Konsep Ibadah Dalam Islam
Transcript of Konsep Ibadah Dalam Islam
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
الرحيم الرحمن الله بسم
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam, selawat dan Salam ke atas
junjungan kita Nabi Muhammad S.W.T
Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat
saya menyempurnakan tugasan yang diberikan walaupun dalam
kesibukkan harian melalui perbincangan bersama rakan kuliah
sepanjang menyempurnakan tugasan ini kerjasama yang jitu, padu
dan ikhlas dapat saya rasakan. Mudah-mudahan ianya mendapat
ganjaran daripada Allah S.W.T.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pensyarah En
Mat Idris bin Zainal Abidin yang banyak membimbing dan memberikan
panduan sewaktu saya menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya
budimu tidak ternilai harganya.
Terima kasih kepada teman hidupku Pn Zarina bt zakaria serta anak-
anakku Mohd Afiq amsyar dan Zulfa Hannan serta Zarith Sofea kerana
memberi ruang masa dan tidak jemu memberikan sokongan,dokongan
dan semangat untuk saya menyempurnakan tugasan ini.
1
Penghargaan
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
Adalah menjadi harapan saya kerja kursus ini akan menjadi sumber
ilham dan rujukkan kepada saya bagi memantapkan diri sebagai guru
pendidikan islam yang cemerlang.
Sekian.....
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
PENDAHULUAN
Hidup manusia dibumi ini bukanlah suatu kehidupan yang tidak mempunyai tujuan dan
matlamat dan bukanlah mereka boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak perasaan
dan keinginan tanpa ada batas dan tanggungjawab.Tetapi penciptaan makhluk manusia di
bumi ini adalah mempunyai suatu tujuan dan tugas risalah yang telah ditentu dan
ditetapkan oleh Allah Tuhan yang menciptanya.
Tugas dan tanggungjawab manusia sebenarnya telah nyata dan begitu jelas sebagaimana
terkandung di dalam al-Quran iaitu tugas melaksanakan ibadah mengabdikan diri kepada
Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya dalam makna mentadbir dan mengurus bumi ini
mengikut undang-undang Allah dan peraturan- Nya. Firman Allah swt.
Maksudnya :
“Dan Aku Tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah
(menyembah) kepada Ku”. (Az-Zaariyaat: 56)
2
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
Firman Allah swt.:
maksudnya:
“Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah (penguasa-penguasa) di bumi dan Dia
meninggikan sebahagian kamu atas sebaha-gian (yang lain) beberapa darjat untuk
mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu”. (al-An’aam: 165)
Tugas sebagai khalifah Allah ialah memakmurkan bumi ini dengan mentadbir serta
mengurusnya dengan peraturan dan undang-undang Allah. Tugas beribadah dan
mengabdi diri kepada Allah dalam rangka melaksanakan segala aktiviti pengurusan bumi
ini yang tidak terkeluar dari garis panduan yang datang dari Allah swt. dan dikerjakan
segala kegiatan pengurusan itu dengan perasaan ikhlas kerana mencari kebahagian dunia
dan akhirat serta keredaan Allah.
Allah swt. telah menyediakan garis panduan yang lurus dan tepat kepada manusia dalam
rangka pengurusan ini. Allah dengan rasa kasih sayang yang bersangatan kepada manusia
diturunkannya para rasul dan bersamanya garis panduan yang diwahyukan dengan tujuan
3
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
supaya manusia itu boleh mengurus diri mereka dengan pengurusan yang lebih sempurna
dan bertujuan supaya manusia itu dapat hidup sejahtera dunia dan akhirat.
PENGERTIAN IBADAH
Kalimat ibadah berasal daripada kalimat `abdun’. Ibadah dari segi bahasa bererti patuh,
taat, setia, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu.
Dari segi istilah agama Islam pula ialah tindakan, menurut, mengikut dan mengikat diri
dengan sepenuhnya kepada segala perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diserukan
oleh para Rasul-Nya, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.
Ibnu Taimiah pula memberi takrif Ibadah, iaitu nama bagi sesuatu yang disukai dan
kasihi oleh Allah swt.
