Laporan LADAP SKPM
Transcript of Laporan LADAP SKPM
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUKANG SIDIN
36700 LANGKAP, PERAK
LAPORAN ‘IN-HOUSE TRAINING’
BENGKEL DAN KAJIAN SEMULA STANDARD KUALITI
PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM 2010)
1. DAERAH : HILIR PERAK
2. KOD SEKOLAH : ABA5065
3. NAMA SEKOLAH : SEK KEB SUNGAI TUKANG SIDIN
4. NAMA KURSUS : BENGKEL DAN KAJIAN SEMULA STANDARD
KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM 2010)
5. TAHAP : SEKOLAH RENDAH
6. TARIKH & MASA : 29 OKTOBER 2013 (ISNIN)
7. FASILITATOR : EN MAZLAN BIN TAN (PK PENTADBIRAN)
8. SASARAN : SEMUA GURU-GURU
8. BIL. PESERTA : 13 orang
9. GURU TERLIBAT : Rujuk Lampiran
10. LOKASI ’IN-HOUSE TRAINING’ : Bilik Sains SKSTS
11. RINGKASAN KANDUNGAN ’IN-HOUSE TRAINING’ / PENGISIAN :
Bil Perkara / Butiran / Isi Catatan
1 Kepimpinan dan Hala Tuju Fasilitator telah menerangkan 8 aspek kepimpinan dan hala tuju sekolah. Secara keseluruhannya, kepimpinan dan hala tuju SK Sungai Tukang Sidin kekal berada pada Tahap Cemerlang di mana pentadbir sekolah sentiasa bersikap positif dan proaktif dalam menentukan hala tuju sekolah.
2 Pengurusan Organisasi Aspek Pengurusan SK Sungai Tukang Sidin juga turut berada pada Tahap Cemerlang dalam 7 aspek yang dinilai. Antaranya ialah pengurusan sumber manusia, prasarana, aset, bahan sumber dan iklim sekolah.
3 Pengurusan Kurikulum, KoKurikulum dan Sukan dan Hal Ehwal Murid
Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan dan Hal Ehwal Murid juga turut diberi penekanan dalam SKPM. Aspek Kokurikulum dan Sukan yang sebelum ini agak tercicir telah menunjukkan peningkatan dengan beberapa pencapaian memberangsangkan dalam kejohanan olahraga dan balapan kelompok 2 dengan pencapaian 5 emas serta turut menjadi Naib Johan Kejohanan Bola Baling Kelompok 2-Pn Siti Suraini (PK Kokurikulum).
4 Pembelajaran dan Pengajaran
12 aspek yang dinilai dalam Standard 4: Pembelajaran dan Pengajaran menampakkan komitmen yang baik daripada murid, guru dan pentadbir sekolah. Ini ditunjukkan melalui amalan PdP yang bekesan di dalam bilik darjah.
5 Kemenjadian Murid Aspek kemenjadian murid dalam bidang akademik merupakan agenda utama sekolah dimana pencapaian sekolah masih di Tahap Sederhana. Walaubagaimanapun SK Sungai Tukang Sidin masih berada dalam kelompok 1000 terbaik dalam pencapaian UPSR dengan mengekalkan GPS di bawah 2 (1.92)
12. EDARAN BAHAN / ’HAND-OUT’ :
Handout power point
Laporan Penarafan Sekolah (SKPM) 2012
13. KEKUATAN KURSUS :
Penerangan yang jelas oleh fasilitator.
Handout yang diedarkan adalah berkaitan dan membantu pemahaman guru.
Topik yang dibincangkan adalah berkaitan secara langsung dengan
tanggungjawab dan komitmen semua guru.
14. KELEMAHAN :
Tiada
15. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Perlu diadakan secara berkala melalui audit dalaman bagi penambahbaikan
berterusan.
Penggunaan kemudahan ICT semasa penerangan.
Rumusan :
Secara keseluruhannya, LADAP yang dilaksanakan ini telah memberi
gambaran yang lebih luas kepada guru-guru berkenaan pencapaian semasa sekolah
dari aspek Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Ini bagi membolehkan guru-guru
merancang dan menyokong semua program sekolah ke arah kecemerlangan SK
Sungai Tukang Sidin. Selain daripada itu, pengendalian LADAP ini juga diharapkan
dapat menggalakkan guru-guru untuk melaksanakan PdP berkesan di dalam bilik
darjah.
Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :
……………………….. ………………………..
Muhamad Shamsul B Saad En Mazlan B Tan
DOKUMENTASI GAMBAR