KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan...

26

Transcript of KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan...

Page 1: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan
Page 2: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan
Page 3: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

i

KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

KEJURUTERAAN (JPTK) TERHADAP BIDANG

KEUSAHAWANAN

YASMEEN BINTI HUSSIN

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

Page 4: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………....................

Nama Penyelidik : YASMEEN BINTI HUSSIN

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 5: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

iii

DEDIKASI

Bonda yang dikasihi,

Hariyate bt Hodri

Ayah dan penjaga yang dihormati,

Hussin bin Teppi dan Che Zahari bin Che Noh

Doamu memberiku kekuatan dan kesejahteraan dalam

menempuh ranjau sepanjang perjalanan ini

Buat adik-beradik yang disayangi,

Muhammad Nazriq, Natasha dan Amirul Aiman

Sokonganmu amat bermakna bagiku

Buat teman teristimewa,

Ahmad Nazir bin Abd.Rani

Dorongan, semangat dan kepercayaanmu

sentiasa menjadi sumber kayakinan bagiku

Buat sahabat seperjuangan,

Faezah, Syarina, Ezzati, Shila, Nasriah, Qistin, Fadhlina, Azra dan Sulia

Sesungguhnya kejayaan ini adalah anugerah Ilahi untuk kita syukuri bersama dan

sebagai pendorong kepada kalian untuk berusaha mencapai kejayaan

dan menikmatinya di masa yang mendatang

Terima kasih atas segala dorongan dan pengorbanan

yang kalian lakukan…

Page 6: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang. Selawat dan

salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga, para sahabat dan

pengikut-pengikut baginda hingga ke hari kemudian.

Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya, maka saya telah

menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Shahrin bin Hashim selaku penyelia

projek saya atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran, sokongan, dorongan dan

nasihat yang diberikan sepanjang projek ini dibangunkan.

Penghargaan ini juga ditujukan khas ayahanda dan bonda yang tanpa jemu

mendoakan kejayaan saya serta harapan yang tinggi lebih sedekad yang lalu untuk

anakmu ini ke menara gading. Kepada rakan-rakan seperjuangan juga diucapkan

terima kasih yang tidak terhingga kerana banyak memberi bantuan sepanjang

menjalankan projek ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga kepada mereka yang terlibat sama ada

secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang projek ini dijalankan.

Page 7: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi pelajar Jabatan

Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK), UTM, Skudai dari aspek pengetahuan,

kemahiran dan sikap terhadap bidang keusahawanan. Seramai 103 orang pelajar dari

empat jurusan yang dipilih secara persampelan kelompok dilibatkan dalam kajian ini.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik dengan menggunakan

skala Likert. Nilai Alpha Cronbach daripada kajian rintis tersebut adalah tinggi, iaitu

0.771. Data kajian ini dianalisis untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan

kemahiran terhadap bidang keusahawanan dalam kalangan responden berada pada

tahap yang tinggi. Namun, responden hanya mempunyai tahap sikap yang sederhana

terhadap bidang keusahawanan. Kesimpulannya, kompetensi iaitu pengetahuan,

kemahiran dan sikap pelajar JPTK terhadap bidang keusahawanan adalah pada tahap

yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi responden

mempunyai perbezaan yang signifikan dengan jurusan dan pengalaman terhadap

bidang keusahawanan. Manakala, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

tahap kompetensi responden dengan jantina. Seterusnya, pengkaji mencadangkan

agar kajian lanjutan dilakukan ke atas keseluruhan pelajar JPTK bagi mendapatkan

kesahan yang tinggi dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap bidang

keusahawanan.

Page 8: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

vi

ABSTRACT

The aim of this study is to identify the competency of students of Technical

and Engineering Education Department’s from aspects of knowledge, skills and

attitude in entrepreneurship field. A total of 103 students from four courses were

randomly selected (cluster sampling) for this study. A questionnaire with Likert scale

is used as the research instrument for this study. A pilot study had been carried out to

see the reliability of the research instrument and the Alpha Cronbach value was

0.771. Data of this study was analyzed to acquire frequency, percentage and mean

value. The findings showed that the level of knowledge and the level of mastery skill

in the entrepreneurship field among the respondents were high. However, the

respondent’s level of attitude towards entrepreneurship field was moderate. In

conclusion, competency level of JPTK student’s knowledge, skill and attitude in

entrepreneurship field was at high level. The findings also showed that the level of

competency have significance differences with course and experience in

entrepreneurship field. However, there was no significance difference among the

level of competency between genders. For future research, the researcher would like

to suggest involvement of all students in Technical and Engineering Education

department to get higher validity from the aspect of knowledge, skills and attitude

towards entrepreneurship field.

