k.muna 030915

download k.muna 030915

of 28

description

ffffff

Transcript of k.muna 030915

1.0 PENDAHULUAN1.1 PENGENALANSistem pendidikan di Malaysia merupakan satu sistem yang berusaha untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini akan dapat dilaksanakan sekiranya murid sekolah rendah dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang utama. Dalam konteks pendidikan di Malaysia khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, kemahiran menulis amat dititikberatkan.Walau bagaimanapun, masih terdapat kelompok-kelompok murid yang sukar untuk menguasai kemahiran asas ini atas sebab-sebab berkaitan dengan keupayaan intelak masing-masing. Justeru itu, Zalizan dan Khadijah (1993) menegaskan bahawa pemantauan dan peningkatan terhadap kanak-kanak perlu diberikan seawal mungkin. Atan Long (1978) telah merumuskan kepentingan menulis dari beberapa segi, iaitu untuk kegiatan sehari-hari, untuk kemajuan di sekolah, untuk rekreasi atau estetika, untuk pelarasan kendiri dan sosial kewarganegaraan. Kebolehan menulis penting untuk diperolehi oleh kanak-kanak di peringkat sekolah rendah kerana murid akan mempunyai peluang yang luas untuk berjaya pada peringkat yang lebih tinggi seperti menulis ayat dan menulis karangan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menguasainya.Oleh itu, sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu adalah menjadi tanggungjawab kita agar dapat menyediakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis yang menyeronokkan sesuai dengan aspek-aspek perbezaan individu(Krogh & Marilyn, 2000).1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Saya telah melaksanakan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya telah mendapati bahawa seramai tiga orang murid Tahun 2 tidak dapat menguasai kemahiran menulis perkataan yang melibatkan diftong dengan baik. Melalui pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan pada Ahad, 13 April 2015 saya mendapati bahawa penggunaan bahan konkrit sangat penting bagi membantu murid menguasai kemahiran yang lemah. Murid dilihat sangat seronok menggunakan bahan konkrit semasa pembelajaran dilaksanakan. Menurut Teori Pembelajaran Jean Piaget dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu, daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan fizikal individu. Oleh itu, teori ini perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat menulis perkataan diftong dengan mudah. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar adalah penting dalam membantu meningkatkan kefahaman murid dalam kemahiran yang diajar. Menurut Mohd. Dahalan Mohd Ramli dalam Hasnah Awang dan Habibah Mohd Samin (2012), alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja perkara atau benda yang diperlukan dan digunakan oleh guru untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan menarik. Bahan bantu mengajar yang dibina oleh guru perlulah sesuai dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan kepada murid bergantung kepada tajuk, kemahiran dan objektif yang telah ditentukan oleh guru. Bahan bantu mengajar dapat membantu murid menguasai kemahiran yang diajar. Saya sentiasa memikirkan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap kemahiran murid dengan mengambil kira keadaan persekitaran, kebolehan dan peringkat pembelajaran murid-murid supaya mereka dapat belajar dengan mudah dan seronok. Bahan bantu mengajar yang dibina oleh guru dapat memberi sumbangan dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid.

