Koleksi Kuliah IP Bapak Baginda Muchtar

download Koleksi Kuliah IP Bapak Baginda Muchtar

of 439

description

Kaedah-kaedah IP BBM

Transcript of Koleksi Kuliah IP Bapak Baginda Muchtar

  • DR. BAGINDO MUCHTAR, PH.D.Koleksi Kuliah (1971 1975)

    Transkrip olehMejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim

    Diterbitkan olehMejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim

    Pulau Pinang2003

  • Kami menerbitkan buku yang mengandungi

    transkrip kuliah Bapak ini adalah semata-mata

    sebagai satu usaha ikhlas bagi menambah bahan

    rujukan kepada pengajian Ilmu Mengenal Diri

    yang dipelopori oleh Bapak Dr. Bagindo Muchtar.

    Semoga dengan penerbitannya, anak-anak didik

    Bapak dapat menambah serta meningkatkan lagi

    kefahaman terhadap ilmu yang dipelajari. Semoga

    nanti akan lahirlah manusia-manusia baru yang

    membina masyarakat baru dengan dunia baru

    yang aman, makmur, permai, sentosa dan

    bahagia.

    Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim

    Penyusun

  • Dr. Bagindo Muchtar: Koleksi Kuliah (1971 1975)

    Edisi Pertama : 2000Kedua : 2001Ketiga : 2003

    Hakcipta 2003Mejar (B) Haji Abdul Rahman IbrahimSemua hakcipta Terpelihara

    Semua Hakcipta Terpelihara. Tiada bahagian buku ini boleh diulangcetak atau disalin dalam apa juga bentuk ataupun teknik, baikelektronik mahupun mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman atau apasahaja teknik simpanan dan cari semula maklumat, tanpa kebenaranbertulis daripada penerbit ataupun wakilnya. Sebarang pertanyaanhendaklah dikemukakan kepada Mejar (B) Haji Abdul RahmanIbrahim.

    Diedarkan oleh: Persatuan Pendidikan Akhlak dan Kebajikan

    Masyarakat Negeri Pulau Pinang Persatuan Pendidikan Akhlak dan Kebajikan

    Masyarakat Negeri Selangor Darul Ehsan

    Diterbitkan oleh:Mejar (B) Haji Abdul Rahman IbrahimPulau Pinang2003

  • DAFTAR ISIMuka Surat

    Kata Pengantar iDr. Bagindo Muchtar, Ph.D. vSurat xv

    01. Kuliah I 1971 : Feb.; Pulau Pinang 102. Kuliah II 1973 : Sept. 13; J. Bahru 2303. Kuliah III 1973 : Sept. 14; J. Bahru 4904. Kuliah IV 1973 : Sept. 15; J. Bahru 6105. Kuliah V 1974 : Jan. 17 & 18; P. Pinang 8706. Kuliah VI 1974 : Jan. 19 (Petang); P. Pinang 11107. Kuliah VII 1974 : Jan. 19 (Malam); P. Pinang 13308. Kuliah VIII 1974 : Jan. 21 ; P. Pinang 16509. Kuliah IX 1974 : Apr. 17 ; P. Pinang 19110. Kuliah X 1974 : Jul. 13 ; P. Pinang 22911. Kuliah XI 1974 : Jul. 14 ; P. Pinang 25312. Kuliah XII 1974 : Jul. 15 ; P.Pinang 27713. Kuliah XIII 1975 : Awal ; J. Bahru 30314. Kuliah XIV 1975 : Ogos (Malam Pertama)

    : K. Lumpur 33115. Kuliah XV 1975 : Ogos (Malam Kedua)

    : K. Lumpur 34316. Kuliah XVI Tanpa Tarikh : K. Lumpur 37117. Nota 387

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    i

    KATA PENGANTAR

    Bismi Allahi alrrahmani alrraheemSegala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, salawat dan salam

    bagi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya,sahabat-sahabatnya dan seluruh umat Islam.

    Buku ini adalah kumpulan transkrip kuliah Allahyarham BapakDr. Bagindo Muchtar, Ph.D. di Semenanjung Malaysia antara tahun1971 hingga 1975 yang dirakam (audio) oleh Cikgu Abdul HakimBin Abdul Hamid (Allahyarham), Saudara Rasidoun Bin Alam danMejar (B) Haji Abdul Rahman Bin Ibrahim.

    Kerja-kerja memindah kuliah Bapak dari versi audio ke versihuruf (transkrip) sangat mencabar kerana kualiti rakaman audioyang rendah, gaya bahasa, sebutan (diksi) serta pada waktu-waktutertentu merujuk pula kepada aksi fizikal (body language). Namun,berkat usaha bersungguh-sungguh, terutamanya dengan bantuanSaudara Abdul Rahim Siru Bin Abdul Rahman Siru, transkrip iniberjaya dibukukan pada bulan Januari 2000, iaitu satu proseskeseluruhan yang mengambil masa selama 25 tahun.

    Kami menerbitkan buku yang mengandungi transkrip kuliahBapak ini adalah semata-mata sebagai satu usaha ikhlas bagi

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    ii

    menambah bahan rujukan kepada pengajian Ilmu Mengenal Diriyang dipelopori oleh Bapak Dr. Bagindo Muchtar. Semoga denganpenerbitannya, anak-anak didik Bapak dapat menambah sertameningkatkan lagi kefahaman terhadap ilmu yang dipelajari.Semoga nanti akan lahirlah manusia-manusia baru yang membinamasyarakat baru dengan dunia baru yang aman, makmur, permai,sentosa dan bahagia.

    Membaca transkrip berasaskan kuliah seperti ini memangmenuntut segala kesabaran dan ketekunan, kerana Bapakmenggunakan bahasa kias, tamsil dan ibarat. Justeru, kami harapagar setiap pembaca mengikutinya dengan penuh ketenangan danminda yang terbuka luas. Jangan terburu-buru, kerana nafsu bolehmembawa kepada keliru. Ilmu Mengenal Diri adalah ilmu pasti.Ilmu Mengenal Diri adalah ilmu yang bertali dengan bakti. Apabilakurang kebaktian, maka berkuranglah kefahaman. Jikalau kurangkefahaman, kembalilah kepada ketenangan. Kembalilah kepada hatiyang bersih dan suci; tatkala nafsu kotor dan jahat sudah mati.

    Segala usaha telah dilakukan untuk memastikan transkrip initepat dengan kuliah Bapak, namun oleh kerana kami juga manusiamaka wajarlah ada khilaf atau keliru. Bak kata pepatah tak adagading yang tak retak, begitu jugalah barangkali usaha kami.Jikalau ini yang terjadi, kami mohon keikhlasan sudi apalah kiranyategur sapa membina demi kebenaran dan kemaafan.

    Semoga Allah, Tuhan Yang Maha Esa mengizinkan rahmat dankurnia-Nya menjadikan buku ini bermanfaat kepada sidangpembaca yang ikhlas serta pasrah semata-mata kepada-Nya,mengenal diri-nya dan terutama sekali Khaliq-nya.

    Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telahsama-sama ikut berusaha menyumbang apa sahaja bagi

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    iii

    merealisasikan penerbitan Koleksi Kuliah Bapak Dr. BagindoMuchtar ini.

    Mejar (B) Haji Abdul Rahman Bin Ibrahim180 Jln Mewah 5, Tmn. Mewah II09600 LUNAS, Kedah.01 Ogos 2003

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    v

    DR. BAGINDO MUCHTAR, PH.D.(1916 1975)

    Muchtar Bin Uddin atau lebih dikenal sebagai Bapak DrBagindo Muchtar, Ph.D. adalah pengasas (founder) Ilmu MengenalDiri. Rujukan utama kepada pengetahuan Mengenal Diri yangbeliau pelopori terkandung di dalam buku beliau yang bertajukDiriku Yang Kukenal. Buku ini adalah tesis yang melayakkanbeliau untuk dianugerahkan ijazah kedoktoran (Phd) oleh St. OlavAcademy, Perancis.

    Bapak Dr. Bagindo Muchtar dilahirkan pada tahun 1916 diPariaman, Padang, Sumatra. Ayahnya seorang dukun yang terkenaldi daerah Pariaman dan seperti lain-lain dukun tradisional Melayu,beliau menggunakan serapah jampi dan mantera dalam upacarapengubatannya. Dalam tesisnya Bapak Dr Bagindo Muchtarmerakamkan bahawa beliau pernah dijadikan anak angkat olehseseorang yang kemasukan untuk mendapat benda atau untuk

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    vi

    keperluan sesuatu. Nyatalah bahawa sejak zaman kanak-kanaklagi beliau sudah terdedah kepada suasana mistik dan kebatinan,justeru tidak menghairankan juga jikalau Bapak Dr BagindoMuchtar ikut tertarik kepada hal-hal kebatinan.

    Bapak Dr Bagindo Muchtar menjadi seorang anak yatim sejakkecil lagi. Beliau mempunyai bapa tiri (apabila ibunya menikahlagi) yang menurut beliau sendiri boleh dikatakan sayang tidak,benci pun tidak. Ibunya bagaimanapun sangat menyayangi beliau,kerana beliaulah anak lelaki yang sulung dan kepadanya terletakharapan di hari-hari tuanya. Bapak Dr Bagindo Muchtarmempunyai seorang adik kandung lelaki dan seorang adikperempuan dari lain bapa. Pada ketika iktisar ini ditulis, adikperempuannya tinggal di luar kota Jakarta. Sungguhpun demikian,ibunya yang dikasihi telah pulang ke Rahmatullah sebelum sempatbeliau memenuhi segala harapan dan cita-citanya.

    Pada tahun 1935, iaitu ketika berusia 19 tahun dan baru tamatsekolah Belanda (IH), beliau telah merantau keluar dari daerahPadang. Destinasi pertamanya ialah Jambi dan di sana beliaubekerja sebagai kerani di sebuah syarikat minyak. Peningkatandalam bidang pekerjaannya sangat mendadak sehingga dalamtempoh yang singkat ditukar ke bahagian carigali minyak di tengahhutan belantara Jambi. Sungguhpun begitu, kiriman wang kepadaibunya saban bulan tidak pernah putus.

    Pada tahun 1938 beliau diijabkabullkan dengan anak pamannya(bapa saudaranya) yang bernama Nurmali Syamsudin dan merekadikurniakan tiga orang anak yang kesemuanya perempuan; yangsulung Hajah Elly Salam Ghani, Hajah Mulyati Djonhar yangtengah dan Suryati Muchtar yang bongsu.

    Dari Jambi Bapak Dr Bagindo Muchtar dan keluarganya

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    vii

    berpindah ke Palembang dan bekerja dengan Bata Shell PetroleumMaskapai (BPM). Setelah kira-kira dua puluh tahun bekerja diPalembang, satu peristiwa aneh berlaku ke atas dirinya; ada suaramenyuruh beliau berhenti kerja. Suara itu berturut-turut datangnyahingga ke beberapa hari, lantas menimbulkan tanda tanya, apamaksud kesemua ini?

    Kejadian aneh itu direnung, ditenung dan ditimbang, sehinggabeliau memutuskan untuk berhenti kerja. Kali pertama beliaumenemui majikannya untuk minta berhenti kerja, permohonanyaditolak begitu sahaja dengan alasan bahawa tenaganya masihdiperlukan. Dicuba lagi kali kedua, namun ditolak juga denganalasan yang sama. Sampai pada suatu ketika beliau memperolehakal untuk mendapatkan surat doktor bagi mengesahkan bahawabeliau sakit dan tidak boleh bekerja lagi. Dengan surat pengesahanitu, permohonan beliau untuk berhenti diterima dan diberikan pulaganjaran (gratuity) yang agak lumayan oleh majikannya. Denganwang ganjaran berkenaan beliau bersama kerluarganya pindah keJakarta dengan tujuan untuk membeli sebuah rumah dan denganwang selebihnya pula beliau mahu berdagang. Beliau dapatibahawa kota Jakarta tidak sesuai baginya, lalu terus ke Bogor.Bogor memikat hatinya, apalagi dengan suasananya yang aman,udaranya yang nyaman dan tenteram pula. Cita-cita membelisebuah rumah untuk keluarganya tercapai di Bogor. Meskipun bakiwang ganjaran itu tidak banyak, beliau masih boleh jadikan modaluntuk berdagang.

    Kehendak dari kita, namun ketentuan hanya dari Tuhan. DiBogor beliau menghadapi cubaan yang sangat berat, iaitu apabilaisterinya (Ibu Nurmali Syamsudin) jatuh sakit dan kemudianmeninggal dunia akibat dari buatan ahli keluarga isterinya sendiri

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    viii

    dengan dibantu oleh seorang dukun; katanya mengubat akan tetapikenyataannya tambah memperdalamkan penyakitnya. Isteri yangdikasihi dan dicintainya, yang banyak tahu dan mengerti padanya,dan yang telah bergaul sebagai suami-isteri kira-kira 17 tahun,dengan suka dan duka mereka lalui bersama, meninggal pada hariIsnin 27 Februari 1955. Dicatatkan oleh Bapak Dr. BagindoMuchtar bahawa sebenarnya rencana dari pihak ahli isterinya ituadalah terhadap badan dirinya dengan tujuan untuk dapatmenguasai apa yang ada padanya. Mereka mengesyaki beliaumemiliki banyak harta simpanan seperti emas dan sebagainya.Namun begitulah, beliau sendiri yang dituju, isteri tercinta pulayang jadi mangsa tak berdosa.