Perintah Allah dan Rasul-Nya ini hendaklah ditunaikan dengan perasaan penuh sedar,
kasih dan cinta kepada Allah, bukan kerana terpaksa atau kerana yang lain dari cintakan
kepada-Nya.
Para Nabi dan Rasul merupakan hamba Allah yang terbaik dan sentiasa melaksanakan
ibadah dengan penuh kesempurnaan di mana setiap arahan Tuhannya, mereka patuhi
dengan penuh perasaan cinta dan kasih serta mengharap keredaan dari Tuhannya. Mereka
menjadi contoh teladan yang paling baik kepada kita semua dalam setiap pekerjaan dan
amalan sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran itu sendiri.
4
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
Firman Allah swt.:
maksudnya:
“Sesungghnya bagi mu, apa yang ada pada diri Rasulullah itu contoh yang paling baik”.
(al-Ahzab: 21)
Sesetengah ulama mengatakan bahawa perhambaan (ibadah) kepada Allah hendaklah
disertai dengan perasaan cinta serta takut kepada Allah swt. dan hati yang sihat dan
sejahtera tidak merasa sesuatu yang lebih manis, lebih lazat, lebih seronok dari
kemanisan iman yang lahir dari pengabdian (ibadah) kepada Allah swt. Dengan ini maka
akan bertautlah hatinya kepada Allah dalam keadaan gemar dan reda terhadap setiap
perintah serta mengharapkan supaya Allah menerima amalan yang dikerjakan dan merasa
bimbang serta takut kalau-kalau amalan tidak sempurna dan tidak diterima oleh Allah
seperti yang ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
5
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
“(Ia itu) Orang yang takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan
(olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat”. (Qaf: 33)
Orang yang memperhambakan dirinya (beribadah) kepada Allah mereka akan
sentiasa patuh dan tunduk kepada kehendak dan arahan Tuhannya, sama ada dalam
perkara yang ia suka atau yang ia tidak suka dan mereka mencintai dan mengasihi Allah
dan Rasul-Nya lebih dari yang lain-lainnya. Mereka mengasihi makhluk yang lain
hanyalah kerana Allah semata-mata, tidak kerana yang lain Kasihkan kepada Rasulullah
saw. pula kerana ia membawa Risalah Islam, cintakan kepada Rasulullah saw. hendaklah
mengikuti sunahnya sebagaimana firman Allah swt.:
maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu kasihkan Allah maka ikutilah aku
(pengajaranku) nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampunkan dosa- dosa
kamu”. (Al-Imran: 31)
Dan andainya kecintaan kamu kepada selain Allah dan Rasul-Nya itu mengatasi dan
melebihi dari kencintaan dan kasih kepada yang lain; Allah akan turunkan keseksaan-Nya
kepada manusia yang telah meyimpang dari ketentuan-Nya. Firman Allah swt.
maksudnya:
6
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
“Katakanlah (Muhammad) jika ibu bapa kamu, anak-anak kamu, saudara mara kamu,
suami isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan
yang kamu bimbangkan kerugiannya, dan rumahtangga yang kamu sukai itu lebih kamu
kasihi daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad untuk agama Allah, maka tunggulah
(kesiksaan yang akan didatangkan) oleh Allah. Dan Allah tidak memberi hidayah kepada
orang-orang fasik”. (At-Taubah: 24)
Pembahagian Ibadah
Untuk memudahkan perbincangan kita berhubung dengan ibadah ini, ulamak-ulamak
Islam membahagikan ibadah kepada dua bahagian sebagai berikut:
1. Ibadah khusus
2. Ibadah Umum
Ibadah khusus ialah semua amalan yang tercantum dalam bab al-Ibadaat yang utamanya
ialah sembahyang, puasa, zakat dan haji.
Ibadah Umum pula ialah segala amalan dan segala perbuatan manusia serta gerak-geri
dalam kegiatan hidup mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:
1) Amalan yang dikerjakan itu di akui oleh syarak dan sesuai dengan Islam.
2) Amalan tersebut tidak bercanggah dengan syariat, tidak zalim, khianat dan sebagainya
3) Amalan tersebut dikerjakan dengan niat ikhlas semata-mata keranaAllah swt. tidak
riak, ujub dan um’ah.
