Laporan full1

38
PENGHARGAAN Terlebih dalulu saya bersyukur kepada Tuhan yang Maha Kuasa kerana di atas limpah kurniaNya dan keizinanNya, saya telah menyempurnakan tugasan laporan ini dengan jayanya. Saya berasa gembira kerana tugasan ini bermula dengan baik dan berakhir dengan sempurnanya. Ia telah berjalan dengan lancar sepertimana yang diharapkan. Tugasan ini merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar yang mengambil subjek kos MSP 3063 Kuirkulum Pendidikan Seni sesi 2014/2015 sebelum bermulanya peperiksaan akhir semester 3, 2015. 1

Transcript of Laporan full1

PENGHARGAAN

Terlebih dalulu saya bersyukur kepada Tuhan yang Maha Kuasa kerana di

atas limpah kurniaNya dan keizinanNya, saya telah menyempurnakan tugasan

laporan ini dengan jayanya. Saya berasa gembira kerana tugasan ini bermula

dengan baik dan berakhir dengan sempurnanya. Ia telah berjalan dengan lancar

sepertimana yang diharapkan. Tugasan ini merupakan satu syarat yang

diwajibkan ke atas setiap pelajar yang mengambil subjek kos MSP 3063

Kuirkulum Pendidikan Seni sesi 2014/2015 sebelum bermulanya peperiksaan

akhir semester 3, 2015.

1

1.0 PENDAHULUAN

Program ESE ART telah berjalan dengan lancar pada 15 oktober hingga 30

Oktober 2015, di Bitara Siswa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Penyarah- pensyarah yang turut terlibat dalam anjuran ini adalah kebanyakannya

pensyarah dari jabatan seni dan reka bentuk, iaitu Prof Dr. Zakaria b Mohd Ali,

Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Husain dan Puan Jamilah binti Omar. Juga

tidak lupa,seniman dari luar iaitu prof. Krisnamurti dari Indonesia, yang telah

memberi penerangan mengenai New Art Media dalam karyanya. Program ini

merupakan satu program yang dianjurkan oleh Pusat Perhubungan Alumni

Kerjasama Persatuan Alumni Suluh Budiman untuk mewujudkan suasana

pembelajaran melalui motivasi secara langsung.

Pameran ini berfungsi sebagai sarana memotivasikan audien setelah

melihat dan menghayati kaarya seni. Pameran seni dapat dijadikan sebagai ajang

untuk menciptakan pelbagai jenis motivasi yang baik bagi pengunjung mahupun

pencipta karya seni untuk terus lebih aktif dalam berkarya sehingga

menghasilkan kualiti karya seni yang lebih tinggi. Seiring dengan kata-kata Mc.

Donald, motivasi ialah sebuah perubahan tenaga yang ada dalam diri seseorang

yang ditandakan dengan adanya rasa (feeling) dan didahului dengan respon

sebuah destinasi. Pendapat ini disokong oleh G. R. Terry, yang menjelaskan

bahawa motivasi ialah sebuah keinginan yang ada pada diri seseorang yang

merangsangnya untuk melakukan pelbagai tindakan. Oleh yang demikian

pameran Seni Rupa bukan sahaja memberi semangat kepada pengkarya seni

tetapi juga memberi inspirasi kepada orang lain untuk berkarya.

Program pembelajaran yang berasaskan motivasi yang teliti untuk

membantu para mahasiswa/i mengenal dan memahami kemampuan diri mereka

sendiri secara dalam, dan memberi peluang kepada diri mereka untuk lebih

2

terlibat dalam pelbagai aktiviti seni rupa. Selain memperbaiki keyakinan diri

mereka, para mahasiswa/i akan memahami seni sebagai komunikasi serta

memiliki sikap mengaprisiasikan seni secara mendalam melalui kepekaan

pengamatan dan membuat pertimbangan estetika untuk pembangunan manusia.

