LAPORAN AKTIVITI KEBAKARAN
-
Upload
toky-mastero -
Category
Documents
-
view
448 -
download
17
description
Transcript of LAPORAN AKTIVITI KEBAKARAN
LAPORAN AKTIVITI
LATIHAN KEBAKARAN
UNIT KESELAMATAN DAN KECEMASAN
SEKOLAH KEBANGSAAN (1) PETALING JAYA
JALAN 1/10, 46000
PETALING JAYA, SELANGOR
LATIHAN KEBAKARAN BIL. 1/2015
Rasional
Latihan kebakaran diadakan pada setiap tahun dari masa ke semasa. Latihan ini
perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan
dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku
kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana boleh berlaku bila-bila
masa sahaja. Justeru itu semua pihak perlu jelas akan langkah-langkah yang perlu
diambil.
Matlamat
Mendidik murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan
mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.
Objektif
1. Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah agar sentiasa
bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.
2. Melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang
betul sekiranya berlaku kebakaran.
3. Mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua warga
sekolah agar dapat mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah
kebakaran daripada berlaku.
TENTATIF PROGRAM
Tarikh : 3/4/2015
Hari : Jumaat
Masa : 9.15 pagi
Tempat berkumpul : Padang sekolah
Aktiviti
9.15 pagi : Loceng dibunyikan
: Semua warga sekolah ke tempat berkumpul di padang
sekolah melalui laluan yang telah ditetapkan.
9.20 pagi : Guru mengambil kedatangan pelajar
9.25 pagi : Ulasan oleh guru penasihat keselamatan dan
Kecemasan
9.30 pagi : Ulasan guru penolong kanan HEM
9.40 pagi : Murid bergerak untuk rehat.
ULASAN TENTANG LATIHAN KEBAKARAN
Alhamdulillah, latihan kebakaran yang dilakukan berjalan dengan lancar
seperti yang dirancang. Murid-murid dapat berjalan dengan cepat dan pantas ketika
turun ke tempat berhimpun. Walaupun latihan kebakaran ini adalah yang pertama
bagi tahun ini, tetapi murid tidak kekok dan sentiasa bersedia. Seluruh warga
SK(1)PJ dapat melakukan latihan kebakaran ini dengan baik tanpa.
GAMBAR LATIHAN KEBAKARAN