KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah...
Transcript of KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah...
KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN
1.0 PENGENALAN
Sejak zaman purba, setiap masyarakat mempunyai tempat perkuburan untuk
kaumnya yang tersendiri. Ini adalah penting kerana ia melambangkan tingkat
tamadun masyarakat itu termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan
pengurusan penguburan jenazah dan rupa bentuk kubur. Bagi masyarakat yang
beragama Islam, aspek kubur dan perkuburan adalah penting meliputi hukum
pembinaan struktur kubur, penziarahan, perbuatan serta amalan pada sesebuah
kubur atau kawasan perkuburan. Kubur yang telah lama sememangnya mempunyai
sejarah, cerita dan keistimewaan termasuk keunikannya mengikut peredaran zaman
dan world view masyarakatnya. Aspek tapak perkuburan sangat penting kerana ia
turut melambangkan imej masyarakat pada satu-satu zaman selain menjadi bukti
material bagi pensejarahan berkenaan seseorang tokoh, golongan, agama atau
kepercayaan mahupun kewujudan masyarakat itu sendiri termasuklah peristiwa
yang pernah berlaku. Adakalanya kubur lama terbiar begitu sahaja dan terdapat
juga kubur yang terus terpelihara
meski telah berdekad atau berkurun
lamanya.
Di Labuan, terdapat sebuah
perkuburan lama yang dipanggil
Perkuburan Islam Tanjung Keramat.
Gambar 1.1 - Illustrasi pemandangan sebahagian Pulau Labuan pada awal penyerahan kepada British
Lokasinya terletak sedikit ke arah timur pulau Labuan dan kedudukannya berada di
atas tebing tinggi di pinggir laut serta agak berada di hujung sebuah tanjung serta
terpencil daripada tempat – tempat awam. Namun demikian akses untuk ke tempat
ini agak mudah.
Perkuburan ini berkeluasan 2.708 hektar dan lokasinya kira-kira 4.5 km dari pusat
bandar Labuan. Tanah perkuburan ini terbahagi kepada dua lot iaitu tapak kubur
lama dan tapak kubur baharu. Tapak kubur lama yang mengandungi 60-70 buah
kubur dipisahkan oleh sebatang anak sungai dan terletak di hujung kawasan
perkuburan manakala tapak kubur baharu berhampiran kawasan pondok rehat dan
parkir kereta mempunyai lebih daripada 200 buah kubur. Sebuah jambatan konkrit
kecil dibina merentasi anak sungai sebagai laluan ke tapak kubur lama tersebut.
Untuk sampai ke lokasi ini, pengunjung perlu terlebih dahulu melalui Jalan Jumidar
Buyong atau Jalan Tanjung Purun dan melalui Jalan Tanjung Batu. Kawasan utama
yang dilalui adalah Memorial Perang Dunia Kedua Labuan dan juga perkuburan
orang-orang Kristian, kawasan Kompleks Darul Kifayah dan seterusnya di Tanjung
Taras, Membedai sebelum sampai ke lokasi yang dipanggil Tanjung Keramat.
Peta 1.1 - Peta lokasi perkuburan lama Tanjung Keramat, Labuan.
2.0 ASAL –USUL PERKUBURAN TANJUNG KERAMAT
2.1 Sejarah Tapak Perkuburan Tanjung Keramat
Menurut Haji Sawi bin Matnor, 65, (pesara Sabah Shell dan generasi ke-5, waris si
mati yang bernama Jamudin bin Jumat), Tanjung Keramat mendapat namanya
sempena amalan Tunku Syarif Kedah yang menjadikan sebuah tanjung kecil
sebagai lokasi beramal dan bertapa untuk meningkatkan ilmunya. Beliau dikatakan
gigih menyebarkan agama Islam
kepada penduduk tempatan dan
suka membantu orang di dalam
keadaan darurat. Oleh kerana beliau
dipandang tinggi atas ciri-ciri
kealiman, pakar rujuk agama dan
mempunyai unsur-unsur kesaktian,
kuasa mengubati penyakit dan
keajaiban diperoleh daripada ayat suci al-Quran, beliau dikenali sebagai ‘keramat’
yang bererti ‘mulia’ dan memiliki ‘kekudusan istimewa’ di kalangan penduduk
tempatan. Tempat beliau beramal tersebut kemudiannya dinamai Tanjung Keramat
sehingga kini. Mengikut catatan sejarah, Tunku Syarif Kedah yang dilahirkan di
Mekah telah datang ke Labuan pada 1896 untuk meniaga dan turut terkenal sebagai
pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan
dimakamkan di tanah perkuburan Islam Rancha-Rancha, Labuan.
