Laporan pengurus pentadbiran
-
Upload
andromendas -
Category
Business
-
view
7.063 -
download
1
description
Transcript of Laporan pengurus pentadbiran
6. 0 LAPORAN PENGURUS PENTADBIRAN
6.1 Profil Pengurus Pentadbiran
ENCIK MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR
Pengurus Pentadbiran bermula 4 Februari 2010
Encik Muhamad Ashraf b Che Mansor, warganegara Malaysia,
berumur 16 tahun, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada
4 Februari 2010 sebagai Pengarah Pentadbiran I’ ExCelSdn.
Berhad bermula dari 4 Februari hingga 31 Oktober 2010. Pada
masa itu beliau memegang jawatan sebagai Pengarah
Pentadbiran.
Tanggungjawab
Sebelum ini beliau menjawat jawatan sebagai Ketua
Multimedia Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
sejak 2009 dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Ahli
Kelab Komputer. Diberi sepenuhnya kepercayaan untuk
menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dari
2008 hingga tahun 2011.
Pengalaman Usahawan
Beliau juga diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan sebagai Pengerusi Seratas Cyber
Access Network (SCAN) tahun 2010 hingga tahun 2011.Seratas Cyber Access Network
(SCAN) beroperasi sebagai kafe siber sekolah yang memupuk nilai perniagaan dalam diri
beliau sehingga menceburi bidang keusahawanan. Antara kejayaan beliau ialah
peningkatan keuntungan sehingga 70% dalam pengendalian pegoperasian kafe siber
tersebut.
Minat dan Bakat
Beliau juga gemar dalam menceburi bidang multimedia dan animasi. Bakat beliau digunakan
dalam penghasilan montaj multimedia bagi majlis-majlis rasmi dan mendapat pengiktirafan
di Daerah Larut Matang dan Selama apabila Berjaya mendapat tempat ke-3 dalam
penghasilan video kreatif. Selain itu, bakat kreatif beliau juga digunakan untuk menghasilkan
rekaan-rekaan baju menarik untuk dijual kepada pelajar. Untung yang diperolehi hasil
daripada jualan sangat memberangsangkan dan memupuk nilai cinta akan keusahawanan.
Kata-kata Rasuluallah S.A.W menjadi pegangan kukuh dalam diri beliau iaitu “1/10 daripada
pintu rezeki datangnya daripada berniaga”.
Kejayaan dan pengiktirafan
Antara kejayaan besar yang pernah beliau perolehi dalam kerjaya beliau ialah mendapat
sijil pengikitirafan syarikat besar Microsoft Office daripada Steve Ballmer, Pengarah
Microsoft. Beliau diiktiraf sebagai Microsoft Office Word 2007 Specialist pada tahun 2010.
Beliau juga mendapat tempat ke-3 dalam penghasilan montaj kreatif di Daerah Larut Matang
dan Selama.
Sijil Microsoft Office Word Specialist
Karnival ICT Montaj yang Berjaya dihasilkan Daerah Larut Matang & Selama di laman Facebook
SIJIL DAN PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI
Sijil Penyertaan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah
Sijil Penyertaan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat
6.2 Tinta Pengurus Pentadbiran
Alhamdullilah, setinggi-tinggi syukur kehadrat Illahi kerana rahmat dan kurnia-Nya
Laporan Syarikat I’ExCel Sdn. Bhd. dapat dihasilkan bagi tahun 2010.
Selaku Pengarah Pentadbiran Syarikat I’ExCel Sdn. Bhd. ingin saya merakamkan
setinggi-tinggi ucapan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang
menganjurkan program yang bercirikan keusahawanan supaya terlibat dengan Program
Usahawan Muda ini untuk memajukan bangsa dan negara tercinta. Jutaan terima kasih
diucapkan kepada pihak sekolah dan Pengetua Cemerlang, Puan Rahimah Binti Mohd Sura
kerana sentiasa menyokong aktiviti syarikat sepanjang penubuhannya. Segala projek yang
dijalankan sentiasa mendapat keizinan daripada pihaksekolah dan Puan Pengetua
Cemerlang. Terima kasih atas sokongan yang memberangsangkan ini.
Selain itu, tidak dilupakan, jasa-jasa guru Pengelola Encik Mohd Saharizal B Mohd
Baharuddin dalam memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada Ahli Lembaga Pengarah
terutamanya dalam menguruskan syarikat. Tanpa kata-kata semangat dan bimbingan
daripada beliau, sudah pasti syarikat ini tidak akan kukuh seperti yang dilihat hari ini. Terima
kasih cikgu. Di samping itu, terima kasih diucapkan kepada Ahli Lembaga Pengarah dan
ahli pemegang saham atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang penubuhan syarikat
ini.
Harapan kami dalam Program Usahawan Muda ini ialah supaya syarikat kami terus
memperoleh kejayaan dalam perniagaan dan sentiasa diberi kepercayaan daripada
pelanggan.
Di samping itu, harapan kami juga adalah supaya I’ExCeL Sdn.Bhd. terpilih sebagai
syarikat terbaik PUM peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan. Kejayaan ini hadiah
yang kami mampu bayar sebagai membalas jasa guru-guru dan pihak lain yang terlibat.
Insya-Allah.
Di sini juga saya ingin mengatakan bahawa penyertaan kami dalam Program
Usahawan Muda (PUM) adalah satu perlaksanaan yang seiring dengan harapan pihak
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk melahirkan generasi usahawan
bumiputera yang cemerlang. Oleh itu segala perhatian dan tunjuk ajar semua pihak kepada
syarikat ini, amat saya hargai. Akhir kata daripada saya, menjadikan kata-kata cendiakawan
Bill Gates sebagai pegangan saya.
“As we look ahead into the next century, leaders will be those who empower others.”-
Bill Gates
Sekian, terima kasih. (Muhamad Ashraf b Che Mansor) Pengurus Pentadbiran, Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.
6.3 Tugas Pengurus Pentadbiran
Seorang Pengurus Pentadbiran melaksanakan tanggungjawab pengurusan sumber
manusia bagi memastikan tugas dan gerak kerja ahli syarikat berjalan sempurna. Antar
tugas-tugas utama Pengurus Pentadbiran ialah :-
Menyediakan notis dan minit mesyuarat syarikat kepada para pemegang saham
sebelum mesyuarat.
diadakan selewat-lewatnya tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat akan
diadakan.
Menyimpan rekod kehadiran mesyuarat, memegang rekod peribadi ahli-ahli
syarikat, kakitangan dan pemegang saham.
Menyediakan agenda dan mencatat minit mesyuarat serta mengedarkan minit
mesyuarat kepada para pemegang saham sebelum mesyuarat diadakan.
Memantau dan memastikan semua ahli tahu serta melaksanakan tugaas masing-
masing
Menjadualkan aktivti serta tugas setiap ahli dalam semua projek.
