Komsas YumniRusydi 1Bijaksana YURAN

46
SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT (SEHEBAT) Disediakan oleh. YUMNI RUSYDI BIN AHMAD 1 BIJAKSANA

Transcript of Komsas YumniRusydi 1Bijaksana YURAN

  • SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT(SEHEBAT)Disediakan oleh.YUMNI RUSYDI BIN AHMAD1 BIJAKSANA

  • Amin meminta wang sebanyak RM60.00 daripada emaknya, Mak Jah untuk membayar yuran sekolah. Mak Jah tidak dapat memberi kerana tiada wang. Di sekolah, Cikgu Arsad mendesak Amin membayar yuran sukan dan yuran PMR esok. Desakan itu membuatkan Amin berasa malu dan tertekan, lalu mengambil keputusan ponteng sekolah. .

  • Ketika dia sedang melihat permainan video, dia dilanggar dari arah sisi oleh seseorang, menyebabkan buku dalam begnya bertabur. Seorang wanita menjerit meminta pertolongan. Beberapa orang pemuda dilihatnya berlari-lari ke satu arah. Amin segera mengejar pemuda itu dan berjaya menangkap lelaki itu. Anggota polis segera memberkas pemuda tersebut.

  • Wanita yang dibantu tadi menyoal Amin. Apabila dirinya dikatakan ponteng sekolah, Amin segera meninggalkan wanita itu. Apabila Amin tiba di rumah dan melihat Amin tidak membawa beg, Mak Jah tahu anaknya ponteng sekolah. Ketika Mak Jah sedang meleteri akan sikap Amin, wanita tadi muncul dengan keretanya. Wanita itu menceritakan hal yang sebenar kepada Mak Jah. Kemudian wanita tersebut menyerahkan sedikit wang sebagai membalas jasa Amin. Amin berasa terharu dan berjanji akan meneruskan cita-citanya.

  • Masalah dan konflik jiwa remaja yang tertekan oleh kesempitan hidup mendorongnya melakukan perkara yang di luar kehendaknya.

  • Perasaan rendah diri sebagai akibat kesempitan hidup.Amin malu apabila Cikgu Arsad bertanyakan soal yuran yang belum berbayar di dalam kelas(b) Jiwa remaja yang mudah memberontak. Oleh sebab tidak sanggup berhadapan dengan Cikgu Arsad dan pengetua,Amin bertindak ponteng sekolah dan menghabiskan masa di pusat beli-belah .(c)Kepayahan ibu membesarkan anak selepas kematian suami.Mak Jah membesarkan anaknya dalam serbanya kekurangan setelah kematian suaminya.

  • (d)Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan yang memerlukan. Wanita mangsa ragut prihatin akan masalah Amin dan memberikan sejumlah wang untuk meringankan beban hidup Amin.(e)Keberanian membanteras kejahatan.Amin bertidak berani dengan mengejar dan menangkap lelaki yang meragut beg tangan seorang wanita di pusat beli-belah. (f)Kepentingan ilmu dalam kehidupan.Mak Jah bertegas terhadap anaknya agar anaknya itu belajar bersungguh dan tidak ponteng sekolah.

  • Watak utama~ Amin

    Watak sampingan~ Mak Jah~ Cikgu Arshad~ Pengetua~ wanita~ Jazid

  • PermulaanMemperkenalkan watak Amin yang menghadapi masalah untuk membayar yuran sekolah dan yuran peperiksaan.

  • Perkembangan dan PerumitanCikgu Arsad dan pengetua mendesak Amin supaya membayar yuran tersebut dengan segera. Akibatnya, pada keesokan harinya, lantaran bimbang akan disoal tentang hal yang berkaitan dengan yuran tersebut, Amin mengambil keputusan untuk ponteng sekolah dan pergi ke pekan. Ketika berada di pusat beli-belah di pekan, Amin telah menangkap seorang pemuda yang cuba meragut beg tangan seorang wanita. Mak Jah mengetahui perbuatan Amin ponteng sekolah. Mak Jah mengingatkan Amin tentang pesanan arwah ayahnya yang menghendakinya belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjaganya.

  • Klimaks Wanita yang ditolong oleh Amin datang ke rumahnya. Kedatangannya menimbulkan perasaan takut kepada Amin. Wanita itu menyerahkan beg sekolah Amin yang tertinggal di balai polis. Wanita itu turut memberi sedikit pemberian sebagai hadiah kepada Amin kerana menolongnya.

  • Peleraian Amin menerima pemberian ikhlas daripada wanita itu dan menyemat azam dalam hatinya untuk meneruskan cita-citanya..

  • Teknik imbas kembaliAmin teringat-ingat akan pertanyaan Cikgu Arsad mengenai yuran sekolah dan amaran Pengetua jika dia gagal melunaskan yuran-yuran tersebut.Teknik imbas mukaAmin enggan ke sekolah kerana membayangkan jika dia berada di sekolah hari ini, sudah tentu dia akan dimarahi dengan lebih teruk lagi. Malah, Pengetua sudah tentu akan mengambil tindakan yang keras terhadapnya.

  • Teknik dialog

    Siapa nama adik? Wanita itu bertanya lagiEr Amin, jawabnya selamba tanpa melihat ke wajah wanita itu.

