Ksj puisi moden diari lama

8
Puisi Moden Diari Lama SMahadzir

description

 

Transcript of Ksj puisi moden diari lama

Page 1: Ksj puisi moden diari lama

Puisi Moden

Diari Lama

SMahadzir

Page 2: Ksj puisi moden diari lama

Di halaman diari ini aku amati selembar tulisan tentang perjuangan – bertitis air mata mengalir namun tak sederas darah yang tertumpah.

Maksud:Penyajak membaca catatan tentang perjuangan kemerdekaan tanah air dengan perasaan sedih dan bersimpati kerana banyak kematian dan peristiwa yang memilukan telah berlaku.

[email protected]

Page 3: Ksj puisi moden diari lama

Di naungan panji yang megah kutegakkan cinta dan kasih sayang anak bertuah bumi merdeka pada semarak ulang tahun diulit riang bersalut hiba Dataran Merdeka menyambut suka gagah perbarisan anak-anak Malaysia menghayun langkah menongkah persada riang di naungan nusa, makmur setiap ketika sampai bila-bila.

Maksud :Penyajak menyaksikan sambutan ulang tahun kemerdekaan dan menyatakan rasa cinta kepada negara masih membara. Penyajak berasa gembira kerana negara telah mencapai kemerdekaan dan berasa sedih kerana terkenang perajurit yang telah terkorban.Penyajak berharap negara akan terus makmur sampai bila-bila.

[email protected]

Page 4: Ksj puisi moden diari lama

Tema Bertemakan semangat patriotik, mengimbau kenangan penyajak terhadap perjuangan untuk mencapai kemerdekaan negara kita. Semangat cinta akan negara dilahirkan melalui perayaan Hari Kebangsaan yang disambut setiap tahun.

Persoalan Pengorbanan yang dilakukan demi negara yang tercinta. Perasaan cinta terhadap tanah air. Semangat patriotisme dapat dilahirkan melalui sambutan

Hari Kebangsaan. Untuk memerdekakan tanah air memerlukan banyak

pengorbanan. Berasa bangga menjadi anak bangsa dalam negara yang

merdeka. Harapan untuk masa depan negara yang cerah.

[email protected]

Page 5: Ksj puisi moden diari lama

Nada Sajak ini bernada patriotik kerana penyajak

menggambarkan dia bersemangat tinggi untuk mempertahankan kemerdekaan tanah air..

Gaya Bahasa Personafikasi - menyambut suka, menongkah

persada, bersalut hiba Metafora - naungan panji Paradoks - diulit riang bersalut hiba Sinkope - tak

[email protected]

Page 6: Ksj puisi moden diari lama

Cinta akan negara. Bangga dan taat setia kepada negara.

Pengorbanan. Para pejuang terdahulu sanggup berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan negara.

Mengenang jasa. Penyajak mengenang jasa para perajurit kemerdekaan negara.

[email protected]

Page 7: Ksj puisi moden diari lama

Kita hendaklah berterima kasih kepada orang yang telah berjasa kepada negara.

Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan tanah air.

Kita hendaklah sanggup berkorban demi negara yang tercinta.

Kita hendaklah memelihara kemakmuran dan keamanan negara.

[email protected]