Kurikulum Mate
-
Upload
abu-hanafi-abu-samah -
Category
Documents
-
view
229 -
download
0
Transcript of Kurikulum Mate
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
1/18
PENGENALAN
Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara
mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik
secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Dengan
sebab itu matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan.
Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta memastikan kurikulum sentiasa
relevan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik ini diolah dan
disusun semula. Penyusunan semula ini mengambil kira kesinambungan yang berterusan ke
peringkat seterusnya. Langkah yang diambil adalah selaras dengan keperluan untuk
menyediakan pengetahuan dan kemahiran matematik kepada murid yang mempunyai latar
belakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan dan kemahiran tersebut, mereka
berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam
menghadapi serta menangani perubahan dan cabaran masa depan.
Matematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual
individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak.
Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan
masalah melalui pembelajaran dan aplikasi matematik. Pembelajaran Matematik menyediakan
peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami keseronokan dan teruja
apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman sedemikian meningkatkan minat dan
menjadi daya penggerak murid mempelajari matematik di luar bilik darjah dan di peringkat
pengajian yang lebih tinggi. Bagi menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) lebih
menyeronokkan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR tidak terlalu berorientasikan
peperiksaan. Kaedah pentaksiran akan dilaksanakan berasaskan sekolah. Pelbagai kaedah akan
digunakan supaya penilaian bersifat lebih autentik dan holistik. Pentaksiran akan lebih berbentuk
formatif, dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan perkembangan dan pencapaian murid.Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan akan dilaksanakan mengikut keperluan murid
supaya murid mencapai standard yang ditetapkan.
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
2/18
DEFINISI KURIKULUM
Menurut Valiga dan Magel (2001), mereka mendefinisikan kurikulum adalah sebagai
Urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan
bertindak (Valiga, T. & Magel, C., 2001). Manakala berdasarkan Laporan Jawatan Kuasa
Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia, kurikulum boleh didefinisikan sebagai, semua
perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk
mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mengandungi dua aspek iaitu sukatan dan
kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum seperti
sukan, persatuan dan unit beruniform. Daripada hasil pembacaan, didapati kurikulum adalah satu
siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk memberi kesan pendidikan kepada murid di
sekolah.
Hirst(1975) pula berpendapat bahawa kurikulum sebagai satu program yg mengandungi
aktiviti-aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai
objektif yg telah ditentukan. Dapat disimpulkan disini bahawa definisi kurikulum secara umum
adalah aktiviti-aktiviti yang dialami oleh seseorang individu dari peringkat kematangan kanak-
kanak ke peringkat kematangan orang dewasa. Secara lebih spesifiknya kurikulum dapat
ditafsirkan sebagai pelbagai aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam dan luar bilik darjah.
Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam
konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum (khususnya KBSR
dan KBSM) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan
arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang
pendidikan.
Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem
pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia
memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang
dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994).
Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia
berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses
yang dinamik dan seimbang.
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
3/18
PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA
Berdasarkan kronologi sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia,
kandungan isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Antara
perubahannya yang jelas dapat dilihat, dari segi isi kandungan sukatan pelajaran sejak dari tahun
70an hinggalah ke alaf baru ini. Perubahan ini berlaku adalah disebabkan dengan pelbagai
faktor antaranya falsafah pendidikan pada masa itu, visi dan misi sistem pendidikan negara,
perkembangan teori pembelajaran, globalisasi yang memberi kesan pada struktur sosial dan
budaya setempat serta isu-isu semasa yang perlu diambilkira seperti politik, pasaran semasa dan
ekonomi sesebuah negara.
Kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70an memberi fokus kepada
matematik tradisi. Pada ketika ini kurikulum matematik tradisi yang digunapakai di sekolah-
sekolah pada amnya disusun sebagai himpunan kemahiran dan konsep mengikut hirarki tertentu.
Pada ketika itu objektif pengajarannya berlandaskan kepada teori pembelajaran behaviourisme,
yang menyebabkan matematik dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian diajar
secara berasingan antara satu sama lain (Asiah Abu Samah, 1982). Dalam sukatan ini, kemahiran
asas yang menunjukkan perubahan tingkahlaku seperti ketepatan dan kelajuan kira mengira
diberi penekanan. Segala pengiraan atau susunan algoritma (seperti dalam geometri Euclid)
mestilah mengikut prosedur atau tertib tertentu. Pendekatan pengajaran pembelajaran begini
sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi mengulangi algorithma atau
prosedur matematik, tetapi tidak boleh digunakan untuk menerapkan pemikiran matematik yang
lebih luas (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1996).
