langkah memartabatkan tulisan jawi

21
KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 2.0 SEJARAH TULISAN JAWI 2 3.0 LANGKAH MEMARTABATKAN TULISAN JAWI 5 3.1 Menyemak Semula Kurikulum Pelajaran Jawi 5 3.2 Kerjasama Dari Pihak Kerajaan Dan Bukan Kerajaan(NGO) 6 3.3 Melalui Sistem Pendidikan 8 3.4 Peranan Ibu Bapa 9 3.5 Peranan Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (Ipt) 10 3.6 Mengadakan Kempen Cintaikan Dan Martabatkan Tulisan Jawi 10 3.7 Memperbanyakan Bahan Bacaan Dalam Tulisan Jawi 11 4.0 KESIMPULAN 12

description

tulisan jawi

Transcript of langkah memartabatkan tulisan jawi

KANDUNGAN

1. PENGENALAN 1 0. Pendahuluan 11. SEJARAH TULISAN JAWI 21. LANGKAH MEMARTABATKAN TULISAN JAWI 52. Menyemak Semula Kurikulum Pelajaran Jawi 52. Kerjasama Dari Pihak Kerajaan Dan Bukan Kerajaan(NGO) 62. Melalui Sistem Pendidikan 82. Peranan Ibu Bapa 92. Peranan Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (Ipt) 102. Mengadakan Kempen Cintaikan Dan Martabatkan Tulisan Jawi 102. Memperbanyakan Bahan Bacaan Dalam Tulisan Jawi 11

4.0 KESIMPULAN 12BIBLIOGRAFI 13LAMPIRAN

1. PENGENALAN

0. Pendahaluan

Tulisan lahir apabila manusia mula mengetahui cara untuk menyampaikan idea fikiran dan perasaan melalui tanda- tanda tampak atau visual dalam bentuk yang turut difahami oleh individu lain. Kehadiran Islam ke Alam Melayu pada abad- abad yang lepas telah membawa bersamanya abjad tulisan jawi, yang merupakan induk asas tulisan Jawi Melayu dan abjadnya. Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi diBrunei dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif diMalaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti olehabjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan. Tulisan Jawi turut diertikan sebagai salah satu warisan Warisan Dunia yang penting ke rantau ini karana telah menjadi titik tolak pemisahan dari zaman gelap yang menghantui bangsa Melayu ka zaman yang celik ilmu dari pelbagai aspek. oleh itu, orang Melayu tidak ada alasan yang menyatakan bahawa mempelajari Tulisan Jawi ini merupakan sesuatu yang mustahil dipelajari, kerana mereka telah lama mengenali tulisan Jawi ini melalui pengajian al- Quran sejak dari kecil jika dibandingkan dengan tulisan bahasa Melayu yang baru dibawa pada abad ke-15 Masihi. Walau bagaimanapun, pada masa kini tulisan Jawi semakin hilang daya kemampuan untuk mengangkat kebesaran ilmunya untuk dijadikan rujukan utama dalam penulisan dan pengebaran bahasa. Keadaan ini jauh berbeza berbanding dengan zaman kegemilanagan pada abad ke-18, yang menjadikan tulisan Jawi ini sebagai bahan rujukan utama semua pihak dalam pelbagai aspek dan tidak terkecuali dalam penyebaran ilmu kesusasteraan. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuaan akhbar- akhbar seperti Utusan Melayu dan Utusan Zaman. Justeru kita perlu memartabatkan semula tulisan Jawi di bumi Malaysia ini. Izinkan ia mengepakkan sayapnya berterbangan bebas di langit Malaysia seperti suatuketika dulu. Biar ia menyebar ke seluruh cerok pelosok bumi Malaysia seperti suatu ketika dulu. 11. SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