Memotivasikan serta memberi perangsang kepada ahli-ahli syarikat.
Pembayaran gaji dan upah ahli syarikat.Beliau melaraskan
pembahagian tugas ahli-ahli syarikat.
Menyediakan Sijil Saham ahli dan diberikan kepada pengurus kewangan.
Bertindak sebagai setiausaha syarikat dan sebagai orang kanan kepada
Pengurus Besar mewakili Pengurus Besar dalam mesyuarat dan sebarang
perjumpaan sewaktu ketiadaannya.
6.4 Penilaian Prestasi Syarikat
PENETAPAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)
Sebagai seorang Pengurus Pentadbiran yang mempunyai wawasan dan matlamat sendiri,
beliau sentiasa menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai di akhir
operasi syarikat.Melalui nasihat yang diberikan guru pengelola, beliau telah menetapkan
sasaran tertentu dalam Key Performance Index (KPI) seorang Pengurus Pentadbiran
syarikat sebagai Petunjuk Prestasi Utama yang perlu dicapai. Berikut adalah KPI yang
ditetapkan hasil perbincangan dengan guru pengelola.
Melaksanakan mesyuarat bulanan
Menyimpan rekod dan dokumen dengan selamat
Memastikan gaji dikeluarkan tepat pada masanya
Kehadiran dalam mesyuarat mencapai 100%
KEBERHASILAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)
Melalui pengambilan salah satu prinsip umum yang yang diterapkan guru pengelola iaitu
“Mementingkan integriti dalam semua hal pengurusan.(Integrity in all matters)”, beliau
telah berjaya melaksanakan segala tugas seorang Pengurus Pentadiran. Berikut merupakan
rajah matlamat beserta keputusan Key Performance Index (KPI).
MATLAMAT KEPUTUSAN CATATAN
Melaksanakan mesyuarat
bulanan Tercapai
Menyenaraikan semua jenis mesyuarat
di dalam takwim tahunan
Menyimpan rekod dan
dokumen dengan selamat Tercapai
Menyediakan fail- fail supaya lebih
teratur
Memastikan gaji di keluar kan
tepat pada masanya Tercapai
Perbincangan bersama 5 orang Ahli
Lembaga Pengarah
Kehadiran dalam mesyuarat
mencapai 100% Tercapai
Membuat hebahan kepada ahli-ahli,
yang mempunyai aktiviti tertentu
dikecualikan
PRESTASI PENTADBIRAN SYARIKAT
Secara keseluruhannya, ahli Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. sentiasa komited serta
bersungguh-sungguh dalam setiap tugas yang diberikan. Sistem pembayaran gaji yang
teratur dan pembahagian tugas yang sistematik dan adil berjaya memotivasi ahli syarikat
untuk meningkat prestasi kerja dan cekap semasa menjalankan tugas masing-masing.
Dari penilaian prestasi Guru Pengelola setiap kali Mesyuarat bersama Guru
Pengelola diadakan, syarikat kurang mengalami masalah yang kritikal dan semua ahli
memberi kerjasama yang memberansangkan dengan menyokong semua keputusan
mesyuarat sebulat suara. Setiap ahli syarikat menyedari tujuan dan matlamat utama syarikat
setelah diberi penekanan dalam Mesyuarat Pemegang saham yang banyak
membincangkan halatuju syarikat dan matlamat sesuatu projek.
Pembahagian tugas, pengurus pentadbiran mewujudkan dua kumpulan yang
mempunyai fungsi yang tersendiri dalam pengendalian projek. Kumpulan pengurusan akan
diberikan tanggungjawab melaksanakan projek-projek yang ditetapkan dan dibantu
kumpulan sokongan yang terdiri dari ahli syarikat. Kumpulan ini diwujudkan bertujuan untuk
memastikan ahli syarikat dapat mempamerkan kecekapan dan diselaraskan dengan
kemahiran ahli syarikat supaya projek yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan
sempurna dan efektif.
Masalah kekurangan pekerja di atasi dengan memberikan ahli syarikat yang pakar
dan mahir untuk melaksanakan tugas yang rumit. Melalui pembahagian tugas ini, syarikat
dapat melaksanakan berbagai projek dalam masa yang sama menimba pengalaman
mengendalikan projek dengan lebih berkesan.
6.5 Laporan Pengurusan Syarikat
SISTEM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Lembaga Pengarah Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. komited untuk mencapai
kecemerlangan dalam mentadbir dan memperakui bahawa tanggungjawab utama untuk
mentadbir syarikat adalah urusan Ahli Lembaga Pengarah. Sebahagian tanggungjawab
utama Pengurus Pentadbiran adalah menyelaraskan dan mengklasifikasikan tugas-tugas
ahli syarikat berasaskan projek dan aktiviti syarikat sepanjang operasi syarikat. Kejayaan
sesebuah organisasi sebenarnya bergantung kepada bagaimana sumber manusia diuruskan
selaras dengan halatuju sesebuah syarikat.
Sistem Pengurusan Sumber Manusia diperkenalkan dalam pengurusan pentadbiran
yang meliputi perkara-perkara berikut :
pengambilan dan pemilihan ahli syarikat
latihan dan pembangunan (seminar/kursus/bengkel)
penilaian prestasi kerja
ganjaran dan faedah
keselamatan dan kebajikan pekerja
Sebagai pengurus pentadbiran, pengurusan sumber manusia melibatkan
pembentukan sesebuah organisasi yang cekap dan berkesan untuk mencapai objektif dan
matlamat syarikat.
Pengambilan Dan Pemilihan Ahli Syarikat
Syarikat dibentuk melalui pemilihan 5 orang Ahli Lembaga Pengarah oleh Guru
Pengelola sebagai Kumpulan Perintis. “Iklan Perjawatan Kosong” dihebahkan dalam iklan
papan kenyataan Usahawan Muda dan melalui pengumuman. Borang disediakan untuk
mendapatkan butiran ahli yang berminat dan diedarkan. Borang yang lengkap diisi untuk
dinilai dan dikenalpasti butiran dengan teliti bagi memilih ahli syarikat. Kriteria ditetapkan
untuk memastikan ahli syarikat yang dipilih ialah ahli yang mampu memainkan peranan dan
tugas yang diberikan dengan cekap dan berkesan.
Seterusnya Mesyuarat Agong Penubuhan diadakan untuk menetapkan resolusi-
resolusi syarikat. Nama syarikat, logo syarikat, nilai saham dan senarai nama ahli syarikat
didaftarkan ke Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Ahli syarikat ditawarkan
menjadi pelabur dan pemegang saham syarikat. Setelah menerima bayaran saham daripada
ahli, sijil saham dikeluarkan dan butiran pelaburan direkodkan dan disimpan.
