KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual...
Transcript of KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual...
KOD KURSUS
HHHC9301
NAMA KURSUS
PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
SET 42 (SESI 2014/2015)
TUGASAN
PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR
NAMA PENSYARAH
CIK NOORDEYANA BINTI TAMBI
NAMA PELAJAR
NORHAYATI BINTI ZOLKEPLI A 145422
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
2
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)
PENGENALAN
Ilmu merupakan keperluan utama manusia pada alaf 21 ini, malah jika seseorang itu hidup
tanpa ilmu didada, ianya di anggap mundur dan ketinggalan. Oleh itu, tidak pelik jika di
Malaysia juga ramai golongan akhir dewasa masih lagi menuntut ilmu di universiti mahupun
membuat kajian sama ada ilmiah ataupun tidak kerana mereka sedar akan kepentingan
pembelajaran sepanjang hayat (PSH) penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Definisi
untuk pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah pencarian ilmu pengetahuan untuk
peribadi ataupun profesional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi
sendiri. Ianya berfokuskan kepada pembelajaran formal dan tidak formal untuk
membangunkan kebolehan dan meningkatkan kualiti hidup secara berterusan. PSH boleh
berlaku di mana-mana sahaja untuk mendapatkan ilmu sama ada secara langsung ataupun
tidak langsung.
Konsep yang digunakan dalam PSH adalah manusia dilahirkan tanpa maklumat tetapi mereka
dibekalkan dengan pancaindera untuk belajar mencari ilmu atau maklumat. Firman Allah
yang bermaksud :
“ dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu
pun dan Dia memberi kamu pendenganran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur ”
(Al-Quran, An-Nahl. 16:78)
Jadi adalah wajib kepada kita untuk menuntut ilmu dan mencarinya agar dapat mencari
kebenaran dalam kehidupan ini.
3
SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan
Kerajaan terdiri daripada Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah
dan Pendidikan Lepas Menengah. Umum mengetahui di Negara kita kanak-kanak se-awal
usia empat tahun sudah diberikan pendidikan formal pada tahap awal di mana ianya
ditempatkan di Prasekolah bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.
Kemudian, murid meneruskan pembelajaran di Sekolah Rendah di mana kursus pengajian
pada peringkat ini direncanakan kepada murid yang berusia tujuh tahun tetapi untuk murid
yang berkecuali (boleh tamat awal) ianya boleh menerima pendidikan se-awal usia lima ke
enam tahun. Jenis sekolah yang ditubuhkan adalah terdiri daripada sekolah kebangsaan dan
sekolah jenis kebangsaan.
Seterusnya di peringkat sekolah menengah pula, pendidikan yang disediakan adalah bagi
murid yang telah tamat mengambil pendidikan rendah. Peringkat ini terdiri daripada
menengah rendah dan menengah tinggi. Bagi tingkatan satu dan tiga ianya berada di
peringkat menengah rendah manakala peringkat seterusnya berada di menengah tinggi.
Pendidikan menengah adalah terdiri daripada sekolah akademik, sekolah teknik dan
vokasional dan sekolah kebangsaan agama. Kemudian pendidikan lepas menengah adalah
pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan rendah
dan menengah. Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula
adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah
Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.
4
PSH adalah saluran pembelajaran sepanjang hidup yang utama bagi seseorang individu, oleh
itu sistem pendidikan negara berjalan bermula daripada peringkat prasekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah, pra universiti dan seterusnya pengajian tinggi untuk memberi peluang
kepada masyarakat untuk menjalani PSH ini. Malah PSH merupakan tonggak ketiga dalam
pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada
pendidikan asas dan pendidikan ketiga negara. Program PSH adalah agenda utama negara
dalam pembangunan modal insan. Berdasarkan Pelan Induk PSH untuk Malaysia 2011-2020,
fokus diberi kepada kumpulan sasaran yang berumur antara 15 hingga 64 tahun
memandangkan kumpulan tersebut merupakan golongan rakyat yang masih proaktif dan
produktif bagi memaju dan membangunkan ekonomi negara.
