak memberi dorongan dan nasihat sepanjang saya menjalani latihan

industri ini. Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima

kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan latihan industri Politeknik Premier

Ungku Omar khususnya pihak Jabatan Perdagangan dalam menguruskan hal-hal

berkaitan dengan pelajar. Sejuta penghargaan juga kepada pengurus stesen iaitu Puan

Halimaton Binti Majid dan juga penyelia stesen, Puan Habibah Binti Kamis yang begitu

mengambil berat tentang perkembangan saya sepanjang saya menjalani latihan di stesen

tersebut.

Tidak lupa juga kepada seluruh kakitangan syarikat ini yang banyak memberi

tunjuk ajar kepada saya tentang perjalanan operasi stesen yang selama ini kurang saya

ketahui. Ia banyak mengajar saya tentang betapa pentingnya perhubungan di dalam

kumpulan ketika menjalankan tugas dengan wujudnya semangat berkumpulan.

iii

Page 4: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Segala latihan yang saya peroleh mungkin tidak dapat saya kutip tanpa kerjasama

yang baik daripada seluruh kakitangan. Terima kasih kepada semua warga kerja Stesen

Minyak Putrajaya Enterprise kerana sanggup meluangkan masa untuk memberi tunjuk

ajar walaupun sibuk menjalankan tugas harian. Ucapan terima kasih sekali lagi kepada

Puan Habibah Binti Kamis selaku penyelia stesen serta Puan Norah Binti Hassan selaku

penyelia 2.

Segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh semua warga kerja

syarikat ini akan saya jadikan pedoman dan manfaatkan sebaik mungkin. Semoga

segala ilmu diberkati Allah hendaknya. Beribu kemaafan turut saya pohonkan sekiranya

terdapat kesilapan sepanjang latihan saya di sini.

Akhir sekali kemaafan diminta kepada rakan seperjuangan yang bersama-sama

dengan saya menjalani latihan industri di sini iaitu Mohamad Long Lufti Bin Sabri yang

banyak memberi kerjasama dan perbincangan sepanjang kami berada di sini. Walaupun

banyak dugaan dan getir yang kami tempuhi, akhirnya kami selamat juga menghabiskan

latihan kami.

Sekian, Wassalam.

iv

Page 5: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

ABSTRAK

Laporan ini menerangkan tentang aktiviti yang saya lakukan sepanjang saya

menjalani latihan industri selama empat bulan (4) bulan lima belas (15) hari di Putrajaya

Enterprise. Syarikat ini menjalankan operasi menjual petrol jenama Petronas jenis

Primax 95 dan Diesel. Ia juga merupakan peruncit di bawah jenama Mesra dan menjual

pelbagai barang keperluan harian masyarakat sekeliling.

Di dalam laporan ini menerangkan secara terperinci mengenai latarbelakang

syarikat, pengurusan inventori (inventory management), pengurusan stor (store

management), dan sistem informasi (information system) syarikat, dan juga aktiviti yang

dilakukan sepanjang tempoh latihan, masalah-masalah dihadapi serta komen dan

cadangan membina untuk pihak organisasi dan pihak politeknik sendiri.

Semoga setiap maklumat yang diterangkan akan memuaskan hati pembaca

sekaligus dapat memberi manfaat kepada diri saya dan pihak organisasi itu sendiri. Di

samping itu juga, ia dapat memberikan saya panduan dan kekuatan dalam menghadapi

segala permasalahan yang bakal saya tempuhi ketika saya berada di alam pekerjaan

nanti.

Insya Allah.

v

Page 6: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

SENARAI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKASURAT

Halaman Judul

Perakuan

Penghargaan

Abstrak

Senarai Kandungan

Senarai Rajah

Senarai Jadual

Senarai Lampiran

i

ii

iii

v

vi

vi

vii

BAB 1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

ORGANISASI

1.1 PENGENALAN

1.1.1 Pendahuluan

1.1.2 Objektif Latihan Industri

1.1.3 Kepentingan Latihan Industri

1.1.4 Objektif Laporan Latihan Industri

1.1.5 Skop Latihan Industri

1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.2.1 Profil Organisasi

1.2.2 Objektif Organisasi

1.2.3 Fungsi Organisasi

1.2.4 Strategi/Matlamat/Visi/Misi

1.2.5 Carta Organisasi

vi

1

2

2

3

4

8

9

10

10

11

Page 7: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

BAB 2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN

INDUSTRI

1.3 PERKERANIAN DAN OPERASI

3.1 Pendahuluan

3.2 Perkhidmatan Pelanggan

3.3 Perkhidmatan Perjawatan

3.4 Pengurusan Sumber Manusia

3.5 Kesimpulan

1.4 PENGURUSAN REKOD KEWANGAN DAN

PERAKAUNAN

4.1 Pendahuluan

4.2 Dokumen Sumber

4.3 Penyediaan Laporan Kewangan

4.4 Isu-isu Perakaunan

4.5 Kesimpulan

1.5 AUDIT DAN PERCUKAIAN

5.1 Pendahuluan

5.2 Sistem Pengauditan Berkomputer

5.3 Sistem Percukaian Berjadual

5.4 Kesimpulan

1.6 KESIMPULAN DAN CADANGAN

13

14

15

16

17

19

20

21

22

23

25

26

27

28

vii

Page 8: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

BAB 1

PENGENALAN DAN

LATARBELAKANG ORGANISASI

Page 9: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

1.1 Pengenalan

1.1.1 Pendahuluan

Latihan industri merupakan salah satu syarat wajib yang perlu dilalui oleh setiap

pelajar Politeknik seluruh Malaysia sebelum diperakukan untuk penganugerahan

Diploma Politeknik KPTM. Tempoh Latihan Industri Politeknik adalah selama satu

semester (20 minggu). Sepanjang tempoh tersebut para pelajar dapat menimba ilmu

pengetahuan serta pengalaman dan kemahiran daripada pelbagai bentuk kerja yang

dilakukan. Para pelajar juga dapat mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajari

kepada bentuk praktikal. Di samping itu, ia bertujuan untuk memberi peluang kepada

pelajar untuk mengaitkan teori-teori yang dipelajari semasa berada di Politeknik dengan

cara kerja yang sebenar. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi di

samping menyemai semangat kerja dengan produktif dan perhubungan yang baik

sesama pekerja.

1

Page 10: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

1.1.2 Objektif Latihan Industri

Objektif latihan industri adalah seperti berikut:

a) Keberkesanan komunikasi

Komunikasi yang berkesan dapat dipupuk semasa menjalani latihan industri.

Komunikasi dua hala yang berlaku bukan sahaja antara pelajar dengan pekerja tetapi

dari pelbagai pihak iaitu antara pelajar dengan majikan, pelanggan, pembekal, dan pihak

lain. Pelajar perlu bersedia menghadapi pelbagai situasi dan berkomunikasi dengan baik

supaya maklumat yang tepat dapat disampaikan dan diterima dengan jelas.

b) Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik

Setiap organisasi mempunyai etika dan peraturan. Pelajar harus melaksanakan

tugas yang diberikan dengan sempurna dan mengikut masa yang telah ditetapkan

berdasarkan peraturan kerja yang telah ditetapkan. Pelajar mestilah bersedia menerima

arahan dari semasa ke semasa.

c) Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan

Melalui latihan industri, para pelajar secara tidak langsung dapat merasai dan

memahami situasi alam pekerjaan yang sebenar. Pelbagai pengalaman dapat ditimba

untuk manfaat pekerjaan di masa hadapan.

2

Page 11: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

d) Membina personaliti individu

Latihan industri dapat membina keyakinan diri pelajar. Pelbagai situasi dan

ragam manusia perlu dihadapi dan skopnya adalah lebih luas jika dibandingkan ketika

sesi pembelajaran di dalam kelas. Sedikit sebanyak pola pemikiran pelajar dapat digubal

dan perasaan malu untuk berkomunikasi dengan masyarakat dapat di atasi, secara tidak

langsung dapat membina personaliti individu yang berjaya.

e) Menghasilkan laporan Latihan Industri

Penyediaan laporan latihan industri ini dapat melatih pelajar menulis laporan

teknikal yang lengkap dan teratur.

3

Page 12: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

1.1.3 Kepentingan Latihan Industri

Latihan industri adalah bertujuan memberikan peluang kepada para pelajar untuk

lebih memahami alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar diberi peluang untuk

mempraktikkan ilmu yang diperoleh semasa sesi pembelajaran iaitu teori kepada

praktikal. Teori dan praktikal merupakan dua perkara yang sama penting untuk

diadaptasi. Para pelajar dapat berfikir diluar kotak pemikiran bahawa teori tidak

semestinya sama dengan praktikal, dengan kata lain apa yang kita pelajari tidak

semestinya sama dengan situasi sebenar. Antara kepentingan latihan industri adalah:

a) Pelajar dapat mempraktikkan suasana kerja yang sebenar.

b) Pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan

dalam industri.

c) Dapat mengetahui masalah-masalah yang timbul dan cara

penyelesaian.

d) Dapat menambahkan lagi pengalaman dalam bidang yang

diceburi.

e) Dapat memperluaskan pergaulan dengan pekerja di organisasi.

4

Page 13: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

1.1.4 Objektif Laporan Latihan Industri

Objektif laporan latihan industri adalah:

a) Bukti kepada latihan yang diikuti

Setiap gerak kerja yang dilakukan oleh pelajar direkodkan dalam buku laporan

harian sebagai bukti bagi latihan yang diikuti. Dengan terhasilnya laporan ini, pihak

Politeknik dapat membuat penilaian terhadap pelajar berdasarkan kefahaman dan

prestasi pelajar sepanjang tempoh latihan.

b) Mendokumenkan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan

Laporan latihan industri perlu disediakan oleh pelajar sebagai satu cara

mendokumentasikan gerak kerja dan aktiviti sepanjang tempoh latihan. Pengalaman

serta pengetahuan baru dapat dijana melalui laporan yang dibuat oleh pelajar.

c) Laporan yang berguna di masa hadapan

Pengalaman adalah satu syarat utama yang dipertimbangkan oleh sesebuah

organisasi dalam mencari pekerja. Perakuan daripada pihak organisasi semasa latihan

industri boleh dijadikan bukti pelajar tersebut mempunyai pengalaman dalam bidang

yang diceburi.

