Komunikasi
Transcript of Komunikasi
1
HHHC9201
SET 7
SEMESTER 2
2014/2015
“KEMAHIRAN KOMUNIKASI”
NAMA: JOHANA BINTI JAMIL
NO MATRIK: A144345
JABATAN: JABATAN SENI BINA
2
ISI KANDUNGAN
BIL
KANDUNGAN
MUKA SURAT
1
PENGENALAN
3
2
MAKLUMAT PROGRAM
4
3
PENGLIBATAN AKTIVITI
5-6
4
KESIMPULAN
6
5
PEMBUKTIAN GAMBAR AKTIVITI
7-9
6
LAMPIRAN KERTAS KERJA FESTIVAL SENIBINA XI 2015
10-27
7
LAMPIRAN KELULUSAN JPPEL
28-29
3
PENGENALAN
Menurut James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989) komunikasi ialah satu cara manusia
komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian berhubung yang
melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi, dengan syarat atau maksud yang dikongsi,
dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi mereka perlu bersetuju dengan definisi
istilah-istilah yang digunakan berdasarkan istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang
simbolik seperti isyarat, sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan perkataan
yang huruf, nombor, dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang
dapat menyampaikan maksud. Manakala menurut S.Bernard Rosenblatt dalam bukunya
Communication in Business (l983) mendefinisikan komunikasi sebagai mendefinisikan
komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, pertukaran idea, pendapat,
maklumat, perhubungan dan sebagainya yang perhubungan dan sebagainya yang mempunyai
tujuan dan dipersembahkan mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau
secara peribadi atau tidak peribadi melalui tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang
bertujuan untuk simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi.
Sebagai rumusannya komunikasi merupakan proses pertukaran idea dan maklumat antara dua
individu atau maklumat antara dua individu atau lebih, dengan maksud untuk lebih, dengan
maksud untuk berkongsi maklumat dan pengalaman berkongsi maklumat dan pengalaman
bagi mencari persamaan. Pertukaran bagi mencari persamaan. Pertukaran idea ini boleh
berlaku secara lisan idea ini boleh berlaku secara lisan atau tulisan ataupun dengan atau
tulisan ataupun dengan menggunakan pelbagai deria yang menggunakan pelbagai deria yang
ada pada manusia. ada pada manusia.
Melalui kursus ini, saya dapat belajar cara-cara untuk berkomunikasi dengan baik sama ada
secara lisan atau tidak lisan. Kursus ini juga mengajar saya untuk mengatasi perasaan takut
ketika berkomunikasi dengan orang ramai.
4
MAKLUMAT PROGRAM
Nama program : Program Khidmat Masyarakat Festival Senibina XI 2015
Tarikh : 11 April 2015 – 13 April 2015
Tempat : Bandaraya Kuala Lumpur
Anjuran : Jabatan Senibina
Kelab Rekabentuk,Inovasi Dan Teknologi Senibina (Kritis)
Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tema program : Kickstart Awesomeness, Change Architecture Universe (KACAU)
FESTIVAL SENIBINA atau Fest‟sena merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan setiap
tahun oleh pelajar senibina dan juga pensyarah Jabatan Senibina bertujuan bagi merapatkan
hubungan silaturrahim antara pelajar “junior” dan pelajar
“senior”termasuklah pensyarah serta kakitangan sokongan Jabatan Senibina.
Matlamat penganjuran festival ini adalah untuk turut memperkenalkan Jabatan Senibina
kepada keluarga besar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan seterusnya masyarakat luar
dalam menyemai kesepaduan bagi menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dalam
membentuk generasi masa depan Malaysia yang lebih mapan.Festival tahunan ini telah
dijalankan dengan jayanya pada setiap tahun dan mendapat sambutan serta sokongan
daripada para pelajar, pensyarah dan kakitangan sokongan.
Pada tahun ini Festival Senibina XI 2015 akan menjalankan satu Program Khidmat
Masyarakat yang turut mendekatkan para pelajar dengan masyarakat luar melalui kerjakerja
khidmat bakti dan membentuk keprihatinan dalam setiap peribadi para pelajar . Aktiviti ini
dilihat berkesan dalam membentuk perpaduan dalam kalangan warga Jabatan Senibina.
Sesungguhnya ini adalah satu kejayaan besar kepada Jabatan Senibina kerana hubungan yang
mesra dan erat ini dapat memacu lebih banyak kejayaan.