PSH yang dilaksanakan oleh IPT menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh,
pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior learning) dan
penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri. Asas
penubuhan dan kepentingan Projek Agenda Kritikal (CAP) Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH) adalah bagi membudayakan PSH dan memperkasakan program dan aktiviti PSH
melalui:
Peningkatan kesedaran dan penyertaan PSH
Pewujudan mekanisme dan infrastruktur yang dapat memudah cara serta memberi
pengiktirafan dan akreditasi PSH
Penyelarasan program PSH oleh semua institusi / agensi di bawah KPT agar tiada
pertindihan program dan aktiviti
Penggalakan perkongsian sumber dan infrastruktur dalam melaksanakan PSH
Sokongan kewangan dan insentif yang sewajarnya
Pemantauan program aktiviti PSH secara berkala
5
PERBEZAAN SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR
Pendidikan amat penting dalam kehidupan kita di muka bumi ini malah ianya boleh menjadi
salah satu faktor untuk menentukan kluster dalam masyarakat. Semua Negara mempunyai
sistem pendidikan yang tersendiri bagi membekalkan ilmu kepada generasi baru, akan tetapi
dengan perbezaan sistem yang diguna pakai membuatkan hasil dan prestasi juga berbeza.
Dalam tajuk di atas saya akan menghurai perbezaan sistem pendidikan dan cara pembelajaran
antara Malaysia dengan Negara luar iaitu Indonesia dan Finlandia. Kajian telah dilakukan
untuk menentukan sistem pendidikan Negara manakah yang paling bagus dan hasilnya
menunjukkan bahawa Negara Finlandia mempunyai sistem pendidikan yang mampu
meningkatkan prestasi pembelajaran muridnya. Oleh itu, bagaimana pula sistem pendidikan
kita di Malaysia dan juga perbezaannya dengan Negara-negara lain? Justeru itu saya akan
menghuraikan dengan membahagikan kepada 6 pekara iaitu :
1. Peringkat persekolahan
2. Sistem peperiksaan
3. Tenaga pengajar
4. Jenis sekolah
5. Masa pembelajaran
Pekara-pekara ini akan memperjelaskan bagaimana Negara-negara luar menguruskan
pelajarnya dengan menggunakan sistem pendidikan di Negara masing-masing. Saya akan
mengulas bagaimana cara di kedua buah Negara ini dan kemudian membezakannya dengan
sistem yang diguna pakai di Malaysia.
6
1. PERINGKAT PERSEKOLAHAN
Indonesia : Kanak-kanak diberi peluang mendapatkan pendidikan asas seperti rangsangan
dan sebagainya daripada usia mereka dilahirkan sehingga 6 tahun dikenali sebagai
Pendidikan Anak Usia Dini. Ini adalah pilihan ibubapa dan tidak diwajibkan sebagai satu
langkah awal untuk mendedahkan anak kepada bidang pendidikan. Bermula pendidikan
formal se-awal umur 7 tahun di Sekolah Dasar (SD) selama 3 tahun kemudian dilanjutkan
lagi Sekolah Menengah Pertama (SMP) selama 3 tahun dan Sekolah Menengah Atas (SMA)
juga selama 3 tahun tempoh pendidikan.
Finlandia : Berbeza di Negara ini, kanak-kanak lambat memulakan alam persekolahan
berbanding Negara lain. Kanak-kanak di Finlandia bersekolah seawal usia 7 tahun, mereka
tidak dibenarkan mengikuti ‘playgroup’ ataupun pendidikan awal yang formal. Pemerintah
Finlandia memberi arahan kepada ibubapa kanak-kanak untuk melaksanakan Pendidikan
awal di rumah. Alasannya karana dari bayi hingga usia 6 tahun adalah masa yang kritis untuk
tahap awal perkembangan anak.
