Kursus Cadd Nota

download Kursus Cadd Nota

of 18

  • date post

    05-Apr-2018
  • Category

    Documents

  • view

    267
  • download

    1

Embed Size (px)

Transcript of Kursus Cadd Nota

  • 7/31/2019 Kursus Cadd Nota

    1/18

    1

    Disediakan oleh ;Pn Ros Eliana Bt Ahmad Zuki

    Pensyarah JKH, IPGKTI

    TUTORIAL 1 - PENGENALAN KEPADA PERISIAN AUTOCAD

    Autocad

    Autocad adalah satu perisian atau aplikasi bantuan komputer yang digunakan untuk membuat

    lakaran dalam lukisan teknikal dan kejuruteraan bagi sesebuah bahagian atau barang keluaran,

    termasuk keseluruhan bangunan dan alam sekitarnya.

    Kalau dulunya, kita memerlukan peralatan serta meja melukis untuk menghasilkan suatu lukisan

    kejuruteraan, tetapi dengan adanya perisian seperti Autocad ini, kita sudah boleh melupakan semua

    itu dan hanya memerlukan satu set lengkap termasuk sebuah komputer dan mesin pencetak lukisan.

    Dengan adanya semua ini menjadikan kerja kita bertambah tepat serta pantas jika dibandingkan

    dengan sebelumnya.

    Rekabentuk awal sesuatu rancangan pembinaan akan menggunakan aplikasi autocad yang

    berbantukan komputer untuk menghasilkan lukisan lengkap sesuatu yang hendak dibina itu.

    http://3.bp.blogspot.com/-ePD7UtLb_zA/TaJR2cyf74I/AAAAAAAAAhI/KOgXSvQSZuc/s1600/cad_teamL.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-k4vo7ty2Haw/TaFb59j1GUI/AAAAAAAAAgg/n1ZAirEV_Es/s1600/cad01.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-ePD7UtLb_zA/TaJR2cyf74I/AAAAAAAAAhI/KOgXSvQSZuc/s1600/cad_teamL.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-k4vo7ty2Haw/TaFb59j1GUI/AAAAAAAAAgg/n1ZAirEV_Es/s1600/cad01.jpg
  • 7/31/2019 Kursus Cadd Nota

    2/18

    2

    Disediakan oleh ;Pn Ros Eliana Bt Ahmad Zuki

    Pensyarah JKH, IPGKTI

    Begitu juga dalam pembinaan infrastruktur sebagai contoh; pembinaan jalanraya, jambatan,

    bangunan dan sebagainya, yang melibatkan kerja-kerja kejuruteraan. Para jurutera dan

    perekabentuk akan menggunakan perisian Autocad bagi membantu serta memudahkan kerja-kerja

    rekabentuk dalam bidang masing-masing.

    Kebiasaannya, individu yang sering menggunakan perisian Autocad adalah terdiri dari para jurutera,

    pereka bentuk, pelukis pelan, pelajar-pelajar kolej dan lain-lain.

    Perisian Autocad sering dinaiktaraf setiap masa oleh pembangunnya iaitu Autodesk. Antara usaha-

    usaha yang paling utama dilakukan Autodesk ialah membuat jaringan serta gabungan dengan

    syarikat-syarikat perisian rekabentuk yang lain bagi mengembangkan sayap perniagaan mereka.

    Gambar diatas adalah contoh pakej perisian Autocad yang terkini keluaran dari Autodesk.

    Perisian Autocad ada bermacam-macam jenis dan pelbagai kegunaan. Sebagai contoh kalau anda

    bekerja dilapangan industri misalnya, perisian Autocad yang sesuai adalah dari jenis Autocad

    Mekanikal, Autocad 3d Model dan kalau anda dilapangan kejuruteraan Awam, Autocad Civil Design,

    Civil 3D atau Land Desktop adalah yang terbaik.