PROSES PENGAMBILAN DAN PEMILIHAN SYARIKAT
PEMILIHAN 5 ORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH (Kumpulan Perintis)
Dipilih oleh Guru Pengelola
HEBAHAN IKLAN PERJAWATAN
(Pengambilan Ahli Syarikat)
PENGEDARAN BORANG
(Pengambilan Ahli Syarikat)
PEMILIHAN AHLI SYARIKAT
(Penilaian Kriteria Ahli)
MESYUARAT AGONG PENUBUHAN SYARIKAT
(Nama Syarikat, Logo Syarikat, Nilai
Saham ditentukan)
SAHAM DITAWARKAN
(Sijil Saham dikeluarkan)
PENDAFTARAN SYARIKAT (Didaftarkan kepada Perbadanan
Kemajuan Negeri Perak)
Latihan Dan Pembangunan
Pengurusan Sumber Manusia merancang dan menyusun program dan latihan kepada
semua ahli syarikat untuk mempertingkatkan prestasi kerja yang cekap dan berkesan untuk
mencapai matlamat syarikat. Antara program latihan yang dilaksanakan adalah seiring
dengan penganjuran seminar dan kursus daripada Pihak Sekretariat Perbadanan Kemajuan
Negeri Perak. Berikut adalah kursus yang diikuti oleh ahli syarikat.
Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah
(Anjuran Perbadan Kemajuan Negeri Perak)
Kursus Pengurusan Perniagaan dan Koperasi
(Anjuran Angkasa bersama Koperasi SERATAS)
Kursus Pembubaran dan Penyediaan Laporan Tahunan
(Anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Perak)
Kursus Perniagaan Perkhidmatan Perlancongan
(Anjuran Angkasa bersama Koperasi SERATAS)
Kem Keusahawanan : Bengkel Pembubaran Syarikat
(Anjuran Perbadan Kemajuan Negeri Perak)
Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat
(Anjuran Perbadan Kemajuan Negeri Perak)
Penilaian Prestasi Kerja
Bahagian terpenting dalam Pengurusan Sumber manusia adalah Penilaian Prestasi
Kerja. Pengurus Pentadbiran sepatutnya memberi sokongan dan keadaan yang sesuai
kepada ahli syarikat bagi mendapatkan keputusan penilaian prestasi yang di kehendaki.
Perkara-perkara yang perlu diambil kira oleh Pengurus Pentadbiran dalam menilai prestasi
ahli syarikat adalah seperti berikut :-
1. Memberi sokongan secara praktikal yang bersesuaian dengan sumber yang
sedia ada.
2. Memastikan pekerja mengetahui dengan jelas keputusan prestasi penilaian yang
diperlukan dan memberi khidmat nasihat jika di perlukan.
3. Memberi program latihan dan pembangunan kepada pekerja supaya mereka
dapat mencapai prestasi yang dikehendaki.
4. Mengubahsuai pengukuran sasaran, keutamaan dan prestasi berdasarkan
kepada perubahan di dalam keutamaan organisasi, pasaran, dasar syarikat dan
sebagainya.
Sistem Pengurusan Prestasi meliputi 3 langkah penting dalam kitaran Penilaian
Prestasi Kerja;
a. Rancangan Prestasi
Perbincangan perancangan prestasi dilakukan pada permulaan kitaran
pengurusan prestasi (iaitu pada bulan awal penubuhan syarikat) seperti berikut;
- Ahli Lembaga Pengarah : menetapkan matlamat perniagaan, Key
Performance Index (KPI) dan sasaran yang perlu disampai ke seluruh ahli
syarikat melalui pengurus.
- Guru Pengelola : menentukan keputusan yang diingini dan menetapkan
matlamat dan sasaran individu serta mengesahkan sasaran yang
ditetapkan.
- Guru Pengelola : menentukan kompetensi dan menetapkan objektif
perkembangan ahli syarikat.
b. Penilaian Prestasi
Sistem pengurusan prestasi mewajibkan Pemantauan Prestasi Pertengahan
Kitaran (iaitu pada minggu ke 17 dan 18) seperti berikut;
- Menggalakkan perbincangan dan memberi bimbingan secara berterusan.
- Mendapatkan maklum balas daripada ahli syarikat dan pelanggan.
- Mengubahsuai dan menyemak semula matlamat serta sasaran yang
ditetapkan sekiranya strategi perniagaan berubah serta perbincangan
pencapaian kompetensi.
Perbincangan Prestasi Akhir dilakukan oleh Guru Pengelola pada akhir
kitaran (iaitu pada minggu ke 35) seperti berikut;
- Guru Pengelola membandingkan matlamat dan sasaran yang ditetapkan
dan tahap kompetensi yang disasarkan menggunakan skala perkadaran.
- mengenal pasti peluang kemajuan dan perkembangan ahli syarikat untuk
kitaran pengurusan prestasi akan datang
c. Ganjaran Prestasi
Hasil daripada penilaian prestasi akan mengaitkan prestasi setiap ahli syarikat
dengan ganjaran seperti kenaikan gaji, bonus dan juga faedah.
Ganjaran dan Faedah
Syarikat menyediakan ganjaran dan faedah setimpal dengan sumbangan yang diberikan
oleh ahli syarikat. Pengurusan ganjaran meliputi gaji, upah dan faedah yang diberikan
kepada ahli syarikat atas faktor prestasi, tugas dan tanggungjawab. Objektif ganjaran dan
faedah imbuhan prestasi kerja bertujuan:-
Untuk motivasi ahli syarikat apabila mereka diberi penghargaan yang
mempunyai kaitan terhadap daya usaha mereka.
Untuk meningkatkan fokus dan komitmen ahli syarikat dalam mencapai objektif.
Untuk melatih dan menentukan kakitangan yang berkualiti tinggi.
Untuk memastikan imbuhan adalah sejajar dengan prestasi organisasi.
Untuk mencapai objektif organisasi, beberapa bayaran insentif boleh dibuat.
Untuk menggalakan fokus terhadap prestasi individu ataupun pasukan ianya
bergantung terhadap keperluan organisasi.
Definisi Gaji ialah merupakan gaji asas yang telah dipersetujui oleh Ahli Lembaga
Pengarah yang merupakan jumlah wang pembayaran selaras dengan sumbangan yang
diberikan kepada syarikat.
Imbuhan ialah jumlah amaun yang dibayar ditambah seperti bonus, keuntungan
syarikat yang dijangkakan oleh ahli syarikat untuk diperolehi. Ia merupakan jumlah amaun
tunai yang seharusnya dibayar.
Upah merupakan jumlah nilai pakej ganjaran termasuk nilai yang telah ditetapkan
atau sebarang faedah yang telah dijanjikan oleh syarikat.
Keselamatan Dan Kebajikan Pekerja
Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi
syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab pengurus pentadbiran di bawah Akta
Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang
kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini
dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber
Manusia.
Keselamatan dan kesihatan ahli syarikaat diutamakan sepanjang pengurusan
syarikat. Cuti diberi sekiranya ahli syarikat mengalami masalah kesihatan semasa
bertugas dan sekiranya terlibat dengan aktiviti dan program mempunyai prioriti yang lebih
penting.