2.2 Masyarakat Yang Dikebumikan
Tanah perkuburan tersebut menempatkan perkuburan awal orang-orang Kadayan
di Labuan. Orang Kadayan di Labuan berasal dari Brunei dan merupakan golongan
yang terawal mendiami Labuan bersama dengan orang-orang Brunei. Penghijrahan
orang Kadayan secara kecil-kecilan ke pulau Labuan dipercayai berlaku sebelum
era kedatangan penjajah British sekitar pertengahan 1840-an. Mereka adalah
pengiring raja di Brunei dan dikatakan memiliki kekuatan dan kesetiaan yang tinggi
untuk mengawal rajanya. Masyarakat Kadayan pada asalnya merupakan golongan
petani khususnya penanam padi dan mereka sememangnya dikenali sebagai kaum
yang memiliki kerajinan tangan serta berpengetahuan tinggi dalam perubatan
tradisi. Orang-orang Kadayan lebih gemar tinggal di kawasan darat berbanding
orang Brunei yang mendiami kawasan kampung air.
Menurut Haji Sawi, antara kampung-kampung yang menggunakan
perkuburan tersebut adalah Kampung Nagalang, Kampung Kerupang, Kampung
Pantai dan Kampung Tanjung Aru selain beberapa buah kampung yang lain. Dari
segi jarak, kampung-kampung ini lebih hampir dengan Tanjung Keramat. Namun
demikian majoriti orang Kadayan mendiami kampung Bukit Kuda. Pada masa
dahulu, tidak terdapat jalan darat untuk ke lokasi tersebut selain ia dikelilingi oleh
hutan tebal di sebelah darat. Satu-satunya akses ke tanah perkuburan ini ialah
dengan menggunakan perahu atau sampan di pinggir pantai untuk menghantar
jenazah dari kampung untuk dikebumikan di tanah perkuburan ini. Kebetulan
terdapat muara anak sungai yang memudahkan laluan masuk dan naik ke atas
tebing untuk mengebumikan jenazah mengebumikan jenazah.
Gambar 2.2.1 - Kawasan pinggir pantai dan muara anak sungai yang dijadikan laluan masuk ke
tanah perkuburan pada masa dahulu.
Menurut Haji Sawi, Jamudin bin
Jumat merupakan moyangnya dan
berasal dari Brunei. Beliau dikenali
sebagai “Juruk” atau panglima (ketua
angkatan) oleh masyarakat Kadayan
kerana kebolehannya memimpin
orang-orang Kadayan melindungi
raja (sultan Brunei) terutama setiap
kali berlaku pertelingkahan dan
situasi cemas di kalangan pembesar-
pembesar yang berebutkan takhta
dan kedudukan.
Gambar 2.2.2 – Haji Sawi bin Matnor (kiri), menunjukkan salasilah keturunan Jamudin bin Jumat
Kumpulan ini berhijrah ke Labuan kerana mahu mengelak daripada suasana
kekacauan dan pertelingkahan yang sering berlaku di Brunei. Mereka juga dikatakan
meninggalkan Brunei kerana tidak bersetuju dengan amalan sesetengah pembesar
yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Di Labuan, mereka terlibat
dalam mengusir lanun-lanun yang mengganggu aktiviti penduduk tempatan di
sekitar perairan berhampiran. Beliau dan pengikutnya dipercayai sudah berada di
Labuan sewaktu penyerahan Labuan kepada pihak British yang dilakukan pada
tahun 1846. Apabila meninggal dunia, beliau dimakamkan di Tanjung Keramat.
Walau bagaimanapun, warisnya tidak mempunyai maklumat yang tepat berkenaan
tarikh beliau meninggal dunia. Mereka hanya mendakwa Jamudin adalah antara
orang terawal yang disemadikan di tanjung Keramat. Anaknya yang bernama
Brahim iaitu pemilik asal tanah tersebut telah mewakafkan tanah tersebut sebagai
tanah perkuburan orang Islam. Beliau turut dikebumikan di situ pada 1903
berdasarkan pada batu nisan kubur.