Tulisan jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad 10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu. Perkembangan tulisan jawi di Nusantara adalah seiring dengan penyebaran agama Islam yangmenjadi pegangan orang Melayu (Hashim Hj Musa, 1995). Selain menjalankan aktiviti perniagaan, peniaga Arab juga menyebarkan dakwah Islam. Antara kesan penyebaran dakwah Islamiah ialah penggunaan huruf-huruf Arab sebagai medium untuk berkomunikasi di Tanah Melayu (Hamdan Abd Rahman,1999). Tulisan yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah huruf-hurufArab atau sekarang ini dikenali dengan nama tulisan Jawi. Pada abad ke-11 hingga ke-14, tulisan jawi digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara (Mohd Alwee Yusoff, 2005). Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu merupakan golongan yang celik jawi. Tulisan Jawi ini telah digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para pengkaji naskhah Melayu lama. Sebelum bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna. Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno (tulisan Kawi). Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan Rencong yang digunakan di Sumatera Selatan, di daerah Bangkahulu dan Palembang di sebelah hulu, manakala tulisan Kawi di Jawa. Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain. Hingga abad ke-14, bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Jawa dan bahasa Arab. Pengaruh pertama terhadap bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-pedagang pedagang India atau pedagang Melayu 2yang berurusan dengan negara India. Akibatnya pengaruh indianisasi berkembang dalam budaya Melayu. Para sarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14, iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap asas kepada bahasa Melayu yang hidup hingga pada hari ini. Tulisan bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa katanya bertambah kaya. Namun begitu, muncul pula tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi. Didapati bahawa menerusi tulisan inilah bahasa Melayu terus maju dalam pelbagai bidang. Kebanyakan mubaligh dan golongan cendekia Melayu mengenal pasti bunyi bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam bahasa Arab. Kekurangan abjad ini telah menyebabkan mereka memilih huruf Parsi dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan menambah tanda pada huruf Arab yang sedia ada. Batu bersurat memperlihatkan pengaruh bahasa Arab mula menjalar masuk ke dalam bahasa Melayu. Batu bersurat di Kuala Berang memperlihatkan satu perubahan radikal terhadap bahasa Melayu. Tulisan pada batu bersurat tersebut memperlihatkan penggunaan huruf-huruf yang dikatakan tulisan Jawi. Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang memperlihatkan bahawa tulisan ini telah mengenal abjad bahasa Melayu dengan agak lengkap. Misalnya, abjad yang terdapat dalam perkataan yang tertulis pada batu bersurat tersebut. Antaranya ialah a (ada), b (bagi), c (cucuku), r (rasul) dan lain-lain. Didapati juga bahawa keseluruhan wacana yang terdapat pada Batu bersurat Kuala Berang itu hanya huruf q,v,x, dan z sahaja yang tidak ditemui. Namun demikian, hal ini tidaklah mengatakan bahawa huruf q dan z tidak ada pada zaman tersebut kerana huruf tersebut sememangnya wujud dalam huruf Arab, iaitu Qaf dan Zai. Pada masa tersebut juga, penulisan kitab agama mahupun kesusasteraan berkembang dengan subur di Aceh. Ini disebabkan keutamaan yang diberikan oleh kerajaan Aceh tentang penulisan keagamaan dan kesusasteraan bercorak Islam. Para pujangga telah diberikan layanan istimewa. Oleh itu, kita dapati perkembangan tulisan Jawi, sedikit demi sedikit, mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu. Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam Melayu. Perkembangan agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi agama Islam ialah bahasa Arab yang mulai 3 mendapat tempat dalam kalangan penganut agama Islam di daerah ini. Bahasa Melayu Kuno yang menggunakan huruf-huruf India bertukar menggunakan huruf-huruf Arab disebut huruf Jawi. Perkataan Jawi ini bermaksud orang Jawa atau berasal dari tanah Jawa. Penulis-penulis Arab pada zaman klasik termasuk Ibn Batutah dalam bukunya al-Rehlah menggelarkan pulau Sumatera sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang Arab memanggil orang Melayu di Jawa sebagai Jawi dan tulisan Melayu yang menggunakan huruf Arab sebagai tulisan Jawi. Tulisan ini dicampur adukkan dengan tulisan Arab yang menggunakan 29 huruf dengan lima huruf tambahan bukan Arab yang dicipta oleh orang Melayu sendiri. Lima huruf bukan Arab yang terdapat dalam tulisan Jawi ialah Ca, Nga, Pa, Ga, dan Nya. Huruf-huruf ini dicipta untuk melambangkan bunyi-bunyi yang lazim disebut pada lidah Melayu. Huruf-huruf baharu ini ditiru daripada huruf Arab yang seakan-akan sama bentuknya. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi (Wikipedia, 2008).

