Laporan
-
Upload
simyi-leong -
Category
Documents
-
view
45 -
download
3
description
Transcript of Laporan
Laporan tentang Pengurusan Grafik, Pemetaan i-Think, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dan Alat-alat CoRT
Dalam tempoh satu bulan dari tarikh 11 Ogos 2014, saya, Leong Sim Yee, dan ahli
kumpulan iaitu Teo Sze Ling dan Ooi Wei Kee telah mencari maklumat-maklumat tentang
pengurusan grafik, pemetaan i-Think, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan alat-alat CoRT.
Pengurusan Grafik
Pengurusan grafik merupakan salah satu alat berfikir. Mengikut Bahagian Pendidikan
Guru (1996), pengurusan grafik juga merupakan salah satu bentuk lakaran atau ilustrasi yang
dapat membantu dan mengurus cara berfikir seseorang kea rah lebih tersusun dan mantap.
Pengurasan grafik adalah satu pendekatan yang memuatkan keseluruhan ruang maklumat
dalam satu lembaran kertas. Maklumat yang diwakili oleh kata kunci dan imej grafik akan
memberikan kesan tanggapan yang lebih mendalam.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1992) telah menyelaraikan faedah penggunaan grafik
yang merangkumi merekod maklumat dan melihat pertaliannya, menyusun idea, memahami
dan mengurus pemikiran dan pembelajaran serta mengingati maklumat dengan lebih mudah.
Poh (1998) pula mendefinisikan pengurusan grafik sebagai langkah membuat
pemetaan, penyusunan pola-pola yang boleh digunakan bagi mewakili perkaitan maklumat
tentang sesuatu idea.
Pengurusan grafik menyediakan visual, gambar yang holistic mengenai fakta dan
konsep serta perkaitan keduanya. Ia juga dikenali sebagai peta kognitif yang dapat membantu
pelajar menggambarkan maklumat abstrak dalam bentuk yang lebih konkrit, menggambarkan
perhubungan antara fakta dan konsep, menjana dan memperincikan idea, mengaikan maklumat
baru dengan peta sedia ada, menyimpan dan mengingkat kembali maklumat.
Antara contoh penyusunan grafik ialah gambar rajah Venn, rajah aliran, jadual matrik,
graf, peta minda, rajah lingkaran dan soalan-soalan yang tersusun dengan ruangan unit
jawapan (senarai semak).
Pengurusan grafik juga dapat digunakan pelbagai aktiviti KBKK. Antaranya,
membandingkan dan membeza, menerangkan sebab, membuat ramalan, mengusul periksa
andaian, meneliti bahagian kecil dan keseluruhan, membuat keputusan, menyelesaikan
masalah, garis masa selari, membuat urutan, dan sumbangsaran bagi menjana idea.
Frank Lyman et al. (dalam Carol et al. 2000) telah memperkenalkan satu kaedah atau
cara berfikir dengan menggunakan pengurusan grafik yang memberi petunjuk-petunjuk yang
dicadangkan boleh digunakan untuk pembelajaran menerusi soalan-penyoalan guru kepada
pelajar dalam aktiviti perbincangan berkumpulan atau individu. Selain itu petunjuk-petunjuk itu
juga boleh digunakan sepenuhnya oleh pelajar untuk mengurus maklumat-maklumat dan isi
mata pelajaran yang mereka.
Terdapat tujuh petunjuk tindak balas yang bersesuaian dengan soalan atau arahan.
Simbol-simbol yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran adalah sepeerti berikut:
Petunjuk Cara berfikiran
Mengingkat kembali (recall)
-Petunjuk pertama merupakan satu proses berfikir yang mudah. Walaupun
kemahiran berfikir melebihi had mengingat kembali. Proses ini adalah
langkah pertama dalam proses berfikir seseorang pelajar.
Persamaan (similarity)
-Petunjuk Kedua mencadangkan seseorang mengkaji persamaan antara dua
atau lebih objek idea dan peristiwa.
Perbezaan (difference)
-Petunjuk ketiga merupakan aktiviti membuat perbezaaan antara dua atau
lebih situasi, objek, orang dan peristiwa.
