Langkah jualan
-
Upload
ahmad-lili -
Category
Business
-
view
58 -
download
0
Transcript of Langkah jualan
Langkah Jualan:
Info 1: Terdapat tiga link yang disenaraikan di dalam group dan setiap link tersebut adalah
berbeza supplier.
Info 2: Penghantaran melalui Pos Laju dan Gdex. Penerangan:
a) Link 1 dan Link 3: Penghantaran via Poslaju.
b) Link 2: Penghantaran via Gdex.
PENERANGAN PENUH UNTUK SETIAP LINK:
1. LINK SATU: Jualan tablet, powerbank OEM, aksesori tablet
- Utk barangan ini, harga di dalam pricelist kos di link 1 adalah harga agen.
- Harga tersebut TIDAK TERMASUK WANG POS. Untuk postage Semenanjung,
postage adalah RM6 / RM10 (bergantung pada item) utk per unit, manakala utk
Sabah Sarawak, postage adalah RM15.
- Para AGEN harus Mark up harga yg diberikan di dalam list tersebut.
- POSTAGE adalah melalui POS LAJU & Tracking akan diberikan dalam pkul 5
petang pada hari tersebut.
2. LINK DUA: Jualan Smartphone Clone, Ori, Lenovo.
- Utk barangan ini, pricelist ada di link ke 2.
- Harga yang diberikan di dalam adalah harga agen, dan dalam jualan tersebut,
terdapat free gift kepada pelanggan, namun free gift tersebut adalah bergantung
pada stok. Sekiranya tiada stok, tiada pengurangan harga diberikan.
- Isu warranty, WARRANTY ITEM adalah 1 Tahun device, 1 Bulan camera, bateri
dan LCD tiada warranty.
- Harga tersebut TIDAK TERMASUK WANG POS. Untuk postage, postage adalah
RM10 untuk seluruh Malaysia.
- POSTAGE adalah melalui GDEX & Tracking akan diberikan pada PAGI hari
keesokkannya krn postage dilakukan pada waktu malam.
3. LINK KETIGA: Jualan Powerbank VIVIS, PINENG dan YAOBOO
- Utk barangan ini, pricelist adalah di link ke 3.
- Harga adalah Harga agen
- UNTUK PERHATIAN: Postage utk powerbank VIVIS dan YAOBOO, postage adalah
RM10/ unit ke SELURUH MALAYSIA. MANAKALA, powerbank PINENG, postage
sudah dimasukkan ke dalam harga kos.
- POSTAGE adalah melalui POS LAJU dan tracking akan diberikan pada waktu pada
hari tersebut.
IKLANKAN BARANGAN
1. Untuk pengiklanan, anda BOLEH COPY ayat jualan saya (aken) di FB atau di Page
ACCESS TECHNOLOGY ANDOID atau boleh reka ayat anda sendiri.
2. HARGA adalah bebas untuk anda mark up seberapa yang anda mahu. Tetapi sebaik-
baiknya berpatutan.
3. Sekiranya anda memerlukan SPEC (Handphone, tablet), anda boleh minta kepada
saya. Saya akan dapatkan spec kepada anda.
4. SEBELUM ORDER, pastikan anda rujuk kepada saya sama ada, ada STOK, WARNA &
WARRANTY item yg dibelikan oleh customer.
PERKARA YANG PERLU ADA SEKIRANYA CUSTOMER ORDER
1. Nama customer
2. Alamat customer
3. No phone customer
4. Item yang dibeli & warna:
Dan kemudian, anda bank in kepada saya mengikut harga agen + postage. Selesai
anda bank in, informkan kepada saya.
CUSTOMER ANDA TANGGUNGJAWAB ANDA
1. Sekiranya terdapat masalah customer, anda boleh rujuk kepada saya seperti masalah
yg dihadapi customer. LARANGAN KERAS, sekiranya customer anda problem,
JANGAN LEPAS TANGAN dengan menyerahkan kepada saya.
2. Sekiranya melibatkan warranty, sila inform saya dan saya akan bg step utk warranty.
SKRIP YANG DIGUNAKAN KEPADA CUSTOMER APABILA ANDA
BERIKAN TRACKING NUMBER KEPADA CUSTOMER:
Berikut adalah skrip yang sering saya guna apabila kita ingin memberikan tracking number
kepada customer. Detail2 ini penting utk memastikan customer tahu perjalanan barang
tersebut dilaksanakan dan memberi faedah kepada anda apabila anda berniaga utk jualan2
seterusnya.
FOKUS:
1. Tempoh perjalanan barang
2. Postage apa yg digunakan
3. Detail apa yg diperlukan
4. Testimoni
Berikut skrip yg saya guna, ANDA BOLEH GUNA SKRIP INI, Cuma anda perlu tukar no
phone sy kepada no phone anda. Dan Postage tersebut.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berikut cara pembelian:
1. Pilih jenis item n warna
2. After dh pilih, boleh inform saya di sini atau di no 011-153 12345 n bg nama, no phone n
alamat utk penghantaran pos. Penghantaran pos via gdex.
3. Boleh bank in atau transfer kepada sy mengikut harga brg + harga pos.
4. Penghantaran pos akan dihantar kepada anda nnt kami akan bg TRACKING ID Gdex pada
HARI KEESOKANNYA..
5. Penghantaran mgambil masa 3-4 hari bekerja mgikut pejabat pos.. Tp paling cepat slalu 1 hari
bekerja.
6. Sekiranya berlaku kelewatan, kami akan hubungi phak Gdex bagi memastikan penghantaran
adalah lancar dan info akan kami beri kepada anda.
7. Sesudah sampai, sekiranya tuan/puan sudi, mohon utk pihak tuan/puan utk ambil gambar brg
n htr kepada kami bg dijadikan testimoni pembelian pelanggan kepada kami...
P/S: no akaun akan diberi selepas detail diberikan sewaktu sblm beli.