Laporan hp pemikiran kritikal
-
Upload
syahirah-banu-mohd-akram -
Category
Documents
-
view
88 -
download
3
Transcript of Laporan hp pemikiran kritikal
1
LAPORAN AKTIVITI
HHHC9501(KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH &
PENDEKATAN)
SET 19
NAMA PROGRAM YANG DISERTAI:
INTERVARSITY BIOCHEMISTRY SEMINAR 2014
NAMA: SYAHIRAH BANU BINTI MOHD AKRAM
NO MATRIK: A145725
NAMA PENSYARAH: DR. AHMAD BIN MUHAMMAD HUSNI
JAWATAN: AJK JAMUAN DAN CENDERAMATA
2
1.0 Butiran program
a) Nama program : Intervarsity Biochemistry Seminar 2014
b) Penganjur : Malaysian Society for Biochemistry and Molecular
Biology(MSBMB)
c) Tarikh : 17 Mei 2014
d) Tempat : Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh(KTAMS)
e) Jumlah Peserta : 400 orang
f) Perasmi Pembukaan : Prof. Dr. Sahrim Hj Ahmad (Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi,
UKM)
g) Jumlah Pendapatan :RM 7100.00
h) Jumlah Perbelanjaan:RM7100.00
3
a) Gambar sepanjang program
Sebelum bermula pembentangan peserta bagi setiap universiti
Para VIP sedang menikmati sarapan sebelum bermulanya seminar
4
Salah seorang peserta sedang membentang hasil kajiannya
pembentangan poster oleh salah seorang peserta
5
Saya bersama AJK yang lain sedang menghidangkan makanan untuk peserta
ucapan oleh salah seorang penasihat program, Dr Hasidah
6
Para peserta yang mewakili UKM
Para juri sedang memberikan markah bagi setiap peserta
7
Di pintu masuk KTAMS
Semua AJK yang telah menjayakan program IBS
8
b) Aturcara program
Masa Aktiviti 7.30 - 8.45 pagi
Pendaftaran peserta
8.45 – 8.50 pagi Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis
8.50 – 8.55 pagi Ucapan pembukaan oleh Pengerusi PPBsBt
8.55 - 9.00 pagi
Ucapan Perasmian oleh Dekan FST
9.00 - 10.15 pagi
Pembentangan lisan ( sesi 1 )
10.15 - 10.30 pagi Minum pagi dan pameran poster kajian
10.30 - 12.00 tengah hari
Pembentangan lisan ( sesi 2 )
12.00 - 12.30 petang
Ceramah keusahawanan
12.30 - 2.00 petang Rehat, makan tengah hari dan pameran poster kajian
2.00 - 3.30 petang
Pembentangan lisan ( sesi 3 )
3.30 - 4.00 petang Minum petang dan pameran poster kajian
4.00 - 4.30 petang Sesi penyampaian hadiah dan
ucapan penutup oleh Presiden
MSBMB
9
c) Ahli Jawatankuasa Program
Ketua Pengarah Khairom Muslihin bin Baharom FST/2 A139991
0112-9019338
Timb. Ketua Pengarah I Muhammad Ameerul Amin bin Bakar @ Omar FST/2 A141994
013-3186468
Timb. Ketua Pengarah II Amal Fitri Izzati binti Aziz FST/2 A141445
012-4222018
Setiausaha Norziana binti Julmohamad FST/2 A141740
013-8748141
Timb. Setiausaha Thanuja A/P Ramanathan FST/2 A142472
019-651 1382
Bendahari Andi Norafiqah binti Andik Mohd Alwi FST/2 A139800
019-7555917
Timb. Bendahari Lee Yann Yin FST/2 A141774
014-6664089
Unit Perhubungan dan Protokol Ayumawarni binti Yusni Yeng Jee Long FST/2 A141592
Tan Hooi Ni FST/2 A141608
Rahimah binti Mohamad Zuki FST/2 A141421
Nur Farahin binti Mohamed Yaziz FST/1 A145735
Anna Fira binti Ahmad Rizal FST/1 A145750
Unit Pemasaran Muhammad Fuad bin Ab Kadir FST/2 A141123
Nurul Izzati binti Azmi FST/2 A141654
10
Aimi Amira binti Abdul Jalil FST/2 A141708
Ana Syakirah binti Khairul Ansor FST/1 A145737
Ummi Aqilah binti Omiza FST/1 A145734
Unit Jamuan dan Cenderamata Nor Nadia Fadiha binti Aizuddin FST/2 A142741
Mohamad Aznan bin Mohamad Thoni FST/2 A141135
Liya Syuhada binti Linazah FST/2 A140910
Nor Suraya binti Ishak FST/2 A141602
Syahirah Banu binti Mohd Akram FST/1 A145725
Unit Publisiti dan Multimedia Muhammad Dzul Ammar bin Aslan FST/2 A141349
Nur Izzati binti Zainuddin FST/2 A141701
Siti Nurhafeezah binti Mohd Yusoff FST/2 A139214