Sebab dan akibat (cause and effect)
-petunjuk keempat langkah ini mengenal pasti sebab yang membawa kepada
sesuatu peristiwa dan akibatnya. Focus aktiviti adalah kepada apa yang
membawa kepada sesuatu peristiwa itu berlaku dan apa yang berlaku dan
akibatnya peristiw tersebut.
Contoh kepada idea (example to idea)
-petunjuk kelima aktiviti tertumpu kepada satu atau dua fakta atau peristiwa
dikembangkan daripada khusus kepada idea umum. Kaedah ini merupakan
satu cara untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan.
Idea kepada contoh (idea to example)
-petunjuk keenam merupakan aktiviti berlawanan dengan langkah yang
kelima di mana ianya tertumpu pada idea utama dan memberi contoh dan
bukti untuk menyokong idea tersebut. Aras pemikiran ini bergerak dari yang
umum kepada khursus atau dari yang abstrak kepada yang lebih kukuh.
Pemikiran cara ini juga dapat membantu meningkatkan ilmu pengetahuan
seseorang.
Penilaian (evaluation)
-Petunjuk ketujuh merupakan langkah terakhir dan tindak balas dalam proses
pemikiran seseorang pelajar. Langkah ini melibatkan proses pertimbangan
untuk kegunaan, kepentingan, kebaikan dengan mengenal pasti dan
menilainya daripada aspek positif dan negative atau pro atau kontra.
Guru boleh menggunakan setiap setiap pengurusan grafik di atas secara berterusan
dalam satu proses pengajaran yang bermula daripada kemahiran mengingat kembali iaitu
kemahiran berfikir berasas rendah kepada kemahiran berfikir penilaian iaitu kemahiran berasas
tinggi.
Guru juga meminta pelajar menggunakan petunjuk atau pengurusan grafik ini
sepenuhnya menerusi aktiviti-aktiviti yang sesuai seperti perbincangan berkumpulan
berasaskan tunjuk ajar guru yang menjadi fasilitator.
Adger (1995) menamakan kaedah ini sebagai think trix dan menerusi kaedah ini guru
dapat meningkatkan pembelajaran. Kaedah ini mempunyai asas operasi kognitif. Ia juga dapat
digunakan untuk menstrukturkan pemikiran seseorang dan berfikir berkenaan pemikiran. Guru
boleh merujuk kepada kaedah ini untuk memberi isyarat sebahagian daripada pemikiran yang
sesuai untuk pembelajaran. Guru juga boleh menggunakan petunjuk-petunjuk yang disediakan
atau pengurusan grafik untuk aktiviti soalan-penyoalan. Dengan pengurusan grafik, pelajar
dapat maklumat dengan sistematik. Petunjuk-petunjuk atau gambar yang disediakan dalam
kaedah ini dapat membantu penyusunan bahasa pelajar dan digunakan dalam aktiviti
perbincangan berkumpulan dan individu.
Terdapat beberapa tujuan penggunaan pengurusan grafik. Antaranya ialah pengurusan
dapat membantu pengajaran dan pembelajaran kea rah kaedah yang lebih berkesan. Dengan
menggunakan pengurusan grafik, maklumat yang disampaikan oleh guru dapat disusun dengan
sistematik dan hubungan antara konsep-konsep mejadi jelas. Pengurusan grafik dapat
membantu pelajar melihat maklumat yang dipelajari daripada perspektif yang baru serta
menggalakkan pelajar mencuba sendiri strategi pembelajaran (Nessels & Baltas 2000).
Selain itu, pengurusan grafik dapat merancang dan menyususn idea pelajar yang ingin
membuat persembahan dalam sesuatu pembelajaran, misalnya pelajar yang ingin membuat
persembahan sesuatu projek secara berkumpulan dalam pembelajaran di dalam kelas. Pelajar
boleh menggunakan pengurusan grafik secara bertulis bagi menjelaskan idea-idea secara
tersusun dan sistematik.
