Kristian Prof

download Kristian Prof

of 21

Transcript of Kristian Prof

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    1/21

    EDU 3651ETIKA DAN

    FALSAFAH MORAL

    KUMPULAN KURSUS : 1

    PENSYARAH:PROF ABDUL RAHMAN MD.

    AROFF

    TAJUK TUGASAN:NILAI-NILAI MORAL YANG TERDAPAT

    DALAM AGAMA KRISTIAN

    NAMA PELAJAR NO.MATRIK

    ANG AI KIM 135400CRISPIN ANAK TOMING 135418FELICITY FLAVIANNEYAUGUSTTINUS @ ZACKRY 139429

    PROGRAM:

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    2/21

    BACELOR PENDIDIKAN(PENDIDIKAN MORAL)

    ISI KANDUNGANTAJUK MUKA SURAT

    PENDAHULUAN 1SEJARAH AGAMAKRISTIAN

    1-3

    KANDUNGAN SUKATANPELAJARAN

    4-9

    NILAI-NILAI MORAL YANGTERDAPAT DALAMAGAMA KRISTIAN

    9-

    KESIMPULAN

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    3/21

    PENDAHULUAN

    Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di

    peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan,

    penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid

    yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada

    masyarakat dan negara. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi aspek diri, keluarga, alam sekitar, patriotisme,

    hak asasi manusia, demokrasi serta keamanan dan keharmonian.

    SEJARAH AGAMA KRISTIAN

    Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan

    ajaran-ajaran Yesus. Agama Kristian bermula di Palestin kira-kira 2000 tahun dahulu.

    Pengasasnya ialah Jesus Christ.

    Ajaran Jesus Christ terkandung dalam kitab suci Kristian yang dipanggil Kitab Injil

    (Bible). Kitab Injil adalah kitab suci orang Kristian. Ia bererti "berita atau khabar baik

    tentang akan datangnya seorang Penyelamat atau Messiah". Kitab ini memuatkan

    kejadian cakerawala, sejarah Banu Israel, nyanyian kepada Tuhan, firman dan nubuat

    Tuhan (Old Testament) serta ajaran Jesus (New Testament). Kitab Bible dipercayai dapat

    membimbing manusia untuk hidup dengan penuh kemoralan, menasihati manusia untuk

    mengelakkan diri daripada kegiatan dosa, dan menyelamatkan manusia daripada elemen-

    elemen negatif.

    Kitab Bible dibahagi kepada dua bahagian utama, iaitu Perjanjian Baru dan

    Perjanjian Lama. Perjanjian Lama dapat dikelompokkan menjadi 5 bahagian utama iaitu

    Kitab Taurat (5 kitab), Kitab Sejarah (12 kitab), Kitab Puisi (5 kitab), Kitab Nabi-nabi Besar

    (5 Kitab) dan Kitab Nabi-nabi Kecil (12 Kitab). Sementara pengelompokan untuk Perjanjian

    - 1 -

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Agamahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Agama
  • 8/6/2019 Kristian Prof

    4/21

    Baru adalah Kitab Injil (4 Kitab), Kitab Sejarah (1 Kitab), Kitab Surat Rasuli (21 Kitab) dan

    Kitab Wahyu (1 Kitab). Jumlah kitab dalam Perjanjian Lama adalah 39, manakala jumlah

    kitab dalam Perjanjian Baru adalah 27. Maka seluruh kitab Bible mengandungi 66 kitab.

    Perjanjian Lama merupakan kitab suci kaum Yahudi sehingga sekarang. Perjanjian

    Lama mengandungi Rukun 10 (The Ten Commandments) yang diperkenalkan oleh Tuhan

    melalui nabi Musa. Ia terkandung dalam buku kedua kitab ini iaitu Keluaran. Rukun 10

    menyatakan bahawa:

    1. Satu-satunya Tuhan ialah Tuhan kita

    2. Jangan menyembah berhala dalam apapun bentuk

    3. Jangan salah guna nama Tuhan

    4. Hormati hari Sabbath dengan memuliakannya

    5. Hormati ibu bapa

    6. Jangan membunuh

    7. Jangan berzina

    8. Jangan mencuri

    9. Jangan memberi keterangan palsu tentang jiran

    10.Jangan mengingini isteri atau harta benda jiran

    Walaupun Rukun 10 ini disebut dalam Kitab Perjanjian Lama, rukun ini dirumuskan

    dalam dua rukun utama dalam Kitab Perjanjian Baru, iaitu cinta kepada Tuhan dan cinta

    kepada jiran.

