lampiran-b-hutan-bukit-belata-sg-jeloh

12
1 LAMPIRAN B PROGRAM PENGHUTANAN SEMULA HUTAN SIMPAN SUNGAI JELOH, DAERAH HULU LANGAT DAN HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA, DAERAH HULU SELANGOR PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS) PROGRAM PENGHUTANAN SEMULA DI ATAS KOMPARTMEN 1 DAN 2 SELUAS 200 HEKTAR DI HUTAN SIMPAN SUNGAI JELOH, DAERAH HULU LANGAT YANG DIUSAHAKAN OLEH SYARIKAT ALIRAN ANGSANA SDN BHD DAN SYARIKAT KINTA ISTIMEWA SDN BHD DAN KOMPARTMEN 6, 7 DAN 29 SELUAS 700 HEKTAR, DI HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA, DAERAH HULU SELANGOR YANG DIUSAHAKAN OLEH SYARIKAT MEIGRAND SDN BHD DAN SYARIKAT SIM SWEE HIN SDN BHD. MMKN pada ..... November 2009 bersetuju supaya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor mengelaskan semula maklumat ini di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi (AKTA 88)

description

lampiran-b-hutan-bukit-belata-sg-jeloh

Transcript of lampiran-b-hutan-bukit-belata-sg-jeloh

Page 1: lampiran-b-hutan-bukit-belata-sg-jeloh

1

LAMPIRAN B

PROGRAM PENGHUTANAN SEMULA

HUTAN SIMPAN SUNGAI JELOH, DAERAH HULU LANGAT

DAN

HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA, DAERAH HULU SELANGOR

PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

PROGRAM PENGHUTANAN SEMULA DI ATAS

KOMPARTMEN 1 DAN 2 SELUAS 200 HEKTAR DI HUTAN SIMPAN SUNGAI JELOH,

DAERAH HULU LANGAT YANG DIUSAHAKAN OLEH SYARIKAT ALIRAN ANGSANA SDN

BHD DAN SYARIKAT KINTA ISTIMEWA SDN BHD

DAN

KOMPARTMEN 6, 7 DAN 29 SELUAS 700 HEKTAR, DI HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA,

DAERAH HULU SELANGOR YANG DIUSAHAKAN OLEH SYARIKAT MEIGRAND SDN BHD

DAN SYARIKAT SIM SWEE HIN SDN BHD.

MMKN pada ..... November 2009 bersetuju supaya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor

mengelaskan semula maklumat ini di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi (AKTA 88)

Page 2: lampiran-b-hutan-bukit-belata-sg-jeloh

2

PENDAHULUAN

Kandungan lampiran ini dikemukan dalam beberapa bahagian iaitu

Lampiran B1: Hutan Simpan Sungai Jeloh

- Kronologi

- Maklumat syarikat-syarikat pemajak iaitu Kinta Istimewa Sdn Bhd dan Aliran Angsana

Sdn. Bhd.

- Maklumat perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani

- Kedudukan masa kini

Lampiran B2: Hutan Simpan Bukit Belata

- Kronologi

- Maklumat syarikat-syarikat pemajak iaitu Meigrand Sdn. Bhd. dan Sim Swee Hin Sdn.

Bhd.

- Maklumat perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani

- Kedudukan masa kini

Page 3: lampiran-b-hutan-bukit-belata-sg-jeloh

3

LAMPIRAN B1: HUTAN SIMPAN SUNGAI JELOH

KRONOLOGI

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 30/2004 bertarikh 8 Disember 2004

telah meluluskan kawasan untuk mengeluarkan kayu balak balak dari kawasan Projek

Pembangunan Terusan Air Untuk Tujuan Tebatan Banjir (PPTATTB) di Kompartmen 6, 7, 8 dan

11 Hutan Simpan Kuala Langat Utara, seluas 960 hektar seperti berikut:

i) Aliran Angsana Sdn Bhd (486 hektar di Blok A, Kompat.8 dan sebahagian 7)

ii) Kinta Istimewa Sdn. Bhd. (237 Hektar di Blok B, Kompt 22 dan sebahagian 7)

iii) Mega Storm Sdn. Bhd (237 Hektar di Blok C,Kompt 6)