    Setelah isterinya meninggal, timbul pula tuduhan terhadapdirinya bahawa beliau adalah punca isterinya jatuh sakit danmeninggal dunia. Malah diperkatakan pula bahawa beliau sendirimembunuh isterinya. Keterangan-keterangan daripadanya tidakdiendahkan oleh masyarakat sekeliling, bahkan adik kandungnyasendiri tidak memihak kepadanya. Dalam tesisnya Bapak Dr.Bagindo Muchtar mencatatkan kerana telah lebih dulu dikuasaidan dipengaruhi oleh pihak dukun dan ahli keluarga isterinya.Tambah Bapak lagi beliau dihukum tanpa diadili, tidakbersalah dikatakan bersalah, kemerdekaan dirampas dan harta-benda yang tak seberapa dikuasai pula.

    Tubuhnya pada waktu itu sangat letih dan lemah keranamenghadapi peristiwa yang berlaku terhadap badan dirinya danisterinya; berjaga-jaga siang dan malam, menangkis segala macamserangan yang datang. Di kala itu beliau berasa seolah-olah adayang mendampinginya, iaitu yang ghaib melindunginya untuk bisabertahan bagi menghindar hal-hal yang tidak baik terhadap badan

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    ix

    dirinya. Malah di kala itu juga, beliau berasa hubungannya denganTuhan sungguh dekat, kerana ingatan serta pasrah semata-matakepada-Nya. Pada waktu itu beliau hanya bertekad mahu menuntutkeadilan. Namun keadilan itu tak mungkin diperoleh darimasyarakat. Beliau tidak mengadukan hal yang berlaku kepadapihak polis, kerana semua hal tidak mempunyai bukti yang nyata.Justeru, beliau bertekad mencari Tuhan semata-mata hendakmenemui-Nya untuk memohon keadilan. Hanya itulah tujuannyawaktu itu; menemui Tuhan untuk minta diadili, memohon keadilansemata-mata.

    Sesudah selesai sembahyang maghrib pada satu malam Jumaat,beliau menadahkan tangan memohon keadilan kepada Allah s.w.t.Itulah usahanya memohon keadilan, seperti yang sudah sekian lamadilakukannya; berdoa kepada Tuhan semata-mata. Namun, padamalam Jumaat itu, dia berasa tangannya seperti dikuasai oleh suatudenyut rasa yang aneh lalu kedua-dua belah tangannya bergerak,bergerak, bergerak dan bergerak. Beliau tidak dapat menguasai(control) pergerakan itu, lalu dituruti pergerakan tangannya, sambilmelafazkan Lailaha il-Allah dengan penuh kehairanan. Kejadianyang sama berulang-ulang pada malam kedua dan ketiga, malahbeliau mula bercakap sendirian ketika bergerak. Dan beliaumenyedari bahawa tenaganya mulai pulih, kesihatannya semakinbaik dan fikirannya semakin mantap. Apabila beliau dapati surat-surat penting seperti hakmilik rumah, barang-barang perhiasan,pakaian dan lain-lain barang berharga sudah tiada di almari, beliaumulai bertindak. Dengan perantaraan seorang sahabatnya, beliauminta disampaikan supaya kesemua barang-barang miliknyadikembalikan dalam waktu yang singkat. Malah beliau memberiamaran jikalau itu gagal dilakukan, beliau akan membawa

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    x

    persoalan ini kepada pihak polis. Alhamdulillah. Pihak yangmemindahkan barang-barang berkenaan dari orang-orang tertentutelah bertindak memulangkan, meskipun tidak kesemuanya.Namun, perasaan tidak puas masih menyelubungi hatinya yangmahukan kepastian dari seseorang yang lebih tahu mengenaiperistiwa yang telah beliau hadapi; iaitu siapa yang benar dan siapapula yang bersalah.

    Seorang jiran menganjurkan supaya beliau menemui seorangulama besar di Jawa Barat, yang sering didatangi orang danpembesar-pembesar, pun tidak ketinggalan alim ulama dan kononkhabarnya satu-satunya ahli falak yang terpandai dan ternama diIndonesia. Beliau diberitahu oleh ulama berkenaan bahawa dalamperkara itu memanglah beliau di pihak yang benar dan pihak yangmelakukan kerja jahat (dalam kes almarhum isterinya) adalahahlinya sendiri.

    Sejak itu mulailah ada ketenangan dalam hatinya, namun rasaingin membuktikan kebenarannya tetap masih terkesan di hatinya.Bersama-sama anak-anaknya beliau pulang ke kampung halamaniaitu di Pariaman, Padang. Namun. Puteri-puterinya yang masihkecil sering pula bertanyakan mengenai ibu mereka. Bapak DrBagindo Muchtar tidak sampai hati mendengar pertanyaan-pertanyaan anak-anaknya yang masih kecil, lalu memutuskan untukmenikah lagi iaitu dengan Ibu Hajjah Hasnah. Ibu Hasnahbagaimanapun tidak mempunyai anak dengan Bapak Dr BagindoMuchtar.

    Sesudah sebulan bernikah, Bapak Dr Bagindo Muchtarmengambil keputusan untuk merantau bersama-sama dengan IbuHajjah Hasnah dan ketiga-tiga orang puterinya. Kali ini merelasekeluarga pergi ke Jambi. Di Jambi, Bapak bekerja di sebuah

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    xi

    syarikat carigali minyak. Seorang teman sejawatnya telah memintapertolongan Bapak untuk mengubat isterinya yang sakit sudahhampir dua tahun lamanya; sakitnya akibat perbuatan jahat. Padatemannya itu dia melihat kembali peristiwa yang pernah dialaminyasendiri. Beliau berasa sedih lalu memberi pertolongan kepada isteritemannya. Sesudah satu bulan, dengan izin Allah, isteri temannyakembali pulih seperti biasa. Beliau bagaimanapun menasihatitemannya supaya meninggalkan Jambi, kerana temannya punyabanyak musuh di Jambi. Justeru menghindar adalah lebih baik,Bapak sekeluarga dan temannya itu bepindah ke Medan. Di Medantemannya tinggal di rumah keluarganya sendiri, sementara Bapaksekeluarga pula tinggal di rumah keluarganya sendiri.

    Di Medan, nama beliau mulai disebut-sebut orang, khususnyadalam bidang tolong-menolong, sosial atau di bidang perubatan.Tidak berapa lama di Medan peristiwa ghaib yang beliau alamisemasa di Bogor sewaktu isterinya baru meninggal dialamikembali. Beliau mulai bercakap-cakap bersendirian dan tidak mahumakan, malah minum kopi pun hanya seteguk sahaja. Apa sajadiperlakukan orang terhadap badan dirinya diceritakankesemuanya, sampai keluarganya di Medan menganggap beliausudah tidak siuman lagi. Namun, kejadian-kejadian pelik itu jugamenyebabkan beliau mula dikenal oleh bomoh-bomoh, pawang-pawang, orang-orang kebatinan dan sebagainya. Tidak kurang jugaada yang mencuba atau menguji dengan ilmu atau kepandaianmasing-masing. Tetapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, cubaan,ujian atau dugaan mereka tidak menjejaskan, malah tenaga ghaibanugerah Allah itu dapat diketahuinya dengan lebih mendalam.Namanya terus jadi sebutan masyarakat sekeliling, malah merekatidak lagi mendatangi bomoh atau pawang di daerah itu. Sebaliknya

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    xii

    mereka datang kepada beliau. Hal ini tentulah menimbulkan rasatidak senang dan iri hati bomoh dan pawang di daerah ituterhadapnya.

    Bapak Dr Bagindo Muchtar bagaimanapun tidak duduk dirumah sahaja, tetapi mengembara dari satu daerah ke satu daerah diseluruh pulau Sumatra; ke Palembang, Siantar, Tebing Tinggi,Pelabuhan Miri, malahan ke seluruh daerah atau jajahannya.Apabila kembali ke Medan, beliau melapangkan masa menemuiorang-orang yang datang meminta tolong, sementara pada malamharinya pula dikhaskan untuk membimbing, memberi kuliah,berjalan bersama-sama dengan murid-muridnya. Sejak itu beliaudikenali di Medan sebagai ahli sarjana atau ahli ilmu tasawuf.

    Setelah dua tahun di Medan beliau sekeluarga berpindah kePadang. Kira-kira dua bulan di Padang, beliau pindah pula kePalembang. Di sana beliau terus mengajar dan memberi pimpinankepada orang-orang yang berminat dengan ilmunya. Di sinilah(kira-kira tahun 1958) beliau mula menulis/mengarang bukunyaDiriku Yang Kukenal. (Penulisan buku ini tamat kira-kira 10 atau11 tahun kemudian dan dikemukakan ke St Olavs Academy,Perancis, sebagai tesis untuk melayakkanya memperoleh ijazahDoctor of Philosophy yang diterimanya pada hari Sabtu 12 Jun1971.)

    Beliau masuk ke Singapura pada tahun 1960 dengan perantaraNasir Adnin dan pada kali keduanya ke Singapura beliau bersamaNasir masuk ke Malaysia (Tanah Melayu) melalui Johor Bahru dankemudian terus ke Melaka, Kuala lumpur dan lain-lain. Apabilaberlaku konfrantasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1963, beliauyang ketika itu berada di Malaysia terpaksa balik ke Indonesiabersama Nasir melalui jalan darat dari Sabak Bernam ke Kelantan,

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    xiii

    Golok, Narathiwat dan terus ke Bangkok. Dari Bangkok merekamenaiki kapal membawa beras ke Jakarta.

    Apabila konfrantasi berakhir pada tahun 1966, beliau bersamaNasir datang semula ke Singapura dan Malaysia. Sejak itu Bapaksemakin kerap datang ke kedua-dua negara berkenaan secarabersendirian. Namun, pada pertengahan 1971, beliau dilarangmasuk ke Singapura. Beberapa orang anak didik Bapak DrBagindo Muchtar sendiri dikatakan telah membuat laporan yangmenyebabkan pihak Imigresen mengambil ketetapan untukmelarang kemasukan beliau ke negara berkenaan.

    Pada tahun 1972, beliau sekeluarga pindah ke Jakarta dan seringberulang-alik ke Malaysia, apatahlagi semasa suami kepadaanaknya yang sulung, Haji Salam Ghani berkhidmat di KedutaanIndonesia di Kuala Lumpur. Pada tahun 1973, iaitu ketika dalamsiri lawatan ke Malaysia dan sewaktu mahu berangkat pulang keJakarta, beliau mengalami muntah darah. Keberangkatan pulangdibatalkan dan beliau dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpuroleh anak dan menantunya Haji Salam Ghani. Beliau kemudiandipindahkan dari rumah Hospital Besar Kuala Lumpur ke HospitalLady Templer, Cheras. Beliau tinggal di hospital berkenaan selamadua bulan. Walaupun dibenarkan pulang ke Indonesia, beliau seringdatang ke Kuala Lumpur untuk mengambil ubat dan menemuiorang-orang kepercayaannya iaitu Haji Kamarudin Amin, HajiJamil Samad, Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim.

    Pada tahun 1975, beliau ke Malaysia dalam rencara lawatanselama dua bulan. Namun baru sebulan sahaja berada di Malaysia,beliau mengambil keputusan untuk kembali ke Jakarta.Sekembalinya dari lawatan itu, beliau jatuh sakit, tetapi masihberhasrat untuk ke Malaysia semula. Pada malam Hari Raya Aidil-

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    xiv

    fitri beliau sudah mulai payah bernafas dan pada keesokan harinyadimasukkan ke rumah sakit. Beliau ditempatkan di wad jantungselama dua hari. Pada hari Jumaat 10 Oktober 1975 (jam 04.00 pagiwaktu Jakarta), di hadapan isteri keduanya Ibu Hajjah Hasnah,ketiga-tiga puterinya, menantunya Haji Abdul Salam Ghani danseorang anak didiknya bernama Ibu Yasminar Alwi, Bapak DrBagindo Muchtar pulang ke Rahmatullah.

    Mejar (B) Haji Abdul Rahman IbrahimLunas, Kedah

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    xv

    SURAT

    Surat dari Bapak Dr. Bagindo Muchtar kepada Mejar (B) Haji AbdulRahman Bin Ibrahim bertarikh 02 Oktober 1973.

    Bagindo MuchtarGang Kenari 11/C 205 SaembaJakarta

    Anakanda Sekeluarga,

    Melalui lambaran ini kami permaklumkan pada anakanda, ialahbarkat doa bersama kami telah sampai di rumah dengan tiadakurang suatu apa2. Alhamdulillah segala sesuatu berjalan denganlancar sampai ke tempat yang dituju.

    Begitupun kami harapkan di Malaysia ini untuk keseluruhannya,sepeninggalan kami akan segala sesuatunya berjalan pulalahhendaknya dengan lancar dan lebih berhasillah hendaknya daripadamasa yang sudah2, insya-Allah. Bersama lambaran ini ingin kamikembali meingatkan pada anakanda yaitu pesan kami yang lalu,yaitu bukalah kembali jalan seluas-luasnya bagi anak2 kita di

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    xvi

    Penang dan kebebasan bagi diri mereka itu masing2 untukmemperkembang badan dirinya demi untuk kelancaran dankejayaan dan kebahagiaan badan diri masing2 (insya-Allah). Danawas jangan lupa kepada diri sendiri dan jangan lupa kepada Akudan segala sesuatu lakukan dengan sabar dan tenang, jauh daritakbur dan sombong.