Saya telah menjalankan ujian diagnostik kepada murid tahun 2. Menurut Bahagian Pendidikan Khas, KPM (2003), ujian diagnostik merupakan satu ujian yang penting dalam Program Pemulihan Khas. Tujuan utama ujian ini dilaksanakan adalah untuk mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid dalam sesuatu kemahiran. Sehubungan itu, pelaksanaan ujian diagnostik amat penting dalam membantu guru merancang satu pengajaran yang khusus dan sistematik bagi mengatasi masalah pembelajaran murid.Berdasarkan analisis ujian diagnostik Bahasa Melayu, didapati bahawa terdapat 2 orang murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran menulis perkataan diftong. Setelah mengenal pasti daerah-daerah kelemahan dan kekuatan murid, saya telah merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan berbantukan alat bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Pada sesi pengajaran yang pertama, saya telah menggunakan slaid powerpoint yang berwarna-warni dan menarik serta mempunyai animasi yang menyeronokkan. Namun begitu, murid-murid masih gagal memahami dan menguasai kemahiranm menulis perkataan diftong dengan baik. Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Fromberg dalam Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakriah Syed Ahmad (2009), main adalah simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi intrinsik dan berperaturan. Bermain juga bertindak sebagai satu alat pemulihan, alat pengukuhan dan pengayaan selain dapat meningkatkan fokus dan minat murid dalam pembelajaran. Melalui kaedah bermain, saya dapat melihat murid-murid berminat dan fokus dalam pembelajaran. Murid-murid bukan sahaja bermain semata-mata malah belajar dan cuba mengukuhkan kefahaman dalam kemahiran yang diajar. Dengan kaedah permainan, motivasi dan minat murid dalam pembelajaran dapat ditingkatkan, namun dari segi penguasaaan pengetahuan dilihat kurang berkesan. Hal ini berlaku kerana murid lebih mementingkan keseronokkan bermain sahaja tanpa mengambil berat penguasaan kemahiran menulis dengan betul.

Setelah meneliti sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu juga saya telah menggunakan kaedah yang lain seperti pengunaan lembaran kerja. Walau bagaimanapun, murid gagal menjawab semua soalan pada lembaran soalan. Hal ini disebabkan aras soalan lembaran kerja yang kurang sesuai kerana terlalu sukar dengan tahap kognitif murid. Menurut Nik Siti Aminah (2011), setiap individu mempunyai intelek dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu, pengajaran yang dirancang perlu sesuai dengan tahap pelajar dan disokong dengan alat bantu mengajar bagi merangsang perkembangan potensi individu ke tahap maksimum.Saya juga mendapati bahawa murid tidak dapat menguasai kemahiarn menulis perkataan diftong dengan baik kerana saya jarang menggunakan bahan bantu yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Saya banyak menggunakan buku teks dan buku latihan linus sebagai bahan bantu utama sewaktu mengajar. Disebabkan saya telah melaksanakan rutin yang sama dan tidak pelbagai, murid berasa bosan dengan interaksi pengajaran yang dilalui sekaligus menyumbang kepada kurang fokus murid terhadap interaksi yang sedang berlangsung.Selain itu, saya juga mendapati bahawa saya banyak memberi penekanan kepada kemahiran membaca berbanding kemahiran menulis. Hal ini dapat dilihat pada rancangan pengajaran yang terdahulu dimana saya banyak merancang untuk mencapai objektif pengajaran yang berfokus kepada kemahiran membaca sehingga mengabaikan kepentingan menguasai kemahiran menulis dalam kalangan murid. Akibatnya, murid lebih mahir mengeja dan membaca perkataan berbanding menulis perkataan.Amalan pengajaran dan pembelajaran saya yang terdahulu juga agak membosankan. Saya amat jarang menyediakan aktiviti di dalam perancangan pengajaran dan lebih mengutamakan pengajaran yang berpusatkan guru. Hasil pemerhatian saya sewaktu pengajaran, murid tidak menikmati sesi pembelajaran dan sering mengantuk. Hal ini kerana pengajaran yang saya laksanakan terlalu berpusatkan guru dan murid hanya boleh melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara pasif. Akibatnya, murid tidak aktif menyuarakan pendapat, murid berasa tidak selesa dan takut-takut sewaktu belajar.Peribadi yang saya tampilkan juga agak garang kepada murid-murid berkenaan. Hubungan baik antara guru dan murid amat jarang berlaku. Saya dapati bahawa saya sentiasa meletakkan jurang antara guru dan murid sewaktu mengajar. Hal ini saya dapati telah mengakibatkan murid takut dengan guru malah murid berasa tidak selesa untuk bercakap dengan guru.Berdasarkan situasi-situasi tersebut, saya telah mengambil keputusan untuk mencari jalan penyelesaian dengan melaksanakan intervensi yang dapat membantu mengatasi masalah murid secara kekal. Dengan ini, saya telah bercadang untuk membina Pentas Kata bagi membantu murid meningkatkan kemahiran menulis perkataan diftong. Alat intervensi ini dibina dan diilhamkan daripada permainan domino dan digabungkan dengan penggunaan bahan konkrit.

