KKerja DPLI (TAPEM)(2)

9
KERTAS KERJA PERMOHONAN PINJAMAN TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA. PERKARA : MEMPERTIMBANGKAN TAWARAN PINJAMAN KEPADA GURU (SABK) JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH DALAM BIDANG PENDIDIKAN ISLAM, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, BAGI KEMASUKAN NOVEMBER 2010 SESI 2010/2011. 1.0 PENDAHULUAN 1.1Tujuan kertas kerja ini dikemukakan kepada Ahli Lembaga TAPEM adalah bagi mempertimbangkan tawaran pinjaman kepada 25 orang Guru Sekolah Bantuan Agama Kerajaan, Jabatan Agama Islam Melaka bagi mengikuti satu program khas Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (UPSI) selama 1 tahun (2 semester) bagi sesi 2010/2011. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Seramai 25 orang guru Diniyah Jabatan Agama Islam Melaka telah ditawarkan untuk mengikuti satu program khas Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah yang dikelolakan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak hasil kerjasama Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Melaka. 2.2 Menurut surat tawaran daripada Bahagian Hal Ehwal Akademik, UPSI, mereka ditawarkan untuk mengikuti program DPLI ini selama 1 tahun iaitu 2 semester pengajian yang bermula pada November 2010. 2.3 Disamping itu, yuran yang dinyatakan untuk pembiayaan pengajian ini adalah berjumlah RM 6750.00 1

Transcript of KKerja DPLI (TAPEM)(2)

MESYUARAT LEMBAGA

KERTAS KERJA PERMOHONAN PINJAMANTABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA.

PERKARA :

MEMPERTIMBANGKAN TAWARAN PINJAMAN KEPADA GURU (SABK) JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH DALAM BIDANG PENDIDIKAN ISLAM, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, BAGI KEMASUKAN NOVEMBER 2010 SESI 2010/2011.

1.0 PENDAHULUAN

1.1Tujuan kertas kerja ini dikemukakan kepada Ahli Lembaga TAPEM adalah bagi mempertimbangkan tawaran pinjaman kepada 25 orang Guru Sekolah Bantuan Agama Kerajaan, Jabatan Agama Islam Melaka bagi mengikuti satu program khas Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (UPSI) selama 1 tahun (2 semester) bagi sesi 2010/2011.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Seramai 25 orang guru Diniyah Jabatan Agama Islam Melaka telah ditawarkan untuk mengikuti satu program khas Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah yang dikelolakan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak hasil kerjasama Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Melaka.

2.2 Menurut surat tawaran daripada Bahagian Hal Ehwal Akademik, UPSI, mereka ditawarkan untuk mengikuti program DPLI ini selama 1 tahun iaitu 2 semester pengajian yang bermula pada November 2010.

2.3 Disamping itu, yuran yang dinyatakan untuk pembiayaan pengajian ini adalah berjumlah RM 6750.00 untuk sesi pengajian selama 1 tahun/2 semester. Pembiayaan ini adalah merangkumi RM 6500.00 bagi yuran pengajian dan RM 250 adalah bayaran bagi pendaftaran.

2.4 Taraf kelayakan akademik bagi guru-guru ini yang diiktiraf oleh kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang masing-masing yang mana perjawatan ini bertaraf DG 41.

2.5 Sehubungan itu, tawaran bagi program DPLI ini adalah untuk kelayakan ikhtisas dalam pendidikan bagi melayakkan guru-guru Diniyah Jabatan Agama Islam Melaka ini terus berkhidmat dan bertugas sebagai guru terlatih yang bertauliah. 2.6 Melalui tawaran ini, program ini mampu memberi peluang kepada para guru ini mendalami ilmu berkaitan Pendidikan dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang efektif seraya ditadbir secara intensif daripada pensyarah dan doktor yang pakar dalam bidang pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris disamping menjamin terbentuknya bakal-bakal guru cemerlang yang mampu membentuk pelajar yang gemilang dan terbilang dari segi duniawi dan ukhrawi.

2.7 Senarai nama guru-guru tersebut (Sila rujuk Lampiran A)

3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Seiring dengan objektif utama Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka adalah bertujuan membantu meringankan masalah kewangan yang dihadapi oleh anak-anak negeri Melaka yang menuntut di sekolah mahupun di Institut Pengajian Tinggi.