    Dan bersama ini juga kami suka meingatkan kembali akan kata2yang kami tinggalkan dalam syarahan kami di Penang, Johor danDato Keramat yaitu yang penting yang akan menjadi peganganuntuk dipedomani dan dibawakan. Perbaiki keadaanmu denganapa yang ada padamu dan perbaikilah keadaan yang di luar badandirimu juga dengan apa yang telah ada padamu.

    Insya-Allah, kalau dapat memahami betul kata2 tersebut segalayang di inginkan akan makbul. Ketahuilah olehmu bahawa dalamdiri itu ada sesuatu yang tersembunyi dan pada ilmuku yang telahada padamu itu, apa sesuatu yang tersembunyi itu telah menjadikenyataan bagimu sendiri, kerana dia itu terbitnya atau timbulnyadari dirimu sendiri yang engkau sendiri telah merasakannya.

    Berikut di bawah ini saya turunkan uraian Falasoof Ibnu Sina(980-1037);

    BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIMOrang yang arif mempunyai kedudukan dan darjat istimewa dan

    dalam kehidupan dunia ini, jiwanya bebas dari ikatan raganya danmembumbung tinggi menuju alam yang kudus. Dalam dirinya adasesuatu yang hanya punya satu tujuan saja yaitu mendekati Al-haqqu Awwalu, kebenaran yang pertama. Sekali-kali tiadamempunyai tujuan lain dan tidak satunya yang dapatmempengaruhinya. Dia beribadat hanya kepada satu saja yaknikebenaraan, kerana Dia hanya yang mustahak buat di ibadati.

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    xvii

    Hubungan dengan Yang Esa itu semata2 hubungan kemulian,bukan kerana harap (raghban) dan bukan pula kerana cemas(arhaban). Orangnya yang selalu gembira, senyum, dan jernihmukanya. Dia berlaku hormat kepada orang kecil sebagaimanahormatnya kepada orang besar, kerana dia tawaduk, dapatmendudukkan dirinya. Dihadapinya orang tiada terkenal samadengan menghadapi orang istimewa. Betapa wajahnya tiada jernih,pada hal hati sanubarinya sendiri yang telah gembira sejak diamengenal kebenaran dan di mana-mana dia melihat hanya satu sajayaitu Al-Haq, kebenaran. Dia memandang semua saja, keranasemua memang sama.

    Orang yang arif berani, betapa dia tidak akan berani, padahal diatidak mengenal lagi akan takut mati. Orang yang arif dermawan,betapa dia tidak dermawan, padahal cintanya tidak lebih lagi samasekali kepada benda.

    Orang yang arif adalah pemaaf, padahal kemuliaan murnijiwanya lebih tinggi nilainya baginya daripada menghubung-hubungkan kesalahan orang lain. Orang yang arif tidak mengenaldendam, betapa dia akan berdendam, padahal ingatannyaseluruhnya dipenuhi oleh satu, yaitu Al-Haqq sehingga tidak adatempat di dalamnya buat yang lain.

    Anjuran kami;Bacalah dan cubalah renungkan akan huraian Falas Ibnu Sina

    dan kaji dan perbandingkanlah dengan apa yang telah kami berikanatau ajarkan padamu dan pengikut-pengikutku sekalian

    Wassalam dari kami tt ..

    (Bagindo Muchtar)

    Jakarta, 2-10-73

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I1

    KULIAH I

    Bagan Jermal, Pulau PinangFebruari, 1971

    Erti sekarang kami alirkan. Sekarang boleh ambil. Bolehcubakan. Boleh bawakan, saya bilang. Dibiar saja? Disuruh dengandiberi pedoman-pedoman, bukan? Sebagai pegangan. Kalau tidak,tak lekas pandai. Kalau tidak begitu, tidak cepat dapat mengetahuiakan kebolehannya dan sebagainya dan sebagainya.

    Ragu-ragu kita cari ulama, cari ahli tarekat, cari ulama feqah dansegala macam. Bolehkah? Salahkah? Tak salah! Sebab kita mencarikebenaran. Tak benarkah ilmu kami ini? Sampai begitu. Ini demikebenaran. Tak usah ragu-ragu! Tak usah takut-takut! Pakailah.Pergunakanlah. Tetapi titik-beratkan untuk kebaikan danmembaikkan. Jauh dari sifat takbur, angkuh dan sombong. Dengansegala-galanya Lillahi Rabbil-alamin. Kepunyaan-Nya semuanya.Dia Maha Pengatur. Dia Maha Mengetahui. Dia Maha di atassegala-galanya.

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I 2

    * * *

    Jadi yang dikehendaki dari saudara-saudara sekarang,pengalaman lagi. Pengalaman-pengalaman pun dapat kitamerasakan manfaatnya, hendaknya. Secara teori saja, bukan?Dikasi tahu. Dikasi tahu saja semacam ini. Begitu banyak corakragamnya. Begitu banyak rahsia-rahsia segala macamnya. Satu sajadipegangnya, tetapi mencukupi.

    Ibarat satu saja, badminton umpamanya, tetapi betul-betulmenjadi ahli, kita. Bola sepak umpamanya, tetapi betul-betul satu.Itu saja, jadi! Jangan hendak bola sepak, badminton, hendak mainvoli (volleyball) segala macam lagi. Tetapi ndak (tidak) satu jugamemutus (menjadi), bukan? Sedangkan begitu banyak yang sayakatakan tadi, bukan? Satu saja pegang, untuk meyakinkan diri kitasendiri. Untuk menjadi perbandingan pada kita kebolehannya tadi,kebenarannya juga tadi. Dan serahkan segala-galanya kepada YangMaha Kuasa.

    Jadi, kiranya dapat dimengerti, ya dak? Tujuannya. Terlebih luashendaknya pengertian, dengan penerangan-penerangan yang kamiberikan malam ini, kerana pada diri saya sendiri, terutama harimahu masuk puasa, maka ya dak? Kita akan menjalankan pulakewajipan kita masing-masing sebagai seorang yang beragamaIslam. Insya-Allah. Kalau Tuhan mengizinkan, habis puasa ataubila saja nanti dapat pula kita hendaknya berjumpa kembali diwaktu-waktu yang ditentukan Tuhan. Sebab apa, ya dak? Kami,saya dalam hal ini umpamanya, kan saya tetap menganggap dirisaya seorang musafir. Saya akan berkelana terus. Saya akanmengembara terus. Saya akan berjalan terus di mana saja di bumiTuhan ini. Ada bahagian di sini saya datang lagi. Tempoh-tempoh

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I3

    (kadang-kadang) dengan surat, bukan? Tempoh-tempoh saya diSingapura, di Kuala Lumpur. Tempoh-tempoh saya di Medan.Tempoh-tempoh saya di Jambi, di Pekan Baru. Tempoh-tempoh diJakarta, di Bandung. Bukan kemahuanku. Bukan kemahuan saya.Dengan perjalanan ini, bukan saya menerima wahyu. Ini nantisalah. Salah anggapan nanti. Maaf. Tidak!

    Dengan perjalanan ilmu pengetahuan ini, yang tadinya saya takmenjangka sedikit juga saya akan bisa sampai. Saya akan bisakeluar negeri. Dari Indonesia ke sini kan keluar negeri namanyaitu? Saya akan bisa sampai di Pulau Pinang ini. Saya akan bisasampai di Kelantan. Saya akan bisa sampai di Bangkok, di Johor disegala macamnya. Barangkali sebagai orang Malaysia begini, yadak? Lebih banyak saya mengetahui, bandar-bandar Malaysia inibarangkali, dari yang ada di sini? Sebab saya sudah pergi ke SabakBernam, ke Dungun, Terengganu dan segala-galanya pelosok-pelosok yang kecil-kecil itu, di Kelantan, di Narathiwat di anu sanadi Siam itu, dengan saya tak mengerti bahasanya sedikit juga, tetapiorang menampung saya.

    Bukakan nak! Bukakan nak. Bapak sudah lama mencari inibenda, ini barang, Sekian tahun bermukim di Mekah. Nangis dia!

    Saya sebagai seorang musafir waktu itu, kebetulan denganperantaraan apa? Ini hari sampai, ini malam sampai, sampai dikenalorang malam itu juga? Tuhan berbuat sekehendak-Nya, bukan?Dengan perantaraan anak gadis, anak dara, digigit lipan. Orangyang menitipkan saya di rumah orang Malaya di sana, diNarathiwat sana, dibisikkan, Itu bomoh Indonesia, itu! katanya.

    Saya lagi guling-guling macam itu, kan?Bapak bisa menolong orang? Ada di sebelah sana itu dengar

    orang menangis, katanya. Anaknya digigit lipan. Di sini ada

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I 4

    bomoh. Sikit-sikit dia ndak bisa. Sudah dicuba, anu...Bawalah di sini.Digendong (didukung).Duduk. Pegang. Ambil air diminumkan. Berhenti. Tak

    menangis. Sakit lagi?Tidak.Bawalah pulang.Wah! Malam itu juga.Bomoh Indonesia bagus, katanya begitu-begini. Besok pada

    mendatanglah.Ini ketentuan dari Tuhan semuanya.Kami orang dua berjalan waktu itu. Kan ertinya konfrantasi

    sudah jalan, kami tak boleh tinggal di sini lagi. Dengan di KotaBaharu dalam ancaman waktu itu.

    Dalam 24 jam! katanya, Kalau tuan-tuan tak keluar kamitangkap, sebab Indonesia - Malaysia sekarang begini, katanya.

    Mana nak tambah visa? Tak boleh. Jalanlah, dengan kantungsudah kosong. Dengan perantaraan itu, besok sudah mengalir 10Bhat, 5 Bhat, 15 Bhat secara duit sana.

    Tuhan Kaya, saya bilang.Itu. Macam yang pernah saya katakan dulu. Begitu letaknya bagi

    saya, doa-doa dalam Fatihah tadi. Ayat-ayat tadi: Ihdina alssirataalmustaqeem - Tunjukilah kami jalan yang lurus; Sirata allatheenaanAAamta AAalayhim ghayri almaghdoobi AAalayhim walaalddalleen - jalan yang telah pernah ditunjukkan, diberikan kepadaorang-orang dulu, yang tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Kamiberjalan.

    Berjalan pada jalan-Nya. Alhamdulillah.Sampai di Bangkok dengan sewa kamar 30 Bhat semalam.

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I5

    Beberapa hari pula kami di situ. Sampai pulang ke Indonesiadengan kapal perang Indonesia, yang kami dua orang sahajapenumpang. Cuba! Tak bayar pula lagi! Tetapi, hairannya bukan?Kenapa di negara orang, kami tidak diperiksa, ya dak! Tetapi, mahumasuk Indonesia sana, segala macam pemeriksaan terjadi.

    Sebab waktu itu sudah mulai clash, bukan? Antara Indonesia Malaya? Waktu itu belum jadi Malaysia lagi. Mereka itumenganggap seolah-olah kami yang dua ini mata-mata (pengintip)Malaya. Katanya dikirimkan masuk ke sini. Aduh! Cukup pularasanya. Tetapi kita dengan tenang. Sebab saya tak begitu anumencurigai atau bagaimanalah umpamanya pandangan orang itu.Yang kawan tadi terdesak hingganya. Saya tidak. Biasa saja.Bahkan dalam pemeriksaan itu boleh saya merokok.

    Saya bilang, Saya bisa merokok?Silakan Pak. Pak minum kopi?Dimintanya kopi lagi. Diterangkan semua sekali apa yang

    terjadi.Apa pernah diusir di sana? Diseksa, pernah?Saya bilang, tidak.Masa tidak dibenarkan tinggal di sana lagi, dan hubungan dari

    Singapura, dari Kuala Lumpur ke Indonesia tak ada lagi. Kapal-kapal tidak masuk. Saya pergi ke Kedutaan Indonesia di sana.Kebetulan ada kapal memikul beras. Duta Besar di sana, kirimsaya; dia bicara dengan kapten di sana. Saya boleh menumpang.

    Ini jalan lurus, ya kan? Tak apa-apa, sebab ini.Itu pun dalam suasana konfrontasi juga, anak-anak yang telah

    mendapat ini juga di Singapura apa-apa. Dengan kapal minyaktangki (tanker), bukan? Yang masuk melalui Bangkok diputarmasuk ke Palembang sana, daerah Shell, untuk mengambil minyak

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I 6

    di sana, menitipkan surat buat saya lagi.Saya mulanya terkejut, bagaimana caranya? Rupanya datang di

    Pelaju sana di kasi setem. Orang kita langsung mencari saya, kerumah saya. Sebab itu, kalau negara satu sama satu dalam bahayasegala macam, bukan? Ya dak? Halang-halang.

    Apa macam? Bagaimana caranya surat ini? Tengok-tengoksetem Pelaju. Wah! Ini orang kapal, ini.

    Yang dari Mekah orang Muar. Zaman konfrontasi juga. Dikirimsurat, Saya telah berada di Mekah. Memang dia berjanji dulumahu bawa saya ke Mekah. Dia mahu jual kebunnya, katanya diMuar sana. Satu bulan Bapak ditunggu tak juga datang. Kamisudah berangkat.

    Dari Mekah dikirim surat sama saya. Panggilan haji buat sayabelum ada barangkali, ya dak?

    * * *

    Peliharalah. Pupuklah apa yang telah diperdapat dari kami.Pelajarilah. Bandingkanlah. Pergunakanlah. Kalau sekiranya akanmenghancurkan diri sendiri, tidak membaikkan kepada badan dirisendiri, atau menyesatkan perjalanan diri sendiri, tinggalkan!Jangan dipakai! Buat apa gunanya, kalau kita ke neraka akandibawanya?

