LAPORAN PENGEMBARAAN

13
PENGEMBARAAN Menjalankan salah SATU daripada pilihan pengembaraan berikut: · Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam). · Berdayung sampan lkayaVrakit sejauh 30km (masa bermalam: minima 2 malam)' · Berbasikal sejauh 100km (masa bermalam: minima 2 malam). · Bermotorsikal sejauh 500km (masa bermalam: minima 2 malam)' · Berkereta sejauh 800km (masa bermalam: minima 2 malam). · Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km (masa bermalam: minima 2 malam). Laporan Pengembaraan Menyediakan buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang disertakan bahan sokongan seperti gambar,lakaran, peta, rakaman video dan menyerahkan kepada penilai di dalam tempoh 15 hari selepas tamat pengembaraan. Bahan sokongan.seperti gambar, gambarajah,peta, rakaman video dan seumpamanya hendaklah diserahkan kepada penilai bersama buku log pengembaraan. C. Persediaan perjalanan 1. Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang terlebih dahulu.

description

pengakap

Transcript of LAPORAN PENGEMBARAAN

PENGEMBARAAN

Menjalankan salah SATU daripada pilihan pengembaraan berikut:

· Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam).

· Berdayung sampan lkayaVrakit sejauh 30km (masa bermalam: minima 2

malam)'

· Berbasikal sejauh 100km (masa bermalam: minima 2 malam).

· Bermotorsikal sejauh 500km (masa bermalam: minima 2 malam)'

· Berkereta sejauh 800km (masa bermalam: minima 2 malam).

· Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km (masa bermalam: minima

2 malam).

Laporan Pengembaraan

Menyediakan buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang

disertakan bahan sokongan seperti gambar,lakaran, peta, rakaman video dan

menyerahkan kepada penilai di dalam tempoh 15 hari selepas tamat

pengembaraan.

Bahan sokongan.seperti gambar, gambarajah,peta, rakaman video dan

seumpamanya hendaklah diserahkan kepada penilai bersama buku log

pengembaraan.

C. Persediaan perjalanan

1. Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang

terlebih dahulu.

2. Tempat-tempat sejarah dan rekreasi,. perusahaan kampung, penghidupan

kerompok kecil, penempatan orang asli dan tempat-tempat yang memberi cabaran

eloklah dimasukkan ke dalam program pengembaraan.

3. Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua Kelana, Ketua

Kelana hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan

pengurusan pengembaraan itu mengikut cara berpengakap.

4. Mesti mengetahui cara menyediakan Buku Log Pengembaraan. pekara penting

yang wajib ada;

Tarikh, masa, dan tempat, waktu tiba dan waktu berlepas.

Peta pengembaraan dan gambaran keadaan alam semula jadi.

Rekod temu ramah, kajian, dan pendapat.

Projek (jika dikehendaki membuat projek, lokasi, penyertaan masyarakat,

masalah, kejayaan.)

Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto,rakaman, video, puisi dan

sebagainya.

Langkah keselamatan hendaklah diutamakan. (penilaian dan risiko ).

D. Peringatan

1. Calon boleh melaksanakan pengembaraan di dalam satu krew di antara 2 hingga

4 orang sahaja.

Pemakluman Pengembaraan dan kebenaran pesuruhjaya Daerah serta pihak

berkuasa

(Polis, Jabatan Hutan,) hendaklah diperoleh sebelum pengembaraan.

2. Calon hendaklah sentiasa menjaga imej pengakap Kerana dan juga menunjukkan

contoh teladan yang baik kepada masyarakat.

E. Kajicuaca

1. calon hendaklah mencatatkan pemerhatian keadaan cuaca di sepanjang

pengembaraan dengan. format yang lengkap seperti .catatan keadaan cuaca

semasa, kedudukan arah angin, bacaan suhu, ketinggian (altitude) jenis awan dan

lain-lain yang berkaitan dengannya.

PERKHEMAHAN PENGAKAP 2013

Pada 17 hingga 20 september 2013, satu perkhemahan unit

beruniform pengakap telah dijalankan. Terdapat 3 orang pensyarah

penasihat yang terlibat dalam perkhemahan ini iaitu Suhaimi Jusoh, En. Wan

Azahari Wan Harun dan En. Sulizi Che telah mengetuai pasukan pengakap

yang seramai 32 orang ahli. Tempat kami berkhemah adalah bertempat di

Merang, Terengganu.

LAPORAN PENGEMBARAAN

Pelan sesi kembara pengakap

Pada hari ketiga 19 September 2013 bersamaan hari Khamis, kami ahli

pengakap seramai 32 orang telah mengadakan satu sesi kembara. Aktiviti

kembara bermula selepas pemeriksaan pagi iaitu pada pukul 8.30 pagi

hingga hampir ke pukul 1.00 tengahari. Sebelum memulakan aktiviti

kembara, kesemua ahli pengakap berkumpul dalam sekawan masing-

masing. Setelah memastikan kesemua ahli pengakap mencukupi, kami

akhirnya memulakan aktiviti kembara dari kem Merang ke kawasan

perumahan penduduk di situ. Kami bergerak mengikut sekawan masing-

masing iaitu sekawan biru, sekawan merah dan sekawan hijau. Sepanjang

perjalanan, kami dikehendaki melihat status sosio-ekonomi penduduk,

tumbuhan yang terdapat sepanjang perjalanan, dan pola penempatan

penduduk.