4) Amalan itu hendaklah dikerjakan dengan sebaik-baiknya
7
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
5) Ketika mengerjakan amalan tersebut tidak lalai atau mengabaikan kewajipan ibadah
khusus seperti sembahyang dan sebagainya.
Firman Allah swt. maksudnya:
“Lelaki yang tidak dilalaikan mereka oleh perniagaan atau jual beli dari mengingati
Allah, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat mereka takut kepada suatu hari
yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang”. (An-Nur: 37)
Hubungan Ibadah dengan Keikhlasan
Sesuatu amalan yang dikerjakan oleh seseorang begitu sukar sekali untuk
mencapai kesempurnaan dalam makna ibadah dengan ertikata yang sebenar-benarnya
mengikut syarat-syarat dan ketentuan tersebut di atas, oleh itu kita hendaklah
bersungguh-sungguh dalam mengusahakan amalan kita supaya dapat mencapai matlamat
ibadah yang sempurna dengan menyempurnakan segala syarat-syaratnya.
Dan kita hendaklah sentiasa meneliti dan memperhatikan dengan sungguh-
sungguh agar kita tidak tertipu dengan amalan kita sendiri; dengan menyangka kita telah
banyak melaksanakan amal ibadah dengan sempurna tetapi pada hakikatnya tidak
demikian, kita takut akan tergolong ke dalam golongan manusia yang tertipu dan sia-sia
amalan kita dan apa yang kita dapat hanyalah penat dan lelah. Ini kerana kita melakukan
amalan dan kerja-kerja kebajikan itu tidak menepati dan tidak selari dengan ketentuan
dan syarat-syarat ibadah dan amal soleh yang dikehendaki itu.
Perkara ini dapat dijelaskan dalam sebuah hadis :
Maksudnya : Dari Abu Hurairah r.a dari Rasullullah s.a.w sabdanya : “Sesiapa yang
taat kepadaku berarti dia taat kepada Allah.Sesiapa yang durhaka kepadaku bererti dia
durhaka kepada Allah. Siapa yang taat kepada Amirku berarti dia taat kepadaku.Sesiapa
yang durhaka kepada pejabat yang aku angkat berarti dia durhaka kepada ku.
8
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
Kesimpulan secara mudah ialah seorang lelaki yang memakai pakaian untuk menutup
aurat dari kain sutra, dan perempuan yang berpakaian meliputi badannya tetapi masih
menampakan susuk badannya masih lagi tidak dinamakan ibadah, atau seorang
menderma dengan tujuan supaya dipuji dan digelar sebagai dermawan atau seorang yang
rajin bersembahyang dengan niat tujuan supaya digelar sebagai ahli ibadah oleh manusia;
itu semua tidak termasuk dalam makna ibadah yang diterima oleh Allah swt.
Matlamat dan Tujuan Ibadah
Sebagaimana kita ketahui dan maklum bahawa pengutusan manusia ke dunia ini
tidak lain melainkan untuk beribadah (memperhambakan diri) kepada al-Khaliq, Allah
Yang Maha Pencipta dan juga kita telah mengetahui bahawa pengertian ibadah dalam
Islam merangkumi semua bidang amalan dalam kehidupan manusia.Dan di sini timbul
pertanyaan kenapa kita mengabdi menyembah Allah dan apakah matlamat ibadah itu ?
Apakah ada faedah untuk-Nya atau apa faedah yang boleh didapati oleh seseorang hamba
yang menyembah-Nya ?
Jawapannya ialah bahawa Allah swt. Yang Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mendapat
sebarang faedah dari ketaatan orang yang menyembah-Nya dan tidak memberi mudarat
sedikitpun dari keengganan orang yang menentang dan engkar kepada perintah-Nya.
Ini kerana Allah Maha Kaya dan mempunyai segala-galanya kerana semua yang ada di
alam ini menjadi milik-Nya belaka sedangkan kita manusia adalah satu dari makhluk
Allah yang banyak itu, makhluk manusia ini terlalu kecil, hina dan miskin, serba
kekurangan dan sentiasa berhajat dan memerlukan kepada-Nya.