    Tetapi, kalau rasanya terbukti, bukan? Apa macam yang sayakatakan ini, lanjutkanlah. Pupuklah! Pakailah! Pergunakanlahterutama untuk kebaikan sesama manusia atau baik danmembaikkan.

    Dan jangan hendaknya dengan adanya apa yang telah ada padadiri masing-masing, bukan? Hendak menjadi satu kemegahan?

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I7

    Atau satu pertunjukan membesarkan diri, menyombongkan kepadaorang luar. Janganlah sekali-kali sampai begitu!

    Hendaknya, bagi orang luar, Apa itu?Ini terahsia baginya, hendaknya.Difikirkan, bagaimana di anu? Oh, nanti takut dihentam sama

    bomoh? Itu, asal selama tak lupa padanya, dia sendiri sajamenangkis itu. Jangan bawa kepada fikiran zahir, nantiditunjukkannya.

    Cuba, tunjukkan siapa yang bikin?Tu, sana! katanya.Kita turut dia, akan menjadi clash. Itu tidak baik.Ya, kita dengan rahsia ini, kalau kita sudah tak apa-apa, apa

    lagi? Biar orang serang siang malam! Di dapur, di tungku, di segalamacam dengan limau purutnya. Kalau di Indonesia sana, denganapa namanya otak anu... ada juga gas di sana, bukan? Mengerjakansegala, dibikin dengan jarum menyusuk. Berbuat, bikinlah.

    Kita dengan apa yang ada pada kita. Walaupun dia tak tidursiang malam, bukan? Mahu hentam kita, katanya, mahu mencuba,kita duduk dengan benda kita. Time tidur, kita tidur. Time makan,kita makan. Time berjalan, kita berjalan. Apa yang hendak kitamarah sama orang itu walaupun kita tahu, umpamanya. Tidak kena-mengena sama kita. Paling, ada dia akan kurus berjaga-jaga, tidak?

    Senang kita; jalan terus. Jangan diladeni (dilayan) cara orang itu.

    * * *

    Sampai bisa berdiri sendiri dan membawakan sendiri.Mendatangkan hasil pada badan diri sendiri hendaknya; kemajuan,kebaikan, peningkatan dan segala-galanya, sebab saya tak boleh

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I 8

    lama di sini. Tak bisa lama dan tak boleh lama. Barangkali hariKhamis pagi kami berangkat, mungkin ke tempat lain pula.Walaupun visa untuk masuk Malaysia ini saya dapat umpamanyadua bulan, bukan? Ya dak? Tak boleh lama begitu. Bukan olehnegara, oleh kerajaan tak boleh lama. Sebab banyak yang lain yanglain akan kami jalani. Mana yang kabur-kabur kami bikin terang.Yang buta akan dibikin melek (celik) supaya matanya nyalang(terang).

    Dan sebelum masuk puasa juga, kami telah kembali hendaknyake Indonesia, sebab kami ingin menjalankan ibadah puasa, bukan?Di antara lingkungan keluarga sendiri. Sebab kami jarang dirumah dalam perjalanan terus. Ini...

    Tetapi, saya serahkan semuanya pada Tuhan: keluarga saya yangtinggal, anak saya, sekolahnya dan segala macam.

    Ada dari imigrasi di sini? Tak ada? Belum datang? Di imigrasiPenang, immigration. Oh kerja dia. Ya, saya mahu tanya jugasendiri. Di Kedutaan Indonesia di Singapura saya dapat khabar dimana saya berada harus melapur. Kalau tidak katanya dalamtempoh lima hari saya boleh didenda. Katanya sepuluh ribu.

    * * *

    Saya tadinya mengatakan jangan sangkut-pautkan ilmupengetahuan kita yang berdasarkan Dua Kalimah Syahadah inidengan agama. Ini ilmu, ilmu pengetahuan di bidang metafizikasecara bahasa asingnya, di bidang keghaiban, di bidang kebatinan,di bidang kerohanian.

    Daya-daya power benda tenaga-tenaga ini sekarang yang kitapergunakan, yang kami berikan sampai bangun sendiri, sampai bisa

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I9

    bergerak sendiri pula, kami bimbing, kami pimpin, kami tunjukkanjalan untuk pegangan; hidup yang akan dipakai, mati yang akanditumpang. Ilmu pengetahuan! Jangan nanti ertinya, jangan pulatangkapan kami membawa agama baru atau kami pengacau atausegala-galanya. Jadi, ini. Jangan hendaknya sampai terjadi yang takdiinginkan.

    Dan berilah contoh yang baik pula kepada orang luar, akankebenaran kita dengan benda apa yang ada pada kita ini. Danmasing-masing hendaknya, sebagai sifat yang terahsia pengetahuantadi, bukan? Hendaknya kita pandai pula membawakan rahsia yangterahsia pula bagi badan diri kita masing-masing.

    Hanya kebolehannya yang kita berikan kepada orang-orangyang membutuhkannya (memerlukannya).

    * * *

    Apa di lain waktu, umpamanya macam tadi malamlah;sengaja betul dinantikan kami, kami tak datang. Baru balik kamisampai. Padahal kami sendiri ingin pula lekas sampai. Tetapi, iniketentuan dari Tuhan, tadi. Mungkin tadi kami dalam perjalananjauh. Pagi-pagi dari Singapura dan segala macam, bukan? Teruskami datang. Kebetulan saudara-saudara sudah di sini, mungkinterus kita begini, kasi ceramah segala macam; keletihan kami,kelesuan kami, dan segala macam tadinya. Ini ketentuan dariTuhan.

    Baliklah, kata-Nya.Orang pada pulang, kami sampai. Cubalah.Ini ketentuan-ketentuan tadi yang tak dapat manusia tadi satu

    juga mengetahuinya. Atau kami juga tidak memikirkan apa yang

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I 10

    akan terjadi sebab kami bukan tukang tenung! Bukan! Kamikembali saja kepada ilmu pengetahuan. Kita jalan terus. Di belokbukan, jalan? Sebab dalam fikiran, kita mendongkol (geram).Sampai tujuh puluh, lapan puluh batu terhalang perjalananmembelok ke tempat yang lain. Padahal secara zahir sudah dikirimsurat;

    Tunggu kedatangan kami. Mulakan satu sana. Jalan dalamlagi. Apa kenyataannya? Begitu payah kita berjalan di sana. Tanyasana, tanya sini, bukan? Kampung kecil yang di tunjuk tempat dimana dia berada, sebab bendera Dua Kalimah Syahadah? Ertinya,ilmu pengetahuan ini sudah berkembang pula di sana, bukan? Diaingin supaya kami datang. Orang di sana ingin pula berjumpadengan kami. Setelah sampai, apa yang terjadi?

    Pagi tadi dia berangkat ke Singapura, katanya.Kalau kami tahu tadinya, tentu tak akan makan waktu dan

    sebagainya. Ya dak? Padahal telah dikirim surat; tunggu antaratanggal satu sampai empat, kami datang. Begitu payah sampai, barudi dalam itu kami dapat kenal sebuah kampung yang khusus orangSikh (Benggali) saja, Kampung Sikh, katanya.

    Ini kampung apa?Kampung Sikh, katanya. Kami semua orang Sikh. Di sini tak

    ada orang lain. Tak ada orang Cina. Tak ada orang melayu. Semuaorang Benggali. Jangan Bapak jalan ke sini, kalau mahu ke Parit(Perak). Ini orang kampung banyak jahat. Kalau jadi rosak apa-apa,nanti tak ada yang tolong. Lebih baik Bapak kembali saja.

    Dibalik lagi. Secara zahir kita mendongkol (geram). Berapahabis makan minyak dan segala-galanya?

    Jalan lagi. Jalan lagi. Jalan lagi. Sudah sampai, ditanya. Rupanyadia juga dikenal orang sana, bukan?

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I11

    Tadi pagi Pak, dia berangkat ke Singapura.Cuba! Kita harus kembali lagi.Boleh terus dak, jalan sini sampai Kuala Kangsar?Tidak! katanya. Bapak harus kembali lagi tiga puluh, empat

    puluh batu lagi, katanya. Nanti jumpa Balai Polis bergerak. Nantiminta pas sama dia.

    Kita jalan. Belakang dicari-cari sudah jauh juga jalan, taknampak balai polis yang bergerak. Tak ada nampak. Diam saja, takada bergerak, ya dak?

    Kata kawan yang satu, Ya, bukankah kita sudah bergerak ini?Ya, betul juga.Terus jalan, rupanya ketemu juga.Tengok! Ada Balai Polis!Tengok kiri, tak ada bergerak. Rupanya, yang bergerak di

    sebelah kanan.Sini! katanya. Kami datang. Mahu ke mana? Dari mana?Dari Singapura.Berapa orang?Dikasi surat. Jalan. Rupanya, daerah Sungai Siput situ ada agak

    berbahaya sedikit barangkali. Lepas dari itu, ada polis lagi itu mintasurat. Kami boleh jalan.

    Jadi, kami ingin pula sebenarnya, secara zahir lebih cepatsampai, tetapi saya tak mahu makan di jalan. Kenapa tak makan?Saya mabuk! Minum susu saja. Rasa nak muntah, tapi tak mahukeluar. Diikat sama tuala kecil. Badan sihat. Tak apa-apa. Sampaipolis yang lain apa-apa juga.

    Jalan!Tetapi saya kelakar sama ini (Kapten Jamaludin, Abang

    Kamaruddin Amin, dan Naharudin dari Singapura). Tahu tak apa

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I 12

    yang dilihat pici haji (ketayap putih) ini? Jadi orang haji inidilihatnya. Pici haji ini boleh dipercayai saja.

    Itu ketentuan. Ketentuan ini yang tak dapat kita ketahui lebihdahulu. Jadi, kan banyak itu? Cuba telek dulu? Cuba tengok dulu?Sama saya, nggak ada itu kita jadi tukang tenung apa-apa. Itu juga,tak boleh sebenarnya. Kembali kepada jalan-Nya. Dia yangmenentukan segala-galanya; Yang Maha Kuasa tadi.

    Dengan alhamdulillah bukan? Ertinya kami sampai.Tiit! Tiit! Tiit! Melompat ini (Haji Abdul Rahman Ibrahim)

    keluar.Ah! Alamak!Sekejap ini, orang-orang pada balik (orang-orang mula bersurai).Apalah kata kami.Kami ingin lekas tidur.Apa? Ah, Tidak.Sampai pukul empat pagi pula.Yang berguling, berguling juga sudah. Saya juga berguling.

    Sambil berguling, cakap juga. Ini ketentuan-ketentuan dari Tuhantadi.

    * * *

    Mudah-mudahan dapatlah difahami hendaknya. Ertinya,bertambah pengertian lagi; lebih meluas. Dan adalah hendaknyakemampuan untuk dapat bergerak sendiri. Tetapi macam sayakatakan tadi suatu tempat; orang yang belum mengenal ilmupengetahuan kita ini, janganlah diadakan merupakan demonstration(demonstrasi) atau segala macam, bukan?

    Cara pengubatan, ingat saja. Kita tenang diri sendiri tadi. Tak

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I13

    perlu terus kita buka. Itu sebab tempoh-tempoh terus gerak inisudah kontak, bukan? Sama si sakit? Dia sendiri meronta nanti.

    Aku takut melihat menengoknya, katanya.Ingat kalau orang mengerti. Orang yang tak mengerti?Barangkali, jin dia barangkali! Takut si anu anak saya

    melihat bomoh itu.Kan sudah salah pula anggapan, tidak?Kita tenang. Itulah. Damaikanlah diri. Tenangkan kembali, baru

    kita mulai dengan tenaga ghaib, dengan yang ghaib yangberdasarkan Dua Kalimah Syahadah tadi. Jadi orang tak tengok kitamenari-nari tangan tu. Ini saja (gelas air). Cuba terus minumkan.Kita kembali. Ambil ke perasaan kita tadi. Tengok dia sekejap.Habis itu kita boleh tanya kalau sudah lepas perasaan kita.

    Bagaimana? Tak apa-apa lagi? Syukurlah.Tak perlu Asyhadu allaailaha il-Allah. Tak perlu. Ini menjaga

    supaya bagi mereka yang belum melihat, belum mengetahuijalannya pengetahuan kita ini, salahnya nanti dalam anggapan ataudalam pandangan.

    Apa itu ilmu menari-nari? katanya.Padahal mereka itu belum dapat merasai, mengetahui bukan?

    Yang bahawa segala gerak ini ertinya bukan kita berbuat, bukan?Diri sendiri berdiri dengan sendirinya. Ini pun pada ilmu kita. Ilmudiri ini bergerak dengan sendirinya. Bukan saya ini sengajakanmacam Buddha (kedua telapak tangan bertemu di tengah-tengahdada) segala macam begini, begini, ya dak? Mengalami sendiri.Dengan sendiri.

    Dengan saya katakan dalam perjalanan saya, bukan? Kalau NabiMusa dengan pertunjuk Tuhan, dalam surat al-Kahfi dari ayat 58apa sampai 63, kira-kira begitu kan? Menyuruh mencari seorang

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I 14

    hamba Allah, untuk belajar ilmu pengetahuan, yang tempatnya,katanya di pertemuan permukaan dua laut. Bukankah ada itu dalamal-Quran surat al-Kahfi?

    Maka saya dapat mengatakan bahawa aku telah menemuinyapula di pertemuan kiri dan kanan. Ini kata saya, dipertemuan kiridan kanan, dan saya menamakan diri saya Si Sepuluh; lima di kiri,lima di kanan dengan perjalanan saya tadinya, bukan? Ya dak?Menghujamkan lutut yang dua, menyusun jari yang sepuluh,menunduk kepala yang satu, memohon ampun kepada Tuhan.

