laporan amali
-
Upload
zurina-othman -
Category
Documents
-
view
3.249 -
download
10
description
Transcript of laporan amali
Amali 1
Tajuk : Ujian Makanan
Tujuan : a) Untuk menguji kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan
lemak dalam sampel makanan.
Bahan dan Radas : Larutan Iodine, Larutan Benedict, larutan Natrium Hidrogen
Karbonat, Larutan Natrium Hidroksida 20%, Asid Hidroklorik,
Larutan Kuprum (II) Sulfat 1% dan sampel makanan (A, B,C,D,E).
Tabung uji, pemegang tabung uji, bikar, Penunu Bunsen, Penitis,
Kasa dawai, tungku kaki tiga, Jubin putih dan kertas turas.
Kaedah:
5 sampel makanan yang telah dilabelkan A,B,C,D,E disediakan
Ujian makanan dilakukan untuk mengenalpasti kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan lemak dalam sampel makanan.
Sampel makanan
Ujian Prosedur Pemerhatian Inferens
A,B,C,D,E
Larutan Benedict 1.Setiap sampel makanan dimasukkan ke dalam tabung uji.
2.1ml larutan Benedict ditambah ke dalam setiap sampel makanan
3.Campuran tersebut digoncangkan dan dipanaskan dengan meletakkan tabung uji di dalam air kukusan yang mendidih.
4.Sebarang perubahan yang berlaku direkodkan.
Hanya sampel makanan A dan D bertukar kepada hijau,kuning,jingga dan akhirnya mendakan merah bata terhasil.Manakala sampel makanan yang lain tidak berubah warna.
Sampel makanan A dan D mengandungi gula penurun.
Larutan Iodin 1.Setiap sampel makanan dimasukkan ke dalam
Sampel makanan B bertukar menjadi
Sampel makanan B
tabung uji.
2,Dua titis larutan Iodin ditambahkan ke dalam etiap sampel makanan.
3. Sebarang perubahan yang berlaku direkodkan.
hitam kebiruan,manakala sampel makanan yang lain tetap warna kuning kecoklatan
mengandungi kanji
Ujian Biuret 1.Larutan Albumin dimasukkan ke dalam tabung uji.
2.Sebanyak 2ml Larutan Natrium Hidroksida ditambahkan kepada Larutan Albumen
3.Larutan Kuprum(II) Sulfat 1% dititiskan kepada larutan itu.
4.Campuran tersebut digoncangkan agar dapat sebati denagn baik.
5. Sebarang perubahan yang berlaku direkodkan.
Larutan Albumen bertukar menjadi warna ungu
Larutan albumen mengandungi protein
Ujian Biuret 1.Setiap sampel makanan dimasukkan ke dalam tabung uji.
2.Sebanyak 2ml Larutan Natrium Hidroksida ditambahkan kepada setiap sampel makanan dan digoncang agar sebati.
3.Larutan Kuprum(II) Sulfat 1% dititiskan kepada larutan itu.
4.Campuran tersebut digoncangkan agar dapat sebati dengan baik.
Sampel makanan C bertukar menjadi warna ungu
Sampel makanan C mengandungi protein.
5. Sebarang perubahan yang berlaku direkodkan.
Ujian kesan gris 1.Sejumlah kecil makanan bagi setiap sampel makanan diletakkan di atas kertas turas.
2.kertas turas tersebut kemudiannya dikeringkan .
3.Kertas turas kemudiannya dipegang di bawah cahaya matahari.
4.Pemerhatian direkodkan.
Kertas turas yang disapu dengan sampel makanan B dan E menghasilkan tanda lut cahaya
Sampel makananB dan E mengandungi lemak.
Keputusan :
Sampel makanan
Kanji Gula bukan penurun
Gula penurun Protein Lemak / lipid
A-Kurma Tiada Tiada Ada Tiada TiadaB-Kacang tanah hancur
Ada Tiada Tiada Tiada Ada
C-Susu Tiada Tiada Tiada Ada TiadaD-Madu Tiada Tiada Ada Tiada TiadaE-Minyak Tiada Tiada Tiada Tiada AdaLarutan Albumen
Tiada Tiada Tiada Ada Tiada
Perbincangan :
1. Mendakan merah bata menunjukkan kehadiran gula penurun.Warna larutan di akhir eksperimen bergantung kepada jumlah mendakan yang terhasil. Oleh sebab itu, warna larutan bertindak sebagai penanda jumlah gula penurun yang terdapat di dalam larutan.