Page 9: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 8

Page 10: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

viii

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Skop dan Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Operasional 11

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Usahawan dan Keusahawanan 14

2.2.1 Keusahawanan 14

2.2.2 Usahawan 16

2.3 Aspek Pengetahuan Dalam Bidang Keusahawanan 17

2.4 Aspek Kemahiran Dalam Bidang Keusahawanan 19

2.5 Aspek Sikap Terhadap Bidang Keusahawanan 23

2.6 Kajian Mengenai Pengetahuan dan Kemahiran

Keusahawanan Pelajar 30

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 32

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.3 Populasi dan Sampel 33

3.4 Instrumen Kajian 34

3.4.1 Bahagian A 35

3.4.2 Bahagian B 35

3.4.3 Bahagian C 36

3.4.4 Bahagian D 37

3.5 Kajian Rintis 37

3.6 Prosedur Kajian 38

3.7 Penganalisisan Data 39

Page 11: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

ix

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 43

4.3 Analisis Data Item-Item Persoalan Kajian 45

4.3.1 Persoalan Kajian 1 45

4.3.1.1 Pengetahuan Keusahawanan

4.3.2 Persoalan Kajian 2 49

4.3.2.1 Penguasaan Kemahiran

Keusahawanan

49

4.3.3 Persoalan Kajian 3 52

4.3.3.1 Sikap Terhadap

Keusahawanan

52

4.3.4 Persoalan Kajian 4 54

4.3.4.1 Tahap Kompetensi Terhadap

Bidang Keusahawanan

54

4.3.5 Pengujian Hipotesis 55

4.3.5.1 Hipotesis nol 1 56

4.3.5.2 Hipotesis nol 2 57

4.3.5.3 Hipotesis nol 3 58

4.4 Ringkasan Keseluruhan Analisis Data Persoalan

Kajian 59

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 61

5.2 Perbincangan dan Rumusan 61

5.2.1 Perbincangan Dapatan Kajian Tahap

Pengetahuan Pelajar Jabatan Pendidikan

Teknik dan Kejuruteraan Terhadap

62

Page 12: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

x

Bidang Keusahawanan.

5.2.2 Perbincangan Dapatan Kajian Tahap

Penguasaan Kemahiran Pelajar Jabatan

Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

Terhadap Bidang Keusahawanan.

66

5.2.3 Perbincangan Dapatan Kajian Tahap

Sikap Pelajar Jabatan Pendidikan Teknik

dan Kejuruteraan Terhadap Bidang

Keusahawanan.

70

5.2.4 Perbincangan Dapatan Kajian Tahap

Kompetensi Iaitu Pengetahuan,

Kemahiran dan Sikap Pelajar Jabatan

Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

Terhadap Bidang Keusahawanan.

72

5.2.5 Perbincangan Dapatan Kajian Perbezaan

Yang Signifikan Antara Tahap

Kompetensi Jabatan Pendidikan Teknik

dan Kejuruteraan Terhadap Bidang

Keusahawanan Mengikut Jantina, Jurusan

dan Pengalaman.

74

5.3 Cadangan Tindakan 76

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 77

5.5 Kesimpulan 78

BIBLIOGRAFI 77

LAMPIRAN 83

Page 13: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Bidang Ilmu Keusahawanan 15

3.1 Pembolehubah Kajian 33

3.2 Bilangan Responden Mengikut Kursus 34

3.3 Bilangan Item Mengikut Setiap Elemen

Pengetahuan Terhadap Keusahawanan

36

3.4 Bilangan Item Mengikut Setiap Elemen

Pengetahuan Terhadap Keusahawanan

36

3.5 Skala Likert Untuk Bahagian B, C dan D 37

3.6 Skala Pemeringkatan 40

3.7 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan

Analisis Markat Min.