Berdasarkan daripada pemerhatian saya, saya mendapati pola

penempatan penduduk di situ adalah berterabur. Hal ini demikian kerana

perumahan komuniti-komuniti di situ berada tidak teratur disebabkan kebanyakkan

mereka membina rumah di kawasan tanah persendirian.

Dari aspek status sosioekonomi penduduk pula, saya mendapati

penduduk-penduduk di situ terlibat dengan industri pelancongan dimana terdapat

banyak resort serta homestay yang dibina khas untuk pelancong-pelancong luar

menginap. Di kawasan itu juga terdapat tapak perkhemahan yang boleh digunakan

pelajar-pelajar sekolah, universiti dan pihak-pihak lain untuk menjalankan aktiviti

perkhemahan dibawah organisasi masing-masing. Selain itu, terdapat juga kaunter

tiket serta jeti ke pulau redang yang diusahakan oleh pengusaha cina untuk

membawa pelancong pergi ke Pulau Redang.

Disamping itu, terdapat banyak kedai cenderahati dan kedai makan di

sepanjang jeti. Ini menunjukkan bahawa penduduk di situ juga terlibat dengan

aktiviti perniagaan bagi menyara hidup. Penduduk-penduduk di situ turut terlibat

dalam industri perikanan kerana terdapat banyak bot-bot nelayan serta feri di jeti

tersebut. hal ini demikian kerana kawasan yang didiami penduduk adalah

berhampiran dengan kawasan pantai. Justeru secara tidak langsung penduduk akan

terlibat dengan industri perikanan kerana sumber ikan yang mudah diperolehi. Di

samping itu, terdapat juga tempat membaiki bot dan welding di sekitar perumahan

tersebut. hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat juga penduduk yang terlibat

dalam bidang pembuatan.

Di sepanjang perjalanan kembara ini juga saya dapat melihat terdapat

banyak pokok kelapa dan kawasan paya bakau. Hal ini kerana kawasan tersebut

berada berhampiran dengan pantai dan di kawasan tanah rata. Penduduk-penduduk

di situ juga bersikap sangat ramah dan menyambut kedatangan kami dengan

selesa. Terdapat seorang penduduk yang menghulurkan buah kepada kami sebagai

bekal sewaktu perjalanan.

Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian saya sepanjang aktiviti

kembara ini, saya mendapati taraf hidup penduduk di situ adalah sederhana.

Setelah tamatnya aktiviti kembara, kami seramai 32 orang ahli pengakap diminta

berkumpul dan membentangkan hasil pemerhatian kami mengikut sekawan

masing-masing. Kami juga melakar peta perjalanan kami untuk ditunjukkan kepada

sekawan yang lain. Setelah sesi pembentangan, kami diberi masa selama 10 minit

untuk berehat sebelum meneruskan aktiviti seterusnya iaitu ikhtiar hidup.

LAPORAN IKHTIAR HIDUP

Pada 19 September 2013 iaitu hari khamis, kami ahli pengakap

seramai 32 orang telah melaksanakan aktiviti ikhtiar hidup selepas tamatnya

aktiviti kembara. Aktiviti tersebut bermula tepat jam 1.00 tengahari dimana

semua unit termasuk unit pengakap, unit bulan sabit merah dan unit kadet

remaja sekolah diminta berkumpul bagi menyaksikan amali sembelihan

ayam. Amali sembelihan ini diadakan bertujuan bagi menyediakan kami

untuk masa depan seandainya kami ditempatkan di masyarakat yang bukan

islam bagi kaum islam. Setelah selesainya amali sembelihan ayam, kami

mengambil bahan-bahan yang disediakan untuk melaksanakan aktiviti

ikhtiar hidup. Bahan-bahan yang dibekalkan ialah telur, seekor ayam bagi

setiap sekawan, ubi dan beras.

Setelah mendapat bahan-bahan, kami sekawan hijau mula

membahagikan tugas agar aktiviti ini berjalan lancar dan memastikan semua

ahli sekawan biru memberi komitmen yang sepatutnya. Pembahagian tugas

adalah seperti berikut:

Nama Tugas

Thian Fang Ming, Jessie, Wai Mun Membersihkan ayam

Ferdaus, Irfan, Salihin Memasak sup telur + Ubi

Zainab, Pei Ping, Lee Ying Memasak nasi dan memanggang

ayam

Vernon, Shah Penyediaan tempat (menyalakan

dapur)

Menu utama yang dipilih oleh kami dalam ikhtiar hidup adalah ayam

rebus masak dalam buluh. Bagi tujuan memasak ini, setiap sekawan

dibekalkan dengan buluh. Buluh tersebut akan dipotong dan dijadikan

sebagai bekas untuk memasak nasi dan sup. Pada awalnya, nasi yang

dimasak oleh sekawan kami menjadi elok, namun kami menghadapi sedikit

masalah apabila buluh yang digunakan untuk memasak nasi bocor dan kami

tidak mempunyai lebihan buluh. Namun dengan semangat setia kawan,

sekawan lain sudi memberi kami buluh mereka untuk digunakan bagi

memasak nasi. Justeru secara tidak langsung ini telah memupuk semangat

kerjasama antara ahli pengakap.

Setelah selesai sesi memasak, kami ahli perempuan dalam sekawan

hijau menghidangkan makanan untuk dimakan bersama-sama dengan ahli

yang lain. Kami juga menjemput pensyarah untuk makan bersama-sama.

Jadi ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli dan juga antara

pensyarah.