Matematik pada ketika itu dianggap sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua dan
hukum mesti dihafal oleh murid-murid. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutin
menerima pengetahuan, menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan
penghafalan (Ibrahim Md. Noh, 1995).
Apabila dasar dan falsafah pendidikan negara menjurus ke arah kemodenan, matematiktradisi telah berubah kepada matematik moden dan telah digunapakai di sekolah-sekolah di
Malaysia pada ketika itu. Matapelajaran matematik Pilihan C yang dilaksanakan pada awal
70an, telah diterapkan dengan unsur-unsur matematik moden (Asiah Abu Samah, 1982). Tajuk-
tajuk moden seperti set, statistik, matriks, vektor dan sebagainya telah mula diajar di sekolah-
sekolah. Pendekatan Euclid dalam geometri dianggap tidak sesuai lagi, lalu dikeluarkan dari
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
4/18
sukatan pelajaran dan digantikan dengan geometri transformasi. Pendekatan pengajaran pula
ditekankan kepada pemahaman konsep, tanpa mengurangi kepentingan mengira.
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum 80an dirancang
berasaskan isi kandungan mata pelajaran. Isi kandungan itu pula kerap kali tidak berkaitan antara
satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan
pelajaran adalah terlalu banyak. Keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Secara
umumnya, menguasai sepenuhnya KLSR adalah di luar kemampuan banyak pelajar sekolah
rendah. Antara kelemahan terbesar dalam KLSR dan KLSM ialah isi kandunganya terlampau
memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. Penekanan ini
telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecermelangan kerohanian. Daripada
sudut pedagogi pula, KLSR dan KLSM memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui
pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman
behaviourisme. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian
yang sewajarnya (Nik Azis Nik Pa, 1992).
Kini kurikulum matematik KBSM telah digunapakai yang membekalkan pendidikan
matematik yang umum, menyeronok dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus
kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran,
penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah, serta cara
pemikiran logik, kritis dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk
melahirkan warganegara yang dinamik dan amanah. Kandungan matematik diolah dalam tiga
bidang yang berkaitan nombor, bentuk dan perkaitan (KPM, 1988).
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
5/18
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM MATEMATIK
Falsafah Pendidikan Negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem
pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan negara mempunyai
implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil
perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Pusat Perkembangan
Kurikulum 2001.
Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah yang jelas.
Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita. Ia mengandungi matlamat, corak dan
kaedah pendidikan secara kasar, ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang hendak
menerima pendidikan tadi serta skop yang dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri.
Sebagai perbandingan, negara Amerika Syarikat misalnya tidak memiliki satu falsafah
pendidikan yang digubal di peringkat negara walau pun sistem pendidikannya adalah antara yang
terbaik di dunia. Howard D. Mehlinger (1995) mengenalpasti masalah ketiadaan falsafah dan
dasar memberi dua bentuk kesukaran. Pertama, pendidikan guru dan kedua, pembaharuan
pendidikan. Kesukaran yang kedua iaitu pembaharuan pendidikan adalah antara isu yang amat
menyeluruh kerana ianya meliputi isu-isu kurikulum, sistem pendidikan dan kemajuannya
daripada satu tahap kepada tahap yang lain. Penbentukkan sesuatu kurikulum mahupun dasar
pendidikan negara di negara kita juga dipengaruhi oleh faktor politik semasa. Menurut Francis
(1987):
"Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and theirvarious power bases and their views of what makes for good education"
Wiles Bondi (1989) juga turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan
perkembangan sesuatu kurikulum. Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum
dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar,
maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadisaluran penting bagi kerajaan atau kementerian menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan
bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.