2. Larutan merah bata akan menjadi kuning atau hijai jika jumlah gula penurun di dalamnya adalah sedikit.
Tajuk : Ujian Makanan
Tujuan : b)Untuk menentukan kandungan vitamin C dalam pelbagai jenis buah
Masalah: Adakah buah-buahan import mengandungi lebih banyak vitamain C berbanding buah-buahan
tempatan .
Bahan dan Radas : 1.0% diklorofenolindofenol(DCPIP), 0.1%asid askorbik, jus buah segar(jus tembikai,jus
betik,jus oren,jus limau),tiub specimen,picagari dan jarum 1ml dan 5ml,bikar,kain
kasa,pisau.
Kaedah:
1. Masukkan 1ml larutan 1.0% DCPIP ke dalam tabung uji.2. Isi picagari 5ml dengan larutan 0.1% asid askorbik.3. Letakkan jarum picagari ke dalam larutan DCPIP.4. Maukkan asid askorbik etitik demi setitik ke dalam larutan DCPIP. Kacau perlahan-lahan.
Masukkan asid askorbik hingga warna DCPIP hilang. Jumlah larutan asid askorbik yang telah digunakan direkodkan.
5. Langkah 1 -4 diulangi dengan menggunakan jus buah-buahan. Jumlah jus buah-buahan yang diperlukan untuk melunturkan warna DCPIP dicatatkan.
6. Keputusan dicatatkan di dalam jadual di bawah.
Kepekatan vitamin C dan peratusannya dikira dengan menggunakan formula yang telah diberikan.
Keputusan:
Larutan jus Isipadu larutan jus diperlukan untuk melunturkan warna 1ml DCPIP( ml )
Kepekatan vitamin C dalam jus buah(mg / cm³ )1 2 3 Purata
0.1% Asid Askorbik
0.6 0.24 0.15 0.33
Jus tembikai 1.1 1.2 1.4 1.23 0.27Jus betik 0.05 0.1 0.1 0.08 4.13Jus oren 0.06 0.1 0.06 0.07 4.71Jus limau 0.18 0.18 0.18 0.18 1.83
Pengiraan :
Isipadu 0.1% asid askorbik untuk melunturkan DCPIP = xcm³Isipadu jus buah untuk melunturkan DCPIP = ycm³
xcm³0.1% asid askorbik (kepekatan 1mg/cm³)melunturkan 1ml DCPIP,dan ycm³ jus buah (kepekatan k mg/cm³)melunturkan 1ml DCPIP
oleh itu,
Kuantiti asid askorbik dalam xcm³ asid askorbik 0.1% = kuantiti asid askorbik dalam ycm³ jus buah
Jadi,
xcm³ x 1mg/cm³ = ycm³ x kmg/cm³
kmg/cm³ = x cm ³y cm ³
x 1mg/cm³
= xymg /cm ³
Oleh itu,kepekatan asid askorbik dalam jus buah= xymg /cm ³
1. Asid askorbikxcm³ x 1mg/cm³ = ycm³ x kmg/cm³0.33cm³ x 1mg/cm³ = 0.33cm³ x kmg/cm³
kmg/cm³ = 0.33cm ³0.33cm ³
x 1mg/cm³
= 1mg/cm³
2. Jus tembikaixcm³ x 1mg/cm³ = ycm³ x kmg/cm³0.33cm³ x 1mg/cm³ = 1.23cm³ x kmg/cm³
kmg/cm³ = 0.33cm ³1.23cm ³
x 1mg/cm³
= 0.27mg/cm³
3. Jus betik xcm³ x 1mg/cm³ = ycm³ x kmg/cm³0.33cm³ x 1mg/cm³ = 0.08cm³ x kmg/cm³
kmg/cm³ = 0.33cm ³0.08cm ³
x 1mg/cm³
= 4.13mg/cm³
4. Jus oren xcm³ x 1mg/cm³ = ycm³ x kmg/cm³0.33cm³ x 1mg/cm³ = 0.18cm³ x kmg/cm³
kmg/cm³ = 0.33cm ³0.18cm ³
x 1mg/cm³
= 1.83mg/cm³
5. Jus limau xcm³ x 1mg/cm³ = ycm³ x kmg/cm³0.33cm³ x 1mg/cm³ = 0.18cm³ x kmg/cm³
kmg/cm³ = 0.33cm ³0.18cm ³
x 1mg/cm³
= 1.83mg/cm³
Perbincangan:Kepekatan vitamin C dalam buah-buahan ditentukan dengan larutan DCPIP. Vitamin C menurunkan DCPIP dan menyahwarnakannya. Sekiranya kepekatan vitamin dalam buah tinggi maka hanya sedikit jus buah diperlukan untuk melunturkan warna 1ml larutan DCPIP
Amali 2
Tajuk: Pemerhatian terhadap sel haiwan iaitu sel pipi dan sel tumbuhan iaitu sel
epidermis daun.