PERBEZAANYA DENGAN MALAYSIA
Negara kita mewajibkan pendidikan seawal usia 7 tahun di sekolah rendah. Murid secara
keseluruhannya wajib mendapatkan pendidikan selama 11 tahun sebelum membolehkan
layak menuntuk pendidikan di peringkat tinggi seperti Matrikulasi, Asasi, Politeknik dan
universiti. Sistem pendidikan kita hampir sama dengan Indonesia kerana sebelum
mendapatkan pendidikan formal ramai ibubapa yang menghantar anak-anak ke taska dan
pusat asuhan yang memberi pendidikan awal. Sebaliknya dengan Finlandia, yang melarang
kanak-kanak mendapatkan pendidikan awal di institusi tetapi ditugaskan ibubapa untuk
memberi dan merangsang perkembangan minda kanak-kanak.
7
2. SISTEM PEPERIKSAAN
Indonesia : Di Indonesia juga mempunyai sistem peperiksaan untuk menilai prestasi pelajar
bahkan untuk menaiki kelas yang lebih baik juga perlu menempuhi ujian akhir tahun dengan
cemerlang sama seperti di Malaysia. Peperiksaan penting untuk kelulusan SD,SMP,SMA
dikenali sebagai ujian nasional (UN), tapi sekarang semenjak 2014 ianya ditukar menjadi
US/M (ujian sekolah/ madrasah) di peringkat SD. Manakala untuk SMP dan SMA masih
tetap sama iaitu UN.
Finlandia : Sistem pendidikan Finland tidak mempunyai ujian piawai yang tetap. Maksudnya
mereka tidak mempunyai ujian piawai seperti SPM, PMR ataupun UPSR yang terdapat di
Malaysia. Pelajar di Negara ini tidak perlu untuk mengikuti ujian tingkat nasional, kecuali
ketika mereka mahu melanjutkan kuliah di pendidikan yang tinggi. Finlandia tidak mengikut
GERM (Global Education Reform Movement) yang menekankan pendidikan ke arah
kompetisi dan persaingan. Sesi pembelajaran di sekolah berjalan dengan tenang tanpa ada
persaingan antara murid.
PERBEZAAN DI MALAYSIA
Di Negara kita, UPSR,PMR dan SPM menjadi tunggak untuk mengukur aras kecemerlangan
murid-murid dalam pendidikan. Jika mereka mendapat keputusan yang bagus, semakin cerah
peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran di MRSM ataupun sekolah berasrama penuh
(SBP) di peringkat Sekolah Menengah. Lain pula dengan sistem Findlandia kerana tiada ujian
sehinggalah umur mereka 16 tahun. Mereka tidak mahu memberi tekanan kepada pelajar
kerana pada usia yang awal seperti 12 tahun (UPSR) misalnya, kanak-kanak mungkin belum
lagi matang untuk menempuhi ujian yang diadakan dan mungkin mereka tidak tahu lagi
bahawa peperiksaan itu adalah sesuatu yang penting untuk membolehkan guru-guru menilai
prestasi mereka.
8
3. TENAGA PENGAJAR
Indonesia : Guru- guru yang diambil untuk mengajar di peringkat sekolah Dasar dan
Menegah adalah mereka yang tinggi pendidikannya daripada tahap pendidikan yang mereka
mahu mengajar. Tiada tahap yang kursus yang dikenakan kepada seorang guru itu untuk
menjadi seorang pendidik.
Finlandia : Kebanyakkan guru mereka terdiri daripada pelajar yang cemerlang. Kelayakkan
seorang guru adalah Sarjana. Maksudnya mereka mempunyai kelayakkan lebih tinggi
daripada ijazah. Guru-guru Finlandia adalah guru-guru dengan kualiti terbaik dengan
pelatihan terbaik. Profesion guru sendiri adalah profesion yang sangat dihargai dan dihormati
lebih daripada seorang doktor mahupun peguam walaupun gaji mereka tidaklah terlalu besar
tetapi status mereka amat dihormati masyarakat kerana menjadi seorang pendidik.
