Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru

download Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru

of 13

Transcript of Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru

  • 7/27/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru

    1/13

    LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

    KE SMK LEMBAH BIDONG

    Pada 20 Mac 2013, satu lawatan penanda aras (bench-marking) ke SMK

    Lembah Bidong, Setiu, Terengganu telah dijalankan oleh pelajar semester 5

    pengajian Rekabentuk dan Teknologi 2 (RBT2). Ini adalah salah satu siri Bina Insan

    Guru (BIG) yang merupakan item wajib bagi mana-mana guru pelatih yang

    mengikuti kursus Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan

    Guru seluruh Malaysia. Tujuannya ialah menimba pengalaman melalui lawatan

    sambil belajar ke sekolah-sekolah cemerlang di seluruh Malaysia. Antara rasional

    pemilihan SMK Lembah Bidong ini adalah kerana sekolah ini memiliki pakej

    kecemerlangan selaku sekolah kluster kecemerlangan. Seramai 19 orang pelajar

    dari unit RBT2 bersama seorang tutor peribadi telah mengikuti lawatan ini. Ketibaan

    rombongan yang menaiki sebuah van IPG ini disambut mesra oleh beberapa guru

    dan wakil murid SMK Lembah Bidong. Mereka menerima baik kunjungan kami ke

    sana.

    Setelah itu, kami terus dibawa ke bilik mesyuarat SMK Lemboh Bidong. Kamimendengan taklimat ringkas dari guru yang bertugas untuk mengiringi kami

    sepanjang lawatan ini dijalankan. Seterusnya, kami juga mendengar ucapan dari

    tutor dan wakil pelajar unit RBT2. Slot taklimat yang pertama lebih berbentuk

    taklimat dan penerangan daripada pihak sekolah iaitu tentang aspek-aspek

    kepimpinan, pengurusan sekolah yang meliputi visi dan misi sekolah serta cara

    sistematik yang dilaksanakan oleh pihak sekolah sehingga mendapat pengiktirafan

    yang tertinggi dalam pencapaian sesebuah sekolah setakat ini. Selain itu,

    penerangan tentang iklim serta budaya sekolah turut menjadi isi penerangan

    daripada pihak sekolah. Setelah mendengar penerangan daripada pihak sekolah

    maka sesi kami disusuli dengan sesi bersoal jawab diantara pihak pelajar IPG

    Kampus Sultan Mizan dengan pihak sekolah.

  • 7/27/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru

    2/13

  • 7/27/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru

    3/13

    Selepas sesi pengenalan ringkas, pelajar dan tutor peribadi dibawa untuk

    menikmati hidangan sarapan pagi sebelum sesi taklimat bermula. Seterusnya kami

    dibawa melawat sekitar kawasan sekolah setelah selesai sesi taklimat oleh pihak

    sekolah.

  • 7/27/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru

    4/13

    Lawatan pertama kami ialah melawati Bilik Aeronautic. Bilik Aeronautic

    adalah bilik yang sangat dinantikan untuk dilawati oleh kami kerana ia adalah bilik

    yang menonjolkan kelainan dan kehebatan LeBEST sebagai sebuah Sekolah

    Berprestasi Tinggi. Dalam bilik ini ditempatkan kapal-kapal terbang mini yang

    dihasilkan sendiri oleh pelajar-pelajar di sini di bawah bimbingan guru Kelab

    Aeronautic. Selain itu, di dalam bilik tersebut juga menempatkan segala hasil kerja

    murid. Kami juga menyaksikan pertunjukkan menaikkan kapal terbang mini oleh

    pihak sekolah.

  • 7/27/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru

    5/13

  • 7/27/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru

    6/13

    Setelah kami menyaksikan pertunjukkan tersebut, guru yang bertugas

    menyerahkan urusan mengiringi kami ke seluruh kawasan sekolah kepada beberapa

    wakil murid SMK Lembah Bidong. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan

    untuk memudahkan segala urusan lawatan. Kami dibahagikan kepada 5 orang

    dalam satu kumpulan. Kami diiringi oleh 4 orang murid SMK Lembah Bidong.

    Tempat kedua yang kami lawati ialah bilik Muzik. Melalui lawatan ini kami dapat

    melihat bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh murid dari SMK Lembah Bidong.

    Segala infrastruktur yang disediakan kepada murid SMK Lembah Bidong dalam bilik

    muzik ini lengkap untuk kemudahan murid sekolah tersebut. Kami sendiri juga

    mencuba salah satu alat muzikyang disediakan.

  • 7/27/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru

    7/13

  • 7/27/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru

    8/13

    Setelah itu, kami dibawa ke bilik pengurusan Ekonomi Rumah Tangga (ERT).

    Segala kemudahan yang disediakan dalam bilik ini sesuai untuk aktiviti murid. Selain

    itu, di dalam bilik tersebut juga terdapat segala hasil kerja murid seperti baju yang

    dijahit sendiri oleh murid SMK Lemboh Bidong semasa amali, hasil kerja lipatan

    napkin dan sebagainya. Kami juga diberi penerangan serba sedikit mengenai bakat

    dan kebolehan yang dimiliki oleh murid SMK Lemboh Bidong dengan memenangi

    pertandingan memasak. Bilik Pengurusan ERT ini sentiasa dalam keadaan kemas

    dan teratur.