5

Page 14: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

1.1.5 Skop Kerja Latihan Industri

Jadual 1.1.5 menunjukkan skop kerja yang dilaksanakan sepanjang tempoh latihan

industri.

Bil Tugas/ Latihan

1. Membantu pengurusan runcit syarikat /

2.

Mempelajari kemahiran hubungan pelanggan ( customer

relationship) dan menanggani aduan pelanggan ( handling

customer complaint)

/

3. Membantu dalam urusan pesanan dan jualbeli (retail

buying) /

4. Mempelajari teknik perletakan harga /

5. /

6. Menggunakan EPOS System /

7. Pembinaan dan pengurusan Laman Web

8.

ada dan membuat penambahbaikan /

9. Membantu usaha promosi /

10. Mempelajari dan mengeluarkan laporan berkala kewangan /

11. Membantu penyusunan dan pengiraan SKU (Stock

Keeping Unit) /

6

Page 15: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

1.2 Latar Belakang Organisasi

1.2.1 Profil dan Objektif Penubuhan

mula diperkenalkan pada tahun 1996 di stesen

Petronas terpilih untuk menyediakan kemudahan satu pusat sehenti kepada pengguna.

Kini dengan lebih 600 cawangan di seluruh negara, Mesra adalah rangkaian paling

banyak kedai serbaneka-petrol menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti

perbankan & ATM, perkhidmatan POS, e-tiket, e-pay, Touch n Go, Makanan Segera

dengan Drive Thru dan pasar raya.

Stesen Petronas Putrajaya Enterprise yang telah ditubuhkan pada tahun 1970-an

lagi telah menyahut cabaran ini untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka dengan

membuka kedai serbaneka Mesra. Pembangunan yang pesat di kawasan sekeliling stesen

pada waktu itu menyebabkan banyak permintaan dari pengguna dan perniagaan menjadi

semakin maju sehingga kini.

Stesen Petronas Putrajaya Enterprise boleh dikategorikan sebagai stesen-dalam-

taman kerana kedudukannya yang berada di antara taman-taman perumahan di Bukit

Beruang, Melaka. Tambahan pula terdapat banyak institusi yang berhampiran seperti

Multimedia Universiti ( MMU ), Kolej Komuniti Bukit Beruang, dan juga kolej

kediaman pelajar Universiti Teknikal Melaka Malaysia ( UTEM ) menjadikan stesen ini

mendapat permintaan yang sangat banyak sama ada untuk Petrol, Diesel mahupun

barang keperluan harian.

7

Page 16: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

1.2.2 Fungsi Organisasi

1. Membawa jenama di Malaysia yang mempunyai lebih daripada 600 kedai.

2. Penerimaan Kad Mesra ( program kesetiaan pengguna Petronas ).

3. Menguatkan kerjasama yang antara rakan kongsi perniagaan.

4. Menjalankan program latihan yang komprehensif dan sokongan untuk pengusaha

yang dilantik

5. Kelayakan untuk mengambil bahagian dalam apa-apa promosi yang dijalankan oleh

syarikat induk, PDB ( Petronas Dagangan Berhad )

6. Merupakan pusat perkhidmatan pelanggan kepada Petronas

7. Penawaran pelbagai perkhidmatan dari pelbagai produk-produk yang berjenama.

Rajah 1.2.2 Antara fungsi kedai Mesra : Penawaran pelbagai produk keperluan

masyarakat. ( sumber : www.mymesra.com.my )

8

Page 17: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

1.2.3 Strategi Perniagaan

Rajah 1.2.3 Kedudukan strategik perniagaan stesen Petronas menurut pihak

PDB

1. Lokasi

- Boleh dilihat dari jauh.

- Boleh diakses dengan baik oleh pengguna

- Lokasi yang berhampiran dengan pengguna sasaran

- Saiz premis yang bersesuaian

2. Trafik

- Kadar aliran pengguna melalui kawasan premis yang tinggi

- Aliran keluar-masuk pengguna ke premis yang konsisten minimum 8 jam sehari

9

Page 18: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

3. Demografi

- Berada di kawasan berpenduduk ramai

- Berada berhampiran dengan penduduk yang berpendapatan tinggi

- Mensasarkan keluarga yang mempunyai ramai ahli muda dan sudah tamat belajar

4. Menjadi aktiviti setempat

- Menjadi tempat sasaran pengguna atau tumpuan pelancong

- Kawasan sekeliling padat dengan kediaman, pejabat dan pusat komersial

10

Page 19: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

1.2.4 Carta Organisasi

Rajah 1.2.4 Carta organisasi Stesen Petronas Putrajaya Enterprise

11

Puan Halimaton Binti Majid

Pengurus / Pemilik

Puan Norah Binti Hassan

Supervisor 2

Zuhairuddin Bin Mahmot

Pekerja Tetap Lim Kok Tam

Pekerja Tetap

Omar Faruk Pekerja Tetap

Puan Habibah Binti Kamis

Supervisor 1

Page 20: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

BAB 2

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN

INDUSTRI

12

Page 21: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Jadual 2.1 menunjukkan ringkasan aktiviti/kerja yang dilaksanakan sepanjang

tempoh latihan industri.

Bil Tempoh Jun 2013 / Julai 2013

Aktiviti / Minggu 1 2

1 Pengenalan dan orientasi pekerja /

2 Penyusunan stor / /

3 Penggunaan PDT ( portable data

terminal ) – ‘receiving’ /

4 Juruwang – pos sistem /

5 Khidmat pelanggan ( customer

service )

6 Menyusun stok mengikut planogram / /

7 Melabel sku ( stock keeping unit )

mengikut planogram – PI label

8 Melabel barang-barang ‘return’

untuk dipulangkan kepada pembekal

9 MyStation – laman web rasmi kedai

Mesra – keluarkan info terbaru

10 Membuat label subsidi minyak

Primax 95 dan Diesel

11 Pengiraan stok ( stock take )

12 ‘Special Wednesday’ – menerima

kedatangan staf Petronas terdekat

13 Menggunakan sistem pembayaran e-

pay, BSN, dan Touch’n Go

Page 22: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Bil Tempoh Julai 2013 / Ogos 2013

Aktiviti / Minggu 3 4 5 6

1 Pengenalan dan orientasi pekerja

2 Penyusunan stor / /

3 Penggunaan PDT ( portable data

terminal ) – ‘receiving’ / /

4 Juruwang – pos sistem

5 Khidmat pelanggan ( customer

service )

6 Menyusun stok mengikut

planogram / / /

7 Melabel sku ( stock keeping unit )

mengikut planogram – PI label / / / /

8

Melabel barang-barang ‘return’

untuk dipulangkan kepada

pembekal

/

9

MyStation – laman web rasmi

Mesra Mart – keluarkan info

terbaru

/ /

10 Membuat label subsidi minyak

Primax 95 dan Diesel

11 Pengiraan stok ( stock take )

12 ‘Special Wednesday’ – menerima

kedatangan staf Petronas terdekat

13 Menggunakan sistem pembayaran

e-pay, BSN, dan Touch’n Go

14

Page 23: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Bil Tempoh Julai 2013 / Ogos 2013

Aktiviti / Minggu 7 8 9 10

1 Pengenalan dan orientasi pekerja

2 Penyusunan stor / / /

3 Penggunaan PDT ( portable data

terminal ) – ‘receiving’ / / / /

4 Juruwang – pos sistem / /

5 Khidmat pelanggan ( customer

service ) / /

6 Menyusun stok mengikut

planogram / / /

7 Melabel sku ( stock keeping unit )

mengikut planogram – PI label /

8

Melabel barang-barang ‘return’

untuk dipulangkan kepada

pembekal

/

9

MyStation – laman web rasmi

Mesra Mart – keluarkan info

terbaru

/

10 Membuat label subsidi minyak

Primax 95 dan Diesel /

11 Pengiraan stok ( stock take )

12 ‘Special Wednesday’ – menerima

kedatangan staf Petronas terdekat

13 Menggunakan sistem pembayaran

e-pay, BSN, dan Touch’n Go / /

15

Page 24: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Bil Tempoh September 2013

Aktiviti / Minggu 11 12 13 14 15

1 Pengenalan dan orientasi pekerja

2 Penyusunan stor

3 Penggunaan PDT ( portable data

terminal ) – ‘receiving’ /

4 Juruwang – pos sistem / / / / /

5 Khidmat pelanggan (customer

service) / / / / /

6 Menyusun stok mengikut planogram /

7 Melabel sku ( stock keeping unit )

mengikut planogram – PI label

8 Melabel barang-barang ‘return’

untuk dipulangkan kepada pembekal

9 MyStation – laman web rasmi Mesra

Mart – keluarkan info terbaru

10 Membuat label subsidi minyak

Primax 95 dan Diesel

11 Pengiraan stok ( stock take )

12 ‘Special Wednesday’ – menerima

kedatangan staf Petronas terdekat

13 Menggunakan sistem pembayaran e-

pay, BSN, dan Touch’n Go / / / / /

16

Page 25: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Bil Tempoh Oktober 2013 / November 2013

Aktiviti / Minggu 16 17 18 19 20

1 Pengenalan dan orientasi pekerja

2 Penyusunan stor / / / / /

3 Penggunaan PDT ( portable data

terminal ) – ‘receiving’

4 Juruwang – pos sistem / / / / /

5 Khidmat pelanggan ( customer

service ) / / / / /

6 Menyusun stok mengikut planogram / / / / /

7 Melabel sku ( stock keeping unit )

mengikut planogram – PI label

8 Melabel barang-barang ‘return’

untuk dipulangkan kepada pembekal

9 MyStation – laman web rasmi Mesra

Mart – keluarkan info terbaru

10 Membuat label subsidi minyak

Primax 95 dan Diesel

11 Pengiraan stok ( stock take )

12 ‘Special Wednesday’ – menerima

kedatangan staf Petronas terdekat / / / / /

13 Menggunakan sistem pembayaran e-

pay, BSN, dan Touch’n Go / / / / /

17

Page 26: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

BAB 3

PENGURUSAN INVENTORI

( INVENTORY MANAGEMENT )

18

Page 27: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

3.1 Pengenalan

Pengurusan Inventori ialah proses di mana seseorang peruncit memberi pilihan

kuantiti yang betul, pada masa dan tempat yang betul, serta pada barangan yang betul

untuk mencapai matlamat kewangan syarikat. Peruncit perlu sentiasa mengambil tahu

barangan trend di kalangan pengguna, tetapi keupayaan mengenalpasti trend pasaran ini

hanyalah salah satu daripada skil-skil yang diperlukan untuk mengawal inventori yang

juga dikenali sebagai barangan atau SKU secara efektif. Satu kemahiran yang lebih

penting untuk ini adalah keupayaan untuk menganalisis data jualan secara berterusan

dan membuat penyelarasan yang sesuai pada harga dan tahap inventori yang ingin di

jual.