PERBEZAAN DI MALAYSIA
Negara kita juga tidak kurang bezanya dengan Indonesia di mana rata-rata tenaga
pengajarnya mempunyai pendidikan pada tahap yang seadanya. Kebanyakkan guru-guru di
sekolah rendah dan menengah adalah guru-guru yang diserap masuk daripada Maktab
Perguruan dan UPSI kerana institusi ini berfokus untuk melahirkan pendidik kepada bangsa
Negara. Jika tenaga pengajar kita diwajibkan untuk memiliki tahap pendidikan yang tinggi
pastinya mutu dan kualiti pendidikan yang diberikan juga berbeza kerana ilmu mereka lebih
tinggi dan pengalaman juga banyak untuk disuaikan kepada murid.
9
4. JENIS SEKOLAH
Indonesia : Murid-murid di sana juga mempunyai ‘private school’ yang rata-ratanya adalah
daripada golongan elit. Pemakaian uniform mereka juga tidak sama dengan kanak-kanak di
SMP dan SMA yang lain. Peraturan juga agak bebas dan tidak terikat sangat dengan
peraturan yang telah ditetapkan.
Finlandia : Tiada sekolah swasta di Finland, kerana bagi mereka semua orang berhak
mendapat peluang yang sama. Sekolah mereka menempatkan semua kanak-kanak tanpa
mengikut kelas sosial dan ekonomi. Walaupun ada di antaranya daripada keluarga yang
berada tetapi tiada layanan istimewa kepada kanak-kanak ini. Semuanya dilayan sama rata di
sekolah dan mendapat hak-hak yang sama serta berkongsi fasiliti yang sama dengan kanak-
kanak yang berada dikelas pertengahan dan bawahan.
PERBEZAAN DI MALAYSIA
Kita di Malaysia terdapat ‘private School’ di mana semua sedia maklum ianya adalah untuk
mereka yang dari golongan elit. Ibubapa mahukan layanan dan fasiliti selengkapnya untuk
anak mereka mendapatkan pendidikan. Jadual harian mereka juga berbeza daripada sekolah
kebangsaan biasa. Bahkan unifom persekolahan mereka juga berbeza daripada murid-murid
lain. Ini membuatkan murid-murid di sekolah biasa berasa rendah diri dan tahu akan tahap
mereka lebih rendah daripada golongan ini. Jika jenis sekolah di Negara ini sama seperti
Findlandia, maka tiada timbul soal perbezaan kelas kerana kanak-kanak memiliki peluang
yang sama untuk menuntut ilmu.
10
5. MASA PEMBELAJARAN
Indonesia : Cara dan sistem di Negara ini lebih kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru
mengajar di hadapan kelas, akan tetapi murid di dalam sesebuah kelas itu agak padat iaitu
seramai 40 orang murid. Ini membuatkan guru sukar mengawal pelajar dan input yang ingin
disampaikan juga pasti tidak dapat diperoleh sepenuhnya oleh para pelajar. Keadaan kelas
tidak kondusif kerana sempit dan panas untuk murid menuntut ilmu. Mereka juga diberikan
kerja rumah sebagai tugasan selepas waktu persekolahan.
Finlandia : Anak-anak Finlandia tidak perlu pulang ke rumah dengan membawa tugas.
Mereka tidak diberikan kerja sekolah. Ini kerana masa yang luar daripada sekolah digunakan
untuk kanak-kanak menumpukan kepada aktiviti yang mereka minat seperti sukan, muzik dan
sebagainya. Suasana di sekolah juga sangat kondusif dengan murid seramai kurang daripada
20 orang murid di dalam satu kelas. Ini memudahkan guru untuk fokus kepada mengawal
murid serta menyebabkan usaha menyampaian ilmu itu berhasil.
