LAPORAN ISU LAMPU UMP PEKAN MPP UMP 2012/2013
-
Upload
najmi-harith -
Category
Documents
-
view
522 -
download
6
description
Transcript of LAPORAN ISU LAMPU UMP PEKAN MPP UMP 2012/2013
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Disediakan Oleh : Majlis Perwakilan Pelajar UMP 2012/13
CADANGAN
PEMASANGAN LAMPUDI
SEPANJANG JALAN KE
UMP PEKAN
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
1.0 CADANGAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERHUBUNG MASALAH
KETIADAAN LAMPU DI SEPANJANG JALAN MENUJU KE UNIVERSITI
MALAYSIA PAHANG KAMPUS PEKAN.
Isu ketiadaan lampu yang menyumbang kepada masalah pencahayaan di sepanjang
jalan menuju ke Universiti Malaysia Pahang kampus Pekan yang bakal menjadi
kampus induk bukan isu yang baru. Isu yang telah wujud sebelum universiti ini
ditubuhkan juga merupakan permasalahan penduduk sekitar merangkumi kawasan
Tanjung Selangor,Kuala Pahang dan kampung lain di sekitar. Namun,isu ini mula
menjadi buah mulut mahasiswa universiti apabila kadar kemalangan di sepanjang
jalan ini meningkat secara mendadak saban tahun.Malah,kemalangan melibatkan
haiwan ternakan sekitar seperti lembu,kambing dan kerbau yang bebas berkeliaran
turut berlaku berpunca daripada kadar penglihatan yang terbatas.Keadaan ini
tentunya tidak boleh dibiarkan kerana tindakan sambil lewa hanya memperjudikan
nyawa mahasiswa UMP serta penduduk setempat. Malah,isu ini telah dibawa ke
peringkat kerajaan negeri serta telah dibangkitkan sekali lagi oleh saudara Mohd
Najmi Bin Harith ketika sesi soal jawab bersama Menteri Besar Pahang, YAB Dato'
Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob di majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di
kediaman Yang Amat Berhormat pada akhir tahun 2012 yang lalu.Namun
berdasarkan pemerhatian,perubahan daripada aduan yang dibuat hanya dapat
dilihat di jalan menuju ke UMP kampus Gambang apabila terdapat beberapa tiang
lampu telah ditempatkan di beberapa lokasi yang berisiko tinggi.
Masalah ketiadaan lampu jalan bermula dari simpang Tanjung Selangor ( gambar di
atas : berhampiran masjid) sehingga ke kawasan kampus.
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Cadangan untuk pemasangan lampu memandangkan tiang elektirik TNB sudah sedia
ada di kawasan ini.
Keadaan di salah satu lokasi berhampiran masjid Tanjung Selangor.
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Kewujudan “ Road Marking Column” di sebahagian tempat yang berisiko seperti
jambatan,paya dan sebagainya masih belum cukup menjamin keselamatan
mahasiswa.
Tambahan pula,kes kecurian bahan plastik yang menjadi elemen pemantulan cahaya “
Road Marking Column” telah mengagalkan fungsi peralatan ini. Gambar dia atas
menunjukkan keadaan “ Road Marking Column” yang tidak berfungsi. Justeru,dengan
ketiadaan lampu jalan dan peralatan ini,sudah tentu kadar pengcahayaan akan
terbatas.
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Gambar di atas menunjukkan salah satu kemalangan yang melibatkan mahasiswa
ump pekan pada 28 Dec 2012 yang lalu.Berdasarkan statistik yang diperolehi,secara
purata 6 kemalangan kecil mahupun parah berlaku pada setiap bulan melibatkan
mahasiswa UMP di sepanjang jalan menuju menuju ke kampus.
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Kecederaan yang dialami oleh mahasiswa
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
CADANGAN SOLUSI OLEH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERHUBUNG
PERMASALAHAN INI :
1.Mempercepatkan pemasangan lampu jalan konvensional di sepanjang jalan ini. Lampu
jalan amat diperlukan kerana pertambahan penduduk di kawasan sekitar kampus dan
tertubuhnya Universiti Malaysia Pahang kampus Pekan yang bakal menjadi kampus induk
dalam masa terdekat telah meningkatkan kadar kebarangkalian kemalangan di kawasan ini.
Justeru,pemasangan lampu amat tepat dan sejajar dengan keperluan.
2.Pembinaan lampu jalan berkuasa solar di sepanjang jalan ini. Untuk penyelesaian yang
lebih mesra alam,penggunaan lampu solar amat sesuai memandangkan ketiadaan sumber
tenaga elektik di sesetengah lokasi di sepanjang jalan ini. Penggunaan lampu solar telah
dipraktikkan di sesetangah lokasi di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur seperti berhampiran
cerun berbahaya Genting Sempah.Selain menjimatkan kos,lampu solar mempunyai kadar
pengcahayaan yang optimum.Hanya penyelenggaraan berkala perlu dilakukan demi
memastikan lampu solar ini sentiasa dalam keadaan terbaik.
Taburan sinaran solar di kawasan sepanjang jalan menuju ke kampus amat tinggi
kerana cuaca sekitar yang panas kecuali ketika musim tengkujuh.
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
2.Pemasangan “ Road Stud” menggantikan “Road Marking Column” di kawasan berisiko
kerana “Road Stud” tidak mudah dicuri serta mempunyai “ reflective index” yang lebih tinggi
Gambar di atas merupakan contoh “Road Stud” yang telah banyak digunakan di sesetengah jalan
yang berisiko tinggi. Namun,pemasangan peralatan ini hanya sesuai untuk penyelesaian jangka
masa pendek/segera.