Antara tujuan pengurusan inventori adalah untuk menunjukkan tentang proses

atau langkah apabila sampainya barangan ke syarikat yang telah di tempah atau yang

telah di “order” oleh penyelia atau pengurus sebelumnya. Proses memilih inventori juga

ada langkah-langkah yang perlu dipatuhi dan sememangnya menjadi proses yang amat

penting kepada perniagaan peruncitan. Setiap cara menentukan stok yang hendak dibeli

ada proses-proses yang tersendiri supaya tidak tersilap dalam membuat keputusan

kerana jika tersilap atau tersalah “order” boleh mendatangkan kerugian kepada syarikat.

Semua keputusan pembelian berdasarkan dari penyelia atau pengurus sendiri yang

menentukan pembelian dengan pembekal berdasarkan beberapa aspek seperti ‘target

market’ dan keperluan masyarakat sekeliling.

19

Page 28: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

3.2 ‘Receiving’ ( Penerimaan )

‘Receiving’ adalah sesuatu proses apabila penyelia atau pengurus syarikat

membuat tempahan daripada pembekal dan proses penerimaan hanya selesai apabila

pembekal menghantar seluruh inventori yang telah ditempah. Di stesen petronas

Putrajaya Enterprise, tempat penerimaan adalah di dalam stesen sendiri kerana kawasan

perniagaan yang terhad. Walaubagaimanapun, keadaan ini agak mengganggu lebih-lebih

lagi kepada pengguna yang datang kerana inventori yang datang kebanyakannya sampai

dalam jumlah yang banyak dan tidak dapat dimuatkan kesemuanya dalam stor.

Rajah 3.2.1 Stok air yang baru dihantar diletakkan berdekatan tempat minyak

hitam dijual

20

Page 29: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Antara dokumen yang di perlukan semasa proses penerimaan inventori adalah

seperti ‘delivery order’, ‘purchase order’, ‘invoice’ dan ‘receiving book’. Pihak stesen

selalunya akan membuat perjanjian dengan pembekal bilakah tarikh dan masa inventori

akan dihantar. Ini penting untuk mengelakkan daripada berlakunya penerimaan

inventori serentak daripada banyak pembekal dan ini akan lebih menyukarkan proses

penerimaan inventori dan pekerja-pekerja stesen akan lebih bersedia apabila inventori

tiba.

Rajah 3.2.2 Contoh invois daripada pembekal

21

Page 30: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Rajah 3.2.3 Contoh ‘Purchase Order’

Rajah 3.2.4 Contoh ‘Receiving’ yang telah direkodkan ke dalam sistem

22

Page 31: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

3.3 ‘Checking’ ( Pemeriksaan Inventori )

‘Checking’ adalah perkara yang biasa dilakukan selepas penerimaan inventori

daripada pembekal. Selalunya tempat berlaku proses ‘checking’ adalah sama dengan

tempat di mana tempat penerimaan inventori tersebut. Di dalam proses ini memerlukan

pekerja untuk memeriksa inventori yang dihantar sama dengan senarai inventori di

dalam invois.

Proses ‘checking’ :

1. Memeriksa dokumen ‘delivery order’ ataupun invois daripada pembekal.

2. Membuka kotak dan perlu memeriksa semua inventori yang telah dihantar

dalam keadaan yang baik dan elok.

3. Mengasingkan inventori tersebut kepada saiz, warna, jenama, jenis dan

lain-lain.

4. Pemeriksaan kuantiti inventori yang dihantar sama dengan jumlah yang

telah di ‘order’ dan sama di dalam ‘delivery order’.

5. Pemeriksaan kualiti inventori yang dihantar sama ada dalam keadaan yang

baik dan boleh dipasarkan.

6. Setelah selesai dengan semua proses di atas ‘delivery order’ tersebut perlu di

di cop dengan cop syarikat dan ditandatangani.

23

Page 32: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

3.3.1 Pemeriksaan Kuantiti

Penting untuk peruncit melakukan pemeriksaan kuantiti. Ini untuk memastikan

bahawa inventori yang dihantar oleh pembekal adalah jumlah yang betul seperti

ditempah. Pemeriksaan ini bagi mengelakkan daripada pihak syarikat ditipu oleh

pembekal. Selain itu, perlu juga untuk memeriksa jenis, warna, jenama dan sebagainya.

Dengan demikian, syarikat dapat mengesan inventori yang telah rosak atau tidak boleh

dipasarkan lagi. Inventori tersebut boleh dipulangkan semula kepada pembekal.

Terdapat beberapa proses dalam pemeriksaan iaitu :

Proses pemeriksaan :

1. Pemeriksaan mesti mengira kuantiti setiap satu inventori yang sampai dan mestilah

sama dengan jumlah yang ditempah dan sama dengan ‘delivery order’

2. Mengira kuantiti dan jumlahnya adalah betul dan ditandakan pada bahagian tepi

dokumen tersebut.

3. Mengulangi perkara yang sama di atas ( double check ) dan setelah selesai invois

dan ‘delivery order’ ditandatangani.

4. Jika berlaku kesilapan semasa pemeriksaan kuantiti seperti jumlah kuantiti tidak

betul, tersalah warna atau jenis dan sebagainya pemulangan boleh dilakukan.

24

Page 33: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

3.3.2 Pemulangan Inventori ( Return )

Di dalam proses urus niaga pemulangan inventori adalah perkara biasa yang

selalu berlaku di antara peruncit dan pembekal. Dengan itu, pihak pengurusan kedai

Mesra Petronas turut sama terlibat dalam proses ini di mana ada juga inventori yang

telah di tempah oleh penyelia atau pengurus dipulangkan semula kepada pembekal atas

beberapa sebab. Di antaranya ialah tersalah jenis, jenama, saiz, inventori yang telah

rosak dan tidak boleh di pasarkan lagi dan banyak lagi sebab berlakunya pemulangan

inventori kepada pembekal. Semua ini berlaku kerana ada perjanjian di antara peruncit

dengan pembekal itu sendiri. Syarat-syarat di dalam perjanjian tersebut mestilah di

persetujui oleh kedua-dua belah pihak yang berurus niaga.

25

Page 34: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Proses pemulangan inventori :

1. Semua maklumat tentang inventori akan dimasukkan dalam sistem.

2. Penyelia atau pengurus mestilah membuat catatan didalam ‘return form’.

3. Masukkan semua maklumat yang hendak dipulangkan termasuklah nombor siri

inventori tersebut di dalam ‘return form’.

4. Nyatakan sebab kenapa memulangkan inventori tersebut kepada pembekal.

5. Tandatangan dan tarikh ditulis pada ‘return form’ dan dibuat hanya oleh penyelia

atau pengurus.

6. Inventori tersebut akan dipulangkan, kemudian ianya boleh disimpan di bahagian tepi

di dalam stor.

7. Apabila pembekal datang ‘return form’ tersebut harus disahkan.

8. Salinan ‘return form’ yang original di serahkan kepada pembekal.

9. Terdapat sesetengah pembekal meminta kepada peruncit untuk ‘email’ sahaja ‘return

form’ tersebut kepada mereka.

26

Page 35: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

3.4 ‘Marking / Price’

‘Marking’ atau ‘Price’ adalah sesuatu tanda harga yang di letakkan pada

inventori yang diniagakan. Kerajaan juga telah mengarahkan semua perniagaan tidak

kira apa jenis perniagaan seharusnya mempunyai tanda harga. Tetapi tidak semua jenis

inventori perlu untuk diletakkan tanda harga, contohnya inventori yang boleh di ‘scan’.

Tanda harga diletakkan pada atas atau bawah inventori atau tempat yang berdekatan

dengan inventori untuk memudahkan pengguna mengetahui harga inventori tersebut.

Walaubagaimanapun, kebiasaannya hanya pasar raya meletakkan tanda harga

seperti itu kerana kebanyakan pasar raya mempunyai mesin ‘scan’ harga khas manakala

di kedai runcit biasa tidak mempunyai mesin tersebut dan mereka perlu meletakkan

harga pada setiap inventori yang di jual kerana peruncit tidak mampu mengingati semua

jenis harga inventori yang mereka jual kerana banyaknya SKU ( stock keeping unit )

yang dijual. Peletakan harga adalah sangat penting kepada sesuatu perniagaan kerana

pengguna akan membandingkan harga barangan di semua premis kedai yang mereka

lawati dan penting untuk peruncit meletakkan harga yang berpatutan pada setiap

inventori yang di jual.

