koleksi pantun
-
Upload
hidayatulisma -
Category
Documents
-
view
71 -
download
4
Transcript of koleksi pantun
Pantun nasihat:
Angin teluk menyisir pantaiHanyut rumpai di bawah titiBiarlah buruk kain dipakaiAsal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung DaikHendak menjerat kancil dan rusaBergotong-royong amalan yang baikElok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandiKembang berseri bunga sendudukElok diturut resmi padiSemakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik DaMakan sekapur lalu matiWalaupun banyak ilmu di dadaBiar merunduk resmi padi
Buah pelaga makan dikikirDibawa orang dari huluSebarang kerja hendak difikirSupaya jangan mendapat malu
Kemumu di tengah pekanDihembus angin jatuh ke bawahIlmu yang tidak diamalkanBagai pohon tidak berbuahTumbuh melata si pokok tebuPergi pasar membeli dagingBanyak harta tak ada ilmuBagai rumah tidak berdinding
Tulis surat di dalam gelapAyatnya banyak yang tidak kenaJagalah diri jangan tersilapJikalau silap awak yang bencana
Hendak belayar ke Teluk BetongSambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetungBulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biruPergi ke sekolah pukul satuMurid sentiasa hormatkan guruKerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang lautDitiup angin dari SelatanLayar dikembang kemudi dipautKalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di huluSirih di hilir merekap junjunganKepalang duduk menuntut ilmuPasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejarRasa gembira bermain di sanaKalau kita rajin belajarTentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombongEmak dan kakak sedang mencuciJangan suka bercakap bohongSemua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujurSangat disukai oleh semuaJika kita bersikap jujurHidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat petiTolong masukkan segala barangJikalau anak-anak bersatu hatiKerja yang susah menjadi senang
Asam kandis mari dihirisManis sekali rasa isinyaDilihat manis dipandang manisLebih manis hati budinya
Kayu bakar dibuat arangArang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orangCermin muka lihat sendiri
Selasih tumbuh di tepi telagaSelasih dimakan si anak kudaKasih ibu membaa ke syurgaKasih saudara masa berada
Masuk hutan pakai sepatuTakut kena gigitan pacatKalau kita selalu bersatuApa kerja mudah dibuat
Bandar baru Seberang PeraiGunung Daik bercabang tigaHancur badan tulang berkecaiBudi yang baik dikenang juga
Encik Dollah pergi ka JambiPergi pagi kembali petangKalau Tuhan hendak membagiPintu berkancing rezeki datang
Orang haji dari JeddahBuah kurma berlambak-lambakPekerjaan guru bukanlah mudahBagai kerja menolak ombak
Pinang muda dibelah duaAnak burung mati diranggahDari muda sampai ke tuaAjaran baik jangan diubah
Terang bulan di malam sepiCahya memancar kepangkal kelapaHidup di dunia buatlah baktiKepada ibu dan juga bapa
Kapal kecil jangan dibelokKalau dibelok patah tiangnyaBudak kecil jangan di pelukKalau dipeluk patah tulangnya
Asal kapas menjadi benangDari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenangSudah menjadi hak orang lain
Tengahari pergi mengailDapat seekor ikan tenggiriJangan amalkan sikap bakhilAkan merosak diri sendiri
Kapal Anjiman disangka hantuNampak dari Kuala AchehRosak iman kerana nafsuRosak hati kerana kasih
Tingkap papan kayu bersegiSampan sakat di Pulau AngsaIndah tampan kerana budiTinggi darjat kerana bahasa
Anak Siti anak yang manjaSuka berjalan di atas titiOrang yang malas hendak bekerjaPasti menyesal satu hari nanti
Bintang tujuh sinar berseriBulan purnama datang menerpaAjaran guru hendak ditaatiMana yang dapat jangan dilupa
Parang tajam tidak berhuluBuat menetak si pokok RuBila belajar tekun selaluJangan ingkar nasihat guru
Hari malam gelap-gelitaPasang lilin jalan ke tamanSopan santun budaya kitaJadi kebanggaan zaman berzaman
Pergi berburu sampai ke sempadanDapat Kancil badan berjalurBiar carik baju di badanAsalkan hati bersih dan jujur
Pulau Pandan jauh ke tengahGunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanahBudi yang baik di kenang juga