Di samping itu, pengurusan grafik dapat meningkatkan kemahiran komunikasi
seseorang seperti guru yang sedang menyampaikan isi pelajaran dalam kelas dan pelajar yang
memberi maklum balas isi pelajaran yang diterima daripada guru. Penggunaan pengurusan
grafik secara terancang dan bertepatan dengan objektif pengajaran dapat memaksimumkan
kemahiran komunikasi guru dan pelajar.
Dengan penggunaan pengurusan grafik juga pelajar dapat mengenalkanpasti proses
pemikiran kendiri sendiri kesemua idea yang difikirkan secara jelas, satu persatu dan
bersistematik. Jika amalan ini dibuat berterusan dan bersungguh-sungguh, maka idea yang
sampaikan lebih jelas dan dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.
Akhir sekali, pengurusan grafik boleh dijadikan alat bantuan mengajar yang berkesan.
Alat ini boleh digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran mereka dengan cara disediakan
terlebih dahulu oleh guru dan diedarkan kepada pelajar dilukis di papan hitam. Guru juga boleh
meminta pelajar menyediakan pengurusan grafik atau meminta mereka berbincang dalam
kumpulan bagi menghasilkan pengurusan grafik yang sesuai.
Pemetaan i-Think
I-Think bermaksud pemikiran inovatif (innovative thinking) yang bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah
menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah
dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Program i-Think diadakan kerana dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA)
mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik.
Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi
pengenalan Program i-THINK adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan
yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
Program i-Think telah memperkenalkan alat berfikir iaitu peta pemikiran. Peta Pemikiran
adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang
mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal
usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan. Antaranya ialah peta bulanan
(circle map). Peta bulanan digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan
pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
Selain itu, peta buih (bubble map) digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi
mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau
huraian. Di samping itu, peta buih berganda (double bubble map) digunakan untuk membanding
beza sesuatu. Seterusnya, peta pokok (tree map) digunakan untuk mengklasifikasikan.
Tambahan pula, peta dakap (brance map) digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan
sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah
bahagian utama. Peta alir (flow map) juga merupakan salah satu peta pemikiran. Peta air
digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses. Justeru itu, peta pelbagai alir (multi-folw
map) digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat
yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-
sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada
peristiwa tersebut. Akhir sekali, peta titi (bridge map) digunakan untuk memberi peluang kepada
pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
Peta pemikiran yang berbeza mempunyai proses pemikiran yang berbeza. Sebagai
contoh, proses pemikiran untuk peta bulanan ialah mendefinisikan mengikut konteks. Selain itu,
proses pemikiran untuk peta buih ialah menerangkan mengikut kata atau frasa adjektif.
Tambahan pula, proses pemikiran untuk peta buih berganda ialah menbanding beza. Di
samping itu, proses pemikiran untuk peta pokok ialah membuat pengkelasan. Seterusnya,
proses pemikiran untuk peta dakap ialah hubungan seluruh bahagian. Justeru itu, proses
pemikiran untuk peta air ialah urutan dan proses pemikiran untuk peta pelbagai alir ialah sebab
dan akibat. Akhir sekali, proses pemikiran untuk peta titi ialah analogi iaitu hubungan yang
sama dan mencari faktor penghubung.
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
Berdasatkan Kementerian Pendidikan Malaysia, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
bermaksud keupayaan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penakulan dan refleksi dalam menyelesaikan masalah , membuat keputusan, berinovasi, dan
berupaya mencipta sesuatu. Selain itu, Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa
Pemikiran Aras Tinggi (higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara
meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku
apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk
menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan
mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau
menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Mengikut
Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang
sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah
yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras
Tinggi.
KBAT merupakan satu program kemahiran berfikir yang menggunakan aktiviti-aktiviti
pemikiran peringkat tinggi melalui komputer untuk memperbaiki kemahiran asas, keyakinan
sosial dan kemahiran penyelesaian masalah pelajar (Pogrow, 1985). Penguasaan kemahiran
dan keyakinan adalah syarat yang penting untuk pelajar melibatkan diri dengan cekap dalam
aktiviti pembelajaran yang kompleks.