27

Page 36: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Rajah 3.4.1 Mesin ‘scanner’ yang terdapat di Stesen Putrajaya Enterprise

Pengguna pada masa kini amat mementingkan soal halal terutama sekali bagi

pengguna yang beragama islam. Oleh itu, perniagaan seharusnya mempunyai sijil halal

yang telah disahkan oleh pihak JAKIM. Sebagai contohnya barang yang memerlukan

pengesahan daripada JAKIM adalah seperti makanan ringan dan seumpamanya yang

seperti itu yang memerlukan pengesahan JAKIM dan pihak kedai Mesra amat

mementingkan perkara ini.

Peletakan harga yang betul amat penting kerana terdapat sesetengah pengguna

yang tidak boleh menerima keadaan di mana harga pada tanda harga berlainan daripada

harga sebenar apabila tiba di kaunter pembayaran untuk membayar. Terdapat kes lain

yang mana pengguna meminta untuk diberikan mana-mana harga yang lebih murah atas

kesalahan tersebut. Perkara ini akan merugikan peruncit dan wajar di ambil perhatian

yang serius.

28

Page 37: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Pihak stesen tidak melakukan ‘marking or price’ di tempat penerimaan atau

‘checking’ kerana tempat tersebut adalah tidak sesuai. Mereka melakukannya di

kawasan dimana barang itu disusun untuk dipasarkan kepada pengguna. Peralatan yang

mereka gunakan adalah ‘barcode label’ dan ‘price tag gun’. Mereka mengunakan

dokumen seperti invois untuk menentukan harga semasa melakukan proses ini kerana

lebih mudah menentukan harga untuk mendapat keuntungan untuk perniagaan mereka.

Rajah 3.4.2 ‘ Price Tag Gun’

29

Page 38: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Rajah 3.4.3 ‘Barcode Label’

Untuk memudahkan proses ini dijalankan, tanda harga perlu diletakkan pada

tempat yang membolehkan pengguna untuk melihatnya. Perlu juga dipastikan inventori

tidak rosak ketika meletakkan tanda harga atau menukarkannya. Pastikan juga

maklumat penting yang harus diketahui oleh pengguna tentang inventori tersebut seperti

jenama, jenis dan saiz tidak tertutup oleh tanda harga tersebut. Seterusnya perlu

dipastikan bahawa tanda harga yang diletakkan perlu sama dengan harga sebenar apabila

di ‘scan’.

30

Page 39: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

3.5 ‘Stock Control’ ( Kawalan Stok )

Kawalan stok adalah perkara yang penting bagi untuk mengelakkan daripada

berlakunya kerugian daripada berlaku kepada perniagaan. Oleh itu peruncit perlu

sentiasa membuat keputusan yang betul dalam proses ini kerana ia akan menentukan

keuntungan atau kerugian kepada perniagaan. Di dalam pengawalan stok ada dua jenis

kategori iaitu ‘merchandise decision’ dan ‘merchandise buying’.

‘Merchandise decision’ berkait rapat dengan keputusan yang di buat sebelum

membeli inventori. Terdapat lima sebab kenapa keputusan perlu dibuat semasa

membuat pilihan membeli inventori iaitu jumlah kuantiti, jenis inventori yang perlu

dibeli, harga yang berpatutan, serta masa dan tempat yang betul untuk kesesuaian

penjualan inventori tersebut mengikut kawasan persekitaran.

Di dalam ‘merchandise decision’ memerlukan peruncit untuk mengambil kira

beberapa perkara seperti perubahan trend pengguna mengikut zaman yang cepat.

Sebagai peruncit, mereka juga seharusnya peka untuk selari dengan perubahan tersebut

kerana pengguna kerap mengikut perubahan zaman pada masa kini. Selain itu juga,

peruncit perlu merancang dengan teliti dalam proses ini. Mereka perlu tahu tentang nilai

inventori tersebut mengikut bajet masing-masing sebelum membuat keputusan untuk

membelinya.

31

Page 40: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

‘Merchandise buying’ pula adalah pembelian barang dari pembekal. Berikut

merupakan tujuh proses yang perlu di ikuti :

‘Survey’ maklumat tentang jualan inventori tersebut dan

sambutan yang diberikan oleh pengguna

Analisis inventori tersebut

Merancang dari jenis jenama, kualiti barang untuk tujuan pemasaran

Rundingan harga dengan pembekal

Penerimaan dari pembekal

Promosi inventori tersebut kepada pengguna

Membuat penganalisisan untuk ‘re- order’ seterusnya

Rajah 3.5.1 Proses ‘Merchandise Buying’

32

Page 41: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

3.6 ‘Storage’

‘Storage’ atau stor adalah tempat penyimpanan inventori. Tidak semua inventori

dapat di ‘display’ di gondola, maka dengan itu ruang stor yang mencukupi penting bagi

memudahkan peruncit menyimpan lebihan inventori supaya inventori dalam keadaan

yang lebih selamat dan terjaga.

Keadaan inventori bergantung pada keadaan ‘storage’ sendiri. Ini kerana jika

keadaan stor yang tidak teratur boleh menjadi punca inventori menjadi rosak seterusnya

tidak boleh dijual dan kerugian yang amat besar akan dialami daripada kerosakan

inventori tersebut. Maka dengan itu, penjagaan di stor adalah sangat penting.

Rajah 3.6.1 Keadaan stor di stesen pada bulan pertama menjalani latihan

industri.

33

Page 42: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Stor sepatutnya berada berdekatan dengan tempat dimana berlaku proses

penjualan bagi memudahkan peruncit untuk mencari inventori tersebut. Susun atur

premis juga seharusnya menjadikan lebih mudah untuk ‘re-stock’ di gondola. Stor juga

penting untuk bagi mengelakkan inventori daripada dicuri.

Peruncit perlu mengunakan semua ruangan yang ada dengan sebaik yang

mungkin. Gunakan ruangan tersebut seluas yang mungkin walaupun akan sampai ke

siling lebih-lebih lagi untuk premis yang agak kecil. Ini penting untuk memudahkan

kerja penyusunan inventori apabila sampai dan ruangan yang ada membolehkan laluan

untuk troli membawa inventori masuk dan juga ketika membawanya keluar.

Dalam proses ini cara yang paling sesuai bagi mengelakkan daripada inventori

rosak adalah apabila barang baru sampai di letakkan di belakang inventori lama (first in

first out ). Perkara ini adalah kerana sesuatu inventori mempunyai tempoh luput sendiri.

Maka dengan itu, inventori yang lama perlu dikeluarkan terlebih dahulu. Inventori yang

disimpan perlu sentiasa dalam keadaan yang yang baik, selamat dan tidak terdedah

kepada sebarang kerosakan atau makhluk perosak.

34

Page 43: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

3.7 Komen Dan Cadangan

Pada dasarnya, seluruh sistem pengurusan kedai Mesra stesen Petronas

Putrajaya Enterprise adalah bagus. Akan tetapi, terdapat beberapa keadaan di mana,

pada pandangan saya masih boleh diperbaiki lagi. Antaranya ialah tempat peletakan

inventori-inventori yang dihantar oleh pembekal. Saya amati seringkali berlaku keadaan

di mana, apabila pembekal menghantar tempahan, mereka terpinga-pinga untuk

meletakkan inventori tersebut kerana stesen tidak mempunyai tempat khusus untuk

pembekal. Lebih-lebih lagi dengan keadaan pekerja yang tidak cukup untuk

menguruskan mereka. Maka terjadilah keadaan seperti yang ditunjukkan pada rajah

3.2.1 di atas. Pada hemat saya, jika pengurus stesen boleh menyediakan satu tempat

khusus untuk pekerja menguruskan stok baru tiba, keadaan ini mungkin boleh

diperbetulkan.

Seterusnya, pihak atasan atau ‘HR’ untuk kedai Mesra iaitu pihak DKSH

Holdings sering membuat pemeriksaan mengejut tentang perkembangan pengurusan

kedai Mesra. Keadaan ini tidak dinafikan bagus untuk stesen. Tetapi, teguran yang diberi

selalunya tidak disertakan dengan cara untuk membetulkan kesalahan tersebut. Pihak

stesen dibiarkan untuk menjadi ‘kreatif’ untuk menyelesaikan masalah tersebut sendiri

sebelum tiba lawatan berikutnya. Keadaan ini agak menekan pekerja dan penyelia

stesen kerana perlu sentiasa memunggah semula inventori di gondola dan ‘chiller’

apabila planogram ditukar, menukar ‘barcode label’ sedia ada dan pelbagai lagi

keadaan yang kadangkala dianggap remeh terutama dengan keadaan stesen yang

sentiasa sibuk apabila waktu puncak dan pekerja yang kurang. Diharapkan pihak terbabit

mempunyai sistem pengurusan yang lebih kukuh untuk membuat keputusan tepat dan

memahami keadaan pihak stesen petronas.

35

Page 44: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

3.8 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, saya tidak mempunyai banyak masalah dalam

menguruskan inventori di kedai Mesra ini kerana SKU di sini tidak sebanyak di pasar

raya dan saya masih boleh untuk mengenalpasti setiap inventori yang dijual di stesen ini.

36

Page 45: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

BAB 4

PENGURUSAN ORGANISASI

( ORGANISATION MANAGEMENT )

37

Page 46: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

4.1 Pengenalan

Sesebuah organisasi yang diuruskan dengan professional dan baik mempunyai

proses-proses yang tersendiri serta mempunyai ruang di mana, di dalamnya boleh

dijalankan urusan penerimaan inventori, serta boleh menyimpan inventori tersebut

selagimana ianya tidak diperlukan atau ingin dibeli oleh pengguna seterusnya

mengeluarkan inventori tersebut untuk kegunaan pengguna.

Rajah 4.1.1 Antara kepentingan organisasi juga dikenali sebagai

premis untuk peruncit

Objektif pelaksanaan proses ini adalah untuk memastikan inventori yang betul

dapat disediakan untuk kegunaan pengguna pada masa ia diperlukan dalam keadaan

yang terbaik secara berkesan dan ekonomi.