Ramai orang membeli jamuDi bawah pokok cuaca redupBersungguh-sungguh mencari ilmuIlmu dicari penyuluh hidup
Apa guna berkain batikKalau tidak dengan sucinya?Apa guna beristeri cantikKalau tidak dengan budinya
Berakit-rakit ke huluBerenang-renang ke tepianBersakit-sakit dahuluBersenang-senang kemudian
Buah cempedak diluar pagarAmbil galah tolong jolokkanSaya budak baru belajarKalau salah tolong tunjukkan
Pisang emas dibawa belayarMasak sebiji di atas petiHutang emas boleh dibayarHutang budi dibawa mati
Dalam semak ada duriAyam kuning buat sarangOrang tamak selalu rugiMacam anjing dengan bayang
Baik-baik mengirai padiTakut mercik ke muka orangBiar pandai menjaga diriTakut nanti diejek orang
Ke hulu membuat pagarJangan terpotong batang durianCari guru tempat belajarSupaya jangan sesal kemudian
Mari kita tanam haliaAmbil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disiaNanti tua sesal tak sudah
Padi muda jangan dilurutKalau dilurut pecah batangHati muda jangan diturutKalau diturut salah datang
Cuaca gelap semakin redupMasakan boleh kembali terangBudi bahasa amalan hidupBarulah kekal dihormati orang
Orang Daik memacu kudaKuda dipacu deras sekaliBuat baik berpada-padaBuat jahat jangan sekali
Dayung perahu tuju haluanMembawa rokok bersama rempahKalau ilmu tidak diamalkanIbarat pokok tidak berbuah
Kalau kita menebang jatiBiar serpih tumbangnya janganKalau kita mencari gantiBiar lebih kurang jangan
Pinang muda dibelah duaAnak burung mati diranggahDari muda sampai ke tuaAjaran baik jangan diubah
Pantai Mersing kuala JohorPantainya bersih sangat mashyurPohonkan doa kita bersyukurNegara kita aman dan makmur
Orang tua patut diseganiBoleh mendapat ajarnasihatUlar yang bisa tidak beginiBisa lagi lidah yang jahat
Ramai orang menggali perigiAmbil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugiBuat bekalan dunia akhirat
Tuan Haji memakai jubahSinggah sembahyang di tepi lorongKalau sudah kehendak AllahRezeki segenggam jadi sekarung
Patah gading serpih tandukMari diletak di atas papanJika tahu ganja itu mabukBuat apakah ia dimakan
Anak rusa masuk ke tamanPuas sudah orang memburuKalau muda jadikan temanKalau tua jadikan guru
Berakit ke hulu dengan bergalahBuluh pecah terbelahduaOrang tua jangan dilangkahKelak biadap dituduhnya pula
Rusa betina berbelang kakiMati terkena jerat sembatOrang yang muda kita sanjungiOrang yang tua kita hormat
Sorong papan tarik papanBuah keranji dalam perahuSuruh makan awak makanSuruh mengaji awak tak mahu
Adik ke kedai membeli haliaEmak memesan membeli laksaJadilah insan berhati muliaBaik hati berbudi bahasa
Pantun jenaka:
Lebuhraya kota bersegiTempat temasya dara terunaHodohnya ketawa orang tak bergigiIbarat kota tiada kubunya
Api terang banyak kelkatuMasuk ke kamar bersesak-sesakAlangkah geli rasa hatikuMelihat nenek bergincu berbedak
Ditiup angin bunga semaluKuncup daun bila berlagaBercakap Melayu kononnya maluBelacan setongkol dibedal juga
Orang Rengat menanam betikBetik disiram air berlinangHilang semangat penghulu itikMelihat ayam lumba berenang
Tanam jerangau di bukit tinggiMati dipijak anak badakMelihat sang bangau sakit gigiGelak terbahak penghulu katak
Singapura dilanggar todakKapal karam di Tanjung PeringinOrang tua beristerikan budakMacam beruk mendapat cermin
Bapa gergasi menebar jalaPegang tali melintuk-liukMasakan pengerusi tak garu kepalaMelihat ahli semua mengantuk
Gemuruh tabuh bukan kepalangDiasah lembing berkilat-kilatGementar tubuh harimau belangNampak kambing pandai bersilat
Buah salak di rumah Tok ImamSirih sekapur pergi menjalaAnjing menyalak harimau demamKucing di dapur pening kepala
Anak cina menggali cacingMari diisi dalam tempurungPenjual sendiri tak kenal dacingAlamat dagangan habis diborong
Biduk buluh bermuat tulangAnak Siam pulang berbarisDuduk mengeluh panglima helangMelihat ayam bercengkang keris
Buah jering dari JawaNaik sigai ke atas atapIkan kering lagi ketawaDengar tupai baca kitab
Pohon manggis di tepi rawaTempat datuk tidur beraduSedang menangis nenek tertawaMelihat datuk bermain gundu
Ceduk air di dalam perigiTimbanya bertangkaikan suasaJikalau kucing tak bergigiAlamat tikus berjoget berdansa