Setelah empat tampuk pimpinan negara kita bertukar tangan, maka dasar dan kurikulum di
negara kita berkembang mengikut ideologi masing-masing. Daripada ordinan pelajaran 1952,
Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 sehingga kepada Dasar Pelajaran Kebangsaan
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
6/18
1979 telah beberapa kali kurikulum diubahsuai dan kini telah wujudnya pula Kurikulum Sekolah
Lestari sebagai suatu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara.dan juga Kurikulum
Sekolah Bestari. Oleh itu pembentukkan kurikulum matematik di Malaysia mempunyai perkaitan
yang kuat antara falsafah pendidikan dan politik.
Kurikulum matematik di Malaysia juga dipengaruhi oleh visi dan misi sistem pendidikan
negara. Jika dilihat melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah wujud visi dan misi
yang tersirat juga ditonjolkan. Oleh itu FPK adalah penyumbang terbesar faktor pembentukkan
kurikulum matematik di Malaysia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensiindividu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.
Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu yang
terkandung dalam FPK ini bermaksud setiap individu perlu diajar secara bermakna bersesuaian
dengan teori pembelajaran iaitu behaviourisme, kognitivisme dan humanisme. Kurikulum yang
akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan
keperluannya sebagai pelajar dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang
dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangsang
perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek, jasmani, rohani dan
social (Ee Ah Meng, 1995).
Negara kita telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani . Dengan itu
perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri
individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin,
1994).
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
7/18
Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu
memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu
dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum
tersebut. Jelaslah di sini melalui FPK yang telah dirancang dengan sebaik-baiknya ini adalah
penyumbang terbesar terhadap pembentukkan kurikulum kerana didalamnya terkandung semua
faktor-faktor yang lain seperti visi dan misi, teori pembelajaran dan isu-isu semasa.
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
8/18
Bidang
pembelajaran
Tajuk tajuk KBSR KSSR
Nombor dan Operasi Nombor Bulat Hingga 10
Tambah dan Tolak
Pecahan
Wang Hingga RM10
Sukatan dan Geometri Masa dan Waktu
Panjang
Timbangan
Isipadu Cecair
Ruang
KBSR
Bertujuan untukmembina
pemahaman murid dalam
konsep nombor dan kemahiran
asasmengira. Penguasaan kedua-
dua aspek ini dapat membantu
murid mengendalikan urusan
harian secara berkesan dan penuhtanggungjawab selaras dengan
hasrat masyarakat dan negara
maju serta dapat membantu murid
melanjutkan pelajaran.
KSSR
Bertujuan untukmembina
pemahaman murid tentang
konsep nombor, kemahiran asas
dalam pengiraan, memahami idea
matematik yang mudah dan
berketrampilan
mengaplikasikan pengetahuan
serta kemahiran matematik
secara berkesan dan
bertanggungjawab dalam
kehidupan seharian.
Perbezaan antara KBSR selepas semakan (2000) dan
KSSR (2011)
Matlamat
Perbezaan kandungan Matematik Tahun 1
antara KBSR dan KSSR
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
9/18
KBSR
Menguasai kemahiranasas
seperti menulis angka,
membilang dan menyatakannilai tempat.
Menguasai kemahiran
dalam keempat-empat
operasi asas iaitu tambah,
tolak, darab dan bahagi.
Menyatakan waktu dan
menentukan tempoh masa
serta nilai wang.
Mengenal dan menamakan
bentuk dan pepejal geometri
serta ciri-cirinya.
Menyelesaikan masalah yang
melibatkan bilangan, sukatan,
timbangan, wang, jarak, ruang
dan masa.
Merekod dan membaca
sekumpulan data dalam
bentuk jadual dan graf yang
mudah.
KSSR
Memahami dan mengaplikasi
konsep dan kemahiran matematik
dalam pelbagai konteks.
Memperluaskan penggunaan
kemahiran operasi asas tambah,tolak, darab dan bahagi yang
berkaitan dengan Nombor dan
Operasi, Sukatan dan Geometri,Perkaitan dan Statistik.
Mengenal pasti dan menggunakan
perkaitan dalam idea matematik, diantara bidang matematik dengan
bidang lain dan dengan kehidupan
harian.
Berkomunikasi menggunakan idea
matematik dengan jelas sertapenggunaan simbol dan istilah
yang betul.
Menggunakan pengetahuan dankemahiran matematikuntuk
diaplikasi dan membuat penyesuaian
kepada pelbagai strategi bagi
menyelesaikan masalah.