    Kehidupan dan ajaran Jesus Christ diterangkan dalam empat gospel (berita baik)

    atau kitab yang utama dalam Injil Baru. Gospel yang pertama adalah Gospel Mark yang

    menerangkan siapakah Jesus dan riwayat hidupNya, khutbahNya sehingga disalib dan

    dibangkitkan semula pada hari ketiga dan dinaikkan ke syurga. Kata-kata pertama yang

    - 2 -

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    5/21

    diberikan oleh Mark ialah Di sinilah bermula Gospel Jesus Christ, Anak Tuhan. Gospel

    yang kedua adalah Gospel Matthew yang memberikan salasilah Jesus, khutbah dan

    mukjizat-Nya. Gospel yang ketiga pula adalah Gospel Luke yang juga menerangkan

    riwayat hidup Jesus. Dalam gospel yang keempat, iaitu Gospel John, tidak diterangkan

    riwayat hidup Jesus, tetapi bermula dengan misi John (Yohanes) Pembaptis.Gospel John

    merakamkan mukjizat dan kata-kata hikmat Jesus. Ajaran lain yang penting terdapat

    dalam dokumen yang penting seperti "Letter to Corinthians" oleh pengkhutbah Paulus.

    Antara ajaran penting lain ialah:

    1. Agama kristian adalah untuk semua manusia

    2. Wujud Yesus sebagai Anak Tuhan dan turun ke bumi untuk mengorbankan diri bagi

    tujuan menebus dosa manusia. Keselamatan manusia dan kehidupan kekal boleh

    diperoleh melalui keimanan terhadap Jesus Christ.

    3. Konsep Tritunggal (Holy Trinity) yang merupakan doktrin dasar agama Kristian

    mengenai tiga peribadi asas Tuhan. Peribadi tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan

    Anak dan Tuhan Roh Kudus. Seperti sifat Tuhan itu sendiri yang tidak mungkin

    dapat digambarkan, begitu juga kesatuan ini yang amat sulit difahami kerana ia

    sendiri adalah rahsia Tuhan. Kesimpulannya doktrin ini menyatakan bahawa Tuhan

    itu berupa tiga peribadi iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan seterusnya Tuhan Roh

    Kudus. Ketiga-tiga peribadi ini membentuk satu Tuhan yang Esa.

    - 3 -

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Kristianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kristian
  • 8/6/2019 Kristian Prof

    6/21

    KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN

    Dalam kandungan sukatan Pendidikan Moral di sekolah menengah terdapat tujuh

    bidang pembelajaran utama yang mengandungi nilai-nilai seperti berikut:

    Bidang pembelajaran 1

    Nilai berkaitan dengan perkembangan diri

    1.1 kepercayaan kepada tuhan

    Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya

    berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara.

    1.2 amanah

    Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

    1.3 harga diri

    Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam

    kehidupan.

    1.4 bertanggungjawab

    Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan

    dengan sempurna.

    1.5 hemah tinggi

    Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

    1.6 toleransi

    Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya

    pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

    1.7 berdikari

    Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

    - 4 -

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    7/21

    1.8 kerajinan

    Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan,

    dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

    1.9 kasih sayang

    Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati

    yang ikhlas.

    1.10 keadilan

    Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

    1.11 rasional

    Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan

    berasaskan pertimbangan yang wajar.