1.3 PENGUMPULAN DATA AWAL Kesukaran murid dalam menguasai kemahiran menulis perkataan yang melibatkan diftong telah dapat dikesan melalui beberapa kaedah seperti pemerhatian, analisis dokumen seperti ujian diagnostik dan lembaran kerja serta temu bual.1.3.1 PEMERHATIANBagi mengumpul maklumat awal melalui kaedah pemerhatian, beberapa perkara telah diberi perhatian dalam penilaian untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Saya telah membuat pemerhatian terhadap murid-murid ketika saya sedang mengajar. Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran sebelum intervensi dijalankan. Hal ini adalah untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam kemahiran menulis perkataan yang melibatkan diftong. 1.3.2 ANALISIS DOKUMENAnalisis dokumen yang telah dilaksanakan ialah ujian diagnostik dan lembaran kerja. Ujian dilaksanakan bagi mengesan daerah kelemahan yang dihadapi oleh murid secara terperinci sebelum guru mula merancang strategi atau kaedah yang dapat digunakan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Analisis ujian diagnostik kemahiran menulis perkataan Bahasa Melayu dapat dilihat dalam jadual dibawah.RESPONDENANALISIS UJIAN DIAGNOSTIK KEMAHIRAN MENULIS

A5 / 10

B4 / 10

C5 / 10

Jadual 1 : Analisis ujian diagnostik kemahiran menulis.Kelemahan murid-murid ini telah dapat dikesan selepas pelaksanaan ujian tersebut. Murid tidak dapat menulis perkataan melibatkan diftong dengan baik. Murid menunjukkan kesilapan dengan menulis perkataan tanpa mengikut suku kata yang betul. Murid juga cenderung menambah dan meninggalkan huruf dalam penulisan. Malah ada murid yang tidak menjawab terus soalan yang terkandung dalam kemahiran tersebut.Lembaran kerja pula telah diberikan kepada murid pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Analisis lembaran kerja juga telah menunjukkan bahawa murid-murid kurang mahir dalam menguasai kemahiran menulis perkataan yang melibatkan diftong.1.3.3 TEMU BUALSaya telah menemu bual guru mata pelajaran, guru kelas serta guru mata pelajaran kerana mereka lebih mengenali masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut secara lebih dekat. Dalam kaedah ini saya telah menggunakan beberapa soalan yang melibatkan tingkah laku murid dan tahap pencapaian serta penglibatan murid semasa di dalam kelas. Hasil temu bual bersama-sama guru mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, kesimpulan yang dapat dibuat ialah murid tidak gemar menyiapkan latihan yang diberikan semasa berada di dalam kelas. Murid-murid sering tidak membawa buku latihan Bahasa Melayu ke sekolah dengan alasan terlupa padahal mereka tidak menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Selain itu, murid juga tidak memberi fokus yang sepenuhnya terhadap perkara yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Mereka akan membuat kerja sendiri seperti bermain pemadam, mengganggu rakan sebelah dan sebagainya.Murid-murid perlu memberi respon seperti kelas membosankan, guru terlalu garang, malas, lupa membawa buku serta tidak tahu menulis sebagai jawapan kepada sesi temu bual yang saya jalankan ke atas mereka.