    Berbagai-bagai jenis perisian Autocad ada dipasaran. Anda harus memilih kesesuaiaan dengan

    tugasan anda.

    http://4.bp.blogspot.com/-okmI3wAi6zM/TaFdfQPw_qI/AAAAAAAAAgo/WNGfYm3pQL0/s1600/cad03.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-L0izmuhb618/TaFdS_zGKyI/AAAAAAAAAgk/xwnY_r63icQ/s1600/cad02.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-D8aGpyRsj4E/TaJTygAJ8CI/AAAAAAAAAhQ/UeKRtKN9tec/s1600/PW100901045L4.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-sQZ7DZDsDps/TaJTUMaorZI/AAAAAAAAAhM/XeJNIQPFVrc/s1600/resourcecenter.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-okmI3wAi6zM/TaFdfQPw_qI/AAAAAAAAAgo/WNGfYm3pQL0/s1600/cad03.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-L0izmuhb618/TaFdS_zGKyI/AAAAAAAAAgk/xwnY_r63icQ/s1600/cad02.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-D8aGpyRsj4E/TaJTygAJ8CI/AAAAAAAAAhQ/UeKRtKN9tec/s1600/PW100901045L4.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-sQZ7DZDsDps/TaJTUMaorZI/AAAAAAAAAhM/XeJNIQPFVrc/s1600/resourcecenter.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-okmI3wAi6zM/TaFdfQPw_qI/AAAAAAAAAgo/WNGfYm3pQL0/s1600/cad03.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-L0izmuhb618/TaFdS_zGKyI/AAAAAAAAAgk/xwnY_r63icQ/s1600/cad02.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-D8aGpyRsj4E/TaJTygAJ8CI/AAAAAAAAAhQ/UeKRtKN9tec/s1600/PW100901045L4.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-sQZ7DZDsDps/TaJTUMaorZI/AAAAAAAAAhM/XeJNIQPFVrc/s1600/resourcecenter.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-okmI3wAi6zM/TaFdfQPw_qI/AAAAAAAAAgo/WNGfYm3pQL0/s1600/cad03.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-L0izmuhb618/TaFdS_zGKyI/AAAAAAAAAgk/xwnY_r63icQ/s1600/cad02.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-D8aGpyRsj4E/TaJTygAJ8CI/AAAAAAAAAhQ/UeKRtKN9tec/s1600/PW100901045L4.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-sQZ7DZDsDps/TaJTUMaorZI/AAAAAAAAAhM/XeJNIQPFVrc/s1600/resourcecenter.jpg
  • 7/31/2019 Kursus Cadd Nota

    3/18

    3

    Disediakan oleh ;Pn Ros Eliana Bt Ahmad Zuki

    Pensyarah JKH, IPGKTI

    TUTORIAL 2 -MEMULAKAN LUKISAN AUTOCAD DWG

    Selepas kita mengetahui serba sedikit mengenai Autocad dan kegunaannya, kini saya akan

    menyambung dengan tutorial yang ke 2 ..

    Saya pasti anda sudah pun sedia memiliki salah satu daripada beberapa jenis perisian Autocad

    didalam komputer anda. Pada umumnya semua jenis perisian itu adalah sama pada cara membuka

    fail, menyimpan fail dan perkara-perkara yang menjadi asas pertama kali anda membukanya.

    Setelah anda selesai memasukkan perisian Autocad kedalam komputer, anda telah boleh

    menggunakannya pada bila-bila masa. Untuk memasuki ke perisian tersebut anda perlu membuka

    aplikasinya sama seperti anda memasuki aplikasi-aplikasi yang lain.

    Langkah-langkah memulakan operasinya seperti dibawah:

    1. Klik pada ikon Autocad pada paparan desktop dan anda dibawa ke aplikasi Autocad.

    2. Untuk permulaan Autocad akan memaparkan tetingkap memilih lukisan seperti dibawah

    3. Pada peringkat permulaan, untuk menghasilkan lukisan 2D, sila pilih autocad classic dan klik ok

  • 7/31/2019 Kursus Cadd Nota

    4/18

    4

    Disediakan oleh ;Pn Ros Eliana Bt Ahmad Zuki

    Pensyarah JKH, IPGKTI

    4. Gambarajah menunjukkan paparan paramuka untuk melukis sesuatu lukisan. Ini lah paparan

    utama tempat kita melukis. Di sekeliling paparan ini terdapat pelbagai 'tool' atau peralatan yang

    digunakan semasa melukis yang kita akan pelajari dalam tutorial yang akan datang.

    tetapi

    Jika terdapat lukisan sediada anda hanya perlu memilih lukisan yang perlu dibuka.