6.6 Pengurusan Mesyuarat
JENIS MESYUARAT
Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. melaksanakan mesyuarat sebanyak 20 kali sepanjang tempoh
operasi syarikat. Berikut adalah jenis-jenis mesyuarat yang telah dijalankan.
Jenis Mesyuarat Bilangan
Mesyuarat Agong Tahunan(Penubuhan) 1 kali
Mesyuarat Pemegang Saham 7 kali
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 8 kali
Mesyuarat Pengurusan 3 kali
Mesyuarat Pembubaran 1 kali
TATACARA MESYUARAT
Setiap syarikat mempunyai tatacara mesyuarat tertentu dan secara umumnya tatacara
mesyuarat mengandungi 2 peringkat seperti berikut :-
(a) Peringkat Pra-mesyuarat meliputi peringkat perancangan, pengumuman dan
persediaan mesyuarat.
(b) Peringkat Mesyuarat meliputi pembukaan, pengesahan minit mesyuarat lepas,
perbincangan mengikut agenda, perbincangan isu berbangkit dan penutup.
40%
35%
15%
10%
Pecahan Mesyuarat Syarikat I'ExCeL Sdn. Bhd.
Ahli Lembaga Pengarah
Pemegang Saham
Pengurusan
Penubuhan /Pembubaran
Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. telah menetapkan tatacara mesyuarat sendiri untuk memastikan
semua perancangan dibincangkan di dalam agenda mesyuarat dan meliputi semua
peringkat daripada kumpulan pengurusan sehingga kepada kumpulan sokongan.
A. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
Penglibatan :
Terdiri daripada 5 Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Projek
Tujuan :
a. Membincangkan tentang perkembangan, pengurusan serta prestasi syarikat.
b. Membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh syarikat.
c. Membincangkan semua tentang idea atau masalah yang timbul daripada ahli
syarikat (pelabur).
Tempoh :
Diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali.
B. Mesyuarat Pemegang Saham
Penglibatan :
Terdiri daripada Pemegang-pemegang saham (pelabur syarikat)
Tujuan :
a. Membincangkan tentang polisi syarikat serta menentukan keputusan antara
pemegang saham.
b. Mendapatkan idea dan pandangan daripada setiap ahli syarikat (pelabur
syarikat).
c. Memberitahu semua ahli syarikat tentang perkembangan syarikat serta
pengagihan tugas untuk setiap projek.
d. Membincangkan sebarang masalah sama ada tentang syarikat mahupun ahli
syarikat.
Tempoh :
Diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali selepas Mesyuarat Ahli Lembaga
Pengarah.
C. Mesyuarat Pengurusan
Penglibatan :
Terdiri daripada 5 Ahli Lembaga Pengarah dan Guru Pengelola
Tujuan :
a. Membentangkan perancangan projek sepanjang tempoh tertentu
b. Membuat penilaian pencapaian prestasi setiap Ahli Lembaga Pengarah
c. Sumbangsaran mengenai idea dan modifikasi yang dibuat mengenai projek yang
dirancang
d. Membuat post-mortem projek yang telah dijalankan secara keseluruhan.
Tempoh :
Diadakan mengikut keperluan. Di awal operasi (perancangan perniagaan), di
pertengahan operasi (pemantauan prestasi) dan di akhir operasi (penilaian
prestasi).
D. Mesyuarat Penubuhan
Penglibatan :
Terdiri daripada Ahli Syarikat dan Guru Pengelola
Tujuan :
Melantik Lembaga Pengarah.
Menjana idea perancangan perniagaan dan jadual pelaksanaan.
Menentukan nilai saham seunit ditawarkan kepada semua ahli syarikat.
Pembahagian tugas dan merancang projek perniagaan.
Menetapkan tarikh penubuhan dan mendaftarkan syarikat.
Tempoh :
Diadakan pada awal operasi syarikat selepas Kumpulan Perintis berjaya memilih
ahli syarikat yang berminat menyertai program usahawan muda.
BUTIRAN MESYUARAT YANG TELAH DIJALANKAN
Bil Mesyuarat Tarikh Tempat
1. Mesyuarat Agong Penubuhan 4/2/2010 Bilik Tayangan, Pusat Sumber
2. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 10/2/2010 Bilik Rujukan, Pusat Sumber
3. Mesyuarat Pemegang Saham 18/2/2010 Bilik Tayangan, Pusat Sumber
4. Mesyuarat Pengurusan 3/3/2010 Bilik Rujukan, Pusat Sumber
5. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 10/3/2010 Bilik Rujukan, Pusat Sumber
6. Mesyuarat Pemegang Saham 20/3/2010 Bilik Tayangan, Pusat Sumber
7. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 3/4/2010 Bilik Rujukan, Pusat Sumber
8. Mesyuarat Pemegang Saham 5/4/2010 Bilik Tayangan, Pusat Sumber
9. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 3/5/2010 Bilik Rujukan, Pusat Sumber
10. Mesyuarat Pengurusan 3/6/2010 Bilik Guru
11. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 5/6/2010 Bilik Rujukan, Pusat Sumber
12. Mesyuarat Pemegang Saham 14/6/2010 Bilik Tayangan, Pusat Sumber
13. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 4/7/2010 Bilik Rujukan, Pusat Sumber
14. Mesyuarat Pemegang Saham 14/7/2010 Bilik Tayangan, Pusat Sumber
15. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 4/8/2010 Bilik Rujukan, Pusat Sumber
16. Mesyuarat Pemegang Saham 18/8/2010 Bilik Tayangan, Pusat Sumber
17. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 6/9/2010 Bilik Rujukan, Pusat Sumber
18. Mesyuarat Pemegang Saham 13/9/2010 Bilik Tayangan, Pusat Sumber
19. Mesyuarat Pengurusan 19/10/2010 Bilik Guru
20. Mesyuarat Pembubaran 30/10/2010 Bilik Tayangan, Pusat Sumber
CONTOH NOTIS MESYUARAT YANG DIKELUARKAN
NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN PENUBUHAN SYARIKAT
DENGAN INI DIMAKLUMKAN bahawa Mesyuarat Agong Tahunan Penubuhan
Syarikat akan diadakan di BILIK TAYANGAN, PUSAT SUMBER SM SAINS RAJA
TUN AZLAN SHAH,TAIPING pada Hari Khamis, 4 Februari 2010 jam 3.00 petang
bagi tujuan melaksanakan urusan-urusan berikut :
AGENDA
SEBAGAI URUSAN BIASA
1. Untuk melantik semula penama-penama berikut sebagai Ahli Lembaga
Pengarah Syarikat oleh kerana layak, telah menawarkan diri untuk dilantik
semula.(Resolusi 1)
i) Danial Bin Tarmizi selaku Pengurus Besar
ii) Muhamad Ashraf Bin Che Mansor selaku Pengurus Pentadbiran
iii) Nurulhuda Binti Hashim selaku Pengurus Pengeluaran
iv) Muzakkir Ihsan Bin Yang Razali selaku Pengurus Pemasaran
v) Ili Fatini Suriati Binti Jailani selaku Pengurus Kewangan
2. Memberi nama eksekutif Syarikat Sendirian Berhad dan logo syarikat serta
motto syarikat. (Resolusi 2)
3. Meminta cadangan projek dan aktiviti syarikat untuk pengisian perniagaan
sepanjang 36 minggu. (Resolusi 3)
4. Menyediakan rancangan perniagaan sepanjang 36 minggu.
5. Menentukan kumpulan sokongan dibawah Pengurus dan pembahagian tugas-
tugas setiap bahagian pengurus. (Resolusi 4)
6. Menentukan nilai seunit saham dan menawarkan kepada semua pelabur.
Semua pelabur diisytiharkan sebagai pemegang saham (ahli syarikat).
