KOMSAS Tingkatan 1

12
KOMSAS Tingkatan 1: Cerpen kasut Kelopak Jantung Tingkatan 1: Cerpen Kasut Kelopak Jantung Sinopsis Tanggal 16 Mei, Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan yang berisi sepasangan kasut yang mahal. Walaupun Cikgu Harun sudah dapat mengagak siapa pengirim bungkusan tersebut, beliau tidak pasti sama ada pengirimnya benar- benar ikhlas atau hendak menyindirnya. Hadiah tersebut telah membangkitkan ingatan Cikgu Harun ketika beliau mengajar murid darjah tiga di sebuah sekolah luar bandar, tiga puluh tahun dahulu. Setelah menerima ucapan selamat pagi daripada murid-murid, Cikgu Harun memarahi Ahmad. Ahmad tahu akan kesalahannya yang tidak memakai kasut ke sekolah. Perasaan Ahmad bercampur baur antara takut dengan malu. Bagi Cikgu Harun, dia terpaksa bertindak demikian supaya Ahmad mendesak ibu bapanya agar membelikan kasut sekolah untuknya. Lagipun Cikgu Harun tidak mahu murid- murid yang lain mencontohi sikap Ahmad yang tidak memakai pakaian seragam yang lengkap ke sekolah. Kemarahan Cikgu Harun memuncak lagi apabila Ahmad tidak memakai pakaian pendidikan jasmani. Cikgu Harun memungut beberapa keping kelopak jantung pisang yang bertaburan di tepi pagar lalu menyuruh Ahmad mengikatnya dengan tali rafia pada kedua-dua belah kakinya dengan pesanan jangan menanggalkan kasut baharunya itu sehingga dia telha membeli kasut sekolah. Ahmad menangis kerana ditertawakan oleh kawan-kawan sekelasnya. Dia berlari pulang ke rumah apabila lonceng sekolah terakhir berbunyi. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah lagi. Cikgu Harun mulai rasa bersalah. Beliau mengambil keputusan untuk ke rumah Ahmad. Kedatangan Cikgu Harun di sambut oleh Ibu Ahmad. Ahmad tiada di rumah kerana mengambil upah memetik cili di sebuah kebun sayur. Beberapa minit kemudian, Cikgu Harun ternampak kelibat Ahmad di belakang rumah. Cikgu Harun menangis kerana kasut kelompak jantung masih terlekat pada tapak kaki Ahmad. Cikgu Harun menunggang motosikal ke pekan yang berdekatan untuk membeli sepasang pakaian seragam sekolah dan sepasang kasut sekolah untuk Ahmad. Cikgu Harun menyerahkan pakaian dan kasut yang baharu dibelinya itu kepada Ahmad sambil berpesan kepada Ahmad supaya kembali ke sekolah. Cikgu Harun kemudian membuka ikatan kasut kelopak jantung yang berjurai-jurai di kaki Ahmad. Setelah tamat persekolahan, Ahmad bekerja sebagai penjual pakaian dan kasut di pasar malam dan setelah itu bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar. Dialah yang mengirimkan bungkusan yang berisi kasut itu kepada Cikgu Harun.

description

KOMSAS BM

Transcript of KOMSAS Tingkatan 1

KOMSAS Tingkatan 1: Cerpen kasut Kelopak JantungTingkatan 1: Cerpen Kasut Kelopak Jantung