Sepanjang pengalaman festival senibina yang lepas, telah terbukti bahawa penglibatan pelajar
dalam festival ini membuka mata serta peluang untuk berhubung antara pelajar senibina dan
juga merupakan satu medan yang baik untuk para pelajar menghadapi dunia senibina sebenar
secara tidak langsung.
Antara pengisian program yang telah dilaksankan adalah seperti
I) Mengecat mural 'Urban Scape Kuala Lumpur' dibawah Daerah Bandaraya Kuala
Lumpur
II) ‘Architecture World Universe Motivation’
a. Motivasi untuk pelajar senibina agar lebih efektif , berkarisma serta
professional
III) Pertandingan bowling antara pelajar
IV) Majlis makan malam
5
PENGLIBATAN PROGRAM
Festival Senibina XI 2015 pada tahun ini diadakan pada 11 April 2015 sehingga 13 April
2015. Program yang berlangsung selama tiga hari ini mempunyai beberapa aktiviti yang
menarik yang dapt para pelajarnya belajar mengenai kemahiran komunikasi. Sebelum
bermulanya program ini para pelajar telah diberikan tugasan masing-masing bagi menjayakan
program ini. Program ini dikendalikan oleh semua pelajar tahun dua Jabatan Senibina tetapi
yang menyertai program ini adalah semua pelajar Jabatan Senibina Fakulti Kejuruteraan dan
Alam Bina, UKM. Bagi pelajar yang mengendalikan program ini setiap pelajar mempunyai
jawatan masing-masing. Saya telah memegang jawatan sebagai bendahari bagi program
Festival Senibina XI 2015 pada kali ini. Sebagai bendahari saya dikehendaki untuk
mengumpulkan wang bagi membeli baju. Oleh itu saya dikehendaki untuk memberitahu para
pelajar tahun satu sehinggalah tahun tiga mengenai pengumpulan wang tersebut. Saya perlu
berkomunikasi dengan para pelajar dengan baik supaya proses pengumpulan wang berjalan
dengan lancar.
Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan untuk program ini. Aktiviti pertama yang telah kami
jalankan adalah akviti mengecat mural ‘Urban Scape Kuala Lumpur’ dibawah Daerah
Bandaraya Kuala Lumpur. Aktiviti ini berlangsung selama dua hari. Melalui aktiviti ini kami
telah melakukan khidmat masyarakat bagi mencantikkan caterpillar yang berada di kawasan
daerah Bandaraya Kuala Lumpur tersebut. Para pelajar telah dipecahkan kepada beberapa
kumpulan bagi mengecat mural tersebut. Bagi melicinkan aktiviti mengecat mural ini saya
perlu berkomunikasi dengan ahli kumpulan cara untuk melakukan pengecatan mural tersebut.
Disini saya belajar cara berkomunikasi yang baik dimana komunikasi yang baik dapat
mengelakkan pergaduhan antara ahli kumpulan serta mengelakkan salah faham dalam
memberi maklumat kepada kawan. Maklumat yang saya maksudkan adalah car untuk
melukis serta mengecat mural tersebut.
Aktiviti seterusnya adalah ‘Architecture World Universe Motivation’ iaitu aktiviti soal jawab
dengan penceramah yang telah dijemput. Penceramah yang telah dijemput itu merupakan
seorang arkitek. Melalui aktiviti ini kami telah diminta untuk menyoal penceramah tersebut
mengenai apa-apa yang berkaitan dengan senibina yang kami kurang faham atau tidak tahu.
Melalui proses soal jawab ini saya telah belajar cara untuk berkomunikasi dengan baik antara
pelajar dengan orang umum seperti pernceramah tersebut. Kemahiran komunikasi ini juga
telah mengajar saya untuk mengatasi perasaan takut untuk bertanya kepada orang lain.