    1.12 kesederhanaan

    Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam

    pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

    Bidang pembelajaran 2

    Nilai berkaitan dengan kekeluargaan

    2.1 kasih sayang terhadap keluarga

    Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

    2.2 hormat dan taat kepada anggota keluarga

    Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara

    bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

    2.3 mengekalkan tradisi kekeluargaan

    Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan

    yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

    - 5 -

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    8/21

    2.4 tanggungjawab terhadap keluarga

    Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk

    melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

    Bidang pembelajaran 3

    Nilai berkaitan dengan alam sekitar

    3.1 menyayangi dan menghargai alam sekitar

    Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk

    mengekalkan keseimbangan ekosistem.

    3.2 keharmonian antara manusia dengan alam sekitar

    Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam

    sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

    3.3 kemapanan alam sekitar

    Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk

    kesejahteraan hidup.

    3.4 peka terhadap isu-isu alam sekitar

    Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha

    menyelesaikannya.

    Bidang pembelajaran 4

    Nilai berkaitan dengan patriotisme

    4.1 cinta akan negara

    Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara

    melebihi kepentingan diri.

    4.2 taat setia kepada raja dan negara

    Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara.

    - 6 -

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    9/21

    4.3 sanggup berkorban untuk negara

    Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian

    untuk negara.

    Bidang pembelajaran 5

    Nilai berkaitan dengan hak asasi manusia

    5.1 melindungi hak kanak-kanak

    Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan

    mereka yang sempurna.

    5.2 menghormati hak wanita

    Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan

    dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

    5.3 melindungi hak pekerja

    Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan

    pekerja dalam pembangunan negara.

    5.4 menghormati hak golongan kurang berupaya

    Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa

    tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan.

    5.5 melindungi hak pengguna

    Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat

    perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

    - 7 -

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    10/21

    Bidang pembelajaran 6

    Nilai berkaitan dengan demokrasi

    6.1 mematuhi peraturan dan undang-undang

    Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa

    mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

    6.2 kebebasan bersuara

    Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga

    keselamatan dan ketenteraman.

    6.3 kebebasan beragama

    Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang

    diperuntukkan dalam perlembagaan malaysia.

    6.4 penglibatan diri dalam pembangunan negara

    Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan

    mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembagaan malaysia.

    6.5 sikap keterbukaan

    Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan

    kebenaran fakta dan norma masyarakat malaysia.

    Bidang pembelajaran 7

    Nilai berkaitan dengan keamanan dan keharmonian

    7.1 hidup bersama secara aman

    Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan

    keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

    - 8 -

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    11/21

    7.2 saling membantu dan bekerjasama

    Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti

    atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

    7.3 saling menghormati antara negara

    Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan

    sejagat.

    NILAI-NILAI MORAL YANG TERDAPAT DALAM AGAMA KRISTIAN

    Setelah membuat penelitain terhadap nilai-nilai yang terkandung dalam sukatan

    pelajaran pendidikan moral di sekolah, kami mengenalpasti nilai-nilai moral yang terdapat

    dalam agama kristian adalah seperti berikut.

    Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

    Kepercayaan Kepada Tuhan

    Empat Tema Utama

    1. Kemuliaan Tuhan

    2. Imej Christ

    3. Rohaniah Tuhan

    4. Kehidupan abadi

    The Ten Commandments

    1. Satu-satunya Tuhan adalah Tuhan kita

    2. Jangan sembah berhala dalam apapun bentuk

    3. Jangan salah guna nama Tuhan

    4. Hormati hari Sabbath dengan memuliakannya

    Amsal 3: 5-6

    - 9 -

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    12/21

    5 Percayalah kepada TUHAN dengan segenap hatimu, dan janganlah bersandar kepada

    pengertianmu sendiri.

    6 Akuilah dia dalam segala lakumu, maka Dia akan meluruskan jalanmu.

    Yohanes 14: 12-14

    12 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan

    melakukan juga pekerjaan-pekerjaan yang Aku lakukan, bahkan pekerjaan-pekerjaan yang

    lebih besar daripada itu. Sebab Aku pergi kepada Bapa; 13 dan apa juga yang kamu minta

    dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya, supaya Bapa dipermuliakan di dalam Anak. 14

    Jika kamu meminta sesuatu kepada-Ku dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya.

