laporan orientasi
-
Upload
brenda-hill -
Category
Documents
-
view
82 -
download
3
description
Transcript of laporan orientasi
Dokumentasi Sepanjang Program Orientasi Tahun 1.
Dokumentasi Sepanjang Program Orientasi Tahun 1.
HARI ORIENTASI TAHUN 1 2014
TARIKH : 31 DISEMBER 2014MASA : 7.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARITEMPAT : DEWAN LESTARI
Hari Orientasi Tahun Satu diadakan bertujuan untuk membantu murid- murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal kepada pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini juga diadakan bertujuan untuk menyesuaikan murid- murid dengan persekitaran, guru- guru dan kawan baru dalam jangka masa yang singkat.
Pelbagai program telah diatur sepanjang Hari Orientasi. Murid- murid telah mendaftar di kelas yang telah ditetapkan terlebih dahulu untuk disemak dan dikemaskini Fail Murid. Kemudian, murid- murid masuk ke dalam kelas bersama guru kelas dan guru pembantu untuk mendengar Taklimat Umum Disiplin Murid dan seterusnya menjalani Ujian Diagnostik.Ujian Diagnostik diadakan bertujuan untuk menguji tahap kemahiran murid- murid seperti kemahiran asas literasi dan numerasi.
Sementara para murid menjalani Ujian Diagnostik, para ibu bapa telah mendengar beberapa taklimat ringkas di Dewan lestari berkenaan dengan Ucapan aluan dari Puan Guru Besar diikuti sessi persekolahan 2 sessi oleh Pn Noraidah dan Taklimat LINUS LITERASI DAN NUMERASI yang telah disampaikan oleh Puan Raidha, Puan Rohana dan Puan Paramjit serta Taklimat PBS oleh Puan Nazirah.
Berikut adalah gambar- gambar sepanjang program berlangsung.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TINGGI
BANDAR BUKIT TINGGI
SELANGOR DARUL EHSAN
LAPORAN DAN DOKUMENTASI
PROGRAM ORIENTASI
TAHUN 1
SESSI 2014/2015
DISEDIAKAN OLEH
PN HANA ABDUL SHUKUR
AJK DOKUMENTASI
PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1