Kursus Asas Powerpoint
description
Transcript of Kursus Asas Powerpoint
1
KURSUS ASAS POWERPOINT
(Meletakkan gambar, menjadikan gambar sebagai latar belakang, membuat pautan)
MEMASUKKAN GAMBAR KE DALAM SLAID
1. Buka fail ‘Persembahan 1’ yang telah dibuat ketika kursus siri 1 sebelum ini.
2. Pilih slaid pertama. Klik Insert pada bar menu Picture From File (Rajah 1)
3. Kotak Insert Picture seperti Rajah 2 akan muncul di paparan skrin anda.
4. Klik tanda ‘V’ pada ruangan Look in atau pilih senarai pada panel kiri kotak Insert Picture
untuk mencari lokasi fail / gambar yang ingin digunakan disimpan (rujuk Rajah 2).
Sebagai contoh, klik Desktop untuk mendapatkan gambar ‘SEKOLAH.jpg’. (Rajah 3)
5. Klik View Thumbnails untuk mendapatkan paparan fail / gambar yang lebih jelas.
(Rajah 4)
Rajah 1
Rajah 2
Klik di sini untuk mencari lokasi fail / gambar disimpan
2
6.
6.
6.
6. Klik pada gambar ‘SEKOLAH.jpg’,
kemudian klik butang Insert yang
terdapat di penjuru kanan paling
bawah pada kotak Insert Picture. (rujuk Rajah 4)
7. Gambar SEKOLAH.jpg tersebut akan terpapar pada slaid (Rajah 5)
8. Anda boleh mengubahsuai kedudukan atau saiz gambar tersebut. (rujuk Rajah 6)
MENJADIKAN GAMBAR SEBAGAI LATAR SLAID (BACKGROUND)
View
Rajah 3
Rajah 4
Insert
Rajah 5 Rajah 6
3
1. Klik pada gambar SEKOLAH.jpg. Besarkan saiznya sehingga meliputi keseluruhan
permukaan slaid (Rajah 7). Perhatikan bahawa teks juga telah terlindung di sebalik
gambar tersebut.
2. Teks tersebut boleh diperlihatkan semula tanpa perlu menaip sekali lagi.
3. Bawakan tetikus kepada gambar, kemudian klik butang kanan tetikus. Pastikan
senarai seperti Rajah 8 muncul pada skrin anda.
4. Klik Order Send To Back (Rajah 9), untuk
meletakkan gambar tersebut berada di belakang
teks (Rajah 10)
Rajah 7
Rajah 8
4
5. Anda boleh ubahsuai warna atau bentuk tulisan sekiranya tidak bersesuaian dengan
latar belakang slaid.
MEMBUAT PAUTAN (LINK) DI DALAM PERSEMBAHAN POWERPOINT MENGGUNAKAN
FUNGSI HYPERLINK
Rajah 9
Rajah 10
5
Pautan Diantara Slaid
I. Perkataan (Teks)
1. Pilih slaid ke-2, iaitu ‘Mengenai SMAPT’.
2. Hitamkan (highlight) perkataan ‘Sejarah’. Kemudian klik Insert Hyperlink (Rajah 11)
3. Satu kotak Insert Hyperlink akan terpapar di skrin . (Rajah 12)
4. Panel sebelah kiri di kotak tersebut menunjukkan lokasi fail atau dokumen yang ingin
anda hubungkan dengan perkataan ‘Sejarah’ tadi. Dalam tugasan ini, anda perlu klik
pada ‘Place in This Document’ kerana slaid yang anda ingin hubungkan dengan
perkataan tersebut berada dalam dokumen powerpoint yang sama. (rujuk Rajah 12)
5. Seterusnya, anda boleh pilih diantara slaid-slaid yang disenaraikan yang sesuai
dihubungkan dengan perkataan yang anda pilih. Sebelum ini, anda telah pilih perkataan
‘Sejarah’, dan slaid yang sesuai adalah slaid 3.
6. Klik pada Slide Titles yang ke-3, iaitu SEJARAH (rujuk Rajah 12)
7. Setelah selesai, perhatikan bahawa perkataan Sejarah tersebut akan berubah dari warna
asal.