Firman Allah swt :
9
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
Maksudnya:“Sesungguhnya Kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada
Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia
bersyukur dagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungghnya Allah Maha
Kaya lagi Terpuji”. (Luqman: 12)
Maksud hadis : Dari Aisyah r.a katanya Rasullullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang
ingin bertemu dengan Allah,nescaya Allah ingin pula bertemu dengannya.Dan sesipa
benci bertemu dengan Allah, nescaya Allah benci pula bertemu dengannya” Lalu aku
bertanya :”Apakah yang dimaksudkan dengan membenci mati?.Jawab beliau, “Bukan
begitu.Tetapi setiap orang mukmin apabila memberi khabar gembira dengan rahmat
Allah,dengan keredhaannNya dan dengan surganNya nescaya dia inin bertemu
denganNya.Sedangkan orang kafir, apabila diberi khabar dengan azab Allah dan dengan
kemarahannya dia membenci bertemu dengan Allah dan Allah benci pula bertemu
dengannya.
Dari itu kita wajiblah mensyukuri segala nikmat dan kurniaan Allah swt. kepada kita
semua yang mana sekiranya kita hendak menghitugnya sudah tentu kita tidak mampu
untuk berbuat demikian, begitulah besar dan banyaknya pemberian Allah kepada kita
semua sebagai makhluk-Nya.
10
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
Kelazatan Ibadah
Kelazatan beribadah ini dapat digambarkan dari beberapa peristiwa yang berlaku
kepada baginda Rasulullah saw. para sahabat, tabi’in dan para solihin, kelazatan ini akan
timbul apabila adanya hubungan hamba dengan Tuhannya yang begitu erat dan di mana
seorang hamba begitu gembira dan begitu senang memuji-muji kebesaran Allah swt. ini
semua berlaku dari sebab makrifat-nya (kenalnya) seseorang hamba itu kepada Tuhannya
sehingga hamba itu merasa rindu apabila ia tidak dapat menghadap Tuhannya, dan
merasa gelisah kerana tidak dapat bertemu dengan yang dicintai dan dikasihinya. B
begitu juga apabila seorang hamba mengalami sedikit kesusahan tentulah ia akan
mengadu ketempat yang dapat menerima pengaduan dan boleh menyelesaikan masalah
dan kesusahannya. Tiada tempat yang layak untuk berbuat demikian melainkan kepada
Yang Maha Agung dan Maha Berkuasa.
Begitu juga di waktu orang-orang mukmin mendapat kurnia ia bersyukur seterusnya
memuji kepada Allah swt. Firman Allah swt.
11
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
Maksudnya:
“Bila datang pertolongan Allah dan kemenangan (pembukaan Makkah) dan engkau lihat
manusia berduyun-duyun masuk agama Allah swt. maka ucapkanlah tasbih dengan
memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia suka menerima
taubat”. (an-Nasr: 1-3)
Kepentingan Dunia dan Hubungannya dengan Ibadah
Meletakkan kepentingan dunia menjadi matlamat dalam amalan atau ibadah seseorang,
ataupun kepentingan dunia atau faedah-faedah dunia menjadi pendorong seseorang untuk
melakukan perintah ibadah kepada Allah swt adalah tidak bertepatan dengan kejadian
manusia itu sendiri.
Ini telah diperjelaskan oleh Allah dalam firmanNya :
Maksudnya :
“Sebahagian daripada manusia yang menyembah Allah secara tidak tetap, bila mendapat
kebaikan dia teruskan dan bila terkena kesusahan dia berpaling tadah. Rugilah dia di
dunia dan di akhirat. Itulah kerugian yang amat nyata”. (al-Hajj: 11)
Begitulah keadaan orang yang beribadah dengan tujuan mendapatkan faedah-faedah
dunyawi jika sampai dan berhasil tujuan dan kehendaknya bergembiralah dia dan kuatlah
tujuannya tetapi lemahlah ibadahnya jika tujuannya tidak berhasil dia meninggalkan
ibadah itu.
12
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
Istinjak
Istinjak Ialah menghilangkan najis kecil atau besar dari tempat keluarnya dengan sesuatu
yang bersih seperti air, batu, kertas dan sebagainya sehingga kesan najis itu dibersihkan.