SinopsisTanggal 16 Mei, Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan yang berisi sepasangan kasut yang mahal. Walaupun Cikgu Harun sudah dapat mengagak siapa pengirim bungkusan tersebut, beliau tidak pasti sama ada pengirimnya benar-benar ikhlas atau hendak menyindirnya. Hadiah tersebut telah membangkitkan ingatan Cikgu Harun ketika beliau mengajar murid darjah tiga di sebuah sekolah luar bandar, tiga puluh tahun dahulu.Setelah menerima ucapan selamat pagi daripada murid-murid, Cikgu Harun memarahi Ahmad. Ahmad tahu akan kesalahannya yang tidak memakai kasut ke sekolah. Perasaan Ahmad bercampur baur antara takut dengan malu. Bagi Cikgu Harun, dia terpaksa bertindak demikian supaya Ahmad mendesak ibu bapanya agar membelikan kasut sekolah untuknya. Lagipun Cikgu Harun tidak mahu murid-murid yang lain mencontohi sikap Ahmad yang tidak memakai pakaian seragam yang lengkap ke sekolah.Kemarahan Cikgu Harun memuncak lagi apabila Ahmad tidak memakai pakaian pendidikan jasmani. Cikgu Harun memungut beberapa keping kelopak jantung pisang yang bertaburan di tepi pagar lalu menyuruh Ahmad mengikatnya dengan tali rafia pada kedua-dua belah kakinya dengan pesanan jangan menanggalkan kasut baharunya itu sehingga dia telha membeli kasut sekolah. Ahmad menangis kerana ditertawakan oleh kawan-kawan sekelasnya. Dia berlari pulang ke rumah apabila lonceng sekolah terakhir berbunyi. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah lagi. Cikgu Harun mulai rasa bersalah. Beliau mengambil keputusan untuk ke rumah Ahmad.Kedatangan Cikgu Harun di sambut oleh Ibu Ahmad. Ahmad tiada di rumah kerana mengambil upah memetik cili di sebuah kebun sayur. Beberapa minit kemudian, Cikgu Harun ternampak kelibat Ahmad di belakang rumah.Cikgu Harun menangis kerana kasut kelompak jantung masih terlekat pada tapak kaki Ahmad. Cikgu Harun menunggang motosikal ke pekan yang berdekatan untuk membeli sepasang pakaian seragam sekolah dan sepasang kasut sekolah untuk Ahmad.Cikgu Harun menyerahkan pakaian dan kasut yang baharu dibelinya itu kepada Ahmad sambil berpesan kepada Ahmad supaya kembali ke sekolah. Cikgu Harun kemudian membuka ikatan kasut kelopak jantung yang berjurai-jurai di kaki Ahmad.Setelah tamat persekolahan, Ahmad bekerja sebagai penjual pakaian dan kasut di pasar malam dan setelah itu bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar. Dialah yang mengirimkan bungkusan yang berisi kasut itu kepada Cikgu Harun.

Tema: Tanggungjawab guru terhadap muridnya.

Persoalan:a) Kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.b) Kepatuhan dan kesetiaan murid kepada guru.c) Sikap tolong-menolong membawa berkat.d) Kegigihan faktor kejayaan.

Watak dan PerwatakanAhmad-Berusia 9 tahun dan murid darjah tiga.-Daripada keluarga miskin dan tinggal di sebuah pondok usang.-Gigih berjalan di atas batu kerikil tanpa memakai alas kaki ke sekolah.-Lurus bendul tidak menanggalkan kasut kelopak jantung sebelum memiliki kasut yang baharu.-Rajin mengambil upah memetik cili di sebuah kebun sayur.-Patuh kembali ke sekolah setelah memiliki baju seragam dan kasut sekolah yang baru.-Mengenang jasa guru mengirimkan sepasang kasut yang mahal kepada Cikgu Harun pada setiap tahun

Cikgu Harun-Guru disiplin yang bersifat bengis tetapi bertimbang rasa-Berasal dari bandar-Pernah mengajar di sebuah kampung di kawasan pedalaman tiga puluh tahun yang lalu-Tegas mendidik murid-murid agar berdisiplin dan patuh pada peraturan sekolah.-Insaf berasa bersalah apabila Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu.-Baik hati membelikan sepasang baju sekolah dan kasut sekolah untuk Ahmad.