Berfikir, menaakul dan membuat
penerokaan secara matematik dalamkehidupan harian.
Menggunakan pelbagai perwakilan
untuk menyampaikan idea matematik
dan perkaitannya.
Menghargai dan menghayatikeindahan matematik. Menggunakan
pelbagai peralatan matematik secara
efektif termasukTMKuntuk
membina kefahaman konsep dan
mengaplikasi ilmu matematik.
OBJEKTIF
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
10/18
Perbezaan antara KBSR Fasa 1, 2 dan KSSR
hanya
perubahan
nama sahaja
yang berlaku.Perubahankurikulum
Matematikberlakuselepas
semakandibuatpadatahun
2000.
Perubahan kurikulum Matematik( Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) sebelum dan
selepas semakan 2000.
Kurikulum Matematik
sebelum semakan 2000.
Matlamat kurikulum masih kekalseperti dulu namun ditambah elemen
yang baru.
Mereka berkemampuan untukmeneroka ilmu, membuatadaptasi, modifikasi daninovasi dalam menghadapiatau menangani perubahan.
Membolehkan merekamengembangkan bakat dan
minat serta daya kreatif
Penyelesaian masalahmerupakan aspek yangterpenting dalam matematikdan perlu diterapkan dalamsemua aktiviti pengajaran danpembelajaran matematik.
Kurikulum Matematik
selepas semakan 2000.
Matlamat kurikulum bertujuan membina
kefahaman dan kemahiran asas
matematik dalam kalangan murid.Dibimbing membina kefahamantentang konsep dan kemahiranmatematik melalui manipulasiobjek konkrit dan gambarrajah.
Pemahaman konsep dankemahiran matematik oleh muridperlu disusuli dengan latihansecara lisan dan bertulis yangmencukupi.
Murid perlu dilatih menggunakankonsep dan kemahiran yangdiperoleh daripada pengalamanharian dipelajari daripada matapelajaran lain.
Nilai-nilai murni perluditerapkan secara bersahaja dimana mungkin.
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
11/18
MENGAPA ISTILAH STANDARD DIGUNAKAN DALAM KSSR
Kurikulum Berasaskan Standard
Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard
pembelajaran
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid
patut ketahuidan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspekpengetahuan, kemahiran dan nilai.
Satu penetapan criteria atau indicator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh
diukur bagi setiap standard kandungan.
Mengapa menggunakan istilah standard?
Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan
Bagi memastikan semua pelajar melepasi standard yang telah ditetapkan sertameningkatkan tahap pencapaian pelajar di sekolah bandar dan luar bandar adalah penting
untuk menggunakan istilah standard yang melambangkan sesuatu tahap pencapaian yang
difahami oleh pihak umum.
Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas
Menetapkan sesuatu tahap ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai sesuatu pembelajaran
yang dapat diukur dengan jelas. Kurikulum yang dimurnikan ini memberi pembaharuankepada guru penilai yang akan menilai setiap pelajar bukan sahaja dari segi akademik
sahaja tetapi juga dari segi nilai murni yang terdapat pada setiap pelajar.
Mengenalpasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)
Istilah standard ini juga memberi peluang untuk penambahbaikan kandungan kurikulumsejajar dengan perkembangan individu dan globalisasi yang dialami oleh semua pihak
termasuk guru-guru, pelajar dan juga masyarakat.
Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaranDisamping itu juga dengan penggunaan istilah standard ini dapat memastikan pihak
sekolah mengenalpasti masalah murid keciciran dalam pembelajaran. Tidak semua
individu dianugerahkan kecekapan intelek yang tinggi, jesteru itu, pelajar yang kurang
menyerlah dalam akademik akan dapat dikenal pasti dengan cepat agar dapat menbantumereka meneruskan persekolahan dalam bidang yang bersesuaian dengan kecenderungan
masing-masing.
Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.
Dengan adanya penggunaan istilah standard, pentaksiran berasaskan sekolah akan lebihmudah untuk dilaksanakan kerana telah mempunyai criteria-kriteria tertentu untuk
menaiktarafkan sesuatu pencapaian sesebuah sekolah.
