Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
-
Upload
ahmad-bakhtiar -
Category
Documents
-
view
382 -
download
9
Transcript of Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
1/21
MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN
KURIKULUM BERSEPADU DINI
(PELAKSANAAN TAHUN 2015)
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
2/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruhmasyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
3/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
4/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
SENARAI KANDUNGAN
Pendahuluan 1
Punca Kuasa 1
Latar Belakang 2
Kepentingan Kurikulum Bersepadu Dini 3
Konsep Kurikulum Bersepadu Dini 6
Matlamat 7Objektif 7
Struktur Kurikulum Bersepadu Dini 7
Senarai Mata Pelajaran Kurikulum Bersepadu Dini 7
Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini 8
Penetapan Sekolah 8
Bahasa Pengantar Mata Pelajaran Dini 9
Jadual Waktu Persekolahan 9
Struktur Organisasi 9
Bantuan Geran Perkapita 9
Pentaksiran 9
Pelaporan dan Pensijilan 9
Guru 10Buku Teks 11
Pengambilan Murid 11
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
5/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
1. PENDAHULUAN
KBD merupakan kurikulum baru yang dibina secara bersama oleh KPM, LEPAI dan
Jabatan/ Yayasan Agama berdasarkan kurikulum agama-arab yang dikenali sebagai
Kurikulum Dini/ Azhari yang dilaksanakan di sekolah-sekolah agama di Malaysia
termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah
Agama Rakyat. Setelah melihat pemintaan yang tinggi dan keperluan penyelarasan
bagi tujuan penambahbaikan terhadap kurikulum ini KPM dengan persetujuan Majlis
Raja-Raja dan majoriti Pihak Berkuasa Agama Negeri dan mengambil keputusanuntuk mengangkat kurikulum ini sebagai kurikulum kebangsaan. Justeru, satu
panduan yang jelas perlu diterbitkan bagi melancarkan pelaksanaanya di sekolah
perlu di, maka panduan ini dihasilkan. Buku ini secara umumnya mengandungi
dasar-dasar utama serta tatacara pelaksanaan kurikulum ini di sekolah untuk
rujukan di pihak KPM, JPN, PPD, LPS SABK dan sekolah sendiri.
2. PUNCA KUASA
Dalam melaksanakan kurikulum ini beberapa punca kuasa yang penting telah
diperolehi dari pihak-pihak yang berkaitan. Punca kuasa tersebut adalah seperti
berikut:
2.1. Jawatankuasa Kurikulum Agama, Lembaga Penasihat Pelajaran dan
Pendidikan Agama Islam (LEPAI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
6/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
2.3. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan KPM Kali Ke-200 yang
dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran pada 26 Julai 2012 juga
bersetuju dengan cadangan menjadikan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz
sebagai Kurikulum Kebangsaan.
2.4. Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Ugama Islam Malaysia
(MKI) Kali Ke-54 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri, Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak pada 03 Disember 2012telah bersetuju supaya Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz digunakan
sebagai Kurikulum Kebangsaan di sekolah agama yang telah mendaftar
sebagai SABK. Kurikulum tersebut dinamakan sebagai Kurikulum Bersepadu
Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).
2.5. Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-231 yang bersidang pada 27 Februari
2013 telah bersetuju mengambil maklum dan memperkenankan cadangan ini
setelah dibentangkan oleh pihak LEPAI dengan kerjasama KPM.
2.6. Surat persetujuan telah diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri yang akan
melaksanakan KBD dan KBT di SABK masing-masing. Dengan persetujuanini, pelaksanaan KBD dan KBT di SABK adalah selari dengan MoU
pendaftaran SABK yang menyatakan bahawa pelaksanaan Kurikulum Azhari
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
7/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
terdapat ruang-ruang yang masih boleh ditambahbaik bagi menjamin
kecemerlangan murid dalam kedua-dua bidang iaitu akademik dan agama.
Resolusi Seminar Pemantapan Kurikulum SABK peringkat Kebangsaan 2008 Port
Dickson telah menyatakan bahawa Kurikulum Dini/ Azhari perlu diselaraskan dan
diangkan menjadi kurikulum kebangsaan.
