Laporan Aktiviti Tarian Ulek Mayang

2
Laporan Aktiviti Tarian Ulek Mayang (Kelab Hippo) Pada 18 Mac 2012, kami telah ditugaskan untuk menjadi ahli jawatankuasa bagi aktiviti Tarian Ulek Mayang diketuai oleh Encik Ahmad Amri bin Abdullah @ Ghazali. Tarian ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 dari pukul 8 malam sehingga pukul 11.00 malam. Tarian ini dilaksanakan sebagai aktiviti untuk memperkenalkan negara Malaysia kepada murid-murid dari negara Jepun yang mengadakan lawatan ilmiah di sini. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan selain daripada tarian Ulek Mayang seperti nyanyian nasyid, tarian Anak Burung, persembahan dikir barat dan persembahan dari murid-murid Jepun. Tarian Ulek Mayang mendapat angka giliran ke-5 dan membuat persembahan sejurus selesai persembahan dari murid-murid Jepun. Alhamdulillah, segala yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar. Tarian Ulek Mayang telah menarik perhatian penonton kerana kelembutan yang terdapat dalam persembahan. Tarian ini juga mendapat tepukan yang gemuruh usai tamat persembahan. Penari-penari dalam tarian ini telah mendapat pujian atas segala usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan. Walaupun tarian Ulek Mayang ini baru sahaja ditubuhkan, namun mereka telah berkerja keras untuk membuat persembahan yang terbaik sebagai memperkenalkan tarian tradisi Negeri Terengganu kepada murid-murid dari negara Jepun. Ini telah menjadi satu titik tolak kepada penari-penari dan juga kepada Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam untuk meneruskan penglibatan

description

Laporan Aktiviti

Transcript of Laporan Aktiviti Tarian Ulek Mayang

Page 1: Laporan Aktiviti Tarian Ulek Mayang

Laporan Aktiviti Tarian Ulek Mayang (Kelab Hippo)

Pada 18 Mac 2012, kami telah ditugaskan untuk menjadi ahli jawatankuasa

bagi aktiviti Tarian Ulek Mayang diketuai oleh Encik Ahmad Amri bin Abdullah @

Ghazali. Tarian ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 dari

pukul 8 malam sehingga pukul 11.00 malam. Tarian ini dilaksanakan sebagai aktiviti

untuk memperkenalkan negara Malaysia kepada murid-murid dari negara Jepun

yang mengadakan lawatan ilmiah di sini.

Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan selain daripada tarian Ulek

Mayang seperti nyanyian nasyid, tarian Anak Burung, persembahan dikir barat dan

persembahan dari murid-murid Jepun. Tarian Ulek Mayang mendapat angka giliran

ke-5 dan membuat persembahan sejurus selesai persembahan dari murid-murid

Jepun.

Alhamdulillah, segala yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar. Tarian

Ulek Mayang telah menarik perhatian penonton kerana kelembutan yang terdapat

dalam persembahan. Tarian ini juga mendapat tepukan yang gemuruh usai tamat

persembahan. Penari-penari dalam tarian ini telah mendapat pujian atas segala

usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan.

Walaupun tarian Ulek Mayang ini baru sahaja ditubuhkan, namun mereka

telah berkerja keras untuk membuat persembahan yang terbaik sebagai

memperkenalkan tarian tradisi Negeri Terengganu kepada murid-murid dari negara

Jepun. Ini telah menjadi satu titik tolak kepada penari-penari dan juga kepada

Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam untuk meneruskan penglibatan aktif dalam

tarian ini. Semoga tarian ini dapat dipertingkatkan lagi dan mendapat peluang untuk

mempersembahkannya pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

1. Roseliszai binti Mohd. …………………………..

2. Siti Nurhani binti Abdul Ghani Tn. Hj. Abdul Razak b Embong

Guru Besar SK. Beladau Kolam