40

3.8 Analisis Skor Peratus Menganalisis Data 40

3.9 Penentuan Hipotesis nol. Berdasarkan Nilai

Signifikan

41

4.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

Mengikut Jantina

43

4.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

Mengikut Jurusan

43

4.3 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

Mengikut Penglibatan Dalam Aktiviti

Keusahawanan

44

4.4 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

Mengikut Penyertaan Kursus Keusahawanan

44

4.5 Analisis pengetahuan responden mengenai

keusahawanan

46

Page 14: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

xii

4.6 Taburan Min Bagi Setiap Elemen Pengetahuan

Terhadap Bidang Keusahawanan

48

4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi dan

Peratus Bagi Pengetahuan Terhadap Bidang

Keusahawanan

48

4.8 Analisis penguasaan kemahiran keusahawanan

responden

50

4.9 Taburan Min Bagi Setiap Elemen Kemahiran

Terhadap Bidang Keusahawanan

51

4.10 Taburan Responden Mengikut Frekuensi dan

Peratus Bagi Kemahiran Terhadap Bidang

Keusahawanan

51

4.11 Analisis sikap responden terhadap

keusahawanan

52

4.12 Taburan Responden Mengikut Frekuensi dan

Peratus Bagi Sikap Terhadap Bidang

Keusahawanan

53

4.13 Taburan Responden Mengikut Min dan Tahap

Kompetensi Terhadap Bidang Keusahawanan

54

4.14 Taburan Responden Mengikut Frekuensi dan

Peratus Bagi Tahap Kompetensi Terhadap

Bidang Keusahawanan

55

4.15 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan

Antara Tahap Kompetensi Pelajar JPTK dengan

bidang keusahawanan mengikut jantina

responden.

55

4.16 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan

Antara Tahap Kompetensi Pelajar JPTK dengan

bidang keusahawanan mengikut jurusan

responden

56

Page 15: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

xiii

4.17 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan

Antara Tahap Kompetensi Pelajar JPTK dengan

bidang keusahawanan mengikut pengalaman

responden.

57

4.18 Keseluruhan Analisis Data Persoalan Kajian 58

Page 16: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model Kajian Kearns 21

2.2 Penentu Ukur Kecenderungan Keusahawanan 23

5.1 Taburan Item Mengikut Min bagi Pengetahuan

Responden Terhadap Keusahawanan

62

5.2 Min Bagi Elemen Pengetahuan Responden

Terhadap Keusahawanan

63

5.3 Taburan Item Mengikut Min bagi Penguasaan

Kemahiran Responden Terhadap

Keusahawanan

67

5.4 Min Bagi Elemen Kemahiran Responden

Terhadap Keusahawanan

68

5.3 Taburan Item Mengikut Min Bagi Sikap

Responden Terhadap Keusahawanan

71

5.4 Taburan Min Bagi Tahap Kompetensi

Responden Terhadap bidang Keusahawanan

73

Page 17: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

xv

SENARAI SINGKATAN

JPTK Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

SPA Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPE Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPJ Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)

SPH Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

INSKEN Institut Keusahawanan Negara

PUSMAL Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia

RMK-9 Rancangan Malaysia Kesembilan

SS Sangat Setuju

S Setuju

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

Page 18: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 85

B Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan

Populasi Krejcie dan Morgan

90

C Surat Pengesahan Soal Selidik 91

Page 19: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

BAB 1

PENGENALAN 1.1 Pengenalan Wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 menjurus

kepada dasar-dasar kerajaan untuk terus menggerakkan negara kearah perindustrian

dan perdagangan. Dasar kerajaan ini, secara langsung telah meningkatkan lagi

peluang-peluang keusahawanan dan melahirkan ramai usahawan dari pelbagai kaum.

Usahawan merupakan penggerak utama ekonomi negara. Pelbagai program

kemahiran telah diwujudkan bagi melahirkan masyarakat berindustri antaranya

program pembudayaan keusahawanan. Program pembudayaan keusahawanan

khususnya di kalangan pelajar pengajian tinggi telah diperkenalkan untuk memupuk

minat pelajar menceburi bidang perniagaan (Khaled, 2004).

Mahathir (1985) menyatakan minat terhadap perniagaan dan keusahawanan

perlu ditanam sejak daripada peringkat awal terutama semasa persekolahan dan

pengajian tinggi. Pembudayaan keusahawanan yang bermula dari peringkat awal

dapat membentuk satu generasi muda yang sanggup menghadapi cabaran dalam

meneroka bidang perniagaan. Kerajaan juga menggalakkan golongan pelajar untuk

menceburi bidang keusahawanan selaras dengan hasrat kerajaan untuk menambah

bilangan usahawan berjaya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Bagi

melahirkan usahawan yang unggul, agenda yang perlu dimantapkan adalah ilmu

keusahawanan. Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), ilmu keusahawanan adalah

Page 20: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

merangkumi aspek sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan

perniagaan dan perusahaan.