    Astagh Firullaah al-Adzim, Astagh Firullaah al-Adzim,Astagh Firullaah al-Adzim.

    Menghasilkan dan mendatangkan pula. Saya adakan pengakuanuntuk mendapat pengakuan.

    * * *

    Ada juga seorang dari anak buah kami, tetapi apa dia? Walaupundalam pengubatan, diminta lima puluh Ringgit segala macam,tetapi buktinya apa dia? Dia melarat juga hidup, sebab tidak berkat!Tidak halal. Apalah namanya, sebab kecoh dalam fikiran tadi?Ertinya dengan kecoh, pengetahuan tadi, dengan benda kita ini,yang punya daya kesanggupan, daya tarik luar biasa, diapergunakannya.

    Batu-batu cincin dibeli itu dengan pengetahuan kita. Diisinya.Disuruh pegang, nanti bergerak dengan sendiri pula. Yangsusahnya lagi, disuruh baca (lafaz) Dua Kalimah Syahadah. Itujual-belinya. Itu.

    Bagaimana?Bagus, katanya. Bergerak itu.

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I15

    Itu seratus Ringgit.Padahalnya kalau di Indonesia, harganya lima Rupiah atau lima

    puluh Rupiah. Tetapi orang itu sudah mahu percaya saja, sebabmemang bukti. Apalagi bagi seorang Islam dengan dua KalimahSyahadah, bukan? Tak salah itu! Tetapi jalan pemikirannya tadiyang salah; mahu kaya, mahu menarik keuntungan dengan itu. Itukita tidak membenarkan itu. Itulah, untuk membaikkan saya kata;baik dan membaikkan. Ini membawa orang ke jalan yang benar, ituilmu akal.

    Telah ada ini benda boleh pakai ke sana ke sini, tetapi apa pula,bukan? Saya juga tidak tahu bagaimana orang itu menipu saya ataudiambilnya.

    Ada bahagianmu, dapat, saya bilang. Terimalah.Kalau tak ada, jadi, sudah ngapain? Hilang juga dengan

    sendirinya. Dengan sekejap saja Tuhan tak mengizinkan. Bukansaya jual mahal. Ada juga yang meminta. Dia seorang bomoh,bukan? Orang dari Indonesia juga. Sampai sekarang juga masihbermukim di Malaysia ini. Dengan tadinya dengan seluar hitam,baju hitam, tali hitam di tangan, duduk di atas kulit harimau,dengan bakar kemenyan di tangan segala macam. Jual ubat. Bawatelur, tiap-tiap orang. Satu hari, satu keranjang dia dapat telur. Ituyang terang itu, tiap-tiap orang bawa telur. Belum lagi jampi-jampi,itu tiga puluh Ringgit tiga puluh sen, lima puluh Ringgit tujuhpuluh lima sen segala macam itu. Dia pakai jin Islam. Ada itu diIndonesia disuruh-suruh segala macam. Jumpa sama saya denganair mata. Mahu berapa wang? Mas mahu berapa? katanya.Berikanlah pada saya.

    Jawab saya, Apa yang hendak saya berikan?Kenapa si anu si anu itu engkau berikan? Bukan orang kita

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I 16

    lagi? Bukan orang awak (orang Minang)? katanya.Ini benda bukan kepunyaan saya. Saya cuma mengalirkan.

    Yang ada rezekinya, dia mendapat. Tetapi macam engkau ini,engkau cukup pintar, saya bilang. Dan juga saya tak dapatmenjual ini. Tak dapat. Mahu marah, marahlah, saya bilang, disebuah hotel di Johor diturut saya.

    Tapi, saya ingin juga mahu jumpainya. Dia ada di KualaLumpur sekarang. Tahun dulu, dia ke Mekah khabarnya. Dan,cerita di Mekah, dari orang yang sama-sama dengannya, orangHulu Langat, saya dapat khabar.

    Habis, katanya. Tak mapan (menjadi) ilmunya di sini,katanya. Waktu tawaf di sana terbalik dia.

    Tidak betul, ilmu saya ini. Tiap-tiap dia ke muka (hadapan),tertolak juga ke belakang, sedangkan orang lain yang telahmempunyai sakti-saktian apa-apa dengan Lillahi Rabbil Aalamin,jalan terus saja. Belakang (kemudian) dia buang semuanya itu. Barudia terus.

    Sebab itu saya bilang, saya ingin jumpa dia di Kuala Lumpur.Apa khabar bung? saya mahu tanya.

    Belum berapa lama saja di sini, bukan? Kalau saya tak salah,tahun 60, 61 di Singapura saja. Dia bergerak saja, dan segalamacam. Di Kuala Lumpur dia mencari duit, bukan dak? Sudah bisamempunyai kereta, dia. Kali yang kedua saya datang lagi, sudahboleh mempunyai kereta dua, tiga, empat. Berdagang lagi untukdikirim ke Indonesia. Tetapi, tiap-tiap satu bandar yang didatangi,tak boleh dia masuk dua kali. Orang sudah tahu, bukan? Mungkinberbahaya buat sendiri. Tetapi backing-nya di sini sangat kuat olehkerajaan, sampai waktu konfrontasi tak apa-apa dia. Dia tak pulang.Ada di sini.

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I17

    Bahkan, saya waktu di Kuala Lumpur, dari ketua UMNOBahagian Pemuda, Bapak kalau mahu tinggal di sini, kamimenjamin. Siapa saja jangan mengganggu Bapak. Jikalau kalaumahu pulang, carilah jalan sendiri.

    Sudah kontak dia pada kita, padahal dia belum mengambilpengetahuan kita. Cuma bicara-bicara macam ini.

    Kalau mahu tetap tinggal di sini.Saya bilang, Walau bagaimanapun, saya harus pulang.Kalau Bapak tetap mahu pulang, carilah jalan sendiri.

    Perhubungan seluruh Malaya ini tak ada.Memang itu rencana saya. Terus minta visa di Kedutaan Siam di

    Kuala Lumpur. Itulah kami sampai di Dungun, di Terangganu itusepekannya sampai orang tak belanja. Sepekannya berkumpulwaktu itu. Kami sambil mencari duit sama si Nasir dulu; jual ubatsegala macam di kereta saja. Semua sekali pada datang melihatkeanehannya pengetahuan ini; gerak-mengerakkan ini. Sampai diKelantan. Sampai di Golok. Di Golok hanya semalam saja. Asalkeluar saja dibatasnya, bukan? Jambatan saja, antaranya (border).Dari Golok, baru saja kami terus ke Narathiwat.

    * * *

    Sehingga kita jumpa lagi, dapat saya hendaknya kesan-kesanyang menggembirakan. Bukan ertinya lebih dulu menggembirakansaya, menggembirakan pada perjalanan diri sendiri hendaknya.Ertinya ada sampai dapat dipergunakan, pakai ilmu pengetahuanini, yang mana telah diterima dari kami ini, kan? Untuk garis-garisyang telah kami tunjukkan tadi, ertinya baik-membaikkan. Danrenungkanlah. Merenunglah ke dalam. Berfirasat mengenai benda

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I 18

    kita ini.Dia, kataku, dan keluar antara engkau dengan saya pula. Ya

    dak? Dan jangan berbuat, berbuat atau berlaku atau membawagerakan yang tidak menentu, yang mungkin dianggap orang takbenar. Dan jangan pula menyebabkan dengan gerak-geri kita iniyang orang belum tahu, yang tak mengerti, sampai menyebabkanorang itu berdosa oleh kerananya juga.

    Apa itu macam? Sembahyang itu macam?Segala macam, ya dak? Orang tak mengerti, kan berdosa juga

    lantaran dia nggak (tidak) tahu?Jadi, kita cinta kepada perdamaian. Jangan pula dengan ini kita

    putus kasih sayang kita antara tetangga sampai bermusuhan, yadak? Dan buktikanlah akan kebenaran tadi, pada masyarakat di luardari alam kita sendiri, dengan perbuatan, bukan dengan percakapan.Kalau dengan percakapan sudah banyak orang bijak sudah; pandaibicara. Dia tahu ini itu semua, tetapi kenyataan tidak mempunyaiyang boleh diketengahkan. Hanya tahu.

    Dan adakanlah senantiasa pengakuan untuk mendapatpengakuan. Renungkanlah; siapa yang mengadakan pengakuan?Kepada siapa pengakuan diadakan? Dan dari siapa pengakuandiperdapat? Kalau umpamanya saya sebagai Bapak, sebagai guru,buat mengadakan pengakuan buat saya, itu salah! Tak betul! Itulah,renungkanlah saya bilang: Siapa yang mengadakan pengakuan?Kepada siapa pengakuan diadakan? Dan dari siapa pengakuandiperdapat? Sebab itu satu di antara hikmah yang terkandung dalamDua Kalimah Syahadah tadi. Kesaksian, bukan? Dan pengakuan.Adakanlah pengakuan untuk mendapat pengakuan. Kepada siapapengakuan diadakan? Dan dari siapa pengakuan diperdapat?Renungkanlah. Renungkan. Renungkan. Renungkan.

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I19

    Perjalanan kami ini mengadakan pengakuan, untuk mendapatpengakuan. Kami mengadakan pengakuan, untuk mendapatpengakuan. Kami adakan pengakuan terhadap Tuhan yang kamisembah, kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.,dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah tadi. Kesaksian.Pengakuan. Dan, kami tidak mengharapkan pengakuan dari Tuhandatang. Oh Jibrail akan disuruh pula mendatangi saya. Memangtelah diakui. Tidak!

    Itu yang saya bilang; dari siapa pengakuan itu diperdapat? Bagikita sebagai manusia biasa, kan hanya tanda-tanda? Ibarat kitamelihat ke matahari sudah begitu condong, tanda-tanda akanterbenam itu matahari, bukan? Ibaratnya kita mengetahui sepintaslalu, betulkah ada Tuhan itu. Kita keluar dari rumah ini, kita tengoksegala-galanya, sampai dapat kita meresapkan akan kebesaranTuhan tadi, yang tak segala-galanya yang nampak pada kita, yangtak boleh manusia membuatnya. Di waktu sunyi sepi kita keluar,kita perhatikan alam sekeliling, sampai automatis hendaknyaterkeluar ucapan dari mulut kita, Allahu-Akbar! Memang Tuhanitu Maha Besar!

    Sekarang baru pula tanda-tanda, akan adanya Tuhan tadi kitaperdapat. Betul tak? Itu tanda-tanda.

    Jadi, saya tegaskan lagi, adakanlah pengakuan untuk mendapatpengakuan. Siapa yang mengadakan pengakuan? Kepada siapapengakuan diadakan? Dan dari siapa pengakuan diperolehi,diperdapat? Cuba renungkan. Renungkan. Renungkan. Insya-Allah.Mudah-mudahan dapat difahami, kepada yang kami tujuhendaknya, dalam mencari kebenaran, dan demi kebenaran ini.

    Memang kebanyakan, tempoh-tempoh kami bicara secarabayangan, bukan? Ya tak?

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I 20

    Secara sindiran, dan segala macam itu kebiasaan kami,katanya.

    Itu, tanggapan kita, kecerdasan kita menangkap. Sebab, yangdikatakan ilmu yang mendalam ini macam itu. Boleh tanyalah samaahli. Tetapi, kalau ini air mahu disuapin, itu budak kecil sudahboleh. Bukan berilmu namanya lagi.

    Ini nasi. Makan!Kenyang perut, ya dak?Tetapi tahukah, nasi sebelum jadi nasi, dia padi tadi. Ditumbuk

    pula baru jadi beras. Tahukah tadi, sebelum padi apa dia? Ini yangkita fikir. Tahukah kita tadi, siapa kita sebelum kita ini? Siapa kita,sebelum ada ini? Bagaimana kita dijadikan? Bagaimana kita,bagaimana keadaan kita? Di mana kita? Ini yang hendak dikaji.Renungkan. Renungkan. Renungkan. Renungkanlah.

    * * *

    Dan kiranya, begitu sudah cukup saya rasanya, bukan?Penerangan-penerangan, penjelasan dan segala-galanya?

    Bila engkau melupakan Aku, Aku akan melupakan engkaupula.

    Dan kira cukuplah sampai di sini dulu, bukan? Dan kalau Tuhanmengizinkan, mungkin berjumpa pula kita.

    Dan kalau ada kesempatan atau apa, bukan? Tidak sulit agaksulit sedikit kerna ini garis umum namanya, kan ya dak? Yang kamisampaikan ini. Mana yang ada musykil sikit-sikit itu apaumpamanya, datang siang hari satu sama satu. Kan saya katakan,renungkanlah. Renungkanlah. Renungkanlah. Adakanlahpengakuan untuk mendapat pengakuan: Siapa yang mengadakan

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah I21

    pengakuan? Kepada siapa pengakuan diadakan? Dari siapapengakuan diperdapat? Itu kan pelik-pelik, sulit semuanya?Renungkan. Renungkan. Renungkan.

    Macam kami bilang; mudah-mudahan sampai kepada yangdituju, kepada yang dimaksud. Insya-Allah.

    Cukuplah kita di sini dulu, ya dak? Mudah-mudahan membawakesan hendaknya, kesan yang menggembirakan, kesan yangmengisi jiwa masing-masing, akan mengisi batin masing-masing,akan mengisi rohani kita masing-masing. Dan ikut kelancaranjalannya ilmu pengetahuan kita ini.