41. LANGKAH MEMARTABATKAN TULISAN JAWI

2. Menyemak Semula Kurikulum Pelajaran Jawi

Mengakui masa depan tulisan jawi akan terus berselinap di bawah sinar kemajuan dan tiada jalan pintas untuk kebangkitannya, Setiausaha Persatuan Wartawan Melayu(PWM), Kelantan, Rokaid Chik akur usaha membangunkan semula tulisan jawi ke alam kegemilangan memerlukan pengembelengan tenaga gigih yang bermula seawal peringkat sekolah rendah. Menurutnya, secara asasnya iltizam kental daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri diperlukan dalam pembinaan semula jajaran penggunaan tulisan jawi sebagaimana zaman kemasyhurannya.Kementerian Pendidikanperlu kembali menyemak kurikulum sekolah berhubung pembelajaran tulisan Jawi, memandangkan ketika ini ia hanya diserapkan secara tidak langsung dalam pelajaran pendidikan Islam tanpadiadakansuatu pengajaran khusus yang rapi. Selain itu , melalui sistem pendidikan ini kemahiran menulis dan membaca tulisan jawi mesti dijadikan teras dalam mata pelajaran pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah seluruh negara. Ditambah lagi, pengenalan tulisan jawi perlu juga dimasukkan dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah. Hal ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menangkis dan memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap tulisan jawi yang dianggap sebagai sinonim dengan agama Islam. Malah, di peringkat institusi pengajian tinggi awam mahu pun swasta (IPTA/IPTS), langkah memasukkan kemahiran dan sejarah perkembangan tulisan jawi dalam subjek tamadun Islam dan kenegaraan Malaysia adalah wajar sebagai mekanisme untuk memartabatkan tulisan jawi di peringkat institusi pengajian tinggi di negara ini. Selain itu, kesedaran penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan petunjuk jalan masih kecil bilangannya dan tidak keterlaluan jika dikatakan boleh di bilang dengan jari.

52. Kerjasama Dari Pihak Kerajaan Dan Bukan Kerajaan(NGO)

Kedua-dua dua agensi ini mestilah bersama-sama berganding bahu dalam bekerjasama menggembeling tenaga untuk memartabatkan tulisan jawi. Pelbagai langkah boleh diambil oleh pihak kerajaan bagi memartabatkan bahasa Melayu. Antaranya ialah kesedaran penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan petunjuk jalan. Langkah para peniaga terutamanya para peniaga bukan Melayu yang menggunakan tulisan jawi di papan tanda premis perniagaan mereka adalah merupakan satu usaha yang bijak ke arah membantu memartabatkan tulisan Jawi. Malah, usaha itu ternyata amat membanggakan kita kerana membuktikan betapa orang-orang bukan Melayu juga turut memandang tinggi dan menghargai tulisan Jawi ini. Usaha menggalakkan penggunaan tulisan jawi terutama pada papan-papan tanda dan nama premis-premis perniagaan seharusnya dipertingkatkan dan di perhebatkan lagi bagi memastikan tulisan jawi ini terus diletakkan di tempat yang sewajarnya. Ini bertujuan memastikan para peniaga terutama para peniaga bukan Melayu membantu menggalakkan penggunaan tulisan jawi. Sehubungan dengan itu juga, pihak berkuasa seperti Majlis Kerajaan Tempatan perlulah memainkan peranan untuk membantu meluaskan penggunaan tulisan jawi ini di samping memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul pada papan tanda dan premis perniagaan mereka. Sebagai satu usaha menggalakkan penggunaan tulisan jawi ini juga, pihak berkuasa tempatan perlu memastikan setiap papan tanda baru untuk premis perniagaan haruslah menggunakan tulisan jawi selain daripada tulisan Rumi yang biasa digunakan. Malah pihak bukan kerajaan(Ngo) juga boleh mengambil inisiatif tertentu seperti mengadakan pertandingan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda premis perniagaan sebagai satu dorongan kepada para peniaga untuk terus menggunakan tulisan Jawi ini . Penguasaan dunia tanpa sempadan melalui kaedah penggunaan skin komputer, telefon selular dan pelbagai lagi media elektronik pada zaman sekarang yang membolehkan kita memperolehi maklumat hanya dihung jari sahaja. Keadaan ini, tidak lagi menjadi batu penghalang kepada hasrat untuk meneguhkan jati diri dan ketamadun bangsa di negara kita. Lantaran itu, tiada alasan bagi pihak kerajaan dalam usaha yang ambil bagi memartabatkan 6 tulisan Jawi ini. Sepatutnya penggunaan tulisan jawi ini haruslah harus lebih menyeluruh lagi. Penggunaan tulisan jawi boleh dimasukkkan dalam sistem penggunaan laman-laman web tempatan, kerajaan (ada versi Jawi),perisian Microsoft Office Jawi, telefon bimbit dan lain-lain. Perisian komputer di dalam tulisan Jawi amat kurang digunakan malah susah untuk ditemui. Keadaan ini, menyebabkan ramai pengguna hanya menggunakan perisian yang sedia ada iaitu dalam perisian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Melalui ketidak prihatinan pihak kerajaan dan swasta akan menyebabkan tulisan jawi jarang digunakan dan lama- kelamaan warisan ini akan dilupakan.Oleh itu, pihak kerajaan dan swasta haruslah menggunakan kaedah tulisan jawi dalam sistem penggunaan laman-laman web tempatan ,perisian Microsoft Office Jawi, dan telefon bimbit. Keadaan ini menyebabkan penguna yang ingin menggunakan kemudahan elektronik yang berkaitan akan mula belajar mempelajari tulisan jawi. Hal ini menyebabkan pihak kerajaan dan swasta telah pun melatih rakyat Malaysia untuk menguasai kemahira tulisan Jawi ini secara sedar atau tidak sedar, disamping memperolehi maklumat yang diperlukan, bak kata pepatah Melayu sambil menyelam minum air .