Ilmu keusahawanan boleh dipelajari untuk membolehkan seseorang itu

bergelar usahawan. Penerapan budaya dan ilmu keusahawanan dikalangan pelajar

merupakan satu titik permulaan untuk pelajar melangkah lebih jauh dalam bidang

keusahawanan. Bidang keusahawanan juga mampu melahirkan usahawan yang

sanggup menerima cabaran, berpandangan jauh, tegas, cekal dan sentiasa berusaha.

Nilai-nilai seumpama ini penting untuk melahirkan usahawan yang dapat

menyumbangkan kepada pembangunan industri (Zaidatul dan Habibah, 1997). Selain

itu, kesedaran terhadap pentingnya pendidikan keusahawanan telah menunjukkan

perubahan dalam sistem pendidikan negara.

i. Pendidikan keusahawanan boleh didedahkan dan dididik untuk mempunyai ciri-

ciri keusahawanan bermula dibangku sekolah.

ii. Latihan dan pendidikan vokasional diperlukan untuk memberikan pendidikan

khusus untuk yang membolehkan seseorang individu mendalami bidang

tertentu.

iii. Institut latihan diwujudkan untuk melahirkan individu yang mempunyai

kemahiran teknikal serta berpotensi untuk menerokai pekerjaan berasaskan

kemahiran dan boleh digilap untuk menjadi usahawan.

iv. Latihan keusahawanan perlu dibanyakkan supaya individu dapat

memperkembangkan potensinya untuk bekerja sendiri.

v. Pendidikan pengurusan boleh dimulakan agar seseorang individu dapat

mempelajari teknik mengurus dan mentadbir.

Dari konteks pendidikan, keusahawanan merupakan cabang utama yang

memberi pendedahan awal terhadap bidang keusahawanan. Menurut Najib Tun

Razak (2007), peralihan daripada kemahiran teknikal kepada keusahawanan

merupakan satu pendekatan terbaik untuk mewujudkan masyarakat perdagangan.

Kemahiran yang diperoleh daripada institusi kemahiran dapat melahirkan ramai

usahawan muda. Selok-belok perniagaan menerusi Kelab Keusahawanan dapat

Page 21: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

menyediakan platform kepada pelajar mendalami bidang keusahawanan. Sistem

pendidikan dan latihan yang ada merupakan modul yang berkesan bagi memastikan

pelajar dapat memenuhi keperluan pengetahuan dan teknologi baru bagi merangsang

pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing menerusi bidang keusahawanan.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa terdapat tiga asas utama usahawan berjaya

iaitu seseorang individu perlu mempunyai sikap ruang pemikiran, kemahiran dan

perancangan perniagaan dalam menerokai bidang keusahawanan. Oleh itu, perubahan

pemikiran dan penumpuan pada bidang-bidang yang lebih berpotensi dapat meraih

pulangan yang boleh menyumbang kepada hasrat dan pencapaian sasaran induk.

Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai program pembudayaan

keusahawanan untuk menambahkan ilmu dan kemahiran dalam bidang keusahawanan

antaranya program latihan keusahawanan termasuk program francais. Institut

Keusahawanan Negara (INSKEN) turut diwujudkan sebagai pusat untuk menjalankan

perancangan strategik mengenai keusahawanan, risikan pasaran, pembangunan

kurikulum, rangkaian perniagaan, dan kaunseling. Selain itu, Program Pembangunan

Usahawan Teknikal telah dilancarkan sebagai usaha, pendekatan dan strategi kerajaan

dalam melaksanakan misi untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan

perindustrian bumiputera. Kemudahan terhadap kemahiran keusahawanan juga

disediakan kepada pelatih-pelatih institusi kemahiran untuk menjadi usahawan

teknikal dan turut dilengkapi dengan keperluan peralatan dan modal untuk

memulakan perniagaan.