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
12/18
PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KSSR BAGI MATAPELAJARAN
MATEMATIK
Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha yang dilakukan bagi memastikan
kurikulum tersebut holistik, sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan
mampu menangani cabaran semasa dan masa depan. Sebagai usaha bagi memastikan transformasi
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di perkukuh serta ditambah baik dan penggunaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai agen perubahan mampu mencapai objektif,
para jurulatih utama terlebih dahulu diberikan kursus orientasi. Sebagai melengkapkan para guru
berhadapan dengan cabaran melaksanakan KSSR, satu lagi kursus orientasi turut dianjurkan pada
peringkat negeri oleh jurulatih utama masingmasing mengikut mata pelajaran. Standard kurikulum
merupakan pernyataan yang merangkumi penge-tahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti
dipelajari dan dikuasai murid sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK)
sepanjang berada di bangku sekolah rendah. Mengambil contoh sukatan bagi standard kurikulum
bahasa Malaysia yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan,
bahasa ilmu dan bahasa pengantar rasmi. Standard kurikulum bahasa Malaysia ini merangkumi
empat aspek untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu;
1. Standard kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.2. Standard pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard kandungan
3. Pendekatan modular
Merujuk kepada keduadua standard kandungan dan standard pembelajaran yang diorganisasikan
dalam bentuk bahagianbahagian yang diasingkan dalam bentuk modul iaitu:
i. Modul Dengar Tutur
ii. Modul Membaca
iii. Modul Menulis
iv. Modul Seni Bahasa
v. Modul Tatabahasa
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
13/18
4. Pengajaran dan pembelajaran matematik secara didik hibur
Berbentuk serampang dua mata:
i. Pembelajaran kemahiran bahasa diutamakan
ii. Pembelajaran yang menyeronokkan melalui pelbagai teknik dan kaedah pengajaran.
Objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah yang telah ditetapkan supaya murid
dapat menguasai asas berbahasa khususnya murid tahap satu (literasi), memperkaya kosa kata,
meningkatkan pemahaman berbahasa dan berkemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam
perhubungan kehidupan sosial.
Bagi memastikan objektif tersebut tercapai, Kementerian Pelajaran telah merangka beberapa
strategi pengajaran dan
pembelajaran untuk dijadikan panduan kepada para pendidik. Antaranya ialah;
i. Berpusatkan murid
i. Kepelbagaian teknik pengajaran
ii. Kepelbagaian sumber bahan
iii. Penggunaan tatabahasa, yangtepat
iv. Memperkayakan bahan bacaan
Aspek Kemahiran bernilai tambah (KBT) masih digunapakai dalam pengajran dan pembelajaran,
namun dua penekanan telah ditambah daripada sukatan lama. Berikut adalah aspek KBT yang
akan diaplikasikan;
i. Kemahiran berfikir
ii. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
iii. Kemahiran belajar cara belajar
iv. Kajian masa depan
v. Kecerdasan pelbagai
vi. Pembelajaran konstruktivisma
vii. Pembelajaran kontekstual
viii. Kreativiti dan inovasi
ix. Keusahawanan
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
14/18
Sementara itu, konsep 5P iaitu pengabung jalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan
penilaian akan turut digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar
agar objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah tercapai.Penggabung jalinan
kemahiran bertujuan untuk membolehkan murid mengaplikasi dua atau lebih kemahiran bahasa
dalam satu masa. Dengan ini murid dapat menguasai beberapa kemahiran serentak. Contohnya;
i. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran membaca,
ii. Kemahiran membaca dengan kemahiran menulis,
iii. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran menulis.
Selain aspek kurikulum yang dinyatakan, beberapa perkara boleh dilakukan oleh guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Antaranya;
1. Cara menterjemahkan pernyataan standard kurikulum
Baca perkataan demi perkataan dalam setiap pernyataan untuk memahami maksud dan hasrat
kurikulum yang terkandung pada pernyataan tersebut secara tersurat dan tersirat.
Rancang aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid.
Setiap kemahiran utama dipilih mesti digabung jalinkan dengan kemahiran sampingan dalam
setiap aktiviti;
Pastikan aktiviti yang dirancang tidak tersasar daripada kemahiran yang dipilih dan kehendak
kurikulum.