Haji Sawi juga tidak pasti siapakah orang pertama atau kumpulan orang
pertama yang dikebumikan di Tanjung Keramat dan bilakah tanah perkuburan
tersebut mula-mula digunakan. Selain itu, beliau juga tidak pasti secara tepat
penduduk kampung manakah yang mengebumikan jenazah pertama di Tanjung
Keramat. Tinjauan dan penelitian yang dilakukan di kubur-kubur tersebut mendapati
terdapat kubur yang nisannya diukir dengan tarikh seawal tahun 1330 Hijrah (1887
M). Terdapat banyak kubur yang sukar dikesan tarikhnya kerana ukiran pada nisan
telah pudar sama sekali. Ini menunjukkan sebahagian kubur –kubur tersebut lebih
lama usianya berbanding yang masih mempunyai ukiran tarikh dan nama si mati.
Seorang lagi suku Kadayan, Pangeran Haji Salleh bin Pangeran Hashim, 87, yang
menetap di Kampung Durian Tunjong mempunyai ramai ahli keluarga yang
dikebumikan di Tanjung Keramat. Nenek, bapa saudara, ibu dan isteri beliau adalah
antara ahli keluarga yang disemadikan di Tanjung Keramat. Beliau menyatakan
terdapat sebatang pohon yang dipanggil pokok keramat di lokasi berhampiran kubur
lama tersebut. Selain itu beliau juga mengatakan bahawa hanya laluan air yang
boleh digunakan sebagai jalan untuk mengebumikan jenazah di Tanjung Keramat
pada waktu dahulu khususnya sebelum tahun 1950-an.
Menurut sejarah, pulau utama Labuan tidak mempunyai penghuni tetap sebelum
kedatangan pihak British. Labuan hanya dijadikan sebagai tempat berlindung dan
oleh pedagang-pedagang kecil dan nelayan daripada keadaan cuaca buruk. Selain
itu, Labuan juga dijadikan tempat berlindung daripada lanun yang sering
mengganggu aktiviti pelaut di perairan sekitar. Labuan juga pernah dijadikan
sebagai persinggahan sementara oleh utusan Sepanyol dari Manila yang ingin
mengadap Sultan Brunei pada 1685. Petempatan tetap hanya wujud di Labuan
selepas Labuan diambil alih dan ditadbir oleh koloni British yang melihat Labuan
sebagai sangat berpotensi dari segi ekonomi perdagangan yang melibatkan
kegiatan pelabuhan dan pertahanan kelautan.
Sebagai perbandingan kubur lama lain yang direkodkan di pulau ini adalah kubur
James A. Gordon (1847) dan Sarjan Adam C. Sutherland (Mei 1847), kedua-duanya
warga British yang terlibat dalam persiapan penyerahan pulau Labuan kepada
British pada 1846. Pada mulanya kubur tersebut terletak di Burial Ground
berhampiran Ramsay Point di Jalan Tanjung Purun namun telah dialihkan ke
Taman Botanikal Labuan akibat ancaman hakisan pantai. Terdapat juga kubur
masyarakat Cina di Sungai Keling bertarikh 1853 dan 1854 namun ianya merupakan
kubur pekerja lombong arang batu yang dipercayai dikebumikan di Tanjung Kubong
sebelum kubur-kubur ini dialihkan ke Sungai Keling. Selain itu terdapat juga kubur
lama orang Islam di Kampung Ganggarak dan Kampung Sungai Labu namun tidak
mempunyai maklumat lanjut.
Kubur di Tanjung Keramat menggunakan banyak batu bersaiz besar yang dipercayai
diambil dari pinggir pantai. Batuan tersebut dibawa ke kawasan kubur dan dibentuk
khas seperti lazimnya kubur lama dan dijadikan struktur kubur. Terdapat batu nisan
yang didirikan dengan saiz mencecah ketinggian 38 inci, lebar 16 inci dan tebal 10
inci. Terdapat juga ukiran nama dan tarikh kematian pada batu nisan menggunakan
tulisan jawi.
Gambar 2.2.3 – Pemandangan kubur lama Tanjung Keramat, Labuan.
Gambar 2.2.4 – Batu-batu yang berada di pinggiran pantai untuk dibuat sebagai nisan.
Kubur paling lama yang menggunakan nisan kayu pula mempunyai tarikh 1331
Hijrah dan meninggal ketika berusia 100 tahun. Kubur-kubur di kawasan ini
mempunyai struktur yang hampir sama di antara satu sama lain dari segi
penggunaan dan tata letaknya. Beberapa buah kubur telah ditambah baik
sebahagian strukturnya menjadikannya seperti kubur moden. Terdapat juga pohon
– pohon kayu yang besar di bahagian tengah kawasan perkuburan tersebut. Saiz
kawasan perkuburan juga kian mengecil kerana pertambahan kubur-kubur baharu.