Walaupun perancangan telah dilaksanakan oleh kerajaan mengenai usahawan

namun sikap dalam memilih bidang kerjaya sebagai usahawan tidak boleh dipandang

sebelah mata. Menurut Rokeach (1968), sikap merupakan satu organisasi relatif

mengenai kepercayaan terhadap sesuatu atau situasi yang mendorong seseorang

bertindak balas dalam keadaan rela. Pengaruh media massa penting bagi

menggalakkan proses pembentukan sikap. Media bukan sekadar menyebarkan

maklumat tertentu malah ia juga berperanan dalam menganalisa maklumat yang

disebarkan (Oskamp,1977). Melalui analisa tersebut telah dikaitkan bahawa asas

Page 22: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

pembentukan sikap adalah melalui media. Kenyataan ini telah diakui oleh Triandis

(1977), yang menyatakan bahawa sikap yang terbentuk melalui media telah

meniggalkan kesan yang amat mendalam. Oleh itu, sikap yang positif terhadap

keusahawanan penting untuk menentukan kejayaan seorang usahawan.

1.2 Latar Belakang Masalah Isu pelajar menganggur tidak pernah berkurang dari setiap tahun. Menurut

Mustapa Mohamed (2005), kadar pengangguran di kalangan siswazah adalah sekitar

lima peratus atau 18,070 daripada 350,000 penganggur yang direkodkan bagi tempoh

suku keempat tahun lalu. Kerajaan telah berusaha mengambil langkah bagi mengatasi

masalah siswazah menganggur termasuk dalam bidang kejuruteraan, perniagaan dan

perakaunan yang antara lain ada hubungkait dengan keadaan ekonomi dan peluang

pekerjaan.

Para pelajar lepasan universiti, tidak boleh lagi mengharapkan pekerjaan di

syarikat-syarikat besar tetapi perlu lebih berdikari untuk mencorakkan masa depan

sendiri. Sebagai langkah untuk mengurangi masalah pengangguran di kalangan

siswazah adalah dengan menceburi bidang keusahawanan. Dengan lahirnya para

usahawan yang baru, maka kadar pengangguran dan masalah kemiskinan dapat

diatasi secara tidak langsung.

Salah satu strategi untuk memupuk dan memberi kesedaran dalam bidang

keusahawanan ialah pendidikan keusahawan sama ada di peringkat rendah,

menengah, teknik serta pengajian tinggi. Selain itu, bilangan siswazah yang masih

ramai menganggur telah mendorong kepada penubuhan Pusat Pembangunan

Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL). Menurut Ab Azid (2006), penubuhan

PUSMAL dapat membantu mengurangkan pengangguran di kalangan siswazah dan

membantu memberi latihan keusahawanan dan khidmat nasihat secara berterusan

kepada usahawan siswazah. Oleh itu, bakal usahawan diharapkan dapat mengubah

Page 23: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

sikap untuk menjadi lebih cekap, bersemangat dan bersedia untuk menceburi bidang

keusahawanan serta mengambil peluang yang terhadap latihan-latihan keusahawanan

yang disediakan.

Dalam usaha melahirkan usahawan-usahawan dikalangan siswazah, semua

pihak perlu berganding bahu bagi memastikan mereka telah bersedia untuk

menceburi bidang keusahawanan. Oleh itu adalah perlu bagi para pelajar institusi

pengajian tinggi didedahkan dengan ilmu keusahawanan semasa menuntut di

universiti dengan harapan mereka akan dapat berdikari atau memulakan perniagaan

sebaik-baik sahaja tamat pengajian. Najib Tun Razak (2007), mahukan universiti

melahirkan mahasiswa yang mudah mendapat pekerjaan dimana pihak universiti

perlu melahirkan graduan yang berdaya saing dipersada antarabangsa dengan

meletakkan disamping mengubah kerangka minda dan sikap pelajar bagi melahirkan

pelajar yang berkualiti.

Menurut Cooper (1995), latar belakang pendidikan dapat mempengaruhi

kompetensi pelajar untuk menceburi bidang perniagaan. Latar belakang

keusahawanan ini berkait rapat dengan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan

yang diperolehi sebelum menceburi bidang tersebut. Mohd Khairul Azha (2003),

menyatakan bahawa ilmu keusahawanan merupakan antara ciri-ciri asas kejayaan

seseorang usahawan kerana melalui ilmu tersebut, mereka dapat berfikir secara

rasional dan berkemampuan menyedari keperluan persekitaran.