PERBEZAAN DI MALAYSIA
Waktu persekolahan di sekolah rendah bermula seawal 7.30 pagi dan pulang pada 1.10
tengahari malah semakin lewat apabila pendidikan semakin tinggi. Kemudian pelajar
dibekalkan dengan kerja rumah yang banyak bergantung kepada guru masing-masing.
Seterusnya jika ada kokurikulum, pelajar diwajibkan hadir agar mencapai matlamat Negara
untuk melahirkan belia yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum. Ditambah lagi
dengan ibubapa yang mahukan anak-anak lebih berjaya dengan menghantar mereka ke kelas
tuisyen pada waktu malam. Murid merasakan bebanan dengan tiada masa untuk membuat
aktiviti kesukaan mereka sendiri kerana aktiviti dan jadual harian yang padat. Tidak mustahil
statistik Negara menunjukkan ramai belia kini yang berada dalam kemurungan akibat gaya
kehidupan yang sibuk pada usia yang muda lagi. Di saat waktu mereka mahu mengenali
11
dunia tetapi ianya dihalang dengan memikul tanggungjawab dan bebanan dek kerana
mahukan kecemerlangan yang dipupuk kepada mereka untuk sentiasa bersaing. Jika di
Finlandia peluang diberikan kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti dan hobi mereka
pada peringkat perkembangan mereka berbeza sekali dengan hal nya di Negara kita.
KESIMPULAN
Kesimpulannya mengenai perbezaan sistem pendidikan di Malaysia dengan Negara Indonesia
dan Finlandia berdasarkan pendapat saya adalah di Malaysia suasana dan sistem nya lebih
kurang sama dengan Indonesia tetapi sangat ketara dengan Finlandia. Sistem peperiksaan
untuk kenaikkan kelas dan menentukan hala tuju pelajar ntuk peringkat seterusnya memberi
tekanan kepada pelajar. Pada saya murid yang berusia 12 tahun kebawah di mana tahap
kematangan mereka belum lagi mengizinkan mereka untuk membuat pilihan terpaksa
mengikut syarat yang ditetapkan dalam sistem pendidikan kita untuk mereka mengambil
UPSR. Dengan isu baru-baru ini bahawa soalan bocor UPSR dan menyebabkan mereka perlu
mengulangi ujian memberi tekanan kepada pelajar. Apa yang merisaukan adalah jika mereka
tidak mampu mengatasi tekanan mereka pada usia yang awal akan membawa mudarat kepada
diri mereka ditambah pula harapan yang dirasakan bebanan yang diharapkan oleh guru dan
ibubapa untuk mereka cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu, pembahagian kelas mengikut
kepandaian membuatkan kanak-kanak yang lemah akan terus lemah. Ini kerana mereka
berada dipersekitaran di mana kanak-kanak yang lain disekeliling mereka juga kurang pandai
dan tidak mahu belajar. Sedikit sebanyak faktor ini akan mempengaruhi yang akhirnya
mereka akan kekal berada di kepompong itu tanpa ada usaha untuk meningkatkan lagi
pencapaia kendiri.
12
ISU PEMANSUHAN UPSR DAN PMR
Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan supaya pelajar di negara ini menduduki
hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan. Tan Sri Muhyiddin Yassin,
menjelaskan cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem
pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan kepada peperiksaan menyebabkan
matlamat melahirkan modal insan yang utuh serta mempunyai keterampilan diri yang tinggi
gagal dicapai.Bagaimanapun katanya, kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan,
tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan penilaian
pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja.
