LAPORAN AKHIR PROGRAM LMCK2922 KEMAHIRAN … · Malaysia untuk menjalankan semua jenis aktiviti...
Transcript of LAPORAN AKHIR PROGRAM LMCK2922 KEMAHIRAN … · Malaysia untuk menjalankan semua jenis aktiviti...
LAPORAN AKHIR PROGRAM LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
TAJUK PROGRAM
FAMILY, FIT & FUN
TARIKH
24 DISEMBER 2016
TEMPAT
TAMAN TASIK TITIWANGSA
ANJURAN
PELAJAR PENTADBIRAN PERNIAGAAN
FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
CITRA MUHIBAH (UKM – BBA KL 15/16)
PENSYARAH
PROF. MADYA DR. AHMAD ROHI BIN GHAZALI
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
2
PENGHARGAAN
Dengan penuh rasa syukur Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran
dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah
rahmat dan kuasanya, mahasiswa dan mahasiswi program ijazah
Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dari Fakulti Ekonomi Dan
Pengurusan Sesi 2015/2016 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dapat
bersama-sama menjayakan Program FAMILY, FIT & FUN yang diadakan
di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada hari Sabtu bersamaan 24
Disember 2016.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa program ini telah membawa
sejuta kenangan dan pengalaman yang cukup untuk menyumbang kepada
pengetahuan bertapa pentingnya menjaga kesihatan dan minda yang
cerdas. Program ini juga berjaya membuka mata dan memupuk warga
UKM, ahli keluarga pelajar dan orang awam yang menyertainya tentang
betapa penting dan seronoknya aktiviti riadah. Program ini juga telah
berjaya merapatkan lagi hubungan kekeluargaan di antara ahli keluarga
pelajar UKM yang menyertainya dengan penganjuran acara-acara
sukaneka. Aktiviti gotong-royong yang dijalankan selepas aktiviti riadah
juga berjaya memupuk semangat menjaga alam sekitar kepada ahli
program.
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada
rakan-rakan dan ahli jawatankuasa yang terlibat di dalam program ini yang
telah banyak membantu dan bertungkus-lumus bagi memastikan Program
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
3
FAMILY, FIT & FUN ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga
penganjuran program seumpama ini akan merapatkan lagi ukhuwah dan
hubungan silaturahim di antara kalangan pelajar UKM dan orang awam
yang menyertainya.
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
4
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN .................................................................................................................... 5
2.0 OBJEKTIF ............................................................................................................................ 7
3.0 TEMA PROJEK ...................................................................................................................10
4.0 LATAR BELAKANG LOKASI ..............................................................................................12
5.0 CARTA ORGANISASI DAN SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM .....................14
6.0 ATURCARA PROGRAM .....................................................................................................15
7.0 PERBELANJAAN DAN SUMBANGAN ................................................................................16
8.0 RESIT PERBELANJAAN ....................................................................................................17
9.0 KESIMPULAN .....................................................................................................................23
10.0 LAMPIRAN MINIT MESYUARAT ......................................................................................25
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
5
1.0 PENGENALAN
Kursus Kemahiran Insaniah (LMCK2922) adalah adalah aktiviti
pemacu kendiri pelajar (student-driven) bermatlamat ke arah pemerolehan
pengetahuan dan kompetensi.
Program Family, Fit & Fun merupakan tugasan wajib Citra yang perlu
dilaksanakan bagi pelajar-pelajar semester 3. Melalui kursus ini pelajar
dikehendaki merancang, melaksanakan, dan membuat laporan refleksi
hasil daripada aktiviti yang dilaksanakan. (Atas dasar ingin membentuk
kesedaran akan gaya hidup yang sihat, kami dengan inisiatif sendiri
terpanggil untuk mengadakan aktiviti Family, Fit & Run diantara pelajar dan
bersama orang awam).
Pengamalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh
mengurangkan risiko kepada dijangkiti kepada penyakit yang tidak diingini
malah ia adalah terapi semuajadi kepada tekanan ataupun stress sewaktu
bekerja waima belajar sekalipun. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia
mempunyai berat badan berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal.