2.0 FOKUS KAJIAN2.1 HURAIAN FOKUS KAJIANKajian penyelidikan ini akan berfokuskan kepada masalah murid Tahun 2 dalam menguasai kemahiran menulis perkataan yang melibatkan diftong. Dapatan daripada ujian diagnostik yang dijalankan, saya mendapati bahawa tiga orang murid Tahun 2 mempunyai masalah yang amat kritikal dalam penulisan perkataan yang melibatkan diftong. Untuk memahami dengan lebih lanjut masalah yang dihadapi oleh murid, saya telah membuat pemerhatian ke atas murid-murid tersebut. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, saya dapati murid tidak berminat dan mempunyai semangat motivasi yang rendah untuk belajar. Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, terdapat beberapa isu yang terlibat secara langsung dan berkait rapat dengan kajian. Antaranya ialah :2.1.1 KebolehtadbiranKebolehtadbiran kajian ini dilihat dari aspek cara mentadbir intervensi, tempat pelaksanaan intervensi, masa pelaksanaan yang sesuai untuk intervensi yang dijalankan dan bilangan murid yang terlibat sepanjang intervensi. Cara mentadbir intervensi ini adalah secara berperingkat iaitu murid akan diuji setiap kali tamat sesi intervensi. Selain itu, tempat pelaksanaan adalah di bilik darjah. Masa yang diambil untuk melaksanakan kajian ini ialah selama tiga minggu. Selain itu, murid-murid yang terlibat adalah seramai tiga orang dan mereka datang dari kelas yang sama dan hal ini secara tidak langsung membantu saya untuk memperoleh maklumat dengan lebih mudah daripada guru kelas dan guru mata pelajaran murid-murid tersebut. 2.1.2.KepentinganKepentingan kajian ini dilaksanakan adalah bagi memastikan setiap murid terutamanya murid Tahun 2 mampu menguasai kemahiran menulis perkataan yang melibatkan diftong seperti yang telah dinyatakan seperti di atas. Sekiranya kelemahan-kelemahan murid dalam kemahiran menulis dibiarkan dan tidak dicegah oleh guru secepat mungkin, murid-murid akan hilang minat untuk belajar menulis dalam matapelajaran Bahasa Melayu kerana sentiasa gagal dan melakukan kesilapan. 2.1.3 KolaboratifKajian ini juga menuntut saya untuk menjalankan kolaboratif dengan guru kelas, guru mata pelajaran serta pihak pentadbiran sekolah murid yang dikaji. Saya telah memperoleh banyak maklumat daripada guru-guru lain yang mengajar murid tentang ciri-ciri murid. Guru-guru lain juga banyak memberikan cadangan penambahbaikan terhadap perancangan intervensi dan tindakan yang akan saya jalankan.

2.2 TINDAKAN / INTERVENSIGuru boleh memilih pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi dan berinteraksi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).Bagi membantu murid-murid meningkatkan kemahiran menulis perkataan yang melibatkan diftong saya telah memilih untuk menggunakan teknik eja, sebut dan tulis menggunakan Intervensi Pentas Kata. Intervensi ini akan digunakan bagi membantu murid bagi meningkatkan kemahiran menulis perkataan diftong dengan baik. Pentas Kata merupakan satu idea yang diubahsuai daripada permainan domino. Pertas Kata dibina dalam satu kotak yang mempunyai pentas yang dilekatkan velkro dan empat bahagian kad yang terdiri daripada kad gambar, kad perkataan, kad suku kata dan kad kosong. Setiap keping kad akan dilekatkan dengan velkro pada bahagian belakang.

Rajah 1 : Pentas Kata

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN 3.1 OBJEKTIF KAJIAN1. Kajian ini adalah dijalankan bagi meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis perkataan diftong dengan penggunaan Pentas Kata.2. Kajian ini adalah dijalankan untuk membantu murid menguasai kemahiran menulis perkataan diftong dengan menggunakan Pentas Kata?3.2 SOALAN KAJIAN1. Adakah Pentas Kata dapat meningkatkan kemahiran menulis perkataan diftong dalam kalangan murid Tahun 2?2. Bagaimanakah Pentas Kata dapat meningkatkan kemahiran menulis perkataan diftong dalam kalangan murid Tahun 2 ?