Apa yang menarik pada kubur tersebut adalah simbol berupa ukiran bintang yang
terdapat pada sesetengah batu nisan. Sewaktu tinjauan dilakukan, terdapat simbol
bintang berbucu lima dan juga berbucu enam di dalam petak segi tiga yang turut
diukir pada nisan kubur tersebut. Sesetengah nisan kubur turut diukir dengan bulan
atau bulan dan bintang.
Gambar kiri : Nisan yang diperbuat daripada kayu. Gambar tengah : Nisan batu berukiran bintang berbucu enam. Gambar kanan : Nisan batu dengan ukiran bulan dan bintang berbucu lima.
Kebanyakan ukiran maklumat nama dan tarikh kematian juga telah pudar dan sukar
dikesan. Tinjauan juga mendapati batu-batunya yang digunakan sebagai struktur
kubur telah rebah dan tidak teratur berkemungkinan disebabkan faktor usia kubur itu
sendiri. Batu-batu yang digunakan sebagai penanda kubur ini dipercayai
mempunyai rupa, bentuk dan warna asli yang cantik sewaktu mula-mula digunakan.
Tanah perkuburan lama Tanjung Keramat diancam runtuhan tebing atas faktor semulajadi
Pada masa dahulu, kawasan tebing di Tanjung Keramat menganjur lebih jauh ke
arah laut tapi berlaku hakisan tebing atas faktor semulajadi sehingga mengakibatkan
enam buah kubur lama telah runtuh bersama tebing setakat ini. Keadaan tersebut
masih berlaku sehingga kini dan keadaan agak kritikal bagi sebahagian lagi kubur
jika berlaku runtuhan besar pada tebing. Rekod menunjukkan pemilik tanah asal
bagi perkuburan itu adalah Brahim bin Jamudin dengan tarikh 1902. Pada masa ini
hal-ehwal perkuburan Tanjung Keramat diurus oleh pihak PEWARIS yang
merupakan persatuan waris-waris keluarga orang yang disemadikan di perkuburan
ini. PEWARIS dinaungi oleh YB Datuk Rozman bin Isli iaitu Ahli Parlimen Labuan
merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan. Bahagian Masjid dan Tanah
Perkuburan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut mentadbir
tanah perkuburan ini.
Jika dilihat dari segi struktur kubur, tanah perkuburan ini agak unik berikutan
penggunaan batu-batu sungai atau pinggir laut yang bersaiz besar dan dibentuk
dengan cantik. Pemandangan di perkuburan ini sangat mendamaikan dengan bunyi
desiran ombak yang menghempas pantai berdekatan serta pepohonan kayu yang
besar di tengah perkuburan lantas menimbulkan suasana serta gambaran ‘keramat’
yang tenang. Kawasan kubur sentiasa dijaga dengan rapi dan tampak selalu
diziarahi oleh orang ramai.
3.0 PENGARUH DAN SIMBOL BATU NISAN
3.1 Pengaruh dan Simbol Batu Nisan Secara Umum
Kekuatan dan pengaruh simbol pada batu nisan mampu mengakui, mempercayai
dan mengubah persepsi tingkah laku manusia yang dianggap keramat dan
mempunyai magis maka tidak hairanlah tapak perkuburan lama di Tanjung Keramat
dijadikan lokasi pertapaan dan pengasingan diri untuk beramal di kalangan orang
bijak pandai dan berilmu. Simbol adalah lokasi tanda dalam hubungan ritual
kematian khususnya masyarakat Islam di Borneo yang menggambarkan pemikiran
dan idea yang terkandung dalam mitos kepercayaan. Beberapa simbol yang sering
menghiasi batu nisan berupa bulan dan bintang berbucu 5 atau 6 yang tidak dapat
dipastikan maksudnya sebenarnya selain daripada gambaran langsung simbol
agama Islam.. Dipercayai pada zaman dahulu terdapat segelintir kumpulan yang
mengamalkan dan mempercayai sesuatu aliran cabang agama yang hanya difahami
oleh mereka sahaja. Simbol itu jika diperkatakan menjadi isu sensitif di kalangan
waris si mati. Ternyata simbol-simbol itu mempunyai makna khusus dan bukan
dikukir sebarangan pada batu nisan. Ada orang yang meninggal dan dimakamkan di
tempat itu mempunyai kedudukan atau kriteria tertentu sehinggakan batu nisannya
harus diberikan simbol yang menggambarkan pengaruhnya dalam masyarakat.