Mereka mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi seperti
menggemari makanan yang tinggi lemak dan kalori yang boleh
meningkatkan risiko mendapat penyakit tidak berjangkit. Justeru itu, bagi
mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti sakit jantung, obesity,
hipertensi dan diabetes, kita seharusnya perlulah mengamalkan gaya
hidup yang sihat.
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
6
Atas dasar ingin membentuk kesedaran akan gaya hidup yang sihat,
kami dengan inisiatif sendiri terpanggil untuk mengadakan aktiviti Family,
Fit & Fun diantara pelajar dan bersama orang awam. Program ini meliputi
aktiviti- aktiviti seperti senamrobik, jogging, pelbagai sukaneka, program
berbasikal, gotong royong dan juga aktiviti jualan bergerak bagi
menghiburkan peserta-peserta. Program ini juga pada masa yang sama
dapat memupuk nilai – nilai kemahiran insaniah diantara pelajar
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
7
2.0 OBJEKTIF
Objektif utama projek adalah bagi mewujudkan kesedaran kepada
pelajar BBA secara khususnya dan masyarakat awam secara amnya akan
kepentingan kepada mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam
kehidupan harian.
Disamping itu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan
kekeluargaan dikalangan pelajar BBA dan juga bersama masyarakat awam
melalui aktiviti yang telah dirancang.
Mewujudkan mahasiswa dan mahasiswi Pentadbiran Perniagaan
yang dapat menunaikan tanggungjawab sosial serta memberi bakti kepada
ahli keluarga dalam skop kesihatan demi meningkatkan citra dan aspirasi
universiti.
Disamping objektif-objektif diatas terdapat beberapa sasaran objektif
sampingan yang ingin kami sasarkan diantara pelajar iaitu :
Kemahiran Komunikasi Efektif
- Berkebolehan untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara
efektif dan strategik.
- Berkemahiran menguna bahasa profesional.
- Berkemampuan untuk menguruskan maklumat dan
berinteraksi dengan media.
Kemahiran Kepimpinan & Kreativiti
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
8
- Menunjukkan kemahiran mengarah atau menyelaras kerja-
kerja ahli kumpulan.
- Memimpin kumpulan secara terancang ke arah mencapai
matlamat
- Berfikir secara mendalam dan memnerila pertimbangan
yang serius tentang sesuatu idea
- Berfikir secara kreatif melalui analisis, mentafsir dan menilai
dalam mencapai satu kesimpulan yang kukuh
Kemahiran Pemikiran Kritikal Dan Penyelesaian Masalah
- Berfikiran rasional, mampu meneliti pengalaman lalu, menilai
dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum
membuat keputusan.
- Mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan penyataan
yang dikemukakan oleh pihak lain
- Mengutamakan kejituan, objektiviti dan inginkan kejelasan
serta ketepatan, sentiasa mempunyai meklumat yang cukup
- Mencari alternatif dalam apa jua keadaan.
Kemahiran Etika Dan Profesional
- Menguasai tingkahlaku yang diharapkan dari seorang
profesional pada peringkat personal (diri sendiri), organisasi
(Fakulti/Universiti) dan korporat (kerjaya).
- Mempamerkan tahap kompetensi, akauntabiliti,
tanggungjawab, sikap boleh melaksanakan tugasan secara
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
9
berintegriti, amanah dan boleh membuat keputusan secara
bijaksana.
Tanggungjawab Alam Sekitar
- Mengenalpasti isu alam sekitar dan impaknya kepada
masyarakat.
- Memperlihatkan kompentensi pemahaman isu pemuliharaan
alam sekitar.
- Memperlihatkan kesedaran dan keprihatinan terhadap isu
kebersihan alam sekitar demi kepentingan pemuliharaan
alam sekitar.
Kemahiran Sosial Dan Kebertanggungjawaban
- Mengenalpasti kesedaran tentang peranan sosial dan
tanggungjawab mereka kepada diri,keluarga dan
masyarakat.
- Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam
menangani kepelbagaian masyarakat
- Meningkatkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban
sehingga menghasilkan perubahan dan kesan positif kepada
masyarakat setempat
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
10
3.0 TEMA PROJEK
Tema projek ini adalah berkonsepkan “Amalan Gaya Hidup Sihat”
selari dengan tajuk program ini iaitu “Family, Fit & Fun”
Amalan gaya hidup sihat merupakan satu siri aktiviti atau program
yang mesti dilakukan secara konsisten dan berterusan dan amat baik dari
sudut kesihatan. Ia termasuklah pengambilan makanan seimbang, aktiviti
senaman, melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, menjaga
kebersihan, tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan,
rehat yang mencukupi dan sebagainya.
Amalan gaya hidup sihat juga meliputi aktiviti senaman. Aktiviti
senaman membolehkan darah mengalir dengan lancar dan jantung dapat
berfungsi dengan baik. Peluh yang keluar ketika bersenam dapat
membuang sisa toksik dalam badan seseorang. Aktiviti senaman boleh kita
lakukan dimana sahaja umpamanya di taman permainan, kawasan lapang,
dalm gimnazium atau di dalam rumah - menggunakan peralatan senaman
yang sesuai. Untuk mendapat kesan yang terbaik, kita mesti bersenam
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit bagi setiap sesi.
Kombinasi “Family, Fit & Fun” adalah seperti bak kata perpatah
seperti “Serampang Dua Mata” ataupun “Sambil Menyelam Minum Air”
kerana program ini dapat mencapai 3 matlamat sekaligus iaitu kepentingan
menjaga hubungan kekeluargaan, kecerdasan dan juga dalam masa yang
sama berhibur dihujung minggu. Program ini juga mendedahkan peserta
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
11
kepada suasana persekitaran alam semulajadi yang tenang jauh daripada
kesibukan harian di kotaraya.
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
12
4.0 LATAR BELAKANG LOKASI
Taman Tasik Titiwangsa adalah sebuah taman rekreasi untuk orang
ramai. Ia mempunyai tasik yang besar di tengah-tengah taman. Terdapat
banyak kemudahan di taman yang termasuk trek joging, basikal air, kanu
dan aktiviti luar yang lain. Terdapat kemudahan menunggang kuda dan
juga trek perlumbaan kereta kawalan radio. Terdapat juga makanan dan
minuman yang dijual di tepi tasik bagi memudahkan pelawat untuk
membeli sambil menikmati pemandangan yang indah. Pada waktu pagi,
Titiwangsa Lake Gardens penuh dengan orang ramai yang berjoging
kerana ia adalah tempat yang baik untuk berlatih bagi menyertai acara
larian yang kompetetif.
Terdapat Istana Budaya dan juga Balai Seni Lukis Negara
berdekatan dengan taman ini. Panggung Negara atau lebih dikenali
sebagai Istana Budaya oleh penduduk tempatan ini adalah tempat utama
Malaysia untuk menjalankan semua jenis aktiviti teater seperti konsert
klasik, opera, dan teater muzikal dari tempatan dan penghibur
antarabangsa. Bagi Balai Seni Lukis Negara, ia adalah sebuah bangunan
indah dengan seni bina unik yang diilhamkan oleh seni bina Melayu
tradisional.
Balai Seni Lukis Negara adalah sebuah tempat yang popular yang
sering dikunjungi oleh peminat seni. Dengan lebih 2500 keping lukisan
karya seni yang dipamerkan, Balai Seni Lukis Negara adalah tempat yang
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
13
patut dilawati. Program Family, Fit & Fun membuka peluang kepada
peserta untuk melawati Balai Seni Lukis Negara ini setelah usai program.
Pemilihan Taman Tasik Titiwangsa ini sebagai lokasi Program
Family, Fit & Fun adalah bertepatan dengan semua sasaran objektif
program. Peserta dapat menghayati keindahan alam fauna dan juga
belajar bagaimana dan pentingnya memelihara kesihatan, memelihara
alam sekitar dan juga menghargainya.