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada 3 orang murid Tahun 2 iaitu 2 orang lelaki dan seorang perempuan yang belajar di sebuah sekolah di daerah Alor Setar yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran menulis perkataan diftong. Murid-murid yang dipilih telah menunjukkan markah yang rendah dalam ujian diagnostik kemahiran menulis.MURID AMURID BMURID C

JantinaLelakiLelakiPerempuan

BangsaMelayuMelayuMelayu

Umur8 Tahun8 Tahun8 Tahun

Ciri-ciri Suka berjalan-jalan Suka bercakap Selalu mengganggu rakan Cepat menyiapkan tugasan Suka bercakap Kerap melanggar arahan guru Kerap tidak membawa buku Suka bercakap Rajin Keliru dengan bunyi huruf

Jadual 2 : Kumpulan Sasaran5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran, beberapa tindakan dan intervensi telah dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi. 5.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKANDalam intervensi yang dirancang, terdapat 3 langkah aktiviti yang akan dijalankan ke atas murid dengan berbantukan alat intervensi yang dikenali sebagai Pentas Kata. Intervensi yang akan dijalankan ini telah dirancang berpandukan Teori Pembelajaran Bruner dan Teori Pembelajaran Jean Piaget. Menurut Teori Pembelajaran Bruner dalam buku Psikologi Pendidikan II (1986), panduan pertama di dalam perkembangan urutan pengajaran guru harus bermula daripada tingkah laku konkrit (enaktif) dan perwakilan prinsip yang mengiringnya, dan kemudian maju kepada hubungan grafik dan perwakilan ikonik, hingga kepada simbolik. Bruner mencadangkan bahawa urutan pengalaman pembelajaran ini harus digunakan dalam pengajaran kanak-kanak kecil agar penguasaan pengetahuan dapat diperoleh secara maksimum. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam intervensi hendaklah mengikut urutan pengalaman pembelajaran seperti yang disarankan oleh Bruner.Menurut Teori Pembelajaran Jean Piaget dalam buku yang sama, perkembangan kognitif murid terdiri daripada 4 peringkat iaitu sensori motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Pada peringkat operasi konkrit (7-11 tahun), kanak-kanak bergantung kepada bahan-bahan konkrit untuk memahami situasi logik. Oleh yang demikian, penggunaan bahan-bahan konkrit amat penting dalam intervensi yang ingin dicipta supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis perkataan diftong dengan baik.Menurut Shahabuddin Hashim, Rozani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad (2005), guru perlu menyusun penyampaian isi pelajaran dengan mengambil kira pendekatan daripada senang ke susah, konkrit kepada abstrak dan daripada sudah diketahui kepada belum diketahui. Dengan menggunakan pendekatan pengajaran ini, maka murid akan mudah menguasai kemahiran menulis perkataan diftong. Berikut merupakan langkah-langkah tindakan yang telah dirancang :5.1.1 Aktiviti 1 : Namakan SayaMurid dikehendaki :1. Mengambil sekeping kad gambar.2. Melekatkan kad gambar pada Pentas Kata yang bervelkro.3. Mencari kad perkataan yang sesuai dengan gambar.4. Melekatkan kad perkataan yang sesuai dengan gambar pada Pentas Kata yang bervelkro.5. Melekatkan kad kosong pada Pentas Kata dan menyalin semula perkataan yang dilekatkan.

Rajah 2 : Aktiviti 1 : Namakan Saya.menggunakan Pentas Kata5.1.2 Aktiviti 2 : Cantumkan Saya Murid dikehendaki :1. Mengambil sekeping kad gambar.2. Melekatkan kad gambar pada Pentas Kata yang bervelkro.3. Mencari kad suku kata yang sesuai dengan gambar.4. Melekatkan kad suku kata yang sesuai dengan gambar pada Pentas Kata yang bervelkro.5. Melekatkan kad kosong pada Pentas Kata dan menyalin semula perkataan yang dilekatkan.

Rajah 3 : Aktiviti 2 : Cantumkan Saya menggunakan Pentas Kata5.1.3 Aktiviti 3 : Siapakah Saya ? Murid dikehendaki :1. Mengambil sekeping kad gambar.2. Melekatkan kad gambar pada Pentas Kata yang bervelkro.3. Melekatkan kad kosong pada Pentas Kata yang bervelkro.4. Menulis perkataan berdasarkan gambar pada kad kosong dengan betul.