Latara) Tempat : - Sebuah sekolah di kawasan luar bandar.- Kelas darjah tiga.- Rumah Cikgu Harun

- Rumah Ahmad yang terletak di hujung kampung di sebuah kawasan pedalaman.

b) Masyarakat : - Penduduk kampung yang miskin bekerja sebagai petani, pesawah dan penoreh getah.- Penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman masih mundur kerana kurangprasarana, contohnya jalan raya yang tidak berturap.c) Masa : Pada sebelah malam -Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan setelah balik dari surau.Bungkusan itu telah berada di rumahnya lebih awal lagi.: Imbas kembali peristiwa berlaku 30 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1980-an.

Gaya Bahasaa) Simile tertunduk-tunduksepertiayam kalah menyabung; berjalanmacamlembu sakit kaki; kakinyamacamkaki gajah yang untut dan tidak cantik;bagaiada sesuatu yang tersengkang padabatang tenggoroknya.b) Metafora membatukan diri; hatinya yang terhirisc) Repetasi Terasa kakinya sepertikakimonyet,kakiitik, dankakitiang rumahnya yang usang.d) Kata-kata puitis membiarkan dirinya hanyut dalam arus ingatan; kesabaran masih tersisa dalamjiwanya; kata yang terlontar melewati bibir kering Ahmad.e) Peribahasa-Anak-anak kampung itu sememangnya lebih selesaberkaki ayamwaktu itu; Kadang-kadang dilihatnya Ahmad sepertilurus bendul; Dia mula terasa Ahmad ituberkecil hati.

Nilai: a)Kerajinan Ahmad berusaha bersungguh-sungguh kerana tidak mahu mewarisi kemiskinankeluarga.b)Berdikari Ahmad bekerja memetik cili di kebun sayur kerana hendak membantu keluargayang miskin.c)Baik Hati Cikgu Harun membeli sepasang baju seragan dan kasut sekolah untuk Ahmadsupaya dia dapat belajar dengan selesa.d)Semangat bermasyarakat Cikgu Harun membantu Ahmad kerana mahu Ahmad berjaya dalampelajaran dan keluar daripada belenggu kemiskinan.e)Pemaaf Ahmad menerima pemberian Cikgu Harun dan dia ke sekolah kerana tidakmenyimpan perasaan dendam.f)Mengenang Budi Ahmad mengirimkan sepasang kasut kepada Cikgu Harun kerana hendakmembalas budi baik Cikgu Harun terhadapnya tiga puluh tahun yang lalu.

Pengajaran: a) Kita hendaklah berusaha dengan gigih supaya dapat mencapai kejayaan dalam hidup.b) Kita hendaklah bersikap dermawan supaya dapat meringankan kesusahan orang lain.c) Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain supaya hidup kita gembira.d) Kita hendaklah membalas budi baik yang telah kita terima supaya hubungan silaturrahimberpanjangan.e) Guru-guru hendaklah berusaha mendidik murid-murid kerana mereka merupakannegara yang berharga

Novel Erti Sebuah Pengorbanan -Ting.2Erti Sebuah Pengorbanan(Zaihanim Abidin)

Sinopsis

Iman Zulaikha merupakan seorang pelajar tingkatan satu. Setelah bapa dan ibunya bercerai, Iman berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman menyimpan cita-cita yang tinggi agar dia dapat menyatukan semula ibu dan bapanya. Iman dan Pei Wen merupakan pasangan sahabat yang rapat sama ada di sekolah atau di rumah. Kedua-duanya sering mencurah rasa dan sama-sama berbincang bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Setiap hari apabila sampai di rumah, Iman akan membaca dan menghantar e-mail kepada ibunya yang berada di New Zealand.