Oleh yang demikian, penggunaan tulisan Jawi ini perlu dipergiatkan usahanya terutama peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan tempatan dalam merealisasikan impian negara bagi menghidupkan semula kegemilangan tulisan jawi yang pernah mencapai puncak kemasyhurannya satu ketika dahulu. Impian ini tidak terlaksana jika hanya dilakukan hanya sebelah pihak sahaja, malah semua pihak perlu berganding bahu tidak apa jua lapisan masyarakat agar tulisan Jawi ini bak kata pepatah Melayu tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

72. MELALUI SISTEM PENDIDIKANMelalui sistem pendidikan negara. Melalui sistem pendidikan ini kemahiran menulis dan membaca tulisan jawi mesti dijadikan teras dalam mata pelajaran pendidikan agama islam di sekolah-sekolah seluruh negara. Ditambah lagi, pengenalan tulisan jawi perlu juga dimasukkan dalam sukatan pelajaran bahasa melayu di peringkat sekolah. Hal ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menangkis dan memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap tulisan jawi yang dianggap sebagai sinonim dengan agama islam. Malah, di peringkat institusi pengajian tinggi awam mahu pun swasta (ipta/ipts), langkah memasukkan kemahiran dan sejarah perkembangan tulisan jawi dalam subjek tamadun islam dan kenegaraan malaysia adalah wajar sebagai mekanisme untuk memartabatkan tulisan jawi di peringkat institusi pengajian tinggi di negara ini. Selain itu, kesedaran penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan petunjuk jalan masih kecil bilangannya dan tidak keterlaluan jika dikatakan boleh dibilang dengan jari.

