konsep kemiskinan
-
Upload
amir-azhar -
Category
Documents
-
view
227 -
download
0
Transcript of konsep kemiskinan
-
7/29/2019 konsep kemiskinan
1/4
1.0 PENDAHULUAN.
1.1 Latar Belakang Tugasan
Bagi tahun 2012, kerja kusus bagi opsyen Pengajian Sosial PISMP Semester 6 ialah
berkaitan kajian Pertumbuhan dan Pembangunan mengikut organisasi yang diberi.
Tajuk tugasan ini adalah seiring dengan matlamatnya iaitu guru pelatih dapat
menghubungkait pengetahuan yang telah dipelajari di institut dengan pengalaman
yang didapati melalui pemerhatian semasa menjalankan kajian.
Oleh yang demikian, Kurikulum Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi ini
mempunyai beberapa hala tuju yang perlu dicapai. Antaranya ialah untuk
meningkatkan pengetahuan dan profesionalisem guru pelatih sebagai pendidik
terutama dalam aspek ekonomi dan global.
Selain itu juga, melalui tugasan ini guru pelatih dapat mengikuti
perkembangan pertumbuhan ekonomi semasa melalui pembacaan jurnal, laporan
dan dapatan kajian.
Disamping itu, kerja kursus ini merupakan satu pendekatan kepada warga
PISMP Semester 6 Kajian Sosial untuk menjalankan kajian luar melalui kaedah
pemerhatian dan mengumpul data secara first handdi kawasan kajian.
-
7/29/2019 konsep kemiskinan
2/4
1.2 Lokasi Kajian Di Pusat Urusan Zakat MAIDAM, Kuala Terengganu
Foto 1: Lokasi kajian di Pusat Urusan Zakat MAIDAM, Kuala Terengganu
Pada 17 Julai 2012, kami telah menjalankan kajian yang bertajuk masalah
kemiskinan dan strategi pembasmian di Malaysia di Pusat Urusan Zakat MAIDAM,
Kuala Terengganu. Pusat ini didirikan di tingkat bawah Pusat Pentadbiran Islam
dimana ia adalah sebahagian bangunan dalam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
Terengganu.
Kawasan kajian kami ini juga terletak di koordinat 518'39"N 1038'10"E iaitu
berada pada arah tenggara IPG Kampus DatoRazali Ismail, Batu Rakit.. Jarak
relatif perjalanan dari IPG Kampus DatoRazali Ismail, Batu Rakit ke kawasan kajianmengambil masa selama kira-kira 20 minit iaitu pada jarak 18 km.
Dalam proses perlaksanaan kajian ini terdapat tujuh tajuk yang perlu dikaji
melalui sesebuah organisasi. Kumpulan kami telah diberikan tajuk kajian seperti di
atas. Manakala tajuk kajian bagi kumpulan yang lain pula ialah faktor pertumbuhan
ekonomi, sektor ekonomi dalam pembangunan, aspek sosial dalam pembangunan di
Malaysia, pelaburan modal manusia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan,
transformasi dan pembangunan ekonomi Malaysia dan globalisasi dan ekonomi
Malaysia.
Pusat Urusan Zakat MAIDAM,
Tingkat Bawah, Pusat Pentadbiran Islam,
Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad,
20519 Kuala Terengganu, Terengganu
-
7/29/2019 konsep kemiskinan
3/4
1.3 Konsep Kemiskinan
Pentakrifan kemiskinan tidak dapat dinyatakan secara tepat dan mutlak kerana ia
merupakan satu istilah yang subjektif. Namun begitu, kemiskinan biasanya dikaitkan
dengan kekurangan pendapatan, kesusahan dan ketidakmampuan individu dan isirumah untuk memenuhi keperluan harian. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat,
kemiskinan berasal daripada kata dasar miskin yang bermaksud tidak berharta
benda, serba kekurangan (dalam barang-barang keperluan hidup), melarat dan
papa.
Secara umumnya kemiskinan ditakrifkan oleh Charles Booth (disebut dalam
Holman, 1978:3) sebagai seseorang yang hidup dalam keadaan yang susah untuk
memenuhi keperluan-keperluan hidup yang mencukupi. Definisi ini menjelaskan
hubungan antara kemiskinan dan ketidakmampuan dalam memenuhi keperluan yang
minimum bagi mengekalkan kecekapan fizikal atau bagi memenuhi keperluan asas.
