LAPORAN AJK KESELAMATAN.doc

download LAPORAN AJK KESELAMATAN.doc

of 3

description

tttt

Transcript of LAPORAN AJK KESELAMATAN.doc

LAPORAN AJK KESELAMATAN

LAPORAN AJK KESELAMATAN

Aktiviti Pengelolaan Permainan TradisionalSebelum

Kami mengadakan perjumpaan untuk berbincang dan menyenaraikan tugas-tugas setiap unit. Ahli jawatankuasa kecil yang telah dibentuk diminta berkumpul di dalam kumpulan AJK masing-masing bagi menyenaraikan peralatan-peralatan yang perlusemasa aktiviti permainan tradisional. Tugas yang perlu kami laksanakan ialah memastikan setiap alatan yang digunakan adalah sesuai dan selamat untuk dimainkan. Selain itu, kami juga perlu memastikan setiap ruang yang digunakan dan pemilihan tempat adalah selamat.

Semasa

Kami juga bertanggungjawab dalam memastikan tiada peralatan permainan tradisional yang mengganggu kelancaran aktiviti permainan lain. Kami menasihatkan setiap ahli kumpulan yang telah selesai membuat amali supaya mengemas kawasan atau sudut yang telah mereka gunakan tadi.

Semasa aktiviti permainan tradisional berlangsung, terdapat dua orang unit Prasekolah 2 dan Bahasa Melayu 1 mengalami luka kecil di bahagian tapak kaki semasa bermain acara terompah gergasi. Pada hari tersebut juga keadaan cuaca yang sangat panas dan kering kami menasihatkan supaya setiap guru pelatih yang mengambil bahagian dapat menjaga keselamatan diri dan banyakkan minum air. Oleh sebab tiada khemah khusus untuk peserta yang cedera, maka peserta tersebut telah menerima rawatan ditempat yang kurang sesuai dengan keadaannya yang sakit.Selepas

Selepas acara penutupan majlis, AJK Keselamatan telah memastikan semuaperalatan telah diambil dan padang bersih daripada sampah kerana padang tersebut akan digunakan oleh ramai guru pelatih lain. Sekiranya padang tersebut kotor dan peralatan permainan masih tidak dikemaskan lagi ini mungkin akan mendatangkan kecederaan kepada guru pelatih lain yang menjalankan aktiviti pengajaran danpembelajaran di atas padang. Kemudian setiausaha AJK Keselamatan menulis laporan tentang perjalanan aktiviti permainan tradisional dari aspek keselamatan.

Kekuatan

Keselamatan di dalam sesuatu aktiviti merupakan aspek yang amat penting dalam memberi kelancaran dan kejayaan pengelolaan aktiviti permainan tradisional. Maka, setiap AJK Keselamatan kami telah memberi 100 peratus komitmen yang baiksupaya dapat mengelakkan sesuatu kemalangan yang tidak diingini daripada berlaku. Setiap acara yang dimakankan kami akan megambil bahagian untuk memastikan keselamatan didahulukan. Sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini, kami akan terus mengambil tindakan susulan. Pesakit atau mangsa akan diberi rawatan segera mengikut jenis kecederaan yang dialami. Sekiranya pesakit tersebut perludibawa ke hospital, maka dia akan terus kami bawa ke hospital. AJK Keselamatan juga berkolaborasi dengan AJK Pertolongan Cemas untuk mendapatkan khidmat rawatan khas.Kelemahan

Seperti yang telah saya nyatakan, AJK Keselamatan tidak mempunyai tempat merawat dan berehat yang berasingan. Khemah ini akan berfungsisekiranya terdapat dari kalangan peserta yang mengalami kemalangan dan mempunyai masalah kesihatan seperti demam, pitam dan sebagainya. First-aid kami juga tidak mempunyai kelengkapan ubat yang baik. Sebahagian ubat yang terdapat di dalam peti first-aid itu hanya mencukupi untuk mengubat bilanganpesakit yang terhad.

Cadangan

Bagi meningkatkan keberkesanan AJK Keselamatan, ajk ini harus melantikseorang pakar perubatan dari luar untuk memberikan sedikit sebanyak bantuan dan kepakaran mereka tentang merawat kecederaan. Perkara ini lebih efektif sekiranya dibandingkan dengan mengharapkan bantuan dari kalangan guru pelatih sendiri. Selain itu, khemah juga amat penting untuk memberi pesakit berehat tanpa gangguan daripada peserta-peserta lain. Khemah yang lengkap dengan kipas, air mineral dan kerusi rehat juga dapat menambahbaikkan aktiviti pengelolaan permainan tradisional. Penyediaan jadual bertugas juga boleh memastikan semua ahli bertugas dan berperanan sebagai orang penting sekiranya terdapat sesuatu masalah berlaku padamasa dia bertugas. Sebaik-baiknya ajk keselamatan perlu mengurangkan penglibatan mereka dalam permainan tradisional.

Disediakan Oleh :

Ewingda Bin Leman

Prasekolah 2