Mahasiswa/i juga diberi pendedahan bahawa pentingnya bagi pelajar seni itu

untuk mengetahui dan mengaplikasikan konsep asas seni reka dan prinsip rekaan

dalam karya seni. Melalui program sedemikian, mahasiswa/i akan mengetahui

pelbagai jenis karya yang meliputi butiran karya, konsep asas seni reka dan

prinsip rekaan, estetik dalam sesuatu karya, dan kaedah kritikan seni yang

digunakan untuk mengkritik karya seni.

3

2.0 OBJEKTIF

Program motivasi ini dengan suasana yang ceria dan menyeronokkan akan

membantu para peserta membina keyakinan diri mereka serta meningkatkan

prestasi organisasi.

Objektif utama program ini adalah untuk :

1. Mempertingkatkan semangat apresiasi mahasiswa/i melalui karya seni

dalam program Ese Art.

2. Menerokai nilai-nilai estetika yang terdapat dalam karya seni melalui

Program Ese Art.

3. Mengaplikasikan Art Fundamental iaitu konsep asas seni reka dan prinsip

rekaan dalam membuat kritikan karya seni.

4. Menggalakkan mahasiswa/i untuk mengkritik seni melalui strategi kritikan

seni deskripsi, analisis, interprestasi dan pertimbangan.

5. Kajian ini adalah bagi memenuhi syarat separa lulus bagi subjek kos MSP

3092 Seni dan Pendidikan.

4

3. 0 KAEDAH KAJIAN

KAJIAN PEMERHATIAN

Pengkaji telah membuat tinjauan karya- karya seni di Bitara Siswa ,

Universiti Pendidikan Sultan Idris, untuk melihat, menghayati dan merasa

sendiri butiran karya yang telah dipamerkan.

KAJIAN BUKU

Kaedah kajian ini digunakan untuk merujuk buku- buku katalog yang

telah diberi sebelum masuk ke dewan pameran, agar membantu pengkaji

dalam proses menyiapkan tugasan ini.

SESI ART TALK

Pengkaji juga telah mendengar beberapa ucapan ataupun Art Talk yang

telah disampaikan oleh beberapa pihak yang tertentu. Seperti contoh, Prof

Krisnamurti mengenai New Media Art, Prof. Setiawan Sabana, Prof. Dato’

Dr. Ahmad Hj. Zainuddin dan Y.Bhg. Datuk Nolee Ashilin Mohammed .

4.0 HASIL DAPATAN KAJIAN

5

4.1 Kritikan karya Seni

1. AZHAR BIN AHMAD

Lain Hulu Lain Parang, 2015

Seniman menghasilkan karya Lain Hulu Lain Parang, iaitu sebuah karya

batik yang telah siap pada tahun 2014. Karya ini bersaiz 163cm x 95 cm, iaitu

tinggi 95cm dan lebar 163 cm. Karya ini, secara keseluruhan banyak

menggunakan warna panas, seperti warna merah,warna kuning, warna jingga,

etapi terdapat juga warna sejuk seperti warna biru dibahagian yang dicanting

dan juga pada bahgian kiri karya tersebut. Terdapat juga bentuk- bentuk organik

yang digunakan dalam karya pada bahgian kanan, yang diwarnakan warna

kuning. Juga, dalam karya ini terdapat dua jenis objek flora. Dalam karya ini,

Seniman menggunakan beberpa jenis garisan seperti garisan yang halus, garisan

teba, garisan kasar.

Selain itu, seniman menggunakan beberapa prinsip rekaan seperti

pengulangan, dan ruang, pada karyanya yang abstrak ini. Seperti contoh,

pengulangan dapat dilihat pada bentuk organik yang sama diulang-ulang, objek

bunga yang dihasilkan dalam dua jenis, dan diulang-ulang. Malah, garisan tebal

paling jelas kelihatan kerana garisannya juga diulang. Ruang yang digunakan

dalam karya seniman banyak menggunakan ruang bahagian kiri karya

6

berbanding bahagian kanan karya. Penggunaan kepelbagaian warna pada

bahagian kiri karya lebih memberi kesan kepada ruang dalam karya tersebut.

Pengulangan ini memberi keharmonian terhadap karya.