Sebelum menggunakan komputer, guru mengadakan satu perbincangan pemikiran di
mana pelajar diminta menerangkan akibat dari strategi mereka dan guru juga mengutarakan
soalan-soalan yang mencabar untuk pelajar selesaikan. Perlaksanaan program KBAT adalah
berpisah dari pengajaran kelas yang biasa; di mana KBAT menggabungkan aktiviti komputer
yang membolehkan pelajar menguji secara serta merta akibat dari idea mereka terhadap
soalan-soalan, dengan kaedah pengajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk
banyak berfikir secara berkesan. KBAT membantu pelajar membina strategi untuk
menghubungkan idea-idea mereka secara berkesan.
KBAT adalah menggunakan tahap pemikiran secara maksimum untuk menghadapi
cabaran. KBAT membolehkan pelajar interpretasi, analisis, dan manipulasi maklumat. Selain
itu, KBAT bersifat kritikal terhadap maklumat, idea, dan pendapat. KBAT juga membolehkan
pelajar membuat kesimpulan, inferens, dan generalisasi. KBAT membolehkan pelajar dapat
berkomunikasi dengan berkesan, membuat jangkaan, penyelesaian masalah, menilai idea,
memberi pendapat, dan membuat pemilihan, dan keputusan.
Terdapat tiga jenis KBAT yang penting. Pertamanya ialah menjana iaitu menjanakan
alternatif dan kombinasi idea. Kedua adalah menjelaskan idea dan menganalisis alasan. Akhir
sekali, menilai kemusabahan idea iaitu menilai maklumat asas, menilai inferensi utuk kegunaan
bukti, dan menilai inferensi untuk deduksi.
Terdapat beberapa pendekatakan mengajar KBAT. Antara cara ialah mengajar KBAT
dalam konteks secara langsung di luar kurikulum. Selain itu, mengajar berfikir dengan
menggunakan kaedah yang menggalakkan berfikir dalam konteks kurikulum. Cara yang terakhir
ialah penyebatian dengan menyusun semula pengajaran untuk mengajar KBAT secara
exsplisit.
Strategi yang boleh digunakan dalam penggunaan KBAT ialah soalan terbuka, teknik
penyoalan, perbicangan, metakognisi, pengurusan grafik dan kaedah penyelesaian masalah.
George Polya telah membina model penyelesaian matematik yang dikenali sebaai
Model Polya pada tahun 1957. Penekaan Model Polya KBAT ialah melalui 3 kategori. Kategori
yag pertama ialah pemikiran kritis. Pemikiran kritis adalah kecekapan dan keupayaan
menggunakan minda untuk menilai kemunasbahan atau kewajaran sesuatu idea meneliti
kebernasan kesalahan atau kelemahan sesuatu hujah. Pertimbangan yang wajar dibuat dengan
menggunakan alasan dan bukti yang musnabah. Ssebagai kesannya, pelajar akan lebih
bersedia menghadapi masalah yang lebih kompleks dan perubahan teknologi yang berlaku
secara mendadak.
Kategori yang kedua ialah penyelesaian masalah. Terdapat dua penyelesaian masalah
dalam matematik iaitu masalah rutin dan masalah non-rutin. Proses penyelesaian masalah tidak
dapat dihafal, dan memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dengan perancangan strategi
dan kaedah yang sesuai. Sebagai kesannya, pelajar mempelajari secara eksplisit strategi
berkenaan dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah secara berkesan.
Kategori yang terakhir ialah pemikiran kreatif. Secara umumnya, pemikiran kreatif ialah
kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan,
menghasilkan sesuatu yang baru, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, dan
gagasan.
Alat-alat CoRT
Edward de Bono yang dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut
Mediterranean telah memperkenalkan program CoRT. CoRT bermaksud (Cognitive Research
Truth) mempunyai 6 bahagian, setiap bahagian mempunyai 10 unit pelajaran. Program CoRT
yang dicipta merangkumi pemikiran kreatif, konstruktif dan kritis.