    Kami sudahi dengan Assalamualaikum waRahmatullahiWabarakatuh.

    Selesai Februari 1978OMQ TUDM Tanah Merah, Jitra, Kedah

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    23 Kuliah II

    KULIAH II

    Johor Bahru13 September 1973

    Dari ilmu pengetahuan ini, ertinya kalau kami tadinya mencariTuhan dengan tujuan hendak mengadukan hal kami, satu hal,perkara yang bukan-bukan, yang terjadi: Dikatakan, kami yangsalah, atau kami yang bersalah. Bahkan kami dihukum dengantidak diadili. Bahkan sampai membawa korban yang takdikehendaki.

    Akan tetapi kenyataannya, dalam pengalaman perjalanan kami,dalam hal ini badan diri saya, umpama untuk mencari-Nya, denganpengalaman-pengalaman dengan cubaan-cubaan, denganbandingan-bandingan dan segala-galanya. Ertinya semakin dekatsaya dalam perjalanan untuk menemui Tuhan, mendekatkan dirikepada Tuhan tadi, semakin terasa-lah sama saya, ertinyakebodohan saya.

    Kebodohan, saya katakan. Ertinya, yang saya menganggap itu

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah II 24

    hal yang terjadi, itu peristiwa, itu perkara yang telah terjadi bagibadan diri saya, keluarga saya, famili saya dan sebagainya, yangsangat besar saya rasakan, akan tetapi, di kala saya berjalan denganjalan-Nya, pada jalan-Nya untuk menemui-Nya, semakin dekatsaya kepada-Nya, semakin tidak ada, saya berasa. Sampai sayamalu kepada diri saya sendiri. Ertinya, itu perkara yang sangat beratrasanya bagi seorang manusia macam saya ini, rupanya, di sisiTuhan tak ada ertinya sedikit juga.

    Belum seberapa, kata-Nya. Tak ada erti sedikit juga.Akan tetapi, kalau saya tahu tadinya, bahawa Tuhan rupanya

    hendak merubah nasib saya, perjalanan hidup saya, kedudukan sayaatau sebagainya, bukan?

    Kalau saya katakan lagi, kalau saya tahu tadinya, tentu sayatidak akan mencari-Nya untuk mengadukan hal saya, saya katakan.

    Akan tetapi, begitulah. Saya dengan sangat hati-hati dan telitidan segala macam. Macam saya katakan tadi; semakin dekatkepada-Nya, saya semakin tidak ada lagi. Bahkan kalau boleh sayalanjutkan perkataan saya ini, di Hadirat-Nya saya tidak ada sedikitjua. Betapa pula saya akan mengadukan hal saya, umpamanya yangsaya anggap sangat berat, sangat tidak patut yang telah diperbuatorang-orang yang tertentu yang tidak senang kepada saya, bahkansampai menjadi korban saya katakan, ertinya pada-Nya, di sisi-Nya,di Hadirat-Nya tadi, suara pun tak dapat saya keluarkan. Sangatmalu saya rasanya. Seolah-olah macam saya katakan tadi, yangsaya anggap sangat berat, yang tak terpikul bagi seorang manusiamacam badan saya yang kurus kering ini, bukan? Tetapi di Hadirat-Nya, tidak ada erti sedikit juga. Tetapi Tuhan itu Maha Pengasih,Maha Penyayang, Maha Mengetahui akan segala-galanya. Diberi-Nya pula saya kudrat dan iradat dan tenaga. Tujuan saya yang

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    25 Kuliah II

    semula tadi hendak menemu-Nya, hendak mengadukan hal saya,hendak meminta keadilan, bertukar berbalik menjadi ingin hendakmengetahui rahsia-Nya yang Maha Besar tadi.

    Dan begitulah dalam perjalanan saya menemui-Nya ataumencari-Nya dengan berliku-liku, dengan zahir dan batin, sayamengembara. Mula-mulanya seluruh Pulau Sumatra. Belakangan(kemudian) Jawa. Bahkan sampai ke Malaysia sini. Malaysia sini,Malaysia sini, kalau tak salah saya masuk tahun 1960. Bahkansampai berulang-ulang sampai sekarang ini. Saya membanding dansegala-galanya. Bahkan di mana saya pergi, tak ada yangmenyalahkan ilmu pengetahuan ini. Saya banding kepada alimulama, kepada ahli tarekat, kepada datu-datu (dukun: Minang),kepada bomoh-bomoh, kepada pawang-pawang dan segalanya.Ertinya kalau sama bomoh-bomoh, pawang-pawang, tentu kitadalam perjuangan cara ilmu pengetahuan. Terhadap ahli tarekatatau orang ulama, ertinya mengukur dalam-dangkalnyapengetahuan yang ada pada kita. Tetapi insya-Allah, mudah-mudahan, pengalaman-pengalaman yang sudah. Bukan sayamembanggakan atau sebagainya, bukan? Ya! Dari segi kebenaran,dari segi kebenaran, dan demi kebenaran yang pula yang saya cari,di pihak alim ulama, di pihak ahli tarekat, belum ada sayamenjumpai yang bahawa apa yang telah saya perbuat ini, apa yangsaya perdapat ini, dengan jalan pengetahuan gerak danmengerakkan ini, atau menghidupkan yang mati, mencari barangyang hilang; tidak ada di pihak orang yang benar terutama ahlitarekat mengatakan, bahawa ini pengetahuan ini tidak betul.Bahkan mereka itu kagum. Bahkan mereka itu sangat hairankatanya. Saya yang masih muda katanya kan, sudah dapatmencapai. Ertinya ilmu pengetahuan yang dalam dan tinggi dan

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah II 26

    lain sebagainya, dan lain sebagainya.Tapi segala-galanya itu saya tidak menerimanya terus saya

    menyombongkan diri saya. Terus saya menjadi sombong. Tidak!Melainkan bertambah insaf saya. Bertambah saya yakin akanadanya, akan kebenarannya pengetahuan ini. Dan bermacam-macam pulalah yang telah saya alami di segi kebatinan, di segikeghaiban. Dan saya selidiki. Saya kaji. Saya selidiki lagi, bukan?Ilmu Tuhan ini yang begitu banyak cabang-cabangnya, ranting-rantingnya atau lain-lain sebagainya, maka saya pilihlah ilmu yangtermasuk, terkandung dalam rahsia-Nya iaitu Sirrullah. Disebutkerap di bidang rahsia-Nya, dengan ertinya tidak ada cakap, macamkita tadi. Bergerak terus. Bergerak terus. Bergerak. Bergerak.Tetapi melakukan sesuatu untuk sesuatu.

    Jadi ilmu ini sebenarnya, apa yang telah saya kupas, apa yangtelah saya perdapat atau bagaimana telah saya jalankan, ertinya,bertitik-tolak dari diri kita sendiri di dalam, bukan dari luar. Ertinyasaya sendiri orang yang pertama dalam hal ini, tidak ada yangmembuka, bahkan telah terbuka dengan sendirinya. Itu saya tidaktahu, bukan?

    Ini bagi saudara-saudara sekarang, ertinya melalui Jamil (HajiJamil Samad) atau melalui saya sendiri. Ertinya dibuka; dimasukirumah ini dulu, sampai engkau tadinya yang terkurung di dalam,sampai boleh dapat keluar melalui pintu-pintu yang tertentu.Sampai menghasilkan gerak dan pergerakan pula.

    Bahkan, macam-macam yang terjadi waktu pembukaan. Adayang sujud. Ada yang menangis. Ada yang meratap. Ada juga yangbersilat dan segala macam. Tetapi kebanyakan yang saya alami,menangis! Kenapa? Dia yang terkurung, yang terkongkong selamaini, dia yang memberi aliran kehidupan di dalam badan diri kita, dia

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    27 Kuliah II

    yang diamanahkan Tuhan kepada badan diri kita masing-masing,dia yang akan kembali kepada Tuhan, dia yang datang langsungdari Tuhan secara original, dia pula yang akan kembali ke Hadirat-Nya, seolah-olah selama ini, dalam kita menjalankan kehidupanmasing-masing, tak pernah dibawa ikut serta dalam segala-galatindak-tanduk laku perbuatan kita. Dia sebagai orang dalam, dapatmerasakan kemahuan orang di luar, akan tetapi apa daya orang takmahu mengenalnya. Si badan tidak mahu mengenal akan dirinyasendiri. Padahal di situlah letak, letaknya segala rahsia-rahsia-Nyaatau rahsia Tuhan.

    Dan begitulah kami ertinya saya dalam hal ini, saya ingin orang-orang, bukan? Macam saya pula hendaknya. Saya ingin manusia-manusia yang banyak ini mendapat pula macam apa yang sayatelah perdapat. Kalau saya berasa bahagia, bukan? Kalau saya rasabahagia, gembira atau berjaya dengan pengetahuan ini, denganadanya pengetahuan ini, saya ingin pula supaya tiap-tiap umat, tiap-tiap manusia, kalau boleh hendaknya, kalau dapat akan menerimapula dan menjalani pula atau akan meniru jalan saya ini ataumembawakan jalan saya ini, supaya dapat pula merasakankebahagiaan zahir dan batin.

    Jadi, ini Ilmu Mengenal Diri Sendiri. Orang-orang pandai,orang-orang bijak dahulu mengatakan, mengenal diri mengenalTuhan, yang sulit betul ertinya. Untuk memasuki badan ini, untukdapat menemui dia itu yang terletak terahsia pula di badan dirimusendiri. Dia ada tetapi tidak ada. Tetapi mustahil dia tidak ada!Kalau tidak ada, tentu tidak hidup! Kita tak boleh hidup.

    Dia berasal, datangnya dari yang Tiada Ada pula. Tetapimustahil Dia tiada ada! Sebab segala-gala yang ada ini. Apa yangada ini? Bulan, bintang, bumi, langit, lurah, bukit, gunung dan

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah II 28

    sebagainya, dan sebagainya, dari Dia datangnya. Dia yangMengadakan. Tetapi Dia Yang Maha tadi semua segala-galanya,Yang Maha Besar tadinya, Yang Maha Kaya dan Maha darisegalanya, macam saya katakan tadi, Dia Ada tetapi tidak ada.Jangan salah pengertian. Tidak ada dalam pandang kita sebagaiseorang manusia, ya dak? Kita ini orang. Ada, sekarang. Orang,positif. Tetapi, itu saya katakan mustahil Dia tidak ada. Kalau Diatidak ada, tentu tidak akan ada pula yang ada ini. Begitu pulalah,apa yang langsung diberikan-Nya kepada kita di dalam badan kitaitu yang terahsia letak-Nya. Itu pun juga dia ada tetapi tidak ada.Tetapi mustahil dia tidak ada!

    Buktinya? Kalau dia pergi, atau si anu, si anu telah meninggalkatanya, tidak? Kan apa ertinya badan ini? Tetapi, kalau dia adanampak pada diri kita, tentu kita boleh pegang, Jangan dahulupergi! Ya tak? Inilah rahsianya: rahsia diri. Akan tetapi jangansampai salah anggapan. Pernah juga orang-orang tarekat-tarekatdulu-dulu, yang sudah sampai ke sana, sampai dia mengatakan,Ana al-Haq! Akulah itu kebenaran! Ertinya, Akulah itu Tuhan.Itu salah! Sebab dia ada tetapi tidak ada pula; ada pada sebutan tapitidak ada pada kenyataan. Tapi mustahil dia tidak ada! Tapi dia itubukan Tuhan. Bukan anak Tuhan! Tapi datangnya dari Tuhan.

    Jadi, kalau dari Tuhan datangnya, dia ada secara sifat Tuhanjuga. Tetapi tak ada pada kenyataan, dapat kita memahami garisbesarnya keluar kita pelajari ilmu tauhid, akan ketuhanan dariTuhan, tadi. Sifat-sifat sembilan puluh sembilan (99) tadi semuasekali; tak ada yang tak ada pada-Nya. Tak ada pula yang tak akanjadi pada-Nya dan segala-galanya. Padanya itu pun, tak ada pulayang tak ada, tak ada pula yang tak akan jadi.

    Sebab apa? Kalau yang Maha Besar itu Satu dari Sesuatu,

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    29 Kuliah II

    kesatuan tidak? Maka dia ini juga sesuatu dari yang Satu.Mengerti? Walaupun sedikit, tetapi dia sesuatu dari yang Satu; dariYang Esa. Tinggal kita lagi hendak memecahkan itu rahsia; rahsiayang terkandung padanya.

    Jadi walaupun dia kecil seperti dikatakan tadi, tetapi segala-galasifat-sifat ketuhanan dari Tuhan; dari Yang Maha Esa, itu yangkecil itu juga tak ada pula yang tak ada padanya! Tetapi dia bukanTuhan! Yang Tuhan tetap Maha Besar, Maha Esa mengenai sesuatudari sesuatu.

    Setelah kami dalam hal ini, dapat memecahkan rahsia dari dirisendiri tadi, sampai mendapatkan aliran gerak, sampaimendatangkan pancaran melalui saluran-saluran yang tertentu,maka kami pelajarilah daya-daya dari tenaga-tenaga ini. Olehkerana sifatnya ghaib; terasa tetapi tak nampak, kan begitu? Adatetapi tidak nyata, maka itulah dititik-beratkan pengetahuan ini,namanya ilmu ghaib dari Yang Maha Ghaib.

