Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah...
Transcript of Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah...
Konsep Petarikhan Dalam Sejarah
ABSTRAK
Dibentangkan Persidangan Kebangsaan MGCM 2007
MASARIAH BT MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA
KUALA LUMPUR MEI 2007
[email protected] Konsep Pertarikhan Dalam Sejarah merupakan salah satu aspek penting
dalam pengetahuan sejarah iaitu Kemahiran Pemikiran Sejarah. Kemahiran
ini membolehkan murid-murid memahami konsep tarikh mengikut kemajuan
sesuatu tamadun serta dapat mengaitkan masa lalu, masa kini dan akan
datang. Antara konsep pertarikhan penting yang perlu diketahui ialah Before
Chirst (BC) / Sebelum Masihi (SM). BC/SM adalah tahun yang dikira
sebelum kelahiran Nabi Isa. Anno Domini (AD) / The Year of the Lord / tahun
Masihi (M). AD/M adalah tahun yang dikira setelah kelahiran Nabi Isa. Hijrah
adalah takwim Islam yang dikira bermula penghijrahan Nabi Muhammad
S.A.W ke Madinah pada 622 Masihi. Konsep pentarikhan lain seperti 10
tahun bersamaan 1 dekad / dasa warsa, 50 tahun bersamaan setengah
kurun, 100 tahun bersamaan 1 kurun / abad dan 1000 tahun bersamaan 1
alaf / millinium. Kronologi ialah melihat masa lalu, kini dan masa akan datang
secara urutan sesuatu peristiwa sejarah berlaku. Konversi masa ialah
melabelkan sesuatu peristiwa mengikut zaman seperti Zaman Pra Sejarah,
Zaman Pendudukan Jepun dan Zaman Darurat tanpa menyatakan tahunnya.
Kemahiran terhadap konsep ini dapat meningkatkan pemahaman terhadap
terhadap matapelajaran sejarah dan membolehkan murid membuat
imaginatif serta melihat secara empati sesuatu peristiwa sejarah.
Pemahaman tentang konsep pentarikhan ini dapat membuktikan bahawa
sejarah bukan bermakna menguasai tarikh tetapi menguasai konsep
pentarikhan bagi sesuatu peristiwa yang penting sahaja.
Pengenalan
Tarikh tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia seperti tarikh lahir, tarikh
kemerdekaan, Hari Ibu, Hari Guru, Hari Buruh dan banyak lagi kerana tarikh ini sangat
bermakna dan signifikan kepada emosi dan kehidupan manusia. Bagitulah halnya
mempelajari sejarah tidak dapat lari daripada mengingati tarikh dan masa sesuatu peristiwa.
Definasi kepada pengertian sejarah itu sendiri itu menjurus kepada maksud masa lalu yang
melibatkan pertarikhan. Carr memutuskan bahawa sejarah ialah suatu proses perhubungan
tidak putus-putus di antara ahli sejarah dengan bahan-bahannya, suatu dialog yang juga
tidak putus-putus di antara zaman sekarang dengan masa yang telah lalu. Redourie
berpendapat sejarah sebagai masa lalu, yang mengandungi semua kejadian masa lalu,
yakni suatu kumpulan kejadian-kejadian dan peristiwa-peristiwa yang telah berlalu.
Peristiwa masa lalu mengandungi segala-gala yang telah berlaku samada semalam,
seminggu lalu, setahun lalu, sepuluh tahun dulu maupun seribu tahun lalu. Oleh yang
demikian penguasaan terhadap konsep pentarikhan menjadi aspek yang penting dalam
matapelajaran sejarah kerana tarikh juga dianggap sebagai fakta sejarah. Konsep
pentarikhan ini merupakan aspek kemahiran pemikiran sejarah yang mesti dikuasai oleh
murid-murid diperingkat sekolah.
Kekangan Memahami Konsep Pentarikhan Dalam Sejarah. i. Murid-murid menganggap menguasai sejarah sebagai mengingati tarikh-tarikh.