Apabila keluar kotoran dari salah satu, iaitu dari qubur atau dubur, wajib istinjak dengan
menggunakan air atau dengan tiga ketul batu.
Hukum Istinjak
Beristinjak adalah hukumnya wajib berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
Bahawa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata; 'kedua-dua
orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah . Yang seorang diseksa kerana
mengumpat-gumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak
selepas buang air kecil.
(Hadis Riwayat; Bukhari dan Muslim)
Syarat istinjak
1. Menghilangkan rasanya.
2. Menghilangkan baunya.
3. Menghilangkan warnanya.
Rukun Istinjak
13
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
1. Seorang Islam.
2. Alat untuk istinjak.Dengan menggunakan air, batu, kertas atau seumpamanya.
3. Tempat yang diistinja iaitu qubul dan dubur.
4. Yang diistinjakkan itu sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu qubur atau
dubur.
Pendapat empat mazhab tentang istinjak
Dari segi Hukum.
Imam Hanafi dan Imam Maliki berpendapat bahawa :
Beristinja’ itu sunat bukan wajib dan sah sembahyang dengan tidak beristinjak
Imam Syafei’ dan Imam Hambali pula berpendapat bahawa :
Beristinja’ itu wajib bukannya sunat
Alasan :
Iman Hanafi dan Imam maliki berpendapat sedemikian adalah bersandarkan kepada
sebuah hadis : Yang diriwayakan oleh Abu Hurairah dari Junjungan kita Nabi Muhamad
S.A.W bersabda : Siapa yang bercelak hendaklah diganjilkan, sesiapa yang berbuat
demikian maka ia membuat sebaik-baiknya dan sesiapa yang beristinja’ dengan batu
hendaklah diganjilkan bilangannya, sesiapa yang berbuat demikian sesungguhnya ia telah
membuat sebaik-baiknya dan sesiapa yang tidak berbuat maka tidak bersalah.
Manakala Iman Syafie dan Hambali berpendapat berdasarkan sebuah hadis yang
bermaksud : Aku telah mengikut junjungan kita S.A.W dan keluar kerana membuang
air besar dalam masa itu tidak menoleh kebelakang dan aku (Abu Hurairah) cuba
menghampirinya, maka junjungan itu bersabda : Tolong carikan beberapa biji guna
untukku beristinja’ dengannya : atau pun junjungan menyebut perkataan yang sama
14
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
tujuannya perkataan – dan tak usahlah tak usahlah kau bawakan kepada ku tulang atau
tahi binatang maka : ku (Abu Hurairah) membawakan kepadanya beberapa biji batu
dengan hujung bajuku serta ku letakkannya disisi junjungan, setelah itu aku pun
berpaling daripadanya,setelah junjungan selesai dari membuang air besar junjungan pun
ikuti (membersih) tempat najisnya itu (tempat keluar) dengan batu-batu tersebut
Hukum beristinja’ dengan tiga batu
Terdapat perselisihan pendapat dikalangan ulamak dalam menentukan tiga biji batu atau
mamadai dengan sebiji batu
Pendapat pertama : Sebiji batu boleh memadai untuk beristinja’ sekiranya dapat
digunakan untuk membersihkan najis itu dan tidaklah mesti dengan tiga biji batu lagi
Pendapat kedua : Sebiji batu tidak memadai untuk beristinjak dan mestilah dengan
menggunakan tiga biji batu untuk menyempurnakan tujuan istinja’ sekalipun dapat disuci
dengan menggunakan sebiji batu sahaja.
Imam Hanafi dan Imam Maliki : Berpendapat bahawa sebiji batu boleh memadai untuk
beristinja’ dan tidak mesti dengan tiga biji. Pendapat ini berdasarkan maksud dari hadis :
Dari Abu Hurairah dari Junjungan kita S.A.W sesunggunya Ia bersabda : Sesiapa yang
mengambil air sembahyang hendaklah menghembuskan air dari hidungnya dan sesiapa
beristinja’ hendaklah menganjilkannya.