Di sekolah, Iman merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sering dikagumi oleh pelajar-pelajar yang lain. Namun, Linda sering menimbulkan masalah dan tidak mahu berbaik-baik dengan Iman. Kehadiran pelajar baharu, iaitu Adif Danial ke sekolah mereka menambah lagi rakan Iman termasuk Zulkarnain. Pernah pada suatu ketika Linda menolak Iman sehingga terjatuh dari tangga gara-gara Iman tidak mahu menarik diri daripada pertandingan pidato yang mereka sertai. Berkat kegigihan dan ketabahannya berlatih, Iman berjaya menjadi juara dan bakal mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

Kehadiran ayahnya secara tiba-tiba pada suatu hari mengganggu ketenangan Iman. Ayahnya memberitahu bahawa dia ingin berkahwin dengan Puan Sofia, ibu Adif Danial. Ketika berjumpa Yusri di sekolah, Adif Danial terkejut dan menyedari bahawa Yusri ialah bapa Iman. Hal ini menyebabkan Adif Danial memberontak dan menjauhkan diri daripada Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tetapi merapatkan diri dengan Linda.

Oleh sebab kedua-dua anak mereka tidak bersetuju, Yusri dan Puan Sofia tidak jadi berkahwin. Iman kembali mesra dengan ayahnya. Iman menjadi juara pidato di peringkat daerah. Pertandingan ini turut disaksikan oleh ayahnya. Kejahatan Linda terbukti apabila dia ditangkap kerana mencuri diari dan teks pidato Linda. Namun, Iman memaafkan Linda.

Berita gembira disampaikan oleh ayah Iman. Ayahnya mengajak Iman, datuk dan neneknya pergi ke New Zealand untuk bertemu dengan ibunya. Hal ini amat menggembirakan Iman.

Tema

Kasih sayangIman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya. Setelah mereka bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Namun, hubungan ibu dan bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula.

Persoalan

1. Persoalan pengorbananAyah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin kerana anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut. Ayah Iman akur dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula. Adif Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu sebagai ayahnya.

2. Persoalan ketabahanIman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya. Setelah ditinggalkan oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung. Segala masalah dihadapinya tanpa merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.

3. Persoalan hubungan persahabatanIman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-samamenyelesaikan masalah yang mereka hadapi.KegigihanIman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato bagi mewakili sekolahnya ke peringkat daerah.

4. Persoalan taat kepada perintah agamaIman sentiasa menunaikan sembahyang dan memohon doa agar segala apa yangdihajatinya tercapai.

Binaan Plot

PermulaanIman Zulaikha merupakan pelajar tingkatan satu yang tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman tinggal bersama-sama dengan ibunya setelah pihak mahkamah memberikan hak penjagaan kepada ibunya. Iman kemudiannya berpindah ke kampung kerana ibunya melanjutkan pelajaran ke New Zealand. Namun, kerana kasih sayang terhadap ibu dan bapanya, dia menyimpan hasrat untuk menyatukan mereka semula.

PerkembanganDia amat senang berkawan dengan Pei Wen yang tinggal bersebelahan rumah datuknya di kampung. Mereka sering bersama-sama ke sekolah. Pei Wen dan Iman berkongsi suka duka dan sering mengatasi masalah bersama-sama. Iman dan ibunya sering berhubung melalui kiriman e-mail.

PerumitanLinda, rakan sekelas Iman, sering menimbulkan masalah kepada Iman kerana Linda tidak mahu berbaik-baik dengan Iman. Hal ini menghairankan Iman. Apabila Cikgu Julia mencari wakil pidato untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, Linda menjadi pesaingnya. Kemunculan Adif Danial yang berkawan rapat dengan Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tambah menaikkan kemarahan Linda. Linda menyuruh Iman menarik diri daripada pertandingan tetapi tidak dipersetujui oleh Iman.

PuncakIman memenangi pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada kegigihannya berlatih walaupun pelbagai masalah yang dihadapinya sepanjang tempoh persediaan bagi menyertai pertandingan tersebut. Dua hari sebelum bertanding, diari dan teks pidatonya hilang. Namun dia cekal. Ayahnya turut hadir memberikan sokongan pada hari pertandingan.

PeleraianDatuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran bagi menghargai kejayaan Iman. Berita yang paling menggembirakan Iman ialah bapanya bersetuju untuk membawa Iman serta datuk dan neneknya ke New Zealand bertemu dengan ibunya.