PENILAIAN :
KEBAIKAN PEMANSUHAN UPSR DAN PMR
1. Mengurangkan beban pelajar terutama murid di peringkat sekolah rendah
Sistem persekolahan yang terlampau memberi tumpuan kepada pencapaian akedemik yang
cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan jadual harian yang padat di sekolah di
tambah pula usaha ibubapa yang menghantar anak-anak ke pusat tuisyen pada waktu
malam,pasti sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada murid sedangkan mereka masih
belum matang untuk menyedari akan kepentingan sesuatu kejayaan itu yang akhirnya akan
memberikan tekanan dan beban kepada mereka. Menuntut ilmu daripada pagi disambung
pula di sekolah petang untuk belajar agama dan seterusnya tuisyen pada waktu malam pasti
meletihkan pelajar dan akhirnya mereka tiada masa untuk mengasah bakat mencari kebolehan
lain dalam diri.
13
2. Murid fokus kepada pembelajaran sepanjang hayat
Ilmu itu penting untuk menyuluh kehidupan seseorang, ianya lagi bermakna jika ilmu itu
dipraktikkan akan tetapi ianya semakin lapuk dek kerana murid kini menggunakan ilmu
hanya untuk ditulis dalam peperiksaan semata-mata. Ilmu itu akan dilupakan sehabis sahaja
peperiksaan, maka tiadalah wujud PSH di sini.Malah murid-murid kini kian cenderung untuk
menghafal ilmu tanpa memahami isinya kerana ingin lulus dalam peperiksaan agar mudah
dapat pekerjaan dengan gred yang cemerlang.
KEBURUKAN PEMANSUHAN UPSR DAN PMR
1. Kurang pengalaman untuk peperiksaan SPM
Jika dilihat kebanyakkan murid dapat membaiki prestasinya di peringkat PMR walaupun
keputusan semasa menduduki UPSR tidak begitu cemerlang. Ini kerana mereka baru mula
merasai pengalaman dan debaran semasa menduduki peperiksaan yang besar, oleh itu
peluang ke-dua itu digunakan sebaik mungkin untuk membaiki prestasi mereka. Jika UPSR
dan PMR dimansuhkan, maka murid akan berasa tekanan dan debaran yang teramat dek
kerana tiada pengalaman menduduki peperiksaan yang besar. Tegasnya, pengalaman pelajar
dalam peperiksaan amat penting untuk menjamin peningkatan bilangan pelajar yang
cemerlang dalam SPM.
2. Menjejaskan penilaian terhadap prestasi murid
Guru di sekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalan yang standart dan setaraf dengan
UPSR mahupun PMR. Mereka hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah
masing-masing sahaja untuk menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan pretasi
pelajar sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai
perkembangan pretasi pelajar dengan tepat.Jika peperiksaan pada tahap pertama diadakan,
kebolehan pelajar dalam 3M dapat dinilai iaitu membaca, menulis dan mengira. Justeru itu,
14
kebolehan pelajar dapat dinilai pada tahap awal dan jika mereka masih belum menguasai 3M
maka usaha pendidikan dalam kelas pemulihan dapat dikesan dan dijalankan pada peringkat
awal lagi.
3. Hilangnya budaya berdaya saing
Budaya saling bersaing penting dalam kalangan pelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian,
kerana budaya saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang mempunyai
keazaman yang tinggi untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, malahan
hal ini turut menjadi alternatif lain untuk memberi dorongan kepada pelajar lain supaya
mempertingkatkan pretasi mereka. Oleh itu, pemansuhan UPSR dan PMR akan
meninggalkan ujian bulanan sahaja untuk menilai pretasi pelajar. Kesannya, para pelajar
hilang semangat mahupun inisiatif untuk saling bersaing antara satu sama lain.