Seterusnya aktiviti Festival Senibina ini diteruskan lagi dengan pertandingan bowling antara
pelajar senibina dari tahun satu sehinggalah ke tahun tiga. Aktiviti ini diadakan di IOI City
Mall, Putrajaya. Para pelajar dikehendaki pergi kesana dengan menaiki kereta masing-masing
memandangkan kami mempunyai kekangan tertentu bagi menyewa bas UKM bagi ke
pertandingan tersebut. Apabila tiba disana kami telah mengikut kumpulan yang telah
dibahagikan oleh biro sukan. Melalui pertandingan ini hubungan antara pelajar senibina
tahun satu , dua dan tiga dapat dieratkan memandangkan tidak semua pelajar tahun satu
mengenali pelajar tahun dua dan juga tahun tiga begitu juga sebaliknya. Pertandingan ini
memerlukan komunikasi antara pelajar sesame pelajar. Hal ini kerana tanpa komunikasi
antara para pelajar pertandingan ini akan menjadi hambar. Pertandingan ini juga telah
mengajar saya bagaimana untuk berkomunikasi ketika hendak membuat tempahan bowling
untuk perlawanan tersebut. Setelah permainan tamat , semua pelajar diminta untuk
6
berkumpul bagi penyampaian hadiah.setiap kumpuan telah mendapat hadiah mengikut
‘ranking’ masing-masing. Melalui penyampaian hadiah ini saya dapat belajar cara untuk
berkomunikasi katika saya diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi penyampaian hadiah
tersebut.
Bagi acara penutup bagi festival senibina pada tahun ini sebuah majlis makan malam telah
diadakan. Pada majlis makan malam ini ,para pelajar telah disajikan dengan pelbagai
hidangan yang cukup enak yang telah disediakan oleh biro makanan dann dibantu oleh biro-
biro yang lain. Bagi memeriahkan majlis makan malam tersebut, beberapa aktiviti sampingan
telah dijalnkan seperti aktiviti karaoeke, permainan chess dan juga tayangan video. Pada
makan mala mini saya telah menyertai aktiviti karaoeke dan disini saya telah belajar untuk
berkomunikasi dan meghilangkan ketakutan untuk menyanyi dihadapan orang ramai. Akhir
sekali para pelajar berasa sangat gembira kerana aktiviti ini berakhir dengan jayanya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya kemahiran komunikasi dapat dipelajari dengan baik melalui program Festival
Senibina XI 2015 yang telah diadakan pada 11 April sehingga 13 April 2015. Apabila kita
mengetahui cara berkomunikasi yang baik semua kerja yang hendak kita lakukan akan
menjadi mudah. Seterusnya komunikasi yang baik juga dapat mengelakkan pergaduhan
dengan orang lain. Akhir sekali, komunikasi yang baik juga dapat menyampaikan maklumat
yang mudah untuk orang lain fahami.
7
PEMBUKTIAN GAMBAR AKTIVITI
Komunikasi antara pengarah dengan peserta yang lain sewaktu mensyuarat
Komunikasi sewaktu hendak menempah tempat untuk bermain bowling
8
Komunikasi ketika menjadi pengacar majlis penyampaian hadiah
pertandingan bowling
Komunikasi antara ahli kumpulan ketika bermain bowling
9
Sesi komunikasi bersama penceramah jemputan dengan aktiviti soal jawab
10
KERTAS KERJA
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
FESTIVAL SENIBINA 2015
(FEST‟SENA XI )
TARIKH
11 APRIL 2015 – 13 APRIL 2015
TEMPAT
BANDARAYA KUALA LUMPUR
ANJURAN
JABATAN SENIBINA
KELAB REKABENTUK,INOVASI DAN TEKNOLOGI SENIBINA (KRITIS)
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
Kickstart Awesomeness, Change Architecture Universe (KACAU)
11
KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT FESTIVAL SENIBINA
2015 ( FEST’SENA XI ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kerjasama serta bantuan kewangan untuk mengadakan Program Khidmat Masyarakat Festival Senibina XI 2015.
2.0 PENGENALAN
FESTIVAL SENIBINA atau Fest‟sena merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan setiap tahun oleh pelajar senibina dan juga pensyarah Jabatan Senibina bertujuan bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar “junior” dan pelajar “senior”termasuklah pensyarah serta kakitangan sokongan Jabatan Senibina.
Matlamat penganjuran festival ini adalah untuk turut memperkenalkan Jabatan Senibina kepada keluarga besar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan seterusnya masyarakat luar dalam menyemai kesepaduan bagi menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dalam membentuk generasi masa depan Malaysia yang lebih mapan.Festival tahunan ini telah dijalankan dengan jayanya pada setiap tahun dan mendapat sambutan serta sokongan daripada para pelajar, pensyarah dan kakitangan sokongan.