Tujuan: Untuk menyediakan slaid sel haiwan menggunakan teknik mewarna yang betul
Radas dan bahan: mikroskop, slaid, kaca penutup,penitis,pencungkil gigi,larutan
Metilena biru
Kaedah:
1. Sebelah dalam pipi dikikis secara perlahan-lahan dengan menggunakan
sebatang pencungkil gigi.
2. Setitik air diletakkan di bahagian tengah sekeping slaid yang bersih.
3. Selepas itu hasil kikisan diletakkan di atas titisan air itu.
4. Hasil titisan itu ditutup dengan kaca penutup slaid.
5. Slaid itu diperiksa menerusi sebuah mikroskop cahaya kanta objektif kuasa
rendah diikuti kanta objektif kuasa tinggi.
6. Sel pipi manusia diwarnakan dengan larutan metilena biru.
7. Sel dilukis dan dilabelkan.
Keputusan/Pemerhatian
Pembesaran 10 Pembesaran 40
Perbincangan:
- Berdasarkan eksperimen yang dilakukan, pemerhatian yang dilakukan ke atas
sel pipi manusia menunjukkan keputusan yang berbeza pada pembesaran yang
berlainan.Pada pembesaran 10 sel pipi manusia dapat dilihat tetapi kurang jelas
berbanding sel pipi manusia yang dilihat pada pembesaran 40 ia lebih jelas
kelihatan.
- Pada pemerhatian ini sel pipi manusia tidak mempunyai bentuk yang tetap.
Metilena biru yang diletakkan pada sel pipi manusia mewarnakan sitoplasma
dan nucleus pipi menjadi biru.
Tajuk: Pemerhatian terhadap sel haiwan iaitu sel pipi dan sel tumbuhan iaitu sel
epidermis daun.
Tujuan: Untuk menyediakan slaid sel tumbuahan menggunakan teknik mewarna yang
betul
Radas dan bahan: mikroskop, slaid, kaca penutup,penitis,forsep, pisau(blade), larutan
iodine dan bawang.
Kaedah:
1. Forsep digunakan untuk mengupas lapisan epidermis daun sisik bawang..
2. Daun sisik bawang tadi dipotong kecil dan diletakkan pada titisan iodine pada
slaid.
3. Slaid ditutup dengan kaca penutup.
4. Spesimen diperiksa di bawah kanta objektif kuasa rendah dahulu diikuti kanta
objektif kuasa tinggi.
5. Sel epidermis daun bawang dilukis pada kuasa pembesaran 10 dan kuasa
pembesaran 40 beserta dengan label.
Keputusan/Pemerhatian
Pembesaran 10 Pembesaran 40
Perbincangan:
- Berdasarkan eksperimen yang dilakukan, pemerhatian yang dilakukan ke atas
sel epidermis bawang telah dilakukan dengan menggunakan mikroskop cahaya
pada pembesaran 10 dan pembesaran 40.
- Pada pembesaran 10 sel epidermis bawang dapat tidak begitu jelas
berbanding sel epidermid bawang yang dilihat pada pembesaran 40 ia lebih
jelas kelihatan.
- Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap. Sel bawang tidak mempunyai
kloroplas oleh itu larutan iodine tidak bertukar menjadi biru kehitaman kerana
tidak ada bintil kanji pada sel bawang.
- Masalah yang sering timbul semasa membuat amali menggunakan slaid ini ialah
gelembung udara yang mengganggu pemerhatian sel-sel yang ingin dilihat
menerusi mikroskop. Oleh itu, cara terbaik untuk mengelakkan gelembung udra
adalah meletakkan penutup slaid secara perlahan-lahan dengan teknik yang betil
supaya tiada udara yang terperangkap didalam slaid .
Soalan :
1. Namakan jenis sel yang melapisi bahagian dalam pipi ?
Sel epitalium pipi.
2. Kenapa sel epidermis daun bawang tidak mengandungi kloroplas?
Kerana pada sel epidermis daun bawang tidak mengandungi bintil kanji yang
selalu digunakan oleh tumbuhan hijau untuk membuat makanannya sendiri.