    Amanah

    Amsal7:1-3

    1 Hai anakku, berpeganglah pada perkataanku, dan simpanlah perintahku dalam hatimu. 2

    Berpeganglah pada perintahku, dan engkau akan hidup; simpanlah ajaranku seperti biji

    matamu. 3 Tambatkanlah semuanya itu pada jarimu, dan tulislah itu pada loh hatimu

    Harga Diri

    Amsal 6:32

    32 Siapa melakukan zinah tidak berakal budi; orang yang berbuat demikian merusak diri.

    Amsal 5:3-6

    3 Karena bibir perempuan jalang menitikkan tetesan madu dan langit-langit mulutnya

    lebih licin daripada minyak, 4 tetapi kemudian ia pahit seperti empedu, dan tajam seperti

    pedang bermata dua. 5 Kakinya turun menuju maut, langkahnya menuju dunia orang mati.

    6 Ia tidak menempuh jalan kehidupan, jalannya sesat, tanpa diketahuinya.

    Amsal 6:16-19

    - 10 -

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    13/21

    16 Enam perkara ini yang dibenci TUHAN, bahkan, tujuh perkara yang menjadi kekejian

    bagi hati-Nya: 17 mata sombong, lidah dusta, tangan yang menumpahkan darah orang

    yang tidak bersalah, 18 hati yang membuat rencana-rencana yang jahat, kaki yang segera

    lari menuju kejahatan, 19 seorang saksi dusta yang menyembur-nyemburkan kebohongan

    dan yang menimbulkan pertengkaran saudara.

    Bertanggungjawab

    Galatia 6:1-2

    1 Saudara-saudara, kalaupun seorang kedapatan melakukan suatu pelanggaran, maka

    kamu yang rohani, harus memimpin orang itu ke jalan yang benar dalam roh lemah

    lembut, sambil menjaga dirimu sendiri, supaya kamu juga jangan kena pencobaan. 2

    Bertolong-tolonganlah menanggung bebanmu! Demikianlah kamu memenuhi hukum

    Kristus.

    2 Timotius 4:4-5

    4 Mereka akan memalingkan telinganya dari kebenaran dan membukanya bagi dongeng.

    5 Tetapi kuasailah dirimu dalam segala hal, sabarlah menderita, lakukanlah pekerjaan

    pemberita Injil dan tunaikanlah tugas pelayananmu!

    Titus 2:12-14

    12 Ia mendidik kita supaya kita meninggalkan kefasikan dan keinginan-keinginan duniawi

    dan supaya kita hidup bijaksana, adil dan beribadah di dalam dunia sekarang ini 13

    dengan menantikan penggenapan pengharapan kita yang penuh bahagia dan penyataan

    kemuliaan Allah yang Mahabesar dan Juruselamat kita Yesus Kristus, 14 yang telah

    menyerahkan diri-Nya bagi kita untuk membebaskan kita dari segala kejahatan dan untuk

    menguduskan bagi diri-Nya suatu umat, kepunyaan-Nya sendiri, yang rajin berbuat baik.

    Hemah Tinggi

    - 11 -

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    14/21

    Amsal 15: 1

    1 Jawapan yang lemah lembut meredakan kegeraman, tetapi perkataan yang pedas

    membangkitkan kemarahan.

    Efesus 4:2-3

    2 Hendaklah kamu selalu rendah hati, lemah lembut dan sabar. 3 Tunjukkanlah kasihmu

    dalam hal saling membantu. Dan berusahalah memelihara kesatuan roh oleh ikatan damai

    sejahtera.

