Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
-
Upload
rosdi-ramli -
Category
Documents
-
view
717 -
download
6
Transcript of Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
ABSTRAK
Bagi mengisi keperluan negara, pendidikan memainkan peranan penting dalam
membangunkan modal insan berkualiti yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik
malahan juga cemerlang dari segi sahsiah. Menyedari tentang kepentingan ini, kami dari
Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), kelas Elektif Sains
Seksyen 1, Badminton Seksyen 2 telah diarahkan menjalankan pertandingan badminton
dengan menerapkan Kemahiran Insaniah di kalangan peserta yang bertujuan sebagai medium
di peringkat masyarakat luar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang relevan ke arah
pembangunan sahsiah dan kesukanan setiap peserta. Salah satu usaha yang dijalankan oleh
kami adalah menganjurkan pertandingan badminton. Program pertandingan ini melibatkan 15
orang guru dari sekolah-sekolah yang berdekatan. Hasil daripada maklumbalas peserta
didapati program ini berjaya mencapai objektifnya dalam menerapkan kemahiran insaniah
serta memantapkan semangat kesukanan peserta dalam aktiviti berkenaan. Akhirnya, dapatan
menunjukkan bahawa program pertandingan berupaya menjadi wadah dalam menerapkan KI
dan seterusnya berjaya menyediakan peserta dalam menghadapi dunia global kelak.
Kemahiran Kerja Berpasukan
Kemahiran berpasukan juga melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain
daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama. Menurut
Yeop Hussin (2006), kerja berpasukan melibatkan agihan kuasa kepada kumpulan kecil
kakitangan supaya mereka dapat menjalankan tugas atau projek dengan berkesan. Di samping
itu, setiap pasukan mempunyai ketua yang merangka gerak kerja dan mengawasi tindakan ahli
pasukan supaya matlamat organisasi dapat dicapai. Menurut Yeop Hussin (2006) lagi, antara
elemen yang perlu ada mencerminkan ciri-ciri kerja berpasukan ialah kepimpinan sebagai
ketua, keanggotaan sekumpulan kecil kakitangan atau ahli, rangkaian hubungan erat dan
berkesan, cara menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat yang jelas.
Individu yang memimpin sesebuah pasukan perlulah bersifat adil, saksama dan
mampu menguasai suasana tegang, berusaha meredakan konflik dalam pasukan serta
mempunyai pertimbangan berkaitan kesan tindakan ke atas pasukan dan ahli. Ahli dalam
pasukan perlulah bersedia melaksanakan tugas dan arahan, menyumbang idea,
bertanggungjawab dan aktif dalam membuat perancangan serta tindakan. Jalinan hubungan
antara ketua dan ahli pasukan penting ke arah mewujudkan kerjasama dan persefahaman.
Saling memahami peranan dan tugas masing-masing dapat melahirkan keadaan bertolak ansur
dan toleransi antara ketua dan ahli, serta sesama ahli pasukan. Hubungan yang akrab dapat
membina persahabatan, rasa hormat dan saling mempercayai. Kerja berpasukan menekankan
kata sepakat dan persetujuan apabila sesuatu keputusan atau cadangan pembaharuan
dikemukakan. Kerja berpasukan melatih perkongsian idea dan pendapat untuk menyelesaikan
kesulitan yang timbul. Konflik yang berlaku pula perlu diselesaikan dengan hati yang
terbuka. Kerja berpasukan mampu berada pada landasan yang tepat apabila matlamat yang
ingin dicapai dalam pasukan dinyatakan dengan jelas. Ia juga secara tidak langsung dapat
menyedarkan ahli mengenai tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan (Yeop
Hussin, 2006).
Menurut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006), kemahiran berpasukan
melibatkan:
i. Kebolehan untuk membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja
secara efektif bersama untuk mencapai objektif yang sama.
ii. Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua
kumpulan dan ahli kumpulan.
iii. Kebolehan mengenal dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain.
iv. Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha
kumpulan.
Kerja berpasukan penting bagi meningkatkan mutu kerja, mengambil keputusan dan
menyiapkan tugas yang telah diberikan. Menurut Yeop Hussin (2006) antara faedah kerja
berpasukan adalah penggunaan sumber yang saksama, perkongsian pengetahuan dan
pengalaman, pengukuhan organisasi, penambahbaikan prestasi kerja, semangat, kepuasan dan
motivasi bekerja.
Secara keseluruhannya, bagi memastikan program ini berjaya, kebanyakkan aktiviti-
aktiviti yang dijalankan memerlukan ahli pasukan berkerja secara berkumpulan. Antaranya
ialah melakukan penyelarasan ketika menyiapkan program, menyediakan minit mesyuarat
sebelum program untuk menyelesaikan masalah yang diberikan, perbincangan dan penilaian
oleh rakan dalam kumpulan dan mereka perlu mempertahankan idea-idea utama dalam projek
mereka semasa sesi pembentangan. Dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan, para pelajar
secara tidak langsung telah mengaplikasikan kaedah-kaedah berikut:
• Kebolehan membina hubungan baik,
berinteraksi dengan ahli kumpulan dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk
mencapai objektif yang sama.
• Kebolehan memahami dan mengambil peranan,
bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan.
• Kebolehan mengenali dan menghormati sikap,
kelakuan dan kepercayaan orang lain. Hasil projek ini secara amnya adalah daripada
idea kritis setiap kumpulan dan kerjasama untuk mengendalikannya.
Kemahiran Kepimpinan
Selain dari melaksanakan pertandingan ini secara berkumpulan, ahli jawatankuasa pelaksana
telah diwujudkan yang terdiri daripada kumpulan kami bagi memastikan kelancaraan
pelaksanaan program pertandingan badminton ini. Setiap jawatankuasa pelaksana akan
melantik seorang ahli untuk menjadi ketua. Tugas ketua adalah membuat pemerhatian semasa
menjalankan projek dan ketua tersebut akan dinilai oleh rakan ahli dalam kumpulan. Dalam
aktiviti-aktiviti yang dijalankan, para ahli secara tidak langsung telah mengaplikasikan
kaedah-kaedah seperti berikut:
• Pengetahuan tentang teori asas kepimpinan.
• Kebolehan untuk memimpin kumpulan.