Temubual dengan beberapa responden mengesahkan sebahagian simbol yang
terdapat pada batu nisan si mati mempunyai hubungan dengan kuasa, pengaruh
dan kedudukan si mati dalam masyarakat semasa hayatnya. Walau bagaimanapun
kebanyakan waris si mati enggan mendedahkan maklumat lanjut.
Penyelidikan yang dilaksanakan merungkai misteri perkuburan lama di
Tanjung Keramat yang dipercayai berusia melebihi 100 tahun berdasarkan
keterangan dan rekod dalam batu nisan di samping menghuraikan kepelbagaian
motif, lambang dan ukiran ayat-ayat al-quran. Tulisan yang dipahat mencatatkan
tarikh dan nama si mati, serta petikan ayat-ayat al-quran. Masyarakat setempat
dahulunya menganggap batu nisan ini melambangkan keimanan si mati dan boleh
dianggap keramat. Pada masa dahulu, unsur-unsur keramat dan magis berleluasa
dalam sosio budaya masyarakat Melayu di Borneo sungguhpun kepercayaan ini
adalah syirik dan bercanggah dengan akidah Islam. Batu nisan yang ada di situ
diperbuat daripada batuan sungai atau pinggir laut yang bersifat tahan lasak serta
kelihatan gah.
3.2 Pengaruh Simbol Di Perkuburan Lama Tanjung Keramat
Hasil daripada pemerhatian pada batu-batu nisan yang terdapat di
perkuburan Tanjung Keramat, terdapat beberapa simbol atau corak yang diukir
pada batu-batu nisan tersebut iaitu :-
a) Simbol Bintang Berbucu Enam
Gambar 3.2.1 – Bintang Berbucu Enam
Bintang enam merupakan simbol atau lambang yang paling banyak digunakan
dalam sejarah agama-agama yang terdapat di dunia seperti Yahudi, Kristian,
Buddha, Hindu dan tidak terkecuali di dalam agama Islam sendiri. Simbol bintang
berbucu enam ini pada asalnya merupakan hak milik bangsa Arab Kan’an (bangsa
asal Palestin). Sejak ribuan tahun dahulu lagi mereka menggunakan simbol ini
sebagai lambang bagi kaum mereka. Simbol bintang bucu enam atau juga dikenali
sebagai Bintang Daud (Nabi Daud a.s) kerana simbol ini terus digunakan pada
zaman pemerintahan Nabi Daud a.s dan seterusnya digunakan dalam
pemerintahan anakanda baginda iaitu Nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman
menjadikan bintang bucu enam ini sebagai cop mohor kerajaan agung baginda.
Simbol ini terus dikekalkan pada Dinasti Khilafah Ayyubiyyah ketika Salahuddin
Al-Ayubi mengalahkan tentera Salib di Jerusalem dan beliau mengambil simbol ini
bagi menghormati bangsa asal Palestin iaitu bangsa Arab Kan’an yang telah
memeluk agama Islam. Pada mimbar, tingkap dan dinding-dinding marmar Masjidil
al-Aqsa juga menggunakan simbol ini. Mimbar itu dikatakan berusia hampir
mencecah seribu tahun.
Gambar 3.2.2 – Mimbar yang terdapat di dalam Masjid Al-Aqsa, Palestin.
Seterusnya, simbol bintang berbucu enam ini pernah menjadi perlambangan
yang digunakan pada masa Dinasti – dinasti Islam Abad Pertengahan, terutama
pada era kegemilangan Kekhalifahan Turki Uthmaniyah. Di zaman kegemilangan
dinasti Khilafah Turki Uthmaniyah, simbol dan lambang bintang bucu enam ini
banyak digunakan di masjid-masjid, mimbar masjid, duit syiling, bendera peribadi
pasha (gelaran untuk pangkat kedudukan yang tinggi dalam politik empayar dinasti
Uthmaniyah Turki) dan makam perkuburan Islam sebagai corak hiasan.
3.2.3 - Gambar batu nisan yang mempunyai simbol bintang enam yang terdapat di
perkuburan lama Tanjung Keramat, Labuan.