Walaubagaimanapun MMKN 13/2005 yang berlangsung pada 8 Jun 2005 membuat keputusan

untuk mengekalkan perwataan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan membatalkan kelulusan

mengeluarkan saki baki kayu balak kepada syarikat-syarikat tersebut di atas. Ini adalah kerana

setelah penelitian yang dibuat oleh Jabatan Perhutanan, didapati bahawa PPTATTB termasuk

dalam Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di bawah rancangan Fizikal Negara (RFN).

Pada 14 Jun 2005, ketiga-tiga syarikat dimaklumkan melalui surat oleh Jabatan Perhutanan

Negeri Selangor mengenai pembatalan kelulusan yang telah diberi sebelum ini.

Sebelum itu Syarikat Kinta Istimewa Sdn. Bhd. telah menjelaskan RM57,406 dan Syarikat Aliran

Angsana Sdn. Bhd. telah menjelaskan RM95,129 sebagai bayaran pendaftaran,

cagaran,premium, fee lesen dan ukur sempadan. Selepas menerima surat pembatalan

kelulusan pembalakan di (PPTATTB) di Hutan Simpan Kuala Langat Utara, kedua-dua syarikat

ini memohon untuk mendapatkan kawasan ganti kepada kawasan-kawasan yang

kelulusannya dibatalkan.

MMKN 14/2006 pada 15 Februari 2006 membuat keputusan untuk menggantikan projek lain

dengan kos yang telah dijelaskan oleh pihak syarikat. Keputusan ini adalah berasaskan kertas

cadangan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian di mana asas pertimbangan adalah kerana

kawasan ganti diperlukan bagi menampung segala perbalanjaan dan masa yang telah

dikeluarkan oleh syarikat. Selain daripada itu, pihak syarikat telah merancang untuk

mengusaha kawasan ganti dengan hutan tani yang dapat meningkatkan bekalan kayu balak

melalui usaha penanaman secara ladang hutan. Menurut kertas cadangan yang sama,di

bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), projek ladang hutan

dengan spesies-spesies kayu hutan terutamanya kayu balak adalah digalakkan. Cadangan

pihak syarikat dilihat sebagai selaras dengan kehendak KPPK.

Ekoran dari keputusan ini, pada 16 Oktober 2006, EXCO MTES No 8/25/2006 meluluskan

kertas cadangan oleh Jabatan Pertanian (Kertas MTES No.:9/25/2006) yang memohon supaya

kelulusan-kelulusan berikut diberi:-

Page 4: lampiran-b-hutan-bukit-belata-sg-jeloh

4

- Syarikat Kinta Istimewa Sdn. Bhd. untuk menjalankan Projek Pertanian (Ladang

Hutan Getah) di Kompatmen 1, Hutan Jeloh, seluas 80 hektar bagi menggantikan

kelulusan kawasan pembalakan yang dibatalkan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara,

lebih kurang 237 hektar.

- Syarikat Aliran Angsana Sdn. Bhd. untuk menjalankan Projek Pertanian (Ladang

Hutan Getah) di Kompatmen 2, Hutan Jeloh, seluas 120 hektar bagi menggantikan

kelulusan kawasan pembalakan yang dibatalkan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara,

lebih kurang 486 hektar.

Mesyuarat Ahli Jemaah PKPS Bil 119 pada 10 Mei 2007 membincangkan perkara ini dan

meluluskan pajakan-pajakan tersebut di atas kepada kedua-dua syarikat tersebut bagi tempoh

25 tahun. Mesyuarat ini juga memberi mandat kepada Pengurusan PKPS untuk menetapkan

kadar pajakan dan menyediakan surat-surat perjanjian.

Berikutan dengan ini, MMK 27/2006 pada 8 November 2007 meluluskan pemberian memberi

konsesi tanah seluas 80 hektar kepada Kinta Istimewa Sdn. Bhd. manakala lesen penggunaan

tanah diberi kepada PKPS. Kinta Istimewa Sdn. Bhd. dikehendaki memajak lesen tersebut

daripada PKPS.