3.2 Selain itu, bertepatan dengan program ini, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ditubuhkan untuk memaju dan meningkatkan kualiti pendidikan dikalangan anak-anak Melaka dan warganegara Malaysia yang lazimnya bermastautin di Melaka.

3.3 Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ini merupakan program khas Universiti Pendidikan Sultan Idris bertujuan untuk memberi peluang kepada guru-guru yang telah mempunyai kelulusan akademik ijazah pertama lepasan universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia untuk mengikuti program lanjutan pengkhususan pendidikan menerusi program ini.

3.4 Calon yang mengikuti program ini bakal mengisi tempat di Sekolah Menengah Agama Negeri Melaka dan akan berkhidmat sebagai guru Diniyah di tempat yang telah ditetapkan oelh Jabatan Agama Islam Melaka demi menabur bakti kepada anak-anak Islam di seluruh negeri Melaka khususnya.

3.5 Matlamat akhir program ini adalah jelas iaitu bagi calon yang menamatkan pengajian merupakan mereka benar-benar cemerlang dan menjadi perintis dalam membantu Melaka khususnya dan Malaysia amnya dalam melahirkan tenaga pendidik yang yang profesional dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang pengkhususan masing-masing mahupun dalam bidang khusus pendidikan.3.6 Setiap calon yang terpilih mengikuti program ini bakal mengikuti pengajian selama 1 tahun yang melibatkan 2 semester yang akan menduduki dua kali peperiksaan pada akhir setiap semester dan seterusnya akan menjalani praktikum di sekolah masing-masing selama 3 bulan sejurus selepas tamat menghabiskan 2 semester fasa pengajian.

3.7 Setiap calon dikehendaki menjelaskan pembayaran yuran pengajian sekurang-kurangnya bagi satu semester sebelum peperiksaan bagi semester tersebut dijalankan.

3.8 Untuk makluman Ahli Lembaga TAPEM, jadual peperiksaan DPLI bagi semester pertama ini adalah pada tarikh 12 Februari 2011 akan datang. Maka, calon dikehendaki menjelaskan pembayaran yuran pengajian bagi semester pertama adalah sebelum tarikh berkenaan.

3.9 Walaupun pengajian ini berjalan di Open University Malaysia Melaka, bukan di kampus utama pengajian di Tanjung Malim, Perak, para guru yang mengikuti program ini turut diberi keistimewaan iaitu apabila mereka berjaya menamatkan pengajian seperti yang ditetapkan mereka dijemput untuk menghadiri sesi konvokesyen yang akan berlangsung di kampus utama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak bagi menerima segulung Diploma Pendidikan Lanjutan Ijazah.

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN

4.1Adalah dimaklumkan implikasi kewangan bagi 25 orang guru ini untuk mengikuti program ini adalah seperti berikut : (Sila rujuk Lampiran B)

6.0 SYOR

Setelah mengambil kira latar belakang dan asas-asas pertimbangan maka Ahli Lembaga TAPEM dengan ini dipohon untuk memutuskan syor berikut :

6.1 Meluluskan cadangan pemberian pinjaman kepada 25 orang guru tersebut untuk mengikuti program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah selama 1 tahun bagi sesi 2010/2011 ; (Senarai nama calon dan jumlah pinjaman bagi 1 semester, sila rujuk Lampiran C)

7.0 KEPUTUSAN.

Ahli Lembaga TAPEM dengan ini dipohon menimbang dan memutuskan Syor 6.1 di atas.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

-------------------------------------------(HAJI SULAIMAN HARMAIN SHAH) Pengarah, Jabatan Agama Islam Melaka, 2011.

Lampiran A

Senarai Nama-Nama Guru Yang Ingin Membuat Pinjaman TAPEM.

BilNamaNo. Kad Pengenalan

Lampiran B

Implikasi Kewangan Bagi 25 Orang Guru DPLI

BayaranRM/1 SemesterRM/SetahunKos 25 Guru/Setahun

Yuran Pendaftaran

-RM 250

Yuran Pengajian

RM 3250RM 6500

Jumlah

RM 6750RM

Lampiran C

Senarai Nama Calon Dan Jumlah Pinjaman Mengikut Indidvidu

BilNamaNo.Kad PengenalanJumlah Pinjaman Bagi 1 SemesterJumlah Pinjaman Bagi 1 Tahun

7