Antara enam bahagian dalam program CoRT ialah CoRT I (keluasan persepsi), CoRT II
(Organisasi proses berfikir), CoRT III (Interaksi, argumen, pemikiran kritis), CoRT IV (Pemikiran
kreatif), CoRT V (Maklumat dan perasaan ) dan CoRT VI (Tindakan).
Dalam pendidikan, CoRT I dan CoRT IV dapat digunakan untuk melatih kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif. CoRT I merupakan asas bagi program CoRT dan bertujuan
memperluaskan pandangan pelajar supaya lebih kreatif konstruktif dan kritis. CoRT IV pula
melatih pelajar mencambahkan idea-idea baru dengan menggunakan satu perkataan rawak.
Program CoRT I mengandungi 10 unit pelajaran dan setiap pelajaran dicetak dengan
lembaran yang berlainan. Lembaran pertama ialah PMI (Plus, Minus, Interesting) Baik, Buruk,
Menarik. Dalam pelajaran ini pelajar dikehendaki supaya memikirkan dan menyenaraikan
semua kebaikan (Plus), keburukan (Minus) dan menarik (Interesting) pada sesuatu idea. Tujuan
alat ini ialah supaya pelajar meluaskan pemikirannya apabila melihat sesuatu situasi. Alat ini
berfungsi sebagai kaedah untuk mengelakkan kecenderungan biasa di mana seseorang
terdorong untuk membuat reaksi emosional pada sesuatu idea. Dalam aktiviti menajamkan
kemahiran berfikir kepada pelajar, guru atau pendidik perlu menerangkan kaedah PMI ini
dengan jelas supaya mereka faham. Kaedah berfikir PMI ini melihat individu-individu membuat
penilaian ke atas apa-apa yang mereka lihat mahupun dengar. PMI juga merupakan satu alat
untuk berfikir yang bertujuan memperluaskan persepsi individu. PMI memaksa seseorang
supaya berhenti sejenak sebelum cepat-cepat membuat penilaian. PMI ini adalah alat yang kita
gunakan supaya otak kita jangan berfikir satu hala sahaja. Ia menolong kita memandang
kepada banyak hala. PMI ini satu alat berfikir yang mudah dipakai oleh masyarakat dan sangat
sesuai dengan kehidupan sehari-jari. Menurut Dr. Edward de Bono, alat ini amat digemari oleh
pelajar-pelajar sekolah.
Lembaran kedua ialah CAF (Consider All Factors) Ambil kira semua faktor. CAF adalah
satu alat untuk melatih pelajar berfikir cara melihat atau mengambil semua faktor untuk
memperluaskan sudut pandangan mereka. CAF membantu pelajar mengarahkan minda ke
semua arah yang penting, mengelakkan mereka terlupa untuk memikirkan semua perkara yang
penting. Galakkan pelajar membuat CAF dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Di
dalam pelajaran ini pelajar-pelajar dikehendaki supaya menerokai dahulu setiap aspek pada
mana-mana situasi sebelum menerbitkan idea. Tujuan latihan ini ialah supaya pelajar membuat
tinjauan yang lengkap dan menyeluruh apabila memikirkan faktor-faktor berkenaan sesuatu
situasi. Para pendidik atau guru perlu diingatkan bahawa CAF ini ialah alat berfikir yang mudah
dipelajari, diingat dan digunakan dalam hidup sehari-hari.
Lembaran ketiga ialah Peraturan (Rules). Latihan ini memberi peluang kepada para
pelajar untuk membuat satu kerangka persoalan yang difikirkan untuk menyelesaikan masalah
atau mengambil keputusan setelah mengambil kira semua faktor-faktor (CAF) dan dalam mana
yang baik, yang buruk dan yang menarik (PMI). Pelajar akan menggunakan CAF untuk
mencipta peraturan-peraturan baru. PMI digunakan untuk menyorot peraturan yang sudah
sedia ada atau yang baru dicipta untuk mengambil sesuatu keputusan.