Rajah 4 : Aktiviti 3 : Siapakah Saya? Menggunakan Pentas Kata

5.2 CARA MENGUMPUL DATAMenurut Sulaiman Masri (2005), penyelidik boleh memilih prosedur atau teknik serta alat pengumpulan data yang sesuai dengan permasalahan kajian dan strategi penyelidikan, di samping jenis dan kewujudan sumber data. Sehubungan itu, terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian tindakan ini iaitu pemerhatian, analisis dokumen dan ujian akhir.5.2.1 PemerhatianMenurut Kidder (1981) dalam buku Kajian Tindakan Dalam Pendidikan (2013), pemerhatian dianggap sebagai alat kajian apabila ia digunakan untuk mencapai tujuan kajian, dirancang dengan rapi, direkod secara sistematik dan diperiksa serta dikawal kesahan dan kebolehpercayaannya. Pemerhatian bukan sahaja melibatkan aktiviti meneliti situasi atau kejadian tetapi juga aktiviti berfikir secara original dan kritikal (Alias bin Puteh, 2009). Pemerhatian boleh terdiri daripada sangat berstruktur di mana penyataan perlakuan yang terperinci direkod berpandukan senarai semak, kepada deskripsi peristiwa dan perlakuan yang lebih holistik. Untuk itu, sesuailah apa yang dinyatakan oleh Morris (dalam Denzin & Lincoln 2000 (eds) : 378) bahawa pemerhatian adalah perlakuan merekod fenomena yang biasanya menggunakan instrument, dan merakamkannya untuk tujuan saintifik dan lain-lain. Sehubungan itu, saya memilih untuk melakukan pemerhatian secara berstruktur dengan menyediakan senarai semak pemerhatian dalam kajian tindakan ini. Sila rujuk Lampiran A.

5.2.2 Analisis DokumenMenurut Othman Lebar (2014), dokumen boleh membekalkan maklumat yang berkaitan dengan isu atau masalah yang dikaji. Dokumen-dokumen boleh terdiri daripada sukatan dan rancangan pelajaran, kertas peperiksaan dan ujian, serta contoh-contoh kerja pelajar. Oleh yang demikian, saya akan mendapatkan maklumat dan mengumpul data dengan menggunakan kaedah analisis dokumen terhadap lembaran kerja yang dilakukan oleh murid. Lembaran kerja akan disediakan pada setiap aktiviti. Kaedah ini dijalankan secara berterusan untuk melihat perkembangan murid dan keberkesanan penggunaan alat intervensi Pentas Kata dalam kemahiran menulis perkataan diftong dalam kalangan murid tahun 2. Soalan lembaran kerja dapat dilihat pada Lampiran B.5.2.3 Ujian AkhirUjian akhir akan diberikan kepada murid selepas ketiga-tiga aktiviti menggunakan intervensi Pentas Kata dilaksanakan. Hasil dapatan ujian ini aka diukur dalam bentuk pemarkahan dan peratus. Sila rujuk Lampiran D.

5.3 CARA MENGANALISIS DATAMenurut Othman Lebar (2014), data yang telah dikumpul melalui pelbagai kaedah dan teknik perlulah diuruskan dengan baik bagi membentuk satu kerangka analisis dan interpretasi yang sesuai. Proses analisis merupakan suatu tindakan yang penting dalam sesuatu kajian tindakan kerana ia melibatkan satu prosedur yang sistematik dan berterusan bagi menyediakan asas untuk memberi makna kepada data tersebut. Oleh itu, proses menganalisis data merupakan satu proses meringkas, merumus, dan mempersembahkan data dalam cara yang tepat dan boleh dipercayai. Berikut merupakan beberapa cara yang digunakan untuk menganalisis data: 5.3.1 PemerhatianUntuk mengumpul data daripada aktiviti-aktiviti yang dijalanakan, saya telah menggunakan instrumen senarai semak pemerhatian untuk merekod data yang diperoleh sepanjang aktiviti dilaksanakan. Dapatan data hasil analisis senarai semak tersebut akan direkodkan dalam jadual skor (Lampiran A) dalam bentuk skoran. Jadual skor tersebut akan merekodkan skor yang diperoleh oleh ketiga-tiga murid A, B dan C. Kemudian, data dalam jadual skor tersebut akan diterjemahkan dalam bentuk graf bar untuk melihat penguasaan antara murid untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.5.3.2 Analisis DokumenSaya akan menganalisis lembaran kerja responden mengunakan jadual skor seperti dalam Lampiran C. Saya akan mendapatkan maklumat dan mengumpul data dengan menggunakan kaedah analisis dokumen terhadap lembaran kerja yang dilakukan oleh responden. Lembaran kerja akan disediakan bagi setiap tindakan.

5.3.3 Ujian AkhirSaya akan menganalisis data yang diperoleh daripada ujian akhir yang dilaksanakan selepas intervensi dalam bentuk jadual skor. Borang jadual markah tersebut dapat dirujuk dalam bahagian Lampiran E.

3

5.4 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

BILPERKARAJanFebMacApr

1. Menerima taklimat KKBI

2. Mengenal pasti masalah/ fokus kajian

3. Mengemukakan dan mengesahkan tajuk kajian tindakan

4. Memurnikan tajuk kajian dan tindakan

5. Berbincang mengenai intervensi dan kaedah yang sesuai

6. Membincang masalah/ fokus kajian dan tindakan dengan penyelia

7. Meneruskan pembacaan sorotan literatur

8. Menulis kertas cadangan Draf 1

9. Menentukan kaedah pengumpulan data dan menyediakan instrumen yang bersesuaian

10. Menghantar draf 1 untuk disemak oleh penyelia

11. Menulis kertas cadangan Draf 2

12. Mengemukakan draf 2 kepada penyelia untuk semakan.

13. Perbincangan draf 2 dengan penyelia

14. Menghantar kertas cadangan yang diubahsuai

Jadual 3 : Jadual Pelaksaan Kajian Tindakan5.5 KOS KAJIAN

BIL.JENIS BAHANKUANTITI x HARGA SEUNITJUMLAH KOS

1. Kertas Putih saiz A41 rim x RM 12.00RM 12.00

2. Kertas Berwarna-warni saiz A41rim x RM 10.00RM 10.00

3. Buku catatan guru1 buah x RM 2.50RM 2.50

4. Fotostat bahan dan laporan kajian-RM10.00

5. Dakwat pencetak (isian semula) 1 set x RM 28.00RM 28.00

6. Gunting 1 x RM 4.00RM 4.00

JUMLAH KESELURUHANRM 66.50

Jadual 4 : Kos Kajian6.0 RUJUKANAhmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapa. (2011). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.Alias Bin Puteh. (2009). Kajian Tindakan Di Sekolah. Kedah : Pure Honey Enterprise.Atan Long. (1982). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn Bhd.Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Institut Pendidikan Guru. (2010). Panduan Penyediaan Laporan Penyelidikan Tindakan. Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Modul Guru 1:Program LINUS Literasi. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Modul Murid Asas 1Jilid 1:Program LINUS Literasi.Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.Otman Lebar, 2014. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Siri Sena Baba Hamid. (2013). Panduan Penulisan Akademik Peirngkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru. (Wan Shariff Mohd. Saad, Wan Fadzli Wan Haron & Faisal Haji Mohamad, Ed.). Jitra: Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad (2005). Pedagogi, Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.Sharifah Alwiah Alsagoff. (1986). Psikologi Pendidikan II: Psikologi Pembelajaran dan Kognitif, Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Henemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

Zalizan & Khadijah Rohani. (1993). Kecekapan dan masalah guru-guru KBSR dalam aspek pemulihan dan pengkayaan. Fakulti Pendidikan , UKM. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia