laporan akhir one for all, all for one
-
Upload
arika-khairul-azam -
Category
Education
-
view
39 -
download
8
Transcript of laporan akhir one for all, all for one
Nama: Arika Binti Khairul Azam
No Matrik: A143684
Program: “One For All, All For One”
Penganjur : Pelajar Perubatan Tahun 1, Fakulti Perubatan, UKM
Tarikh : 2/2/2014- 4/2/2014
Tempat : Merlimau, Melaka
Jumlah peserta : 36 orang pelajar perubatan tahun 1 dan seorang penyelia
Jawatan: Exco Tugas tugas Khas & Urus setia
REFLEKSI
Secara keseluruhannya aktiviti ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang
baik antara setiap ahli jawatankuasa yang terlibat. Walaupun terdapat beberapa
kesulitan yang tidak dijangka, semua itu boleh diambil ikhtibar supaya tidak
berulang semula di masa akan datang. Program kali ini telah memberi banyak
manfaat kepada banyak pihak, terutamanya bagi pihak ahli jawatankuasa sendiri
selain pelajar SMAAK. Melalui program ini, ahli jawatankuasa program yang terdiri
daripada pelajar perubatan tahun 1 dapat mengasah kemahiran insaniah iaitu
kemahiran komunikasi dalam diri masing-masing yang merupakan kemahiran asas
yang penting dalam dunia perubatan. Kami juga dapat berinteraksi dengan semua
lapisan masyarakat, seperti pengetua sekolah, guru-guru dan para pelajar dan
dengan cara ini dapat meningkatkan keyakinan dlaam diri seterusnya dapat
berkomunikasi dengan lebih baik. Program ini juga melatih kami untuk peka
terhadap permasalahan masyarakat. Seterusnya program ini telah melatih kami
untuk mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam masyarakat dan mampu
berperanan sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Sejurus itu, program ini
boleh dikatakan sebagai suatu latihan untuk maju dalam kemahiran insaniah
terutama dalam bidang mengendalikan program, kepimpinan dan kemahiran
berkomunikasi.