2. Peringkat perancangan pengajaran
Langkah pertama: Fikirkan kemahiran yang akan diajar, seterusnya pilihlah kemahiran fokus
dan kemahiran sampingan;
Langkah kedua: Bina objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kemahiran
yang dipilih;
Langkah ketiga: Rancang aktiviti yang berkaitan dengan objektif dan kemahiran yang dipilih
bersesuaian dengan masa pengajaran;
Langkah keempat: Fikirkan KBT yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut;
Langkah kelima: Fikirkan pendekatan, kaedah, strategi serta teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan murid.
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
15/18
3. Peringkat penyampaian pengajaran
Kaedah penyampaian ilmu menggunakan kaedah didik hibur dan menarik minat murid
Bahan bantu mengajar yang sesuai;
Aspek kawalan kelas;
Aspek komunikasi;
Proses penilaian atau pentaksiran secara langsung dan tidak langsung berkaitan ilmu yang
disampaikan;
Berlakunya pemulihan dan penggayaan.
4. Aktiviti pengajaran yang sesuai
Menggunakan cara penyampaian yang mudah untuk murid menguasai kemahiran;
Menggalakkan murid berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif ke arah melahirkan murid
kreatif' dan inovatif;
Membentuk murid yang celik ICT dan keusahawanan;
Penyampaian yang berkesan dan membolehkan majoriti murid menguasai kemahiran yang
diperlukan
5. Penyampaian berkesan
Mestilah mudah difahami oleh murid;
Aktiviti mudah dilaksanakan;
Aktiviti yang menarik dan disukai oleh murid;
Dapat menarik tumpuan murid.
6. Peringkat Selepas Pengajaran
Adanya proses refleksi. Mengapa perlu refleksi?
Untuk melihat sama ada objektif tercapai atau tidak. Jika tidak tercapai mengapa?
Adakah kaedah penyampaian terdapat kelemahan?
Adakah objektif terlalu tinggi ditetapkan?
Adakah aktiviti dan kemahiran yang dipihh tidak sesuai?
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
16/18
Akhirnya memberi peluang kepada guru membaiki kelemahan yang ada bagi pengajaran
berikutnya.
7. Pengajaran dan Pembelajaran menarik, pentaksiran holistik
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menegaskan penggunaan pelbagai
pendekatan pengajaran dan. pembelajaran (P&P) yang memberi lebih penekanan serta kesan
terhadap murid-murid. Penekanan kepada hands-on Teaming seperti inkuiri penemuan,
pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara
kontekstual, pembelajaran masteri dan pembelajaran luar bilik darjah amat diperlukan bagi
murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang lebih menarik.
Guru-guru pula perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan
kepada murid itu sendiri dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang tidak terhad
kepada mereka. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang
menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian, kecerdasan murid-murid tersebut. Selain itu,
KSSR turut memberi penegasan kepada kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan
sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada
peperiksaan.
Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan
holistik.
Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk
mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Aktiviti pemulihan,
pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid
mencapai standard yang ditetapkan. Kejayaan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh
daripada semua pihak termasuklah pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa dan pihak berwajib.
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
17/18
PENUTUP
Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut
dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam
kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan
pendidikan yang menjadi wadah peneerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu
sendiri.
Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan
kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah dikatakan bahawa
faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme
dan perubahan keperluan masyarakat dan negara, melalui institusi persekolahan yang akan
meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru.
RUJUKAN
Asiah Abu Samah (1982). Perkembangan Kurikulum Matematik Sekolah di Malaysia Sejak Zaman
Penjajah, Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pendidikan Matematik , UKM
Ee Ah Meng.(1995). Pendidikan Sebagai Atu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti.
Francis P. Hunkin (1987). Currikulum Planning
Howard D. Mehlinger (1995). School Reform in the Information Age
Ibrahim Md. Noh (1995). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Berasaskan Fahaman Binaan.
Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Matematik di Metro Inn. Kajang.
Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asa Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum.
Kuala Lumpur: Longman.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1988).Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.
Nik Azis Nik Pa(1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur :DBP
Nor Azlan Ahmad Zanzali (1996). Isu-isu Berterusan Dalam Pendidikan Matematik. Jurnal
Pendidik dan Pendidikan, 14, 19-40.Wiles Bondi (1989).`Curriculum Development : A Guide to Practice
-
7/28/2019 Kurikulum Mate
18/18