(Resolusi 5)
7. Mencadangankan tarikh penubuhan bai menentukan tarikh berakhir tempoh
operasi selama 36 minggu. (Resolusi 7)
Untuk mempertimbangkan dan sekiranya didapati wajar, didapati meluluskan
resolusi berikut dengan atau tanpa modifikasi.
DENGAN MENURUT PERINTAH LEMBAGA PENGARAH Muhamad Ashraf Bin Che Mansor (Pengurus Pentadbiran)
Prestasi Mesyuarat Agong Tahunan Penubuhan
Dipengerusikan oleh guru Pengelola sebagai permulaan pembentukan syarikat bagi
penubuhan syarikat di sekolah. Mesyuarat Agong Penubuhan bagi berbincang tentang
penerbitan saham, aktiviti syarikat dan tempoh perniagaan syarikat. Semua ahli diberikan
penerangan tentang Program Usahawan Muda mengenai tujuan penubuhannya.
Lima ahli lembaga pengarah juga telah dilantik semula dikalangan Kumpula Perintis
melalui mesyuarat ini. Segala aktiviti tahunan secara kasar dibincangkan untuk menjayakan
matlamat syarikat yang ingin dicapai.
Nilai saham seunit bagi ahli syarikat ialah RM10.00 seunit saham. Lima ahli lembaga
pengarah di tetapkan RM12.00 seunit saham. Tempoh perniagaan dibincang antara
4/2/2010 hingga 31/10/2010.
Kehadiran ahli diambil kira setiap kali perjumpaan diadakan. Kehadiran ahli-ahli
pemegang Saham direkodkan seperti berikut :
BIL NAMA JAWATAN
1 DANIAL B TARMIZI PENGURUS BESAR
2 MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR PENGURUS PENTADBIRAN
3 NURUL HUDA BT HASHIM PENGURUS PENGELUARAN
4 MUZAKKIR IHSAN B YANG RAZALI PENGURUS PEMASARAN
5 ILI FATINI SURITI BT JAILANI PENGURUS KEWANGAN
6 MUHAMMAD NAA`IM BIN MOHAMAD RAPI PENGURUS MULTIMEDIA
7 MUHAMMAD HARITH BIN AHMAD DAUD PEMEGANG SAHAM
8 MUHAMMAD `AMMAR FAIDHI BIN MOHAMED AZAHAR PEMEGANG SAHAM
9 ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH PEMEGANG SAHAM
10 WAN NUR AISYAH BINTI ABD MALIK PEMEGANG SAHAM
11 MUHAMMAD NAQIB BIN ABD RAZAK PEMEGANG SAHAM
12 NAJWA FARHANA BTE ABDULLAH UMAR PEMEGANG SAHAM
13 MUHAMMAD FATIHAH SYAFIQ BIN ABD RAHMAN PEMEGANG SAHAM
14 MUHAMAD KHAIRAN SYAMIL BIN ZOLKEPLY PEMEGANG SAHAM
15 FATIN NURUL HAZIERA BINTI ABDUL HAMID PEMEGANG SAHAM
16 ROZETA BINTI ASBULAH PEMEGANG SAHAM
17 NURUL HIDAYATUL ADHA BT. TAJRI PEMEGANG SAHAM
18 INTAN ZURAINIE BINTI ISMAIL PEMEGANG SAHAM
19 NOR HIDAYATUL AKMA BINTI AZMAN PEMEGANG SAHAM
20 NURALYAA NABILAH BINTI ROSMIN PEMEGANG SAHAM
21 NORZAININ ASYIKIN BINTI ZAINAL ABIDIN PEMEGANG SAHAM
22 FARHAH AMALIYA BT ZAHARUDDIN PEMEGANG SAHAM
23 NORADILA BINTI MOHD ALIAS PEMEGANG SAHAM
24 NORAIN BINTI ABD LATIF PEMEGANG SAHAM
25 MUHAMMAD FARID QASIEM BIN KAMARUZAMAN PEMEGANG SAHAM
Prestasi Mesyuarat Pemegang Saham
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan segala aktiviti syarikat dan
menerangkan jalan penyelesaian segala masalah ketika jualan secara umum kepada
semua ahli.
Di dalam bulan Mac, Mesyuarat Pemegang Saham diadakan beberapa kali
secara tergempar kerana 2 projek besar berlangsung iaitu I’ExCeL IQ Challenge dan
Hostel Open Day. Setiap kali mesyuarat dijalankan, ahli syarikat akan dibahagikan
mengikut tugas dan kemahiran tertentu bagi menjalankan segala aktiviti yang telah
dirancang. Tindakan segera diambil kira dalam menjalankan mesyuarat ini. Setiap
butiran perniagaan akan disampaikan dari semasa ke semasa agar semua ahli
syarikat mengetahui perjalanan syarikat.