Lembaran keempat ialah C & S (Consequence and Sequel) Kesan dan akibatnya. C & S
boleh digunakan untuk membuat sebarang keputusan atau tindakan, membantu kita melihat
jauh ke hadapan, membuat kita “panjang akal” dan ia boleh digunakan bersama-sama dengan
CAF dan OPV. Latihan ini menghendaki pelajar supaya memikirkan apa yang dijangka akan
berlaku selepas sesuatu keputusan yang diambil. Kesan-kesan dan akibat-akibat keputusan
tersebut diramalkan secara sistematik, iaitu kesan jangka pendek, jangka sederhana dan
jangka panjang. Barangkali, dalam kehidupan sehari-hari, C & S ialah alat berfikir yang paling
berguna. Guru atau pendidik kemahiran berfikir ini perlu menekankan bahawa kaedah C & S
merupakan satu alat untuk melihat jauh ke depan, ke masa akan datang. Pelajar perlu
ditekankan juga, sebelum membuat sebarang pilihan dan keputusan, gunakan C & S ini untuk
mendapat pilihan yang tepat. Begitu juga ke atas semua alternatif yang ada di depan kita. Lihat
alternatif mana yang paling baik dan paling selamat. Buat C & S, FIP dan PMI bersama-sama.
Alat-alat itu akan menolong pelajar membuat pilihan terbaik
Lembaran kelima ialah AGO (Aims, Goals, and Objectives) Tujuan, matlamat dan
objektif. AGO dapat memperluaskan sudut pandangan pelajar dan menolong mereka membuat
fokos yang betul semasa berfikir serta menolong pelajar sentiasa ingat tujuan asal mereka
berfikir supaya mereka tidak lari daripada matlamat yang hendak dicapai. AGO menekankan
pentingnya matlamat. Pelajar dikehendaki menyorot aspek-aspek “oleh sebab” dan “supaya”
untuk menjuruskan mereka berfikir cara memfokuskan persoalan yang hendak diselesaikan.
Sebelum pelajar-pelajar hendak membuat sesuatu perbincangan, berbincanglah dulu
berkenaan AGO perbincangn itu. Jadikan AGO itu fokus perbincangan, jangan lari atau
menyeleweng daripada tajuk perbincangan itu.
Lembaran keenam ialah Perancangan (Planning). Latihan ini memberikan peluang
kepada pelajar untuk berlatih melakukan C & S, AGO, PMI dan CAF. Guru akan melihat akan
kemahiran-kemahiran yang ada pada pelajar-pelajar menguasai kaedah-kaedah berkenaan.
Pelajar akan mendapat satu kemahiran menggunakan keempat-empat kaedah untuk mereka
menaplikasikan ketika proses menyelesaikan masalah atau membuat keputusan.
Lembaran ketujuh ialah FIP (First Important Priorities) Utama, Penting, Prioriti. Pelajar-
pelajar didedahkan dengan kaedah mementingkan perkara-perkara penting yang menjadi
prioroti, ialah satu alat untuk membuat fokus pada apa yang penting. Setelah pelajar-pelajar
menggunakan alat-alat lain (PMI, CAF, C&S, dan AGO) barulah mereka menggunakan FIP.
Kaeedah ini juga membantu pelajar berfikir secara terfokus dan ia hanya mengambil kira
perkara-perkara yang penting sahaja. Dalam kaedah FIP ini pelajar-pelajar perlu dingatkan
bahawa kaedah ini menentukan perkara yang paling penting untuk difikirkan.
Lembaran kelapan ialah APC (Alternatives, Possibilities and Choices) Alternatif,
kemungkinan, Pilihan. Alat ini digunakan supaya pelajar dapat berfikir secara selari. Alat ini
melatih para pelajar menerbitkan pelbagai alternatif dan pilihan yang terkeluar daripada yang
biasa-biasa. Ia digunakan untuk melawan pemikiran yang beku dan reaksi emosional. APC juga
gunakan untuk mencipta pelbagai penjelasan dan persepsi. Apabila berfikir, otak selalu mahu
cepat-cepat maju ke depan. “Nanti dulu”, Fikirkan juga kemungkinan-kemungkinan lain.
