Kontrak anda dengan Allah

5
Kontrak Anda dan Tuhan. Sebenarnya ada lagi perjanjian yang lebih besar daripada pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan bayaran PTPTN begitu jugt pinjaman kawan- kawan. Kalau pinjaman perumahan anda sampai RM 300K pada kadar 7 %- 8%, dan pinjamaan kereta anda RM 100K pada kadar 4% dan PTPTN setelah diberi ujrah sehingga 1%, anda perlu berfikir semula tentang hutang dunia. Ini adalah kerana anda sebenarnya telah berhutang dua benda utama. Perjanjian di dunia, dan yang biasanya anda terlupa adalah, perjanjian dengan Allah. Ini dapat dibuktikan daripada ayat ini. 7:172 Al-A’raf Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak- anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". Ini merupakan perjanjian yang dibuat sebelum anda lahir ke alam rahim dan telah wujud di alam Lauh Mahfuz. Anda perlu lihat, beberapa perkara daripada ayat ini

description

Alas tu birabikum? Bala, syahidnya!

Transcript of Kontrak anda dengan Allah

Page 1: Kontrak anda dengan Allah

Kontrak Anda dan Tuhan.

Sebenarnya ada lagi perjanjian yang lebih besar daripada pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan bayaran PTPTN begitu jugt pinjaman kawan-kawan. Kalau pinjaman perumahan anda sampai RM 300K pada kadar 7 %- 8%, dan pinjamaan kereta anda RM 100K pada kadar 4% dan PTPTN setelah diberi ujrah sehingga 1%, anda perlu berfikir semula tentang hutang dunia. Ini adalah kerana anda sebenarnya telah berhutang dua benda utama. Perjanjian di dunia, dan yang biasanya anda terlupa adalah, perjanjian dengan Allah.

Ini dapat dibuktikan daripada ayat ini.

7:172 Al-A’raf

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Ini merupakan perjanjian yang dibuat sebelum anda lahir ke alam rahim dan telah wujud di alam Lauh Mahfuz. Anda perlu lihat, beberapa perkara daripada ayat ini

1. - Ia ditujukan kepada semua Bani Adam, malah zuriat anak-anak Adam sehingga keturunannya. Makusdnya ia melibatkan kesuluruhan sejarah manusia dari Adam hinggalah ke anak adam yang lahir sebelum atau pada kiamat/

2. iaitu Bukankan Aku Tuhan kamu?. Allah bertanya kepada kita, mengapa kita tidak mengangkat – Nya and tidak memberi kepercayaan bahawa Allah itu Tuhan kita

Page 2: Kontrak anda dengan Allah

3. iaitu kita sudah menjawab ‘ walaupun’ belum lahir ke dunia ini Ya! Benar! Kami menjadi saksi.

4. Dan peringatan seterusnya, kita tidak boleh lalai tentang perjanjian ini dan akan dibuktikan pada kedatangan hari kiamat.

Betapa besarnya janji kita kepada Allah rabbul alamin. Betapa beratnya janji dan kontrak kita kepada Allah. Saya mengharapkan anda dapat faham apakah implikasi setelah membaca ayat ini. Wahai Tuhan kami ! Tidak Engkau menjadikan sesuatu dengan sia-sia?

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Perjanjian ini boleh dilihat dalam banyak lagi ayat-ayat Allah.

Al- Baqarah 2:27(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.

Page 3: Kontrak anda dengan Allah

Ali –Imran 3:77 Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Ar-Rad 13:20Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu; 

Al – Hadid 57:8

Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah? Sedang Rasulullah mengajak kamu untuk beriman kepada Tuhan kamu, dan Allah telah mengambil janji setia dari kamu (untuk beriman); jika kamu hendak beriman (maka telah jelaslah dalil-dalilnya).

Jadi sebenarnya berapa besar janji kita kepada Allah! Fikir-fikirkan. Lebih besar dari apa yang janjikan! Tunaikan lah kontrak yang lebih besar ini!

Page 4: Kontrak anda dengan Allah

.

http://khairulorama.wordpress.com