Kehadiran ahli diambil kira setiap kali perjumpaan diadakan. Kehadiran ahli-
ahli pemegang Saham direkodkan seperti berikut :
BIL NAMA
1 DANIAL B TARMIZI 7/7
2 MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR 7/7
3 NURUL HUDA BT HASHIM 7/7
4 MUZAKKIR IHSAN B YANG RAZALI 7/7
5 ILI FATINI SURIATI BT JAILANI 7/7
6 MUHAMMAD FATIHAH SYAFIQ BIN ABD RAHMAN 7/7
7 MUHAMMAD HARITH BIN AHMAD DAUD 7/7
8 MUHAMMAD `AMMAR FAIDHI BIN MOHAMED AZAHAR 7/7
9 ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH 7/7
10 WAN NUR AISYAH BINTI ABD MALIK 7/7
11 MUHAMMAD NAQIB BIN ABD RAZAK 7/7
12 NAJWA FARHANA BT ABDULLAH UMAR 7/7
13 MUHAMMAD NAA`IM BIN MOHAMAD RAPI 7/7
14 MUHAMAD KHAIRAN SYAMIL BIN ZOLKEPLY 7/7
15 FATIN NURUL HAZIERA BINTI ABDUL HAMID 4/7
16 ROZETA BINTI ASBULAH 7/7
17 NURUL HIDAYATUL ADHA BT. TAJRI 7/7
18 INTAN ZURAINIE BINTI ISMAIL 7/7
19 NOR HIDAYATUL AKMA BINTI AZMAN 7/7
20 NURALYAA NABILAH BINTI ROSMIN 7/7
21 NORZAININ ASYIKIN BINTI ZAINAL ABIDIN 7/7
22 FARHAH AMALIYA BT ZAHARUDDIN 5/7
23 NORADILA BINTI MOHD ALIAS 7/7
24 NORAIN BINTI ABD LATIF 7/7
25 MUHAMMAD FARID QASIEM BIN KAMARUZAMAN 7/7
Prestasi Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
Diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Mesyuarat ini
membincangkan masalah yang dihadapi bagi setiap ahli-ahli pengarah yang
dibahagikan mengikut bidang tugas. Setiap masalah yang dihadapi dibincangkan
jalan penyelesaian dengan cara bermusyawarah. Mesyuarat ini akan dijalankan
terlebih dahulu sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Pemegang Saham.
Ahli Lembaga Pengarah akan membentangkan segala masalah yang
dilaporkan ahlinya. Bagi mendapatkan kepastian, pengurus pentadbiran akan
membuat soal selidik secara lisan atau meninjau keadaan mengenalpasti masalah
tersebut. Sekiranya masalah yang dihadapi sukar diatasi sendiri, Ahli Lembaga
Pengarah merujuk kepada Guru Pengelola untuk mendapatkan pandangan yang lebih
arif mengenai pengurusan syarikat.
Semua ahli lembaga pengarah mencatatkan kehadiran penuh bagi setiap
perjumpaan. Kehadiran dicatatkan 100 % sepanjang tahun.
Ahli Lembaga
Pengarah Jawatan
Feb 10/2
Mac 10/2
Apr 3/4
Mei 3/5
Jun 5/6
Jul 4/7
Ogo 4/8
Sep 6/9
Danial B Tarmizi Pengurus
Besar √ √ √ √ √ √ √ √ 8/8
Muhd Ashraf B
Che Mansor
Pengurus
Pentadbiran √ √ √ √ √ √ √ √ 8/8
Nurul Huda Bt
Hashim
Pengurus
Pengeluaran √ √ √ √ √ √ √ √ 8/8
Muzakkir Ikhsan
B Yang Razali
Pengurus
Pemasaran √ √ √ √ √ √ √ √ 8/8
Ili Fatini Suriati
Bt Jailani
Pengurus
Kewangan √ √ √ √ √ √ √ √ 8/8
Carta alir Penyelesaian Masalah dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
Pelaporan Masalah [AHLI]
Peninjauan Masalah [ALP]
Pembentangan Masalah
[Mesyuarat ALP]
Mencapai kata sepakat
Pembentangan Penyelesaian
[Mesyuarat Pemegang Saham]
AHLI
LEMBAGA
PENGARAH
Prestasi Mesyuarat Pengurusan
Mesyuarat antara Ahli Lembaga Pengarah dengan guru diadakan mengikut
keperluan. Secara khususnya, mesyuarat ini diadakan bagi memaklumkan untung
rugi syarikat setiap jualan dalam tempoh jualan sebelumnya. Setiap keuntungan akan
disasarkan lebih tinggi daripada sebelumnya di antara Ahli Lembaga Pengarah dan
guru Pengelola. Strategi perniagaan juga disusun dalam perbincangan. Sebarang
masalah dalam tempoh operasi diberi maklumbalas dan berbincang penyelesaiannya.
Penilaian prestasi sepanjang masa diberikan kepada semua Ahli Lembaga
Pengarah untuk dijadikan penanda aras bagi pencapaian seterusnya. Secara
keseluruhannya tiga kali perjumpaan diadakan dalam tempoh operasi.
Mesyuarat Agong Pembubaran
Mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan prestasi dan perkembangan
syarikat sepanjang tahun. Mesyuarat ini bertujuan untuk tanda berakhir operasi syarikat.
Dalam mesyuarat tersebut juga telah Ahli Lembaga Pengarah memutuskan semua aset
yang telah dibeli pada awal pengoperasian syarikat akan disumbangkan kepada Syarikat
Usahawan Muda Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah pada masa akan datang.
Gaji pekerja telah dibayar pada 30 Oktober 2010. Semua urusan kewangan yang
dibuat ditutup pada 30 Oktober 2010. Pembahagian gaji Ahli Lembaga Pengarah dan
Pemegang Saham dilakukan antara persepakatan bersama 5 orang Ahli Lembaga
Pengarah.
Dengan rasminya setelah berakhir Mesyuarat Agong Pembubaran, maka seluruh
anggota I’ExCeL Sdn. Bhd. telah tamat daripada melakukan tugasan.
MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH
I’ExCeL Sdn. Bhd.
Kali -1 , 2010
TARIKH : 10/2/2010
TEMPAT : BILIK RUJUKAN, PUSAT SUMBER
MASA : 9.00 MALAM
PENGERUSI : DANIAL B TARMIZI
PENCATAT : MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR
AGENDA
1. Ucapan Aluan
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran kesemua Ahli
Lembaga Pengarah. Kehadiran Ketua Projek juga dialu-alukan untuk
memudahkan penyampaian maklumat.
2. Perbincangan Projek 1
Penyusunan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana Projek 1 :
Jualan Sempena Hari Sukan Sekolah.
Tindakan : Rozeta Abdullah dan Pengurus Pengeluaran
3.Pembentangan Perbelanjaan
Pegurus kewangan membentangkan kedudukan kewangan sebelum Projek
dilaksanakan. Projek pertama mendapat kerjasama dari Persatuan Alumni untuk
mendapatkan bekalan jualan.
Makluman: Pengurus Pemasaran
4.Masalah Berkaitan
Kiosk tidak dikunci sempurna, keadaan tombol pintu rosak serta peralatan
tidak mencukupi.
Mesin Mosha tidak boleh digunakan lagi, dikembalikan semula pada
pembekal.
Tindakan : Pengurus Pengeluaran
5. Lain-lain
Mesyuarat Pemegang Saham akan diadakan pada 18/2/2010, kerjasama emua
ALP dapat hadir.
Mesyuarat tamat pada jam 10.30 malam.
DISEDIAKAN OLEH,
_________________
(MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR)
Pengurus Pentadbiran
I’ExCeL Sdn. Bhd.
MINIT MESYUARAT PEMEGANG SAHAM
I’ExCeL Sdn. Bhd.