Hakikatnya bukan semua tarikh patut diingati memadai dengan tarikh penting dan
bermakna kepada negara, bangsa dan diri.
ii. Murid-murid gagal mengenal pasti tarikh-tarikh bermakna atau tarikh yang penting untuk
diingati. Hal ini menyebabkan ramai murid menghadapi fobia tarikh yang membunuh
minat mereka terhadap matapelajaran sejarah.
iii. Kemahiran menguasai konsep pentarikhan kurang diberi penekanan kepada murid-
murid. Konsep ini hanya dijelaskan sepintas lalu di tingkatan 1, bab 1 dibawah tajuk
Sejarah Dan Kita.
iv. Kefahaman murid untuk menguasai konsep pentarikhan bergantung kepada
kematangan kognitif. Mengikut Piaget, kesedaran serta kefahaman manusia terhadap
tarikh dan masa berlaku secara berperingkat-peringkat. Ianya juga dikatakan berlaku
selaras dengan perkembangan kognitif manusia. Oleh yang demikian kemampuan
seseorang kanan-kanak untuk memahami tentang konsep masa bergantung kepada
kematangan mentalnya. Smith dan Tomlinson, Levin dan Jahoda menyatakan bahawa
konsep tarikh dan masa hanya dapat difahami sepenuhnya oleh kanak-kanak apabila
mereka meningkat umur 11 tahun. Friedman dan Roger pula menegaskan bahawa
kefahaman kanak-kanak terhadap konsep masa masih terus berlaku walaupun di
peringkat umur 16 tahun, malahan di peringkat umur 17 dan 18 tahun.
v. Murid kurang kesedaran terhadap kepentingan penggunaan tarikh sebagai cara
mengukuhkan kefahaman dan bukan menghafal.
vi. Murid juga kurang memahami konsep kronologi masa. Kefahaman murid tentang urutan
peristiwa yang berlaku akan memudahkan murid menguasai dan mengingat fakta
sejarah dengan lebih lama.
vii. Keliru dengan konsep pentarikhan dan penggunaan sistem kalendar. Murid-murid masih
tidak menguasai konsep sistem kalendar seperti sebelum masihi, tahun masihi dan
tahun hijrah.
Konsep Pentarikhan Meningkatkan Keberkesanan Penguasaan Murid Terhadap Mata Pelajaran Sejarah. i. Mengukuhkan kefahaman dan kuasa mengingat murid.
ii. Memudahkan murid-murid menghubung kaitkan antara peristiwa-peristiwa penting yang
berlaku.
iii. Memudahkan murid menyusun sesuatu peristiwa mengikut kronologi peristiwa berlaku.
iv. Mengenal pasti tarikh penting dan peristiwa sejarah yang bermakna.
v. Membolehkan murid-murid melihat dan menghubungkait masa lalu, masa kini dan masa
depan.
vi. Meransang daya imiginasi murid terhadap sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan masa
kejadian. Hal yang demikian dapat memupuk perasaan dan penghayatan terhadap
sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku.
vii. Menguasai kemahiran konsep pentarikhan dan sistem kalendar yang digunakan pada
hari ini.
Beberapa Dimensi Dalam Konsep Pentarikhan Sejarah Yang Penting Untuk Dikuasai. i. Before Chirst (BC) / Sebelum Masihi (SM).
BC/SM adalah tahun yang dikira sebelum kelahiran Nabi Isa. Uniknya konsep
pentarikhan bagi BC/SM dibuat secara berturutan kebelakang selepas kelahiran Nabi
Isa. Rujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini.
Garis masa 1 dibawah menunjukkan kemunculan Tamadun Hwang Ho adalah 1800
tahun sebelum kelahiran Nabi Isa, diikuti Tamadun Indus 2500SM dan Tamadun Mesir
3100 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Tamadun Mesapotamia dianggap Tamadun
pertama yang muncul di dunia adalah pada 3500 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.
3500SM 3100SM 2500SM 1800SM 1000SM 1000SM
Garis Masa 1
ii. Anno Domini (AD) / The year of The Lord / Tahun Masihi (M).
AD/M adalah tahun yang dikira setelah kelahiran Nabi Isa. Sistem pentarikhan masihi ini
diguna pakai untuk sistem kalendar sekarang. Garis masa 1 menunjukkan tahun
sekarang adalah 2007 Masihi. Sejarah sistem kalendar masihi adalah daripada
sumbangan ahli astronomi Mesir. Ahli kaji bintang Mesir telah membahagikan setahun
kepada 12 bulan dan 365 hari. Setiap bulan mengandungi 30 hari dan menambahkan
Tamadun Mesapotamia
Tamadun Mesir
Tamadun Indus
Tamadun Hwang Ho
Nabi Isa dilahirkan
2007M
lima hari kepada bulan yang terakhir. Kalendar Mesir tersebut telah diubah suai oleh
pemimpin Rom Julius Caesar. Sistem kalendar tersebut dinamakan Gregoria. Kalendar
Gregoria merupakan yang kita gunakan sekarang. Nama bulan Julai mengambil
sempena nama Julius Caesar.
iii. Hijrah
Hijrah adalah takwim Islam yang dikira bermula penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w.
dari Mekah ke Madinah pada 622 masihi. Garis masa 2 dan 3 di bawah menunjukkan
permulaan kalendar Islam.