Pada tahun ini Festival Senibina XI 2015 akan menjalankan satu Program Khidmat Masyarakat yang turut mendekatkan para pelajar dengan masyarakat luar melalui kerjakerja khidmat bakti dan membentuk keprihatinan dalam setiap peribadi para pelajar . Aktiviti ini dilihat berkesan dalam membentuk perpaduan dalam kalangan warga Jabatan Senibina. Sesungguhnya ini adalah satu kejayaan besar kepada Jabatan Senibina kerana hubungan yang mesra dan erat ini dapat memacu lebih banyak kejayaan.
Sepanjang pengalaman festival senibina yang lepas, telah terbukti bahawa penglibatan pelajar dalam festival ini membuka mata serta peluang untuk berhubung antara pelajar senibina dan juga merupakan satu medan yang baik untuk para pelajar menghadapi dunia senibina sebenar secara tidak langsung.
3.0 SEJARAH FESTIVAL SENIBINA (FEST’SENA)
Festival Senibina (FEST‟SENA) merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Senibina. FEST‟SENApada asalnya diadakan pada tahun 2004 iaitu selepas dua tahun Jabatan Senibina ditubuhkan di UKM. Ia kemudiannya diteruskan dari tahun ke tahun sehingga kini.Kebiasaannya festival ini dikelolakan oleh pelajar tahun dua bagi menjalakan gerak kerja program.
4.0 KRONOLOGI FESTIVAL SENIBINA
12
2004 Fest‟sena
2005 Fest‟sena I: Tunjang Tunas
2006 Fest‟sena II: Resurrection
2007 Fest‟sena III: Archinature
2008 Fest‟sena IV: Archiforce – Acceleration Towards Sustainability
2009 Fest‟sena V: Arcsurvivor – Survivor and Revival
2010 Fest‟sena VI: Archiconteng
2011 Fest‟sena VII: ARCHU.ARCHI – Pieces of Seven
2012 Fest‟sena VIII: Archinova – Akar
2013 Fest‟sena IX : A.D.A – Aura
2014 Fest‟sena X : ArchiD.O.D –Design.Annovation.Art.Magnificant (DIAM)
5.0 MISI
Program yang berteraskan kemasyarakatan yang diterapkan dalam misi ini ialah untuk melahirkan pemimpin-pemimpin muda yng berketrampilan dan berwawasan tinggi Seiring dengan dengan arus pemodenan yang serba maju ,mengeratkan hubungan para pelajar Senibina UKM melalui aktiviti yang dapat melahirkan mahasiswa/i yang peka terhadap isu-isu semasa tentang senibina dengan matlamat Pesatuan Arkitek Malaysia (PAM)
6.0 MATLAMAT
6.1 Merealisasikan visi UKM iaitu, UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.
6.2 Membentuk pelajar untuk lebih berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman dari pelajar yang lebih „senior‟ agar dapat membentuk arkitek yang mempunyai visi dan misi yang jelas.
6.3 Melatih dan mendidik mahasiswa mengenai konsep kesukarelawan melalui aktiviti kemasyarakatan bagi menjammin keselamatan, keharmoniandan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
7.0 OBJEKTIF
Selari dengan lapan (8) Garis Panduan Pelaksanaan Kokurikulum Berkredit Berasaskan kontrak Pembelajaran, pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai
13
7.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran sosial dan
kebertanggungjawaban(HPP1). Tingkah laku bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain, kepekaan kepada alam sekitar dan kepekaan dan kebertanggungjawaban terhadap situasi sosial seperti perpaduan dan kemiskinan.
7.2 Memperkemaskan lagi kemahiran komunikasi (HPP2). Menunjukkan kemahiran bukan lisan yang berkesan (gerak tubuh, nada suara), menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan, menunjukkan kebolehan berinteraksi secara berkesan dan mampu berintekasi menggunakan bahasa antarabangsa.
7.3 Memupuk kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang
hayat (HPP3). Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran, meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara kendiri dan mengumpul maklumat secara kendiri.
7.4 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran nilai, sikap, etika dan
profesionalisme (HPP4). Menunjukkan tingkah laku profesional sesuai dengan etika kerjaya, melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah dan menunjukkan sikap kesukarelawanan.
7.5 Mencungkil kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan
pendekatan saintifik(HPP5). Mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat, mengenal pasti dan mensintesiskan masalah dengan tepat dan menilai pelbagai pilihan dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.