8. Untuk menguji sama ada Hyperlink anda berfungsi dengan betul atau tidak, klik Slide
Show View Show. Sekiranya anda gerakkan penunjuk tetikus pada perkataan Sejarah,
anak panah tersebut akan bertukar kepada bentuk tangan. Tekan tetikus. Sekiranya
Rajah 11
Rajah 12
6slaid Mengenai SMAPT tadi berubah kepada slaid Sejarah, bermaksud anda telah
membuat Hyperlink dengan betul. (rujuk Rajah 13)
II. Bentuk / Simbol
1. Klik pada slaid ke-3, iaitu slaid SEJARAH.
2. Kemudian, klik pada butang Autoshapes yang terdapat pada Toolbar Drawing, berada
di bawah penjuru sebelah kiri skrin. (rujuk Rajah 14)
3. Terdapat pelbagai bentuk yang boleh kita gunakan untuk dijadikan simbol Hyperlink,
tetapi untuk tugasan ini kita gunakan Action Buttons Home (bentuk seperti rumah)
(Rajah 15)
Rajah 13
7
4. Kemudian, bawakan anak panah tetikus ke arah
penjuru kanan sebelah bawah slaid Sejarah dan lukiskan Button Home yang telah dipilih
sebelum ini (rajah 16). * Pastikan semasa melukis bentuk tersebut, jangan lepaskan
tetikus sebelum bentuk tersebut siap mengikut kehendak anda.
5. Apabila anda selesai melukis Button (lepaskan tetikus), satu kotak Action Settings akan
muncul pada skrin (rujuk Rajah 16). Anda boleh tentukan slaid yang mana akan
dihubungkan apabila Button Home tadi ditekan.
6. Untuk tugasan ini, pastikan anda klik Mouse Click pada kotak Action Settings. Action on
Click Hyperlink to: Slide… (Rajah 17). Pada kotak Hypelink To Slide yang muncul
selepas itu, klik pada slaid Mengenai SMAPT. (Rajah 18)
7. Akhir sekali, klik OK.
8. Untuk menguji Hyperlink yang telah dibuat, caranya sama seperti sebelum ini. Klik pada
Slide Show View Show. Pastikan anak panah tetikus anda berubah kepada bentuk
tangan apabila apabila ia digerakkan mengenai Button Home.
9. Seterusnya, klik pada Button tersebut, dan apabila slaid anda berubah kepada slaid
Mengenai SMAPT, bermaksud anda telah membuat fungsi Hyperlink dengan tepat.
(rujuk Rajah 19)
Autoshapes
Rajah 14
Rajah 15
Rajah 15
8
Lukiskan Buton Home di sini
Kotak Action Settings Rajah 16
Rajah 17
Rajah 18
Rajah 16
Rajah 19
9
10. Kini, anda boleh cuba buat fungsi Hyperlink untuk perkataan-perkataan atau bentuk-bentuk yang lain. Selamat mencuba!
Pautan Diantara Slaid dan Dokumen Lain Dalam Komputer
1. Sebelum ini, anda telah mempelajari cara membuat hyperlink diantara slaid dalam
dokumen powerpoint yang sama. Dengan menggunakan cara yang sama, anda boleh
menghubungkaitkan slaid anda dengan dokumen-dokumen lain dalam komputer anda
seperti gambar, teks dari Microsoft Office Word atau jadual dari Microsoft Office Excel.
2. Klik pada slide ke-7, iatu PELAJAR. Lukiskan button Document menggunakan
Autoshapes Action Button Document. Lokasi Button Document tersebut adalah
sama seperti lokasi Button Home sebelum ini, iaitu di penjuru kanan paling bawah slaid
anda. (Rajah 20)
3. Pada kotak Action Settings, klik Mouse Click Hyperlink To Other File.(rujuk Rajah
20) Pastikan kotak Hyperlink To Other Files muncul pada skrin anda.
4. Pada kotak tersebut, cari fail My Documents gambar PELAJAR.jpg dalam ruangan
Look in: (cara yang sama ketika mencari lokasi gambar Sekolah.jpg sebelum ini). Setelah
itu klik OK. (rujuk Rajah 21)
105. Uji Hyperlink anda. Apabila Button Document ditekan, gambar PELAJAR.jpg tadi akan
terpapar pada skrin, tetapi dalam bentuk dokumen lain, bukan dokumen powerpoint
yang sama. (rujuk Rajah 22)
6. Untuk kembali semula kepada slaid powerpoint anda, klik butang Close (butang merah
bertanda ‘X’) pada dokumen gambar tadi. (rujuk Rajah 22)
Lukiskan Button Document di sini
Pilih Hyperlink to: Other File…
Rajah 20
Rajah 21Butang Close (Tutup)
11
7. Kini, anda boleh
pelbagaikan fungsi Hyperlink anda!
Selamat Mencuba!
Rajah 22