Hijrah bermula pada 622M dan pada tahun 2007 sekarang bersamaan 1428 Hijrah.
Kalendar Hijrah mengandungi 12 bulan dalam setahun. Bulan-bulan tersebut ialah
Muharam, Safar, Ramadil Awal, Ramadil Akhir, Jamadil Awal, Jamad'il Akhir, Rejab,
Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Setiap bulan dalam kalendar
mengandungi 29 atau 30 hari.
1000SM 1M 622M/1Hijrah 2007M/1428H
Garis Masa 2
Nabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah
Nabi Isa dilahirkan
7
Konsep Pentarikhan Dalam Sejarah
SM / BC M / AD
1SM 1M
500SM 400SM 300SM 200SM 100SM 100M 200M 300M 400M 500M 600M 700M 800M 900M 1000M 1100M 1200M 1300M 1400M 1500M 1600M 1700M 1800M 1900M 2000M 2100M
622M ( 1 H )
2007M ( 1428H )
HIJRAH
Petunjuk :
Before Chirst (BC) / Sebelum Masihi (SM)
Anno Domini (AD) / The Year of the Lord / tahun Masihi (M)
Before Chirst (BC) / Sebelum Masihi (SM) :
BC/SM adalah tahun yang dikira sebelum kelahiran Nabi Isa
Anno Domini (AD) / The Year of the Lord / tahun Masihi (M) :
AD/M adalah tahun yang dikira setelah kelahiran Nabi Isa
Hijrah :
Hijrah adalah takwim Islam yang dikira bermula penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W
ke Madinah pada 622 masihi
Garis Masa 3
iv. Kronologi
Kronologi ialah melihat masa lalu, kini dan masa akan datang secara urutan sesuatu
peristiwa sejarah yang berlaku. Sesuatu peristiwa sejarah merupakan rangkaian
berbagai peristiwa berkaitan. Kebiasaan menjadi masalah kepada murid-murid yang
mempelajari sejarah ialah peristiwa-peristiwa tersebut tidak dapat dihubungkan secara
tersusun. Sehubungan itu, murid-murid perlu mengetahui jangka masa tertentu
peristiwa-peristiwa sejarah yang dipelajari dan menyusunnya secara kronologi. Dengan
demikiran, murid-murid bukan sahaja dapat menghubungkan segala peristiwa yang
berkaitan tetapi juga memahaminya dengan lebih baik. Murid-murid juga akan sedar
bahawa tarikh-tarikh yang dipelajari mempunyai fungsi yang sangat mustahak kepada
kefahaman mereka dan bukan untuk dihafal semata-mata.
Kefahaman konsep kronologi membolehkan murid-murid menguasai fakta sejarah
dengan lebih berkesan. Konsep ini memberi kemahiran kepada murid dengan pelbagai
kaedah belajar melalui carta masa. Berikut adalah contoh pelbagai penggunaan carta
masa secara kronologi dalam P&P Sejarah.
(a) Carta masa berdasarkan pengurusan grafik.
Garis Masa 4 : Perluasan Kuasa Jepun sehingga Perang Dunia Kedua
Garis Masa 5 : Langkah British Mengukuhkan Kuasa di Negeri-Negeri Melayu Utara
Garis Masa 6 : Urutan Peristiwa Yang Membawa Kepada Perlunya British Membuka Sebuah
Pelabuhan Baru di Singapura
Garis Masa 7 : Langkah British Mengukuhkan Kuasa di Negeri Sembilan
Garis Masa : 8 Jangka Masa Peristiwa Sebelum Pembukaan Semula Kota Makkah
Garis Masa 9 : Pembentukan Tamadun Awal Dunia
Garis Masa 10 : Rentetan Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah
Garis Masa 11 : Laluan Sejarah Melaka 1400 – 1826
(b) Carta Masa Berdasarkan Peta.
