LAPORAN BERTULIS FIREDRILL 2015
-
Upload
allypachencho -
Category
Documents
-
view
29 -
download
3
description
Transcript of LAPORAN BERTULIS FIREDRILL 2015
SMK ALAM BERAJA73430 GEMAS,
NEGERI SEMBILAN
LAPORAN UNIT KAWAT KECEMASAN DAN LATIHAN KEBAKARAN
2015
TARIKH: 7 APRIL 2015TEMPAT: SMK ALAM BERAJA
DISEDIAKAN OLEH: MOHD AL ASYRAF ABD RAHIM
(SETIAUSAHA KAWAT KECEMASAN)
“CEGAH SEBELUM PARAH”
Laporan Latihan Kebakaran
1.0 TARIKH : 7 APRIL 20152.0 TEMPAT: SMK ALAM BERAJA3.0 SASARAN : SELURUH WARGA SMK ALAM BERAJA4.0 LAPORAN :
Latihan kebakaran biasanya diadakan dua kali setahun bagi memenuhi
peraturan keselamatan bangunan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Oleh
itu, pihak hal ehwal murid Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Beraja bersetuju
untuk mengadakan latihan yang pertama bagi tahun 2015. Program ini
dilaksanakan bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya bertindak pantas
menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran sebenar di sekolah. Secara
keseluruhan masih perlu penambahbaikan terutama waktu 'alert' bagi murid dan
guru apabila mendengar loceng kecemasan. Tindakan pantas guru diperlukan
dalam mengatur perjalanan proses penyelamatan atau 'evacuation' murid-murid
dengan melalui laluan yang telah ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab. Murid
murid sebenarnya telah diberi taklimat mengenai latihan kebakaran namun terdapat
segelintir yang masih mengambil mudah mengenai latihan ini. Masa mengosongkan
bangunan bagi latihan pertama ini mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pihak
Bomba iaitu selama 2 minit 50 saat. Bagi proses kiraan murid bagi mengenal pasti
jika ada murid yang tertinggal atau keciciran, proses tersebut berjalan dengan lancar
dan guru tingkatan serta pembantu adalah bertanggungjawab bagi kelas masing
masing. Jumlah kehadiran murid pada hari tersebut adalah 520 orang.
Bagi alat pemadam api atau ' fire extinguisher' telah di isi semula (refill)
sebanyak 19 buah. Alat pemadam api ini telah mendapat kelulusan dari pihak
bomba namun begitu masih terdapat lagi alat pemadam api yang belum diisi semula
kerana kekangan kewangan dan perkara ini akan diambil tindakan untuk jadual
pengisian kali kedua nanti. Bagi alat pemadam api kekal ataupun getah pemadam
api di sekitar blok bangunan, perkara ini telah pun di laporkan ke pihak PPD Jempol
serta JPNS beberapa kali untuk tujuan baikpulih dan masih menunggu kelulusan.
5.0 ISU PENAMBAHBAIKAN:Secara keseluruhannya, Latihan Kebakaran kali pertama ini adalah
pendedahan yang terbaik buat guru dan murid agar sentiasa peka dengan keadaan
sekeliling serta sentiasa ingat-mengingatkan antara satu sama dengan yang lain.
Secara am nya, guru di ingatkan agar sentiasa bersedia dengan keadaan sekeliling
dalam memastikan keselamatan murid. Satu perkara lagi adalah berkaitan tentang
loceng kecemasan yang mengikut aduan guru tidak terlalu kuat dan perkara ini
perlulah diberikan perhatian. Alat pemadam api pula akan selalu dipantau agar
sentiasa boleh digunakan bila perlu.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :_____________________ _____________________MOHD AL ASYRAF B ABD RAHIM ZAKARIAH B SAHIDSETIAUSAHA 'FIREDRILL' GPK HEMSMK ALAM BERAJA SMK ALAM BERAJA