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
14
5.0 CARTA ORGANISASI DAN SENARAI AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM
CARTA ORGANISASI & SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
(3F – FAMILY, FIT & FUN)
PENASIHAT Prof. Madya Dr. Ahmad Rohi Ghazali
Pensyarah, Kemahiran Insaniah (LMCK 2922)
PENGARAH PROGRAM Mohd Hasrul Hasnan
PEN PENGARAH PROGRAM Mohd Khairul Jefri Jaafar
SETIAUSAHA Mohd Amyrul Abdullah
PEN SETIAUSAHA Yasothadevi A/P Setharavel
BENDAHARI Norida Basri
PEN BENDAHARI Darshiyani Parvathi A/P Sangaram Naravan
AHLI JAWATANKUASA
(AJK)
1. Logistik: Muhammad Ikram Fadli Mudzaffar & Nur
Syuhada Abdul Razak
2. Makanan: Nurliza Abdul Aziz & Mohamad Aziz Mosahri
3. Hadiah: Nur Izzah Hussin & Ros Emelia Haris
4. Tugasan Protokol: Mohammad Haris Ghazali, Abdul
Sofwan Hafizi Abdul Aziz & Siti Nurshalli Binti Suaidi
5. Multimedia/Marketing: Noorsoraya Shafinaz Ahmad
Sabri, Gunalan A/L Balakrishnan & Balasaravanan A/L
Balamurali
6. Sukaneka: Hafiz Mohamed, Sharmilah A/P Kalianan &
Vijayaletchumi A/P Munisamy
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
15
6.0 ATURCARA PROGRAM
MAKLUMAT PROGRAM
(3F – FAMILY, FIT & FUN)
TARIKH 24 DISEMBER 2016
HARI SABTU
MASA 0730 – 1700
LOKASI TAMAN TASIK TITIWANGSA
ATURCARA 0730 - 0800
0800 - 0830
0830 - 0900
0900 - 0930
0900 - 1000
1000 - 1200
1200 - 1300
1300 - 1400
1400 - 1500
1500 -1600
1600 - 1700
PENDAFTARAN & SARAPAN
SENAMROBIK
“JOGGING” (2.67KM)
REHAT
JUALAN BERGERAK
SUKANEKA
TAKJI
THROW THE COIN INTO THE BOWL
BLOW THE TISSUE
STICKY NOTE DANCE
MARBLE & CHOPSTICK
NEEDLE & THREAD
FLIP COIN
STRAW, WATER & BOTTLE
BLOW THE BALLOON
FLAG POLES LUNCH PICNIC
REHAT & SOLAT
CYCLING
JUALAN BERGERAK
GOTONG-ROYONG
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
16
7.0 PERBELANJAAN DAN SUMBANGAN
A) Perbelanjaan / Pendapatan
Bil Perkara Jumlah (RM)
1. Makan dan minum (Sarapan , makan tengahari dan minum petang) RM15 X 60 orang
374.37
2. Sewa Tapak 106
3. Sewa Khemah / Scalop / Kerusi / Meja 300
4. Aktiviti Sukaneka 13.40
5. Cycling 100
6. Hadiah (Hamper) 145.02
Jumlah RM 1,038.79
B) Jualan
Bil Perkara Jumlah
(RM) Sumber
1. Jualan Ice cream Can-can & Bottle drinks Snacks
236.00
2. Modal 63.42 Para pelajar
Jumlah Keuntungan RM 172.58
C) Sumber Kewangan / Sumbangan
Bil Perkara Jumlah
(RM) Sumber
1. Sumbangan Pelajar Prasiswazah (RM70 x25 orang pelajar)
RM 1,750.00 Para pelajar
2. Sumbangan dari keluarga dan perseorangan RM300.00
Jumlah RM 2,050.00
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
17
8.0 RESIT PERBELANJAAN
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
18
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
19
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
20
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
21
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
22
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
23
9.0 KESIMPULAN
Program 3F (Family, Fit & Fun) ini dapat mengeratkan hubungan
sesama pelajar dan dapat memupuk semangat bekerjasama dalam
kumpulan serta menunaikan tanggung jawab kepada alam seskitar. Selain
itu, program ini juga menekankan konsep Pengurusan & Keusahawan
dalam kalangan pelajar dalam menjayakan Program 3F ini. Disamping itu,
dengan aktiviti ini juga dapat menonjolkan nilai Kreatif & Inovatif dikalangan
setiap pelajar.