Alasannya ialah : Junjungan menyuruh membawa tiga biji batu itu ialah kerana Ghalib
atau kebanyakkannya beristinjak itu dengan tiga batu buktinya, jika boleh suci dengan
sebiji sahaja pun sudah memadai dengan tidak perlu dua atau tiga biji lagi guna
disapukan ditempat yang sudah bersih dan suci kerana tujuan istinja’ dengan air pun tidak
disyaratkan bilangan tersebut itu, begitulah juga beristinja’ dengan batu iaitu tidaklah
disyaratkan bilangan tersebut.
15
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
Manakala Imam Syafie dan Imam Hanbali : Berpendapat bahawa tidak
memadai beristinja’ dengan sebiji batu sahaja malahan hendaklah dengan tiga biji
batu.Pendapat ini adalah bersandarkan kepada hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin
Mas’ud RA katanya : Telah dating junjungan kita S.A.W untuk membuang air besar dan
junjungan menyuruh saya membawa kepadanya tiga biji batu,tiba-tiba saya hanya
mendapati dua biji sahaja, saya mencari yang ketiga tetapi tidak dapat lalu saya
mengambil seketul tahi kering dan saya bawa kepadanya lalu junjungan mengambil dua
biji batu dan mencampakkkan tahi itu sambil berkata – ini ialah najis
Alasannya ialah : Menurut keterangan dari hadis tersebut junjungan S.A.W menyuruh
mencari tiga batu, oleh yang demikian wajiblah diikuti amalanya.Walaupun junjungan
mencampakkan tahi itu tetapi dalam hadis Ibnu Mas’ud sendiri keterangan yang
menyatakan supaya beliau membawa kepada junjungan sebiji untuk mencukupkan tiga
biji sebagaimana yang diriwayatkan dalam riwayat yang lain.
بحجر اتنئ ركس انها ل ؤقا الرؤثة لقئ فا
Maksud hadis : Junjungan mencampakkan tahi itu dan berkata : itu adalah najis bawalah
kepadaku sebiji batu lagi.
16
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Tahun : 1 Cemerlang
Tarikh : 2 Mac 2008
Masa : 30 minit
Bidang : Ibadat
Tajuk : Istinja’
Pengetahuan sedia ada : Murid biasa beristinja’ dengan air selepas qadha
hajat
Hasil pembelajaran : Murid akan mendapat :
Aras 1
a) Menyatakan pengertian beristinja’
b) Mengeahui masa beristinja’
c) Menyatakan alat-alat beristinja’
Aras 2
a) Dapat melakukan cara beristinja’dengan betul
b) Berjimat cermat menggunakan air ketika
beristinja’
Aras 3
a) Menjelaskan keperluan istinja’ dan kepentingan
untuk beribadat.
Kemahiran berfikir : Kemahiran menyusun dan menyelesaikan tugasan
Kemahiran memadankan gambar dengan
Perkataan yang sesuai
17
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
Penerapan nilai : Menjaga kebersihan tanggungjawab setiap
individu
Kaedah : Penerangan,tunjuk cara,latih tubi dan soal jawab
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melakukan perbuatan istinja’
Penerapan : Kesihatan : Kepeningan menjaga kebersihan
Akhlak : Beradab ketika beristinja’
Aqidah : Yakin dengan suruhan Allah
Sumber Pengajaran dan
Pembelajaran : Kertas tisu,batu,anak patong dan jenis-jenis air
yang boleh beristinja’ dan LCD
Langkah Isi Kandungan Aktiviti BBM
Pendahuluan
2 minit
Alfatihah dan doa
belajar
Guru dan murid membaca
doa bersama
Set induksi
2 minit
Peralatan istinja’ :
Gambar jenis air dan
benda maujud seperti
batu, tisu, daun kering
dan kulit kayu
Tajuk : Istinja’
~ Guru menunjukkan
gambar-gambar air yang
boleh digunakan untuk
beristinja’ serta meminta
murid menyebut jenis-
jenis air dan benda
maujud dihadapan murid
~ Guru mengaitkan benda
tersebut dengan tajuk
Gambar,benda-
benda maujud
alatan istinja’
Langkah 1
5 minit
~ Pengertian istinja’ ~ Guru menerangkan
pengetian istinja’
~ Murid baca maksud
istinja’secara kumpulan
LCD
18
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
dan individu
~ Bersoal jawab serta
menunjukkan -alat yang
digunakan untuk istinja’
Langkah Isi Kandungan Aktiviti BBM
Langkah 2
8 minit
Cara beristinja’ dengan
betul dengan alat yang
disediakan
~ Guru menunjukkan cara
beristinja’ dengan
menggunakan anak
patong sebagai model.