Raja Mohd Azlan bin Raja Ali FST/1 A145744
Unit Teknikal dan Tugas-tugas Khas Danish Adli bin Zulkifli FST/2 A141733
Mohamad Azizi bin Md Said FST/1 A145741
Mohamad Mustaqim Bin Abas FST/1 A146083
11
d) Belanjawan
Anggaran Pendapatan:
Bil Perkara Jumlah (RM)
1 Peruntukan Pentadbiran Fakulti
Sains dan Teknologi
500.00
2 Peruntukan Jabatan
Perkhidmatan Pelajar
800.00
3 Yuran Peserta 4,000.00
4 Pemasaran 200.00
5 Syarikat persendirian dan badan
berkanun
1,300.00
6 Persatuan Biokimia & Biologi
Molekul Malaysia
300.00
Jumlah pendapatan
keseluruhan
7,100.00
Anggaran Perbelanjaan:
Bil Perkara Jumlah (RM)
1 JAMUAN
Tetamu dan pensyarah ( RM
15.00 x 8 )
Peserta ( RM 10.00 x 400 )
120.00
4,000.00
2 CENDERAMATA ( RM
30.00 x 3 )
90.00
3 HADIAH ( RM 15.00 x 20 ) 300.00
4 SIJIL ( RM 0.50 x 400 ) 200.00
5 TUGAS-TUGAS KHAS
Buku program ( RM 1.50 x
400 )
Alat tulis ( RM 1.00 x 400 )
Saguhati peserta ( RM 1.50 x
400 )
600.00
400.00
600.00
6 PUBLISITI
Banner ( RM 30.00 x 5 )
Bunting ( RM 60.00 x 2 )
Hosting laman sesawang
( RM 30.00 x 1 )
150.00
120.00
30.00
7 PERBELANJAAN LUAR
JANGKA
490.00
Jumlah perbelanjaan keseluruhan 7,100.00
12
Rujukan : UKM 3.3.5/FST(PPBsBt)/1314.2.191
Tarikh : 14 APRIL 2014
Kepada:
En. Mohamad Walid bin Othman
Ketua Penolong Pendaftar
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
Melalui:
Dr.Aidil bin Abdul Hamid, Ketua Program Biokimia,
Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tuan,
MEMOHON CENDERAMATA SEMPENA 25th
INTERVARSITY BIOCHEMISTRY
SEMINAR 2014 (25th
IBS)
Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas:
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Biokimia, Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi,
Fakulti Sains dan Teknologi akan menganjurkan Program 25th
Intervarsity Biochemistry
Seminar 2014 . Butiran program adalah seperti berikut :
Program : 25th
Intervarsity Biochemistry Seminar 2014 (25th
IBS)
Tarikh : 17 Mei 2014 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi – 5.00 petang
Peserta : 600 orang
3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon beberapa barangan cenderamata daripada
pihak Tuan bagi pelaksanaan program ini berlangsung. Butiran cenderamata yang ingin dimohon
adalah seperti berikut :
Kelab Biokimia, Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi
13
Cenderamata Bilangan
1. Mug 15
2. Buku nota 650
3. Pen 650
4. Plak 4
4. Sokongan padu daripada pihak Tuan amat kami harapkan bagi memastikan program ini berjalan
seperti yang dirancang. Segala kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan dahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
Disediakan oleh,
…………………............................
(KHAIROM MUSLIHIN BIN BAHAROM)
Ketua Pengarah,
25th Intervarsity Biochemistry Seminar 2014.
0112-9019338
s.k -Fail Setiausaha Kelab Biokimia
- Fail Setiausaha 25th Intervarsity Biochemistry Seminar (25th IBS)
14
e) Pengisian Program:
Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan setiap tugas yang diberikan oleh Ketua
Pengarah dapat dilaksanakan dengan baik. Program yang berlangsung selama hampir sehari ini
telah memberi banyak manfaat dan pengajaran yang sangat berguna kepada saya. Hal ini
demikian kerana saya dapat mengambil iktibar di sepanjang perjalanan program dan setiap
permasalahan yang berlaku. Sebagai contoh, di saat-saat program hampir berlangsung iaitu
kira-kira 2 minggu sebelum program, terdapat masalah dari sudut kewangan yang
menyebabkan saya dan semua AJK berasa risau. Hal ini telah kami cuba atasi dengan
mengadakan khidmat masyarakat di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi.