Lain Hulu Lain Parang , Apa yang hendak disentuh di sini ialah perbezaan

pada zaman dahulu dan sekarang. Pengkarya cuba menyampaikan cara berfikir

dan tingkah laku seseorang yang masih jauh ke belakang. Misalnya, seseorang

itu berfikir dan bertingkah laku menurut zaman ketika seseorang itu berusia 30

atau 40-an, walaupun usianya sudah mencapai 50-an atau 60-an. Maknanya

bukanlah ia awet muda tetapi sebenarnya ketinggalan zaman. Karya ini memberi

masej melalui cara seniman menghasilkannya, jeles kelihatan bahawa pada

karya bahagian kiri menunjukkan dunia moden iaitu pada zaman sekarang yang

mempunyai pelbagai budaya ( trend sekarang) atau kemajuan yang telah

diaplikasikan, yang kadangkala dilupa oleh golongan kini. Pengkaji juga

berpendapat bahawa seseorang yang tidak menerima perubahan zaman, tetapi

bernostalgia dan hidup pada zaman silam, sedangkan dunia sudah berubah

banyak. Dalam karya tersebut, pada bahagian kanan, menunjukkan zaman yang

sudah berlalu, iaitu zaman datuk nenek atau zaman ibu bapa kita. Sesiapa pun

tidak dapat menafikan perbezaan pada 80-an dan 90-an dibandingkan dengan

2000-an. Tetapi kadangkala hanya teguran dan ingatan kepada mereka yang

masih terbeku dalam suasana 80-an dan 90-an dapat mengejutkan mereka

bahawa suasana telah banyak berubah. Bagi mereka yang berusia 40-an dan 50-

an, kemuncak kehidupan mereka sudah berlalu dan cara mereka berfikir masih

tersangkut pada zaman kemuncak kehidupan mereka. Untuk lebih memahami

keadaan ini, bayangkan sahaja pada tahun 90-an dan bezakan apa yang tidak ada

pada masa itu dan kini. Sudah tentu banyak perbezaannya.

Karya Lain Hulu Lain Parang oleh Azhar bin Ahmad berjaya bagi

pengkaji, dari segi penghasilan karya dan mesej yang ingin disampaikan oleh

7

seniman. Walaupun bahagian kiri dan kanan karya dihasilkan berbeza, namun

masih kelihatan kesatuan dalam karya seniman Azhar.

8

2.

NANTHAWUT SITTIHIWANG

Both Old and New World

Nanthawut menghasilkan Both Old and New World dengan menggunakan

mixed- media, tangga bamboo, ukiran kayu dan juga pita pelekat. Karya ini

adalah tangga yang disaluti pita pelekat yang berwarna merah dan putih. Tinggi

karya ini adalah 2,10 meter. Di bahagian atas arca ini terdapat figura kaki

manusia.

Both Old and New World menurut analisisnya, karya ini mempunyai

irama dan pergerakkan yang dapat dilihat pada objek tangga tersebut. Seniman

membuat penyusunan warna merah dan warna putih mengikut tertib menurun,

dari besar ke kecil. Penegasan dalam karya ini adalah objek figura kaki manusia

yang berwarna merah, disebabkan bahagian kiri karya ini tidak mempunyai

objek figura tersebut. Manakala kedua-dua warns yang digunakan adalah warna

yang kontra.

9

Secara intrepretasi, pengkaji berpendapat bahawa karya Both Old and

New World ini bermaksud perbezaan berkaki ayam dan memakai kasut pada

zaman dahulu (Old) dan sekarang (New). Penyusunan pita pelekat secara

menurun menunjukkan graf bar yang digunakan oleh seniman ialah kadar

penurunan masyarakat menggunakan kaki ayam untuk berjalan.

Karya ini berjaya dihasilkan dengan baik dari segi tajuk dan idea karya

yang telah dihasilkan.

10

3.

