Laporan Ldp 1

3
LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PANITIA BAHASA INGGERIS TAJUK: BENGKEL PEMANTAPAN PENGGUNAAN VLE DALAM PEMBINAAN SITE PdP BAHASA INGGERIS PENDAHULUAN: Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) merupakan salah satu program yang wajib dihadiri oleh semua guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan program ini bertujuan meningkatkan profesionalisme perguruan dalam kalangan pendidik untuk menjalankan tugas dan komitmen dengan lebih cekap, efisyen dan berkesan. Latihan Dalam Perkhidmatan Panitia Bahasa Inggeris telah dijalankan dengan jayanya pada 24 Mei 2015 (Sabtu) dari pukul 8.00pg hingga 2.00ptg di Makmal Komputer SMK Valdor. OBJEKTIF: VLE (Virtual Learning Environment) merupakan intranet (rangkaian dalaman) yang mengabungkan kelas maya dan ruangan social untuk sekolah. Ia merupakan system pembelajaran berasaskan laman web yang sama seperti pembelajaran di alam nyata. Selain itu, ibu bapa dan penjaga juga boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir boleh menyusun takwin sekolah dan mengedarkan surat sekolah melalui internet. Vle bolah diakses diserata tempat, sepanjang masa dengan menggunakan internet. RASIONAL: Secara ringkasnya, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) ini adalah satu wadah untuk memantapkan kemahiran guru- guru dan menyampaikan ilmu secara berterusan kepada warga pendidik. LDP juga merupakan satu

description

sample report

Transcript of Laporan Ldp 1

Page 1: Laporan Ldp 1

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PANITIA BAHASA INGGERIS

TAJUK: BENGKEL PEMANTAPAN PENGGUNAAN VLE DALAM PEMBINAAN SITE PdP BAHASA INGGERIS

PENDAHULUAN:

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) merupakan salah satu program yang wajib dihadiri oleh semua

guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan program ini

bertujuan meningkatkan profesionalisme perguruan dalam kalangan pendidik untuk menjalankan

tugas dan komitmen dengan lebih cekap, efisyen dan berkesan. Latihan Dalam Perkhidmatan Panitia

Bahasa Inggeris telah dijalankan dengan jayanya pada 24 Mei 2015 (Sabtu) dari pukul 8.00pg hingga

2.00ptg di Makmal Komputer SMK Valdor.

OBJEKTIF:

VLE (Virtual Learning Environment) merupakan intranet (rangkaian dalaman) yang

mengabungkan kelas maya dan ruangan social untuk sekolah. Ia merupakan system pembelajaran

berasaskan laman web yang sama seperti pembelajaran di alam nyata. Selain itu, ibu bapa dan

penjaga juga boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir boleh menyusun takwin

sekolah dan mengedarkan surat sekolah melalui internet. Vle bolah diakses diserata tempat,

sepanjang masa dengan menggunakan internet.

RASIONAL:

Secara ringkasnya, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) ini adalah satu wadah untuk memantapkan

kemahiran guru- guru dan menyampaikan ilmu secara berterusan kepada warga pendidik. LDP juga

merupakan satu strategi kementerian bagi memastikan kompetensi individu untuk mengekalkan

kualiti perkhidmatan.

Page 2: Laporan Ldp 1

SLOT 1: 8.00pg- 10.30pg

Bengkel Pemantapan Penggunaan VLE Dalam Pembinaan Site Pdp Bahasa Inggeris

dimulakan dengan perkongsian sasaran penggunaan VLE oleh pelajar dan guru di peringkat KPM,

JPNPP, PPDSPS dan Sekolah. Bengkel diteruskan dengan taklimat dan perkongsian maklumat

tentang Penggunaan VLE dalam PdP oleh Pn. S. Santhini. Beliau memberi penjelasan yang teliti

mengenai:

1. URL VLE

2. Login- ID user dan Password

3. Edit Dashboard

4. Bina Site/ Laman

5. Bina Tugasan dan hantar tugasan

6. Perkongsian Site

SLOT 2: 11.00pg- 2.00ptg

Bengkel Penbinaan Site Pdp dijalankan secara hand- on oleh guru- guru dibantu oleh Pn.

S.Santhini dan persembahan powerpoint (rujuk lampiran). Setiap guru diwajibkan menghasilkan satu

(1) site on the spot dan dikongsikan kepada repository KPM. Guru- guru digalakkan menggunakan

VLE sebanyak yang boleh dalam PdP mereka.

Disediakan oleh,

……………………….

(SANTHINI A/P SELVARAJOO)