Persidangan Ketua-ketua/ Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia kali ke-86,pada 25-27 Mei 2011 di Kangar Perlis telah bersetuju dengan cadangan Kurikulum
Dini di selaras dan diangkat menjadi kurikulum kebangsaan.
Pihak LEPAI dan JAKIM telah mengetuai usaha-usaha penyelarasan kurikulum Dini
Azhari yang dilaksanakan di negeri-negeri. Usaha-usaha tersebut kemudiannya di
selaraskan dengan KPM dalam kerangka memartabat dan mengangkat kurikulum
Dini sebagai kurikulum Kebangsaan sehinggalah KBD dan KBT yang berasaskan
Kurikulum Dini/ Azhari akhirnya diperkenalkan..
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Gelombang 1 dalam perkara
Mengukuhkan laluan pendidikan agama telah menyatakan bahawa ..kementerianberiltizam menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi bagi melengkapkan
murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk berjaya dalam
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
8/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
4.1. Aspirasi Sistem
Melalui pelaksanaan KBD negara dapat menawarkan kepada
warganegara yang memerlukan pendidikan aliran agama kepada anak-
anak mereka dan seterusnya mengukuhkan pendidikan agama di dalam
aliran perdana.Ini akan memberikan lebih peluang kepada murid di dalam
menentukan laluan kerjaya mereka.
KBD yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar akan
mempertingkatkan kualiti komunikasi dan berbahasa serta mampu
merujuk asas-asas ilmu pengetahuan dalam kitab-kitab muktabar.
Kesatuan dalam menghayati manhaj ahli sunnah wal jamaah dan menjadi
norma rujukan contoh, model sahsiah yang unggul
Murid yang dilahirkan berpotensi memenuhi keperluan modal insan yang
mampu menyumbang dalam kemajuan ekonomi negara dalam pelbagai
sektor.
4.2. Kepentingan KBD kepada Murid
KBD berperanan mempertingkat keupayaan murid berasaskan aspirasi
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
9/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
Dalam konteks Kemahiran memimpin, pendidikan dini akan mendokong
dan memperkukuh empat (4) dimensi kepimpinan iaitu kemahiran
entrepeneurship, berdaya tahan, kecerdasan emosi dan kemahiran
komunikasi yang berkesan berasaskan pemahaman dan penghayatan
dalil-dalil naqli serta penyantunan kepada sub ilmu dalam pendidikan
shariah, usuluddin dan bahasa Arab.
Kurikulum ini yang menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa pengantarmampu memberi kelebihan dan nilai tambah kepada murid dalam
penguasaan bahasa selain Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
(Kemahiran dwibahasa).
Murid-murid yang mengikuti kurikulum dini berupaya memperkukuh etika
dan kerohanian bagi mendepani cabaran masa hadapan. Mereka
diharapkan dapat menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat
pertimbangan, berpegang kepada prinsip dalam situasi kritikal serta dapat
membuat keputusan yang betul dan tepat berdasarkan prinsip Islam
sebenar.
Kurikulum dini ini akan mengukuh prinsip Islam sebagai agama
persekutuan di samping prinsip pertama rukun negara iaitu Kepercayaan
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
10/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
latihan perguruan dan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang
menarik berasaskan prestasi dan kompetensi.
4.4. Kepentingan KBD Kepada Sekolah
SABK yang melaksanakan KBD layak menerima bantuan per kapita mata
pelajaran seperti mata pelajaran kebangsaan yang lain. Di samping itu,
sekolah layak menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
Prinsip ini di selaraskan dengan aspirasi sistem dalam PPPM yang
berkaitan dengan kemampuan akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan. Dengan itu semua SABK yang terlibat akan dapat
diperkukuhkan.
4.5. Kepentingan KBD Kepada Masyarakat, Bangsa dan Agama
Kurikulum dini digubal untuk menyediakan bakal ulama dan cendikiawan
Islam yang berkaliber dan bertaraf dunia. Untuk itu kurikulum ini berhasrat
melahirkan agamawan yang muthaqqaf ke arah mencapai keredhaan
Allah.
Kefahaman yang sahih dari kurikulum ini dapat menjadi asas kukuh
mempertahankan kesucian agama Islam dari ajaran sesat dan
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
11/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
6. MATLAMAT
Menyediakan murid-murid yang seimbang dan cemerlang melalui
KBD berasaskannaqli dan aqli bagi menyediakan bakal ulama dan agamawan muthaqqaf .