PATARA PADUNGSUNTARARUK

Young Asean Baby

Young Asean Baby telah dihasilkan oleh seniman Patara

Padungsuntararuk dengan bermediakan kertas mache dengan gentian kaca, pada

ukuran 21 cm x 29cm x 16cm. Pengkarya menggunakan objek figura manusia

yang dihasilkan dalam bentuk gentian kaca kemudian disaluti dengan kertas

mache, dan diwarnakan warna biru. Karya arca ini dihasilkan dalam dua objek

figura bayi. Satu arca tersebut adalah hanya disaluti dengan kertas mache tanpa

diwarnakan warna biru.

Kemahiran seniman adalah berarca dengan menggunakan gentian kaca.

Seniman begitu teliti sehingga dapat dapat memperlihatkan objek figura bayi

tersebut. Penggunaan warna biru dan dalam keadaan yang kaku pada arca ini

menunjukkan bayi itu seolah-olah dalam keadaan yang tidak hidup. Manakala

figura bayi seterusnya, seniman hanya menggunakan warna merah dan

pergerakkan berbanding arca bayi yang kaku sebagai penegasan arca tersebut.

Pengkaji beranggapan bahawa karya ini menunjukkan emosi marah,

kecewa dan sedih seniman mengenai isu yang makin meningkat iaitu

pembuangan bayi. Seniman menggambarkan penderitaan figura bayi

11

ditinggalkan berbanding bayi yang tidak ditinggalkan. Arca figura bayi yang

tidak diwarna, Cuma hanya menggunakan warna merah yang menunjukkan tali

pusat bayi tersebut dalam keadaan yang selamat dilahirkan.

Mesej yang disampaikan oleh seniman memberi emosi marah, kecewa

dan sedih sama seperti seniman sendiri. Tajuk yang dipilih dan objek untuk

menggambarkan tajuk seniman yang sesuai dan berjaya dihasilkan.

12

4.

MUHAMMAD SHAFIQ AFFENDI B. SIDALI KUTTY

Libas

Libas dihasilkan mnggunakan besi dengan ukuran 120cmx 210 cm.

Secara dekripsinya, seniman manggunakan bola takraw sebagai objek karya.

objek yang dihasilkan adalah berbeza saiznya dan ketinggian untuk menampung

objek pada karya juga berbeza. Tapak karya tersebut didapati dengan pelbagai

jenis bentuk geometri yang digunakan.seperti contoh, bentuk tiga segi, segi

empat sama dan bulat.

Sacara analisisnya, pengkaji mendapati bahawa objek takraw dihasilkan

secara tidak sama. Objek takraw di bahagian depan hanya menggunakan satu tali

besi yang panjang, manakala objek takraw yang berada di kedudukan kedua dan

yang paling besar menggunakan dua tali besi. Namun begitu, yang membezakan

ketiga-tiga objek ini, adalah saiznya. Bahagian depan dan di kedudukan

belakang objek takraw mempunyai saiz yang sama. Seniman Shafiq

menggunakan prinsip kepelbagaian saiz objek iaitu, objek takraw yang kecil dan

yang besar. Prinsip ini terus digunakan pada bahagian tapak Libas dalam bentuk

geometri, iaitu bentuk tiga segi, segi empat sama dan bulat. Tidak lupa juga

13

kepelbagaian pada tinggi kaki objek. Selain itu, karya seniman juga mempunyai

imbangan yang tiidak simetri tetapi masih ada kesatuan dalam karya.

Libas ialah sebuah filem bertemakan kesukanan, yang merupakan filem

pertama arahan Pengarah Drama Terbaik, Anugerah Seri Angkasa, Jurey Latiff

Rosli. Seniman berkemungkinan gemar akan file mini sehingga mendapati

inspirasi untuk menghasilkan karya Libas.Lima objek takraw adalah simbol ahli-

ahli Libas iaitu, Raja Libas Adnan Saladin, Megat, Hamidi, Kumok dan Ratna.

Dari segi pertimbangan, pengkaji membuat kesimpulan bahawa karya ini

masih kekal harmoni kerana penyusunan objek yang sesuai dan seimbang.

14

5.