    1 Petrus 3: 8-10

    8 Dan akhirnya, hendaklah kamu semua seia sekata, seperasaan, mengasihi saudara-

    saudara, penyayang dan rendah hati, 9 dan janganlah membalas kejahatan dengan

    kejahatan, atau caci maki dengan caci maki, tetapi sebaliknya, hendaklah kamu

    memberkati, karena untuk itulah kamu dipanggil, yaitu untuk memperoleh berkat. Sebab:

    10 "Siapa yang mau mencintai hidup dan mau melihat hari-hari baik, ia harus menjaga

    lidahnya terhadap yang jahat dan bibirnya terhadap ucapan-ucapan yang menipu.

    Toleransi

    Korintus 9:5

    5 Sebab itu aku merasa perlu mendorong saudara-saudara itu untuk berangkat

    mendahului aku, supaya mereka lebih dahulu mengurus pemberian yang telah kamu

    janjikan sebelumnya, agar nanti tersedia sebagai bukti kemurahan hati kamu dan bukan

    sebagai pemberian yang dipaksakan.

    Berdikari

    1 Tesalonika 4: 11-12

    11 Dan anggaplah sebagai suatu kehormatan untuk hidup tenang, untuk mengurus

    persoalan-persoalan sendiri dan bekerja dengan tangan, seperti yang telah kami pesankan

    - 12 -

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    15/21

    kepadamu, 12 sehingga kamu hidup sebagai orang-orang yang sopan di mata orang luar

    dan tidak bergantung pada mereka.

    2 Tesalonika 3: 7-8

    7 Sebab kamu sendiri tahu, bagaimana kamu harus mengikuti teladan kami, karena kami

    tidak lalai bekerja di antara kamu, 8 dan tidak makan roti orang dengan percuma, tetapi

    kami berusaha dan berjerih payah siang malam, supaya jangan menjadi beban bagi siapa

    pun di antara kamu.

    Kerajinan

    Amsal 12: 27

    27 Orang malas tidak akan dapat menangkap buruannya, tetapi oang rajin akan

    memperoleh harta yang berharga.

    Amsal 13:4

    4 Hati si pemalas penuh keinginan, tetapi sia-sia, sedangkan hati oang rajin diberi

    kelimpahan.

    Amsal 6:6-11

    6 Hai pemalas, pergilah kepada semut, perhatikanlah lakunya dan jadilah bijak; 7 biarpun

    tiada pemimpinnya, pengaturnya atau penguasanya, 8 ia menyediakan rotinya di musim

    panas, dan mengumpulkan makanannya pada waktu panen. 9 Hai pemalas, berapa lama

    lagi engkau berbaring?Bilakah engkau akan bangun dari tudurmu? 10 Tidur sebentar lagi,

    mengantuk sebentar lagi, melipat tangan sebentar lagi untuk tinggal berbaring. 11 maka

    datanglah kemiskinan kepadamu seperti seorang penyerbu, dan kekurangan seperti orang

    yang bersenjata.

    Kasih Sayang

    The Ten Commandments

    - 13 -

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    16/21

    6. Jangan membunuh

    Amsal 3:3-4

    3 Janganlah kiranya kasih dan setia meninggalkan engkau! Kalungkanlah itu pada

    lehermu, tuliskanlah itu pada loh hatimu, 4 maka engkau akan mendapat kasih dan

    penghargaan dalam pandangan Allah serta manusia.

    1 Korintus 13: 4-8

    4 Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan

    tidak sombong. 5 Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri

    sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. 6 Ia tidak bersukacita

    kerana ketidakadilan, tetapi keranan kebenaran. 7 Ia menutupi segala sesuatu, percaya

    segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu. 8

    Kasih tidak berkesudahan; nubuat akan berakhir;bahasa roh akan berhenti; pengetahuan

    akan lenyap.

    Keadilan

    Yesaya 28:17

    17 Dan Aku akan membuat keadilan menjadi tali pengukur, dan kebenaran menjadi tali

    sipat; hujan batu akan menyapu bersih perlindungan bohong, dan air lebat akan

    menghanyutkan persembunyian.

    2 Timotius 2:22

    22 Sebab itu jauhilah nafsu orang muda, kejarlah keadilan, kesetiaan, kasih dan damai

    bersama-sama dengan mereka yang berseru kepada Tuhan dengan hati yang murni.

