Kump 10 Fungsi Dan Peranan PPD ZON Bahagian Dan PKG
description
Transcript of Kump 10 Fungsi Dan Peranan PPD ZON Bahagian Dan PKG
FUNGSI DAN PERANAN PPD / ZON / BAHAGIAN DAN PKG
Fungsi dan Peranan PPD
• Mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah.
• Bertanggungjawab mengenai perjalanan pentadbiran sekolah peringkat
daerah.
• Bertanggungjawab menggariskan dasar pentadbiran sekolah peringkat
daerah.
• Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan guru-guru di
sekolah termasuk urusan perlantikan, penempatan dan penamatan GSTT dan
Guru Ganti.
• Mencadangkan penempatan dan pertukaran penyandang jawatan kenaikan
pangkat dan jawatan pengurusan serta jawatan kanan.
• Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan murid-murid
sekolah di dalam daerah.
• Bertanggungjawab mengenai keperluan pelajaran dari segi pengambilan
tanah, pembangunan fizikal, kemudahan sekolah,rumah guru dan asrama di
peringkat daerah.
• Memantau semua kegiatan kurikulum dan kokurikulum di peringkat daerah.
• Berusaha bagi mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum
sekolah-sekolah dalam daerah.
• Menyelia institusi Pendidikan swasta serta memastikan intitusi tersebut
menjalankan Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan berkesan.
• Membantu mengendalikan urusan tatatertib guru-guru dan staf bukan guru.
• Menyedia Laporan Nilaian Prestasi Tahunan pegawai-pegawai dan guru-guru
dalam daerah.
• Menguruskan perakuan Pergerakan Gaji bagi daerah pelajaran.
• Bekerjasama dengan jabatan dan agensi-agensi lain untuk menjalankan
aktiviti diperingkat daerah pelajaran.
• Penghubung antara masyarakat dengan JPN dan KPM.
• Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh JPN.
Pusat Kegiatan Guru (PKG)
• (PKG) adalah merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat
Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau sekarang dikenali sebagai Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN).
• Berada dalam rangkaian BahagianTeknologi Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
• Bertujuan memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guru-guru dalam
penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan Pembelajaran
(P&P).
• PKG berkonsepkan perkhidmatan kelompok yang menyediakan khidmat
sokongan kepada guru-guru daripada beberapa buah sekolah yang
berdekatan. Oleh itu, kebiasaannya terdapat lebih daripada sebuah PKG
dalam satu-satu Daerah Pendidikan.
• Dari segi sejarahnya, gerakan kearah penubuhan Pusat Kegiatan Guru
berlaku secara beransur-ansur, bermula dengan penubuhan :
Pusat Sumber Tempatan (1978)
Pusat Media Daerah (1981)
Pusat Sumber Pendidikan Daerah (1986)
• Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki
ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara bandar dengan
luar bandar.
• Tujuannya pada masa itu hanya untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan
serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan
pembelajaran kos rendah.
• PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru dengan singkatannya
PKG pada 14 April 1990 dan diberikan peranan yang lebih luas.
• Pusat Kegiatan Guru merupakan jalinan rancangan prasarana pendidikan dan
pemangkin untuk merangsang pembangunan profesional guru-guru
khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknologi
pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan
pengurusan pusat sumber sekolah.
• Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falasafah
PendidikanKebangsaan.
Tugas Pemantaunan Sekolah
1) Memantau dan menambah baik
Program Pembangunan Pusat Sumber Sekolah
Galakan Membaca
Program Literasi Maklumat
2) Memantau penggunaan dan keberkesanan bahan pelbagai media pengajaran
dan pembelajaran
Bahan dan peralatan sedia ada
Bahan Inovasi
3) Memantau pelaksanaan SchoolNetd)
4)Memantau Makmal komputer sekolah
5) Memberi khidmat bantu tentang penggunaan teknologi pendidikan dan media
Khidmat Bantu Penggunaan dan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
Bengkel Pengurusan Bahan PSS.
Program Galakan Membaca dan Literasi Maklumat
Bengkel Pengurusan Program Galakan Membaca
6) Dasar Pembestarian Sekolah
Pusat Akses
Schoolnet
Makmal Komputer Sekolah
PPSMI
Aplikasi Pengurusan
Bahan P&P
7) Memberi bimbingan dan nasihat kepada Guru Perpustakaan dan Media (Guru
Penyelaras PSS) tentang penggunaan dan pengurusan:
Pusat Sumber Sekolah
Pelaksanaan Program NILAM
Literasi Maklumat
8)Memberi bimbingan dan nasihat penggunaan bahan pelbagai media:
Media-media lain
Projek Inovasi sekolah
Memberi bimbingan dan nasihat aspek teknikal perkakasan ICT dan
media
9)Melapor pelaksanaan aktiviti pemantaun sekolah
PSS
Program Membaca
Projek Rintis Sekolah Bestari
Makmal Pengkomputeran
Teknologi pendidikan dalam P&P
Pusat Akses
Schoolnet
TV / Radio Pendidikan
10) Melapor prestasi kewangan PKG dengan mematuhi peraturan pekeliling
kewangan yang sedang berkuatkuasa
Premis: Melapor dan menyelaras
• penggunaan
• kemudahan
• keceriaan
• keselamatan
Melapor hal-hal perjawatan dan perkhidmatan Staf PKG
Menyedia laporan pencapaian Bulanan SKTPKG
Menyedia laporan semakan pencapaian SKTPKG
• setengah tahun
• akhir tahun
Mengumpul dan melapor maklum balas dan aduan sekolah terhadap produk
dan perkhidmatan BTP, BTPN, PTPB dan PKG.
Menyediakan data dan maklumat sekolah
Pengurusan PKG
• PKG diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP
DGA32), seorang pembantu PTP DGA29, seorang PembantuTadbir (N17) dan
seorang Juruteknik Komputer FT17
Rujukan:
https://zh.scribd.com/doc/131605128/Fungsi-Dan-Peranan-Ppd