82. PERANAN IBU BAPAIbu bapa merupakan asas keharmonian sesebuah keluarga. Mereka berperanan penting sebagai pencorak masa depan anak yang berjaya dalam pelajaran. Sebagai seorang anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak hingga mencapai kejayaan merupakan tugas yang amat berat dan tidak dinafikan oleh sesiapa pun.Dalam konteks memperkasakan tulisan jawi, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendapatkan pendidikan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Sebelum anak-anak didedahkan dengan asas tulisan jawi, ibu bapa itu sendiri hendaklah mempunyai asas dan kemahiran ynag mantap dalam tulisan jawi. Hal ini demikian kerana anak itu ibarat sehelai kain putih dan ibu bapa yang perlu mencorakkannya. Sekiranya ibu bapa mengajar anak-anak asas tulisan jawi sebelum mereka dihantar ke kelas jawi, mereka akan lebih cenderung untuk mendalami ilmu tersebut kerana telah mempunyai asas serta kemahiran dalam bidang tersebut. Melalui cara ini, lebih ramai generasi muda akan lebih berminat belajar tulisan secara langsung akan memperkasakan tulisan jawi pada masa kini. Selain itu, ibu bapa juga perlu menghantar anak-anak ke kelas jawi pada usia muda. Hal ini demikian kerana kanak-kanak lebih mudah menerima atau menguasai sesuatu ilmu pada usia muda. Kanak-kanak akan menguasai tulisan ini dengan lebih mendalam. Ibu bapa juga perlu sentiasa memberi sokongan serta dorongan kepada anak-anak agar dapat menaikkan semangat mereka. Selain memberi dorongan kepada mereka, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke pameran serta pertandingan tulisan jawi yang dianjaurkan. Melalui cara ini, dapat memupuk minat generasi muda dan dapat melahirkan golongan bijak pandai dalam bidang tulisaan jawi. Di samping itu, ibu bapa hendaklah menyediakan keperluan serta kemudahan kepada anak-anak agar mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk mempelajari tulisan jawi, misalnya menyediakan buku latihan tulisan jawi di rumah kepada anak-anak. Ibu bapa juga boleh menyediakan jadual belajar jawi di rumah untuk anak-anak mreka. Hal ini demikian kerana melalui latihan dapat mengukuhkan lagi kemahiran seseorang tersebut. Oleh itu, ibu 9 bapa memainkan peranan yang penting dalam memperkasakan tulisan jawi pada masa kini.2. PERANAN MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)Mahasiswa daripada setiap institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif dalam memartabatkan tulisan jawi. Hal ini demikian kerana golongan ini bakal menjadi pemimpin negara dan mereka perlu bergerak seiring bersama-sama bagi mengukuhkan serta menaikkan martabat tulisan jawi pada masa kini. Mahasiswa boleh menganjurkan Minggu Tulisan Jawi Malaysia di institusi pengajian tinggi masing-masing. Melalui cara ini akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap tulisan jawi. Penglibatan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan pengukuhan selaras dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat. Minggu tulisan jawi malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat memperkasakan dan memartabatkan tulisan jawi di samping memupuk kecintaan terhadap tulisan jawi dalam kalangan generasi pada masa kini.2. MENGADAKAN KEMPEN CINTAIKAN DAN MARTABATKAN TULISAN JAWIKempen merupakan salah satu cara yang boleh menarik perhatian masyarakat dalam usaha memartabatkan tulisan jawi pada masa kini. Hal ini demikian kerana kempen-kempen yang berkaitan dengan memartabatkan tulisan jawi boleh dianjurkan di sekolah, institusi pengajian tinggi, pusat-pusat ilmu, dan banyak lagi tempat lain yang strategik. Kempen yang dianjurkan hendaklah dipenuhi dengan aktiviti yang mampu menarik perhatian serta minat gegerasi muda seperi pertandingan menulis khat jawi, pameran tulisan khat jawi, menjual buku yang berkaitan seni khat jawi dan lain-lain. Di samping mengadakan pemeran, papan-papan tanda juga hendaklah mempunyai tulisan jawi kerana dapat mempraktikkan semua golongan masyarakat untuk membaca serta menulis. Secara tidak langsung keadaan ini akan mendorong mereka yang tidak boleh membaca tulisan jawi untuk mempelajari jawi. Kempen untuk memartabatkan tulisan jawi juga boleh dilakukan dengan setiap masa, lokasi, atau diman sahaja perlu diletakkan. Media massa hendaklah memberi sokongan dalam kempen ini dengan menyelitkan berita, iklan, atau papan tanda dalam tulisan jawi. Apabila semua pihak berganding 10 bahu dalam manjayakan kempen ini, sekali gus dapat memperluaskan dan penggunaannya. Justeru, kempen merupakan kaedah yang berkesan dalam memartabatkan tulisan jawi pada masa kini.