    5. Sebelum memulakan lukisan, setkan saiz kertas yang dikehendaki, dengan memberi arahan

    limits seperti berikut pada ruang command

    Command: limits

    Reset Model space limits:

    Specify lower left corner or [ON/OFF] : 0,0

    Specify upper right corner : 420,297

    catatan: saiz A3 - 420,297

    saiz A4 - 297,210

    5. Anda boleh menyimpan fail ini dengan cara memilih arahan saveas pada tombol File.

  • 7/31/2019 Kursus Cadd Nota

    5/18

    5

    Disediakan oleh ;Pn Ros Eliana Bt Ahmad Zuki

    Pensyarah JKH, IPGKTI

    dalam TuTUTORIAL 3 - MENGENAL PERKAKASAN UNTUK MELUKIS (DRAWING TOOL)

    Pada tutorial yang lepas, kita belajar bagaimana hendak membuka serta menyimpan lukisan

    Autocad. Pada tutorial kali ini, kita akan mempelajari bagaimana hendak memulakan kerja melukis.

    Sebelum anda mula melukis,anda mungkin tertanya tanya bagaimanakah mahu memulakannya?

    Apakah yang harus anda lakukan dulu? Ya, sudah semestinya banyak soalan yang berlegar di fikiran

    anda.

    Maklumlah sesuatu yang baru bagi anda. Sudah tentu ada yang tidak ketahuan. Saya semasa baru-

    baru belajar Autocad dulu pun teraba-raba untuk memulakannya.

    Cara melukis dipaparan Autocad tidak banyak bezanya melukis di atas sehelai kertas. Cuma bezanya

    dalam Autocad kita perlu tahu dan memahami apakah fungsi setiap perkakasan (tool icon) yang

    terdapat disekitarnya.

    Pada permulaannya semasa aplikasi dibuka, Autocad akan memaparkan paparan melukis pada

    keadaan biasa dimana disekeliling ruangannya disediakan dengan beberapa ikon arahan untuk

    kemudahan melukis.

    Antaranya seperti Menu bar, Layer Control bar, Toolbar icons, Drawing interface, UCS, Command

    line, Layout tab dan sebagainya. Sila lihat gambar dibawah;

    http://4.bp.blogspot.com/-VOHY6SJBmYI/TaJhEwxYRGI/AAAAAAAAAh0/zoqoSBvTFQI/s1600/pening.JPG
  • 7/31/2019 Kursus Cadd Nota

    6/18

    6

    Disediakan oleh ;Pn Ros Eliana Bt Ahmad Zuki

    Pensyarah JKH, IPGKTI

    Gambarajah menunjukkan paparan menu-menu utama pada ruangan melukis.

    Drawing interface ( Ruang Melukis)

    Disinilah tempat bermulanya aktiviti melukis. Anda akan menggunakan banyak masa anda dari awal

    hingga siap lukisan disini. Pada kebiasaan warna latar belakangnya adalah hitam, tetapi anda boleh

    menukar kepada warna kegemaran anda dengan menukar entiti dalam tetingkap arahan option.

    Taipkan OP pada command, dengan melalui beberapa langkah, anda akan dibenarkan

    melakukannya.

    ..taip OP > Option > Display > Colors > Color Options > ..pilih warna kesukaan anda.

    Menu Bar (Panel Menu)

    Pada sisi atas paparan melukis terdapat pelbagai papan menu yang terkandung menu tarik

    (pulldown menu) untuk kegunaan melukis. Menu ini juga dikenali floating menu. Anda boleh

    memasukkan atau membuang sebarang menu dari papan menu ini dengan menaip menuload pada

    command line.

    http://3.bp.blogspot.com/_uxa5dLeejhw/SoQjjyY9KiI/AAAAAAAAAGI/vjEvb2Qpojo/s1600-h/AUTOCAD06.JPG
  • 7/31/2019 Kursus Cadd Nota

    7/18

    7

    Disediakan oleh ;Pn Ros Eliana Bt Ahmad Zuki

    Pensyarah JKH, IPGKTI

    Gambarajah menunjukkan lokasi floating menu dan toolbar icons

    Anda boleh mengoptimumkan kondisi menu bar dengan mengisikan menu-menu yang berkaitan

    tugasan anda. Katalah anda seorang jurutera sivil, anda perlukan menu-menu yang berupa kerja-

    kerja sivil. Begitu juga kalau anda seorang jurutera mekanikal, anda perlu mengisi menu-menu yang

    berkaitan mekanikal. Semuanya bergantung kepada jenis perisian Autocad yang anda gunakan.

    ..taip 'menuload' > Menu Customization > Menu Bar > sila masukkan pilihan anda.