Terdapat banyak jenis alternatif yang boleh membantu pelajar membuat pilihan. Antaranya ialah
idea. Idea-idea alternatif untuk melakukan perkara yang sama, Idea-idea berbeza untuk
melakukan perkara-perkara yang berbeza. Ada idea baru untuk tujuan yang sama. Ada idea-
idea baru untuk tujuan-tujuan baru. Selain itu, persepsi iaitu benda atau perkara yang sama
boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Contohnya, jam tangan ialah alat pengukur waktu. Jam
tangan adalah pengukur status pemakainya. Di samping itu, tindakan dalam sesuatu situasi.
Seterusnya, penyelesaian dalam sesuatu masalah. Tambahan pula, pendekatan yang dapat
digunakan bagi mencipta penyelesaian. Dalam menangani masalah kenaikan kadar poligami,
satu pendekatan ialah dengan membuat poligami lebih sukar. Justeru itu, penjelasan diberi
kepada pelajar pada sesuatu persoalan. Akhir sekali, reka cipta yang dicipta setiap satu
daripada reka cipta itu tetap memenuhi tujuan asal reka cipta itu. Pelajar akan merasa kesulitan
dan kesukaran hendak berhenti sejenak dan memikirkan alternatif-alternatif lain sedangkan
alternatif yang ada sudah cukup baik. Sewaktu membuat APC, pelajar mesti betul-betul jelas
apa tujuan mereka mencari alternatif baru.
Lembaran kesembilan ialah Keputusan (Decisions). Latihan ini memberi peluang dan
pendedahan kepada pelajar untuk melakukan kaedah kemahiran berfikir FIP dan APC,
disamping kemahiran-kemahiran lain yang lebih awal. Disini pelajar akan memahami kaedah itu
bagi menjuruskan pemikiran mereka untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
yang baik.
Lembaran yang terakhir ialah OPV (Other People’s Views) Pandangan orang lain.
Pelajar didedahkan dengan melihat pandangan orang lain, dengan cara ini, mereka dapat
memperluaskan lagi sudut pandangan mereka dan kesan atau implikasinya terhadap orang
lain..Latihan ini mengarahkan pemikiran pelajar supaya mengambil kira pendapat dan
pandangan pihak-pihak lain yang terlibat di dalam sesuatu situasi. Alat ini menimbangi alat-alat
lain yang ditumpukan pada pandangan peribadi pelajar. Latihan ini memberi tekanan pada
perbezaan-perbezaan antara pandangan pelajar dengan pandangan pihak-pihak lain. Pelajar
perlu sedar bahawa berfikir dilakukan oleh manusia. Untuk melatih pelajar membuat OPV,
mula-mula buat senarai orang-orang lain yang kena-mengena dan terlibat dalam perkara
tersebut. Selepas itu cuba bayangkan apa pendapat-pendapat mereka secara individu ataupun
secara berkumpulan.
CoRT IV sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menjana
pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar. CoRT 4 dapat melatih pelajar menerbitkan
idea baru, kreatif dan kritis dengan menggunakann satu perkataan rawak. CoRT 4 merupakan
alat untuk pemikiran lateral iaitu untuk satu proses mengubah persepsi dan cara melihat
sesuatu perkara kea rah lebih positif. Terdapat 10 teknik dalam komponan CoRT 4. Antaranya
ialah Yes-No-Po (Ya, Tidak, Po), Stepping stone (Batu loncatan), Random Input (Input Rawak),
Consept Challenge (Cabaran Konsep), Dominant Idea (Idea Domain), Define The Problem
(Takrifkan masalah), Remove Faults (Singkirkan Kecacatan), Combination (Kombinasi),
Requirements (Keperluan), dan Evaluation (Penilaian).
Kesimpulannya, pengurusan grafik, I-think, kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) dan
alat-alat CoRT adalah sangat berguna kepada para pelajar. Haraplah semua pelajar dapat
menguasai teknik-teknik ini supaya dapat digunakan semasa pembelajaran mereka.