Mesyuarat yang sama juga meluluskan pemberian konsesi tanah seluas 120 hektar kepada

Aliran Angsana Sdn. Bhd. manakala lesen penggunaan tanah diberi kepada PKPS. Aliran

Angsana Sdn. Bhd. dikehendaki memajak lesen tersebut daripada PKPS.

MAKLUMAT SYARIKAT YANG BEROPERASI DI HUTAN SIMPAN SUNGAI JELOH

a) Syarikat Kinta Istimewa Sdn Bhd

Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 28 September 2009, status Syarikat

Kinta Istimewa Sdn. Bhd.status pada tarikh tersebut adalah ‘Dormant’. Alamat berdaftar

syarikat ini seperti yang disenaraikan dalam laporan yang sama, adalah 30A, Jalan

Melaka Raya 25, Taman Melaka Raya 75000 Melaka dan alamat perniagaannya adalah

9575 Kawasn Perindustrian Bukit Rambai, Melaka. Pengarah-pengarahnya adalah

seperti berikut:-

Nama K/P Alamat Tarikh Perlantikan

Yeo Kay Seet @ Yeo

Siew Chong

381210-71-5189 168, Bkt. Beruang

Heights, 75450

Melaka

14-3-2005

Tai Kee Lin 440202-04-5071 126, Taman

Peringgit Jaya,

75400 Melaka

14-3-2005

Malif Bin Ismail 691202-04-5481 Batu 7, Bukit Rambai 25-10-2007

Page 5: lampiran-b-hutan-bukit-belata-sg-jeloh

5

75250 Melaka

Tai Chee Ming 800116-04-5207 288 A Kampung

Lapan, 75200

Melaka

25-10-2007

Ahli lembaga pengarah asal adalah seperti berikut:

1. Mohd. Yazid bin Masian

2. Zanariah binti Jomri

3. Tai Kee Lin

4. Yeo Kay Seet @ Yeo Siew Chong

b) Syarikat Aliran Angsana Sdn. Bhd.

Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 28 September 2009 Syarikat Aliran

Angsana Sdn.Bhd.ditubuhkan pada 15 Januari 2001 dan jenis perniagaanya adalah

‘Cultivation of rubber on the forest reserve land’. Alamat berdaftar syarikat ini seperti

yang disenaraikan dalam laporan yang sama, adalah 30A, Jalan Melaka Raya 25,

Taman Melaka Raya 75000 Melaka Melaka dan alamat perniagaannya adalah 9575

Kawasn Perindustrian Bukit Rambai, Melaka. Pengarah-pengarahnya adalah seperti

berikut:-

Nama K/P Alamat Tarikh Perlantikan

Yeo Kay Seet @ Yeo

Siew Chong

381210-71-5189 245-C, Lorong 3,

Jalan Parameswara

75000 Melaka

21-9-2005

Tai Kee Lin 440202-04-5071 125, Taman

Peringgit Jaya 75400

Melaka

21-9-2005

Malif Bin Ismail 691202-04-5481 Batu 7, Bukit Rambai

75250 Melaka

21-9-2005

Tai Chee Ming 800116-04-5207 292-C Kampung

Lapan 75200 Melaka

21-9-2005

Ahli lembaga pengarah asal adalah seperti berikut:

1. Looi Si Hock

2. Thng Yau Hock

3. Tai Kee Lin

4. Tai Chee Ming

5. Yeo Kay Seet @ Yeo Siew Chong

Page 6: lampiran-b-hutan-bukit-belata-sg-jeloh

6

6. Malif bin Ismail

7. Tai Chee Ming

PERJANJIAN

Ekoran dari keputusan MMKN 27/2006 pada 8 November 2006 yang disebut di atas, Mesyuarat

Jemaah PKPS No. 119 pada 10 Mei 2007 memutuskan supaya lesen pengunaan tanah

dipajakkan kepada kedua syarikat-syarikat tersebut. Akta yang digunakan adalah Akta