    Seterusnya, kami dibawa ke makmal fizik dan biologi untuk melihat

    infrastruktur yang terdapat dalam bilik tersebut. Segala peralatan disusun dengan

    kemas dan teratur. Hal ini untuk memudahkan urusan guru dan murid semasa

    proses pengajaran dan pembelajaran. Kami juga sempat bertemu dan berbincangan

    mengenai penggunaan makmal fizik dan biologi oleh murid SMK Lembah Bidong.

    Kami juga sering diberi panduan oleh murid yang mengiringi kami sepanjang

    lawatan tersebut.

    Seterunya, kami dibawa melawati perpustakaan SMK Lembah Bidong. Kami

    melihat sendiri beberapa murid yang dibahagikan kepada beberapa aras kebolehan.

  • 7/27/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru

    9/13

    Terdapat dua aras keboleh yang berbeza. Bagi sekumpulan murid pertama mereka

    mempelajari bahasa jepun manakala kumpulan murid yang kedua mempelajari

    bahasa Inggeris. Kami juga berpeluang untuk melihat sendiri murid SMK Lembah

    Bidong menggunakan percakapan jepun. Infrastruktur yang disediakan di dalam

    perpustakaan juga lengkap. Hasil-hasil kerja murid juga diletakkan pada suatu sudut

    di perpustakaan. Di samping itu, terdapat beberapa pingat bagi penghargaan nilam

    kepada murid SMK Lembah Bidong. Persekitaran perpustakaan Lembah Bidong

    juga kondusif dan selesa.

    Setelah itu, kami dibawa ke satu bilik yang melaksanakan aktiviti dalam kelas.

    Di dalam kelas tersebut murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan. Mereka

    boleh untuk memilih permainan seperti dam, saidina dan sebagainya. Kami juga

    sempat mengadakan perbincangan bersama guru dalam kelas tersebut.

  • 7/27/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru

    10/13

    Kemudian, kami dibawa ke bengkel Kemahiran Hidup. Hal ini adalah kerana

    Kemahiran Hidup merupakan matapelajaran major kami. Bengkel ini diuruskan oleh

    beberapa guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup. Bengkel ini

    mempunyai 8 buah meja kerja berserta 40 buah kerusi, sebuah meja guru dan

    peralatan bengkel yang lain. Semua peralatan bengkel telah dibeli dengan wang

    peruntukan sekolah. Bengkel ini terletak betul-betul menghadap kedataran

    perhimpunan sekolah. Kedudukan yang strategik dan sentiasa menarik perhatian

    orang yang melaluinya. Apabila masuk sahaja ke dalam bengkel, benda pertama

    yang menarik perhatian adalah panel alatan tangan yang terlekat di dinding. Bengkel

    ini mempunyai kemudahan peralatan yang serba lengkap. Ini termasukklah

    peralatan untuk bahan bantu mengajar. Apa yang menariknya,peralatan tersebut

    dipaparkan di sudut bengkel dan membolehkan pelajar melihatnya dengan jelas.

    Selain itu, kemudahan ICT juga disediakan dalam bengkel ini bagi memudahkan

    guru menyampikan ilmu selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin

    moden.

  • 7/27/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru

    11/13

    Kami juga dibawa melawat bilik seni. Di dalam bilik ini terdapat segala

    peralatan seni dan hasil kerja murid yang begitu kreatif. Terdapat juga beberapa

    lukisan murid di dinding bilik seni.

  • 7/27/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru

    12/13

    Kami berpeluang memerhati proses pengajaran dan pembelajaran sambil

    memerhati infastruktur dan infostruktur yang lain. Kemudahan-kemudahan asas dari

    segi infrastruktur yang terdapat di sekolah ini ialah seperti bilik guru, pusat sumber,

    kelas, tandas dan makmal sains, bilik komputer, asrama, dewan makan, dewan

    perhimpunan, koperasi, kantin, surau dan lain-lain lagi.

    Kemudahan-kemudahan asas dari segi infostruktur pula ialah papan

    informasi, sudut-sudut matapelajaran, sudut berita terkini, papan pengumuman,

    mural dan papan maklumat pelajar. SMK Lembah Bidong mempunyai kemudahan

    infastruktur dan infostruktur yang serba lengkap sesuai dengan status sekolah yang

    cemerlang dalam pendidikan. Walaupun pelajar di sini mempunyai prestasi yang

    tinggi dalam kurikulum, namun mereka tidak menyisihkan kokurikulum.

    Lawatan kami berakhir pada pukul 2.00 petang apabila hampir seluruh

    kawasan SMK Lembah Bidong kami lawati. Secara keseluruhannya, semua pihak

    terutamanya pihak sekolah memberikan sokongan dan kerjasama yang begitu baik

    kepada kami dalam melaksanakan program Bina Insan Guru ini. Sememangnya

    lawatan kami pada semester ini tidak menghampakan dan ia juga telah banyak

    menambahkan ilmu pengetahuan sedia ada kami dan ia boleh dijadikan panduan

    kepada kami apabila mengajar di sekolah rendah kelak. Sebelum pulang kami

    sempat mengambil beberapa gambar kenangan bersama wakil murid yang

    mengiringi kami sepanjang lawatan.

  • 7/27/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru

    13/13