RADUAN B.NORUDIN

Ilham Kamelia: Tiba-Tiba Langkahku Terhenti

Karya Raduan B. Norudin iaitu Ilham Kamelia: Tiba-tiba Langkahku

Terhenti telah dihasilkan dengan menggunakan akrilik atas kanvas, dengan

ukuran 107cm x 107cm. Karya ini banyak menggunakan warna dan garisan

yang kasar dan tebal. Seniman menggunakan bentuk organik pada objek

utama.

Seniman menghasilkan Ilham Kemelia: Tiba-tiba Langkahku Terhenti,

dengan menggunakan warna yang banyak, iaitu warna panas yang paling

ketara dan warna sejuk yang agak sedikit. Lukisan ini kasar permukaan

tekturnya disebabkan pengulangan dalam penggunaan garisan yang tebal dan

kasar.

Mesej yang ingin disampaikan oleh seniman adalah proses pembuahan

yang gagal. Pengkaji berpendapat kemungkinan seniman ingin memberitahu

melalui tajuk karyanya, bahawa Kamelia mengilhamkan untuk mendapatkan

zuriat, namun begitu proses pembuahan tidak menjadi.

15

Idea penghasilan karya ini agak tersurat dan mudah untuk audien membuat

anggapan yang berbeza tetapi masih berkaitan dengan proses pembuahan.

Apa yang menarik mengenai karya ini adalah cara unsure seni dan prinsip

rekaan yang diaplikasikan oleh seniman.

16

6.

DATO’ DR AHMAD LOTHFI BIN HJ. IBRAHIM

Apabila Anakku Berpencak

Akrilik, 120cm X 90cm,2014

Karya Apabila Anakku Berpencak menggambarkan dua figura pemuda yang

sedang bersilat dalam suasana yang asyik. Pemilihan media akrilik amat sesuai

yang digunakan oleh seniman untuk memperhebatkan suasana tersebut.

Dalam karya ini, seniman menggunakan pelbagai jenis warna asas seperti

warna merah, biru dan kuning, dan hasil daripada pencampuran warna asas ini

telah menghasilkan warna sekunder seperti hijau, ungu dan jingga. Warna-

warna ini digunakan pada badan figura dan pakaian figura. Irama dan

pergerakkan juga wujud dalam karya ini. pengunaan warna yang berbeza pada

latar objek tersebut menunjukkan pergerakkan yang dibuat oleh figura.

Kemahiran seniman adalah bermain dengan warna untuk menujukkan situasi

yang sengit.

Seniman menggambarkan situasi yang sedang berlaku pada seni silat yang

dilakukan oleh dua orang pemuda. Masing- masing menunjukkan kehebatan

untuk menakut-nakutkan lawanan. Tajuk Apabila Anakku Berpencak

menunjukkan situasi pemuda yang sedang bersilat.

17

Seniman adalah seorang yang kreatif dalam memilih tajuk dan

mengadaptasikan tajuk tersebut dalam sebuah karya, dengan menunjukkan

kemahirannya dalam menggunakan warna. Nilai estetika bagi karya ini tinggi

kerana mampu memberi gambaran kepada pengkaji situasi yang sebenar.

18

7.

DR. MHD ZAHURI KAHIRANI

Bayu

Bayu adalah sebuah karya yang dihasilkan dengan saiz 15cm x 120cm,

menggunakan bahan Cetakan oleh seniman mohd. Zahuri. Seniman

menggunakan objek flora iaitu bunga Refflesia sebagai objek utama karya.

terdapat pelbagai jenis warna yang digunakan dalam karya ini. Pelbagai jenis

garisan yang digunakan seperti garisan tebal, lembut dan kasar.

Karya ini menggunakan kepelbagaian dan warna kontra. Warna yang

dikesan adalah warna panas, iaitu warna merah,warna kuning,warna jingga dan

warna sejuk iaitu warna biru dan hijau. Selain itu, pengkaji juga mendapati

bahawa karya ini menggunakan beberapa jenis garisan iaitu garisan tebal,

garisan kasar dan lembut. Malah, dalam karya ini juga terdapat bentuk organik

yang diwarna dan bentuk organik dalam saiz yang berbeza. Penggunaan warna,

garisan dan bentuk yang berbeza ini mewujudkan kepelbagaian dalam karya.

prinsip kontra digunakan oleh seniman melalui warna yang telah dipilih, warna

panas dan sejuk. Jenis-jenis warna ini telah mewujudkan kontra pada karya.

Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan sejenis tumbuhan berbunga

dengan bunga yang besar yang hidup di negeri Sabah di Malaysia. Pengkaji

berpendapat bahawa Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh dan ini kemungkinan

19

sebab utama pemilihan objek flora tersebut. Karya ini juga menggmbarkan

kekayaan negeri bayu yang memiliki pelbagai jenis alam semula jadi.

Seniman merupakan seorang yang terbuka dalam menghasilkan karya

seni kerana mementingkan kepekaan persekitarannya. Selain itu, seniman juga

brhasil memindahkan ideanya ke sebuah karya yang baik.

20

8.

MUHAMMAD KHAIREE KHAMIS

Subsidi

Karya arca ini dihasilkan oleh seniman Muhammad Khairee yang berukuran

120 cm x210 cm, dengan menggunakan media campuran. Seniman

menggunakan baja kimia Fauzi Agro Enterprise sebagai objek karya yang

utama dan menggunakan kayu sebagai tapak untuk menampung baja kimia

yang ada dalam guni.

Seniman mengaplikasikan prinsip pengulangan pada objek, iaitu

menggunakan objek yang sama, cuma diperbanyakkan. Pengarca

menggunakan prinsip imbangan,iaitu sebanyak 14 objek yang sama, dan

disusunnya pada bahagian belakang iaitu sebanyak lapan objek dan bahagian

depan iaitu enam objek. Kedudukan objek tersebut adalah semetri, kerana

masing- masing bahagian mempunyai imbangan yang sama rata.

Pengkaji berpendapat, seniman cuba memberi mesej antara jenis bantuan

yang diberikan oleh kerajaan kepada masyrakat.

21

Idea yang dipilih oleh seniman untuk menyampaikan kepada audien

adalah ringkas namun mempunyai maksud yang baik.

22

9.

KASBI SARBINI

Siri Bunga Raya

Siri Bunga Raya adalah sebuah karya seni yang dihasilkan dengan cat

minyak atas kanvas, dengan saiz 45 cm x 45cm. Objek dalam karya ini adalah

bunga raya yang berwarna kuning. warna hijau digunakan sebagai warna latar

karya Kasbi.

Seniman mengaplikasikan prinsip nilai warna dalam karya ini, iaitu

beberapa bahagian terlindung yang digelapkan warnanya berbanding yang tidak

terlindung. Bagi komposisi bunga dalam karya ini, seniman menekankan

butiran bunga bahagian tengah karya ini.

Secara inteprestasinya, pengkaji berpendapat bahawa kemungkinan karya

bunga raya ini mempunyai pelbagai siri, dan mungkin siri- siri karya yang lain

dihasilkan dalam pelbagai jenis warna. Seperti contoh, warna merah, warna

putih dan merah jambu. Seniman mempamerkan karya ini untuk menunjukkan

kemahirannya bermain dengan warna cerah, iaitu warna kuning dan beberapa

warna campuran kuning.

23

Secara keseluruhannya, karya ini berjaya menarik perhatian pengkaji

disebabkan seniman menghasil karya tersebut dengan lebih detail.

24

10. ABD. RASHID YUSOF

Ombak Belum

Karya Ombak Belum adalah karya yang bertemakan suasana alam semula

jadi hutan yang mempunyai saiz 100cm X 100cm. Abdul Rasyid menggunakan

kehidupan flora iaitu hidupan hijau dan juga air untuk menggambarkan suasana

hutan. Seniman mengaplikasikan perspektif lanskap hutan dalam karyanya.

Selain itu, warna yang digunakan adalah warna biru,warna hijau, warna kuning

dan warna putih.

