Laporan Hari Ketiga
-
Upload
esther-siow-shuen-shin -
Category
Documents
-
view
44 -
download
4
description
Transcript of Laporan Hari Ketiga
LAPORAN HARI KETIGA
TARIKH : 28 / 8 / 2013
Masa : 5.30 pagi – 6.30 pagi
Semua pelajar muslim bersiap sedia untuk menunaikan subuh
berjemaah di surau manakala kumpulan pelajar bukan Islam pula bersiap
sedia dengan menguruskan diri untuk menjalankan aktiviti pada hari tersebut.
Masa : 7.00 pagi – 7.30 pagi
Setelah pelajar muslim selesai menunaikan ibadah dan pelajar bukan
Islam bersiap sedia dengan pakaian uniform Pandu Puteri Kadet, ahli-ahli
PPK pun bersarapan pagi di dewan berkumpul Unit PPK. Sarapan pagi Unit
PPK disediakan oleh beberapa ahli yang telah disusun hari dan masa
bertugasnya untuk menyediakan sarapan pagi pada hari ketiga.
Masa : 7.30 pagi – 8.00 pagi
Selepas bersarapan, semua ahli PPK berkumpul di kawasan aktiviti
untuk menjalankan tatacara perjumpaan. Tatacara perjumpaan dimulakan
dengan arahan daripada Kapten kepada Ketua-ketua Patrol untuk berkumpul
dan kemudiaannya diikuti dengan ahli-ahli untuk berkumpul mengikut patrol
masing-masing. Tatacara diteruskan dengan pembentukan ladam kuda. Oleh
kerana kawasannya terhad, kami pun membentuk ladam kuda dua lapis.
Selepas pembentukan ladam kuda, pasukan panji-panji yang bertugas pun
menjalankan tugas mereka dengan menjalankan upacara menaikkan bendera
dan upacara yang seterusnya. Lagu Dunia dinyanyikan selepas bendera
dinaikkan. Kemudian kumpulan bertugas menjalankan tugas dengan
membaca doa dan berkongsi kata-kata hikmah. Selepas itu, pensyarah
pembimbing dan ketua komanden memberi ucapan dan melaporkan aktiviti
yang akan dijalankan pada hari tersebut. Kemudian, kami pun bersurai untuk
menjalankan aktiviti yang seterusnya.
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi
Selepas tatacara perjumpaan, kami pun diberi sedikit taklimat berkaitan
dengan lawatan yang akan kami lawati tersebut oleh Puan Normah tentang
beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Pensyarah yang mengiringi
kami ke lawatan tersebut adalah Puan Normah dan juga Puan Sabariah.
Kemudian, kami pun berbaris dalam dua barisan dari yang tinggi ke rendah
dan bertolak ke destinasi lawatan kami pada hari ini, iaitu Taman Ular Sawa
dan juga Taman Herba. Sepanjang perjalanan ke destinasi, kami mengambil
gambar keseluruhan ahli bersama-sama dengan pensyarah pembimbing di
beberapa tempat yang cantik dan bermemorial. Kami juga sambil menyorak
sorakan dan juga menyanyi sepanjang jalan untuk menambahkan semangat
di antara ahli. Setibanya di Taman Herba, pensyarah pembimbing meminta
setiap penolong ketua patrol untuk tampil ke hadapan untuk menjalankan
suatu tugasan yang diberikan, iaitu mencari pokok-pokok herba yang boleh
dimakan dan tidak beracun.
Selepas beberapa minit, mereka pun keluar dari Taman Herba tersebut
dengan hasil-hasil dapatan mereka. Puan Normah pun bermula mengajar
kami cara untuk mengenalpasti herba-herba yang boleh dimakan dan tidak
beracun. Puan Normah juga menjalankan penilaian terhadap hasil dapatan
yang diperolehi mereka dan diberi markah atas daun herba yang betul dan
meminta mereka untuk menyimpan daun-daun tersebut dengan elok kerana
Pembentukan ladam kuda oleh ahli-ahli PPK.