2. MEMPERBANYAKAN BAHAN BACAAN DALAM TULISAN JAWIBahan bacaan merupakan salah satu bahan rujukan yang popular dalam kalangan masyarakat pada masa kini tanpa mngira umur. Hal ini demikian kerana banyak maklumat yang dapat diperolehi. Justeru, para penulis dan penerbit buku hendaklah memperbanyakan karya mereka agar dapat menarik golongan muda dalam tulisan jawi, misalnya komik-komik, novel,buku cerita kanak-kanak, dan majalah. Bahan bacaan sebegini akan diminati oleh golongan pelajar serta mahasiswa secara tidak langsung dapat menyemai minat mereka. Selain itu, mengetahui dasar tulisan jawi akan memudahkan seseorang membaca al-Quran. Apabila mengenali huruf serta hukum-hakam dalam tulisan jawi, seseorang itu boleh mengetahui sebutan al-Quran dengan betul dan membaca dengan lancar. Walaupun sistem tulisan jawi terlepas jauh sedikit daripada peraturan yang mendasari tulisan Arab asli, tetapi mempunyai asas sistem tulisan arab sehigga individu mahir dalam tulisan jawi boleh mendekati bahasaa Arab dengan lebih mudah. Di Malaysia, tulisan jawi harus dipandang serius kerana agama rasmi negara kita adalah agama Islam. Hal ini dikatakan daripada segi hubungan antara agama dengan bahasa di dunia ini. UmpamanyaagamaHinduberpasangandenganbahasaSanskrit,agama Buddha berpasangan dengan Cina, agama Kristian berpasangan denagn bahasa Inggeris dan tulisan Romawi, agama Islam berpasangan dengan bahasa Arab atau pun tulisan Arab serta jawi. Dilihat daripada segi perkaitan tersebut, kita boleh katakan agama Islam tidak berpasangan dengan tulisan rumi secara keseluruhannya tetapi berpasangan dengan tulisan arab serta jawi. Oleh itu, bahan bacaan dalam tulisan jawi hendaklah diperbanyakan agar dapat memartabatkan tulisan jawi pada masa kini.116.0 RUMUSAN

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi merupakan satu aspek yang penting dalam mengekalkan imej dan identiti budaya Melayu masa kini. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan pengkaji mendapati penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarat Melayu sangat lemah dan ada sesetengah daripada mereka langsung tidak dapat menguasai tulisan Jawi. Ternyata pelbagai cara telah dikenalpasti dalam menganggani masalah ini dan hanya perlu pelan tindakan sahaja yang perlu dijalankan. Dalam hal ini kita seharusnya tidak hanya menunding jari dan mencari kesalahan pihak yang lain dalam menyelasaikan masalah ini. Seharusnya kita sebagai rakyat yang peka dan prihatin terhadap isu penguasaan tulisan Jawi ini haruslah sama mencari jalan penyelasaian yang baik bagi mengembalikan zaman kegemilangan tulisan Jawi ini pada awal kedatangannya di alam Melayu.Ternyata langkah yang perlu diambil bagi memartabatkan kembali tulisan Jawi ini bukanlah sesuatu yang mustahil, kerana dalam dunia yang semantara ini semua perkara boleh berlaku asalkan ada usaha dan kerjasama semua pihak. Setelah dikaji, pengkaji mendapati penguasaan tulisan Jawi amatlah penting kerana melalui tulisan ini kita dapat mengembalikan semua warisan yang ditinggalkan oleh para ulama yang pada masa dahulu amat mengangjungi tulisan Jawi ini. Hal ini demikian kerana, tulisan Jawi merupakan tulisan yang amat berkait rapat dengan tulisan al Quran.

12BIBLIOGRAFI

Amat Juhari Moain. (2004). Sejarah perkembangan tulisan Jawi dalam Monograf Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu Bil. 9. Julai 2004. halaman. 167-180.

Hashim Musa. (2006). Epigrafi sejarah sistem tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Ismail Dahaman. (2007). Ejaan rumi sepanjang zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Hussein Baharuddin. (2004). Gagasan dan aktiviti ke arah memartabatkan tulisan Jawi. dalam. Monograf Bahasa, sastera, dan Budaya Melayu Bil. 9. Julai 2004. halaman. 181-188.

13LAMPIRAN

Rajah 1 : Abjad Jawi

Rajah 2 : Batu bersurat yang menggunakan tulisan jawi di Terengganu

Rajah 3 : Contoh papan tanda dalam tulisan jawi yang perlu diwajibkan di seluruh Malaysia

Rajah 4 : Memperbanyakka bahan bacaan dalam tulisan jawi