Seniman Rasyid, menghasilkan karya Ombak Belum menggunakan

akrilik. Seniman melukis objek flora, iaitu pokok dengan menggunakan warna

hijau gelap di bahagian depan karya sebelum tasik, hijau kekuningan dibahagian

tengah daan hijau kebiru-biruan dibahagian pokok belakang. Rumput pula,

seniman menggunakan warna hijau tua. Manakal air pula, dalam karya ini,

seniman menggunakan warna hijau gelap,warna biru muda dan biru tua untuk

menampakkan air itu seolah-olahnya hidup.

Mesej yang ingin disampaikan oleh seniman adalah keindahan alam

semula jadi yang telah dicipta-Nya. Keindahan ini memerlukan kita sebagai

manusia untuk memeliharanya. Manusia dan hidupan alam semula jadi saling

25

memerlukan. Manusia memerlukan oksigen dari pokok, manakala pokok pula

memerlukan karbon dioksida untuk mendapatkan makanan. Selain itu, menurut

bidang geografi, pokok adalah seolah-olahnya span yang meresap air ketika

hujan, dengan adanya pokok, dapat menghalang daripada berlakunya tanah

runtuh dan hakisan tanah. Tajuk karya ini membawa maksud, keindahan alam

ciptaan-Nya yang harus dijaga kerana kalau dirosakkan akan membawa

malapetaka yang buruk kepada manusia sendiri. Seperti bencana alam banjir,

Tsunami dan lain-lain.

Karya yang dihasilkan oleh seniman adalah untuk mengaprisiasikan seni

sama seperti manusia harus menghargai alam semula jadi. Estetik dalam karya

ini menyebabkan pengkaji atau audien untuk berimaginasi berada dalam lukisan

tersebut

26

5.0 PENUTUP

Melalui pameran ini, pengkaji dapat menilai karya- karya seni

visual dari segi deskripsi, analisis, inteprestasi dan pertimbangan

Kesimpulannya, laporan ini telah mencapai objektif pengkaji. Melalui

pameran ini, terdapat pelbagai jenis karya yang telah dilihat dan dihayati

oleh pengkaji dalam mempertingkatkan semangat apresiasi melalui karya

seni dalam program Ese Art. Antaranya, karya Patara Padungsuntarakuk

“Young Asean Baby”, Dr. Mhd Zahuri Kahirani “ Bayu” dan Abd.

Rasyid Yusof “ Ombak Belum. Seniman- seniman karya tersebut bukan

sahaja menitikberatkan unsur seni dan prinsip rekaan, malah mesej yang

ingin disampaikan untuk masyarakat agar rakyat sedar akan

tanggungjawab masing-masing untuk menghargai dan pentingnya untuk

memeliharanya.

Selain itu, pengkaji juga mengenalpasti nilai-nilai estetika yang

terdapat dalam karya seni melalui mengaplikasikan Art Fundamental iaitu

konsep asas seni reka dan prinsip rekaan dalam membuat kritikan karya

seni. Seperti contoh, karya “ Apabila Anakku Berpencak” oleh Dato’

Ahmad Lothfi bin Hj. Ibrahim. Dari segi cara beliau menggunakan warna

akrilik dengan menampakkan kesan yang jelas dalam suasana pertarungan

antara dua orang pemuda, dan memberi kesan ingin tahu kepada pengkaji

tentang kesinambungan karya tersebut.

Dengan melihat dan menghayati karya- karya semasa program Ese

Art 2015, pengkaji mampu menilai sendiri karya-karya yang dipamerkan.

Diharapkan supaya program seni terus berkembang dari masa ke masa.

Program ini akan membantu para mahasiswa/i untuk menceburi bidang

seni visual lebih mendalam. Malah, program tersebut juga akan

27

melahirkan para seniman yang baru untuk meneruskan jejak seniman-

seniman Malaysia

28

6.0 RUJUKAN

RUJUKAN BUKU

Ocvirk. O.G, Stinson, R.E, Wigg, P.R, Bone, R. O, Cayton, David L.

(2013). Art Fundamentals, Twelfth Edition, Singapore: The

McGraw-Hill Companies.

RUJUKAN KATALOG

Ese Art. (2015, October 19-30). Regional Alumni Exhibition And

Seminar: Education Through Art.

29

7.0 LAMPIRAN

GAMBAR

30

KATALOG

31