7.6 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
(HPP6). Menjadi pemimpin atau pengikut sesuai dengan konteks, membina kerja berpasukan untuk mencapai maklumat yang disepakati dan membantu rakan-rakan secara proaktif.
7.7 Memupuk kemahiran pengurusan dan keusahawanan (HPP7). Mencambah idea/cadangan/perancangan setelah meneliti pelbagai pilihan, menetapkan matlamat masa depan dengan menjajarkan perancangan, mempamerkan kemampuan untuk, melaksana, memantau dan menilai aktiviti secara sistematik dan menyerahkan/menyahkan autoriti dan kebertanggungjawaban kepada individu lain.
7.8 Melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran kreatif dan inovatif (HPP8). Sentiasa meneroka idea baru, melahirkan idea kreatif/berinovasi yang menambah nilai dan sentiasa merentas halangan dan merebut peluang.
14
8.0 TEMA
Kickstart Awesomeness, Change Architecture Universe (KACAU)
Tema bagi Program FEST‟SENA XI pada tahun ini ialah KACAU. Ianyaboleh ditafsirkan kepada lima maksud, iaitu K-Kickstart , A-Awesomeness, C-Change,AArchitecture danU-Universe. Kickstart Awesomeness yang dimaksudkan ialah permulaaan hasil kreativiti yang hebat dan luar biasa yang direkabentukkan dalam projek. Change merupakanperubahan kepada sesuatu . Architecture Universebermaksud hasil projek
dalam konsep senibina alam yang menyeluruh .
9.0 ANJURAN
Jabatan Senibina Kelab Rekabentuk, Inovasi dan Teknologi Senibina (KRITIS) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia
10.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada: Tarikh : 11 APRIL – 13 APRIL 2015 Hari : SABTU HINGGA ISNIN
11.0 TEMPAT PROGRAM Tempat : Bandaraya Kuala Lumpur
12.0 PUBLISITI
Publisiti bagi program ini adalah dicadangkan dilaksanakan di bangunan FKAB Baru ,Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina ,Universiti Kebangsaan Malaysia. menerusi
• Poster
• Banner
• Facebook rasmi (KRITIS)
• Kad Jemputan
Publisiti yang dilaksanakan adalah untuk menarik lebih ramai alumni , staff sokongan serta pensyarah untuk mengikuti program pada kali ini. Jika terdapat keperluan program ini akan dibuka kepada warga Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina untuk turut serta mengikuti program yang dilaksanakan. Publisiti ini juga digunakan untuk menghebahkan kepada orang luar terutamanya di kawasan program tentang tujuan kami melaksanakan program di sana.
13.0 CADANGAN PERASMI
Perasmian Pembukaan/ Penutup
15
1) Dr. Nik Lukman Bin Nik Ibrahim Ketua
Jabatan Senibina,
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Univesiti Kebangsaan Malaysia
14.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah peserta yang dijangka ialah sebanyak 64 orang pelajar senibina serta alumni , pensyarahdan kakitangan sokonganyang akan mengikuti program pada kali ini.
15.0 STRUKTUR ORGANISASI
RUJUK LAMPIRAN A
16.0 TENTATIF PROGRAM
RUJUK LAMPIRANB
17.0 PERINCIAN PROGRAM
RUJUK LAMPIRAN C
18.0 BELANJAWAN
RUJUK LAMPIRAN D
19.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :
Pejabat Jabatan Senibina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Tel : +603-8911 8013 Faks : +603-8911 8032 Emel : [email protected]
(u/p : Farah Adibah Binti Ismail. No-0175257289)
E-mel :[email protected]
20.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar kertas kerja ini dapat dipertimbangkan sebaik mungkin dan seterusnya mendapat sumbangan dan penajaan dari pihak tuan bagi menjayakan program ini. Semoga Program Khidmat MasyarakatFestival Senibina (FEST‟SENA XI 2015) yang bakal dijalankan akan dapat memberi manfaat kepada
16
semua pihak terutamanya mahasiswa/i kursus Sarjana Muda Sains Senibina. Tanggungjawab dan harapan yang diamanahkan akan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan dedikasi agar program ini dapat dijayakan sepenuhnya demi menjunjung aspirasi dan citra universiti untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang bagi segenap aspek.