    Rasional

    Kesederhanaan

    Ibrani 13: 5

    - 14 -

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    17/21

    5 Janganlah kamu menjadi hamba wang dan cukupkanlah dirimu dengan apa yang ada

    padamu. Kerana Allah telah berfirman: Aku sekali-kali tidak akan membiarkan engkau

    dan Aku sekali-kali tidak akan meninggalkan engkau.

    Titus 2: 2

    2 Laki-laki yang tua hendaklah hidup dalam sederhana, terhormat, bijaksana, sihat dalam

    iman, dalam kasih dan dalam ketekunan.

    Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan

    The Ten Commandments

    5. Hormati Ibubapa

    Efesus 6:2

    2 Hormatilah ayahmu dan ibumu ini adalah satu perintah yang penting, seperti yang

    nyata daripada janji ini supaya kamu berbahagia dan panjang umurmu di bumi.

    Kolose 3: 18-21

    18 Hai isteri-isteri, tunduklah kepada suamimu, sebagaimana seharusnya di dalam Tuhan.

    19 Hai suami-suami, kasihilah isterimu dan janganlah berlaku kasar terhadapnya. 20 Hai

    anak-anak, taatilah orang tuamu dalam segala hal, kerana itulah yang indah di dalam

    Tuhan. 21 Hai bapa-bapa, janganlah sakiti hati anakmu, supaya jangan tawar hatinya.

    Efesus 5:33

    33 Bagaimanapun juga, bagi kamu masing-masing berlaku: kasihilah isterimu seperti

    dirimu sendiri dan isteri hendaklah menghormati suaminya.

    Efesus 6:2

    2 Hormatilah ayahmu dan ibumu - ini adalah suatu perintah yang penting, seperti yang

    nyata dari janji ini.

    Amsal 1:8-9

    - 15 -

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    18/21

    8 Hai anakku, dengarkanlah didikan ayahmu, dan jangan menyia-nyiakan ajaran ibumu 9

    sebab karangan bunga yang indah itu bagi kepalamu, dan suatu kalung bagi lehermu.

    Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar

    Kejadian 1:28

    28 Kemudian diberkati-Nya mereka dengan ucapan Beranak cuculah yang banyak,

    supaya keturunanmu mendiami seluruh muka bumi serta menguasainya: kamu Ku

    tugaskan mengurus ikan-ikan, burung-burung, dan semua binatang lain yang liar.

    Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme

    Titus 2: 9-10

    9 Hamba-hamba hendaklah taat kepada tuannya dalam segala hal dan berkenan kepada

    mereka, jangan membantah. 10 jangan curang, tetapi hendaklah selalu tulus dan setia,

    supaya dengan demikian mereka dalam segala hal memuliakan ajaran Allah, Juruselamat

    kita.

    Roma 13: 1

    1 Tiap-tiap orang harus takluk kepada pemerintah yang di atasnya, sebab tidak ada

    pemerintah, yang tidak berasal daripada Allah; dan pemerintah-pemerintah yang ada,

    ditetapkan oleh Allah.

    Pengkhotbah 8: 2-4

    2 Patuhilah perintah raja demi sumpahmu kepada Allah. 3 Janganlah tergesa-gesa pergi

    dari hadapannya, janganlah bertahan dalam perkara yang jahat, kerana Ia berbuat apa

    yang dikehendakinya.

    4 Kerana titah raja berkuasa; siapakah yang akan mengatakan kepadanya: Apakah yang

    baginda buat?

    Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

    - 16 -

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    19/21

    Amsal 3:27

    27 Janganlah menahan kebaikan dari pada orang-orang yang berhak menerimanya,

    padahal engkau mampu melakukannya.

    Ayat suci Amsal 3:27 bermaksud jangan tahan hak daripada orang-orang yang

    memang sepatutnya mendapat hak itu. Jadi jelaslah kita harus menghormati hak dan

    keperluan asasi seseorang tanpa mengira golongan seperti yang disebutkan dalam

    bidang pembelajaran ini kita harus menghormati dan melindungi hak kanak-kanak,

    wanita, pekerja, golongan kurang berupaya, dan pengguna.

    NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI

    Galatia 5:13

    13 Saudara-saudara, memang kamu telah dipanggil untuk merdeka. Tetapi janganlah

    kamu mempergunakan kemerdekaan itu sebagai kesempatan untuk kehidupan dalam

    dosa, melainkan layanilah seorang akan yang lain oleh kasih.

    Ayat suci Galatia 5:13 bermaksud manusia memang telah disuratkan untuk merdeka.

    Namun, segala kebebasan itu tidak boleh digunakan dengan kebebasan yang

    mengakibatkan dosa, tetapi kita perlu melakukan apa sahaja dengan kasih. Negara

    kita memberi rakyat kebebasan untuk bersuara, beragama, dan boleh melibatkan diri

    dalam pembangunan negara, ini menunjukkan sikap keterbukaan. Namun segala

    kebebasan ada batasannya, jadi apabila kita melakukan sesuatu mestilah mematuhi

    peraturan dan undang-undang negara kita.

    Nilai Berkaitan Dengan Keamanan Dan Keharmonian

    3 Yohanes 1: 5-6

    5 Saudaraku yang kekasih, engkau bertindak sebagai orang percaya, di mana engkau

    berbuat segala sesuatu untuk saudara-saudara, sekalipun mereka adalah orang-orang

    - 17 -

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    20/21

    asing. 6 Mereka telah memberi kesaksian di hadapan jemaat tentang kasihmu. Baik benar

    perbuatanmu, jikalau engkau menolong mereka dalam perjalanan mereka, dengan suatu

    cara yang berkenan kepada Allah.

    Ayat suci 3 Yohanes 1: 5-6 membawa maksud menjadi tanggungjawab manusia

    untuk menolong sesama tanpa mengira siapa orang itu. Ini menunjukkan nilai saling

    membantu dan bekerjasama harus diamalkan.

    Matius 5:9

    9 Berbahagialah orang yang membawa damai, kerana mereka akan disebut anak-anak

    Allah.

    Ayat suci Matius 5:9 membawa maksud orang yang membuat atau memberi

    kebaikan dan membawa damai akan diberkati. Ayat suci ini menggalak kita supaya

    hidup bersama secara aman supaya kita diberkati oleh tuhan.

    Matius 7: 12

    12 Segala sesuatu yang kamu kehendaki supaya orang perbuat kepadamu, perbuatlah

    demikian juga kepada mereka. Itulah isi seluruh hukum Taurat dan kitab para nabi.

    Ayat suci Matius 7: 12 membawa maksud kalau kita hendak orang lain berbuat baik

    kepada kita, kita mestilah berbuat baik dahulu kepada orang lain. Dengan tindakan

    ini, kita dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

    Yeremia 29:7

    7 Usahakanlah kesejahteraan kota ke mana kamu Aku buang. Berdoalah untuk kota itu

    kepada TUHAN, sebab kesejahteraannya adalah kesejahteraanmu.

    Ayat suci Yeremia 29:7 membawa maksud walau di mana sahaja anda berada,

    berdoalah bagi tempat itu sebab apa sahaja kesejahteraan tempat itu adalah

    - 18 -

  • 8/6/2019 Kristian Prof

    21/21

    kebaikan kita. Ayat suci ini menunjukkan bahawa kita harus saling menghormati

    antara negara supaya menjaga kesejahteraan untuk mengelakkan pertempuran.

    KESIMPULAN

    Secara kesimpulannya, dengan merujuk kepada sepuluh rukun dan kitab suci

    agama Kristian, kumpulan kami mendapati bahawa semua nilai-nilai moral yang

    terkandung dalam sukatan pelajaran memang terdapat dalam ajaran agama Kristian.

    Namun demikian, nilai yang paling ditekankan dalam agama Kristian adalah kepercayaan

    kepada tuhan dan kasih sayang.