Pada keseluruhannya program ini telah berjaya dilaksanakan apabila
setiap ahli kumpulan telah menjalankan peranan dan menunaikan
tanggungjawab mereka dengan baik. Daripada refleksi sedemikian, kami
merumuskan bahawa banyak faedah yang telah kami perolehi melalui
program ini. Antaranya ialah kami dapat:
i. Lebih yakin semasa berkomunikasi dikhalayak ramai.
ii. Memupuk semangat kekitaan dan kerjasama yang erat untuk
menjayakan sesuatu projek/program.
iii. Meningkatkan keberanian dalam diri untuk berhujah atau
menjalankan tugas.
iv. Mengeratkan kasih sayang sesama insan.
v. Dapatkan mengeratkan hubungan kekeluargaan diantara
sesame ahli keluarga setiap pelajar
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
24
Di samping itu ahli kumpulan dapat mengenalpasti masalah semasa
menjalankan projek. Antaranya ialah :
i. Peruntukan kewangan yang terhad.
ii. Masa yang agak terhad untuk mengadakan mesyuarat dan
perjumpaan.
iii. Kurang keyakinan bersama pihak luar terhadap keupayaan
kami melaksanakan projek yang dicadangkan
Walaubagaimanapun, semangat kerja berpasukan dan kerjasama
antara ahli merupakan tonggak utama bagi menjayakan projek ini. Tidak
lupa juga sokongan padu daripada Penasihat Dr. Ahmad Rohi dalam
membantu kami untuk merealisasikan program ini.
Akhir kata, kami berharap agar program sebegini dapat dilakukan
oleh setiap pelajar. Dengan adanya program serupa ini dapat melahirkan
persekitaran yang harmoni dan penuh nilai-nilai kasih sayang.
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
25
10.0 LAMPIRAN MINIT MESYUARAT
MINIT MESYUARAT YANG PERTAMA
PROJEK LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
TARIKH : 18hb. Nov 2016 ( Jumaat )
MASA : 8.00pm ~ 10.00pm
TEMPAT : Kelas PKP KAMPUS KUALA LUMPUR
KEHADIRAN : 08 / 21
TIDAK HADIR : 13 / 21
AGENDA MESYUARAT:
1.KATA ALUAN PENGERUSI (MOHD HASRUL BIN HASNAN)
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat.
1.2 Mengucapkan terimakasih kepada semua ahli jawatankuasa yang
hadir.
1.3 Melahirkan rasa dukacita dengan kehadiran ahli jawatankuasa
pada
mesyuarat ke-1 ini ( 38.1% )
1.4 Mengharapkan semua ajk dapat memaklumkan lebih awal jika
tidak
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
26
dapat hadir.
1.5 Menjelaskan segala kehendak professor untuk projek kursus
Kemahiran Insaniah
1.6 Perbincangan tentang projek yang akan dijalankan
1.7 Perbincangan dan cadangan pada mesyuarat kali ini tidak dapat
diputuskan disebabkan kehadiran tidak mencapai 50%.
2. BERSURAI
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
27
MINIT MESYUARAT YANG KEDUA
PROJEK LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
TARIKH : 25hb. Nov 2016 ( Jumaat )
MASA : 8.00pm ~ 10.00pm
TEMPAT : Kelas PKP KAMPUS KUALA LUMPUR
KEHADIRAN : 19 / 21
TIDAK HADIR : 2 / 21
AGENDA MESYUARAT:
1. KATA ALUAN PENGERUSI (MOHD HASRUL BIN HASNAN )
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat.
1.2 Mengucapkan terimakasih kepada semua ahli jawatankuasa
yang
hadir.
1.3 Menjelaskan kehendak projek sekali lagi untuk sesiapa yang
tidak hadir mesyuarat minggu lepas
2 PENGESAHAAN MINIT MESYUARAT PELAJAR BBA PKP KL
2015/2016 BIL.1 /2016
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
28
2.1 Minit Mesyuarat Pelajar BBA PKP KL 2015/2016 Bil.1 / 2016
telah
disahkan tanpa pindaan.