Teknik Plot

1. DialogPerbualan antara Iman dan Pei Wen semasa Pei Wen mengadu tentang ibu tirinya yang sering tidak bersefahaman dengannya.

2. KejutanPembaca dikejutkan dengan berita bahawa Yusri ingin membawa Iman berjumpa dengan ibunya di New Zealand.

3. Imbas kembaliIman terkenangkan peristiwa semasa usianya 12 tahun, ibu dan bapanya bercerai.

4. SuspensPembaca tertanya-tanya peristiwa ketika Adif Danial melarikan diri daripada Yusri ketika pertemuan mereka di sekolah.

Watak Utama

Iman Zulaikha Pelajar tingkatan satu

PenyayangIman amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai. Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula.

GigihIman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah. Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.

PemaafIman merupakan seorang yang pemaaf. Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.

BeraniIman berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan pidato agar memberi laluan kepadanya.

Watak Sampingan

Cikgu Julia Merupakan guru kelas Iman Zulaikha. Seorang guru yang bertanggungjawab terhdap semua muridnya. Telah banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di sekolahnya.

Pei Wen Merupakan sahabat baik Iman. Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha. Tinggal dengan emak tirinya.

Adif Danial. Merupakan sahabat baik Zulkarnain. Rakan sekelas Iman Zulaikha. Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.

Linda Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha. Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman Zulaikha.

Latar Masa Pada waktu pagi.Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari Iman.

Pada waktu petang.Selepas sesi persekolahan.Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.

Pada waktu malam.Hubungan Iman dengan ibunya.Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di New Zealand.

Latar Tempat

SekolahTempat Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif Danial menuntut ilmu.

Rumah datuk dan nenek ImanTempat tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.

Port DicksonBapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.

KampungIman tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya di kampung.

Latar Masyarakat

Masyarakat pelajarMasyarakat ini diwakili oleh Iman, Linda, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial.

Masyarakat kampungIman tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.

Masyarakat yang patuh kepada agamaDatuk selalu bersembahyang jemaah di surau berhampiran rumahhnya di kampung tersebut.

1. Nilai kasih sayangIman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah. Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi Iman.

2. Nilai ketabahanIman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah

3. Nilai kerajinanIman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

1. Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia.

2. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.

3. Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

1. Nyatakan tema novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin.2. Iman Zulaikha merupakan watak utama dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan.Jelaskan tiga perwatakan bagi watak tersebut.

1. Tema novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin ialah kasih sayang iaitu usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh Iman Zulaikha untuk mengeratkan kembali hubungan kasih sayang antara kedua ibu bapanya yang telah lama berpisah.

2. Iman Zulaikha merupakan watak utama dalam novel ini. Peranannya berkembang dariawal hingga ke kesudahan cerita. Tiga perwatakan Iman Zulaikha ialah

a) Penyayang.Iman Zulaikha merupakan seorang gadis berusia 13 tahun yang sangat penyayang. Beliau sangat sayangkan keluarganya. Iman Zulaikha telah cuba berusaha untuk menyatukan kembali ikatan kekeluargaan antara emak dan ayahnya yang telahberpisah kerana beliau sangat sayangkan kedua ibu bapanya. Akhirnya kedua-dua ibubapanya dapat bersatu kembali.

b) Gigih.Iman Zulaikha seorang yang kuat berusaha dan gigih dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan guru kepadanya. Buktinya beliau telah gigih berlatihbersungguh-sungguh untuk menyertai pertandingan pidato peringkat sekolah dandaerah. Akhirnya beliau telah berjaya memenangi pertandingan tersebut dan menjadiJohan.

c) Pemaaf.Iman Zulaikha merupakan seorang yang pemaaf. Dia sanggup memaafkan kesalahan kawan sekelasnya, Linda yang telah banyak menyakiti hati dan perasaannya. Dia turut memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.