7. OBJEKTIF
Antara objektif utama dalam pelaksanaan KBD adalah seperti berikut:
7.1. memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran KBD dan KBT di
sekolah;
7.2. menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan kepada KBD dan KBT
dengan Kurikulum Kebangsaan;
7.3. menyelaraskan pengurusan KBD dan KBT antara KPM, LEPAI dan Pihak
Berkuasa Negeri,
7.4. membekalkan Guru Dini dan Guru Tahfiz yang terlatih dan setaraf dengan
guru-guru KPM dari segi perjawatan; dan
7.5. menggilap potensi dan keupayaan pelajar melalui kurikulum yang dapat
menyediakan individu yang seimbang dan berketrampilan dalam kedua-
dua bidang ilmu naqli dan aqli.
8 STRUKTUR KURIKULUM BERSEPADU DINI
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
12/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
Mata pelajaran ini merangkumi bidang al-Tauhid, al-Tafsir, al-Hadis, al-
Sirah wa Tarikh al-Islam, al-Akhlak wa al-Tasawwuf.
b) Al-Syariah
Mata pelajaran ini merangkumi bidang al-Quran wa a-Hifz, Fiqh al-Ibadat,
Fiqh al-Munakahat, Fiqh-al-Muamalat, Fiqh-al-Jinayat.
c) Al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asirah
Mata pelajaran ini merangkumi bidang al-Istima` wa al-Kalam, al-Qiraah,
al-Kitabah, al-Mutalaah wa al-Ta bir, al-Nahu wa al-Sarf.
d) Manahij al-Ulum al- Islamiyah
Mata pelajaran ini merangkumi bidang al-Mantiq, Usul al-Fiqh.
e) Al-Adab wa al-Balaghah
Mata pelajaran ini merangkumi bidang al- Adab wa al-Nusus, al-
Balaghah.
8.2. Pakej mata pelajaran bersama agihan waktu minimum seminggu mata
pelajaran seperti di lampiran 1a dan 1b
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
13/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
e) Sekolah mestilah melaksanakan secara keseluruhan mata
pelajaran mengikut pakej-pakej yang telah ditetapkan.
9.2. Bahasa Pengantar bagi Mata Pelajaran
Bahasa Pengantar bagi Mata Pelajaran Dini dalam KBD ialah Bahasa
Arab manakala mata pelajaran KBSM adalah dalam bahasa Melayu
atau bahasa Inggeris.
9.3. Jadual Waktu Persekolahan
Jadual waktu persekolahan mesti memenuhi hak peruntukan waktu
minimum seminggu bagi setiap mata pelajaran. Tempoh masa bagi
satu waktu ada empat puluh (40) minit. Contoh jadual adalah seperti
lampiran 2a dan 2b.
9.4. Struktur Organisasi
Struktur organisasi pengurusan KBD terdiri daripada Guru Kanan Mata
Pelajaran (GKMP) Pendidikan Islam, ketua-ketua panitia mata
pelajaran dan guru-guru mata pelajaran. Carta organisasi pengurusan
KBD adalah seperti di lampiran 3.
9.5. Bantuan Geran Perkapita
Sekolah-sekolah yang melaksanakan KBD berhak menerima Geran
Perkapita Mata pelajaran mengikut kadar yang dicadangkan oleh KPM
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
14/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
b) Pelaporan pentaksiran pusat melalui PT3
c) Pelaporan Pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum
d) Pelaporan psikometrik
Di peringkat menengah atas murid-murid akan menerima Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) yang menunjukkan gred bagi setiap mata
pelajaran KBD yang diduduki.