~ Murid melakukan amali
istinja’ secara
berkumpulan dan individu
Alat-alat istinja’
seperti batu,
kayu,tisu,air,anak
patong.
Langkah 3
8 minit
~ Kepentingan
melakukan istinja’ dan
akibat tidak melakukan
istinja’ dengan betul
~ Guru menerangkan
kepentingan beristinja’
dan hubungannya dengan
ibadat.
~ Bersoaljawab akibat
tidak beristinja’ dengan
betul
LCD
Penutup
5 minit
Penilaian Guru mengedarkan
lembaran kerja :
Mewarna gambar alat
yang boleh digunakan
untuk beristinja’ dan
menjawab soalan latihan
Lembaran kerja
19
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
KESIMPULAN
Kegiatan hidup manusia ini akan termasuk ke dalam makna ibadah yang diberi
ganjaran dan pembalasan pahala baik di akhirat apabila ia menepati dengan kehendak
syarak, tidak menyeleweng dari kehendak dan ketentuan Allah swt. dikerjakan mengikut
peraturan dan syarat-syaratnya, disertai pula dengan niat yang betul dan ikhlas semata-
mata dilakukan kerana mencari keredaan Allah swt. tidak kerana yang lain dari-Nya,
menghindarkan diri dari perasaan riak, (menunjuk-nunjuk), ingin dipuji dan terkenal
sebagai orang yang rajin, tekun, orang baik dan ingin disebut-sebut sebagai ahli ibadah
oleh orang ramai dan juga suka berbangga dengan memberi tahu kepada orang lain akan
amal kebajikannya. Ia juga hendaklah menghindarkan diri dari merasa bangga kerana ia
telah banyak berbuat kebajikan dan berbuat amal ibadah.
Oleh itu ibadah dalam Islam bukanlah terhad kepada amalan-amalan ibadah yang
ritual semata-mata seperti sembahyang, zikir, puasa, haji dan sebagainya yang disebut
sebagai ibadah khusus, tetapi ibadah merangkumi, kerja-kerja kemasyarakatan dan sosial,
mencari rezki, sahinggalah kepada mengurus dan mentadbir negara; semuanya itu akan
menjadi ibadah sekiranya ia dilakukan menurut cara dan kehendak Islam serta niat dari
hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt.
20
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1
.
Rujukan
Dr.Ismail Abas,Fadzilah Mustapa,Abu Hisham Yusuf .(2007) .Modul Pengenalan
Pendidikan Islam Prasekolah dan Tahun 1.Meteour Doc. Sdn Bhd
Al-Imam Muslim.Terjemahan Ma’mur Daud. (1988). Terjemah Hadis Shahih Muslim
1,2,3,4.Klang Book Centre
Mariah bt Hj Mansur, Hasnah bt Yahya, Hjh Badriah bt Sheikh Ahmad. Hjh Badriah
Sheikh Ahmad .(2006).Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 1.Dewan Bahasa dan Pustaka
H.Sulaiman Rashid .(1981). Fiqh Islam.Penerbit Attahiriah
Prof Dr. H Mahmud Yunus (1987).Kitab Tafsir Quran Karim. Pustaka Al- Azhar
Mariah bt Hj Mansur, Hasnah bt Yahya, Hjh Badriah bt Sheikh Ahmad. Hjh Badriah
Sheikh Ahmad .(2006) .Panduan Guru Pendidikan Islam Tahun 1.Dewan Bahasa dan
Pustaka
Syed Ahmad.Terjemahan Ma’mur Daud.(2005)Terjemah Hadis Shahih Muslim Jilid
1.2.3.4 . Klang Book Centre
21