Kumpulan panji-panji menjalankan tugas
menaikkan bendera.
akan digunakan semasa masakan rimba nanti. Kemudian, kami pun bertolak
ke Taman Ular Sawa yang berhampiran dengan Taman Herba tersebut.
Setibanya di Taman Ular Sawa, semua ahli PPK teruja dan berasa
terkejut apabila melihat ular sawa yang berada dalam kandang tersebut
begitu besar dan panjang itu. Kami diberi masa untuk melihat kandang-
kandang ular yang berada di sekitar taman dan mengambil gambar. Ahli PPK
juga berpeluang untuk bergambar dengan seekor ular sawa dan
menyentuhnya. Kami juga telah banyak mengetahui ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan kehidupan ular sawa melalui soal jawab dengan pekerja di
Taman Ular Sawa tersebut. Lawatan ini banyak memberi manfaat kepada
kami dan banyak ilmu pengetahuan telah kami pelajari. Sebelum pulang le
tapak perkhemahan, kami singgah di Tugu Perkhemahan Komanwel Pandu
Puteri Malaysia.
Bergambar dengan Tugu Perkhemahan
Komanwel Pandu Puteri Malaysia
Bertolak ke Taman Ular Sawa dan Taman Herba
Bergambar keseluruhan dalam perjalanan ke
destinasi.
Menguji daun herba yang didapati.
Bergambar dengan ular sawa.
Masa : 10.00 pagi –10.30 pagi
Semua ahli PPK rehat dan minum pagi selepas pulang dari lawatan ke
Taman Ular Sawa dna juga Taman Herba. Kami semua berehat di dewan
berkumpul.
Masa : 10.30 pagi – 12.30 tengah hari
Aktiviti masakan rimba ini dikendalikan oleh Puan Zaitun. Puan Zaitun
memberi taklimat kepada semua ahli berkaitan dengan cara-cara
melaksanakan masakan rimba serta syarat-syaratnya dan masakan rimba ini
hanya boleh dijalankan oleh lima orang dalam satu kumpulan. Sebelum
bermulanya aktiviti masakan rimba, pensyarah pembimbing mengagihkan
bahan-bahan masakan rimba yang hendak dimasak tersebut. Antaranya
seperti ayam, ikan, sayur, mi maggi, telur, kentang, serbuk kari dan kunyit,
bawang, halia, cili dan sebagainya. Kai hanya diberi masa dua jam untuk
menyelesaikan masakan kami tersebut termasuk menghidang dan juga
membersihkan kawasan menjalankan masakan rimba.
Semasa menjalankan masakan rimba, setiap kumpulan mencari
tempat masing-masing yang sesuai dan selesa untuk dijalankan masakan
rimba. Ada ahli yang menolong membersihkan dan mencuci bahan, ada ahli
yang sibuk mencari ranting kayu, ada yang cuba menghidupkan unggun api
untuk memasak. Setiap ahli sibuk dengan kerja masing-masing supaya dapat
menghasilkan masakan dalam masa yang ditetapkan. setelah selesai
memasak, ahli-ahli PPK pun sibuk dengan cara menghias dan menghidang
menggunakan semua bahan semulajadi seperti daun pisang, buluh dan
sebagainya yang boleh digunakan untuk menghidang. Selepas siap
menghidang dan pensyarah peembimbing memberi markah, ahli-ahli PPK
pun merasa masakan hasil sendiri.
Masa : 12.30 tengah hari – 2.30 petang
Selepas aktiviti masakan rimba, semua ahli PPK pun makan tengah
hari yang disediakan oleh AJK-AJK masakan yang ditugaskan pada masa
tersebut. Pelajar-pelajar muslim pula menunaikan solat mereka di surau.
Masa : 2.30 petang – 5.30 petang
Taklimat maskan rimba. Penyediaan bahan makanan masakan rimba.
Menyalakan unggun api.
Proses menghidang dan menikmati masakan hasil sendiri.
Selepas selesai makan tengah hari, aktiviti yang dijalankan seterusnya
adalah latihan kawad kaki formasi. Aktiviti ini diketuai oleh Saudari Mathura.