Saya dan AJK yang lain telah mengadakan khidmat masyarakat sebanyak dua kali di
Seksyen 3 dan 4, Bandar Baru Bangi. Kami melakukan khidmat masyarakat ini dengan cara
penukaran dana dengan sumbangan tenaga dari kami, iaitu kami menawarkan untuk mencuci
kereta, menyapu sampah, mencuci tingkap, dan banyak lagi. Kebanyakan penduduk di kawasan
perumahan tersebut sangat memberikan kerjasama yang baik dan membantu memberi
sumbangan dana yang berupa wang tunai dan juga ada yang memberikan barangan terbuang
yang boleh dikitar semula. Hal ini telah banyak membantu meningkatkan pendapatan dan
keperluan kami bagi menjayakan program ini. Tidak kurang juga sumbangan secara
persendirian daripada para pensyarah dan sponsor daripada syarikat-syarikat besar.
Setelah pelbagai usaha dilaksanakan, akhirnya kami berjaya mengumpulkan sumbangan
yang agak mencukupi bagi menampung keperluan persiapan program. Selain itu, saya dan AJK
yang lain juga turut mengadakan jualan secara kecil-kecilan di hadapan bilik Persatuan
Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi. Antara jualan yang telah kami lakukan ialah sup
cendawan, spaghetti, cucur pisang dan juga nasi lemak. Kami bergilir-gilir bagi setiap waktu
untuk menjaga gerai tersebut. Hasil daripada jualan yang telah dilakukan, kami dapat
menampung dan menambah sedikit kewangan bagi memenuhi keperluan untuk menjayakan
program tersebut. Hal ini telah membuktikan bahawa aspek pemikiran kritikal dam
penyelesaian masalah dapat ditunjukkan dalam diri saya dan juga rakan-rakan yang lain.
15
Antara nilai-nilai positif yang saya peroleh daripada program tersebut ialah:
Sikap kerjasama: setiap ahli pasukan haruslah memberikan kerjasama yang
baik dan padu bagi bersama-sama menjayakan program atau aktiviti yang
akan dilaksanakan. Hal ini juga akan memudahkan setiap urusan dan
mempercepatkan perjalanan sesuatu kerja dan seterusnya dapat
menghasilkan produk yang berkualiti.
Patuh kepada arahan: Pada pendapat saya, kebanyakan peserta dalam
setiap program yang dilaksanakan terdiri daripada pelajar tahun 1 dan
diketuai oleh pelajar tahun 2 dan 3. Oleh itu, setiap pelajar atau AJK
haruslah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh ketua unit atau ketua
pengarah dalam projek tersebut selagi arahan tersebut tidak melanggar
etika. Jadi, sebagai anak buah, saya haruslah mendengar dan mematuhi
setiap arahan yang diberikan oleh ketua saya.
Saling berkongsi pendapat: Sebagai ketua, adalah amat wajar bagi kita
untuk mendengar pendapat dan buah fikiran anak buah kita. Sebagai anak
buah pula, kita juga patut menegur kesilapan ketua kita jika ada sesuatu
yang perlu diperbaiki. Oleh itu, jika kedua-dua pihak saling berganding
bahu dan bekerjasama, setiap aktiviti dan program yang ingin akan berjalan
dengan lancarnya.
Bersungguh-sungguh: kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan
setiap setiap pekerjaan atau tugas yang diberikan agar hasil yang kita kan
dapat nanti juga turut berkualiti dan efektif.
Bersemangat dalam melaksanakan tugas: setiap program yang ingin
dilaksanakan sangat memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua
pihak yang terlibat. Justeru, kita haruslah bersemangat dalam menyiapkan
tugasan yang diberikan dan berusaha untuk melakukannya dengan terbaik.
16
PENUTUP
Secara keseluruhannya, program Intervarsity Biochemistry Seminar(IBS) banyak memberi
kelebihan kepada semua yang hadir terutamanya pelajar Tahun 3 yang akan menghadapi
pembentangan. Hal ini dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada mereka dan juga kepada
pelajar Tahun 1 dan 2 yang juga akan melalui perkara yang sama kelak. Program ini juga dapat
memberi dan menambahkan ilmu pengetahuan kepada semua pelajar yang hadir tentang ilmu
sains secara lebih mendalam. Sudah terang lagi bersuluh, kelebihan yang terdapat melalui
program tersebut merangkumi pelbagai aspek terutamanya dari segi pembelajaran sepanjang
hayat dan pemikiran kritikal dan kritis di samping memupuk sikap positif dalam kalangan
peserta dan AJK. Program ini berjalan dengan lancar dan memberikan impak yang besar kepada
semua pihak. Secara tidak langsung program ini telah mengeratkan hubungan silaturahim
sesama peserta,pensyarah dan para AJK yang terlibat. Semoga pengalaman dan pengetahuan
yang diperoleh melaluii program ini dapat diaplikasikan dalam program-program yang akan
datang.