3

Page 47: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

4.2 Tanggungjawab Pengurus Organisasi

Pengurus organisasi adalah orang yang bertanggungjawab bagi keseluruhan

pengurusan premis dan pekerja-pekerja yang bekerja di dalamnya. Pengurus memainkan

peranan dalam menjaga operasi umum premis, memastikan ia berjalan dengan lancar,

bersih dan memenuhi mana-mana bajet atau matlamat jualan.

Seorang pengurus organisasi akan merancang dan menggalakkan jadual harian

pekerja dan perniagaan, temuduga, sewa, menyelaras dan memantau disiplin pekerja,

memastikan gondola di premis dipenuhi, bersih dan dalam keadaan yang betul, mencipta

dan mengekalkan bajet, dan menyelaras dan melaporkan kepada pengurusan kanan

dalam syarikat tersebut.

Peranan Apa yang perlu dilakukan Contoh aktiviti

1. Simbol

Mewakili organisasi

dalam hal-hal berkaitan

perundangan, sosial,

upacara dan aktiviti-

ativiti simbolik

1. Menandatangani dokumen

rasmi (borang tuntutan,

baucar,kontrak dll)

2. Meraikan tetamu atau

pelanggan sebagai wakil

rasmi organisasi

3. Menyampaikan anugerah

dalam majlis

39

Page 48: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

2. Pemimpin

Melaksanakan fungsi

pengurusan untuk

memastikan organisasi

beroperasi dengan

berkesan

1. Pengambilan kakitangan

dan latihan

2. Memberi arahan dan

"coaching"

3. Membuat penilaian

prestasi

3. Pegawai

Perhubungan

Peranan ini dilakukan bila

pemimpin berinteraksi

dengan orang di luar unit

atau luar organisasi yang

sama. Ini termasuklah

mewujudkan penjaringan

dengan tujuan

membangunkan

hubungan, mendapatkan

maklumat dan "favour"

1. Menganggotai satu

jawatankuasa yang turut

dianggotai oleh ahli dari

unit-unit lain

2. Menghadiri mesyuarat

atau perjumpaan pertubuhan

profesional

3. Menghubungi orang lain

untuk mengekalkan

hubungan

4. Jurucakap

Memberi atau

menyampaikan maklumat

pada orang di luar unit

(lembaga pengarah,

pemilik dan pengurusnya)

atau di luar organisasi

(pelanggan, pembekal)

1. Berbincang dengan ketua

mengenai prestasi dan

pegawai kewangan

mengenai bajet.

2. Menjawab surat-surat

3. Menghantar laporan pada

badan-badan kerajaan

40

Page 49: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

5. Pemantau

Peranan ini dimainkan

bila seorang pemimpin

mengumpul maklumat.

Kebanyakan maklumat

akan dianalisis untuk

mengesan masalah dan

peluang, juga untuk

memahami peristiwa yang

berlaku diluar unit. Ada

juga maklumat yang akan

disebarkan pada orang

lain dalam unit dan

organisasi.

1. Membaca memo, laporan,

penerbitan yang berkait

dengan profesion,

suratkhabar dll.

2. Bercakap/berbual dengan

orang lain, menghadiri

mesyuarat di dalam dan di

luar organisasi

3. Melakukan pemerhatian

(melawat kedai pesaing

untuk membandingkan

produk, harga dan proses

perniagaan)

6.

Penyebar

Maklumat

Menghantar maklumat

kepada ahli sesuatu unit.

Pengurus mendapat

maklumat yang tidak

diperolehi oleh orang lain.

Ada maklumat dari

pengurusan atasan yang

perlu disebarkan dalam

bentuk asal atau yang

telah di susun semula dan

disampaikan dalam bentuk

verbal

1. Secara lisan dalam

mesyuarat, perbincangan

secara bersemuka (satu

sama satu)

2. E-mail atau mel biasa

41

Page 50: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

7. Usahawan

Pemimpin memainkan

peranan ini bila mereka

melakukan inovasi dan

memulakan

penambahbaikan

(improvements)

1. Membangunkan atau

menambahbaikkan produk

atau perkhidmatan

2. Membangunkan cara baru

memproses produk atau

perkhidmatan

3. Membeli peralatan

(equiptments) yang baru

8.

Pengendali

Kekacauan

Pemimpin melaksanakan

peranan ini bila mereka

mengambil tindakan

pembetulan semasa krisis

atau konflik. Tidak seperti

sesuatu yang dirancang

oleh seorang usahawan,

pengendali kekacauan

bertindak balas keatas

sesuatu yang tidak

dijangka yang

menimbulkan masalah.

Pemimpin selalunya

memberi prioriti kepada

peranan ini mengatasi

peranan-peranan yang lain

1. Mogok atau tunjuk

perasaan

2. Kerosakan ke atas

mesin/peralatan yang sangat

penting

3. Bahan yang dikehendaki

lewat tiba

4. Jadual yang sangat ketat

yang perlu di ikuti

42

Page 51: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

9.

Pembahagi

Sumber

Pemimpin melaksanakan

tugas ini bila mereka

membuat penjadualan,

memohon kebenaran untk

memberi autoriti,

melakukan aktiviti yang

berkaitan dengan bajet

1. Memutuskan apa yang

perlu dilakukan sekarang

atau sebaliknya

2. Memutuskan apa yang

tidak perlu dilakukan

3. Menentukan prioriti

4. Menentukan siapa yang

akan diberi kerja lebih masa

5. Menentukan siapa yang

mendapat kenaikan gaji

berasaskan merit

10. Perunding

Pemimpin melaksanakan

tugas ini bila mereka

mewakili unit/organisasi

dalam transaksi rutin dan

bukan rutin yang tidak

melibatkan perkara-

perkara yang telah

ditentukan. Mereka perlu

mencuba untuk

mendapatkan yang terbaik

sama ada sumber atau apa

saja yang dikehendaki

1. Pakej faedah dan gaji

untuk kakitangan baru

2. Kontrak yang melibatkan

persatuan sekerja

3. Kontrak dengan

pelanggan (jualan) atau

dengan pembekal

(pembelian)

Rajah 4.2.1 10 peranan pengurus

43

Page 52: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

4.3 ‘Customer Service’ ( Khidmat Pelanggan )

APABILA disebut perkataan ‘perkhidmatan pelanggan’, apa yang cepat

dibayangkan oleh kebanyakan dari kita ialah dari dua perspektif yang bertentangan

mengenainya. Sebagai contoh;

- kita mungkin membayangkan beberapa situasi yang menyenangkan, seperti kita

dialu-alukan dengan senyuman berserta ucapan ‘selamat datang’ dan sebagainya

apabila memasuki mana-mana premis perniagaan; atau kita dilayan dengan baik apabila

berurusan dengan staf premis tersebut. Kemudian apabila hendak berlalu kita diiring

pula dengan ucapan ‘terima kasih’, ‘sila datang lagi’ dan seumpamanya.

Atau,

- kita mungkin membayangkan beberapa situasi yang tidak wajar seperti apabila

kita memasuki dan duduk di meja kedai makan, pelayan lambat datang untuk mengambil

order (lebih malang kalau terlepas pandang, tiada langsung yang datang bertanya) atau

bila berurusan di pejabat awam, kita tidak di hiraukan hingga merugikan masa atau

langsung tidak mencapai matlamat kita.

Persepsi kita tentang perkhidmatan pelanggan biasanya berasaskan kepada

pengalaman sendiri, diberitahu orang atau membaca tentangnya.

44

Page 53: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Rajah 4.3.1 Kaunter bayaran di stesen Putrajaya Enterprise menjadi lokasi

terpenting untuk aktiviti khidmat pelanggan dijalankan.

Apakah perkhidmatan pelanggan?

Kesemua situasi seperti contoh di atas adalah berkenaan perkhidmatan

pelanggan. Namun itu hanyalah sebahagian sahaja, iaitu dalam kategori layanan kepada

pengguna. Perkhidmatan pelanggan sebenarnya merangkumi tindakan-tindakan dalam

skop yang lebih luas yang perlu dipastikan perlaksanaannya oleh peruncit.

45

Page 54: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Secara umum, perkhidmatan pelanggan ialah kebolehan organisasi dalam

penyampaian produknya kepada pengguna. Kebanyakan organisasi formal mempunyai

Piagam Pelanggan masing-masing, yang menjanjikan komitmen dari aspek kualiti

perkhidmatan bagi skop produk yang ditawarkan

.

Dalam kontek perniagaan, perkhidmatan pelanggan perlu dilihat dari sudut yang

lebih kritikal. Di sini, perkhidmatan pelanggan merupakan keupayaan dan komitmen

peruncit dalam menyempurnakan penyampaian produk dengan memenuhi keperluan dan

kehendak pelanggannya melebihi daripada tahap yang mereka harapkan, serta ianya

diadakan secara berterusan dan konsisten.

Daripada pengertian tersebut, dapat difahami bahawa perkhidmatan pelanggan

yang cemerlang mestilah bercirikan mesra-pelanggan. Apa yang lebih penting dalam

perkhidmatan pelanggan ialah peruncit sentiasa menawarkan nilai produk serta

perkhidmatan jualan yang melebihi daripada harapan pelanggan.

Untuk itu, skop peranan berkaitan perkhidmatan pelanggan perlu meliputi

seluruh fungsi yang terdapat di dalam organisasi perniagaan. Maksudnya,

tanggungjawab perkhidmatan pelanggan bukan sahaja terletak kepada bahagian jualan

atau pemasaran yang berhadapan dengan pelanggan. Malah bahagian-bahagian lain,

seperti pengeluaran, perolehan, kewangan dan kawalan kualiti yang tidak berurusan

secara langsung dengan pelanggan, perlu juga bertanggungjawab. Ini adalah kerana

kesemua bahagian tersebut sebenarnya terlibat dalam proses menghasilkan produk yang

akan dikemukakan kepada pengguna.

