Konsep fitrah dalam kehidupan manusia

9
KONSEP FITRAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA PSIKOLOGI DARI PERSPEKTIF ISLAM [TP 23083] DISEDIAKAN OLEH 1) MUHAMMAD AKMAL MUSTAFA KAMAL (TP 0911 3004) 2) ZAIM IKHWAN ABD FADZIL (TP 0911 3012)

Transcript of Konsep fitrah dalam kehidupan manusia

Page 1: Konsep fitrah dalam kehidupan manusia

KONSEP FITRAH DALAM KEHIDUPAN

MANUSIA

PSIKOLOGI DARI PERSPEKTIF ISLAM[TP 23083]DISEDIAKAN OLEH

1) MUHAMMAD AKMAL MUSTAFA KAMAL

(TP 0911 3004)

2) ZAIM IKHWAN ABD FADZIL

(TP 0911 3012)

Page 2: Konsep fitrah dalam kehidupan manusia

فطرة

o Berasal daripada kata dasar fitri-fathara dalam bahasa Arab yang berarti membuka. o Juga membawa makna sifat asal kejadian, kesucian atau kemuliaan

Aa Gym (2005) – Tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir dan belum pernah disentuh atau diubah.

Raghib al-Isfahani – Fitrah merujuk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang menciptakannya.

Al-Ghazali (1971) – Setiap insan wajib mengenali Allah S.W.T yang merupakan fitrah manusia dalam usaha mengenali diri untuk menjadi insan yang bertaqwa.

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanya yang membuatnya seorang Yahudi, Nasrani mahupun Majusi”

[H.R Bukhari]

Page 3: Konsep fitrah dalam kehidupan manusia

FITRAH MANUSIA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

FITRAH MANUSIA DIBAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA UNSUR:

UNSUR JASMANI

“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang terbaik”

[ Surah at-Tin 95:4 ]

o Ciptaan jasad manusia amat halus & kompleks

o Jasad manusia digunakan untuk melakukan aktiviti seharian sesuai dengan

fungsi setiap sendi serta anggota yang dicipta Tuhan

Page 4: Konsep fitrah dalam kehidupan manusia

UNSUR ROH“Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang roh. Katakanlah, ‘Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit’ ” [ Surah al-Isra’ 17:85]

o Para ulama’ menyimpulkan bahawa unsur inilah yang telah melakukan perjanjian dengan Allah sebelum digabungkan dengan tubuho Hal ini menjadi bukti hadis ar-Rasul adalah benar bahawa manusia dilahirkan dalam keadaan suci dari dosa yang bercanggah dengan pendapat sesetengah mazhab Kristian

UNSUR NAFSU

MUTHMAINNAH

Nafsu yang sempurna yang

menyuruh untuk melakukan kebaikan

LAWWAMAH

Nafsu yang sentiasa ada dalam diri, kadangkala ia bersifat baik dan

kadangkala bersifat buruk

AMMARAH

Nafsu yang paling tercela. Sentiasa menurut syahwat

ke arah keburukan

Page 5: Konsep fitrah dalam kehidupan manusia

UNSUR AKAL/INTELEKTUAL

o Unsur ini merupakan anugerah paling bernilai kurniaan Tuhan

o Membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain

o Kalam-kalam Tuhan (al-Quran) diturunkan untuk hamba-Nya yang berakal supaya

dapat membezakan baik & buruk dalam segenap aspek kehidupan.

“Dan merupakan peringatan bagi orang-orang yang berakal” (Surah Shaad 38:43)

o manusia yang tidak menggunakan akal sebaiknya disifatkan

Allah sebagai binatang yang tidak punya akal, bahkan lebih teruk.

Page 6: Konsep fitrah dalam kehidupan manusia

FITRAH MANUSIA MENURUT PERSPEKTIF BARAT

AHLI FALSAFAH BARAT MEMBAHAGIKAN FITRAH KEPADA 3 KONSEP:

• Penganut agama Kristian mempercayai bahawa kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan sedia berdosa. Pegangan ini telah wujud sejak dahulu kala berdasarkan pegangan mazhab Gereja Katolik Roma pada abad ke-5.

SEMULA JADI BERDOSA

• Diperkenalkan oleh John Locke pada kurun ke-17. Kanak-kanak diibaratkan seperti “Blank Blanket”; keperibadiannya terbentuk daripada pengalaman.

TABULA RASA

• Pada kurun berikutnya, Jean-Jacques Rousseau memperkenalkan konsep innate goodness. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan yang sedia baik.

INNATE GOODNESS

Page 7: Konsep fitrah dalam kehidupan manusia

TEORI EVOLUSI CHARLES DARWIN

Charles Darwin (1809-1882) telah mengemukakan teori proses evolusi

makhluk hidup sehingga menghasilkan makhluk tertinggi

iaitu manusia.

Bukti yang dijumpa berupa fosil adalah

makhluk yang seakan-akan beruk dan manusia. Hal ini

telah menjadi bukti Darwin akan evolusi sedemikian

pernah terjadi.

Page 8: Konsep fitrah dalam kehidupan manusia

oAdam & Hawa dianggap berdosa sehingga disingkirkan Tuhan dari syurga hasil dari perlakuan dosa mereka. o Akibat dari penyingkiran tersebut, keturunan Adam & Hawa terpaksa menanggung derita atas bebanan dosa mereka. o Beliau menyimpulkan bahawa manusia berdosa sejak lahir.

o Menurut perjanjian lama (Old Testament), bangsa Yahudi telah mengorbankan lembu dan kambing untuk membersihkan dosa ini

o Tetapi untuk membersihkan dosa seluruh umat manusia, satu pengorbanan yang agung perlu dilakukan iaitu dengan mengorbankan anak Tuhan.

Page 9: Konsep fitrah dalam kehidupan manusia

RUMUSAN

• Fitrah manusia merupakan anugerah Allah S.W.T yang tak ternilai harganya

• Fitrah harus dikembangkan agar manusia dapat mencapai kesempurnaan kendiri yang disebut sebagai insan al-kamil.

• Setiap usaha perkembangan fitrah harus dilaksanakan secara sedar, terancang dan sistematik.  Sunnatullah (hukum alam ciptaan Allah) telah membenarkan kenyataan tersebut menerusi firman-Nya: “(Allah) Yang telah menciptakan segala sesuatu lalu diproses-Nya ke arah kesempurnaan”. (Surah al-A’la 87:2)