17
18
19
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
FESTIVAL SENIBINA 2015 (FEST’SENA XI )
PENAUNG
Y. BHG. PROF. DATUK DR. NOOR AZLAN GHAZALI
NAIB CANSELOR, UKM
PENGERUSI
Y.BHG. PROF. DATIN NOOR AZIAH MOHD.AWAL
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI), UKM
PENYELARAS
LT. KOL (BERSEKUTU) PA PROF. MADYA DR.ROSLEE RAJIKAN
PENGARAH PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN ALUMNI
DEKAN FAKULTI
PROF. DATO‟ IR. DR. ABDUL WAHAB MOHAMMAD
DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
PENASIHAT
DR .NOR HASLINA BINTI JA‟AFAR
PENSYARAH JABATAN SENIBINA
PENASIHAT BERSAMA
AR. NURAKMAL ABDULLAH @ GOH TUO HO
PENSYARAH JABATAN SENIBINA
20
KETUA PENGARAH
FARAH ADIBAH BINTI ISMAIL
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA, TAHUN DUA A144335
0175257289
TIMBALAN PENGARAH
MUHAMMAD AIMAN BIN SAMSUDIN
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA, TAHUN DUA
A 144347
019-2538023
SETIAUSAHA
WAN NUR ILHAM „AZAZIAH BINTI MEGAT MD SALEH
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA, TAHUN DUA A144348
017-3965692
BENDAHARI
JOHANA BINTI JAMIL
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA, TAHUN DUA
A144345
017-4469496
BIRO PUBLISITI & GRAFIK NG BENN JAZZ
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM
BINA
TAHUN DUA, A144323
LEE CHIA ZHENG
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM
21
BINA
TAHUN DUA, A144321
BIROTEKNIKAL NIK MUHAMMAD AMIN BIN NIK
MUHAMMAD JAPLUS
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
TAHUN DUA, A144332
CHONG WEI WEN
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
TAHUN DUA, A144322
BIRO PENGANGKUTAN & MUHAMMAD FARIS BIN AHMAD FUDZI
KESELAMATAN FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM
BINA
TAHUN DUA, A144325
MUHAMMAD NOR AZIZI BIN ROSEZALI
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
TAHUN DUA, A144336
BIRO PENGINAPAN & HUBUNGAN MUHAMAD IKHWAN BIN ROSSDEEN
LUAR FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
TAHUN DUA, A144331
22
BIRO MAKANAN
MOHAMAD AL-HAFIZ BIN MOHD SAHARUDDIN
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM
BINA
TAHUN DUA, A144326
AZMIRA BINTI JAMALUDIN
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
TAHUN DUA, A144340
BIROPROTOKOL & MUHAMMAD IQBAL BIN JAMALUDDIN
TUGAS-TUGAS KHAS FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
TAHUN DUA, A144329
NURUL NADHIRAH BINTI OTHMAN
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
TAHUN DUA, A144346
BIRO SUKAN& CENDERAMATA MUHAMMAD NUSHI BIN IZAHAR
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
TAHUN DUA, A144330
WAN NURDIANAH BINTI ROSMIN
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
TAHUN DUA, A144343
LAMPIRAN B
23
ATURCARA PROGRAM
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
FESTIVAL SENIBINA 2015 (FEST’SENA XI)
SABTU, 11 APRIL 2015
MASA PROGRAM
6.30AM
7.00 AM
8.00 AM
9.00 AM
9.30 AM
1.00 PM
2.30 PM
5.00 PM
6.00 PM
Berkumpul di Foyer Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina bangunan baru - taklimat ringkas mengenai program yang dijalankan - Pemeriksaan kelangkapan dan peralatan .
Sarapan Pagi
Menaiki bas bertolak ke Kuala Lumpur
Tiba di destinasi
AKTIVITI 1 : ‘KICKSTART AWESOMENESS'
-Aktiviti mengecat mural 'Urban Scape Kuala Lumpur' dibawah Daerah Bandaraya Kuala Lumpur
Makan Tengahari , Solat Zohor
Aktiviti 1 diteruskan
Aktiviti di tangguhkan
Pulang ke UKM / Rehat / Solat Maghrib
AHAD, 12 APRIL 2015
MASA PROGRAM
6.30AM
7.00 AM
8.00 AM
Berkumpul di Foyer Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina bangunan baru - taklimat ringkas mengenai program yang dijalankan - Pemeriksaan kelangkapan dan peralatan .