46

Page 55: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

4.4 Komen Dan Cadangan

Pada pendapat saya setelah bersama membantu menguruskan organisasi ini selama

lebih empat bulan, organisasi ini telah diuruskan dengan baik oleh pengurus merangkap

pemilik stesen iaitu Puan Halimaton Binti Majid yang berpengalaman selama puluhan

tahun dalam bidang ini. Beliau juga telah dibantu dengan orang-orang yang cekap dan

juga mempunyai pengalaman yang banyak untuk menguruskan organisasi ini.

Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, pengurus stesen perlu lebih peka dengan

keadaan pekerja yang tidak sama mengikut perkembangan zaman. Sebagai contoh,

pekerja yang bekerja pada tahun 1990-an yang hanya mengikut tanpa banyak pertanyaan

mungkin tidak sama keadaannya dengan pekerja masa kini yang lebih terdedah kepada

media sosial, hiburan dan sebagainya. Apa yang cuba diperkatakan disini ialah

diharapkan pengurus supaya lebih memahami dan cuba untuk mendengar pendapat

pekerja, bukan hanya mengarah dan menetapkan apa yang perlu dilakukan untuk stesen

kerana pekerja yang lebih banyak menghabiskan masa di situ. Jika terdapat sesuatu yang

pengurus ingin pekerja lakukan, beliau tidak perlu untuk menipu dengan mengatakan

arahan tersebut dari pihak atasan. Kerana lambat laun, pekerja akan tetap mengetahuinya

dan perkara ini boleh mengurangkan rasa hormat pekerja kepada pengurus.

Jika ini terjadi, walau sehebat mana pun perkhidmatan pelanggan yang ingin dicapai

untuk stesen, ianya tidak akan dapat dicapai kerana kurang kerjasama yang terjalin

antara pihak pengurusan dan pekerja.

47

Page 56: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

4.5 Kesimpulan

PENGGUNA masa kini mempunyai kesedaran yang lebih matang terhadap nilai

produk yang mereka beli. Mereka menuntut kualiti produk dan perkhidmatan yang

terbaik berbanding dengan harga yang mereka bayar. Mereka juga mempunyai alternatif

yang luas untuk memilih peruncit yang dapat menawarkan produk dengan nilai yang

terbaik kepada mereka.

Justeru itu, adalah menjadi cabaran kepada setiap organisasi (awam dan swasta)

yang menawarkan produk / perkhidmatan supaya lebih komited terhadap isu

meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan. Perkhidmatan pelanggan perlu menjadi

satu agenda penting dalam perancangan strategik organisasi.

Sebagaimana telah dinyatakan, perkhidmatan pelanggan merupakan keupayaan

organisasi dalam menyempurnakan penyampaian produk kepada pelanggan, dan ianya

adalah tanggungjawab semua unit di organisasi. Maksudnya, supaya berjaya dalam

memberi tumpuan kepada pengguna dengan cara ‘customer-driven’ yang sebenar,

organisasi perlu mengintegrasi kesemua fungsi perniagaan kearah memenuhi setiap

keperluan pengguna.

Untuk mencapai keupayaan tersebut, organisasi mestilah dilengkapi dengan

kriteria serta memenuhi keperluan tertentu sebagai pemangkin dalam meningkatkan

serta mengekalkan kualiti perkhidmatan pelanggan. Antara kriteria dan keperluan yang

dimaksudkan ialah:

48

Page 57: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

1. Kepimpinan – ‘customer-value / service’

Pemimpin menentukan corak dan halatuju organisasi. Untuk menjayakan misi

perkhidmatan pelanggan, para pemimpin organisasi mestilah dari mereka yang

berfahaman dan mempraktik kepimpinan / pentadbiran berorientasikan ‘customer-value /

-service’.

2. Kefahaman keperluan pengguna

Organisasi perlu memahami apa yang diperlukan oleh pengguna dengan sebaiknya

supaya mampu memenuhinya dengan tepat, malah dapat menawarkan lebih daripada

yang mereka perlukan.

3. Tatacara & budaya kerja – ‘excellent customer service’

Organisasi perlu menetapkan piawai, proses, prosedur, arahan dan budaya kerja yang

mempastikan ‘excellent customer service’ sekiranya ingin mencapai dan mengekalkan

tahap penyampaian produk yang berkualiti.

49

Page 58: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

4. Fasiliti yang sempurna

Kesempurnaan dari aspek fasiliti ( peralatan, teknologi, dll. ) yang bersesuaian dan

bertepatan dengan produk yang dihasilkan adalah sangat penting bagi membolehkan

organisasi melaksanakan misi perkhidmatan pelanggannya.

5. Sumber yang mencukupi

Dalam penyediaan dan penyampaian produk kepada pengguna, organisasi perlu

memastikan berbagai sumber ( pengetahuan kewangan dll. ) adalah mencukupi supaya

semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan kaedah yang paling efisen.

6. Sikap & komitmen pekerja – ‘customer-driven’

Walau sebaik mana pun proses, prosedur, fasiliti dan sumber yang disediakan, namun

jika sikap dan komitmen pekerja tidak berciri ‘customer-driven’, maka oganisasi tidak

akan mencapai tahap perkhidmatan pelanggan yang berkualiti.

50

Page 59: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

7. Sistem pemantauan

Organisasi perlu mengamalkan sistem pemantauan yang berkesan kepada setiap aktiviti

dalam penyediaan dan penyampaian produk kepada pengguna. Melalui pemantauan

kepada proses dan aktiviti dalaman dan interaksi luaran dengan pelanggan, orgnisasi

akan sentiasa bersedia memperbaiki segala kekurangan dan kesilapan.

NILAI sebenar bagi perkhidmatan pelanggan bukannya terletak pada hasrat dan

kata-kata yang banyak terdapat pada piagam pelanggan, ‘banner’, broser dan bebagai

kaedah pengiklanan oleh organisasi, tetapi ianya adalah keupayaan yang dimiliki serta

perlaksanaannya yang efektif oleh organisasi itu sendiri.

51

Page 60: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

52

BAB 5

‘Store Layout, Design, And Visual

Merchandising’

( Susur Atur, Reka Bentuk Dan

Pemaparan Barangan di Premis )

Page 61: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

53

5. 1 Pengenalan

Keadaan persekitaran, cara susun atur, pasaran dan cara setiap inventori

diletakkan di dalam premis sedikit sebanyak akan memberi impak kepada

pengguna. Reka bentuk sesebuah premis boleh menarik pengguna untuk masuk

ke dalamnya, meningkatkan masa mereka berada di dalam kedai sekaligus akan

meningkatkan jumlah inventori yang dibeli oleh pengguna. Ianya juga

mempunyai kesan jangka panjang terhadap kesetiaan pengguna terhadap

sesebuah perniagaan tersebut kerana dapat memperluaskan lagi imej peruncit dan

memberikan pengalaman pembelian yang hebat dan membuat pengguna datang

berulang kali ke premis tersebut.

Page 62: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

54

5.2 Objektif Persekitaran Premis Yang Baik

1. Menarik pengguna untuk masuk ke kedai

- Memainkan peranan yang sangat penting semasa pemilihan kedai yang

akan dikunjungi oleh pengguna.

- Antara kriteria premis pilihan pengguna ialah, kebersihan, harga yang

dipamerkan, pekerja yang ceria dan sedia membantu, dan gondola yang

disusun atur dengan baik.

- Keadaan premis sendiri yang sedap dipandang dan membuat pengguna

seronok berada di dalamnya.

Page 63: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

55

Rajah 5.2.1 & 5.2.2 Keadaan susun atur stesen Putrajaya Enterprise

Page 64: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

56

2. Sebaik sahaja pengguna berada di dalam kedai, tukar mereka menjadi

pelanggan yang membeli barangan ( produktiviti ruang )

- Keinginan pengguna untuk membeli akan menjadi lebih tinggi jika lebih

banyak inventori menarik perhatian mereka.

- Peruncit menumpukan perhatian yang lebih kepada pemasaran dalam

kedai – lebih banyak pelaburan dibelanjakan di dalam kedai dari segi

reka bentuk, persembahan inventori, paparan visual, dan promosi. Ini

dapat membawa kepada lebih banyak jualan dan keuntungan kepada

peruncit.

Rajah 5.2.3 Susun atur kedai Mesra stesen Putrajaya Enterprise

Page 65: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

57

5.3 Objektif Reka Bentuk Premis Yang Baik

Reka bentuk sesebuah premis haruslah :

1. Konsisten dengan imej dan strategi perniagaan

2. Dapat menarik pengguna masuk ke dalam kedai

3. Berpatutan dengan kos dan untung perniagaan

4. Fleksibel

5. Mesra pengguna – boleh diakses oleh pengguna yang tidak berupaya

Rajah 5.3.1 Petronas menjadi pilihan kerana mempunyai tempat yang luas

dan kemudahan yang pelbagai

Page 66: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

58

5.4 Jenis Ruangan Dalam Premis

1. ‘Back room’ – tempat ‘receiving’ dijalankan, tempat stok disimpan

Rajah 5.4.1 Keadaan stor di stesen Putrajaya Enterprise

Page 67: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

59

2. ‘Non-selling area’

Rajah 5.4.2 Pejabat urusan di stesen Putrajaya Enterprise

Page 68: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

60

Rajah 5.4.3 tempat istirehat / menunggu untuk pengguna

Selain itu, terdapat juga pelbagai kemudahan lain yang terdapat di stesen ini

seperti surau, dan tandas.

Page 69: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

61

3. Ruangan Inventori Dipamerkan

Rajah 5.4.4 & 5.4.5 Keadaan lantai ‘tiles’ dan bercermin sepenuhnya menjadikan

stesen ini selesa dan inventori sesuai untuk dipamerkan.

Page 70: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

62

5.5 ‘Design’ Premis

Rajah 5.5.1 Cara susun atur kedai Mesra stesen Putrajaya Enterprise menggunakan

Kaedah ‘Grid’ atau terusan.