9.8. Guru
Keperluan guru untuk pelaksanaan KBD adalah Guru Dini. Guru Dini
bertanggungjawab menguruskan tiga mata pelajaran peringkat
menengah rendah iaitu al-Syariah, Usul al- Din dan Al-Lughah al-
Arabiah al-Muasirah.
a) Bekalan guru Dini adalah di bawah tanggungjawab KPM. Norma
guru adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.
b) Dasar waktu mengajar guru seminggu adalah 26 waktu.
c) Penetapan guru adalah berdasarkan satu guru bagi satu mata
pelajaran.
d) Bagi pelaksanaan tahun 2015 jika terdapat keadaan di mana Guru
Dini tidak dapat dibekalkan sepenuhnya kepada sekolah maka
pihak sekolah perlu menguruskan Guru Dini dengan norma sedia
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
15/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
9.9. Buku Teks
Murid-murid KBD akan dibekalkan buku teks oleh KPM berdasarkan
syarat-syarat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
Di peringkat menengah rendah murid-murid akan dibekalkan pakej
buku teks yang merangkumi:
Bil Buku teks Buku aktiviti1. Usul al-Din -
2. Al-Syariah -
3. Al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah Al-lughah al-Arabiah al-Muasirah
Di peringkat menengah atas murid-murid akan dibekalkan pakej buku teks
yang merangkumi:
Bil Buku teks Buku aktiviti
1. Usul al-Din -
2. Al-Syariah -
3. Al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah -
Murid-murid yang mengikuti aliran Dini Tulen akan menerima dua tambahanbuku teks seperti berikut:
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
16/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
9.11. Kokurikulum
Aktiviti Kokurikulum dilaksanakan mengikut dasar pelaksanaan
kokurikulum sedia ada KPM. Dua persatuan akademik baharu
diwujudkan iaitu Persatuan Usul al-Din dan Persatuan al-Syariah
sebagai menggantikan Persatuan Pendidikan Islam di samping
meneruskan Persatuan Bahasa Arab.
9.12. Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran
Pelaksanaan KKQ diteruskan di SABK yang melaksanakan KBD
mengikut dasar pelaksanaan sedia ada.
10.PENUTUP
Kejayaan pelaksanaan KBD amat bergantung kepada pihak pelaksana di
sekolah. Komitmen yang tinggi dan usaha gigih ke arah menjayakan kurikulum
baru di bawah kerangka meningkatkan kualiti pendidikan Islam amat ditagih dari
semua pihak.
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
17/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
1
Lampiran 1a
Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Mata Pelajaran KBSM
Bil.Mata Pelajaran
(Teras)
Ting.
1
Ting.
2
Ting.
3
AliranDini Tulen
AliranDini Sains
AliranDini Sastera
Masa Asal
Ting. 4 Ting. 5 Ting. 4 Ting. 5 Ting. 4 Ting. 5
1 Bahasa Melayu 6 6 6 5 5 5 5 5 5 6
2 Bahasa Inggeris 4 4 4 4 4 4 4 4 4 5
3 Matematik 4 4 4 4 4 4 4 4 4 5
4 Pendidikan Islam - - - - - - - - - 6
5 Sains 3 3 3 4 4 - - 4 4 5
6 Sejarah 2 2 2 2 2 2 2 2 2 37 Geografi 2 2 2 - - - - - - 3
8 KemahiranHidup 2 2 2 - - - - - - 4
9 Pend. Jasmani dan Kesihatan 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2
10 Pendidikan Seni Visual 1 1 1 - - - - - - 2
Mata Pelajaran(Elektif)
11 Bahasa Arab - - - - - - - - - 6
12 MatematikTambahan - - - - - 4 4 4 4 4
13 Biologi - - - - - 4 4 - - 4
14 Fizik - - - - - 4 4 - - 415 Kimia - - - - - 4 4 - - 4
16 Prinsip Akaun - - - - - - - 4 4 4