Dalam aktiviti ini, ahli-ahli PPK membuat latihan untuk persediaan
pertandingan kawada kaki formasi yang akan menjelang. Kami diperkenalkan
dengan beberapa pergerakan kawad formasi yang asas dan dibimbing untuk
melatih. Kami juga sama-sama mengubahsuai dan memperbaiki pergerakan-
pergerakan yang kurang sesuai dan cantik supaya dapat berjalan dengan
lancar dan kelihatan kemas keseluruhannya. Selepas beberapa jam berlatih,
akhirnya telah kami kuasai beberapa langkah kawad kaki formasi asas.
Masa : 5.30 petang – 8.30 malam
Selepas kesemua aktiviti dari pagi hingga petang tadi, semua ahli PPK
pun balik ke khemah masing-masing untuk berehat dan menguruskan diri dan
bersedia untuk Majlis Perasmian Penutupan bagi Perkhemahan 4 hari 3
malam ini. Semua bersedia dengan pakaian baju kebaya Pandu Puteri.
Pelajar-pelajar muslim pula menunaikan solat mereka.
Masa : 8.30 malam – 10.30 malam
Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan ini dihadiri oleh semua unit
beruniform yang terdiri daripada pasukan KRS, Pengakap, Pandu Puteri
Kadet dan juga Persatuan Puteri Islam. Sebelum bermulanya majlis tersebut,
semua pelajar telahpun berada di dalam dewan yang digunakan untuk majlis
tersebut sambil menunggu ketibaan Tuan Pengarah IPGM Kampus
Pendidikan Teknik, Bandar Enstek. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu
Negaraku.
Latihan kawad kaki formasi
Majlis diteruskan dengan persembahan daripada setiap unit
beruniform. Persembahan dimulakan dengan persembahan daripada Pandu
Puteri Kadet yang berunsurkan sketsa dan nyanyian koir lagu ciptaan sendiri.
Kemudian, persembahan diteruskan dengan persembahan dari unit
Pengakap dan KRS yang berunsurkan drama dan persembahan Puteri Islam
yang berunsurkan nyanyian. Selepas kesemua persembahan tersebut, Tuan
Pengarah dijemput untuk memberi ucapan sepatah dua kata dan merasmikan
penutupan perkhemahan selama 4 hari 3 malam unit beruniform pelajar
4PISMP di Ulu Bendul ini. Sebelum bersurai, setiap unit beruniform
mengambil gambar keseluruhan bersama-sama dengan Tuan Pengarah dan
juga pensyarah pensyarah pembimbing.
Masa : 11.15 malam – 12.00 malam
Pada hari Rabu malam , Pandu Puteri Kadet telah mengadakan
Program Pemimpin pada pukul 11.15 malam selepas majlis penutup. Pada
mula-mulanya, Puan Normah membimbing kami dengan menyanyi sebuah
lagu iaitu “My Manito”. Beliau mengajar kami menyanyi sebanyak 2 kali. Kami
dikehendaki membuat bulatan besar. Selepas itu, aktiviti ini diiringi dengan
tiga orang ahli Pandu Puteri berserta dengan lagu “My
Manito”. Suasana amat meriah dan
Persembahan Pandu Puteri Kadet
menyeronokkan kami semua. Aktiviti ini berteruskan dengan secara pusingan.
Setiap pusingan tiga orang. Mereka dikehendaki mencari Manito tersendiri
masing-masing dan memberi hadiah kepada Manito yang dipilih. Manito yang
dipilih juga dikehendaki memberi hadiah kepada Manito mereka. Tambahan
pula, pensyarah pembimbing kita iaitu, Puan Norma, Puan Sabariah dan
Puan Zaitun juga terlibat dalam aktiviti ini. Tidak lupa juga, terdapat dua ahli
Pandu Puteri, iaitu Kelly and Macyl, mereka ialah manito kepada mereka
masing-masing.
Mencari manito masing-masing Mendapat manito masing-masing