‘Grid Layout’ :

- Memerlukan pengguna untuk melihat keseluruhan inventori yang dipamerkan

untuk mencari barangan kehendak mereka. Inventori di gondola lain agak

sukar untuk dilihat kerana berada dalam kedudukan hampir sama. Kaedah ini

kebanyakannya digunakan premis yang menjual inventori yang banyak.

Page 71: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

63

5.6 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, susun atur dan cara inventori dipamerkan di stesen

Putrajaya Enterprise sangat baik dan teratur. Lebih-lebih lagi dengan adanya

bantuan dari pihak audit DKSH Holdings yang sering membetulkan pihak stesen untuk

menyusun atur dan mempamerkan serta mengajar pihak stesen untuk pengurusan kedai

Mesra yang terbaik dan dapat memuaskan hati pengguna. Walaupun stesen ini bukanlah

sebuah organisasi yang besar, tetapi ia masih dapat diuruskan dengan ‘design’ dan susun

atur yang kreatif dan tersusun.

Page 72: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

64

BAB 6

PROMOSI

Page 73: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

65

6.1 Promosi

6.1.1 Pengenalan

Promosi adalah satu kaedah untuk memberitahu atau menawarkan produk

dengan tujuan menarik pengguna untuk membeli atau mengkonsumsinya. Dengan

adanya promosi, peruncit boleh menaikkan angka penjualan bagi masa tersebut.

Terdapat banyak cara untuk peruncit melakukan promosi yang membolehkan mereka

untuk menarik lebih ramai pengguna untuk datang ke premis mereka. Peruncit juga

perlu tahu cara untuk melakukan promosi yang berkesan kerana ia akan menentukan

sama ada mendapat keuntungan ataupun sebaliknya daripada promosi tersebut.

Promosi adalah penting untuk perniagaan tidak kira apa juga jenis perniagaan

yang di jalankan. Setiap pengguna terutama kaum wanita seringkali akan menunggu

promosi berlangsung untuk melakukan pembelian secara banyak. Peruncit akan

mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan lagi keuntungan. Perkara ini turut dapat

menambahkan lagi pelanggan setia untuk perniagaan tersebut.

Page 74: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

66

6.1.2 Tujuan Promosi Dilaksanakan

Promosi perlu dijalankan kerana ini penting untuk perniagaan. Antara tujuan

promosi dilaksanakan adalah untuk menyebarkan maklumat ataupun informasi tentang

sesuatu produk kepada target sasaran agar ianya dapat di terima secara baik oleh

pengguna terhadap produk tersebut. Selain itu, ia dilaksanakan untuk meningkatkan

penjualan supaya perniagaan akan mendapat hasil yang tinggi dan lumayan. Tujuan

yang ketiga pula ialah peruncit boleh menarik lebih ramai pelanggan setia untuk

perniagaan mereka sekaligus mengekalkan populariti mereka di mata pengguna.

Seterusnya peruncit dapat menjaga kestabilan penjualan perniagaan mereka

apabila berada di dalam keadaan yang lesu, promosi ini dapat membantu mereka

meningkat lagi penjualan. Tujuan kelima adalah untuk menjadikan produk yang dijual

lebih dikenali kepada orang ramai dan dapat bersaing dengan baik dan secara sihat

dengan pesaing lain. Tujuan keenam supaya mereka dapat mengikut cita rasa pengguna

dengan produk yang bakal dipromosikan yang bersesuaian dengan apa yang pengguna

inginkan daripada peruncit. Ini akan mendapatkan sambutan yang baik daripada

pelanggan untuk membeli produk tersebut dan akhir sekali ialah promosi dapat

mengubah tingkah laku dan juga pendapat pengguna terhadap premis dan prosuk yang

bakal dipasarkan.

Page 75: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

67

6.1.3 Cara Pelaksanaan Promosi

Setiap peruncit ada cara yang tersendiri untuk melakukan promosi. Antaranya

mereka akan menghantar melalui pesanan ringkas ( messaging ), dan ‘e-mail’ kepada

pelanggan setia mereka tentang maklumat promosi tersebut. Iklan samada di televisyen

atau radio juga merupakan medium yang popular untuk peruncit mempromosikan jualan

mereka kepada umum. Atau menggunakan cara yang lebih ekonomi, membuat iklan

secara ‘direct’ melalui percakapan secara langsung dengan pengguna. Cara ini ternyata

lebih berkesan kerana peruncit boleh menerangkan dengan lebih jelas tentang produk

tersebut di mana, pengguna akan bertanya sendiri tentang produk yang dijual.

Pada umumnya setelah angka penjualan cukup tinggi, peruncit atau pengeluar

akan mengurangi kegiatan promosi untuk inventori tersebut.

Rajah 6.1.1 Inventori dengan harga promosi diletakkan ditempat yang senang dilihat

Page 76: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

68

6.2 Kad Keahlian

Rajah 6.2.1 Contoh kad keahlian Petronas ( kad mesra )

Memberi kad keahlian adalah salah satu cara yang popular untuk sesuatu

perniagaan berkembang maju dengan lebih cepat. Sama ada diberi secara percuma atau

dengan sedikit bayaran, cara ini ternyata boleh menambahkan lagi pelanggan yang setia

dengan peruncit tersebut dan sangat berhasil untuk menambahkan lagi hasil jualan

mereka. Terdapat pelbagai kaedah untuk mengira bonusnya bergantung pada peruncit

sendiri dan ahli selalunya dilindungi oleh insurans dan hal ini membuatkan pemegang

kad berasa selamat dan dihargai disamping diberi perhatian oleh pihak peruncit itu

sendiri didalam menjaga kebajikan pelanggan-pelanggan mereka.

Page 77: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

69

Pihak Petronas telah dengan telah memperkenalkan Program Kesetiaan

PETRONAS Mesra semua-baru yang telah direka khas bagi menawarkan lebih banyak

kemudahan dan ganjaran yang lebih baik. Petronas kad Mesra adalah unik kerana ia

menawarkan ganjaran segera serta keistimewaan gaya hidup eksklusif. Dengan

PETRONAS kad Mesra, kini pengguna boleh membeli bahan api atau barangan dari

kedai Mesra menggunakan mata yang telah dikumpul, atau hanya menikmati diskaun

dan promosi yang ditawarkan di stesen Petronas. Program kesetiaan baru ini akan

menawarkan pengguna pengalaman yang lebih berharga.

Untuk membuat kad ini hanya lebih kurang lima minit sahaja diperlukan.

Pengguna hanya perlu mengisi boring keahlian dan akan mendapat kad Mesra serta-

merta. Ia boleh terus digunakan selepas itu. Hal ini memudahkan pengguna untuk

menggunakan kad tersebut kerana maklumat mereka telah pun berada di dalam data

maklumat pelanggan. Walaubagaimanapun, jika kad ini tidak digunakan untuk sebarang

transaksi dalam masa enam bulan, ia akan luput dan mata terkumpul akan dimatikan

begitu saja.

Promosi ini telah pun berjaya menarik hati pengguna dan juga dapat

menambahkan pengumpulan mata bagi pelanggan dan meningkatkan lagi hasil jualan

dan keuntungan kepada stesen. Selain itu juga dapat menambahkan lagi pelanggan yang

setia dengan stesen ini.

Page 78: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

70

6.3 Kesimpulan

Pada pandangan saya, promosi sering dijalankan di stesen ini berikutan terdapat

pelbagai jenama yang dijual di sini. Hal ini secara tidak langsung telah menaikkan kadar

kepercayaan pengguna untuk membeli barang keperluan mereka dengan lebih murah

dan cepat di sini. Walaupun terdapat hampir ribuan SKU di sini, pihak pengurusan tetap

dapat menguruskannya dengan baik walaupun terdapat sedikit masalah di sebaliknya.

untuk menjalankan sesuatu promosi itu juga, perkara yang perlu ditekankan ialah harga

dan kualiti produk. Harganya mestilah tidak terlalu murah, supaya berbaloi dengan

pulangan modal dan keuntungan. Kualitinya pula mestilah yang terbaik, supaya

kepuasan pengguna dapat dikecapi dan kepercayaan dan kesetiaan mereka tetap pada

kita.

Page 79: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

71

Bab 7

KESIMPULAN

Page 80: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

72

7.1 Kesimpulan

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga dengan latihan industri

yang saya jalani ini. Pelbagai rintangan dan pendedahan yang saya alami ketika

menjalani latihan industri di Stesen Petronas Putrajaya Enterprise selama hamper lima

bulan iaitu dari 17 Jun hingga 1 November 2013. Pengalaman-pengalaman kerja yang

diperolehi amatlah bermakna dan boleh dijadikan bekalan untuk menghadapi alam

pekerjaan yang sebenar pada masa akan datang.

Berdasarkan pendedahan yang diperolehi, boleh saya simpulkan bahawa

Putrajaya Enterprise merupakan peruncit yang serba boleh dengan pelbagai kemudahan

yang disediakan untuk pengguna. Walaupun stesen ini tidak mempunyai ramai pekerja

seperti stesen lain, ia tetap mampu untuk bersaing dan menghasilkan kerja yang

produktif. Antara yang dapat saya simpulkan sepanjang hampir lima bulan saya

menjalani latihan di sini ialah :

1. Latihan industri dapat mengajar pelajar menempuhi alam pekerjaan yang

sebenar. Ini kerana pelajar memang berada dalam situasi bekerja yang sebenar.

2. Mengenali dan mengetahui tentang proses pengurusan stesen serta cara

berkomunikasi dengan masyarakat.

Page 81: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

73

3. Fahami tentang kerja amat penting supaya dapat menarik minat pelanggan dan

membuat sesuatu yang berkualiti. Khususnya dalam pengurusan stesen dan kedai

Mesra contohnya, hasil kerja yang terbaik sentiasa diperlukan untuk kepuasan

pengguna.