Sarapan Pagi
Menaiki bas bertolak ke Kuala Lumpur
24
9.30 AM
1.00 PM
2.30 PM
5.00 PM
6.00 PM
AKTIVITI 1 : ‘KICKSTART AWESOMENESS'
- Hari kedua : aktiviti mengecat mural 'Urban Scape Kuala
Lumpur' dibawah Daerah Bandaraya Kuala Lumpur - Aktiviti mural painting diteruskan
Makan Tengahari , Solat Zohor
Aktiviti 1 diteruskan
Aktiviti ditamatkan dengan sesi bergambar
Pulang ke UKM / Rehat / Solat Maghrib
ISNIN, 13 APRIL 2015
MASA PROGRAM
25
7:00 AM
7.30 AM
8.30 AM
12.00 PM
12.30 PM
2.00 PM
3.00 PM
6.00 PM
8.00 PM
11.00 PM
Berkumpul di Foyer Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina bangunan baru
Sarapan Pagi
AKTIVITI 2 : ‘ARCHITECTURE WORLD UNIVERSE
MOTIVATION ’
- Motivasi untuk pelajar senibina agar lebih efektif , berkarisma serta professional
- Penceramah jemputan
Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan dan sesi bergambar
Rehat , Makan tengahari , Solat Zohor
Bertolak ke IOI City Mall untuk Tournament Bowling
AKTIVITI 3 : ‘TOURNAMENT BOWLING’
Pulang ke UKM
AKTIVITI 4 : ‘DINNER’
- Penyampaian hadiah
Majlis bersurai
LAMPIRAN C
PERINCIAN PROGRAM
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
FESTIVAL SENIBINA 2015 ( FESTSENA XI )
AKTIVITI 1: ‘KICKSTART AWESOMENESS’
Seramai 60 orang mahasiswa/i Jabatan Senibina akan melakukan khidmat bakti mengecat mural dengan kerjasama Daerah Banadaraya Kuala Lumpur dalam program 'Urban Scape Kuala Lumpur' . Aktiviti sebegini dapat menggalakkan komunikasi antara mahasiswa/i dengan masyarakat luar seterusnya dapat berbakti kepada negara dengan menghasilkan sebuah 'art' di sekitar Kuala Lumpur .
Kerjasama ini membantu pelajar mengekspreskan bakat-bakat mahasiswa/i Senibina UKM . Aktiviti 'mural paiting' ini dijalankan selama dua hari bertempat di sekitar Kuala Lumpur.
26
AKTIVITI 2 : ‘ARCHITECTURE WORLD UNIVERSE MOTIVATION ’
Mahasiswa/I akan didedahkan tentang isu semasa senibina oleh seorang motivator jemputan serta halatuju dan pengalaman beliau sebagai seorang arkitek. Melalui 'talk' ini , mahasiswa/i akan lebih tahu tentang selok belok dunia senibina dari sudut pandangan yang berbeza .
AKTIVITI 3 : ‘BOWLING TOURNAMENT’
Semua pelajar Senibina , pensyarah , alumni serta staff sokongan dijemput menyertai „Bowling Tournament‟ bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara para pelajar dengan pensyarah , alumni dan staff sokongan . Selain itu , dapat mengasah bakat bermain bowling serta semangat kesukanan
LAMPIRAN D
BELANJAWAN
ANGGARAN PENDAPATAN
BIL PERKARA RM
1.
2.
3.
Peruntukan Jabatan Senibina
Peruntukan Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Sumbangan Pihak Korperat
1,000
1,000
3,000
JUMLAH 5,000
27
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KUANTITI RM
1. Publisiti
Banner
Kad Jemputan
(RM120.00 x 1)
(RM3.00 x 20)
120
60
2. Teknikal
Mural painting
Alatan mengecat, membersih , membaiki rumah
0
3. Cenderamata
Hamper Tournament Bowling
Cenderamata
- Arkitek jemputan
(RM 30.00 x 15)
450
100
4. Makanan
Sarapan
Makan tengah hari
(64 x RM5.00 x 3 hari)
(64 x RM8.00 x 3 hari)
915
1,536
5.
Pengurusan
Tempat penginapan
*Kolej masing-masing , UKM
0
6. Baju T shirt Khidmat Masyarakat
(64 x 1 x RM 25.00)
1,600
7. Urusetia 200
JUMLAH
4,981
28
LAMPIRAN SURAT KELULUSAN JPPEL
29