Garis Masa 12 : Perluasan kuasa keluarga Brooke di Sarawak 1846 – 1905
Garis Masa 13 : Perluasan kuasa keluarga Brooke d Sarawak
Garis Masa 14 : Perkembangan landasan keretapi di Tanah Melayu
Garis Masa 15 : Kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu (1941)
(c) Kronologi menunjukkan proses sesuatu peristiwa
Garis Masa 17 : Proses Meluluskan Undang-Undang di Parlimen
PEWARTAAN dalam warta Kerajaan
PENGESAHAN DYMM Yang di-Pertuan Agong disahuntuk ditandatangani
PEMBENTANGAN Di Dewan Negara
PEMBACAAN KETIGA di Dewan Rakyat. Rang undang-undang dibahaskan dan diundi
PERBINCANGAN secara terperinci peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat
PEMBACAAN KEDUA di Dewan Rakyat rang undang-undang dibahaskan
PEMBACAAN PERTAMA di Dewan Rakyat sebagai pengenalan sahaja
PENGGUBALAN Rang undang-undang oleh Peguam
CADANGAN oleh Kerajaan atau Wakil Rakyat
IDEA JPPM USUL DEWAN
RAKYAT
SURUHANJAYA
COBBOLD
JAK
SURUHAN
JAYA
PBB PERISYTIHARAN KONFRAN
TASI
PERDAMAIAN
REFERENDUM
Garis Masa 18 : Kronologi peristiwa penubuhan Malaysia
v. Konversi masa.
Konversi masa ialah melabelkan sesuatu peristiwa mengikut zaman contohnnya seperti
Zaman Pra Sejarah, Zaman Kemelesatan Ekonomi, Zaman Pendudukan Jepun dan
Zaman Darurat tanpa menyatakan tahunnya. Carta masa dibawah menunjukkan konsep
konversi masa sejarah di Malaysia.
1950 1960
Langkah menghapuskan ancaman komunis
Garis Masa 19 : Zaman Darurat 200,000 7000 4000
Zaman Zaman Zaman Paleolitik Neolitik Logam
Garis Masa 20 : Zaman Pra Sejarah
18 Jun 1948
Darurat di isytiharkan
31 Julai 1960
Darurat ditamatkan
Garis Masa 21 : Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu vi. Konsep pentarikhan lain / yang dikuasai oleh murid.
(a) 10 tahun - 1 dekad / dasa warsa
(b) 50 tahun - setengah tahun
(c) 100 tahun - 1 kurun / abad
(d) 1000 tahun - 1 alaf / millinium
Bagi memudahkan penguasaan murid terhadap konsep pentarikhan ini, carta masa
pentarikhan sejarah 10 diperkenalkan. Guru-guru boleh menggunakan carta masa
pentarikhan ini dalam P&P melalui kaedah permainan.
8 Dis 1941
1942
1944
1943
15 Ogos 1945
Jepun menduduki Tanah Melayu
Jepun menyerah kalah
Kesimpulan Konsep Pentarikhan Dalam Sejarah merupakan aspek penting dalam pengetahuan sejarah.
Kemahiran terhadap konsep ini dapat meningkatkan pemahaman terhadap matapelajaran
sejarah dan membolehkan murid membuat imaginasi serta melihat secara empati sesuatu
peristiwa sejarah. Namun begitu, konsep pentarikhan adalah aspek yang agak sukar
difahami dan membosankan. Oleh yang demikian, carta masa dan kaedah permainan
diperkenalkan supaya P&P mengenai tajuk ini kreatif dan menyeronokkan murid.
Diharapkan penguasaan tentang konsep pentarikhan ini dapat membuktikan bahawa
sejarah bukan bermakna menguasai tarikh tetapi menguasai konsep pentarikhan bagi
sesuatu peristiwa yang penting dalam sejarah.
Rujukan 1. Carr E.H. 1965. What is History?, Pelican Book. 2. Friedman, W.J., 1977, ‘The development of children’s understanding of cyclic aspects
of time’, Child Development. 3. Piaget, J., 1969, The Child’s conception of time, London, Routledge and Keagan Paul. 4. Roger, K.W., 1967, ‘Concepts of time in secondary school children of above average
I.Q.’, British Journal of Education Psychology. 5. Sukatan Pelajaran Matapelajaran Sejarah 2003, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kuala Lumpur. 6. Panel Penulis 2001, Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 DBP, Kuala Lumpur. 7. Panel Penulis 2002, Buku Teks Sejarah Tingkatan 2, DBP, Kuala Lumpur. 8. Panel Penulis 2003, Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, DBP, Kuala Lumpur. 9. Panel Penulis 2001, Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, DBP, Kuala Lumpur. 10. Panel Penulis 2002, Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP, Kuala Lumpur