17 Ekonomi/Perdagangan - - - - - - - 3 3 3
Jumlah 25 25 25 20 20 32 32 31 31
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
18/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
2
Lampiran 1b
Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Mata Pelajaran KBD
Bil Mata Pelajaran Bidang Ting. 1 Ting. 2 Ting. 3 Dini Tulen
Dini Sains/ Dini
Sastera Ting. 4 Ting. 5 Ting. 4 Ting. 5
1 Usul al-Din
al-Tauhid 1 1 1 2 2 2 2
al-Tafsir 1 1 1 1 2 1 2
al-Hadis 1 1 1 1 1 1 1
al-Sirahwa Tarikh al-Islam - 1 1 1 1 1 1
al-Akhlak wa al-Tasawwuf - 1 1 1 1 1 1
Jumlah 3 5 5 6 7 6 7
2 al-Syariah
al-Quran wa al-Hifz 2 2 2 2 2 2 2
Fiqh al-Ibadat 2 2 2 2 2 2 1
Fiqh al-Munakahat - - 1 1 - 1 1
Fiqh al-Muamalat - - 1 1 1 1 1Fiqh al-Jinayat - - - - 1 - 1
Jumlah 4 4 6 6 6 6 6
3al-Lughah al - Arabiah al-Mu asirah
al-Istima wa al-Kalam 6 5 - - - - -
al-Qiraah 5 4 - - - - -
al-Kitabah 4 4 - - - - -
al-Mutalaah wa al-Ta bir - - 6 3 2 3 2
al-Nahu wa al-Sarf - - 5 3 3 3 3
Jumlah - - - 2 2 - -
4Manahij al-Ulum al-Islamiyah
al-Mantiq - - - 1 1 - -
Usul al-Fiqh - - - 1 1 - -
Jumlah 15 13 11 6 5 6 5
5 al-Adab wa al-Balaghah
al-Adab wa al-Nusus - - - 2 2 - -
al-Balagah - - - 2 2 - -
Jumlah - - - 4 4 - -
Jumlah Masa 22 22 22 24 24 18 18
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
19/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
3
STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN MATA PELAJARAN DINILampiran 2
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
20/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
4
Lampiran 3a
Contoh 1 : Jadual Tingkatan 1 (2 waktu rehat)
1 2 3 4 5 REHAT 6 7 8 REHAT 9 10 11
WAKTU7:30
8:10
8:10
8:50
8:50
9:30
9:30
10:10
10:10
10:50
10:50
11:10
11:10
11.50
11:50
12:30
12:30
13:10
13:10
13:50
13:50
14.30
14:30
15:10
15:10
15:50
ISNIN PER BM BM SYH SYH R LAM LAM LAM MAKAN/ BM BM USL
SELASA LAM LAM LAM BM BM E GEO GEO MT SOLAT/ SEJ SEJ
RABU MT MT BI BI SNS H LAM LAM LAM REHAT KH KH
KHAMIS PJ PSV LAM LAM LAM A SNS SNS MT USL USL
JUMAAT BI BI LAM LAM LAM T SYH SYH
1. PER :Perhimpunan 2. BM : Bahasa Melayu 3. SYH : al-Syariah 4. LAM : al-Lughah al- Arabiah al-Muasirah
5. GEO :Geografi 6. MT :Matematik 7. SEJ :Sejarah 8. BI : Bahasa Inggeris 9. SNS :Sains
10. KH :Kemahiran Hidup Bersepadu 11. PJ :Pendidikan Jasmani & Kesihatan 12. PSV :Pendidikan Seni Visual
13. USL :Usul al-Din
-
8/20/2019 Kurikulum Bersepadu Dini dan Azhari KBD Maklumat Asas 2015
21/21
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)
5
Lampiran 3b
Contoh 2 : Jadual Tingkatan 1 (1 waktu rehat)
1 2 3 4 5 REHAT 6 7 8 9 10 11
WAKTU7:30
8:10
8:10
8:50
8:50
9:30
9:30
10:10
10:10
10:50
10:50
11:10
11:10
11.50
11:50
12:30
12:30
13:10
13:10
13:50
13:50
14.30
14:30
15:10
ISNIN PER BM BM SYH SYH R LAM LAM LAM BM BM USL
SELASA LAM LAM LAM BM BM E GEO GEO MT SEJ SEJ
RABU MT MT BI BI SNS H LAM LAM LAM KH KH
KHAMIS PJ PSV LAM LAM LAM A SNS SNS MT USL USL
JUMAAT BI BI LAM LAM LAM T SYH SYH
1. PER : Perhimpunan 2. BM : Bahasa Melayu 3. SYH : al-Syariah 4. LAM : al-Lughah al- Arabiah al-Muasirah
5. GEO : Geografi 6. MT : Matematik 7. SEJ : Sejarah 8. BI : Bahasa Inggeris 9. SNS : Sains
10. KH : Kemahiran Hidup Bersepadu 11. PJ : Pendidikan Jasmani & Kesihatan 12. PSV : Pendidikan Seni Visual
13. USL : Usul al-Din