Laporan Iftar

10
LAPORAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA ______________________________________________________________ _____ PROGRAM : MAJLIS IFTAR PERDANA, KHATAM Al-QURAN DAN SUMBANGAN ANAK YATIM SEMPERNA RAMADAN AL- MUBARAK 1434 HIJRAH. TARIKH PERLAKSANAAN : (JULAI 2013 – NOVEMBER 2013) TARIKH PROSES PEMBINAAN : 15 JULAI 2013 – 24 JULAI 2013 PENGANJUR : GURU PELATIH INTERNSHIP IPG KAMPUS BAHASA MELAYU DENGAN KERJASAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK GOMBAK SETIA PENGERUSI : PUAN HABIBAH BINTI BAKAR

description

IFTAR

Transcript of Laporan Iftar

Page 1: Laporan Iftar

LAPORAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA

___________________________________________________________________

PROGRAM : MAJLIS IFTAR PERDANA, KHATAM Al-QURAN DAN SUMBANGAN ANAK YATIM SEMPERNA RAMADAN AL-MUBARAK 1434 HIJRAH.

TARIKH PERLAKSANAAN : (JULAI 2013 – NOVEMBER 2013)

TARIKH PROSES PEMBINAAN : 15 JULAI 2013 – 24 JULAI 2013

PENGANJUR : GURU PELATIH INTERNSHIP IPG KAMPUS BAHASA MELAYU DENGAN KERJASAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK GOMBAK SETIA

PENGERUSI : PUAN HABIBAH BINTI BAKAR

Page 2: Laporan Iftar

INSTITUT PENDIDKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

PROGRAM : PIMSP AMBILAN JANUARI 2010

NAMA SEKOLAH : SEK. KEB. GOMBAK SETIA

NAMA PROJEK/AKTIVITI : Majlis Iftar Perdana , Khatam Al-Quran dan Sumbangan

Anak Yatim semperna Ramadan Al-Mubarak 1434 Hijrah.

TEMPOH PELAKSANAAN: 2 MINGGU

Majlis Iftar Perdana, Sumbagan Anak Yatim dan Majlis Khatam Al

Qur’an 1434H ini telah berlangsung pada Hari Rabu, 24 Julai 2013 di Sekolah

Kebangsaan Gombak Setia, bermula jam 5.00 petang hingga 10.00 malam.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi PIBG, ketua balai polis

Gombak Setia dan Pengerusi Masjid Al-Hillaliah. Lebih kurang 50 orang

tetamu jemputan luar hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini. Program ini

dianjurkan bagi tujuan untuk menimbulkan penghayatan serta menjiwai dan

menghayati kelebihan dan kebesaran Bulan Ramadhan sebagai bulan

ibadah. Disamping menghabiskan bacaan Juzuk terakhir dan khatam Al

Qur’an yang telah dijalankan, jemputan berbuka puasa ini diharap dapat

menjalinkan hubungan baik dan silaturrahim di antara warga sekolah dengan

ibu bapa yang hadir. Majlis Khatam Al Qur’an diketuai oleh Ustaz Aizzudin Bin

Yusoff. Selepas berlangsungnya majlis Khatam Al-Quran, majlis sumbangan

anak yatim berlangsung dengan pemberian sumbangan wang oleh Guru

Besar SK Gombak Setia, Puan Habibah Binti Bakar.

Sebelum tiba waktu maghrib, tahlil ringkas diadakan di gelanggang

oleh murid, guru dan ibu bapa yang dikendalikan oleh ustaz Azman sehingga

Page 3: Laporan Iftar

tibanya waktu berbuka puasa pada pukul 7.30 malam. Setelah berbuka

dengan jamuan ringan, hadirin bersolat maghrib kemudian barulah menjamu

selera dengan hidangan nasi dan lauk-pauk. Setelah itu, hadirin menunaikan

solat isya, tazkirah ringkas dan tarawikh yang dibawa oleh ustaz jemputan

secara berjemaah.

Peserta program iftar bersurai setelah bersolat tarawikh bersama-sama

pada pukul 10.00 malam. Semoga program perkampungan ibadah seperti ini

dapat diteruskan lagi pada masa hadapan, dan semoga ukhuwwah yang

terbina tidak terhenti begitu sahaja, malah dipereratkan lagi.

OBJEKTIF :

a. Menimbulkan kesedaran dalam kalangan warga pendidik Sekolah

Kebangsaan Gombak Setia tentang kepentingan menghidupkan bulan

Ramadhan.

b. Menanamkan sifat bersungguh-sungguh di kalangan semua warga pendidik

di sekolah dalam menghayati amalan-amalan mulia di bulan Ramadhan.

c. Memberi ruang dan peluang kepada mereka yang ingin beramal jariah di

bulan Ramadhan al-Mubarak.

d. Mewujudkan jalinan ukhuwwah islamiyyah di antara warga pendidik Sekolah

Kebangsaan Gombak Setia.