    Monolog Dalaman

    Amin berkata-kata dalam hatinya tentang pertanyaan wanita yang ditolongnya ketika mereka berada di balai polis. Banyak tanya pula wanita ini, kata hatinya.Amin menyemat azam dalam hatinya untuk meneruskan cita-cita setelah wanita yang dibantunya beredar dari halaman rumahnya.Dalam hatinya tersemat, Aku akan teruskan cita-citaku.

  • LATAR MASAPada zaman sekarang, iaitu zaman adanya video games sebagai alat hiburan.Dalam tempoh dua hari, iaitu waktu Cikgu Arsad meminta Amin menjelaskan yuran sekolah dan yuran peperiksaannya hingga hari Amin ponteng dan berhadapan dengan jenayah ragut di pusat beli-belah.

  • LATAR TEMPATDi rumah Amin - Amin bertanyakan yuran sekolahnya kepada ibunya.Di dalam kelas Cikgu Arsad bertanya kepada Amin tentang yurannya yang belum berbayar.

  • LATAR TEMPAT

    Di dalam bilik pengetua Pengetua memberikan amaran kepada Amin bahawa dia akan disingkirkan sebagai calon untuk menduduki PMR.

    Di pusat beli-belah Tempat Amin ponteng sekolah dan Amin berjaya menangkap peragut beg tangan seorang wanita.

  • LATAR MASYARAKATMasyarakat di sekolah Amin pelajar tingkatan tiga, Cikgu Arsad pula guru di sekolah Amin.Masyarakat kampung yang miskin Mak Jah tidak mampu menyediakan yuran sekolah Amin sebagai akibat kemiskinan hidup.

  • LATAR MASYARAKAT

    Masyarakat yang mengambil jalan mudah untuk hidup Pemuda yang ditangkap oleh Amin sanggup melakukan jenayah ragut demi mencari wang.

    Masyarakat yang mengenang budi dan pemurah Wanita mangsa ragut berterima kasih kepada Amin Amin dan memberikan sedikit sumbangan

  • Simile~ berlingkar macam ular sawa kekenyangan, mukanya merah bagai udang di bakar.Metafora~ Kotak fikiran ~ Kaki lepak

  • Peribahasa~ jalan pintas~ memasang telinga~sebesar kangkang kera

  • Sinkope~ tak~ mak~ nak (hendak)~ nak (anak)

  • Personifikasi~ tergenggam harapan

    Bahasa asing~ Bahasa Inggeris: video games~ Bahasa Arab: Rahmatullah, assalamualaikum, waalaikumussalam.

  • Kasih sayang~ Mak Jah amat sayang akan AminAmanah.~ Mak Jah tidak pernah lupa akan wasiat arwah suaminya yang mahu Amin belajar bersungguh-sungguh.

  • Cekal~ Mak Jah cekal menghadapi dugaan dan kepayahan hidup selepas kematian suaminya.Berani~ Amin berani mengejar peragut yang meragut beg tangan seorang wanita .

  • Kemiskinan bukanlah halangan untuk menuntut ilmu. Contohnya, Amin nekad untuk meneruskan persekolahannya demi mencapai cita-cita.

    Janganlah mudah berputus asa dalam menempuh dugaan hidup. Contohnya Amin hampir-hampir putus asa lantaran kegagalannya untuk membayar yuran sekolah.

    Janganlah melakukan jenayah atau perkara yang menyusahkan orang lain. Contohnya, tindakan lelaki yang meragut beg tangan wanita itu adalah suatu jenayah dan menyusahkan orang lain.

  • Kita haruslah bertindak dan membantu insan yang memerlukan. Contohnya, Amin segera bertindak dan membantu pihak polis memberkas peragut.

    Kita haruslah mengenang jasa insan yang telah menabur budi. Contohnya, wanita yang menjadi mangsa ragut memberikan sumbangan kepada Amin sebagai tanda terima kasih.

  • SILA JAWAB SOALAN PENGUKUHAN DENGAN MENG KLIK BUTANG LATIHANLATIHAN

  • Berapakah jumlah wang yang diminta Amin untuk membayar yuran sekolahnya ?A. RM 50.00B. RM 60.00C. RM 45.00

  • Di manakah Amin semasa berada di pekan ?A. Tempat permainan videoB. Kedai pakaianC. Gerai

  • Siapakah yang melanggar Amin sehingga menyebabkan buku dalam beg Amin bertaburan ?A. Seorang pemudaB. Seorang wanitaC. Seorang anggota polis

  • Apakah yang dilakukan oleh Amin setelah ternampak seorang pemuda berlari-lari ke satu arah ?A. Mengejar dan menangkap pemuda ituB. Memerhati pemuda ituC. Melarikan diri dari tempat kejadian

  • Mengapakah Amin dibawa ke Balai Polis ?A. Amin perlu disoal siasatB. Amin ponteng sekolah C. Amin meragut beg wanita

  • Apakah hadiah yeng menyebabkan Amin terharu dan berjanji meneruskan cita-citanya ?A. Permainan videoB. wangC. Sebuah basikal

  • Kotak fikiranRangkai kata di atas membawa gaya bahasa :A. simileB. perlambanganC. metafora

  • Tema utama bagi cerpen Yuran hasil karya Omar Mamat .A. kemiskinanB. Konflik jiwa remajaC. tanggungjawab

  • Maksud peribahasa berlingkar macam ular sawa kekenyangan.A. penatB. malasC. rileks

  • Rangkai kata yang di kategori dalam gaya bahasa SINKOPE kecualiA. diB. tuC. nak

  • Jawapan anda kurang tepatSila Cuba Lagi

    ****