LAPORAN PEMENTORAN 3
-
Upload
farah-nadia -
Category
Documents
-
view
39 -
download
5
description
Transcript of LAPORAN PEMENTORAN 3
MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU LAMPIRAN 3
LAPORAN PEMENTORAN UNTUK PORTFOLIO GURU BAHARU
BULAN : OGOS 2013
TARIKH : 21 OGOS 2013
TAJUK : PENGAJARAN DI BILIK DARJAH
AKTIVITI : PEBINCANGAN TENTANG ASPEK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
KAEDAH PERLAKSANAAN
1. Berbincang tentang cara penulisan rancangan pengajaran harian (rph).
2. Berbincang tentang cara meningkatkan kemahiran komunikasi di dalam bilik
darjah.
3. Berbincang tentang pengurusan bilik darjah yang baik.
PROSES PERLAKSANAAN
1. Berbincang bersama mentor tentang cara menulis rancangan pengajaran
harian. Penulisan rph hendaklah ringas, dan lengkap dari segi aspek set
induksi, strategi pengajaran, dan aktiviti yang akan dilaksanakan dalam
sesuatu pengajaran. Set induksi perlulah menarik supaya murid-murid
berminat dengan pengajaran yang akan disampaikan. Selain itu, seorang guru
perlu bijak menggunakan strategi, teknik dan pendekatan yang sesuai. Ini
mempunyai latar belakang kognitif yang berbeza. Justeru itu, dengan
menggunakan strategi yang sesuai, ia akan menjadikan sesuatu
pembelajaran itu bermakna dan berkesan. Penilaian juga harus diberi sebaik
sahaja sesuatu pengajaran itu tamat. Apabila murid dapat menjawab soalan
tersebut, ia barulah dikatakan proses pembelajaran itu telah berlaku.
2. Guru juga perlu menggunakan sumber atau bahan bantu mengajar yang
sesuai dengan tajuk pengajaran. Pastikan semua murid mengambil bahagian
dan melibatkan diri secara langsung dalam pengajaran. Akhirnya, guru perlu
menyoal setiap murid-murid tentang hasil pembelajaran. Ini bagi mengesan
kefahaman dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan.
MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU LAMPIRAN 3
3. Selain itu, kemahiran komunikasi dalam kalangan guru juga harus
dipertingkatkan. Komunikasi berkesan dapat diterjemahkan dalam pelbagai
bentuk seperti cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan,
penggunaan alat-alat tertentu seperti permainan komputer dan sebagainya.
Selain itu, guru haruslah menggunakan kecekapan berkomunikasi supaya
murid-muridnya bermotivasi dalam pelajaran. Antara cirri-ciri kemahiran
komunikasi yang berkesan ialah :
Bercakap dengan jelas
Mendengar pandangan murid dengan teliti
Memberi ruang dan peluang kepada murid untuk bertanya
Bercakap menggunakan bahasa yang mudah difahami murid-murid
4. Sebagai seorang guru, kita haruslah bijak menguruskan bilik darjah yang baik.
Guru perlu memastikan kelancaran pengajarannya di samping dapat
mengawal kelas dengan baik. Apa yang penting adalah untuk mencapai
objektif pembelajaran yang ditetapkan di samping dapat memupuk nilai dalam
diri setiap murid-murid.
REFLEKSI
- Saya perlu memprakktikkan perkara-perkara yang dibincangkan bersama
mentor. Saya perlu memperbaiki cara penulisan rancangan pengajaran harian
supaya ia dapat membantu guru menjalankan proses pengajaran yang baik
dan teratur. Saya juga perlu memperbaiki kemahiran komunikasi saya kepada
murid-murid dengan menggunakan perkataan-perkataan mengikut aras umur
mereka masing-masing. Saya juga tidak perlu bercakap dengan laju apabila
memberi sesuatu penerangan kepada mereka.
MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU LAMPIRAN 3
RUMUSAN
- Sebagai seorang guru, kita haruslah menguasai kemahiran komunikasi dan
bijak menguruskan bilik darjah dengan baik. Justeru itu, persediaan
rancangan pengajaran harian yang baik itu sangat penting supaya dapat
membatu guru mencapai kelancaran pengajaran yang disampaikan. Murid-
murid juga akan mengalami pembelajaran yang seronok dan berkesan.
Disemak oleh :
…………………………...
( ZALUWI BIN KHALID)