STRATEGI PELAKSANAAN :

1. Mengadakan perbincangan bersama Ketua Panatia Pendidikan Islam

berkenaan majlis yang akan dijalanakan termasuklah mengenai menu,

atucara majlis dan kewangan.

2. Membentangkan kertas kerja dan melakukan perbincangan bersama Guru

Besar SK Gombak Setia berkenaan bajet yang digunakan untuk melaksana

majlis dan pembentukan jawatankuasa.

3. Membentuk jawatankuasa majlis dibantu oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam.

4. Menguruskan perihal surat menyurat bagi sumbangan dan jemputan bagi

anak yatim dan ibu bapa.

5. Menyenaraikan perkara-perkara yang memerlukan dibeli dan perlu ditempah.

Page 4: Laporan Iftar

6. Mengumpulkan alatan yang akan digunakan untuk majlis berbuka puasa

seperti polistrin, bekas air dan bekas makanan.

7. Berbincang dengan pengusaha kantin untuk membuat tempahan makanan.

8. Menempah makanan tambahan seperti cendol dan kambing golek.

9. Melaksanakan majlis dan memastikan perjalanan majli berjalan lancar.

REFLEKSI :

1. Kekuatan Projek

a. Rasionalnya aktitiviti ini dianjurkan adalah untuk menyedarkan warga

pendidik tentang kepetingan memberi makanan kepada orang yang

memerlukan.

b. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga pendidik.

c. Memberi kesedaran tentang nasib saudara-saudara yang tidak

berpeluang untuk menikmati makanan seperti kita.

d. Memberi peluang kepada warga pendidik untuk merebut peluang di

bulan ramadhan untuk melakukan amal jariah.

e. Menghayati kelebihan dan nikmat yang terkandung di dalam bulan

ramadhan yang mulia.

f. Pengurusan wang yang sistematik dan cukup dalam memastikan

perjalanan majlis berjalan dengan lancar.

g. Perjalanan majlis mengikut tentatif yang telah ditetapkan dan

perancangan masa tepat pada waktunya.

2. Kelemahan Projek

a. Masa yang diambil untuk menguruskan majlis ini sangat singkat.

b. Pengurusan sampah dan sisa makanan yang tidak teratur.

c. Terdapat segelintir ibu bapa atau penjaga yang hadir lewat terutama

penjaga kepada anak yatim yang terlepas daripada majlis sumbangan

kepada anak yatim.

Page 5: Laporan Iftar

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

1. Guru pelatih perlu lebih proaktif dan bertindak pantas dalam melaksanakan

projek.

2. Memastikan segala urusan seperti surat menyurat lebih tepat dan awal untuk

memastikan maklumat yang disampai lebih jelas kepada ibu bapa.

3. Guru pelatih perlu lebih sistematik dalam menguruskan hal berkaitan dengan

sisa makanan dan sampah dengan menyediakan plastik sampah ditempat

yang sesuai.

KESIMPULAN :

Hal ini dapat dirumuskan berjalan lancar dan dapat dilaksanakan sebaiknya.

Namun begitu, kredit harus diberikan kepada pihak Sek. Keb Gombak Setia yang

banyak membantu pihak kami dalam menyempurnakan projek ini. Segala

pertolongan yang diberikan sama ada secara material mahupun bukan material

sesungguhnya sangat memudahkan pihak kami. Selain itu, persekitaran dan

atmosfera sekolah yang sentiasa positif membuatkan kami rasa senang dan fleksibel

dalam menjayakan projek ini.

Disediakan oleh :

……………………………

(MOHD FAIZ BIN AZMAN)

Setiausaha Majlis Iftar Perdana 2013,

SK Gombak Setia.

Page 6: Laporan Iftar

LAMPIRAN

Majlis khatam Al-Quran yang dikendalikan oleh Ustaz Aizuddin

Malis sumbangan kepada anak yatim oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gombak Setia.

Tahlil ringkas beramai-ramai sebelum majlis berbuka puasa

Page 7: Laporan Iftar

Murid-murid beratur untuk mengambil makanan berbuka.

Para pentadbir SKGS serta tetamu kehormat untuk menantikan waktu berbuka puasa.

Juadah istimewa untuk berbuka puasa

Page 8: Laporan Iftar

Para hadirin sedang enak menjamu selera.

Solat maghrib,isyak dan tarawih secara berjemaah.

Penyampaian cenderahati kepada imam dan bilal jemputan oleh Ustaz Azman selaku ketua panitia Agama Islam SKGS.

Page 9: Laporan Iftar

Guru pelatih intership bersama Guru Besar dan PK Kokurikulum.