Perhutanan Negara 1984 dan dengan kadar-kadar berikut dipersetujui:-

Kadar pajakan seperti berikut:

- Tahun 1 – 10: RM15 per hektar setahun

- Tahun 11 – 25: RM25 per hektar setahun

-

Selain itu syarikat-syarikat dikehendaki membayar cukai-cukai kepada Jabatan Perhutanan

Negeri yang mana kadarnya ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

‘License Agreement’ antara PKPS dengan Syarikat Kinta Istimewa Sdn. Bhd. ditandatangani

pada 27 Julai 2007, di mana PKPS telah memajakkan lesen pengunaan tanah selama 25

tahun bermula 2007 kepada syarikat ini. Pihak yang menderaf dan menyemak perjanjian

adalah Tetuan Al Sabri & Co. bagi pihak PKPS dan Tetuan Amy Yeo & Associates bagi pihak

Syarikat Kinta Istimewa Sdn. Bhd. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh

Dato' Haji Karim Marzuki, Pengurus Besar Kumpulan PKPS pada masa itu dan Haji Ahmad

Jamallullail b. Omar, Pengurus Kanan Kawalan Operasi PKPS pada masa tersebut. Bagi pihak

Kinta Istimewa Sdn Bhd, perjanjian ditandatangani oleh pengarah-pengarahnya iaitu Tai Chee

Ming,dan Malif bin Ismail, Pengarah Syarikat Kinta Istimewa Sdn Bhd.

Perjanjian ‘License Agreement’ antara PKPS dengan Syarikat Aliran Angsana Sdn.Bhd.

ditandatangani pada 27 Julai 2007, di mana PKPS telah memajakkan lesen pengunaan tanah

selama 25 tahun bermula 2007 kepada syarikat ini. Pihak yang menderaf dan menyemak

perjanjian adalah Tetuan Al Sabri & Co bagi pihak PKPS dan Tetuan Amy Yeo & Associates

bagi pihak Syarikat Aliran Angsana Sdn. Bhd. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut

ditandatangani oleh Dato' Haji Karim Marzuki, Pengurus Besar Kumpulan PKPS pada masa itu

dan Haji Ahmad Jamallullail b. Omar, Pengurus Kanan Kawalan Operasi PKPS pada masa

tersebut. Bagi pihak Aliran Angsana Sdn Bhd, perjanjian ditandatangani oleh pengarah-

pengarahnya iaitu Tai Chee Ming,dan Malif bin Ismail, Pengarah Syarikat Kinta Istimewa Sdn

Bhd.

Berdasarkan perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani, unjuran pendapatan PKPS

berbanding dengan syarikat-syarikat pemajak yang disenaraikan di carta berikut menujukkan

Page 7: lampiran-b-hutan-bukit-belata-sg-jeloh

7

yang untuk tempoh lebih dari 20 tahun, PKPS akan mendapat RM70 ribu bagi pajakan tanah

seluas 200 hektar di Hutan Simpan Sungai Jeloh ini.

CARTA UNJURAN PENDAPATAN PKPS BERBANDING SYARIKAT PEMAJAK BAGI TEMPOH

TAHUN 2001 HINGGA 2024

BIL SYARIKAT PENDAPATAN PKPS SYARIKAT PEMAJAK

Hasil Pajakan

(RM)

Royalti

Balak (RM)

Hasil

Ladang

(RM)

Jumlah Pendapatan Keuntungan

1. Kinta Istimewa Sdn.

Bhd.

28,000 0 0 28,000 11,113,920 (1,018,579)

2. Aliran Angsana Sdn.

Bhd.

42,000 0 0 42,000 16,670,880 1,202,467

JUMLAH 70,000 0 0 70,000 97,524,648 183,888

(Source: PKPS Oktober 2009)

KEDUDUKAN TERKINI PROJEK PERHUTANAN SEMULA DI HUTAN SIMPAN SUNGAI

JELOH

Pada masa ini, keseluruhan kawasan telah dibangunkan oleh kedua syarikat-syarikat pemajak

dengan aktiviti projek ladang getah balak (latex timber clone, LTC).

Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009 adalah

sebanyak RM12,600 iaitu

Sehingga bulan Oktober 2009, Syarikat Aliran Angsana Sdn. Bhd. telah membayar pajakan

sebanyak RM7,200 kepada PKPS dan Syarikat Kinta Istimewa Sdn. Bhd. tealh membayar

pajakan sebanyak RM5,400 kepada PKPS.

Page 8: lampiran-b-hutan-bukit-belata-sg-jeloh

8

LAMPIRAN B2: HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA

KRONOLOGI

Pada 31 Jan 2007, MMKN 4/2007 memberi kelulusan kepada Syarikat Meigrand Sdn Bhd

untuk menjalankan Projek Ladang Getah di menjalankan Projek Ladang Getah di Kompatmen

5, 6, 7, 22, seluas 202.34 hektar di Hutan Simpan Bukit Belata, Daerah Hulu Selangor. Projek

Ladang Getah ini dikehendaki dijalankan secara usaha-sama (JV) dengan mana-mana

subsidiari Kerajaan Negeri.

Pada 10 Oktober 2007, MMKN 29/2007 memberi kelulusan juga diberi kepada Syarikat Sim

Swee Hin Sdn. Bhd. untuk menjalankan Projek Ladang Getah di Kompatmen 7 dan 29, seluas

501 hektar di Hutan Simpan Bukit Belata, Daerah Hulu Selangor. Projek Ladang Getah ini

dikehendaki dijalankan secara usaha-sama (JV) dengan mana-mana subsidiari Kerajaan

Negeri.

Kelulusan-kelulusan tersebut adalah berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984, Enakmen

(Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 (pindaan 1993).

Pada 14 Januari 2008, Mesyuarat Jemaah Ahli Majlis PKPS ke 121 meluluskan cadangan

usahasama syarikat-syarikat tersebut dengan PKPS.

MAKLUMAT SYARIKAT YANG BEROPERASI DI HUTAN SIMPAN BUKITBELATA

a) Syarikat Meigrand Sdn.Bhd.

Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 28 September 2009 Syarikat

Meigrand Sdn.Bhd. ditubuhkan pada 28 September 1987 dan ianya didaftarkan sebagai

Investment Holding Company. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan

dalam laporan yang sama, adalah Unit 210C, Phileo Damansara 1, Seksyen 16,

Petaling Jaya dan alamat perniagaannya adalah 9575 Kaw Perindustrian Bukit Rambai

Melaka. Pengarah-pengarahnya Syarikat Meigrand Sdn. Bhd, adalah seperti berikut:-

Nama K/P Alamat Tarikh Perlantikan

Tan Hooi Poh 720302-07-5178 11, Solok Tembaga Tiga, Green Lane, 11600 Georgetown, Penang

20-1-2003

Tai Kee Lin 440202-04-5071 125, Taman Peringgit Jaya, 75400 Melaka

28-9-1987

Yeo Kay Seet @ Yeo Siew Chong

381210-71-5189 245-C, Lorong Tiga, Jalan Bandar Hilir, 75000 Melaka

1-4-1994

Tai Chee Ming 800116-04-5207 292-C, Kampung Lapan, 75200 Melaka

12-12-2003

Page 9: lampiran-b-hutan-bukit-belata-sg-jeloh

9

Ahli lembaga pengarah asal adalah seperti berikut:

1. Tai Chee Ming

2. Tan Hooi Poh

3. Tai Kee Lin

4. Yeo Kay Seet @ Yeo Siew Chong

b) Syarikat Sim Swee Hin Sdn. Bhd.

Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 7 Mac 2008 Syarikat Sim Swee Hin

Sdn. Bhd.ditubuhkan pada 22 April 2004 dan jenis perniagaannya adalah Trading in

Timber and Investment in Shares. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang

disenaraikan dalam laporan yang sama, adalah 30A, Jalan Melaka Raya 25, Taman

Melaka Raya, 75000 Melaka dan alamat perniagaannya adalah 12B, Jalan Melaka Raya

15, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka. Pengarah-pengarahnya Syarikat Sim Swee

Hin Sdn. Bhd, adalah seperti berikut:-

Nama K/P Alamat Tarikh Perlantikan

Yeo Kay Seet @ Yeo Siew Chong

381210-71-5189 168, Bkt. Beruang Heights, 75450 Melaka

1-4-1994

Tai Kee Lin 440202-04-5071 125, Taman Peringgit Jaya, 75400 Melaka

30-12-1994

Tan Mem Buay 610314-04-5120 3589-C, Jalan Bacang 75300 Melaka

30-12-1994

Ahli lembaga pengarah asal adalah seperti berikut:

1. Tan Mem Buay

2. Tai Kee Lin

3. Yeo Kay Seet @ Yeo Siew Chong

Page 10: lampiran-b-hutan-bukit-belata-sg-jeloh

10

PERJANJIAN

Ekoran dari keputusan MMKN ini, kedua-dua Syarikat Meigrand Sdn Bhd dan Syarikat Sim

Swee Hin Sdn. Bhd. telah mengenalpasti PKPS sebagai syarikat usaha sama untuk projek

perladangan ini.

Mesyuarat Jemaah Majlis Ahli PKPS No 121 pada 14 Januari 2008 meluluskan cadangan

usahasama antara PKPS dan Syarikat Meigrand Sdn. Bhd untuk melaksanakan Projek

Tanaman Pokok Balak Getah di Kompatmen 5, 6,7 dan 22 Hutan Simpan Bukit Belata seluas

202 Ha.

Mesyuarat Jemaah yang sama juga meluluskan cadangan usahasama antara PKPS dan

Syarikat Sim Swee Hin Sdn. Bhd untuk melaksanakan Projek Tanaman Pokok Balak Getah di

Kompatmen 7 dan 29 seluas 501 hektar di Hutan Simpan Bukit Belata

Sejurus itu, Syarikat Meigrand Sdn Bhd melalui Board of Resolution pada 4 Mac 2008

bersetuju untuk memasuki usaha sama (JV) dengan PKPS.

Pada tarikh yang sama, iaitu 4 Mac 2008, Syarikat Sim Swee Hin Sdn Bhd melalui Board of

Resolution bersetuju untuk memasuki usaha sama (JV) dengan PKPS.

‘Joint Venture Agreement’ antara PKPS dengan Syarikat Meigrand Sdn.Bhd. ditandatangani

pada 19 Mac 2008, di mana PKPS telah memajakkan lesen pengunaan tanah selama 25 tahun

kepada syarikat ini. Pihak yang menderaf dan menyemak perjanjian bagi pihak PKPS adalah

Bahagian Kesetiausahaan dan Perundangan PKPS dan bagi pihak Syarikat Meigrand Sdn Bhd,

Tetuan Amy Yeo & Associates. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Hj

Mohd Nordin bin Darhan, Pemangku Pengurus Besar PKPS pada masa tersebut dan Aqmal

Azam bin Ahmad Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Pembangunan Perniagaan. Bagi pihak

Meigrand Sdn Bhd, perjanjian ditandatangani oleh pengarah-pengarahnya iaitu Tai Chee Ming

dan Tan Hooi Poh.

Kadar pajakan adalah seperti berikut

- Tahun 1 – 10: RM 7,500 setahun

- Tahun 11 - 24 : RM 12,500 setahun

- Tahun 25: Perkongsian keuntungan projek sebanyak 30% daripada keuntungan atau

RM 100,000, di mana kadar yang lebih tinggi akan diambil kira.

Selain itu syarikat dikehendaki membayar cukai-cukai kepada Jabatan Perhutanan Negeri yang

mana kadarnya ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

‘Joint Venture Agreement’ antara PKPS dengan Syarikat Sim Swee Hin Sdn.Bhd.

ditandatangani pada 19 Mac 2008, di mana PKPS telah memajakkan lesen pengunaan tanah

selama 25 tahun kepada syarikat ini. Pihak yang menderaf dan menyemak perjanjian bagi

pihak PKPS adalah Bahagian Kesetiausahaan dan Perundangan PKPS dan bagi pihak Syarikat

Sim Swee Hin Sdn Bhd, Tetuan Amy Yeo & Associates. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut

ditandatangani oleh Hj Mohd Nordin bin Darhan, Pemangku Pengurus Besar PKPS pada masa

tersebut dan Aqmal Azam bin Ahmad Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Pembangunan

Page 11: lampiran-b-hutan-bukit-belata-sg-jeloh

11

Perniagaan. Bagi pihak Sim Swee Hin Sdn Bhd, perjanjian ditandatangani oleh pengarah-

pengarahnya iaitu Tan Mem Boay dan Yeo Kay Seet @ Yeo Siew Chong.

Kadar premium yang ditetapkan dalam perjanjian tersebut di atas adalah RM2000 per hektar

dan kadar-kadar pajakan adalah seperti berikut

- Tahun 1 – 10: RM 3,000 setahun - Tahun 11 - 24 : RM 5,000 setahun

- Tahun 25: Perkongsian keuntungan projek sebanyak 30% daripada keuntungan atau

RM 100,000, di mana kadar yang lebih tinggi akan diambil kira.

Selain itu syarikat dikehendaki membayar cukai-cukai kepada Jabatan Perhutanan Negeri yang

mana kadarnya ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

Berdasarkan perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani, unjuran pendapatan PKPS

berbanding dengan syarikat-syarikat pemajak yang disenaraikan di carta berikut menujukkan

yang untuk tempoh lebih dari 20 tahun, PKPS akan mendapat RM227,500 bagi pajakan tanah

seluas 700 hektar di Hutan Simpan Sungai Jeloh ini, manakala syarikat-syarikat pemajak

dijangka mendapat keuntungan sebanyak RM18 juta.

CARTA UNJURAN PENDAPATAN PKPS BERBANDING SYARIKAT PEMAJAK BAGI TEMPOH

TAHUN 2001 HINGGA 2024

BIL SYARIKAT PENDAPATAN PKPS SYARIKAT PEMAJAK

Hasil Pajakan

(RM)

Royalti

Balak (RM)

Hasil

Ladang

(RM)

Jumlah Pendapatan Keuntungan

1. Meigrand Sdn. Bhd. 65,000 0 0 65,000 28,062,648 3,151,011

2. Sim Swee Hin Sdn.

Bhd.

162,500 0 0 162,500 69,462,000 15,658,000

JUMLAH 227,500 0 0 227,500 97,524,648 18,809,011

(Source: PKPS Oktober 2009)

Page 12: lampiran-b-hutan-bukit-belata-sg-jeloh

12

KEDUDUKAN TERKINI PROJEK PERHUTANAN SEMULA DI HUTAN SIMPAN BUKIT

BELATA

Buat masa kini, seluas 200 hektar yang diberi konsesi kepada Syarikat Meigrand Sdn. Berhad

telah dibangunkan oleh syarikat pemajak dengan aktiviti projek ladang getah balak (latextimber

clone, LTC).

Kawasan seluas 500 hektar yang diberi kepada Syarikat Sim Swee Hin Sdn. Bhd, belum

dibangunkan kerana PKPS telah membekukan permohonan lesen penggunaan tanah kepada

Jabatan Perhutanan Negeri. Buat masa ini, Kerajaan Negeri telah mengarahkan supaya

Jabatan Perhutanan Negeri membayar semula kesemua bayaran-bayaran yang telah dibuat

oleh syarikat ini dan membatalkan lesen pajakan yang telah diberi.

Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009 adalah

sebanyak RM21,000 iaitu :-

Sehingga bulan Oktober 2009, Syarikat Syarikat Meigrand Sdn. Bhd. telah membayar pajakan

sebanyak RM15,000 kepada PKPS dan Sim Swee Hin Sdn. Bhd. telah membayar pajakan

sebanyak RM6,000 kepada PKPS.