Kali-4, 2010
TARIKH : 14/6/2010
TEMPAT : BILIK TAYANGAN, PUSAT SUMBER
MASA : 10.30 PAGI
PENGERUSI : DANIAL B TARMIZI
PENCATAT : MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR
AGENDA 1. Ucapan Aluan
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Pengerusi mengucapkan terima
kasih di atas kehadiran ahli syarikat.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kali-3
Nurzainin Asyikin membentangkan minit mesyuarat kali ke-3.
Muhammad Harith mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh
Rozeta.
3. Perkara Berbangkit
Pengurus Kewangan membentangkan keuntungan syarikat dalam projek I’ExCeL
Excess sebanyak RM 795.50
4. Projek 7 : I’ExCeL Sports
Pengurus Pengeluaran membentangkan Jawatankuasa Pelaksana I’ExCeL Sports
yang akan berlangsung pada bulan Julai 2010. Kerjasama semua pihak amat
diperlukan kerana projek ini adalah projek perkhidmatan yang boleh dianggap Projek
MEGA.
5. Kewangan semasa
Pengurus Kewangan membentangkan kedudukan kewangan semasa. Jumlah wang
terkumpul sehingga 31 Mei 2010 adalah RM3,381.80.
6. Lain-lain
Pengerusi berharap semua ahli syarikat dapat mempromosikan I’ExCeL Sports yang
bakal dilangsungkan pada bulan depan.
Mesyuarat tamat pada jam 1.30 petang
DISEDIAKAN OLEH,
_________________
(MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR)
Pengurus Pentadbiran,
I’ExCeL Sdn. Bhd.
6.7 Pengurusan Kerja dan Pembahagian Tugas
PEMBAHAGIAN TUGAS MENGIKUT PROJEK
Pengurus Pentadbiran telah membahagikan tugas setiap ahli mengikut kepakaran,
kemahiran, kesukarelaan serta hubungan ahli syarikat dengan pihak yang terlibat. Ahli
syarikat telah diklasifikasikan kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan sokongan dan
kumpulan pengurusan.
Kumpulan Pengurusan terbahagi kepada empat kumpulan pengurusan iaitu :
(i) Pengurusan Pentadbiran
(ii) Pengurusan Pengeluaran
(iii) Pengurusan Pemasaran
(iv) Pengurusan Kewangan
Kumpulan ini melaksanakan sebarang projek yang memerlukan pembahagian khusus
seperti melaksanakan projek MEGA, projek perkhidmatan dan sesi menyiapkan laporan
mengikut pengurusan masing-masing. Setiap pengurusan diketuai oleh pengurus-pengurus
syarikat mengikut pengurusan tertentu.
AHLI TERBAHAGI MENGIKUT KUMPULAN PENGURUSAN
JABATAN NAMA
PENGURUSAN
PENTADBIRAN
Muhammad Farid Qasiem Bin Kamaruzaman
Norzainin Asyikin Binti Zainal Abidin
Muhammad Naa`Im Bin Mohamad Rapi
Nor Hidayatul Akma Binti Azman
Muhammad Harith Bin Ahmad Daud
PENGURUSAN
PENGELUARAN
Noradila Binti Mohd Alias
Muhamad Khairan Syamil Bin Zolkeply
Muhammad Fatihah Syafiq Bin Abd Rahman
Muhammad `Ammar Faidhi Bin Mohamed Azahar
Wan Nur Aisyah Binti Abd Malik
PENGURUSAN
PEMASARAN
Nurul Hidayatul Adha Bt. Tajri
Rozeta Binti Asbulah
Fatin Nurul Haziera Binti Abdul Hamid
Muhammad Naqib Bin Abd Razak
Intan Zurainie Binti Ismail
PENGURUSAN
KEWANGAN
Norain Binti Abd Latif
Farhah Amaliya Bt Zaharuddin
Nuralyaa Nabilah Binti Rosmin
Najwa Farhana Bt Abdullah Umar
Abdul Rahman Bin Abdullah
Kumpulan sokongan kepada beberapa buah kumpulan kerja yang berfungsi untuk
melaksanakan projek-projek mikro. Setiap projek akan dibantu oleh ahli lembaga pengarah.
Setiap ahli diberi peluang untuk memimpin projek dan menimba pengalaman yang berlainan
dalam pelbagai tugas. Ahli syarikat yang pakar dalam sesuatu bidang diberi keutamaan
untuk mengetuai projek.
Bil. Nama Projek Ketua Projek Tarikh
1. Jualan Sempena Hari
Sukan Sekolah
Rozeta Bt Asbulah 27/1/2010
2. I’ExCeL IQ Challenge Danial B Tarmizi 17/3/2010
3. Hostel Open Day Muzakkir Ihsan B Yang Razali 24/4/2010
4. Jualan Pizza dan Kek Najwa Farhana Bt Abdullah
Omar
11/4/2010
18/4/2010
23/5/2010
20/6/2010
27/6/2010
25/7/2010
22/8/2010
23/8/2010
19/9/2010
5. I’ExCeL Excess Nuralyaa Nabilah Bt Rosmin 8/5/2010
6. Jualan sempena
Hari Kebudayaan Islam
Muhd Naaim Bt Mohd Rapi 15/5/2010
7. I’ExCeL Sports Nurulhuda Bt Hashim 17/7/2010
8. Ex Design Danial B Tarmizi 29/9/2010
Tujuan pelantikan ketua projek dari kalangan pemegang saham dapat melahirkan sistem
pentadbiran yang seimbang dalam perlaksanaan pentadbiran projek-projek. Ketua projek
berperanan untuk melaksanakan atau memandu sesebuah projek supaya mencapai
sasaran dan matlamat segala keuntungan yang ditetapkan bersama guru pengelola
Ketua Projek akan mewujudkan Jawatankuasa Pelaksana untuk mengendalikan projek yang
dilaksanakan dalam tempoh dan tarikh yang telah ditetapkan oleh Pengurus Pengeluaran.
Projek yang dijalankan dibantu seluruh ahli syarikat sekiranya memerlukan kakitangan yang
ramai dan tidak bertindih dengan projek yang lain.
JADUAL TUGASAN JUALAN MINGGUAN
1. Jadual tugasan dibuat untuk menyelaraskan ahli-ahli syarikat dalam menjalankan
tugas mereka supaya perjalanan operasi syarikat sentiasa teratur dan sistematik.
2. Jadual tugasan dibahagikan mengikut kumpulan dan dilakukan secara bergilir-
gilir.Sebanyak 4 buah kumpulan dibina.
3. Bagi memudahkan lagi kerja, setiap kumpulan dianggotai 5 orang pemegang saham
dan seorang Ahli Lembaga Pengarah. Ahli Lembaga Pengarah akan menjadi ketua
dalam kumpulan tersebut bagi mengawasi jualan berjalan lancar dan teratur.
4. Pengurus Besar dan Pengurus Pentadbiran akan menjalankan tugas setiap kali diawal
pembukaan kyos serta memerhatikan perjalanan aktiviti jualan.Pengurus Pemasaran
menjalankan tugas sebagai ketua kumpulan bagi kumpulan 3 dan kumpulan 4
bagi memantapkan dan menganalisis strategi pemasaran mensasarkan untung
yang banyak.