Kekurangan kemahiran dalam bidang keusahawanan merupakan faktor utama

kegagalan sesuatu perniagaan. Hasil kajian Zaidatul (1997), didapati 92 peratus

usahawan di Malaysia menyatakan bahawa pendidikan keusahawanan amat penting

sama ada untuk bakal usahawan mahupun yang telah menceburi bidang tersebut. Ilmu

keusahawanan ini merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan dalam

perniagaan. Namun begitu, sikap memainkan peranan penting dalam menentukan

kejayaan atau kecemerlangan seseorang. Menurut Hanafi (1999), 70 hingga 90

Page 24: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

peratus usaha datangnya daripada sikap seseorang individu dimana sikap tersebut

adalah penentu kecemerlangan seseorang dalam sesuatu bidang.

Oleh itu, melahirkan usahawan daripada kalangan universiti memerlukan

perancangan dan perlaksanaan yang teliti dan sistematik. Perancangan awal dalam

usaha untuk melahirkan usahawan ialah membina sikap dan minat yang positif

terhadap kerjaya keusahawanan. Pemupukkan sikap yang positif ini akan memberi

peluang kepada pelajar untuk mengenali potensi diri sama ada mampu atau tidak

untuk menceburi bidang keusahawanan. Selain itu, keyakinan diri perlu dibina

melalui penambahan ilmu dan pengalaman. Ilmu yang digandingkan dengan sikap

dan nilai yang betul merupakan landasan utama kejayaan seorang usahawan

(Mahathir,1985)

Secara ringkasnya dapat dinyatakan bahawa ilmu keusahawanan yang

berorientasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap memainkan peranan penting

sebagai langkah awal persediaan untuk menceburi bidang keusahawanan. Dengan itu

budaya keusahawanan dapat diwujudkan dalam kalangan pelajar dengan penerapan

ilmu keusahawanan.

1.3 Pernyataan Masalah Keusahawanan boleh disifatkan sebagai suatu kebolehan, kemampuan serta

kecenderungan untuk mencari peluang-peluang perniagaan, mengusahakan

perniagaan tersebut, membuat pembaharuan atau pengubahsuaian yang berfaedah

serta memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Maka, pelajar perlu bersiap-

sedia untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan

dengan keusahawanan. Selain itu, pelajar perlu mengetahui sifat dan peranan

usahawan bagi membantu negara mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian

Page 25: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

Maka, terdapat satu persoalan iaitu sama ada pelajar-pelajar dari fakulti

pendidikan khususnya dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK)

menguasai pengetahuan dan kemahiran keusahawanan serta bersikap positif terhadap

bidang keusahawanan. Ini kerana wujudnya situasi dimana peralihan daripada

kemahiran teknikal kepada keusahawanan.

Selain itu, kegagalan menguasai ilmu keusahawanan merupakan punca

seseorang itu tidak bersedia menghadapi segala cabaran dan rintangan untuk dalam

bidang keusahawanan walaupun mereka mempunyai kelulusan akademik yang tinggi.

Keusahawanan bukanlah perkara baru bagi kita. Namun, bidang keusahawanan sering

menjadi pilihan terakhir atau pekerjaan sementara dalam memilih kerjaya.

Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kompetensi pelajar

tahun 4 dari Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) terhadap bidang

keusahawanan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap yang membolehkan

mereka mencapai tahap kompetensi.

1.4 Objektif Kajian

Objektif khusus kajian ini adalah untuk meninjau dan mengenal pasti

perkara-perkara berikut di kalangan pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan (JPTK) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan keusahawanan pelajar JPTK

2. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran keusahawanan dikalangan

pelajar JPTK

3. Mengenal pasti tahap sikap pelajar JPTK dalam bidang keusahawanan

4. Mengenal pasti tahap kompetesi pelajar JPTK terhadap bidang keusahawanan

Page 26: KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN - …€¦ · Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan kemahiran terhadap bidang keusahawanan

5. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara tahap kompetensi pelajar

JPTK dalam bidang keusahawanan mengikut jantina, jurusan dan

pengalaman.

1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, berikut adalah persoalan-

persoalan kajian yang akan dijawab dalam kajian ini.

i. Apakah tahap pengetahuan pelajar JPTK dalam bidang keusahawanan?

ii. Apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar JPTK dalam bidang

keusahawanan?

iii. Apakah tahap sikap pelajar JPTK terhadap bidang keusahawanan?

iv. Apakah tahap kompetensi pelajar JPTK terhadap bidang keusahawanan?

v. Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kompetensi pelajar

JPTK terhadap bidang keusahawanan mengikut jantina, jurusan dan

pengalaman?