Anak dara Datuk TinggiBuat gulai ikan tilanDatuk tua tak ada gigiBila makan kunyah telanBerderak-derak sangkutan dacingBagaikan putus diimpit lumpangBergerak-gerak kumis kucingMelihat tikus bawa senapang
Pokok pinang patanya condongDipukul ribut berhari-hariKucing berenang tikus berdayungIkan di laut berdiam diri
Tanam pinang di atas kuburTanam bayam jauh ke tepiWalaupun musang sedang tidurMengira ayam di dalam mimpi
Anak bakau di rumpun salakPatah taruknya ditimpa genta
Riuh kerbau tergelak-gelakMelihat beruk berkaca mata
Orang menganyam sambil dudukKalau sudah bawa ke balaiMelihat ayam memakai tandukDatang musang meminta damai
Hilir lorong mudik lorongBertongkat batang temberauBukan saya berkata bohongKatak memikul paha kerbau
Di kedai Yahya berjual suratDi kedai kami berjual sisirSang buaya melompat ke daratMelihat kambing terjun ke air
Jikalau lengang dalam negeriMarilah kita pergi ke kotaHairan tercengang kucing berdiriMelihat tikus naik kereta
Senangis letak di timbanganPemulut kumbang pagi-pagiMenangis katak di kubanganMelihat belut terbang tinggi
Anak Hindu beli petolaBeli pangkur dua-duaMendengar kucing berbiolaDuduk termenung tikus tua
Punggur berdaun di atas kotaJarak sejengkal dua jariMusang rabun, helang pun butaBaru ayam suka hati
Ketika perang dinegeri JermanRamai askarnya mati mengamukRangup gunung dikunyah kumanLautan kering dihirup nyamuk
Jual betik dengan kandilKandil buatan orang Inggeris
Melihat buaya menyandang bedilLembu dan kerbau tegak berbaris
Jemur bijan dengan kulitnyaJemur di atas pohon lembayungHari hujan sangat lebatnyaLamun Si Pandir mengepit payung
Elok rupa pohon belimbingTumbuh dekat limau lunggaElok berbini orang sumbingWalau marah ketawa juga
Rumah besar berdinding tidakBeratapkan daun palasBadan besar beristeri tidakItu tandanya orang pemalas
Adik nama ComatSuka beri salamBudak ketawa kuatSuka kecing malam
Dari Ambun hendak ke PerakSinggah di Jeram MengkuangSi Awang Kenit mencuri kerakHidung berbelang terpalit arang
Biduk lalu kiambang bertautNakhoda Kasap duduk termenungGila latah ikan di lautMelihat umpan di kaki gunung
Pakai seluar labuh ke bawahIkut permatang jalan melenggangNampak zahir memang mewahTapi hutang keliling pinggang
Orang Sibu menunggang kudaKuda ditunggang patah pinggangMasih mahu mengaku mudaPadahal cucu keliling pinggang
Tahankan jerat gunakan taliPacak kuat biar melekap
Kalau bini suka membeliHutang berbaris suami ke lokap
Tuan puteri memasang panjutDayang tolong menghalau lalatKucing tidur bangkit terkejutMelihat tikus pandai bersilat
Gugusan Syair Alif Mokhter
Godaan Iblis
Syarifah, mari dekat dekat kemariAku nak mengenalkan sebuah erti
Erti iblis yang Tuhan murkaiDia ada menjelma di sini kini
Cuba difahami kita berduaLelaki perempuan bersua muka
Cara begini Tuhan murkaBerlabun (?) malam terlalu lama
Itulah iblis sedang menggodaAgar kita melakukan nodaAnak Adam dan Siti Hawa
Dibawanya berlalai berleka-leka
Lelaki perempuan walau di manaKeduanya ditarik memadu cinta
Peduli miskin atau pun kayaKehendak nafsu payah membendungnya
Demikian buatan satu kekejianKononnya cerdik fitnah di taburkan
Peduli raja merata disogokkanIblis akan memesong pengertian
Menyamun atau mencuri umpamanyaSemua orang benci melakukannya
Undang-undang negara sengaja dicipta
Yang sengaja berusaha tak lepas darinya
Ini fahamilah oh SyarifahBuatan jahat taklah takdir Allah
Iblis dah berjanji dan bersumpahManusia yang lalai kan diajaknya berkelah
Diadu dombanya dua sahabatSeboleh-bolehnya kawan berdua bersilat
Kini bercerai yang dulunya rapatIblis berjaya kat satu muslihat
Ingat Syarifah aku nak ingatkanAgar iblis kau tak disesatkan
Pagi dan petang dilupa janganKepada Tuhan yang Pengasih Penyayang
Bacalah selalu Quran dan HadisAgar terhindar godaan iblis
Selalulah menghadiri majlis-majlisMendengar syarahan dan kata bertulis
Fahamilah oh adikku SyarifahBelum kahwin usahlah gundah
Jodoh kita di tangan AllahBerdoalah agar segera serumah
Dalam bercinta amatlah manisTeruna dara kan melukis-lukisTerkenal kisah Puteri Balqis
Laila dan Majnun pernah menangis
11.50 pagi - 21 April 1992
Ke Halaman Utama
Copyrigth © 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)