    Kebolehan-kebolehan ini, kalau kita katakan Tuhan ituPengasih, Penyayang, adakah sifat kasih-sayang padanya atautidak? Kita uji kepada si polan. Kita bawakan saja gerak ini,mungkin datang kasih sayang pada diri kami. Betul tidak? Ini ilmu-Nya yang terahsia. Kalau Dia Pengampun dan segala macamnya,macam saya katakan. Tetapi, walaupun kita tahu akan sifat Tuhanyang sembilan puluh sembilan (99) tadi, bagi kita yang sedikit,berpendirian kepada yang sedikit yang itu tadi, bukan? Ertinya kitabikin, kita adakan percubaan-percubaan, eksperimen kebolehan-kebolehannya tadi baru menjadi kenyataan. Tahu saja tetapi tidakberbuat, tak akan jadi. Tahu bisa untuk mengubat, katanya kan,kalau tidak kita lakukan tak akan jadi, ya dak? Begitu pun jugaertinya, macam dibawa bersilat dan sebagainya.

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah II 30

    Tetapi, persoalan bagi diri saudara-saudara sekarang, bahawatelah mempunyai ini, bukan memikirkannya lagi. Itu jangan keliru.Tadi memikirkan bagaimana supaya dapatkan ilmu pengetahuanyang dalam, yang tinggi dan sebagainya, yang gagah ataubagaimana. Sebab dengan pengetahuan ini, cuba saja baca, YaJabar! Ya Jabar! barangkali ribut, goncang rumah ini! Ya Jabarapa ertinya? Kira kekuatan di sana, tidak? Tetapi bagi orang yangbelum ada terbuka pintu, belum didirikannya, fikiran saja begitu,besar juga, gagah juga.

    Jadi, dengan tunjuk kita ini, Diam! kata kita, dia pasti diam.Jadi, kalau kita boleh memahami, dapat memahami akan

    kebolehannya, segala-galanya itu, sudah tentu kita adakaneksperimen, kita adakan percubaan-percubaan dan sebagainya.Harus kita ambil satu kesimpulan lagi hendaknya, macam sayakatakan tadi; jangan sampai menyombongkan diri. Jangan sampaimendabik dada. Jangan sampai berkata keras atau sombong. Sebab,apalah ertinya kita sebagai seorang manusia di sisi Tuhan macamsaya katakan tadi? Kita hanya satu titik saja - seorang hambahendaknya kita, dalam erti yang sebenarnya. Erti hamba terhadapTuhan, iaitu abdi. Mengabdi kepada Yang Maha Esa, kepada YangMaha Besar.

    Tugasnya seorang hamba tadi, bukan? Macam seorang hambadari istana, kan menjalankan kewajipan, ya tidak? Begitu pula,apalagi terhadap Tuhan? Seorang hamba Allah, maka duduklah diadi sana sebagai seorang hamba Allah, menjalankan kehidupan bagibadan diri sendiri sebelum dia memancar keluar, apa tidakmenjamin jalannya kehidupan kita di dalam? Sebelum tembus pintuuntuk keluar macam kita sekarang ini? Setelah keluar, maka kitaturutkan. Ertinya lebih bebas, lebih besar ruang bergerak baginya

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    31 Kuliah II

    tadi. Dan di situlah letaknya pancaran dalam pancaran tadi,pancaran yang berisi.

    Yang kiri dan kanan? Ya, siapa pula? Ini kalau kiri, lain rasanyakalau kita tunjuk macam itu. Kan? Kalau ditunjuk juga lain, tidak?Yang kiri terasa lain, kan? Panas atau bagaimana? Dengan kananini, nggak lain?

    Itu rahsia di badan diri kita juga letaknya, dan segala-galanya,segala-galanya. Tetapi, dalam titik berat dalam pengetahuan inikami latih atau berlatih. Dilatih katakannya, kelincahan seluruhpergerakan kita hendaknya; kaki, tangan, badan, keseluruhanlincah. Itu yang penting. Gunanya, sewaktu kita bila perlu atau biladikehendaki, dia automatik saja. Ini Kudratullah.

    Soal ini soal mengenal lagi, bukan memikirkannya lagi. Soalmengingat. Pergi bekerja ke mana saja, membawa bas kalau kitadrebar ingat saja; ada atau tidak, dia. Jalanlah. Kalau apa-apa, diabangun itu sendiri. Mahu berkelahi, ingat saja dia dengan tenang.Tak usah kita bicara, cakap padanya tidak ada. Orang pukul,terserah. Tetapi ingat saja padanya. Dia sendiri. Tetapi, adakalanyapula nanti baru dia bersuara sendiri, barangkali.

    Jangan! Jangan! katanya.Jadi dalam pembawaan hari-hari, bukan? Macam kita di pasar,

    di office apa-apa, kita tidak bergerak macam ini? Tidak, kan? Kandi rumah kita berlatih memperlancar jalannya seluruh gerak denganpergerakan badan diri kita keluar dan ke dalam. Dan sekaligus itubanyak anu yang telah kita perbuat dan lakukan; memperbaikidiri kita kalau sakit, menolak bala yang akan datang, kalau ada.

    Jadi bukan macam ilmu orang; diingat dahulu apa akan dibacakalau menghadapi itu, supaya tunduk. Tidak ada sama kita.Bagaimana kalau berkelahi? Apa yang akan dianukan? Tidak ada.

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah II 32

    Ingat saja padanya dan ikut saja. Dia sendiri bersedia. Biar kita daribelakang. Dicuri (dipukul curi) orang, dia automatik juga. Jadi,gerak ini akan diperlincah, diperingan, biar kaki tangan semuanya.

    Dalam mengubat juga kita tenang. Ertinya kita cuba-cubamengubat kita tenang. Kita cubalah minta air sejuk segelas. Lepasitu, kita tenang. Kita tenung si sakit macam ini, bukan? Diaautomatik saja. Walaupun kita tengok belum ada reaksinya apa-apasegala-galanya. Yang kita saja berjalan, berbuat. Sebab, inikekuasaan yang ghaib semua sekali apa yang akan terjadi.

    Cuba kita fikirkannya, kita ini tak pandai. Kita bukan seorangdoktor. Orang datang mengubat (minta ubat), apalah yang hendakdikasi (diberi)? Kita dengan apa yang ada pada kita. Dengan tenagaghaib ini, ilmu ghaib dari Yang Maha Ghaib. Dia datang bukan?Ikut saja. Kita tengok bagaimana dia. Di situ kita mencaripengalaman.

    Jadi, makanya sengaja saya terangkan ini, saya kupaskan ini,ertinya supaya tahu betul dari mana titik-tolaknya ilmupengetahuan kita ini dan ke mana saudara-saudara kami bawa. Dansebagai seorang Islam yang bertuhankan kepada Allah yangberasulkan, bernabikan kepada Nabi Muhammad s.a.w., itu pokokmodal kita sebagai orang Islam, itu makanya Dua KalimahSyahadah dasarnya. Sebagai seorang Islam saya katakan tadi, dandalam segi ilmu pengetahuan Dua Kalimah Syahadah tadi kalaudipecah, maka asal-usulnya segala macamnya itu banyakmengandungi hikmah, banyak mengandungi hikmah, banyakmengandungi mukjizat.

    Pada taraf permulaannya, bukan? Muhammad tadi dulu,Asyhadu allaailaha il-Allah, katanya terhadap Tuhan.

    Dia mengadakan pengakuan dulu kepada Tuhan; naik saksi.

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    33 Kuliah II

    Setelah itu baru Tuhan tadi dengan Rahim-Nya, Rahman-Nya dansegalanya, bukan? Asyhadu anna Muhammad ar-Rasuulullah."

    Dalam erti dengan cara kita ini. Kalau kita kupas ertinya, Olehkerana engkau telah akui Aku, Aku akui engkau pula sebagaiRasul-Ku.

    Maka lahirlah itu Dua Kalimah Syahadah. Dapat faham? Dapatmengerti?

    Jadi, rahsia tadi satu pengakuan. Asyhadu allaailaha il-Allah;Wa-asyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah. Itu yang dibawaMuhammad sebagai manusia. Waktu itu di Alam Ghaib dari YangMaha Ghaib. Belum ada yang ada, hanya dua di waktu itu. Antaradia dan Aku, kata-Nya.

    Muhammad sebagai seorang manusia dilahir ke dunia. Tuhantetap pada tempat-Nya, dengan rahsia-Nya sendiri. Yang nyata diabawa ini Dua Kalimah Syahadah.

    Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad-arRasuulullah; Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasuulullah.

    Tapi hubungan dia dengan Tuhan tak putus. Jibril, tenaga ghaibyang ghaib, tidak? Begitu pula kita ini dengan ilmu ini. Dapatfaham?

    Jadi banyak ini malaikat-malaikat. Tetapi, jangan dianggap dirikita atau saya dalam hal ini, nabi! Tidak! Ilmu pengetahuan sayakatakan ini. Ilmu hikmah yang terkandung dalam Dua KalimahSyahadah tadi; iaitu satu pengakuan, pangkat dan martabat.Pengakuan dikatakan tadi, Naik saksi aku bahawa tidak yang laindisembah melainkan Allah. Bahawa Muhammad ar-Rasuulullah.

    Jadi kalau Muhammad mengakui Laa Ilaha illAllah, katanya,kan? Allah tadi, dengan Rahim dan Rahman tadi, saya katakan,Muhammad ar-Rasuulullah! kata-Nya, kan?

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah II 34

    Itu diberi-Nya pangkat, martabat yang tinggi. Kalau sudahRasul, sudah nabi, kita lihat perjalanan dari nabi Adam segalamacamnya, bukan? Kan di situ sudah banyak mukjizat yangdiberikan kepadanya?

    Jadi, kesudahan kita berpengalaman dengan pengetahuan ini,nanti akan terasa, akan menjadi suatu kenyataan, nanti itu mukjizat-mukjizat pula, yang aneh-aneh yang akan terjadi dalam tindak-tanduk perbuatan kita, terutama dalam bidang sosial atau dalambidang tolong-menolong. Bisa kita pergunakan. Kita pelajari. Kitaadakan testing, eksperimen segala macam, tentang kebolehan-kebolehannya, daya-daya tenaga ghaib tadi.

    * * *

    Sekarang saya belokkan sedikit.Kalau kita telah tahu dan dapat merasakan, saya katakan telah

    memancar pancaran melalui diri kita, terutama tangan kita yangdapat kita rasakan, apa terlebih dahulu yang akan kita lakukan?Ibarat seseorang yang tadinya, umpama menjalankan hukumansepuluh tahun dalam dalam jail, setelah pintu dibukakan baginyauntuk boleh pulang atau boleh keluar, ke mana dia mula pertamaakan pergi? Dapat kita bayangkan kiranya sewaktu dia dalam jailtadi tentu dia mulai insaf, sedar akan kesalahan-kesalahan. Bagiyang mahu insaf, bagi yang mahu sedar, berjanji tidak akan buatlagi, membikin (membuat) lagi yang tidak baik yang tidak elok.Akan tetapi saya mengatakan setelah pintu terbuka, atau bagi siorang yang baru keluar dari jail tadi, alangkah baiknya dia lebihdahulu, sebelum ke mana-mana, sebelum menemui kawan, sebelummenemui anak isteri, ibu bapanya dicarinya lebih dahulu. Untuk

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    35 Kuliah II

    apa? Untuk memohon ampun. Untuk segala-galanya, sebab segala-galanya, yang restu-restu dari ibu bapa ini yang sangat diperlukanbagi tiap-tiap seorang anak. Apalagi kalau dalam perjalanan-perjalanan yang salah yang sudah dilakukannya, yang sampaimembawa akibat menjalankan hukuman bagi badan dirinya.

    Akan tetapi, bagi diri kita yang di dalam tadi saya katakan, lebihdari itu lagi. Setelah pintu tadi telah terbuka, sebaik-baiknya kitaterus lebih dahulu fikiran kita, baru kita hadapkan ke Maha Esa,Yang Maha Esa tadi. Ingatkan saja begitu dengan sendiri tangan inibergerak ke atas.

    Jadi, orang ghaib tadi, tenaga ghaib tadi, dengan tidak dapatmerasakan ini lagi, di situ akan terasa nikmatnya, lazatnya tadimenemui Yang Maha Besar tadi. Ya! Dia akan pasti akandibawanya kita kalau kita antara lahir dan batin, berdiri waktu itu,bukan? Akan dibawa badan diri kita ini menyembah sujudmemohon ampun atau menangis segala-galanya.

    Jadi, saya tekankan itu. Ertinya, sebagai seorang macam tadiyang baru keluar dari jail, dari buangan, dari hukuman dansebagainya atau sebagai kita sekarang ini yang tadinya hubunganputus terhadap Tuhan, melalui badan diri kita ini setelah pintuterbuka, alangkah baiknya kita mengingat-Nya, kita menemui-Nya,dengan dia tadi, untuk memohon ampun dan selain-lainpermohonan. Mudah-mudahan, ertinya di saat itu kalau sampai pulaterjadi, Insya-Allah, tentu akan terjadi kalau yakinmembawakannya akan berjumpalah antara yang dikasihi denganYang Mengasihi, antara kekasih dengan Yang Maha Pengasih.

    Ini! Dapatlah membayangkan itu, lagi apa-apa mestinya,seterusnya, dan lain-lain sebagainya.

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah II 36

    * * *

    Akan tetapi, saya ingin pula menerangkan juga supaya menjadiperhatian atau menjadi, menjadi, menjadi ingatan atau bagaimanaya? Apa yang saya berikan ini, apa yang saya alirkan ini, apa yangsaya bukakan ini, saya katakan, ini ilmu pengetahuan yangberdasarkan Dua Kalimah Syahadah.