3. PERBINCANGAN UNTUK AKTIVITI
3.1 Bercadang untuk mengadakan Aktiviti Famili Fit & Fun
3.2 Perbincangan tentang tarikh dan tempat untuk mengadakan
aktiviti tersebut
4. MELENGKAPKAN BORANG YANG DIBERI OLEH PROFESOR (6 HP
)
4.1 Membahagikan kepada 6 kumpulan untuk mengisi borang
tersebut
4.2 Terdapat enam HP
5. PENGERUSI MEMBENTANGKAN KEENAM HP TERSEBUT
5.1 Maklumat dalam 6 Hp tersebut dipersetujui oleh professor untuk
melanjutkan aktiviti
6.BERSURAI
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
29
MINIT MESYUARAT YANG KETIGA
PROJEK LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
TARIKH : 02hb. Dis 2016 ( Jumaat )
MASA : 8.00pm ~ 10.00pm
TEMPAT : Kelas PKP KAMPUS KUALA LUMPUR
KEHADIRAN : 18 / 21
TIDAK HADIR : 3 / 21
AGENDA MESYUARAT:
1.PENGERUSI MEMASTIKAN STATUS TUGASAN SEPERTI BERIKUT
SU (Myrul)- Melengkapkan Proposal
- Dalam proses
Ast SU (Yaso) – Menyediakan minit mesyuarat.
- Dalam proses
Bendahari (Ida)- Menyediakan Anggaran kos dan Budget
- Dalam proses
P.Bendahari (Darsh)- Mengumpul wang daripada ahli dan berusaha
untuk mencari penaja untuk wang tambahan.
- RM 50 untuk seorang ahli da dipersetujui oleh Ahli
Kumpulan
- Penaja dalam proses
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
30
Logistik – Senaraikan barang yang perlu untuk aktiviti seperti
percetakan tshirt, bunting, banner, Khemah dan lain-lain dan kosnya
- Dalam proses tengah bincangkan dengan pihak press untuk
harga
dan lain lagi
Makanan - Senaraikan Menu makanan untuk pagi , tgh hari dan
kosnya
Hadiah - Senaraikan Harga untuk hamper dan hadiah yang hendak
dibeli .
Bahagian Protokol
Sofwan- Membantu bahagian logistik
Harris - Membantu bahagian hadiah
Shally - Membantu bahagian makanan
Multimedia - Menyediakan reka bentuk untuk semua percetakan.
Sediakan barang yang digunakan untuk gambar dan video pada
masa aktiviti dijalankan dan juga menyediakan risalah pemasaran
untuk mendapatkan keluarga untuk menyertai
- Telah membuat draf risalah , dipersetujui oleh ahli kumpulan
dan diluluskan oleh pengerusi
Sukaneka- Senaraikan permainan dan aktiviti yang akan diadakan .
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
31
2.PENGESAHAAN MINIT MESYUARAT PELAJAR BBA PKP KL
2015/2016 BIL.2 /2016
2.1 Minit Mesyuarat Pelajar BBA PKP KL 2015/2016 Bil.2 / 2016
telah disahkan tanpa pindaan.
3.0 BERSURAI
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
32
MINIT MESYUARAT YANG KEEMPAT
PROJEK LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
TARIKH : 05hb. Dis 2016 ( Isnin )
MASA : 10.00pm ~ 11.00pm
TEMPAT : PKP KAMPUS KUALA LUMPUR
KEHADIRAN : 20 / 21
TIDAK HADIR : 1 / 21
AGENDA MESYUARAT:
1.PENGERUSI MEMASTIKAN STATUS TUGASAN MASING – MASING
1.1 Pengerusi menanyakan tentang Aktiviti sukan kepada bahagian
Sukaneka
Cadangan sukaneka :
1. Kategori Bawah 6 tahun
> Bawa Bola PingPong guna Sudu Plastic
> Baling Bola kena Pin
> Isi air dalam botol Guna Span
2. Kategori 6 tahun hingga 12 tahun
> Magic Chair
> Tiup balloon dan pecahkan
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
33
>Cari gula-gula dalam tepung
3. Kategori Dewasa
> Zorbing Air
> Giant Bubble
> Cycling
2.PENGESAHAAN MINIT MESYUARAT PELAJAR BBA PKP KL
2015/2016 BIL.3 /2016
1.2 Minit Mesyuarat Pelajar BBA PKP KL 2015/2016 Bil.3 / 2016
telah disahkan tanpa pindaan.