4. Disiplin adalah satu perkara yang penting bagi melahirkan pekerja yang

berkualiti. Khususnya dalam kedatangan, masa perlu ditepati supaya kerja-kerja

tidak tertangguh.

5. Interaksi sesama pekerja juga perlu agar kerja dapat dilakukan dengan sempurna,

cepat, dan berkualiti.

6. Pihak pengurusan perlu menjaga kebajikan pekerja dan memberikan faedah-

Faedah yang menarik bagi menjaga hati pekerja serta meningkatkan mutu kerja.

Page 82: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

74

7.2 Kesimpulan Berkenaan Pengurusan Organisasi

Dalam skop berkenaan dengan organisasi, peruncit perlu mengenalpasti bantuan

dan juga rintangan kea rah mencapai matlamat. Strategi ialah perancangan organisasi

untuk mencapai sesuatu misi. Peruncit boleh menggunakan kaedah ‘SWOT’ dalam

mengenalpasti bantuan dan rintangan tersebut. ‘SWOT’ mewakili perkataan yang telah

digabungkan iaitu :

S – ‘Strength’ ( kekuatan )

W – ‘Weakness’ ( kelemahan )

O – ‘Oppurtunity’ ( peluang )

T – ‘Threat’ ( ancaman )

Peruncit perlu mengkaji terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan

kesemua gabungan perkataan ini supaya boleh menjadi asas dalam memilih strategi yang

akan digunakan dalam sistem pengurusan organisasi mereka.

1. ‘Strength’ ( kekuatan )

- Di sini peruncit perlu melihat kekuatan dari segi dalaman yang mana boleh

memberi kelebihan kepada mereka seperti produk yang dipasarkan, lokasi

perrniagaan, kaedah pemasaran, jumlah tenaga kerja yang digunakan, modal

yang mencukupi, kadar persaingan dan sebagainya. Ini akan menjadikan

peruncit untuk lebih senang mencapai objektif setelah mengenalpasti

kekuatan mana perlu ditekankan untuk mengatasi kelemahan.

Page 83: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

75

- Untuk stesen ini, lokasi stesen amat sesuai kerana berdekatan dengan

masyarakat tempatan, sekolah-sekolah, jabatan kerajaan atau swasta dan

pusat perindustrian.

- Stesen ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti surau dan

tandas.

- Stesen Petronas Putrajaya Enterprise juga mampu menyediakan

perkhidmatan yang cekap, bermutu tinggi dan mengikut citarasa pengguna.

Inventori yang dijual berkualiti tinggi kerana pihak stesen akan memeriksa

inventori yang masuk sebelum dipasarkan.

- Tahap persaingan kurang kerana kedudukannya jauh dari stesen minyak lain.

- Stesen ini adalah milik keluarga. Jadi kekuatan jatuh dan bangun ini

bergantung kepada mereka sekeluarga dalam mengendalikan urusan

perniagaan di dalam organisasi ini.

Page 84: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

76

2. ‘Weakness’ ( kelemahan )

- Kelemahan juga perlu dikenalpasti supaya dapat diatasi dengan baik atau

diperingkat awal lagi. Ini bagi melicinkan lagi apa yang akan dilaksanakan.

- Dari segi kelemahan pula, stesen ini perlu berusaha dengan gigih untuk

mengatasi stesen pesaing yang terdiri daripada usahawan-usahawan bukan

bumiputera yang telah lama muncul di dalam pasaran dan kedudukan mereka

sangat kukuh.

- Terdapat juga sedikit kepincangan di dalam pengurusan stesen ini dari segi

pengurusan terutamanya dari segi kebajikan pekerja dan pengurusan

inventori.

Page 85: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

77

3. ‘Oppurtunity’ ( peluang )

- Dalam perancangan juga peruncit perlu mengenalpasti peluang yang akan

diperolehi dan mengambil kesempatan daripada peluang ini. Ia dapat

membantu untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi.

- Untuk stesen ini yang tidak mempunyai pesaing berdekatan, stesen telah

mengambil peluang ini untuk mengembangkan lagi perniagannya kepada

stesen yang lebih besar dan menjual pelbagai barangan keperluan pengguna.

Page 86: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

78

4. ‘Threat’ ( ancaman )

- Ancaman mesti dikenalpasti supaya apabila berlaku, peruncit telah bersedia

untuk menghadapi masalah. Ini adalah supaya perancangan peruncit tidak

terganggu secara serius apabila terdapat ancaman yang telah dijangka.

- Walaupun se-gah mana organisasi ini beroperasi, tetapi ianya tidak dapat lari

daripada ancaman. Bagi stesen ini, ancaman yang sering mengganggu operasi

stesen adalah masalah kewangan ekonomi. Sekiranya kegawatan ekonomi

berlaku, maka perjalanan operasi stesen menjadi lembap.

- Selain itu, ancaman dari stesen lain yang pesat membangun turut memberi

kesan kepada stesen ini.

- Pengguna juga boleh memberi masalah kepada organisasi. Sekiranya servis

yang diberikan tidak memuaskan hati pengguna, mereka boleh mencipta

pelbagai masalah dengan membuat aduan kepada pihak atasan.

Page 87: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

79

BAB 8

KOMEN DAN CADANGAN

Page 88: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

80

8.1 Komen Dan Cadangan

Sepanjang hampir lima bulan saya menjalani latihan industri di sini, mustahil

Jika saya katakan saya tidak mempunyai sebarang masalah. Pada mulanya sukar untuk

saya menyesuaikan diri, tetapi Alhamdulillah dengan sokongan kakitangan stesen, saya

dapat menyesuaikan diri akhirnya. Selain daripada itu, saya juga ingin menyuarakan

beberapa cadangan dan komen terhadap pihak politeknik dan juga firma.

8.1.1 Pemilihan Tempat Latihan Industri

Pada pendapat saya, pihak Politeknik Ungku Omar perlu mengekalkan dan

mengenalpasti firma yang berkeupayaan untuk menempatkan penuntut bagi menjalani

latihan industri. Jika perlu, pihak politeknik boleh membuat perjanjian bersama dengan

firma berkenaan untuk mengekalkan tempat untuk pelajar menjalani latihan tersebut.

Ini bertujuan bagi mengatasi masalah kekurangan tempat latihan industry yang dialami

oleh pelajar. Ia juga dapat mengelakkan sesebuah firma yang tidak bertanggungjawab

mengambil pelajar menjalani latihan industry untuk mengambil kesempatan atas

pelajar tersebut.

Page 89: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

81

8.1.2 Lawatan oleh Pensyarah

Bagi pendapat saya, sepatutnya lawatan yang diadakan oleh pensyarah ke firma

di mana pelajar menjalani latihan diadakan sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh

latihan diadakan. Dengan adanya lawatan yang dibuat, segala masalah yang dihadapi

dapat dirujuk oleh para pelajar kepada pensyarah.

Saya juga menyarankan pensyarah yang mengadakan lawatan di mana pelajar

ditempatkan adalah daripada kursus yang sama dengan pelajar, atau pensyarah yang

mengajar pelajar itu sendiri. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan lagi proses

komunikasi antara pelajar, pensyarah, dan pihak firma jika terdapat sebarang masalah

yang berkenaan dengan kursus.

8.1.3 Jadual Kerja

Pihak firma perlu menyediakan satu jadual khusus yang merangkumi pelbagai

bidang tugas untuk pelajar bagi memastikan tempoh latihan industri dapat digunakan

sebaik yang mungkin. Oleh itu, ia dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan turut

membantu meningkatkan prestasi firma tersebut.

Page 90: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

82

8.1.4 Rancangan Skop dan Latihan

Skop latihan yang diberikan adalah tidak begitu memuaskan kerana ia banyak

tertumpu kepada banyak kerja. Ini menyebabkan pemahaman yang mendalam tidak

dikecapi sepenuhnya oleh pelajar. Banyak perkara yang dipelajari tetapi pengetahuan

yang didapati daripada sesuatu kerja itu tidak begitu mendalam. Oleh yang demikian,

saya mencadangkan agar pihak firma membuat perancangan awal kepada pelajar latihan

industri supaya latihan yang dijalankan lebih teratur. Walaupun skop kerja yang

dilakukan oleh pelajar tidak begitu luas, namun pemahaman terhadap sesuatu kerja itu

dapat difahami sepenuhnya.

Page 91: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

83

8.2 Cadangan Terhadap Organisasi Latihan

8.2.1 Strategi Operasi

Dari segi kualiti tentang produk, ianya boleh mempengaruhi organisasi melalui

pelbagai cara seperti reputasi dan imej, liabiliti, produktiviti, dan juga kos. Oleh yang

demikian, bagi meningkatkan tahap kualiti, organisasi perlu membentuk system

pengurusan yang berkualiti.

8.2.2 Pengurusan Inventori

Inventori yang ingin dipasarkan di stesen seharusnya diuruskan dengan

sebaiknya oleh pihak stesen. Didapati tempat simpanan inventori tersebut sering penuh

dengan pelbagai produk yang di’order’ dengan sangat banyak pada satu masa. Ini sangat

membebankan pekerja untuk menguruskan stor. Sehinggakan banyak tikus menjadikan

stor sarang mereka. Ini tidak bagus kerana inventori tersebut adalah untuk dijual kepada

pengguna dan seperti sedia maklum, inventori-inventori rosak tidak sepatutnya di jual.

Page 92: Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

84

8.2.3 Pengkhususan

Dalam organisasi ini tahap pengkhususan masih kurang. Oleh demikian untuk

memperbaiki masalah ini adalah dari segi pengembangan kerja. Salah satunya adalah

dari segi pusingan kerja di mana ia melibatkan usaha memindahkan pekerja dari satu

jawatan ke satu jawatan yang lain bersesuian dengan tahap kebolehan mereka.

Tujuannya supaya mereka boleh meluaskan pengalaman mereka dan membiasakan

diri dengan pelbagai aspek operasi stesen.