Simbol ni jugak digunakan sebagai bendera negeri Karamanid (Karamanoğlu)
pada kurun ke-13 di mana negeri ni adalah antara negeri terkuat di Anatolia.
Zaman ini ia dikenali sebagai wilayah Karaman di negara Turki.
Gambar 3.2.4 - Duit syiling Emiriah Maghrib Bendera Emiriah Karamanid Anatolia Turki
Antara masjid-masjid yang mempunyai simbol segitiga enam yang terdapat di
beberapa negara ialah Masjid al-Khalil di Hebron Palestin, Humayun Tomb di India,
Masjid Sultan Mamluk berdekatan dengan Universiti Al- Azhar di Cairo Mesir,
Masjid Bakhchysaray di wilayah Crimea Russia dan Masjid Zahir di Alor Setar
Kedah, Malaysia.
Simbol bintang enam yang terdapat di masjid Zahir di Alor Setar, Kedah, Malaysia.
Gambar 3.2.5 - Humayun Tomb di India
b) Simbol Bulan dan Bintang
Simbol bintang bucu lima dan bulan sabit amat sinonim di kalangan kita pada
hari ini terutamanya yang beragama Islam kerana simbol ini boleh dilihat di mana-
mana masjid yang dibina di seluruh dunia. Umat Islam sering menggunakan simbol
ini jika terdapat peristiwa atau perkaitan dengan umat Islam. Simbol ini biasanya
diletakkan di atas kubah-kubah masjid dan di dinding-dinding masjid. Jika
diperhatikan pada masa ini, hampir separuh negara-negara di dunia menggunakan
lambang atau simbol bulan serta bintang ini di bendera-bendera kebangsaan
mereka termasuklah negeri-negeri di dalam Malaysia sendiri.
Simbol bulan dan bintang yang diukir pada batu nisan di perkuburan lama Tanjung
Keramat, Labuan menjadi satu kepelikan kerana simbol semacam itu belum pernah
ditemui di mana-mana batu nisan kubur di Malaysia.
Penggunaan simbol bulan bintang terjadi setelah Sultan Mehmet II (Muhammad Al
– Fatih) berjaya menakluk kota Konstantinopel (Empayar Byzantine) pada 1453.
Islam diidentitikan dengan bulan sabit dan bintang berdimensi lima. Rasanya tidak
cukup cantik jika di puncak sesebuah kubah atau menara masjid tidak mempunyai
lambang bulan dan bintang bahkan tiada sesiapa yang akan membantah bahawa
kedua-duanya dikaitkan sebagai simbol Islam.
Gambar 3.2.6 – Batu nisan di Perkuburan Islam Tanjung Keramat, Labuan
Simbol bulan dan bintang ini berkemungkinan diukir di batu nisan tersebut
sebagai perlambangan kepada tempat pengebumian jenazah orang Islam. Maka
perkaitan antara simbol bintang enam ini dengan simbol yang terdapat di batu –
batu nisan di tanah perkuburan Islam Tanjung Keramat wujud persamaan iaitu
simbol yang sama. Sebelum itu diingatkan bahawa pada awalnya pulau Labuan ini
dibuka dan didiami oleh penduduk dari Brunei yang datang berhijrah dari tanah
Brunei bagi mengelak daripada suasana kekacauan dan peperangan kecil yang
berlaku di Brunei. Menurut Haji Sawi bin Matnor, 65, perkuburan lama tersebut
merupakan perkuburan awal orang-orang Kedayan di Labuan. Orang Kedayan di
Labuan sememangnya berasal dari negara Brunei.
Pada tahun 808 H (1404 M) ada sembilan (9) ulama dari Kekhalifahan Islam di
Turki atas perintah Sultan Muhammad Jalabi ke tanah Jawa melalui Kesultanan
Samudra-Pasai (Aceh Darussalam). Sejak menjadi sebahagian dari Khilafah
Islamiyah, Kesultanan Samudra-Pasai telah menjadi pusat pendidikan agama dan
banyak menghasilkan ahli - ahli agama yang akan dikirim ke seluruh penjuru
Nusantara untuk menyebarkan dakwah. Dakwah Islam secara besar-besaran ke
Nusantara dimulai dari Pasai dan menyebar melalui dua jalur iaitu, Jalur Melaka
dan Jalur Giri di Gresik, Jawa.