3. Sebutkan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan?
Persamaan antara sel haiwan dan tumbuhan ialah mempunyai nucleus,
mitokondrion, ribosom, membran sel, protoplasma, sitoplasma, Endoplasmik
reticulum, golgi,dan kromosom.
Perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan
Ciri-ciri Sel tumbuhan Sel haiwan
Dinding sel Ada Tiada
Bentuk Tetap Tidak tetap
Kloroplas Ada Tiada
Vakuol Ada.Bersaiz besar Tiada.kalau ada saiznya
kecil
Granul Granul kanji dalam
sitoplasma
Granul glikogen dalam
sitoplasma
4. Mengapakah nukleus dipanggil “pusat kawalan” bagi sel?
Kerana ia berperanan untuk mengawal semua aktiviti sel-sel dan perlu dilindungi.
5. Apakah tisu? Apakah istilah yang membawa maksud koleksi tisu melakukan satu
tugas?
Tisu ialah peringkat susunan sel pertengahan antara peringkat sel dan seluruh
organisma dan ia adalah sekumpulan sel yang tidak semestinya serupa tetapi
mempunyai asal sepenuhnya dan bersama-sama melakukan fungsi tertentu.
Istilah itu ialah “organ”.
Amali 3
Tajuk: Enzim dan penghadaman
Tujuan : untuk menunjukkan tindakan amilase ke atas kanji.
Radas / bahan: bikar, kertas litmus biru dan merah, silinder penyukat,
thermometer, jubin putih, tabung uji, penitis, jam randik, larutan
kanji 1%, asid hidroklorik cair, natrium hidroksida cair, larutan
benedict, larutan iodine, telur, pepsin, rennin, susu, minyak
kelapa, ais, penunu Bunsen.
Kaedah:
1. Mulut dibersihkan dengan berkumur
2. Kumpulkan air liur ke dalam sebuah tabung uji
3. Air liur tadi diuji menggunakan kertas litmus untuk menentukan keasidannya.
4. Cairkan dengan isipadu air yang sama dengan isipadu air liur,
5. Campuran air liur dibahagi kepada 3 bahagian diletakkan kedalam tabung uji
yang berlabel B,C dan D. Tabung uji berikut disediakan:
A – 3cm³ air suling(eksperimen kawalan)
B – 3cm³ air liur
C – 3cm³ air liur dan 3cm³ asid hidroklorik cair
D – 3cm³ air liur dan 3cm³ natrium hidroksida cair
6. 5cm³ larutan kanji dimasukkan ke dalam setiap tabung uji A,B,C,D dan
E.Kacau.
7. Selepas 30 minit, separuh campuran larutan iodine diuji dan separuh lagi
dididihkan dengan isipadu yang sama dengan larutan benedict.
8. Pemerhatian direkodkan ke dalam jadual.
Keputusan:
Tabung uji Kandungan Ujian
Iodine
Ujian
Benedict
Inferens
A Kanji+air
suling
Biru
kehitaman
Tiada
perubahan
- Iodine berubah jadi
biru kehitaman
menunjukkan
kehadiran kanji.
- Ujian benedict ,
tiada perubahan
menunjukkan tiada
gula penurun.
B Kanji+air liur Tiada
perubahan
Biru
bertukar
kepada
kuning
dan
mendakan
merah
- Ujin iodine tiada
perubahan kerana
tiada kanji
- Ujian benedict
bertukar menjadi
kuning dan
mendakan merah
bata terhasil kerana
kehadiran gula
penurun.
- Enzim amilase
menukar kanji
kepada maltose.
C Kanji+air Bertukar Tiada - Ujian iodine
liur+asid
hidroklorik
cair
menjadi
biru gelap
perubahan menunjukkan
kewujudan kanji
- Ujian benedict tiada
perubahan kerana
ketiadaan gula
penurun.
- Asid hidroklorik
menyebabkan
larutan menjadi
terlalu berasid.
- Enzim amilase tidak
dapat bergerak
balas
D Kanji+air liur+
natrium
hidroksida
cair
Tiada
perubahan
Biru
bertukar
ke kuning
dan wujud
mendakan
merah
bata
- Ujian iodine tiada
perubahan kerana
tiada kanji.
- Ujian benedict
berubah kerana
kehadiran gula
penurun.
- Enzim amilase
dapat
menghidrolisis kanji
kepada maltose
kerana natrium
hidroksida
menyebabkan
larutan menjadi
beralkali.
Perbincangan: