LAMPIRAN 2 - hep1.uitm.edu.my · PDF fileNaib Canselor/Timbalan Rektor Hal Ehwal...
Transcript of LAMPIRAN 2 - hep1.uitm.edu.my · PDF fileNaib Canselor/Timbalan Rektor Hal Ehwal...
LAMPIRAN 2
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
ANUGERAH TOKOH SISWA 2017
1
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
ANUGERAH TOKOH SISWA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
1) Penyertaan adalah terbuka kepada semua mahasiswa IPT warganegara
Malaysia yang belajar secara sepenuh masa di peringkat Diploma atau
Ijazah Sarjana Muda sahaja kecuali bagi Kategori Anugerah Pemimpin Pelajar
Antarabangsa.
2) Pencalonan bagi Kategori Anugerah Pemimpin Pelajar Antarabangsa hanya
dibuka kepada mahasiswa antarabangsa di IPT yang belajar secara sepenuh
masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja.
3) Calon hendaklah masih dalam tempoh pengajian semasa permohonan dibuat.
4) Penilaian adalah bagi pencapaian dan program yang dianjurkan sepanjang sesi
2016/2017 (bermula 1 September 2016 hingga 31 Ogos 2017) sahaja.
5) Calon mestilah memiliki CGPA TERKINI sekurang-kurangnya 3.00.
6) Pencalonan mestilah dibuat oleh Penasihat Kelab/Persatuan/Dekan/Pegawai
Hal Ehwal Pelajar/Pensyarah/Pengetua Kolej Kediaman sahaja (BUKAN
Mahasiswa).
7) Borang pencalonan yang telah lengkap hendaklah disahkan oleh Timbalan
Naib Canselor/Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar/Pengarah HEP/Pengarah
Politeknik/Pengarah Kolej Komuniti sahaja.
8) Calon hendaklah mengemukakan HANYA 2 PROGRAM SAHAJA YANG
MENUNJUKKAN PENCAPAIAN BERSAMA-SAMA BUKTI yang dilaksanakan
pada sesi 2016/2017 (1 September 2016 hingga 31 Ogos 2017).
2
9) Borang yang telah lengkap diisi mestilah melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar
IPT masing-masing dan dikemukakan kepada urus setia selewat-lewatnya
pada 26 Disember 2017 jam 4.00 petang melalui serahan tangan atau pos
berdaftar ke alamat berikut:
Urus setia
Anugerah Tokoh Siswa 2017
Bahagian Pembangunan Mahasiswa
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No.2 Menara 2, Jln. P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
10) Setiap IPT hanya dibenarkan MENGHANTAR SATU PENCALONAN bagi
setiap kategori anugerah yang dipertandingkan.
11) Setiap IPT hanya dibenarkan MENGHANTAR 3 PENCALONAN sahaja bagi
Penghargaan Khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.
12) Penerima Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi (Tokoh Siswa Kebangsaan)
TIDAK DIBOLEH dicalonkan lagi untuk tahun berikutnya.
13) Borang yang Tidak Lengkap atau Lewat Diterima TIDAK akan diproses.
14) Keputusan Jawatankuasa Teknikal Anugerah Tokoh Siswa adalah
MUKTAMAD.