1.3 Ahli dan Ajk mempersetujui dengan cadangan aktiviti sukan
3.BERSURAI
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
34
MINIT MESYUARAT YANG KELIMA
PROJEK LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
TARIKH : 07hb. Dis 2016 ( Isnin )
MASA : 10.00pm ~ 11.00pm
TEMPAT : PKP KAMPUS KUALA LUMPUR
KEHADIRAN : 21 / 21
TIDAK HADIR : 0 / 21
AGENDA MESYUARAT:
1.PENGERUSI MEMASTIKAN STATUS TUGASAN MASING – MASING
2.PENGESAHAAN MINIT MESYUARAT PELAJAR BBA PKP KL
2015/2016 BIL.4 /2016
1.1 Minit Mesyuarat Pelajar BBA PKP KL 2015/2016 Bil.4 / 2016
telah disahkan tanpa pindaan.
1.2 Setiausaha tengah menyediakan proposal
1.3 P.Bendahari tengah membuat kutipan wang dari ahli dan juga
tengah mencari penaja
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
35
1.4 Ketua Bahagian menjelaskan aktiviti dan status
i) Bahagian Protokol
- mencadangkan tarikh dan lokasi aktiviti
- iaitu tarikh pada 24.12.2016
- Lokasinya di Taman Titiwangsa
ii) Bahagian Logistik
- Sewa Tapak – RM 106.00
- Khemah 20x20
- Kerusi – 50
- Meja Panjang
iii) Bahagian Makanan
- Pagi – Rot & Milo kotak
- Tengah hari – Nasi Ayam
- Minum Petang – Biskut
iv) Bahagian Multimedia
- Risalah – Done
- E-Risalah - Done
- Bunting – Ikram
- T-shirt – Pakai T-Shirt lama UKM
- Photographer – Gunalan tanggungjawab
- Videographer - Balasaravanan tanggungjawab
- PA System – belum tentukan
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
36
v) Bahagian Sukaneka
1. Kategori Bawah 6 tahun
> Bawa Bola PingPong menggunakan Sudu Plastic
> Baling Bola kena Pin
> Isi air dalam botol Guna Span
2. Kategori 6 tahu hingga 12 tahun
> Magic Chair
> Tiup balloon dan pecahkan
>Cari gula-gula dalam tepung
3. Kategori Dewasa
> Zorbing Air
> Giant Bubble
> Cycling
3 BERSURAI
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
37
MINIT MESYUARAT YANG KEENAM
PROJEK LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
TARIKH : 07hb. Dis 2016 ( Isnin )
MASA : 10.00pm ~ 11.00pm
TEMPAT : PKP KAMPUS KUALA LUMPUR
KEHADIRAN : 17 / 21
TIDAK HADIR : 4 / 21
AGENDA MESYUARAT:
1.KATA ALUAN PENGERUSI (MOHD HASRUL BIN HASNAN)
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat.
1.2 Mengucapkan terimakasih kepada semua ahli jawatankuasa yang
hadir.
1.4 Pengerusi memastikan status tugasan masing – masing
dengan
ketua bahagian
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
38
2.PENGESAHAAN MINIT MESYUARAT PELAJAR BBA PKP KL
2015/2016 BIL.5 /2016
1.1 Minit Mesyuarat Pelajar BBA PKP KL 2015/2016 Bil.5 / 2016
telah disahkan tanpa pindaan.
3.BENDAHARI DAN PENOLONG BENDAHARI
3.1 P.Bendahari tengah membuat kutipan wang dari ahli dan juga
tengah mencari penaja
3.2 P.Bendahari juga memberitahu kedudukan kewangan dekatnya
setakat ini.
4. BAHAGIAN SUKANEKA
4.1 Berbincang tentang pembelian bahan untuk aktiviti sukan
1. Kategori Bawah 6 tahun
> Bawa Bola PingPong menggunakan Sudu Plastic
> Baling Bola kena Pin
> Isi air dalam botol Guna Span
2. Kategori 6 tahun hingga 12 tahun
> Magic Chair
> Tiup balloon dan pecahkan
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
39
>Cari gula-gula dalam tepung
3. Kategori Dewasa
> Zorbing Air
> Giant Bubble
> Cycling
5. BERSURAI
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
40
MINIT MESYUARAT YANG KE-7
PROJEK LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
TARIKH : 21hb. Dis 2016 ( Rabu )
MASA : 10.00pm ~ 11.00pm
TEMPAT : PKP KAMPUS KUALA LUMPUR
KEHADIRAN : 21 / 21
TIDAK HADIR :0 / 21
AGENDA MESYUARAT:
1 KATA ALUAN PENGERUSI (MOHD HASRUL BIN HASNAN)
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat.