Tegasnya,pemansuhan UPSR dan PMR wajar dibatalkan supaya mengekalkan budaya saling
bersaing daripada lenyap semasa ketibaan SPM nanti.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pemansuhan UPSR dan PMR sememangnya meninggalkan kesan positif dan
kesan negatif kepada masyarakat khususnya dalam kalangan pelajar. Walaubagaimanapun,
keputusan memansuhkan atau mengekalkan kedua-dua peperiksaan itu belum
dimuktamadkan lagi. Sudah pasti ibu bapa mahu melihat alternatif lebih baik jika UPSR dan
PMR dimansuhkan. Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri MuhyiddinYassin
yang juga Menteri Pelajaran pada sesi penggulungan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RM Ke-10) di Dewan Rakyat iaitu memperkenalkan sistem pentaksiran berasaskan
sekolah(PBS) bagi mengganti sistem peperiksaan adalah antara pendekatan yang mungkin
diambil bagi memantapkan lagi sistem pendidikan Negara untuk melahirkan modal insan
yang berkebolehan.
15
INFO SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
PRESTASI PENDIDIKAN MALAYSIA KEDUA TERCOROT DI ASIA TENGGARA
PISA adalah sebuah Program Penarafan Mutu Pendidikan bagi Pelajar-pelajar 15 Tahun di
sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Organisation for Economic Corporation and
Development (OECD) yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia. PISA telah
menjadi Piawaian Antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu
sistem pendidikan sekolah di dunia. Dalam Program Penarafan Mutu Pendidikan ini, pelajar-
pelajar berumur 15 tahun akan dinilai untuk menguji Kemampuan dan Penguasaan pelajar
dalam 3 bidang utama iaitu Membaca, Matematik dan Sains. Negara terbaik adalah Finlandia
iaitu mantap sistem pendidikan yang dijalankan di Negara mereka.
Malaysia jauh ketinggalan daripada Singapura, akan tetapi pekara yang mengejutkan Negara
Vietnam lagi maju dalam bidang pendidikan dibandingkan dengan Negara kita. Sedangkan
jika di lihat dari segi pembangunan Negara yang maju, Negara kita lebih stabil daripada
mereka. Antara sebab kemerosotan pencapaian pelajar adalah diberi alasan kerana sikap
murid yang menganggap penilaian itu tidak serius, format soalan teks panjang yang
memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar dan keutamaan
guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding menerapkan pemahaman konsep
kepada pelajar. Kelemahan ini tidak boleh disandarkan kepada guru dan pelajar semata-mata
kerana sudah menjadi tradisi di Negara kita peperiksaan berdasarkan dasar-dasar yang
mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada
percambahan fikiran yang berbeza untuk pelajar berfikiran kritis mencari penyelelsaian
terhadap sesuatu permasalahan.Justeru beliau menggesa agar sukatan mata pelajaran diubah
bagi memberi penekanan kepada pemahaman konsep serta menggantung sistem Penilaian
Berasaskan Sekolah (PBS) bagi meneliti masalah-masalah sistem pendidikan.
16
RUJUKAN
1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 2012. Ringkasan Eksekutif.
m/s 3-46.
2. Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia. 1988. 71 Jilid XXXII Julai.Terbitan Jemaah
Nazir Sekolah Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Sri Murniati dan Al-Mustaqeem M Radhi. 2012. Reformasi Pendidikan di Malaysia.
Merentas Jalan Baru. Penerbit : IKD.
4. Hasan Basari. Abd. Samad. 2012.Sistem Penilaian Prestasi Pelajar. Universiti
Teknologi Malaysia.
5. Jenni Rikala dan Marja Kankaanranta. 2012. The Use of Quick Response Codes in the
Classroom.
6. Fatin Aliah Phang dan Mohd Salleh Ab. 2012. Faktor Penyumbang Kepada
Kemerosotan Penyertaan Pelajar Dalam Aliran Sains. Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan Universiti Sains Malaysia.
17
LAMPIRAN
SISTEM PEPERIKSAAN UPSR DAN PMR
18
SUASANA PEMBELAJARAN
FINLANDIA
Jumlah murid yang sedikit dan kondusif di dalam bilik darjah.
INDONESIA
Jumlah murid yang ramai dan sesak di dalam sebuah bilik darjah.
19
MALAYSIA
Ini lah Susana pembelajaran di bilik darjah di Malaysia.