Dakwah besar-besaran dari Samudra-Pasai (Aceh Darussalam) sang Serambi
Mekah telah berjaya memunculkan kesultanan-kesultanan Islam berikutnya di
seluruh Nusantara mulai abad ke-15 M hingga awal abad ke-19 Masihi. Di antara
kesultanan-kesultanan yang berdiri adalah Kesultanan Brunei Darussalam, berdiri
pada tahun 1402 Masihi di Kalimantan Utara dengan Awang Alang Betatar,
seorang Raja Brunei yang masuk Islam sebagai sultan pertamanya dengan gelaran
Sultan Muhammad Syah.
Jika merujuk sejarah, berdasarkan catatan China dan orang Arab
menunjukkan bahawa kerajaan Brunei Darussalam pada awalnya berada di muara
Sungai Brunei. Kerajaan itu memiliki wilayah yang cukup luas meliputi Sabah,
Brunei dan Sarawak yang berpusat di Brunei. Pada awal abad ke-15, Kerajaan
Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya
dan kemudian mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan
agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15.
Selepas kejatuhan Kerajaan Islam Melaka kepada Portugis pada tahun 1511
Masihi, ramai ahli-ahli agama yang menetap di Melaka telah berhijrah ke Brunei.
Pada masa yang sama kejatuhahan kerajaan Melaka ke tangan Portugis tersebut
telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka,
sehingga Kesultanan Brunei mencapai zaman kegemilangannya dari abad ke-15
hingga abad ke-19 sewaktu memperluas kekuasaannya ke seluruh pulau Borneo
dan ke Filipina di sebelah utaranya. Kesultanan Brunei telah menjadi satu kuasa
Islam yang kuat dan disegani di Asia Tenggara ketika itu. Justeru Kesultanan Islam
Brunei telah menjalinkan hubungan yang baik dengan Khilafah Turki Uthmaniah
yang merupakan satu kuasa besar Islam dunia pada masa itu yang menaungi
semua wilayah – wilayah Islam dan menjadi rujukan serta tempat meminta
pertolongan jika terdapat masalah terhadap umat Islam di seluruh dunia.
Dalam sebuah literatur menyebutkan adanya hubungan antara Kesultanan
Brunei Darussalam dengan Kerajaan Aceh Darussalam. Hal tersebut
dilatarbelakangi adanya kesamaan budaya dan agama serta menyatakan diri
sebagai bahagian dari kekhalifahan Uthmaniah di Turki. Ini membuktikan bahawa
pengaruh simbol – simbol ini datang daripada Dinasti Khilafah Uthmaniah di negara
Turki.
3.3 Gambar dan ilustrasi simbol dan tulisan pada batu nisan
هللا رسوال محمد هللا اال الاله Tiada Tuhan yang melainkan Allah,
Muhammad Pesuruh Allah
اني عالمت Tempat dimana
بن طهير محمد قوبر Kubur Muhammad Tahir bin
صليح محمد Muhammad Sholeh
١٣٥٣ تاهون Tahun 1353H
كوروس بن متصفر
محمدMuhammad
هللا رسوال Rasulullah
عالمتTempat
قو اني بهو Bahawa ini ku-
تمت بليو بر bur beliau Temit
عبدهللا انق anak Abdullah
١٣١٥ 1315 (H)
هللا لرسو محمد
عالمت اني Ini tempat
قوبوررجوkubur Raju
رحامودينRahamudin
جومت انق anak Jumit
١٣
اصدAsad
نايم بنتي Binti Naim
١٣٥٦ 1356
عالمتTempat
اسمعيل قوبور اين Dimana kubur Ismail
الهير بن Bin Lahir
١٣٤٩ تاهون Tahun 1349
هللا اال الاله Tiada Tuhan selain Allah
هللا لرسو محمد Nabi Muhammad Pesuruh Allah
الطيفه سيتي قبر اين Siti Lathifah
مانن نتي binti Manan
١٣٥٥
هللا اال الاله Tiada tuhan melainkan Allah
هللا رسوال محمد Nabi Muhammad Pesuruh Allah
محمد قوبور اين Ini kubur Muhammad
محمد بن صحان Sohan bin Muhammad
١٣٥٣ تاهون Tahun 1353
قوبور اين عالمت Tempat dimana makam
اوسين الجن بن بليو Beliau Lajin bin Usin
ساول ٣ 3 Syawal
١٠٠ اومور Umor 100
١٣٤١ 1341 (H)
تونجور بنتي موت Mun binti Tunjur
٢٩صفر Safar 29
١٣٥٧ 1353
4.0 PENUTUP
Kewujudan perkuburan lama Tanjung Keramat membuktikan Labuan telah dihuni
oleh masyarakat beragama Islam sejak ratusan tahun yang lalu. Penggunaan batu-
batu sungai atau pinggir laut sebagai nisan dan struktur kubur adalah satu kelaziman
memandangkan tidak terdapat pembuat nisan komersil pada zaman dahulu.