Ahli-ahli ekonomi pula menggunakan pendapatan sebagai asas ukuran bagi
garis kemiskinan. Mereka menumpukan kepada garis pendapatan minimum yang
diperlukan oleh isi rumah itu bukan sahaja untuk memenuhi zat tubuh badan tetapi
juga untuk memenuhi keperluan-keperluan hidup yang lain. Jika seseorang berada di
bawah garis tertentu yang ditetapkan, maka ia dianggap miskin kerana garis
pendapatan itu telah mengambil kira jumlah yang diperlukan untuk mendapatkan
keperluan asas di peringkat secukup hidup. Garis ini adalah membezakan mereka
dengan golongan lain. Namun jumlah ini adalah agak sukar untuk dijadikan ukuran
kerana taraf hidup sesuatu kawasan adalah berbeza. Contohnya di Malaysia,
anggaran kemiskinan pada tahun 1997 adalah berdasarkan kepada pendapatan
garis kemiskinan berikut: iaitu RM460 sebulan bagi saiz isi rumah 4.6 di
Semenanjung, RM 633 sebulan bagi isi rumah 4.9 di Sabah dan RM 543 sebulan
bagi saiz isi rumah 4.8 di Sarawak[1].
Ahli-ahli sosiologi pula tidak meletakkan pendapatan semata-mata sebagai
asas ukuran mereka, tetapi juga pada faktor-faktor lain seperti agihan pendapatan
dan peluang sosial. Mereka lebih menumpukan perhatian kepada dalam
penghuraian sebab dan akibat kemiskinan yang dialami oleh sesuatu golongan.
Contohnya aspek ketidakseimbangan sosial sebagai puncak kepada kepincangan
ekonomi. Ketidaksamaan ini akan menjadi satu faktor kepada kepincangan sosial
dalam masyarakat (Gunnan Myrdal, 1970). Sumbangan paling penting ahli sosiologi
ialah bila mereka menentukan kemiskinan berdasarkan kepada kedudukan
seseorang dalam masyarakat. Hal ini bermakna golongan miskin ialah yang berada
http://pangurusan-islam.tripod.com/kemiskinan_bandar.htm#_edn10http://pangurusan-islam.tripod.com/kemiskinan_bandar.htm#_edn10http://pangurusan-islam.tripod.com/kemiskinan_bandar.htm#_edn10http://pangurusan-islam.tripod.com/kemiskinan_bandar.htm#_edn10 -
7/29/2019 konsep kemiskinan
4/4
di peringkat paling bawah dalam struktur stratifikasi masyarakat (lower less
person). Lewis (Moyniham, 1969:182) menjelaskan bahawa golongan kelas
bawahan ini mempunyai sifat dan ciri-ciri budaya tersendiri yang dikenali sebagai
culture of poverty. Penjelasan ini memberikan gambaran tentang golongan miskin
dan menunjukkan bahawa struktur stratifikasi masyarakat yang berbeza memainkan
peranan penting kepada petunjuk kemiskinan dan ketaksamaan sosial.
Dr. Syed Hussin Ali (1964) pula berkata, golongan miskin adalah mereka
yang mempunyai kelas, status sosial dan kuasa yang paling rendah dalam
masyarakat. Golongan tersebut dikatakan miskin kerana pendapatan daripada kerja
mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dan kemudahan sosial
yang dimiliki sekurang-kurangnya pada kadar yang paling minimun. Kesimpulannya,
menurut beliau, terdapat tiga faktor yang dapat dijadikan ukuran dan perbezaan
ekonomi antara golongan miskin dan masyarakat lain iaitu pendapatan, pemilikan
dan kerjaya dan seterusnya struktur stratifikasi masyarakat[2].
Di Malaysia beberapa pengkaji seperti Chamsuri Siwar telah menggunakan
tiga Pendekatan Garis Kemiskinan (PGK) untuk mengenal pasti kemiskinan yang
berlaku di Malaysia iaitu PGK Nasional RM425, PGK DBKL RM500 yang berasaskan
kos sara hidup di bandar dan PGK RM700 sebagai patokan kelayakan bagi
permohonan rumah kos rendah
[3]
. Golongan yang pendapatan seperti inilah akandiklasifikasikan sebagai golongan miskin jika pendekatan ini digunakan.
Kemiskinan juga mempunyai dua dimensi yang berbeza iaitu pertamanya
penggambaran situasi kekurangan bahan keperluan asasi manusia seperti pakaian,
makanan dan tempat tinggal. Dimensi kedua pula ialah penggambaran keadaan
ekonomi di mana seseorang itu tidak mempunyai sebarang modal ataupun daya
pengeluaran yang dapat menjana kekayaan.
Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa kemiskinan itu merupakan satukeadaan atau situasi yang meliputi unsur-unsur kekurangan makanan, pendapatan
bulanan yang rendah, tahap kesihatan yang rendah, pengangguran, tahap
pendidikan yang rendah, dan fikiran yang kolot. Konsep kemiskinan ini sedikit
sebanyak terbentuk daripada persekitaran ekonomi dan sosial serta matlamat umum
masyarakat yang cuba dicapai melalui dasar anti kemiskinan.
http://pangurusan-islam.tripod.com/kemiskinan_bandar.htm#_edn11http://pangurusan-islam.tripod.com/kemiskinan_bandar.htm#_edn11http://pangurusan-islam.tripod.com/kemiskinan_bandar.htm#_edn11http://pangurusan-islam.tripod.com/kemiskinan_bandar.htm#_edn11