    Perjalanan tadi saya kupas dari permulaan tadi, jangan nantidiselok-belokkan, disangkut-pautkan pula dengan agama. Ini ilmupengetahuan. Nanti macam-macam saja orang akan mencari helah.Macam-macam saja orang mencari kelemahan kita nanti, sebabsaya yakin betul nanti umpamanya, bukan? Walaupun ilmu ini ilmuDua Kalimah Syahadah, mungkin banyak, mungkin ada di antarakita atau banyak di antara kita nanti, tidak nampak sebagai seorangIslam oleh orang ramai nanti. Melakukan tugas sebagai seorangIslam ertinya sembahyang, puasa atau sebagainya. Oleh keranadikatakan berdasarkan Dua Kalimah Syahadah tentu dibawa orangkepada agama, syariat dan segala macamnya. Itu maka sayatekankan, ini ilmu pengetahuan. Saya tekankan betul ini ilmupengetahuan. Sebagai seorang yang beragama Islam, ituberdasarkan Dua Kalimah Syahadah. Tetapi kalau urusan agama,bukan? Soal rukun lima, rukun iman yang enam perkara, segalamacam, bukan? Itu sudah tentu kembali kepada ulama-ulama, yadak? Penghulu-penghulu. Itu yang berwenang (berkuasa) yangkewajipannya pula itu memberi penerangan dan sebagainya.

    Ini ilmu pengetahuan; ilmu sains katanya kan dan sebagainya,yang cuma di bidang metafizika, dalam ilmu kedoktoran, dalamilmu philosophy (falsafah) segala macam. Ini ilmu pengetahuan.Saya tekankan lagi, ilmu pengetahuan. Ertinya dalam hal ini bukan

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    37 Kuliah II

    pula saya menyuruh atau mengatakan atau menganjurkan tak apatak sembahyang. Itu salah. Ertinya, kerjakan suruh, hentikan tegah!Tetapi, saya bawa ini perjalanan saya di bidang ilmu pengetahuan.Untuk apa? Ertinya setelah kita dapat memahami kebolehan-kebolehannya dan lain sebagainya, dapat pula ini ilmu membantukita, menolong kita, menokok-menambah, kalau kita kekurangandalam penghasilan di bidang kehidupan, untuk bisa menolak yangpantas ditolak yang tidak baik, untuk bisa menjadi, menjadi kitanaik pangkat atau naik kedudukan, naik pandang orang pada kita,dan sangat banyak lagi kebolehan-kebolehan dan kegunaan-kegunaannya

    * * *

    Ya! Bagaimanalah saya akan mengatakan lagi? Rasanya, cumayang saya takutkan, ertinya, saya ingat betul, jangan nanti dipersoalorang nanti; antara agama dengan ilmu pengetahuan ini? Sebab inimungkin nanti kalau orang lihat kelemahan kita di sana di situ,orang akan menyalahkan pengetahuan.

    Katanya Dua Kalimah Syahadah, tetapi tak nampak ituitu.itu katanya.

    Ini! Harus hati-hati. Ini ilmu pengetahuan.Tetapi pengalaman saya, saya katakan tadi, ertinya sebagai

    seorang Islam, saya juga saya banding sama ulama-ulama besar.Biar yang faham tua atau muda, saya bersoal-jawab denganmereka-mereka itu. Dengan ahli tarekat juga. Belum ada yangmengatakan ini tidak betul, katanya. Belum ada saya dapatjawapan, bahkan kagum mereka itu! Mengakui, akan tinggi dandalamnya.

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah II 38

    Jadi, melalui ini juga, terutama bagi yang baru, ertinya kita harusberani pula mencari pengalaman dengan apa yang telah ada melaluitangan kita masing-masing. Cari pengalaman saya katakan atausaya anjurkan, bukan? Ya dak? Berbuat baiklah sesama manusia,dengan memakai, menggunakan, mengamalkan, pengetahuan ini.Sebab apa? Dapat manusia tadi merasakan hikmahnya, dankiramahnya ilmu pengetahuan kita ini, yang saya katakan tadi, yangmengandung mukjizat-mukjizat.

    Kepadanya terletak ini, Sirata allatheena anAAamtaAaalayhim; ghayri almaghdoobi Aaalayhim, wala alddalleen.

    Di waktu Nabi Yaakub dahulu memohon kepada Tuhan, setelahdia mendapat khabar dari anaknya, bahawa anaknya yang dicintaidisayanginya, Nabi Yusuf, bukan? Dikatakan oleh saudara-saudaranya diterkam oleh serigala, padahal dia dibuang masuksumur (perigi). Masuk peti. Di situ, Nabi Yaakub tadi, bapanyatadi, memohon kepada Tuhan, Ihdina alssirata almustaqeem,katanya. Tunjukkilah kami jalan yang lurus, jalan yang benar.

    Maka diperdapatlah, oleh kerana doa-doa dari bapaknya tadi,Nabi Yaakub.

    Sirata allatheena anAAamta Aaalayhim; Iaitu jalan yang telahpernah ditunjuk kepada orang-orang dahulu; jalan yang lurus tadi,lagi benar. Ghayri almaghdoobi Aaalayhim; Yang tidak dimurkai.Wala alddalleen; Dan tidak pula sesat.

    Jalan yang berpetunjuk, yang telah ditunjukkan, jalan yangberpetunjuk, yang berisikan, jalan yang berisi, yang tidak dimurkaidan tiada pula sesat.

    Lambat-laun nanti, insya-Allah, mudah-mudahan kalau telahdapat merasakan betul, mengalami dan segala macam, bahawajumpa pula saya katakan tadi, pancaran. Di belakang akan menjadi

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    39 Kuliah II

    jalan bagi kita, akan turut nanti jalan lurus, jalan Sirataalmustaqeem tadi. Itu akan membenarkan nanti akan kata-katasaya, ini yang berisikan mukjizat-mukjizat yang tidak dimurkai, dantiada pula sesat. Ertinya bersambung kepada yang tidak dimurkaitadi. Setelah Nabi Yusuff, bukan? Tidak dimurkai iaitu Nabi Musa.Yang tidak sesat iaitu kata Nabi Isa a.s..

    Ameen! kata dalam Fateha. Penutup.Ini, ilmiah saya kupaskan ini. Cara ilmiah ilmu pengetahuan.

    Jadi kiranya dapat memahami, dapat mengerti dan dapat tahu sudahhendaknya pada malam ini, keterangan-keterangan saya ini,bahawa titik-tolak dari pengetahuan kita ini dari dalam diri kitasendiri, bukan dari luar. Dapat merasakan bahawa dia terasa keluar;itu dari pancaran dari badan kita, dia memancar. Jangan hendaknyasampai seolah-olah dari luar datangnya, dalam pendirian kita.

    Dan lain tidak, ya! Setelah keluar, maka kita turutkan. Ertinyalebih bebas, lebih besar ruang bergerak baginya tadi. Dan di situlahletaknya pancaran dalam pancaran tadi; pancaran yang berisi.

    * * *

    Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam sebagai seorang manusiadilahir ke dunia. Tuhan tetap pada Tempat-Nya, dengan rahsia-Nyasendiri. Yang nyata, dibawa ini Dua Kalimah Syahadah.

    Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad-arRasuulullah; Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasuulullah.

    Tapi hubungan dia dengan Tuhan tak putus. Jibril, Tenaga Ghaibyang ghaib, tidak? Begitu pula kita ini dengan ilmu ini. Dapatfaham?

    Jadi banyak ini malaikat-malaikat.

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah II 40

    Tetapi, jangan dianggap diri kita, atau saya dalam hal ini, nabi!Tidak!

    Ilmu pengetahuan. Saya katakan, ini ilmu hikmah yangterkandung dalam Dua Kalimah Syahadah tadi; iaitu satupengakuan pangkat dan martabat. Pengakuan dikatakan tadi.

    Naik saksi aku bahawa tidak yang lain disembah melainkanAllah.

    Bahawa Muhammadar Rasuulullah.Jadi kalau Muhammad mengakui Laa Ilaha illAllah, katanya,

    kan? Allah tadi, dengan Rahim dan Rahman tadi, saya katakan:Muhammadar Rasuulullah! kata-Nya, kan?Itu diberi-Nya pangkat, martabat yang tinggi. Kalau sudah

    Rasul, sudah nabi, kita lihat perjalanan dari nabi Adam segalamacamnya, bukan? Kan di situ sudah banyak mukjizat yangdiberikan kepadanya?

    Jadi, kesudahan kita berpengalaman dengan pengetahuan ini,nanti akan terasa, akan menjadi suatu kenyataan, nanti itu mukjizat-mukjizat pula, yang aneh-aneh yang akan terjadi dalam tindak-tanduk perbuatan kita, terutama dalam bidang sosial, atau dalambidang tolong-menolong. Bisa kita pergunakan. Kita pelajari. Kitaadakan testing, eksperimen segala macam, tentang kebolehan-kebolehannya, daya-daya tenaga ghaib tadi.

    Jadi, saya tekankan itu. Ertinya, sebagai seorang macam tadiyang baru keluar dari jail, dari buangan, dari hukuman, dansebagainya, atau sebagai kita sekarang ini yang tadinya hubunganputus terhadap Tuhan, melalui badan diri kita ini pintu terbuka,alangkah baiknya kita mengingat-Nya, kita menemui-Nya, dengandia tadi, untuk memohon ampun, dan selain-lain permohonan.Mudah-mudahan.

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    41 Kuliah II

    Ertinya, di saat itu kalau sampai pula terjadiInsya-Allah. Tentu akan terjadi.Kalau meyakinkan membawakannya, akan berjumpalah antara

    yang dikasihi dengan Yang Mengasihi, antara kekasih dengan YangMaha Pengasih.

    Ini! Dapatlah membayangkan itu, lagi apa-apa mestinya,seterusnya, dan lain-lain sebagainya.

    Akan tetapi, saya ingin pula menerangkan juga supaya menjadiperhatian atau menjadi, menjadi, menjadi ingatan atau bagaimanaya? Apa yang saya berikan ini, apa yang saya alirkan ini, apa yangsaya bukakan ini, saya katakan, ini ilmu pengetahuan yangberdasarkan Dua Kalimah Syahadah.

    Perjalanan tadi saya kupas, dari permulaan, tadi. Jangan nantidiselok-belokkan, disangkut-pautkan pula dengan agama. Ini ilmupengetahuan. Nanti macam-macam saja orang akan mencari helah.

    Macam-macam saja orang mencari kelemahan kita nanti, sebabsaya yakin betul nanti umpamanya ilmu ini, ilmu Dua KalimahSyahadah mungkin banyak, mungkin ada di antara kita, ataubanyak di antara kita nanti, tidak nampak sebagai seorang Islamoleh orang ramai nanti. Melakukan tugas sebagai seorang Islam,ertinya sembahyang, puasa atau sebagainya. Oleh kerana dikatakanberdasarkan Dua Kalimah Syahadah, tentu dibawa orang kepadaagama, syariat dan segala macamnya. Itu maka saya tekankan, iniilmu pengetahuan. Saya tekankan betul, ini ilmu pengetahuan.Sebagai seorang yang beragama Islam, itu berdasarkan DuaKalimah Syahadah.

    Jadi, melalui ini juga, terutama bagi yang baru, ertinya kita harusberani pula mencari pengalaman dengan apa yang telah ada melaluitangan kita masing-masing. Cari pengalaman saya katakan, atau

  • D R . B A G I N D O M U C H T A R

    Kuliah II 42

    saya anjurkan, bukan? Ya dak?Hendak berbuat baiklah sesama manusia, dengan memakai,

    menggunakan, mengamalkan, pengetahuan ini. Sebab apa?Dapat manusia tadi merasakan hikmahnya, dan kiramah-nya

    ilmu pengetahuan kita ini, yang saya katakan tadi, yangmengandung mukjizat-mukjizat.

    Dan, ya lain tidak, dikehendaki ialah pengalaman, keberaniandalam mencari pengalaman, dan jauhi sifat takbur dan sombong,dan buktikanlah kepada orang banyak akan kebenaran ilmupengetahuan kita ini dengan amalan-amalan yang kita perbuat,supaya mereka-mereka itu mudah-mudahan, kalau kita, apanamanya itu kalau kita sudah bisa membawakan barang modalkita ini, orang-orang lain pun dengan berhadapan dengan kita diaitu terbangun juga. Sebab apa? Yang kecil tadi pada kita, jadi besarsudah dengan cara kita bergerak itu. Jadi, kalau kita berhadapandengan orang lain, dia terbangun. Dia terkejut melihat kita. Ertinya,itu itu dia terkejut melihat, tertarik dia sudah. Itu maka sayakatakan sebab-sebabnya, saudara-saudara tertarik kepada ilmu kamiini. Dia ingin pula, tanpa disedari oleh mereka-mereka itu. Jadi,batinnya tadi kalau berdekatan kita, dia bangun. Ini cara kitabergerak. Berlatih. Berlatih sendiri itu juga memperbesarkan jiwa,memperbesar diri, memperbesar. Itu! Jadi, padanya, di antaranyaertinya sangat, di antaranya daya tarik yang luar biasa pula, danbukan multipisu (?). Lebih dari itu!

    Ertinya kalau seseorang kena karan, hentam dengan barang kitaini, mati itu karan. Saya sudah cuba. Bahkan ditembak petir juga.Tangan kena, terus tidak bisa begini, bukan, sore ini?