Walaupun aspek kemewahan atau kemegahan kubur tidak diutamakan sepertimana
yang berlaku pada hari ini, tanda kubur yang nyata adalah penting bagi
menunjukkan tamadun masyarakat Islam Kadayan pada zamannya. Apa yang
diutamakan hanyalah nama, keluarga dan tarikh kematian si mati. Struktur kubur
hanyalah sebagai tanda bagi menghargai atau memperingati ahli keluarga yang
telah meninggal dunia dan simbol yang turut diukir pada nisan lebih kepada
melambangkan agama Islam sebagai agama si mati ketika dalam hayatnya. Selain
itu, masyarakat zaman dahulu juga menerima pengaruh Islam dari negara-negara
seperti Arab dan Turki lantas sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran dan
kepercayaan masyarakat akan simbol yang dipercayai sesuai untuk diletakkan di
nisan kubur seperti mana simbol di sesetengah masjid. Orang-orang pada zaman
dahulu sengaja menggunakan batu sungai sebagai asas pembinaan ataupun
sebagai penanda kubur. Penggunaan batu sungai digalakkan dalam Islam kerana ia
bersifat hidup dan semulajadi, tahan lama dan lasak. Batu ini juga sebenarnya
kelihatan cantik dan menarik semasa ia mula-mula digunakan. Selain daripada itu,
orang-orang kampung juga sebenarnya menunjukkan yang mereka tidak berharta
dan hanya menggunakan batu sungai sebagai penanda kubur. Ketiadaan binaan
tambahan yang berlebihan di atas kubur dilihat sebagai memuliakan dan mengingati
ahli keluarga mereka yang telah pergi buat selama-lamanya.
GALERI GAMBAR KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN
Sebahagian pemandangan tapak perkuburan lama Tanjung Keramat
Pohon – pohon besar dan berusia melatari pemandangan tapak perkuburan
Sebahagian struktur kubur yang telah rebah dan berselerakan
Sebuah kubur lama bertarikh 1330 H (1887 M) yang telah ditambah dengan nisan baharu
Jambatan kecil merentangi anak sungai untuk laluan ke tapak perkuburan lama
Tapak kubur sebuah keluarga ini terletak berdekatan dengan tebing tinggi
Haji Sawi ketika ditemui di kediamannya di Taman Tanvilla, Labuan
Kakitangan penyelidik Muzium Labuan bersama Haji Sawi bin Matnor di kediamannya
RUJUKAN
Haji Sawi bin Matnor (Orang Kadayan Labuan) Bekas pekerja Sabah Shell Cicit kepada Jamudin bin Jumat AJK PEWARIS Kubur Tanjung Keramat Umur : 65 tahun Pangeran Haji Salleh bin Pangeran Hashim (Orang Kadayan Labuan) Pesara Pos Malaysia Bekas Imam Masjid dan Jurunikah Bekas Pengerusi PEWARIS Kubur Tanjung Keramat Umur : 87 tahun Bahagian Pengurusan Masjid dan Tanah Perkuburan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan
Daftar Pustaka
http://www.kompasiana.com/a_baybar_roodee/bintang-daud-di-kalangan-
islam_551b2127a333114f21b65d4f
http://www.jurukunci.net/2011/12/asal-usul-penggunaan-lambang-bulan.html
http://www.kompasiana.com/gatotswandito/bintang-daud-jadi-simbol-parpol-islam-kenapa-
tidak_55b874713eafbd3c1384d490
https://generasisalaf.wordpress.com/2014/07/16/simbol-bintang-6-israel-sebenarnya-milik-
bangsa-palestina/
http://ahmadzaki82.blogspot.my/2014/07/sejarah-simbol-bintang-bucu-6-israel.html
https://youchenkymayeli.blogspot.my/2013/11/sejarah-masuknya-islam-di-brunei.html
http://khilafatulmuslimin.com/ikatan-sejarah-brunei-darussalam-dan-aceh-darussalam/