1.2 Mengucapkan terimakasih kepada semua ahli jawatankuasa
yang hadir.
1.3 Pengerusi memastikan status tugasan masing – masing
dengan ketua bahagian
2. PENGESAHAAN MINIT MESYUARAT PELAJAR BBA PKP KL
2015/2016 BIL.6 /2016
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
41
2.1 Minit Mesyuarat Pelajar BBA PKP KL 2015/2016 Bil.6 / 2016
telah disahkan tanpa pindaan.
3. PENOLONG SETIAUSAHA
3.1 Mencatat pengagihan tugasan pada hari aktiviti yang diberikan
oleh Ketua Aktiviti iaitu MOHD HASRUL BIN HASNAN seperti :-
- Bahagian MC oleh MOHD HASRUL BIN HASNAN
- Pembacaan Doa oleh En.Hafiz
- DJ oleh Myrah
- Bahagian Camera oleh Soraya , Gunalan dan Balasaravanan
- Sukaneka oleh En.Hafiz dan Nurshelly
4. PENGAGIHAN HADIAH OLEH
- 8 Hadiah Besar
- 6 Hadiah Kecil
5. BAHAGIAN SUKANEKA MEMASTIKAN SUKAN YANG AKAN
BERLANGSUNG PADA HARI AKTIVITI INI
1. Kategori Bawah 6 tahun
> Bawa Bola PingPong menggunakan Sudu Plastic
> Baling Bola kena Pin
> Isi air dalam botol Guna Span
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
42
2. Kategori 6 tahu hingga 12 tahun
> Magic Chair
> Tiup balloon dan pecahkan
>Cari gula-gula dalam tepung
3. Kategori Dewasa
> Zorbing Air
> Giant Bubble
> Cycling
6. SEGALA CADANGAN DAN KEPUTUSAN DIPERSETUJUI OLEH
SEMUA AHLI DAN JUGA KETUA AKTIVITI
7 BERSURAI
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
43
MINIT MESYUARAT YANG KE-8
PROJEK LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
TARIKH : 22hb. Dis 2016 ( Khamis )
MASA : 10.00pm ~ 11.00pm
TEMPAT : PKP KAMPUS KUALA LUMPUR
KEHADIRAN : 21 / 21
TIDAK HADIR : 0 / 21
AGENDA MESYUARAT:
1.KATA ALUAN PENGERUSI (MOHD HASRUL BIN HASNAN)
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat.
1.2 Mengucapkan terimakasih kepada semua ahli jawatankuasa
yang hadir.
1.3 Pengerusi memastikan status tugasan masing – masing dengan
ketua bahagian
LMCK2922 KEMAHIRAN INSANIAH
44
2.0 PENGESAHAAN MINIT MESYUARAT PELAJAR BBA PKP KL
2015/2016 BIL.7 /2016
2.1 Minit Mesyuarat Pelajar BBA PKP KL 2015/2016 Bil.1 / 2016
telah disahkan tanpa pindaan.
3.0 PEMBAHAGIAN KERJA OLEH AJK UNTUK MEMBELI BARANG
YANG AKAN DIGUNAKAN PADA HARI AKTIVITI SEPERTI
BERIKUT :
- Sharmilah ( 4 keping takji , Sticky note 4 stack , 5 set chopstick , 1
pac straw , 5 botol , 1 kotak pensil warna )
- Vijaya ( Mangkuk plastic 5 , Wisel )
- Liza ( Kotak Tisu , 30 biji guli )
- Shally ( 25 batang jarum , 1 benang , 6 buku , magazine , cetak
gambar 10 keping untuk pertandingan mewarna )
- Soraya ( Balloon , crayon )
- Syuhada ( 5 batang pipe )
- Hasrul ( Palm Flag )
- Norida ( Bola Ping Pong dan sudu )
4.0 BERSURAI