Landskap ∶ Cantuman Baji

1
LANDSKAP Pembiakkan Tumbuhan Secara Aseks Pembiakkan Tumbuhan Secara Cantuman Baji Kaedah cantuman kerap digunakan untuk memperoleh kepelbagaian warna bunga atau daun pada satu pokok. Cantuman baji Teknik cantuman baji dilakukan bagi menghasilkan pkok yang mempunyai daun dan bunga yang pelbagai warna. Berikut ialah cara- cara membuat cantuman baji khusus untuk pokok bunga kertas: Dahan pokok bunga kertas yang masih muda atau separa tua dipilih. Pucuknya dipotong dengan pisau tajam dan kemudiannya dibuat belahan berbentuk V dari atas hingga ke bawah sepanjang 0.5-1.0 cm. Pokok ini dinamakan pokok penanti. Sediakan sion (pucuk daripada pokok lain) sepanjang 4.0-6.0 cm, aitu dengan memilih dahan atau pucuk pokok bunga kertas yang dikehendaki. Buangkan daun dan tinggalkan sedikit dibahagian pucuk. Pangkal sion dipotong serong di kedua-dua belahnya sepanjang 0.5-1.0 cm berbentuk seperti baji. Masukkan sion di celah belahan berbenuk V di pokok penanti. Pastikan kedua-duanya melekap antara satu sama lain. Seterusnya, cantuman tersebut dibalut dengan tali rafia dan parafilem. Seterusnya, keseluruhan dahan cantuman tersebut dilindungi dengan balutan plastik lut sinar dan diletakkan di tempat yang teduh. Apabila tunas mula hidup, plastik lut sinar dan ikatan tali rafia dibuang. Hasil cantuman menghasilkan pokok bunga kertas yang cantik. Contoh Tanaman Pokok Bunga Kertas Pokok Bunga Puding Pokok Bunga Raya Disediakkan Oleh : En. M.Ghazali C.Omar [email protected]

description

aseks

Transcript of Landskap ∶ Cantuman Baji

Page 1: Landskap ∶ Cantuman Baji

LANDSKAP

Pembiakkan Tumbuhan Secara Aseks

Pembiakkan Tumbuhan Secara Cantuman Baji

Kaedah cantuman kerap digunakan untuk

memperoleh kepelbagaian warna bunga atau

daun pada satu pokok.

Cantuman baji

• Teknik cantuman baji dilakukan bagi

menghasilkan pkok yang mempunyai

daun dan bunga yang pelbagai warna.

Berikut ialah cara- cara membuat

cantuman baji khusus untuk pokok bunga

kertas:

• Dahan pokok bunga kertas yang

masih muda atau separa tua

dipilih. Pucuknya dipotong dengan

pisau tajam dan kemudiannya

dibuat belahan berbentuk V dari

atas hingga ke bawah sepanjang

0.5-1.0 cm. Pokok ini dinamakan

pokok penanti.

• Sediakan sion (pucuk daripada

pokok lain) sepanjang 4.0-6.0 cm,

aitu dengan memilih dahan atau

pucuk pokok bunga kertas yang

dikehendaki. Buangkan daun dan

tinggalkan sedikit dibahagian

pucuk. Pangkal sion dipotong

serong di kedua-dua belahnya

sepanjang 0.5-1.0 cm berbentuk

seperti baji.

• Masukkan sion di celah belahan

berbenuk V di pokok penanti.

Pastikan kedua-duanya melekap

antara satu sama lain. Seterusnya,

cantuman tersebut dibalut

dengan tali rafia dan parafilem.

• Seterusnya, keseluruhan dahan

cantuman tersebut dilindungi

dengan balutan plastik lut sinar

dan diletakkan di tempat yang

teduh. Apabila tunas mula hidup,

plastik lut sinar dan ikatan tali

rafia dibuang. Hasil cantuman

menghasilkan pokok bunga

kertas yang cantik.

Contoh Tanaman

• Pokok Bunga Kertas

• Pokok Bunga Puding

• Pokok Bunga Raya

Disediakkan Oleh :

En. M.Ghazali C.Omar

[email protected]