5. Semua ahli-ahli pemegang Saham membahagikan tugas mereka masing-masing bagi
keselesaan untuk menjalankan tugasan sewaktu pembukaan dan penutupan kiosk.
Motto juga direka bagi setiap kumpulan untuk menaikkan semangat mereka.
6. Berikut adalah kumpulan jadual tugasan jualan mingguan
Kumpulan 1 Kumpulan 2
NURUL HUDA BT HASHIM (Pengurus Pengeluaran)
MUZAKKIR IHSAN B YANG RAZALI (Pengurus Pemasaran)
MUHAMMAD FARID QASIEM BIN KAMARUZAMAN
NURUL HIDAYATUL ADHA BT. TAJRI
NORADILA BINTI MOHD ALIAS ROZETA BINTI ASBULAH
NORZAININ ASYIKIN BINTI ZAINAL ABIDIN FATIN NURUL HAZIERA BINTI ABDUL HAMID
MUHAMAD KHAIRAN SYAMIL BIN ZOLKEPLY
NAJWA FARHANA BT ABDULLAH UMAR
MUHAMMAD NAA`IM BIN MOHAMAD RAPI ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH
Kumpulan 3 Kumpulan 4
ILI FATINI SURITI BT JAILANI (Pengurus Kewangan)
MUHAMMAD ASHRAF B CHE MANSOR (Pengurus Pentadbiran)
NORAIN BINTI ABD LATIF WAN NUR AISYAH BINTI ABD MALIK
FARHAH AMALIYA BT ZAHARUDDIN MUHAMMAD `AMMAR FAIDHI BIN MOHAMED AZAHAR
NURALYAA NABILAH BINTI ROSMIN MUHAMMAD FATIHAH SYAFIQ BIN ABD RAHMAN
INTAN ZURAINIE BINTI ISMAIL MUHAMMAD HARITH BIN AHMAD DAUD
MUHAMMAD NAQIB BIN ABD RAZAK NOR HIDAYATUL AKMA BINTI AZMAN
6.8 Pengurusan Pendapatan Gaji Ahli Syarikat
1. Pembahagian gaji mempunyai 3 peringkat antara pengurus besar, pengurus-
pengurus dan pemegang Saham.
2. Bagi pembahagian gaji antara pemegang Saham, semua ahli pemegang Saham
mendapat pembahagian secara sama rata. Bagi, mana-mana pemegang Saham
yang tidak dapat menjalankan tugas semasa waktu perniagaan di kiosk atas alasan-
alasan tertentu, tugasan gantian telah pun diberikan dan perlaksanaanya juga lancar.
Tujuannya gantian diberikan bagi mewujudkan harmoni dan mengelakkan
berlakunya sikap tidak puas hati dalam pembahagian gaji.
3. Gaji yang dibahagikan dikira secara tahunan. Untung bersih akan dibahagikan
mengikut kata sepakat antara 5 ahli lembaga pengarah. Berikut merupakan jadual
pembahagian gaji.
REKOD PEMBAYARAN PENDAPATAN TAHUNAN AHLI SYARIKAT
BIL NAMA JAWATAN JUMLAH
1 DANIAL B TARMIZI PENGURUS BESAR
RM 230.65
2 MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR PENGURUS RM 230.00
3 MUZAKKIR IHSAN B YANG RAZALI PENGURUS RM 230.00
4 ILI FATINI SURITI BT JAILANI PENGURUS RM 230.00
5 NURULHUDA BT HASHIM PENGURUS RM 230.00
6 MUHAMMAD NAA`IM BIN MOHAMAD RAPI AHLI RM 200.00
7 MUHAMMAD HARITH BIN AHMAD DAUD AHLI RM 200.00
8 MUHAMMAD `AMMAR FAIDHI BIN MOHAMED AZAHAR AHLI RM 200.00
9 ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH AHLI RM 200.00
10 WAN NUR AISYAH BINTI ABD MALIK AHLI RM 200.00
11 MUHAMMAD NAQIB BIN ABD RAZAK AHLI RM 200.00
12 NAJWA FARHANA BTE ABDULLAH UMAR AHLI RM 200.00
13 MUHAMMAD FATIHAH SYAFIQ BIN ABD RAHMAN AHLI RM 200.00
14 MUHAMAD KHAIRAN SYAMIL BIN ZOLKEPLY AHLI RM 200.00
15 FATIN NURUL HAZIERA BINTI ABDUL HAMID AHLI RM 200.00
16 ROZETA BINTI ASBULAH AHLI RM 200.00
17 NURUL HIDAYATUL ADHA BT. TAJRI AHLI RM 200.00
18 INTAN ZURAINIE BINTI ISMAIL AHLI RM 200.00
19 NOR HIDAYATUL AKMA BINTI AZMAN AHLI RM 200.00
20 NURALYAA NABILAH BINTI ROSMIN AHLI RM 200.00
21 NORZAININ ASYIKIN BINTI ZAINAL ABIDIN AHLI RM 200.00
22 FARHAH AMALIYA BT ZAHARUDDIN AHLI RM 200.00
23 NORADILA BINTI MOHD ALIAS AHLI RM 200.00
24 NORAIN BINTI ABD LATIF AHLI RM 200.00
25 MUHAMMAD FARID QASIEM BIN KAMARUZAMAN AHLI RM 200.00
JUMLAH RM 5150.65
6.9 Penghargaan
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan Pengetua Cemerlang,
Puan Rahimah Bt Mohd Sura kerana sentiasa menyokong aktiviti syarikat sepanjang
penubuhannya. Segala projek yang dijalankan sentiasa mendapat keizinan daripada pihak
sekolah dan Puan Pengetua Cemerlang. Terima kasih atas sokongan yang
memberangsangkan ini. Selain itu, tidak dilupakan, jasa-jasa guru pengelola, Encik Mohd
Saharizal B Mohd Baharuddin dalam memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada Ahli
Lembaga Pengarah terutamany adalam menguruskan syarikat. Tanpa kata-kata semangat
dan bimbingan daripada beliau, sudah pasti syarikat ini tidak akan kukuh seperti yang
dilihat hari ini. Di sampingi tu, terima kasih diucapkan kepada Ahli Lembaga Pengarah dan
ahli pemegang saham atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang penubuhan
syarikat ini.
6.10 Pengesahan
Selaku Pengarah Pentadbiran Syarikat I’ExCel Sdn. Bhd. ingin saya merakamkan
setinggi-tinggi ucapan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang
menganjurkan program yang bercirikan keusahawanan supaya terlibat dengan Program
Usahawan Muda ini untuk memajukan bangsa dan negara tercinta.
Disediakan oleh,
....................................................
(MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR) Pengurus Pentadbiran Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd