Laporan Pelaksanaan Internship 3

4
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : Hasliza Binti Julaihi PROGRAM : PISMP NAMA SEKOLAH : SK Siol Kanan, Kuching, Sarawak. NAMA PROJEK / AKTIVITI : Projek Penambahbaikan dan Keceriaan Pusat Sumber SK Siol Kanan TEMPOH PELAKSAAN : 30 September 2015 hingga 23 Oktober 2015 OBJEKTIF : Menyemai budaya membaca dan menggalakkan lagi penggunaan Pusat Sumber di kalangan warga sekolah khasnya tentang kepentingan membaca sebagai satu gaya hidup. Satu cara untuk menarik minat para pelajar untuk menggunakaan kemudahan Pusat Sumber sebagai sumber rujukan dan maklumat kepada semua. Dapat menyediakan ruangan pentas untuk murid membaca dan melakukan aktiviti persembahan berkumpulan. Dapat menimbulkan suasana ceria di dalam Pusat Sumber dan dapat melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam Pusat Sumber. Membersih dan menceriakan persekitaran Pusat Sumber STRATEGI PELAKSAAN : 1. Menyediakan kertas kerja bagi projek keceriaan pusat sumber SK Siol Kanan. 2. Membuat ukuran pada dinding pentas Pusat Sumber.

description

laporan

Transcript of Laporan Pelaksanaan Internship 3

Page 1: Laporan Pelaksanaan Internship 3

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : Hasliza Binti Julaihi

PROGRAM : PISMP

NAMA SEKOLAH : SK Siol Kanan, Kuching, Sarawak.

NAMA PROJEK / AKTIVITI : Projek Penambahbaikan dan Keceriaan Pusat Sumber SK

Siol

Kanan

TEMPOH PELAKSAAN : 30 September 2015 hingga 23 Oktober 2015

OBJEKTIF :

Menyemai budaya membaca dan menggalakkan lagi penggunaan Pusat Sumber di

kalangan warga sekolah khasnya tentang kepentingan membaca sebagai satu gaya

hidup.

Satu cara untuk menarik minat para pelajar untuk menggunakaan kemudahan Pusat

Sumber sebagai sumber rujukan dan maklumat kepada semua.

Dapat menyediakan ruangan pentas untuk murid membaca dan melakukan aktiviti

persembahan berkumpulan.

Dapat menimbulkan suasana ceria di dalam Pusat Sumber dan dapat melancarkan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam Pusat Sumber.

Membersih dan menceriakan persekitaran Pusat Sumber

STRATEGI PELAKSAAN :

1. Menyediakan kertas kerja bagi projek keceriaan pusat sumber SK Siol Kanan.

2. Membuat ukuran pada dinding pentas Pusat Sumber.

3. Mengecat dinding pentas Pusat Sumber serta melakar corak etnik Sarawak di

atas dinding pentas tersebut.

4. Melekatkan polistren yang berwarna-warni dan pelbagai bentuk seperti mozek

pada lakaran corak yang telah dilakar di atas dinding pentas Pusat Sumber

tersebut.

5. Menghias dinding-dinding Pusat Sumber menggunakan kata-kata hikmat serta

pelbagai hiasan yang lain bagi menceriakan suasana Pusat Sumber.

6. Membersihkan kawasan Pusat Sumber SK Siol Kanan agar menjadi lebih

bersih dan kemas.

Page 2: Laporan Pelaksanaan Internship 3

REFLEKSI :

Kekuatan Projek/Aktiviti

Semasa saya menjalankan projek keceriaan Pusat Sumber ini, saya dapati terdapat

banyak kekuatan terhadap projek ini. Antaranya adalah, projek ini membantu saya untuk

menjadi lebih kreatif lagi untuk menghias dan menceriakan kawasan sekolah dan pusat

sumber sekolah. Saya dapat memberikan idea yang menarik untuk mencantikkan lagi

kawasan pusat sumber sekolah. Selain itu, projek sebegini membantu saya untuk

membantu pihak sekolah dalam membersihkan serta menceriakan kawasan Pusat Sumber.

Saya dapat mempelajari banyak kaedah yang kreatif melalui internet bagi menceriakan dan

mencantikkan kawasan Pusat Sumber sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang

kondusif.

Kelemahan Projek/ Aktiviti

Namun terdapat beberapa kelemahan semasa saya menjalankan projek ini.

Antaranya adalah kekurangan bahan bagi membina pentas Pusat Sumber. Kekurangan

bahan seperti polistren dan gam pelekat menyebabkan proses penyiapan projek ini

memakan masa yang lama. Selain itu. Projek sebegini memerlukan masa yang agak lama

kerana memerlukan ketelitian dan fokus semasa proses melekatkan polistren di atas dinding

pentas tersebut. Selain itu juga, projek sebegini memerlukan banyak tenaga kerja bagi

membantu dalam menyiapkan projek mozek dinding ini serta hiasan dalam Pusat Sumber.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi mengatasi kelemahan projek ini, saya mencadangkan agar segala kelengkapan

bagi projek ini disediakan agar tidak berlakunya masalah kekurangan bahan semasa

menjalankan projek ini. Selain itu juga, ada masa yang akan datang saya bercadang untuk

menghias dan menceriakan Pusat Sumber menggunakan hiasan yang lebih ringkas dan

tidak terlalu rumit agar masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini tidak mengambil

masa yang terlalu lama. Bagi faktor tenaga kerja, saya bercadang agar selepas ini,

sebaiknya tugasan sebegini dilakukan secara berkumpulan kerana ianya lebih mudah dan

cepat berbanding secara individu.

Page 3: Laporan Pelaksanaan Internship 3

KESIMPULAN

Ringkasnya, projek penambahbaikan dan keceriaan Pusat Sumber ini banyak

membantu saya dalam menjadi seorang pendidik yang kreatif dan berinovatif dalam

mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif dan lebih menarik agar murid minat untuk

membaca di Pusat Sumber. Selain itu juga, projek sebegini dapat membantu menaik taraf

Pusat Sumber sekolah untuk menjadi satu tempat belajar dan berbincang dalam kalangan

murid-murid di mana Pusat Sumber yang menarik dan cantik dapat memberikan ketenangan

dan keselesaan kepada murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan.Akhir sekali, saya

berharap agar projek sebegini dapat diteruskan pada masa yang akan datang dalam

membantu membina budaya membaca serta pesekitaran pembelajaran yang menarik bagi

murid di sekolah.